Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Hyundai Bayon bakal diperkenalkan pada 2 Mac ini

    Hyundai Bayon bakal diperkenalkan pada 2 Mac ini, apabila Hyundai Eropah mengesahkan tarikh tersebut menerusi saluran media sosial. Pertama kali diumumkan pada November lalu, nama bagi SUV segmen-B kompak ini diilhamkan dari sebuah bandar di Perancis, Bayonne.

    Bagi rekaannya, teaser sebelum ini mendedahkan Bayon memiliki paras rupa yang menonjol, dengan jaluran DRL yang disambung ke gril atas yang agak nipis. Sementara itu, lampu utama, bersama corong penggambilan udara, telah ditempatkan di sudut bampar di sebelah gril bawah yang besar.

    Pada bahagian belakang, tailgate bersudut dengan lampu berbentuk kepala anak panah, disambung ke palang pencahayan yang nipis. Rekaan kedua-dua bahagian hadapan dan belakang seakan menampakkan model ini agak lebar biar pun ia sebenarnya kompak.

    Buat masa ini, Hyundai belum mendedahkan sebarang perincian teknikal, namun difahamkan, Bayon memiliki banyak persamaan dengan model i20 terkini. Malah ia turut mendakwa model ini bakal menggantikan model Active di beberapa pasaran terpilih.

    Untuk enjin, dijangkakan ia bakal menerima penjana kuasa pengecas turbo tiga-silinder, bersama pilihan transmisi sama ada manual atau dwi-klac. Varian N prestasi juga mungkin akan ditawarkan, seperti mana model i20.

    Apabila dilancarkan kelak, Bayon bakal bersaing rapat dengan model lain termasuk Ford Puma dan Toyota Yaris Cross, di mana kedua-duanya berdasarkan model hatchback segmen-B, iaitu Fiesta dan Yaris. Kita akan mengetahui lebih banyak mengenai Bayon apabila ia dilancarkan kelak.

     
     
  • Volkswagen Golf GTI Clubsport 45 – model edisi terhad ulangtahun ke-45 Golf GTI, prestasi kekal sama

    Volkswagen Golf GTI Clubsport 45 – model edisi terhad ulangtahun ke-45 Golf GTI, prestasi kekal sama

    Tahukah anda tahun ini merupakan ulang tahun ke-45 Volkswagen Golf GTI? Pada tahun 1976, Volkswagen memperkenalkan versi lebih berprestasi tinggi berasaskan hatchback kompak Golf mereka yang pada asalnya hanya dirancang sebagai model edisi terhad 5,000 unit. Namun kerana permintaan yang cukup tinggi, GTI telah dihasilkan lebih banyak serta diteruskan untuk setiap generasi, dan sehingga kini 2.3 juta Golf dengan lencana ikonik tersebut telah terjual.

    Bagi meraikan ulangan tahun ini, Volkswagen telah melancarkan model edisi terhad yang digelar Golf GTI Clubsport 45. Ia diasaskan dari Golf GTI Clubsport Mk8 yang diperkenalkan lewat tahun lalu, dan diberikan pelbagai perincian unik pada bahagian luaran dan dalaman.

    Pada sebelah luar, model edisi terhad ini dibezakan dengan pelekat sisi bawah badan dengan nombor ’45’ serta cat hitam pada bumbung dan spoiler belakang, diinspirasikan dari bingkai cermin belakang berwarna hitam pada VW Golf GTI Mk1. Model Clubsport 45 ini juga didatangkan standard dengan pakej Race, menampilkan rim aloi 19-inci Scottsdale dengan kemasan sekeliling Tornado Red.

    Dalam kabin, hampir kesemua bahagian masih lagi nampak sama dengan GTI Clubsport biasa termasuk pemadanan tempat duduk sport hadapan dan juga serlahan-serlahan berwarna merah. Apa yang berbeza adalah logo GTI pada bahagian bawah roda stereng diganti dengan nombor 45.

    Perincian lain seperti paparan instrumen Digital Cockpit dengan skrin 10.25-inci, skrin infotaimen bersama navigasi 10-inci, lampu suasana kabin dengan 30-warna, set pedal logam tahan karat, brek kecemasan automatik, dan lain-lain masih terus diberikan pada model edisi terhad ini.

    Tiada perubahan untuk mekanikal diberikan, di mana penggerak model GTI Clubsport 45 ini masih sama dengan Clubsport biasa. Ia terdiri dari enjin EA888 evo4 2.0 liter turbo yang menghasilkan 300 PS dan tork maksima 400 Nm, digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik DSG tujuh kelajuan memacu roda hadapan.

    Volkswagen Golf GTI Clubsport 45 – model edisi terhad ulangtahun ke-45 Golf GTI, prestasi kekal sama

    Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa tidak sampai enam-saat. Berbanding GTI biasa, Golf GTI Clubsport dan Clubsport 45 menerima suspensi 15 mm lebih rendah serta sudut camber lebih positif di hadapan, cakera lebih besar, sistem ekzos sport dan juga pengehad kelajuan maksima yang telah ‘dibuka’.

    Pra-jualan Volkswagen Golf GTI Clubsport 45 ini bermula di Eropah pada 1 Mac 2021, dan di Jerman ia akan dijual pada harga bermula 47,790 euro (RM234k).

     
     
  • SPYSHOT: Perodua Ativa dengan kit GearUp terdedah!

    SPYSHOT: Perodua Ativa dengan kit GearUp terdedah!

    Sebelum ini susah kita nak dapat gambar-gambar model baharu Perodua yang bocor sebelum pelancarannya, tapi lain pula untuk Perodua Ativa kali ini. Semalam dah terdedah sebuah Ativa yang dilihat sedang dipindahkan dari lori pengangkut ke bilik pameran pada waktu malam, dan set imej yang baru kami terima ini pula pada waktu siang dan ia adalah unit dengan kit GearUp!

    Set gambar ini kami terima dari pembaca, Sulaiman Hamid. Ia mendedahkan dengan lebih jelas bahawa Ativa direka dengan muka yang unik, tak sama dengan kembarnya di Jepun iaitu Daihatsu Rocky dan Toyota Raize – ini amalan biasa untuk projek-projek Daihatsu-Toyota-Perodua sebelum-sebelum ini.

    Ativa menerima gril hadapan lebih besar, bersambung dengan lampu hadapan, berbanding Rocky yang di berikan gril heksagon yang tidak bersentuhan dengan lampu. Ativa juga tidak diberikan bar LED untuk lampu kabus, sebaliknya ia diberikan lampu berbentuk bulat bersama perumah segi tiga seperti Aruz bersambung dengan kemasan berbentuk-L terbalik.

    Tiada imej untuk bahagian belakang untuk set gambar kali ini. Namu pada gambar spyshot sebelum ini dapat dilihat lampu Ativa dan juga kemasan yang merentangi pintu tailgate masih nampak hampir seiras dengan Rocky. Tetapi Perodua menghasilkan rekaan lebih tersendiri pada bampar menampilkan kemasan perumah reflektor cahaya dengan bentuk seperti huruf-F, bersama kemasan bawah bersama skid plate dengan rekaan seakan sama dengan Axia Style.

    SPYSHOT: Perodua Ativa dengan kit GearUp terdedah!

    Beralih kepada kit GearUp yang dipadankan pada SUV segmen-B ini, Perodua nampaknya memberikan rekaan yang agak ‘sibuk’. Kit badan yang diberi nama Blaze tersebut menampilkan kemasan tambahan pada bawah bampar dengan rekaan skid plate seperti gigi taring, skirt sisi dengan sedikit kemasan krom di hujung belakang, dan juga kemasan tambahan pada bahagian perumah nombor pendaftaran belakang bersama tip ekzos palsu dalam kemasan krom.

    Menerusi satu risalah yang kami terima, kit badan GearUp Blaze ini akan dijual pada harga RM2,500. Dan bukan ini sahaja aksesori GearUp yang ditawarkan untuk Ativa, pembeli turut boleh memilih balutan tempat duduk Blaze, pelindung bampar belakang, scuff plate LED, lampu kabin pada bahagian lantai kaki, jaring barangan, penebat penutup hud, dan juga pakej Ultility (visor pintu, tray barangan dan karpet coil) dengan harga bermula RM30 hingga RM800.

    Perodua Ativa, Daihatsu Rocky dan juga Toyota Raize diasaskan dari platform generasi baharu Daihatsu New Global Architecture (DNGA), yang dihasilkan dari platform terkini Toyota New Global Architecture (TNGA). Ia dijana oleh enjin 1KR-VET 1.0 liter tiga-silinder turbo berkuasa 98 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 140 Nm bermula 2,400 hingga 4,000 rpm.

    Ativa tidak menerima pilihan sistem pacuan semua roda, di mana kuasa dari enjin hanya dihantar ke roda hadapan menerusi kotak gear baharu D-CVT automatik, bersama butang Power dan juga mod manual yang memberikan tujuh-kelajuan maya.

    SPYSHOT: Perodua Ativa dengan kit GearUp terdedah!

    SUV kompak terkini Perodua ini juga dibekalkan dengan sistem bantuan pemanduan keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) standard untuk setiap varian, merangkumi sistem seperti brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, amaran kekal lorong dan juga lampu tinggi automatik.

    Bagi model tertinggi Ativa AV, kelengkapan yang dibekalkan jauh lebih maju menampilkan sistem Driving Assist, dengan sistem seperti Adaptive Cruise Control, bantuan tengah lorong, pemantau titik buta dan juga amaran lintasan trafik belakang.

    Perncian lain yang turut diberikan pada Ativa termasuk lampu hadapan LED matrix, paparan instrumen digital tujuh-inci dan juga skrin sesentuh sistem infotaimen yang berdiri sendiri bersaiz sembilan inci untuk model H dan AV.

    Perodua mengumumkan bahawa Ativa bakal dilancarkan pada 3 mac ini, dan akan dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RM62,500 hingga RM73,400. Wakil kami, Danny Tan sudah pun memandu uji model paling canggih pernah dihasilkan oleh Perodua ini tempoh hari, dan anda boleh baca artikel berkenaan pada PAUTAN INI.

     
     
  • SPYSHOT: Perodua Ativa terdedah sebelum dilancar – muka dan belakang berbeza dari Daihatsu Rocky

    SPYSHOT: Perodua Ativa terdedah sebelum dilancar – muka dan belakang berbeza dari Daihatsu Rocky

    Setakat ini, hampir semua perincian termasuk harga, varian dan perincian berkenaan Perodua Ativa telah pun didedahkan secara rasmi. Perodua hanya menginggalkan satu teka-teki utama untuk SUV segmen-B ini iaitu bagaimana rupa sebenarnya, yang bakal terjawab ketika pelancarannya 3 Mac nanti.

    Namun, nampaknya jawapan berkenaan sudahpun sedikit bocor – laman Facebook RiderAth telahpun berjaya merakam kelibat model berkenaan tanpa sebarang penyamaran ketika ia dialihkan dari lori pengangkut ke bilik pameran! Walaupun dalam keadaan malam yang gelap, sekarang anda boleh dapat gambaran yang jelas tentang bagaimana rupa sebenar Perodua Ativa berkenaan.

    Ativa nampaknya masih mengekalkan bentuk bahagian sisi yang sama seperti kembarnya di Jepun iaitu Daihatsu Rocky dan Toyota Raize. Namun seperti projek-projek Daihatsu-Toyota-Perodua yang lain, Ativa menerima muka dan bahagian belakang yang unik, berbeza dari dua kembarnya itu.

    SPYSHOT: Perodua Ativa terdedah sebelum dilancar – muka dan belakang berbeza dari Daihatsu Rocky

    Sedikit unsur yang dibayangkan oleh Theophilus Chin mengena pada rekaan sebenar Ativa ini di mana ia diberikan gril hadapan lebih besar, bersambung dengan lampu hadapan, berbanding Rocky yang di berikan gril heksagon yang tidak bersentuhan dengan lampu.

    Apa yang berbeza adalah elemen gril tersebut di mana model produksi sebenar Ativa ini menampilkan elemen utama di bahagian atas menempatkan logo Perodua di tengah seperti pada gril Axia, dikuti tiga lagi para lebih kecil di bawahnya. Ativa juga tidak diberikan bar LED untuk lampu kabus, sebaliknya ia diberikan lampu berbentuk bulat bersama perumah segi tiga seperti Aruz bersambung dengan kemasan berbentuk-L terbalik.

    Pada bahagian belakang, lampu Ativa dan juga kemasan yang merentangi pintu tailgate masih nampak hampir seiras dengan Rocky. Tetapi Perodua menghasilkan rekaan lebih tersendiri pada bampar menampilkan kemasan perumah reflektor cahaya dengan bentuk seperti huruf-F, bersama kemasan bawah bersama skid plate dengan rekaan seakan sama dengan Axia Style.

    SPYSHOT: Perodua Ativa terdedah sebelum dilancar – muka dan belakang berbeza dari Daihatsu Rocky

    Perodua Ativa, Daihatsu Rocky dan juga Toyota Raize diasaskan dari platform generasi baharu Daihatsu New Global Architecture (DNGA), yang dihasilkan dari platform terkini Toyota New Global Architecture (TNGA). Ia dijana oleh enjin 1KR-VET 1.0 liter tiga-silinder turbo berkuasa 98 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 140 Nm bermula 2,400 hingga 4,000 rpm.

    Ativa tidak menerima pilihan sistem pacuan semua roda, di mana kuasa dari enjin hanya dihantar ke roda hadapan menerusi kotak gear baharu D-CVT automatik, bersama butang Power dan juga mod manual yang memberikan tujuh-kelajuan maya.

    SUV kompak terkini Perodua ini juga dibekalkan dengan sistem bantuan pemanduan keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) standard untuk setiap varian, merangkumi sistem seperti brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, amaran kekal lorong dan juga lampu tinggi automatik.

    Bagi model tertinggi Ativa AV, kelengkapan yang dibekalkan jauh lebih maju menampilkan sistem Driving Assist, dengan sistem seperti Adaptive Cruise Control, bantuan tengah lorong, pemantau titik buta dan juga amaran lintasan trafik belakang.

    Perncian lain yang turut diberikan pada Ativa termasuk lampu hadapan LED matrix, paparan instrumen digital tujuh-inci dan juga skrin sesentuh sistem infotaimen yang berdiri sendiri bersaiz sembilan inci untuk model H dan AV.

    Perodua mengumumkan bahawa Ativa akan dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bermula RM62,500 hingga RM73,400. Wakil kami, Danny Tan sudah pun memandu uji model paling canggih pernah dihasilkan oleh Perodua ini tempoh hari, dan anda boleh baca artikel berkenaan pada PAUTAN INI.

     
     
  • BMW X7 G07 CKD dipertontonkan di M’sia – xDrive40i Design Pure Excellence, harga jangkaan RM708,800

    BMW X7 G07 CKD dipertontonkan di M’sia – xDrive40i Design Pure Excellence, harga jangkaan RM708,800

    Hari ini, BMW Group Malaysia telah melancarkan beberapa model baharu untuk pasaran tempatan, termasuklah barisan terkini 4 Series G22, MINI Countryman F60 facelift dan beberapa model BMW Motorrad. Malahan syarikat ini turut mengambil kesempatan mempertontonkan model pemasangan tempatan (CKD) bagi SUV X7 G07 yang pastinya dengan penawaran harga yang lebih rendah dan terdapat beberapa perubahan ciri yang ditampilkan berbanding versi import sepenuhnya (CBU).

    Seperti mana versi CBU yang pertama kali dilancarkan di sini pada July 2019, yang ditawarkan dengan varian tunggal xDrive40i Design Pure Excellence dengan harga semasa RM837,457, atas jalan, tanpa insurans dengan 50% pengecualian cukai jualan. Angka tersebut termasuk dengan lanjutan waranti dan pakej penyelenggaran, tetapi tanpanya, X7 berharga RM861,847.

    Untuk versi CKD ini, ia masih ditawarkan dengan varian tunggal yang sama, namun buat masa ini harga jangkaanya adalah sekitar RM708,800. Walau bagaimana pun, kena nantikan pengumuman selanjutnya daripada BMW Group Malaysia mengenai ketepatan harga pasarannya kelak.

    Walau pun jurang perbezaan harganya agak jauh, namun difahamkan banyak juga ciri yang ada pada model CBU dikekalkan pada versi CKD. Ini termasuklah enjin B58 3.0 liter petrol pengecas turbo enam-silinder sebaris yang boleh menghamburkan kuasa sehingga 340 PS dan tork 420 Nm dari 1,500 hingga 5,200 rpm. Penjana kuasa ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda. Ia membolehkan SUV ini dipecut dari 0-100 km/j dalam hanya 6.1 saat serta mampu mencapai kelajuan maksimum 245 km/j.

    BMW X7 G07 CKD dipertontonkan di M’sia – xDrive40i Design Pure Excellence, harga jangkaan RM708,800

    Pakej Design Pure Excellence turut didatangkan secara standard, termasuklah beberapa kemasan krom pada bahagian luaran, disertai dengan roda aloi Y-spoke style 753 bicolour 22-inci. Untuk pengendalian yang lebih selesa, SUV seberat 2.3-tan ini turut mengekalkan sistem suspensi udara dua-gandar dengan lima larasan ketinggian berbeza sehingga 80 mm.

    Turut diberikan ialah pakej Executive Drive Pro dengan penstabilan anti-olengan aktif – yang pertama diberikan untuk model X – yang bekerjasama dengan Dynamic Damper Control dalam memproses data dari sistem navaigasi dan kamera hadapan. Malah ada satu ciri yang versi CKD peroleh, tetapi tidak pada CBU iaitu Integral Active Steering atau sistem stereng roda-belakang.

    Selain itu, ciri yang lebih kurang sama turut diberikan untuk ruang dalaman X7 CKD termasuklah tiga barisan tempat duduk dengan kemasan kulit Vercasca. Malah dalaman kabin turut diberikan kemasan kayuan Fineline Stripe, papan pemuka balutan kulit sintetik Sensatec, paparan utama, tempat duduk dengan aliran udara, kawalan suhu lima-zon, tirai elektrik untuk tingkap belakang dan juga bumbung kaca panorama Sky Lounge.

    Lain-lain ciri standard termasuklah lampu utama BMW Laserlight adaptive dengan bantuan lampu tinggi, lampu kabus LED, BMW Display Key, cermin pandang belakang/sisi anti-silau, bukaan tailgate bebas tangan dengan Comfort Access, tirai matahari untuk tingkap sisi pada bahagian belakang larasan elektrik, BMW Connected Package Professional, BMW Live Cockpit Professional dengan panel instrumen digital 12.3-inci, dan Parking Assistant Plus dengan Reversing Assist dan paparan pandangan sekeliling.

    BMW X7 G07 CKD dipertontonkan di M’sia – xDrive40i Design Pure Excellence, harga jangkaan RM708,800

    Tiada perubahan pada bahagian infotainmen, masih kekal dengan BMW Navigation system Professional dengan skrin sesentuh sentral 12.3-inci dan BMW Operating System 7.0, pengecas tanpa wayar dan kawalan pergerakan. Begitu juga dengan sistem bunyi sekeliling Harmon Kardon dengan 464 watt dan 16-pembesar suara, sementera barisan kedua tempat duduk turut diberikan dua skrin sesentuh 10.2-inci.

    Bagi sistem bantuan pemandu dan keselamatan, X7 CKD hanya didatangkan dengan pakej Driving Assistant berbanding Driving Assistant Professional yang ada pada versi CBU. Namun ia masih dilengkapi ciri termasuk amaran pelanggaran hadapan dengan AEB, Amaran Ketibaan Lorong, Amaran Penukaran Lorong dan Kawalan Kelajuan Aktif dengan fungsi stop/go.

    Ia juga menampilkan pelindungan pelanggaran sisi aktif, bantuan kawalan lorong dan stereng, Bantuan Menukar Lorong, amaran trafik lintasan hadapan dan belakang, mengelak pelanggaran belakang dan amaran lintas jalan dengan fungsi brek bandar.

    BMW X7 G07 CKD dipertontonkan di M’sia – xDrive40i Design Pure Excellence, harga jangkaan RM708,800

    Untuk warna luarannya, ia telah dikurangkan dari tujuh ke lima pilhan iaitu Black Sapphire, Sophisto Grey, Phytonic Blue, Mineral White dan rona baharu Manhattan Metallic – Tiada lagi pilihan untuk Artic Grey, Terra Brown dan Vermont Bronze. Bergantung pada pilihan warna, upholstery kulit Vernasca didatangkan sama ada dengan hitam, cognac atau coffee, dengan dua pilihan terakhir itu dipadankan dengan rekaan serba hitam.

    X7 xDrive40i Design Pure Excellence turut didatangkan dengan waranti lima-tahun/perbatuan tanpa had dan program penyelenggaraan berjadual percuma bakal diperoleh sekiranya pelanggan membayar harga dengan waranti lajutan dan termasuk dengan pakej penyelenggaran.

    Kalau tidak termasuk dengan pakej selepas jualan, ia hanya waranti pengilangan standard selama dua-tahun. Jadi anda boleh memilih untuk menambah waranti lanjutan dengan pakej penyelenggaraan selepas membuat pembelian.

    Perkhidmatan lain yang turut didatangkan dengan pemilikan termasuklah talian bebas tol untuk kemalangan dan bantuan tepi jalan, aplikasi mobil BMW Group Loyalty+ dengan kad keistimewaan dan juga BMW Service Online.

     
     
  • BMW S1000RR 2021 dipertingkat dengan DDC, Riding Mode Pro – Standard RM122k, M Package RM139k

    BMW S1000RR 2021 dipertingkat dengan DDC, Riding Mode Pro – Standard RM122k, M Package RM139k

    Selain BMW R18 Classic, BMW Motorrad Malaysia juga hari ini telah melancarkan S1000RR tahun 2021 yang dipertingkat pada beberapa bahagian. Dua versi masih dijual iaitu Standard pada harga RM121,500 dan M Package pada harga RM138,500.

    Peningkatan utama pada model Standard tahun ini adalah tambahan mod tunggangan Pro kepada empat mod sedia ada iaitu Rain, Road, Dynamic dan Race, serta Dynamic Damping Control. Kelengkapan lain seperti Dynamic Traction Control (DTC), Hill Start Control (HSC), Shift Assist Pro, panel paparan TFT 6.5 inci, serta semua lampu jenis LED masih dikekalkan.

    Model yang dilengkapi terus dengan M Package juga diberikan peningkatan sama (DDC dan mod Pro) seperti model asas, tetapi ia mempunyai kelebihan rim gentian karbon M, tempat duduk sport serta bateri serba ringan. Aksesori M yang lain seperti peletak kaki, tuil tangan, penghadang angin bubble, Datalogger, Laptrigger, kit kalibrasi, dan beg semuanya masih dijual secara berasingan.

    Ciri lain pada motosikal ini masih sama seperti model standard yang dilancarkan pada tahun lepas, dan model M Package yang dilancarkan pada tahun 2019, bermula dengan enjin empat silinder selari 999 cc ShiftCam berkuasa 207 hp pada 13,500 rpm dan 113 Nm tork pada 11,000 rpm yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan.

    Kelengkapan lain pada model ini adalah kerangka Flex Frame, penutup tempat duduk belakang, fork USD 45 mm dengan pelarasan preload spring, lantunan serta mampatan, monoshock dengan pelarasan sama, brek cakera berkembar 320 mm dengan angkup empat piston di hadapan, cakera tunggal 220 mm dan angkup satu piston di belakang, serta berat basah 197 kg (versi M Package mempunyai berat 193.5 kg).

    GALERI: BMW S1000RR 2021 (Standard)

     
     
  • Harga minyak 27 Feb-5 Mac – Petrol naik, diesel kekal

    Harga minyak 27 Feb-5 Mac – Petrol naik, diesel kekal

    Berita ‘biasa’ pada petang Jumaat yang masih hangat seperti hari-hari lain, Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga bahan api untuk minggu bertarikh 27 Februari hingga 5 Mac 2021. Di mana harga runcit untuk petrol dilaporkan mengalami kenaikan sebanyak lima sen seliter.

    Ini bermakna petrol RON 97 kini menjadi RM2.35 seliter berbanding RM2.30 seliter pada minggu sebelum itu. Manakala petrol RON 95 pula, daripada RM2.00 seliter, kini menjadi RM2.05 seliter.

    Walau bagaimana pun, untuk minggu kedua berturut-turut, harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter bagi gred Euro 2M dan Euro 5 pula masih RM2.25 seliter.

    Kesemua harga baharu ini efektif mulai 12.01 tengahmalam ini sehingga Jumaat hadapan, 3 Mac 2021.

    Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang telah ditetapkan.

     
     
  • MINI Countryman F60 facelift 2021 dilancarkan di M’sia – Cooper S dan Cooper SE PHEV, RM244k hingga 254k

    MINI Countryman F60 facelift 2021 dilancarkan di M’sia – Cooper S dan Cooper SE PHEV, RM244k hingga 254k

    Selain dari pelbagai model BMW yang dilancarkan hari ini, BMW Group Malaysia turut melancarkan model facelift untuk MINI Countryman F60. Model SUV untuk MINI ini terus ditawarkan sebagai unit pemasangan tempatan (CKD) dalam varian Cooper S dan Cooper SE All4 plug-in hybrid (PHEV), serta diberikan berberapa peningkatan rupa dan kelengkapan.

    Countryman facelift ini dijual pada harga bermula RM244,266 bagi Cooper S sehingga RM254,462 untuk Cooper SE All4 – harga yang dinyatakan kesemuanya adalah harga atas jalan tanpa insuran dan cukai jualan (SST). Walau bagaimanapun, ia sudahpun termasuk pakej waranti empat tahun tanpa had perbatuan dan juga servis berkala. Pembeli yang mahukan harga lebih murah boleh memilih pakej waranti hanya dua tahun yang disediakan BMW Malaysia.

    Model ini telah pun muncul pada peringkat global Mei tahun lalu, dan ia menampilkan rekaan bampar hadapan dan belakang yang lebih lasak. Antara perubahan berkenaan termasuk kemasan skid plate, gril bampar kini berbentuk trapezoid, manakala liang udara sisi hadapan serta reflektor cahaya pada bampar belakang kini direka menegak.

    MINI Countryman F60 facelift 2021 dilancarkan di M’sia – Cooper S dan Cooper SE PHEV, RM244k hingga 254k

    Lampu hadapan LED juga telah direka semula dengan reflektor yang kini berbentuk empat segi bersama jalur LED lampu nyalaan siang dan lampu penunjuk isyarat dengan bentuk yang sama. Manakala LED lampu belakang pula menampilkan grafik bendera British Union Jack yang pertama kali diperkenalkan pada MINI facelift 2018.

    Kedua-dua varian pasaran Malaysia ini hadir standard dengan penggayaan All4, menampilkan kemasan perak pada skid plate hadapan dan belakang, skirt sisi, kemasan sudut, serta pakej pengayaan luaran Piano Black. Model SE dibezakan dengan lencana MINI E dan port pengecaj serta pemadanan rim aloi 19-inci MINI Yours British Spoke. Model Cooper S pula menerima rim aloi berdiameter sama dengan rekaan Turnstile Spoke.

    Kemasan Piano Black turut diberikan pada bahagian dalaman bagi menggantikan kemasan krom pada model sebelum ini. Pemandu menerima paparan instrumen digital bersaiz lima-inci, manakala skrin infotainmen kini lebih besar dengan saiz 8.8-inci bersama butang-butang kawalan dalam kemasan hitam. Panel kawalan di bawah skrin berkenaan pula kini diberikan unit sensitif-sentuhan.

    MINI Countryman F60 facelift 2021 dilancarkan di M’sia – Cooper S dan Cooper SE PHEV, RM244k hingga 254k

    MINI Coutryman facelift Cooper S dan Cooper SE ini juga menerima pakej Connected Navigation Plus. Ia terdiri dari kelengkapan seperti paparan head-up, hubungan Apple Carplay tanpa wayar dan juga sistem pengecaj peranti pintar tanpa wayar.

    Kabin kedua-dua varian ini juga hadir standard dengan upholsteri Carbon Black Leather Cross Punch, kemasan dalaman MINI Yours Illuminated Shaded Silver, lapik bumbung Hazy Grey, roda stereng kulit MINI Yours Walknappa, tempat duduk hadapan larasan berkuasa dengan memori, pendingin hawa dua-zon, sistem bunyi Harman Kardon dengan 12-pembesar suara serta pintu hatch belakang yang boleh dibuka tanpa sentuhan.

    Untuk keselamatan, akhirnya Countryman menerima pakej Driving Assistant sebagai ciri standard. Pakej tersebut terdiri dari sistem seperti brek kecemasan automatik bersama pengesan pejalan kaki, lampu tinggi automatik dan juga pengenal tanda trafik. Ia juga menerima enam-beg udara, kawalan kestabilan, penderia parkir hadapan dan belakang serta kamera parkir.

    MINI Countryman F60 facelift 2021 dilancarkan di M’sia – Cooper S dan Cooper SE PHEV, RM244k hingga 254k

    Tiada perubahan mekanikal untuk model facelift ini. Model petrol sepenuhnya Cooper S masih dijana enjin B48 2.0 liter turbo empat-silinder berkuasa 192 PS dan tork maksima 280 Nm bermula 1,350 rpm hingga 4,600 rpm. Ia hanya memacu roda hadapan dengan kotak gear sport klac berkembar automatik tujuh-kelajuan bersama pedal penukar gear.

    Ini membolehkan F60 facelift Cooper S memecut dari pegun hingga 100 km/j dalam masa hanya 7.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 226 km/j. Penggunaan bahan api pula dicatatkan pada 6.7 liter untuk setiap 100 km.

    Untuk model PHEV Cooper SE pula, ia menampilkan janaan hibrid enjin petrol B38 1.5 liter turbo tiga-silinder berkuasa 136 PS dan tork maksima 220 Nm, bersama motor elektrik berkuasa 88 PS/165 Nm. Ini membolehkan keseluruhan kuasa yang dibekalkan mencapau 224 PS dan tork maksima 385 Nm.

    MINI Countryman F60 facelift 2021 dilancarkan di M’sia – Cooper S dan Cooper SE PHEV, RM244k hingga 254k

    Model ini dibekalkan dengan kotak gear enam-kelajuan automatik, dan kuasa dialirkan ke kesemua roda dengan sistem AWD All4. Dengan bateri 9.6 kWj (kapasiti lebih tinggi berbanding 7.6 kWj sebelum ini), Cooper SE ini boleh bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 48 km, naik dari 42 km sebelum ini.

    Untuk prestasi pula, ia boleh memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 194 km/j. Bagi penggunaan bahan api, model PHEV ini mencatatkan bacaan 2.4 liter untuk setiap 100 km.

    GALERI: MINI Cooper S Countryman 2021

    GALERI: MINI Cooper SE Countryman 2021

     
     
  • GALERI: BMW F850 GS 40 Years Anniversary – 85.5k

    GALERI: BMW F850 GS 40 Years Anniversary – 85.5k

    Beberapa minggu lalu, BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan model F 850 GS keluaran khas “40 Years GS Edition” dan kini kami sudah ada galeri penuh model tersebut yang dipamerkan waktu majlis pelancaran beberapa model BMW (termasuk kereta) hari ini. Harga jualannya adalah RM85,500 tidak termasuk insurans, tetapi dengan jaminan tiga tahun dan program bantuan tepi jalan percuma tiga tahun.

    Model istimewa ini dikeluarkan sebagai menyambut kewujudan model GS selama lebih 40 tahun dan perbezaan utamanya adalah penampilan yang menggunakan gabungan warna hitam serta kemasan kuning pada pelindung tangan, panel tepi serta tempat duduk. Rim spoked bersaiz 21 inci di hadapan dan 17 inci di belakang pula menggunakan jenis aloi yang berwarna emas.

    Selain daripada itu, model ini juga dipasang terus dengan pakej Comfort, Touring, Dynamic dan Active, yang melengkapkan ia dengan sistem tanpa kunci, pemanas tangan, pemerhati tekanan angin tayar, Dynamic ESA (suspensi elektronik), Cruise Control, rak barangan, Shift Assist Pro, ABS Pro, Dynamic Traction Control (DTC) dan empat mod tunggangan.

    Untuk bahagian teknikal lain, ia masih lagi sama dengan F 850 GS biasa yang diambil sebagai asas, iaitu dipacu oleh enjin dua silinder 853 cc bersama padanan kotak gear enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 95 hp pada 8,250 rpm dan 92 Nm tork pada 6,250 rpm.

    Bahagian brek motosikal adventure ini menggunakan unit cakera berkembar 305 mm bersama angkup dua piston di hadapan, serta cakera 265 mm bersama angkup satu piston di belakang. Pelindung radiator serta tongkat tengah yang sebelum ini ditawarkan sebagai pilihan tambahan diberi secara terus pada model edisi khas ini.

     
     
  • BMW 430i Coupe M Sport G22 tiba — dari RM406k

    BMW 430i Coupe M Sport G22 tiba — dari RM406k

    BMW 430i Coupe M Sport G22 kini tiba di Malaysia selepas tiga bulan pengenalan model M4 G82 diperkenalkan di sini, Disember tahun lalu. Merupakan model import sepenuhnya, 430i ini hanya hadir dalam versi M Sport sahaja, dan dijual pada harga RM405,680 (dengan pengecualian cukai SST).

    Termasuk sekali dengan harga asas ini ialah jaminan dua-tahun tanpa had perbatuan, tidak termasuk servis percuma. Sebagai makluman, untuk membeli kereta in dengan pakej servis percuma dan jaminan lima-tahun akan menjadikan harganya RM418,800.

    Harga ini juga tidak termasuk RM36,000 untuk Innovation Package, yang terdiri daripada kemasan balutan kulit Vernasca, BMW Laserlights, bantuan lampu tinggi, sistem audio Harman Kardon, BMW Connected Package Profesional dan panel instrumen Sensatec (kulit buatan).

    BMW 430i Coupe M Sport G22 tiba — dari RM406k

    Ini bermakna, hanya pelanggan yang membuat pra-tempahan bagi kereta ini boleh mendapatkan 430i M Sport tanpa Innovation Package pada harga RM418,800. Ini menjadikan pembeli baru yang ingin mendapatkan kereta ini perlu membayar RM454,800 termasuk dengan jaminan lima-tahun dan pakej servis percuma; ini pula sebelum pilihan kustom yang lain.

    Sebagai kelengkapan standard, model ini menggunakan enjin B48 2.0 liter empat-silinder turbocas yang menghasilkan 258 hp dan 400 Nm tork dari 1,550 rpm hingga 4,400 rpm. Transmisi automatik Steptronic Sport lapan-kelajuan adalah gandingannya, membolehkan kereta ini memecut 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat. Laju maksimum adalah 250 km/j.

    Antara kelengkapan lain bagi model M Sport ini termasuk suspensi M SPort, brek M Sport, stereng sport boleh ubah, lampu utama dan lampu kabus LED, kit luaran M SPort dengan pakej M Aerodinamics dan BMW Individual Shadow Line, mesh kidney grille dengan kemasan aluminium kesat, ekzos krom dan rim 19-inci aloi 797 M dwi-warna dengan profil tayar campuran (255/40 depan, 255/35 belakang) run-flat.

    BMW 430i Coupe M Sport G22 tiba — dari RM406k

    Di dalam, 430i menerima BMW Live Cockpit Professional dengan panel instrumen digital sepenuhnya 12.3-inci, paparan skrin sentuh 10.25-inci di tangah yang dikuasakan oleh perisian BMW Operating System 7.0, BMW ConnectedDrive, pengecas tanpa wayar dan sistem bunyi BMW “HiFi”.

    Sebagai model M Sport, kereta ini menerima lapik bumbung gelap, stereng balutan kulit, pedal khas M, kerusi depan larasan kuasa dengan fungsi memori (pemandu), kerusi kemasan gabungan Sansatec/fabrik serta kemasan aluminium Tetragon dalam penyudah krom mutiara. Ada juga lampu suasana dengan 11 tetapan sedia ada, cermin pandang belakang dan cermin sisi elektrokromik, kawalan pendingin hawa automatik tiga-zon, lampu aluan dan sistem BMW Comfort Access.

    Dari sudut keselamatan, kereta coupe ini dilengkapi dengan BMW Driving Assistant, merangkumi fungsi seperti amaran perlanggaran depan dengan brek, amaran lintasan trafik belakang, penghindar perlanggaran belakang, amaran penukaran lorong, amaran keluar lorong dan kawalan melayar dengan fungsi brek. Ada juga Parking Assistant dengan bantuan mengundur serta kamera belakang.

    Sekarang, penawaran pilihan pula. 430i M Sport boleh dipilih daripada enam warna — Alpine White, Black Sapphire metalik, Portimao Blue metalik, Arctic Race Blue metalik (gambar), Dravit Grey metalik dan Tanzanite Blue metalik. Dua warna terakhir ini akan menelan tambahan kos RM9,160

    Jika inginkan rim gelap sepenuhnya, pilihan rim aloi ringan 791 M boleh dipilih, tanpa sebarang kos tambahan. Tetapi jika inginkan tayar yang lebih bagus, anda perlu menambah RM8,290 untuk set lengkap sepenuhnya.

    Selain itu, ada juga rim 783 Bicolour rekaan jejari-Y dengan tayar standard pada kos tambahan RM10,120, atau RM18,400 dengan tayar prestasi. Turut ditawarkan ialah rim untik 19-inci BMW Individual 793 dwi-warna dengan kos RM13,170, tetapi hanya datang dengan tayar rub-flat biasa.

    Ruang dalamannya juga diberi pilihan kombinasi 12 warna balutan, dengan hitam (benang biru) sebagai standard, dan Canberra Beige dengan tambahan RM880. Model dengan Innovation Package akan menerima balutan kulit Vernasca yang datang dalam warna Tacora Red (gambar), Mocha, Black, Oyster dan Cognac. Tanpa pakej ini, naik taraf kepada Vernasca akan menelan kos RM15,260.

    Selain itu, terdapat lapan pilihan bagi kemasan dalaman, dari pelbagai kemasan aluminium dan kayu – temrasuk tiga kemasan BMW Individual; hitam berkilat, fabrik aluminium berkilat dan kayu Fineline. Setiap satunya menelan kos RM6,110.

    BMW 430i Coupe M Sport G22 tiba — dari RM406k

    Pilihan lain termasuklah suspensi M adaptif (RM5,240), pintu belakang berkuasa (RM4,360), BMW Individual Lights Shadow Line (RM2,620), pakej luaran M Carbon (RM25,290), spoiler belakang M (RM1,750), kerusi depan dengan penyandar lumbar (RM2,180), kerusi depan dengan pemanas (RM3,320), kerusi depan berliang (RM7,850) dan perincian tombol gear (RM880).

    Pakej Driving Assistant Professional yang lebih maju pula memerlukan kos tambahan RM12,210, sementara kawalan melayar aktif dengan fungsi Start-and-Go dengan tambahan RM3,930. Kalau nak head-up display yang boleh membaca gerak tangan anda, itu perlukan lagi RM2,620 dan RM9,600. Fungsi penghidup enjin dari jauh pula menelan kos RM3,060. Jadi macam mana, ok BMW 430i M Sport Coupe G22 terbaru ini?

     
     
  • BMW R18 Classic tiba di Malaysia – harga RM154,500

    BMW R18 Classic tiba di Malaysia – harga RM154,500

    Model BMW R18 sebelum ini tiba di Malaysia dalam versi First Edition, dijual pada harga RM149,500. Kini, BMW Motorrad Malaysia menambah satu varian bagi motosikal cruiser ini, iaitu R18 Classic, dan ia diperkenalkan dengan harga jualan RM154,500.

    Perbezaan varian baru ini, dibandingkan dengan First Edition adalah ia dilengkapi dengan lebih banyak aksesori termasuk cermin penghadang angin hadapan, tempat duduk penumpang dan beg barangan tepi (boleh ditanggalkan jika mahu). Kemudiannya, ia juga didatangkan terus dengan tambahan lampu kabus LED di hadapan, cruise control serta rim hadapan 16 inci.

    Bahagian lain adalah sama sahaja dengan R18 First Edition, termasuk enjin, yang menggunakan unit boxer 1,802 cc bersama padanan kotak gear enam kelajuan serta sistem syaf untuk menghantar kuasa sehingga 91 hp pada 4,750 rpm dan 158 Nm tork pada 3,000 rpm kepada roda belakang.

    Pada bahagian brek, model ini dilengkapi dengan cakera berkembar 300 mm bersama angkup empat piston di hadapan, serta tetapan cakera di belakang. Suspensi terdiri daripada fork yang mempunyai kelongsong serta monoshock yang terletak di tengah dan boleh dilaras untuk tahap serapan serta pra beban.

    Penunggang boleh memilih tiga mod tungggangan pada model ini, dan ia juga didatangkan dengan ciri Hill Start Control, Reverse Assist, Dynamic Brake Control, Engine Drag Torque Control (MSR) serta sistem tanpa kunci.

    BMW R18 Classic ditawarkan dalam satu warna sahaja, iaitu Black Storm Metallic, dengan hiasan pinstripe putih seperti First Edition. Pemilik juga boleh menambah pelbagai lagi aksesori lain pada motosikal ini, melalui katalog yang disediakan oleh BMW Motorrad.


     
     
  • Honda Pakistan dikritik kerana masih jual sedan City generasi ketiga selama 12-tahun, tiada beg udara

    Honda Pakistan dikritik kerana masih jual sedan City generasi ketiga selama 12-tahun, tiada beg udara

    Laman automotif Pakistan, Carspirit.pk mengkritik Honda pada pasaran berkenaan kerana sehingga kini jenama tersebut masih menjual sedan City generasi ketiga (atau kelima jika dikira dari model hatchback JDM), sedangkan pada pasaran global termasuk Malaysia, model segmen-B berkenaan sudah pun masuk generasi kelima.

    Portal tersebut menyuarakan kritikan mereka ketika Honda Pakistan mengumumkan panggilan semula terhadap model yang terjejas dengan inflator beg udara Takata menggunakan tagline “Keselamatan anda adalah keutamaan kami”, sedangkan Honda City yang mereka jual menampilkan sistem keselamatan yang sudah jauh ketinggalan.

    Honda City generasi ketiga berkenaan dilancarkan ke pasaran Pakistan pada 2009, cukup awal dengan hanya empat bulan selepas model tersebut membuat kemunculan sulungnya di Thailand pada 2008. Namun sehingga sekarang, model yang sama masih dijual dalam bilik pameran, tanpa diganti dengan model generasi keempat dan juga generasi kelima yang sudah pun dilancarkan di Thailand dan Malaysia.

    Honda Pakistan dikritik kerana masih jual sedan City generasi ketiga selama 12-tahun, tiada beg udara

    Buat masa sekarang, Honda Pakistan satu-satunya pasaran di dunia yang masih memasang dan menjual City generasi ketiga tersebut dengan produksi yang berjalan selama 13-tahun, serta berada dalam bilik pameran selama 12-tahun.

    Model berkenaan bukan sahaja berada terlalu lama dalam pasaran, malah ia juga adalah antara model dengan kelengkapan yang paling rendah ditawarkan di negara tersebut. Varian tertinggi City Aspire 1.5 AT misalnya, ia tidak dilengkapi walau satu pun beg udara, serta tiada roda stereng pelbagai fungsi, penderia parkir serta penebat bunyi pada bonet dan but – dijual pada harga PKR 2.9 juta (RM74k)!

    Carspirit.pk menyatakan bahawa Honda Pakistan terus menjual model City ini tanpa berminat untuk memperkenalkan versi terkini adalah kerana ia tidak ada persaingan yang sengit. Satu-satunya pesaing utama Honda City, iaitu sedan Suzuki Liana telah pun dihentikan jualannya pada tahun 2010.

    Walau bagaimanapun, jualan City mula tergugat setelah Toyota mula membawa sedan Yaris (Vios) kepasaran berkenaan. Pada tahun 2014, Yaris dijual lebih banyak berbanding jualan gabungan City dan Civic di Pakistan, malah Honda juga malu untuk mendedahkan angka jualan berasingan untuk kedua-dua model tersebut kerana jumlahnya yang menjunam.

    Buat masa sekarang, Honda City tersebut bukan sahaja perlu berhadapan dengan Yaris, malah dengan kedatangan model-model sedan mampu milik dari China seperti Changan Alsvin dan BAIC D20, serta jenama Malaysia iaitu Proton Saga, jualan City dijangka bakal tambah menyusut di Pakistan.

    GALERI: Honda City 1.5 Aspire pasaran Pakistan

     
     
  • DRB-Hicom catat RM540.1 juta keuntungan pada 2020

    DRB-Hicom catat RM540.1 juta keuntungan pada 2020

    DRB-Hicom Berhad telah umumkan keuntungan yang dicatatkan sebelum cukai bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 ialah sebanyak RM540.1 juta. Ini adalah berasingan daripada pendapatan RM13.2 bilion, dibantu oleh pemulihan perniagaan pada separuh kedua tahun lalu serta lengkapnya urusan melupuskan aset.

    Memandangkan ia merupakan tahun penuh pertama selepas tempoh kewangan syarikat itu diubah, tiada perbandingan suku tahunan atau tahunan yang tersedia. Bagi Suku Keempat 2020, keuntungan kumpulan syarikat ini ialah RM4.85 bilion, dengan EBIT sebanyak RM948.8 juta. Bagi kedua-dua Q4 dan tahun kewangan 2020 (FY2020), majoriti pendapatan DRB-Hicom datang dari sektor automotif.

    DRB-Hicom memiliki 51% pegangan dalam Proton, yang kembali ke tempat kedua carta jualan tempatan tahun lalu. Syarikat ini juga ada pegangan di dalam Honda Malaysia, Mitsubishi dan Isuzu; dan memiliki juga pengedaran bagi Audi, Isuzu, Mitsubishi dan Volkswagen.

    DRB-Hicom catat RM540.1 juta keuntungan pada 2020

    Bagi sektor automotif, DRB menikmati manfaat daripada pengecualian cukai bagi kenderaan penumpang yang diberikan oleh kerajaan. Pendapatan diperoleh RM8 bilion bagi FY2020, dengan Q4 menjadi suku tahunan terbaik, mencatatkan jualan RM2.6 bilion, naik 3% dari tempoh sama tahun sebelumnya. Sektor perkhidmatan dan hartanah pula masing-masing menyumbang RM3.5 bilion dan RM1.3 bilion kepada kumpulan ini. DRB-Hicom kini tidak lagi terlibat dalam industri hospitaliti.

    Bagi FY2021, perniagaan automotif akan terus menjadi pemacu utama bagi DRB-Hicom. Dengan lanjutan tempoh pengecualian cukai bagi kenderaan penumpang hingga 30 Jun, Persatuan Automotif Malaysia yakin pasaran kenderaan tempatan akan berkembang, dengan sasaran TIV dinaikkan kepada 570,000 unit (529,434 unit pada 2020).

    DRB-Hicom berkata, dengan jangkaan pengenalan model facelitft dan promosi agresif beberapa jenama di bawahnya, ini akan membantu merancakkan lagi perniagaan automotif mereka tahun ini. Sekiranya Proton terus bangkit (perkongsian pasaran pada 2020 ialah 20.5%, naik daripada 16.6% pada 2019 dan 11% pada 2018) dan Honda kekal memberi saingan sengit kepada Toyota, DRB-Hicom bakal menyaksikan FY2021 yang lebih menarik

     
     
  • Individu langgar peraturan atau SOP COVID-19 berhadapan kompaun maksimum sehingga RM10,000

    Individu langgar peraturan atau SOP COVID-19 berhadapan kompaun maksimum sehingga RM10,000

    Kerajaan telah menetapkan, berkuatkuasa mulai 11 Mac ini, individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19, akan berdepan kompaun sehingga maksimum RM10,000.

    Manakala syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama, pula boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000. Ketika ini, individu dan syarikat yang melakukan kesalahan itu, hanya dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

    Ketetapan peraturan baharu tersebut adalah mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang telah diwartakan dan telah dimuatnaik menerusi portal rasmi Jabatan Peguam Negara, laporan Bernama

    Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 itu, diwartakan susulan Proklamasi Darurat dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong, mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan, pada 11 Januari lalu. Pemasyhuran ordinan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong selepas berpuas hati, bahawa tindakan serta merta dikehendaki bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

    Kadar kompaun terbabit dinaikkan, susulan penggantian Seksyen 25 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai kesihatan yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya.

    Selain itu, pindaan terhadap penalti am mengikut Seksyen 24 ordinan sama, bagi kesalahan yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, kini boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali.

     
     
  • Volvo Used Car Locator bantu pelanggan cari kereta Volvo terpakai yang berkualiti menerusi dalam talian

    Volvo Used Car Locator bantu pelanggan cari kereta Volvo terpakai yang berkualiti menerusi dalam talian

    Selepas melancarkan program kereta terpakai, Volvo Selekt pada Jun 2020, pengeluar kereta premium dari Sweden kini memperkenalkan Volvo Used Car Locator, satu inisiatif digital baharu yang memberikan pelanggan cara mudah untuk membeli kereta Volvo pada harga yang memenuhi keperluan kewangan mereka, semuanya boleh dilakukan dalam talian dan dengan selesa di kediaman mereka.

    Volvo Used Car Locator mengendalikan inventori kedua-dua kereta Volvo Selekt dan kereta terpakai Volvo berkualiti yang lain. Model Volvo Selekt hanya boleh didapati di Sisma Auto di Glenmarie, Selangor dan iRoll Auto di Juru, Pulau Pinang, sementara itu semua kereta terpakai Volvo berkualiti boleh didapati daripada 12 pengedar di seluruh negara.

    Kereta Volvo Selekt dijamin berusia di bawah lima tahun dengan jarak perbatuan tidak melebihi dari 100,000km, dan telah menjalani pemeriksaan sebanyak 125 mata. Bagi memberikan permulaan baharu kepada pemilik kenderaan Volvo Selekt, setiap kereta dilengkapi dengan jaminan minimum sehingga 12 bulan, pakej perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk tempoh satu tahun (VSA 1) dan Bantuan Tepi Jalan selama 12 bulan.

    Volvo Used Car Locator bantu pelanggan cari kereta Volvo terpakai yang berkualiti menerusi dalam talian

    Menurut Volvo Car Malaysia (VCM), Volvo Selekt telah menyumbang 15% kepada jumlah penjualan kereta terpakai Volvo pada tahun 2020 untuk pasaran di Malaysia. Melalui program ini, Volvo memastikan bahawa setiap pelanggan memperolehi pengalaman membeli yang terbaik melalui perkhidmatan khusus dan dengan jaminan kualiti.

    “Sambutan positif yang kami terima untuk Volvo Selekt telah mendorong kami untuk memberikan lebih banyak pilihan alternatif kepada pelanggan bagi membeli kereta terpakai Volvo di samping mengekalkan semua kriteria keunggulan, kebolehpercayaan dan prestasi yang diharapkan dari kereta mewah yang premium.

    “Selaras dengan langkah kami untuk lebih celik teknologi, kami kini memperkenalkan Volvo Used Car Locator, untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dalam memperolehi dan memiliki kereta Volvo, semuanya mudah dengan hanya menggunakan telefon pintar atau komputer riba mereka. Inisiatif ini hadir tepat pada waktunya ketika kita terus mengutamakan keselamatan dan kesihatan kita, dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial,” ujar Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

    Volvo Used Car Locator bantu pelanggan cari kereta Volvo terpakai yang berkualiti menerusi dalam talian

    Menerusi Volvo Car Used Locator, pelanggan boleh melihat senarai penuh kereta sama ada Volvo Selekt atau kereta terpakai Volvo berkualiti yang terdapat di semua pengedar Volvo di seluruh Malaysia. Laman web ini juga menyediakan perincian penuh mengenai kereta supaya pelanggan boleh mengenalpasti kereta Volvo yang bersesuaian dengan gaya hidup dan lokasi terdekat mereka.

    “Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat merasai sendiri ciri-ciri perintis keselamatan dan inovasi yang tereka bentuk dalam setiap kereta ini, menjadikannya antara pilihan paling selamat di pasaran,” sambung Nalin.

     
     
  • Perkhidmatan bas Rapid Penang percuma untuk pemegang Pas Mutiara MY30 mulai 1 Mac-31 Dis 2021

    Perkhidmatan bas Rapid Penang percuma untuk pemegang Pas Mutiara MY30 mulai 1 Mac-31 Dis 2021

    Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan semua warganegara Malaysia yang memiliki pas Mutiara MY30 boleh menikmati perkhidmatan bas Rapid Penang secara percuma tanpa had di seluruh negeri tersebut. Menurut Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari, kerajaan negeri akan menanggung kos langganan Pas Mutiara My30 sebanyak RM30 sebulan bermula 1 Mac 2021 sehingga 31 Disember 2021.

    Katanya lagi, dengan peruntukan sebanyak RM3 juta, langkah proaktif ini diambil bagi membantu meringankan beban perjalanan harian pengguna bas yang terjejas pendapatannya sepanjang pandemik COVID-19.

    Inisiatif ini membolehkan pengguna perkhidmatan bas menikmati perkhidmatan bas secara percuma di 50 laluan Rapid Penang dengan kos dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

    Menurut Rapid Penang, bagi yang telah memiliki Pas Mutiara MY30, mereka tidak perlu membeli kad baharu sebaliknya hanya memperbaharui (renew) secara percuma bagi memastikan kad tersebut aktif. Sejak dilancarkan pada awal tahun ini, seramai 2,300 pengguna sudah memiliki Pas Mutiara MY30.

     
     
  • Peugeot dedahkan logo dan identiti jenama baru – 80% kereta baru akan terima elektrifikasi hujung tahun ini

    Peugeot dedahkan logo dan identiti jenama baru – 80% kereta baru akan terima elektrifikasi hujung tahun ini

    Zaman peralihan kepada teknologi elektrifikasi kini semakin jelas apabila satu persatu jenama automotif mula menukar identiti jenama mereka. Dan terbaharu, Peugeot juga telah mendedahkan logo baharu bersama identiti jenama baharu, selari dengan visi bagi menjadikan jenama ini lebih premium, dan dengan pelbagai fokus baharu terhadap pelanggan.

    Logo baharu Peugeot ini masih mengekalkan imej sisi Singa, namun kali ini ia hanya menampilkan bahagian kepala sahaja dan kelihatan lebih realistik bersama tulisan ‘PEUGEOT’ yang lebih moden di atasnya. Ini merupakan versi ke-11 logo Singa Peugeot, sejak syarikat berkenaan ditubuhkan pada 1850.

    Identiti jenama baharu ini pula akan mula digunakan pada material komunikasi Peugeot dan juga di jaringan pengedar, dengan sekitar 20 outlet flagship mereka di seluruh dunia akan mula menggunakan identiti baharu tersebut hujung bulan hadapan. Ia kemudiannya akan diikuti oleh 1,500 jaringan pengedar lain pada penghujung 2021, manakala proses penukaran ini bakal dilengkapkan sepenuhnya pada 2023, kata pengarah pemasaran dan komunikasi Peugeot, Thierry Lonziano.

    Teras baharu untuk Peugeot sekarang adalah bagi “merubah masa kepada masa berkualiti” untuk pelanggan, dan tema tersebut turut di bawa ke laman sesawang mereka, di mana penggunaannya kini lebih ringkas serta lebih mendalam dan intuitif, kata Lonziano lagi.

    Manakala CEO Peugeot, Linda Jackson pula menyatakan bahawa proses atas talian untuk jualan kenderaan serta perkara lain berkenaan pengalaman pelanggan juga kini telah diselarikan.

    Model pertama Peugeot yang akan diberikan logo baharu ini pula adalah Peugeot 308 generasi selepas ini. Model segmen-C tersebut bakal menampilkan asas rekaan yang sama seperti model-model baharu Peugeot yang baru didedahkan seperti 2008, 208 dan 508.

    Identiti baharu ini merupakan jambatan yang menghubungkan warisan sejarah dan juga masa hadapan Peugeot, kata pengarah rekaan Peugeot Matthias Hossan. Beliau juga menyatakan bahawa langkah untuk penjenamaan semula ini tiada kaitan langsung dengan Stellantis (entiti gabungan baharu Group PSA dan Fiat Chrysler Automobile) kerana mereka telah pun bermula sejak sekian lama, sebelum idea berkenaan Stellantis difikirkan.

    Seperti juga logo-logo baharu jenama lain seperti Nissan dan Volkswagen, Peugeot juga memilih untuk menghasilkan logo baharu mereka dalam rekaan dua-dimensi lebih rata, memudahkan ia digunakan pada platform digital. Peugeot merasakan bahawa “sekarang merupakan masa yang sempurna” untuk beralih ke rekaan rata kerana logo berkenaan akan lebih banyak digunakan pada aset digital, jelas Hossann.

     
     
  • Teaser Perodua Ativa D55L tunjuk perincian baru

    Sehingga pelancaran rasminya minggu depan, kita boleh jangkakan akan ada lebih banyak perincian yang akan muncul sedikit demi sedikit berkaitan SUV Perodua Ativa D55L. Terbaru ialah tanggapan awal dari sesi pandu uji yang dijalankan di litar ujian Perodua, di Rawang semalam, yang memberikan kita petunjuk awal kepada prestasi SUV berkenaan.

    Dan hari ini pula, satu iklan teaser baru telah ditunjukkan di laman FB Perodua. Walaupun SUV berkenaan masih lagi ditutup kain, tetapi ada beberapa perkara baru yang boleh diperhatikan. Antaranya ialah rekaan gril, yang kelihatan bersambung dengan bahagian lampu utama. Ini sekali gus membezakannya daripada rekaan Rocky. Sama seperti Aruz, Ativa akan mempunyai gril palang berkembar yang diletakkan lebih tinggi, bersambung dengan lampu utama dengan rekaan yang sama. Ada juga seperti skid plate krom kelihatan, serta lampu kabus bulat padanya.

    Kit juga sudah tahu Ativa akan menggunakan rim 17-inci yang sedikit berbeza serta rekaan bampar belakang yang unik, menempatkan sudut bentuk L bagi reflektor. Bahagian dalaman mungkin tidak akan melibatkan terlalu banyak perbezaan. SUV ini akan menempatkan papan pemuka yang sama, dengan kelengkapan seperti skrin sentuh infotainmen, panel instrumen digital tujuh-inci dan perincian merah bagi varian tertinggi.

    Teaser Perodua Ativa D55L tunjuk perincian baru

    Ativa bagaimanapun akan mempunyai akan menggunakan kawalan pendingin hawa dengan memori yang berbeza, serta tetapan suspensi yang lebih keras berbanding Rocky. Semua model akan menggunakan enjin 1KR-VET 1.0 liter turbo tiga-silinder yang menghasilkan 98 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm tork dari 2,400 rpm hingga 4,000 rpm.

    Banyak juga perkara yang anda perlu tahu tentang Ativa, yang setakat ini sudah kami perincikan secara berasingan untuk memudahkan pembaca. Misalnya, tentang perincian enjin yang digunakan, begitu juga dengan platform DNGA yang pertama kali digunakan oleh kenderaan Perodua. Tidak lupa, penyalur kuasanya, sistem transmisi D-CVT dan perbezaannya dengan CVT biasa yang lain.

     
     
  • HondaJet – pesawat paling laris dalam kelasnya 4 tahun berturut-turut, 31 unit diserah sepanjang 2020

    HondaJet – pesawat paling laris dalam kelasnya 4 tahun berturut-turut, 31 unit diserah sepanjang 2020

    The HondaJet is the Most Delivered Aircraft in its Class for the Fourth Consecutive Year

    Mungkin ramai yang tak tahu Honda ada buat pesawat ringan yang digelar sebagai HondaJet bukan? Dan baru-baru ini Honda telah mengumumkan bahawa HondaJet merupakan pesawat yang paling banyak telah diserahkan kepada pelanggan dalam kelasnya untuk tahun keempat berturut-turut.

    Angka tersebut diperolehi berdasarkan data yang dikeluarkan oleh General Aviation Manufacturers Association (GAMA). Sepanjang tahun 2020, Honda Aircraft Company telah berjaya menyerahkan sebanyak 31 pesawat kepada pelanggannya di seluruh dunia.

    “Ketika pandemik Covid-19 telah menyebabkan keselururan penghantaran jet perniagaan merosot berbanding tahun sebelumnya, kami turut melihat bahawa ia mempercepatkan peralihan kepada mod pengangkutan yang lebih selamat dan mampan,” kata presiden dan CEO Honda Aircraft Company, Michimasa Fujino.

    “Penghantaran HondaJet pulih dengan cepat ke tahap pra-Covid menjelang akhir tahun, menunjukkan pelanggan di seluruh dunia terus memilih HondaJet. Ini termasuk ramai pemilik jet perniagaan pertama, yang sedar manfaat untuk bergerak secara peribadi. Kami percaya bahawa HondaJet akan terus menyumbang kepada pemulihan perniagaan penerbangan pasaran global,” katanya lagi.

    Honda Aircraft Company turut mengumumkan bahawa HondaJet Japan kini telah memulakan servis carter di bawah Perkhidmatan Pengangkutan Udara, di bawah Undang-undang Penerbangan Jepun, menjadikan pesawat tersebut lebih mudah untuk diakses oleh pengembara di Jepun.

    Pada 2020, Honda Aircraft Company telah mengembangkan asas global mereka dengan mendapat kelulusan di Pakistan dan Rusia. Buat masa sekarang, servis dan jualan syarikat berkenaan telah pun bertapak di Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin, Asia Tenggara, China, Timur Tengah, India, Jepun dan Rusia.

    Flit HondaJet juga terus bertambah – lebih 170 pesawat HondaJet kini beroperasi di seluruh dunia dengan 68,000 jam penerbangan. Syarikat tersebut turut membuka pusat servis serta pusat latihan penerbangan baharu di UK tahun lalu bagi memperkuatkan jaringan servis dan sokongan.

     
     
  • JPJ Perlis catat keuntungan sebanyak RM3.48 juta menerusi bidaan siri plat nombor RAJ, atasi KFC

    JPJ Perlis catat keuntungan sebanyak RM3.48 juta menerusi bidaan siri plat nombor RAJ, atasi KFC

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah berjaya merekodkan kutipan sebanyak RM3,486,332 menerusi bidaan siri plat nombor RAJ dengan sejumlah 4,026 pembida menyertainya.

    Menurut Pengarah JPJ negeri, Fatimah Mohamed Ali Piah, nilai tertinggi bagi siri nombor itu adalah bagi pendaftaran RAJ 1 dengan bidaan RM202,670 menerusi bidaan yang dibuka sepanjang tempoh lima hari bermula 18 Februari lalu,

    “JPJ Perlis membuka siri pendaftaran ini hingga 22 Februari lalu dan menerima pembida sebanyak 4,026 dengan jumlah bidaan sebanyak RM 3,486,332. Selain RAJ 1 yang mendapat sambutan tertinggi, plat RAJ 5 juga mencatat jumlah bidaan kedua tertinggi sebanyak RM 101,780 dan diikuti RAJ 3 sebanyak RM 81,000,” katanya.

    Ini merupakan kali ketiga JPJ Perlis membuka bidaan siri plat nombor menerusi dalam talian, bermula dengan RAE. Menurut JPJ, Sistem JPJebid ini menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat. Pembida boleh mengetahui kedudukan (ranking) secara ‘realtime’ dan tiada unsur-unsur campur tangan manusia

    Beberapa hari lalu, JPJ Kedah telah mengumumkan kutipan sebanyak RM2 juta menerusi nombor pendaftaran KFC. Nampak gayanya RAJ lagi popular dan menjadi rebutan berbanding KFC. Kalau individu yang bernama Raj, tentu berbangga kalau pakai nombor pendaftaran RAJ ini kan.