Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Hyundai Bayon diperkenalkan di Eropah – SUV hibrid ringkas 1.0L T-GDI dengan kuasa sehingga 120 PS

    Hyundai Bayon diperkenalkan di Eropah – SUV hibrid ringkas 1.0L T-GDI dengan kuasa sehingga 120 PS

    Selepas beberapa kali teaser dikeluarkan, Hyundai Bayon akhirnya diperkenalkan untuk pasaran Eropah dalam beberapa pilihan enjin iaitu 1.0 liter T-GDI direct-injection dengan hibrid ringkas 48-volt dalam dua talaan kuasa (120 PS dan 100 PS), enjin sama tetapi tanpa bantuan hibrid, serta enjin petrol NA 1.2 liter MPI berkuasa 84 PS.

    Varian paling tinggi, iaitu petrol hibrid ringkas itu boleh dipadankan bersama transmisi manual pintar (iMT) enam kelajuan ataupun automatik klac berkembar tujuh kelajuan, sementara enjin 1.0 liter tanpa sistem hibrid pula boleh dipadankan bersama unit manual enam kelajuan atau automatik klac berkembar tujuh kelajuan. Enjin NA 1.2 liter MPI pula datang dengan transmisi manual lima kelajuan.

    Lampu hadapan Bayon menggunakan rekaan seperti Kona, dengan susunan bertingkat, di mana bahagian atas yang nipis adalah untuk DRL, sementara bahagian bawah adalah untuk lampu utama. Semua lampu untuk SUV ini menggunakan unit LED manakala bamparnya pula mempunyai bentuk seperti bampar i20 N Line.

    Hyundai Bayon diperkenalkan di Eropah – SUV hibrid ringkas 1.0L T-GDI dengan kuasa sehingga 120 PS

    Di belakang, lampunya mempunyai pencahayaan seperti anak panah dan pergi ke tepi, ia dipasang dengan kemasan plastik yang bermula dari lengkuk roda hadapan hinggalah ke belakang – satu gaya biasa SUV. Di bahagian tengah bampar terdapat kemasan seperti skid plate.

    Bagi roda, bergantung kepada varian, Bayon boleh datang dengan rim 16, 17 ataupun 15 inci. Ukuran dimensi kenderaan ini adalah 4,180 mm panjang, jarak roda 2,580 mm, lebar 1,775 mm dan tinggi 1,490 mm (10 mm lebih tinggi apabila menggunakan rim 17 inci). Menurut Hyundai, apabila menggunakan rim 17 inci juga, jarak dari tanahnya menjadi 183 mm.

    Masuk ke dalam, penumpang disediakan dengan ruang kaki 1,072 mm di hadapan dan 882 mm di belakang, sementara ruang barangan pula berkapasiti 411 liter. Untuk infotainmen, ia boleh datang dengan skrin AVN 10.25 inci atau Display Audio 8.0 inci yang boleh disambung dengan Apple CarPlay serta Android Auto.

    Hyundai Bayon diperkenalkan di Eropah – SUV hibrid ringkas 1.0L T-GDI dengan kuasa sehingga 120 PS

    Dua soket USB disediakan di bahagian hadapan kenderaan sementara di belakang terdapat satu lagi soket USB. Untuk yang berada di bahagian hadapan, satu daripadanya boleh disambungkan kepada sistem infotainmen dan menyediakan operasi pemindahan data. Turut disediakan adalah pad mengecas tanpa wayar.

    Bayon juga mendapat servis atas talian Hyundai Bluelink, yang termasuk Connected Routing serta ciri baru User profile. Satu lagi ciri baru bagi Bluelink adalah integrasi kalendar, di mana pengguna boleh memaparkan kalendar Google atau Apple mereka pada unit infotainmen.

    Menurut Hyundai, sistem navigasi Bayon juga boleh mengimport alamat daripada temu janji dalam jadual, sekiranya ada. Turut disertakan dalam Bluelink ini adalah informasi tempat letak kereta, pengenalan suara atas talian, fungsi mencari kenderaan, memerhati sama ada kereta kunci atau tidak berserta statusnya melalui aplikasi, dan notifikasi penyelenggaraan.

    Hyundai Bayon diperkenalkan di Eropah – SUV hibrid ringkas 1.0L T-GDI dengan kuasa sehingga 120 PS

    Melalui pakej keselamatan Hyundai SmartSense yang diberikan pada Bayon, Hyundai mengatakan ia adalah yang terbaik di dalam kelasnya. SUV segmen B ini mendapat Lane Following Assist serta Forward Collision Avoidance Assist (kereta, pejalan kaki dan penunggang basikal) yang boleh membrek sekiranya perlu.

    Turut disertakan adalah Junction Turning (boleh brek sendiri sekiranya terdapat risiko kemalangan di persipangan), Smart Cruise Control, Driver Attention Warning, Leading Vehicle Departure Alert, Rear Occupant Alert Parking Collision-Avoidance Assist-Reverse, Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist serta Parking Assist.

     
     
  • AATF bakal digunakan untuk peleraian komponen kenderaan terbiar – Kementerian Alam Sekitar

    AATF bakal digunakan untuk peleraian komponen kenderaan terbiar – Kementerian Alam Sekitar

    Isu kenderaan terbiar, usang dan tersadai masih berlarutan sana sini. Selain sakit mata memandang, ia juga menjadi port pembiakan nyamuk dan haiwan lain. Walau bagaimana pun, pemasalahan ini bagaikan kurang penyelesaiannya, walau pun sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan berkata bakal ada garis panduan pengurusan kenderaan terbiar diperkenalkan.

    Namun demikian, jika berfikir secara positif, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Baru-baru ini, Kementerian Alam Sekitar telah mengumumkan projek perintis Kemudahan Rawatan Automatif Berlesen (AATF) akan digunakan bagi peleraian komponen mengandungi buangan terjadual dari kenderaan yang dibatalkan pendaftarannya oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, laporan Berita Harian.

    Menurut Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar, komponen itu akan diasingkan bagi tujuan guna semula, kitar semula atau pemerolehan kembali dan pelupusan akhir. Di mana kemudahan itu dilesenkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bawah Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

    “Inisiatif lestari ini diperkenalkan JAS bagi menangani isu kenderaan terbiar dan ditinggalkan yang dilihat berpotensi menyebabkan pencemaran alam sekitar jika tidak diuruskan dengan sempurna. Usaha ini juga akan memangkin penerapan aspek teknologi hijau bagi memacu pembangunan rendah karbon di negara ini selaras Dasar Automatif Nasional 2020,” katanya.

    AATF bakal digunakan untuk peleraian komponen kenderaan terbiar – Kementerian Alam Sekitar

    Kenderaan terbiar ini mengandungi bahan buangan terjadual seperti bateri asid plumbum, bateri lithium, komponen elektronik, pad brek, minyak enjin terpakai dan cecair penyejuk enjin yang perlu diuruskan dengan baik.

    Berdasarkan aduan diterima Biro Pengaduan Awam (BPA), sejumlah 15,019 kes direkodkan berkaitan masalah kenderaan terbiar bagi tempoh 2014 hingga 2017. Peningkatan jumlah kenderaan berdaftar juga didapati menyumbang kepada peningkatan kenderaan terbiar di dalam negara.

    Menerusi maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula, terdapat sekurang-kurangnya 60,000 kenderaan terbiar di seluruh negara pada 2019, antaranya disebabkan kenderaan uzur, kesukaran mendapat alat ganti dan pemilik kenderaan kurang arif mengenai proses pelupusan.

    Dengan adanya AATF ni, pastinya masalah tersebut dapat dikurangkan (atau dihapuskan sama sekali). Namun demikian, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang boleh membuat rondaan dan mengesan kenderaan usang ini, begitu juga dengan golongan masyarakat yang boleh membuat aduan sekiranya ada kenderaan usang ini berhampiran mereka.

     
     
  • Volvo C40 Recharge didedahkan – SUV Coupe elektrik sepenuhnya, P8 AWD berkuasa 408 PS/660 Nm!

    Volvo C40 Recharge didedahkan – SUV Coupe elektrik sepenuhnya, P8 AWD berkuasa 408 PS/660 Nm!

    Volvo secara rasminya telah mendedahkan baharu model elektrik sepenuhnya (EV) yang digelar C40 Recharge. Jika sebelum ini abjad ‘C’ dalam nama alphanumeric Volvo merujuk kepada Coupe dengan konfigurasi badan dua- atau tiga pintu seperti C70 dan C30, C40 kali ini merupakan coupe crossover yang diberikan lima-pintu termasuk pintu hatch di belakang.

    Model ini diasaskan dari platform CMA, iaitu asas yang sama dengan SUV kompak XC40 generasi baharu (juga hadir dengan pilihan versi EV XC40 Recharge) dan juga crossover sedan elektrik sepenuhnya berprestasi tinggi Polestar 2. Menurut Volvo, C40 adalah model pertama mereka yang hanya ditawarkan dalam versi EV, tanpa pilihan penjana bahan api fosil.

    Sebagai model yang hanya dijana elektrik, C40 menggunakan muka signatur Volvo untuk model-model EV. Rekaan unik tersebut termasuk rupa keseluruhan muka yang lebih ringkas, serta penggunaan gril tanpa elemen jailbar atau eggcrate, sebaliknya hanya diberikan kemasan permukaan rata dengan warna badan, bersama logo iron mark Volvo.

    Volvo C40 Recharge didedahkan – SUV Coupe elektrik sepenuhnya, P8 AWD berkuasa 408 PS/660 Nm!

    Sebagai model elektrik sepenuhnya, C40 tidak memerlukan aliran udara untuk masuk ke ruang enjin bagi tujuan penyejukan. Jadi dengan rekaan lebih ringkas dan mempunyai lebih banyak permukaan rata ini membantu C40 bagi mendapatkan aliran udara sekeliling kenderaan yang lebih baik dan bersih.

    Lampu hadapan LED (dengan teknologi piksel yang canggih) pada C40 ini juga berbeza berbanding XC40, menampilkan kluster dengan bentuk hujung yang lebih tirus serta jalur LED ‘tukul Thor’ yang lebih nipis, memberikan ekspresi muka yang lebih garang.

    Pada bahagian sisi, C40 ini menampilkan rupa fender dan juga cermin sisi pandang belakang yang sama seperti XC40. Namun sebagai sebuah coupe, garis bumbung pada C40 adalah lebih landai ke belakang bermula dari tingkap sisi hadapan lagi sehingga ke tiang-D yang lebih rendah.

    Volvo C40 Recharge didedahkan – SUV Coupe elektrik sepenuhnya, P8 AWD berkuasa 408 PS/660 Nm!

    Ia juga tidak diberikan rel bumbung untuk aspek aerodinamik lebih baik, manakala di belakang ia dilengkapkan dengan spoiler bumbung gaya-jet, sayap bersepadu dengan pintu tailgate serta rekaan lampu LED belakang yang lebih tersendiri. Model yang didedahkan kali ini dibekalkan dengan rim 20-inci aero-optimised dengan tayar 255/40R20.

    Pada bahagian kabin, pengayaan C40 ini dilihat hampir sama seperti XC40 Recharge. Pelanggan diberikan pelbagai pilihan tema warna dan opsyen kemasan, yang sebahagiannya adalah eksklusif hanya pada C40. Model ini juga merupakan model pertama Volvo tanpa sebarang bahan kulit, berkemungkinan ia akan ditawarkan dengan material sintetik dengan kualiti sama seperti kulit asli.

    Sistem infotainmen pada C40 ini juga sama seperti XC40 Recharge, menampilkan skrin berasaskan Android yang memberikan akses penuh kepada pelbagai servis Google dan aplikasi dari Google Play Store, termasuk ciri bina dalam seperti Google Maps dan Google Assistant. Model ini hadir dengan bekalan data internet tanpa had, serta menyokong sistem sokongan kemaskini perisian over-the-air (OTA).

    Menurut Volvo, C40 Recharge menerima sistem penggerak yang sama seperti XC40 Recharge. Sistem yang digelar sebagai P8 AWD tersebut terdiri dari dua motor elektrik, setiap satunya diletakkan pada gandar hadapan dan belakang bagi mewujudkan pacuan semua roda.

    Pada XC40 Recharge sistem berkenaan menghasilkan 408 PS dan tork 660 Nm bermula dari 0 rpm – angka yang sama pada Polestar 2. Ini membolehkan SUV Coupe tersebut memecut dari pegun hingga 100 km/j dalam masa tak sampai lima saat. Namun menerusi polisi terbaharu Volvo, kelajuan maksima hanya dihadkan pada 180 km/j.

    Ia turut berkongsi sistem bekalan elektrik yang sama seperti XC40, iaitu pek bateri lithium-ion 78 kWj, membolehkan ia bergerak sejauh 420 km dengan satu caj penuh. Menurut Volvo, jarak gerak tersebut mungkin akan lebih jauh selepas ini setelah mereka mengemaskini perisian, dan ia hanya akan dibuat menerusi OTA.

    Volvo C40 ini boleh di caj semula menerusi pengecaj AC dengan penghubung Type 2, mengambil masa sekitar 7.5 jam menggunakan palam tiga-fasa 11 kW. Sistem pengecaj cepat turut diberikan menerusi palam 150 kW DC menggunakan penghubung CCS, membolehkan bateri diisi dari 0 hingga 80% dalam masa hanya 40 minit.

    Dalam mencapai sasaran neutral-iklim menjelang 2040, inovasi yang Volvo buat bukan hanya sekadar pada model yang dihasilkan, malah juga pada bahagian jualan. Oleh itu, Volvo menyatakan bahawa semua kereta elektrik mereka hanya boleh dibeli secara atas talian. Dengan medium ini, ia akan mengurangkan kerumitan dalam penawaran produk, dan menggalakkan ketelusan dengan harga tetap ditawarkan pada model dan ciri opsyen.

    “C40 Recharge mewakili masa hadapan Volvo dan menunjukkan hala tuju kami. Ia adalah elektrik sepenuhnya, ditawarkan hanya dalam talian dengan pakej penjagaan yang mudah serta akan dihantar dengan cepat. Memiliki Volvo baru tak pernah semenarik ini,” kata ketua pegawai teknologi Volvo, Henrik Green.

    Volvo C40 Recharge akan mula diproduksi pada suku ketiga tahun ini, dan akan dihasilkan bersama XC40 Recharge di kilang Volvo Cars Ghent, Belgium.

     
     
  • Perodua Ativa 2021 bakal dilancarkan jam 8 malam ini – saksikan acara pelancaran digital menerusi FB

    Perodua Ativa 2021 bakal dilancarkan jam 8 malam ini – saksikan acara pelancaran digital menerusi FB

    Detik yang dinantikan bakal tiba. Secara rasminya, Perodua bakal melancarkan model SUV Ativa D55L pada jam 8 malam ini. Adakah anda mahu bersama menyaksikan siaran langsung acara pelancarannya?

    Jika ya, pastikan anda tidak terlepas dengan acara pelancaran secara digital yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman web Perodua, atau juga menerusi Facebook rasmi Perodua atau pun Paultan.org. Selesai menyaksikan acara digital ini, pastikan anda terus layari laman web kami ini untuk meneliti perincian penuh bagi SUV tersebut.

    Mengapa SUV ini dinamakan sebagai Ativa? Adakah harganya di antara RM62,500 dan RM73,400? Semuanya akan terjawab pada jam 8 malam ini. Dan nantikan juga liputan kami serta perincian penuh menerusi foto galeri serta video yang bakal kami sajikan khas untuk anda. Kita ‘jumpa’ malam ini, okay?

    Liputan kami mengenai SUV Perodua Ativa 2021:

     
     
  • Daihatsu DN Trec, model konsep asas Perodua Ativa

    Daihatsu DN Trec, model konsep asas Perodua Ativa

    Esok (3 Mac 2021) adalah harinya, Perodua akan mendedahkan rupa sebenarnya SUV segmen-B yang paling ditunggu-tunggu tahun ini iaitu Ativa. Seperti yang ramai tahu, Ativa merupakan kembar kepada dua lagi model pasaran Jepun iaitu Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

    Tapi ada sesiapa ingat model konsep Daihatsu DN Trec? Ya, model konsep yang muncul pertama kali di Tokyo Motor Show 2017 tersebut sebenarnya adalah asas rekaan untuk tiga buah SUV kompak ini. DN Trec muncul ketika era SUV kompak sedang hangat dalam pasaran, dengan Honda HR-V dan Mazda CX-3 menikmati hari-hari bahagia mereka.

    Ketika Daihatsu mendedahkan model konsep ini juga, Presiden dan CEO Perodua ketika itu iaitu Datuk Aminar Rashid Salleh ada mengeluarkan kenyataan bahawa Perodua sedang mempertimbangkan dengan serius untuk memperkenalkan sebuah SUV kompak.

    “SUV menjadi sesuatu yang mendapat sambutan kini, dan walaupun ia tidak berada di dalam barisan model yang kami tawarkan kini, kami senang menjalankan kajian awal untuk memperkenalkan model seperti itu,” ujar beliau ketika itu.

    Itu cerita pada tahun Tokyo Motor Show 2017. Dua tahun selepas itu, sekali lagi ketika kunjungan kami ke Tokyo Motor Show pada Oktober 2019, Daihatsu mendedahkan sebuah SUV kompak yang nampak sudah sedia untuk diproduksi tetapi belum diberi nama.

    SUV tersebut jelas adalah versi produksi dari DN Trec, malah spesifikasinya juga seakan sama dengan model konsep berkenaan. Apa yang menarik, pihak Perodua juga berada di sana ketika SUV ini didedahkan, dan seolah-olah memberi petunjuk ini juga adalah model produksi SUV yang sedang mereka bangunkan dengan kod D55L ketika itu.

    Akhirnya, SUV berkenaan diumumkan sebagai Daihatsu Rocky generasi baharu dan juga dijelmakan sebagai Toyota Raize. Di Malaysia, ia sah dihasilkan oleh Perodua di Rawang, diberi nama Perodua Ativa.

    Jika kita lihat reka bentuk DN Trec, ia sebenarnya hampir sama dengan Toyota Raize berbanding Rocky. Model konsep tersebut menerima ‘mulut’ yang besar pada bampar hadapan, gril yang nipis bersambung dengan lampu, lampu nyalaaan siang LED mendatar, malah rekaan rim pada DN Trec tersebut juga menampilkan elemen turbin yang sama dengan Raize.

    Bahagian belakang DN Trec ini juga dilihat hampir sama dengan Rocky/Raize/Ativa dengan bentuk cermin belakang yang turut dibawa ke sebahagian tiang-D, lampu belakang mendatar yang berhubung antara satu sama lain dengan kemasan bar hitam/krom, serta kemasan hitam pada perumah nombor pendaftaran di bawah bampar. Walau bagaimanapun, rekaan pintu belakang yang disembunyikan (dibuka terbalik) bagi memberikan ia nampak seakan coupe pada DN Trec tidak di bawa ke model produksi sebenar.

    Rekaan dalaman DN Trec juga turut dibawa ke model produksi Rocky/Raize/Ativa, namun aspek futuristik dikurangkan. Antara rekaan yang hampir serupa antara versi konsep dan produksi termasuk kluster paparan instrumen digital berbentuk heksagon dan roda stereng tiga jejari.

    Ketika didedahkan, DN Trec diumumkan dijana oleh sistem hibrid petrol-elektrik terdiri dari enjin 1.2 liter digandingkan dengan motor elektrik, manakala enjin 1.0 liter turbo pula adalah ciri opsyen. Namun untuk model produksi, ia adalah terbalik kerana Rocky/Raize terlebih dahulu diperkenalkan dengan enjin 1.0 liter turbo, manakala Daihatsu dikhabarkan sedang membangunkan penjana hibrid untuk Rocky di Jepun dan akan dilancarkan tahun ini.

    Menerusi apa yang diumumkan oleh Perodua sebelum ini, Ativa nampaknya menerima hampir semua ciri yang sama seperti Rocky dan Raize termasuk enjin 1.0 liter turbo, kotak gear D-CVT serta pakej bantuan pemanduan termaju dengan sistem berautonomi tahap 2. Ia juga ditawarkan dengan harga yang cukup menarik bermula RM62,500 hingga RM73,400 (harga atas jalan tanpa insuran).

    Jadi kalau nak tahu lebih perincian dan rupa sebenar Perodua Ativa ini, jangan lupa terus bersama kami sehingga pelancaran rasminya esok!

     
     
  • Selangor, KL, Johor, Penang ditukar status dari PKP ke PKPB mulai 5-18 Mac, rentas daerah kini dibenarkan

    Selangor, KL, Johor, Penang ditukar status dari PKP ke PKPB mulai 5-18 Mac, rentas daerah kini dibenarkan

    Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri, dalam sidang media hariannya mengumumkan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Wilayan Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukar kepada Perintah Kawalan PKPB bermula 5 Mac sehingga 18 Mac 2021.

    “Selepas mendengar pembentangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan berdasarkan penilaian risiko dalam 14 hari, KKM mengesahkan kes positif COVID-19 menunjukkan trend penurunan, begitu juga dengan kadar kebolehjangkitan. Oleh itu, di atas cadangan dan penilaian risiko oleh KKM, kesemua empat negeri PKP iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukarkan status mereka daripada PKP ke PKPB.

    “Manakala Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dengan status PKPB sehingga 18 Mac. Enam negeri iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan ditukar ke PKPB kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Perlis pula kekal dengan negeri berstatus PKPP. Pelaksanan PKPB dan PKPP adalah bermula 5 Mac hingga 18 Mac kecuali Sarawak iaitu dari 2 Mac hingga 15 Mac 2021,” ujar Ismail Sabri.

    Dalam masa yang sama, beliau turut mengumumkan, sidang khas juga bersetuju membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negeri kecuali di Sabah. Manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan. Beliau turut memaklumkan, setakat ini, prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan sebelum ini adalah sama.

     
     
  • Proton X50 kekal SUV segmen-B paling laris – 3,345 unit dihantar sepanjang Feb, 8,141 unit keseluruhan

    Proton X50 kekal SUV segmen-B paling laris – 3,345 unit dihantar sepanjang Feb, 8,141 unit keseluruhan

    Dengan jumlah tempahan yang melangkaui jangkaan sebelum dilancarkan tahun lalu, Proton X50 buat masa sekarang masih lagi kekal sebagai SUV segmen-B paling laris di Malaysia untuk bulan Februari 2021. Sepanjang bulan lalu, sebanyak 3,345 unit X50 telah diserahkan kepada pelanggan berbanding hanya 1,082 pada Januari.

    Ini menjadikan secara keseluruhan sebanyak 8,141 unit X50 telah selamat sampai kepada pemilik masing-masing sehingga akhir bulan lalu. Dengan jumlah tersebut juga, angka serahan dengan lonjakan yang agak besar dapat dilihat kerana pada penghujung Januari, jumlah keseluruhan unit yang diserahkan hanya mencecah 4,809 unit.

    Momentum yang dibawa oleh X50 ini juga membolehkan Proton mencatatkan jualan bulanan yang baik pada Februari 2021 iaitu sebanyak 11,873 unit (termasuk domestik dan eksport). Malah prestasi yang ditunjukkan oleh SUV segmen-B tersebut adalah jauh lebih baik dari X70 yang mencatatkan jualan sebanyak 1,475 unit.

    Proton X50 telah dilancarkan pada Oktober tahun lalu, dengan tempahan sebanyak 30,000 diterima sebelum berakhir tahun 2020. Ia ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship, dijual pada harga atas jalan tanpa insuran bersama pengecualian cukai jualan bermula RM79,200 hingga RM103,300.

    Menurut Proton, mereka akui masa menunggu penghantaran telah meningkat akibat kelewatan yang dialami di barisan pengeluaran, namun dalam masa yang sama mereka masih fokus kepada kualiti. Walau bagimanapun dengan rekod jumlah yang berjaya dihantar bulan lalu, Proton yakin bahawa kadar bekalan X50 semakin mendekati jumlah permintaan.

    GALERI:Proton X50 1.5T Flagship 2020

     
     
  • Proton jual 11,873 kenderaan pada bulan Februari 2021 – Saga paling laris, perkongsian pasaran 27.1%

    Proton jual 11,873 kenderaan pada bulan Februari 2021 – Saga paling laris, perkongsian pasaran 27.1%

    Proton telah mengumumkan prestasi jualan syarikat bagi bulan Februari 2021, di mana ia berjaya menyerahkan 11,873 buah kenderaan kepada pelanggan (domestik dan eksport). Jumlah ini bersamaan dengan 5,909 (atau 99%) lebih tinggi berbanding jumlah yang dicatat pada bulan Januari (5,964 buah).

    Apabila dibandingkan pula dengan bulan sama tahun lepas, jumlah ini adalah lebih tinggi 19.9%, tetapi bagi jumlah keseluruhan dua bulan pertama masih lagi lebih rendah 643 buah (atau 3.5%) berbanding tahun lepas (17,837 berbanding 18,480 buah).

    Selain daripada itu, Proton juga memberitahu bahawa bulan Februari 2021 adalah bulan Februari terbaik bagi syarikat dalam tempoh lebih satu dekad yang lalu sementara perkongsian pasaran dijangka berada pada 27.1% – paling tinggi sejak September 2013.

    Proton jual 11,873 kenderaan pada bulan Februari 2021 – Saga paling laris, perkongsian pasaran 27.1%

    Saga – yang telah menjadi model Proton pertama yang dijual di Kenya 25 Februari lalu – terus menjadi model paling laris bagi Proton dengan 4,217 buah telah berjaya diserahkan bulan lepas, manakala untuk X50 pula ia mencatat 3,345 buah dan X70 1,475 buah.

    Bagi model lain, Proton mendakwa Persona berjaya menjadi pendahulu dalam kategori sedan segmen B, dengan 1,818 buah berjaya diserahkan sementara jualan Exora pula berjumlah 361 buah dan Iriz 650 buah pada bulan Februari 2021.

    “Februari terus menjadi satu bulan yang sukar bagi industri automotif Malaysia, tetapi Proton masih mencatat jualan yang baik. Terima kasih ats usaha kerajaan untuk memastikan aktiviti ekonomi dapat diteruskan waktu PKP ini, dan kami berjaya mengeluarkan lebih banyak kenderaan serta mula memenuhi tempahan pelanggan,” kata CEO Proton Edar, Roslan Abdullah.

     
     
  • Petronas Primax 97 dengan Pro-Race — peraduan pam dan menang, hadiah kondo, Mercedes-Benz GLA dll

    Petronas Primax 97 dengan Pro-Race — peraduan pam dan menang, hadiah kondo, Mercedes-Benz GLA dll

    Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah melancarkan peraduan bahan api di seluruh negara yang berlangsung hingga 31 Mei 2021, dengan menawarkan pelbagai hadiah untuk dimenangi.

    Untuk ikut serta, pelanggan hanya perlu mengisi minyak dengan kadar minimum RM40 bagi Primax 97 dengan Pro-Race dalam satu resit, dalam tiga transaksi berbeza dalam bulan yang sama dalam tempoh tersebut sepanjang kempen ini berlangsung. Selepas tiga transaksi yang berjaya, sebuah lencana akan diberikan, dan pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan itu. Lebih banyak lencana yang dikumpul, lebih tinggi peluang untuk menang.

    Menurut PDB, lencana terbabit boleh didapati melalui aplikasi Setel, dan mereka yang melakukan transaksi melalui aplikasi berkenaan juga akan menerima bonus kelayakan bagi penyertaan. Pelanggan yang memilih cara pembayaran lain juga akan berpeluang untuk ikut serta dengan cara mendaftar di laman web Setel.

    Hadiah utama merupakan satu unit dengan bilik tidur tunggal di Verdi Condominium bernilai hampir RM600,000, ditaja oleh UEM Sunrise Berhad. Hadiah tempat pertama pula ialah sebuah Mercedes-Benz GLA 250 AMG Line bernilai hampir RM300,000.

    Petronas Primax 97 dengan Pro-Race — peraduan pam dan menang, hadiah kondo, Mercedes-Benz GLA dll

    Tidak ketinggalan ialah hadiah bulanan yang turut ditawarkan, termasuk bekalan minyak selama setahun bernilai RM3,000 bagi tiga pemenang, e-baucar Setel RM100 bagi 100 pemenang dan dua unit minyak enjin Petronas Syntium 3000 5W-30 bernilai RM360 bagi 20 pemenang.

    “Kami sangat gembira tentang minyak premium terbaru in dan inginkan lebih ramai pengguna mencubanya dan alami sendiri kuasa yang ada. Terima kasih kepada penaja kami, UEM Sunrise Berhad serta Petronas Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), kami berjaya mencipta sebuah peraduan sebagai penghargaan pelanggan setia kami dengan hadiah bermakna,” ujar Ketua Perniagaan Runcit PDB, Khalil Muri.

    Petronas Primax 97 dengan Pro-Race dilancarkan Disember tahun lalu dan menampilan pakej aditif yang turut terdiri daripada Advanced Dual Friction Modifier yang pertama didunia. Formula khas ini disifatkan 25% lebih cekap dalam mengurangkan geseran, menjadikan interaksi antara minyak yang digunakan lebih cekap untuk memberikan jarak lebih jauh, yang seterusnya menyumbang kepada pembebasan sisa pembakaran yang lebih bersih. Syarikat ini juga memaklumkan bahawa minyak baru ini menghilagkan 99.9% mendapan pada bahagian utama enjin.

     
     
  • Proton kini berusaha keras untuk perbaiki masalah pada servis selepas jualan, akui kesilapan sedia ada

    Proton kini berusaha keras untuk perbaiki masalah pada servis selepas jualan, akui kesilapan sedia ada

    Proton telah menunjukkan prestasi jualan yang agak memberangsangkan akhir-akhir ini berikutan penawaran model-model yang lebih canggih dengan kualiti lebih baik. Namun dalam berberapa bulan kebelakangan, ramai pelanggan-pelanggan mereka melaporkan bahawa terdapat banyak isu yang timbul dari sokongan servis selepas jualan terutamanya berhubung bekalan alat ganti untuk kerja-kerja pembaikkan dan juga servis penyelenggaraan biasa.

    Ada yang mengadu bahawa kereta mereka tersadai selepas kemalangan kerana ketiadaan alat ganti, malah untuk servis berkala sekalipun bekalan alat ganti biasa seperti minyak brek dan juga penapis kabin juga kehabisan stok menyebabkan pelanggan perlu datang berulang kali ke pusat servis untuk menyudahkan kerja tersebut. Apa sudah jadi ni Proton?

    Bagi mendapatkan gambaran apa sebenarnya yang terjadi, kami tanyakan sendiri perkara ini kepada Proton bagi mendapatkan jawapan rasmi. Dan ia dijawab sendiri oleh naib presiden Proton untuk jualan dan pemasaran serta CEO Proton Edar, Roslan Abdullah.

    Proton kini berusaha keras untuk perbaiki masalah pada servis selepas jualan, akui kesilapan sedia ada

    “Proton akui beberapa aktiviti perniagaan kami tidak mampu sampai ke tahap kejayaan yang dicapai beberapa tahun lepas. Walaupun kualiti pengeluaran, imej jenama dan teknologi yang ditawarkan dalam kenderaan kami telah meningkat, servis lepas jualan tidak berjaya bergerak kehadapan pada kadar yang sama. Memburukkan keadaan lagi adalah wabak Covid-19 dan keputusan untuk melabur dalam sistem pesanan dan hantaran yang baru pada 2020,” kata Roslan.

    “Akibatnya, kami telah mengalami masaalah integrasi dan ini menyebabkan kelewatan bagi pelanggan yang memerlukan khidmat pembaikkan kemalangan serta khidmat servis dijadualkan. Pihak Proton sedang bekerja tanpa henti untuk mengatasi situasi ini secepat mungkin tetapi buat masa kini, saya mendesak semua pelanggan Proton yang sedang menghadapi kelewatan untuk membuat panggilan ke talian perkhidmatan pelanggan kami di 1- 800-88-8398,” tambahnya lagi

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, strategi 10-tahun Proton memerlukan mereka memperbaiki beberapa operasi untuk mencapai kejayaan. Sebagai contoh, kualiti pengeluaran perlu ditingkatkan serta merta dan pada masa sekarang, markah kualiti Proton kini hampir setandaing dengan rakan kongsinya, Geely.

    Proton kini berusaha keras untuk perbaiki masalah pada servis selepas jualan, akui kesilapan sedia ada

    Rangkaian pengedaran Proton juga banyak berubah sehingga mereka mempunyai jumlah fasiliti 3S/4S yang tertinggi dan telah berjaya mengubah tumpuan kepada perniagaan borong dari perniagaan yang ditumpukan kepada pengguna.

    Menurut Proton, langkah-langkah ini memberi keputusan yang cemerlang dan mereka telah mencapai kadar penumbuhan jualan tertinggi industri automotif bagi dua tahun yang lepas. Pada tahun ini, Proton akan memberi tumpuan kepada pemulihan rantaian nilai lepas jualan supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman jenama premium selepas membeli kenderaan mereka.

     
     
  • Toyota Yaris menangi Kereta Tahunan Eropah 2021

    Toyota Yaris menangi Kereta Tahunan Eropah 2021

    Toyota Yaris telah dinobatkan sebagai Kereta Tahunan Eropah 2021, dengan menewaskan pencabar terdekatnya iaitu Fiat 500 baharu dan Cupra Formentor. Yaris baharu yang diperkenalkan pada akhir 2019 ini telah menerima 266 mata dan 14 undian secara individual bagi membolehkannya menerima pengiktirafan ini.

    Manakala Fiat pula menduduki tangga kedua dengan 240 mata dan sembilan pertama undian, dan Cupra di tangga ketiga dengan 239 mata.

    Finalis lain termasuk Skoda Octavia dengan 199 mata, Land Rover Defender (164 mata) dan Citroen C4 (143 mata). Penjurian dibarisi oleh 59 juri daripada 22 negara di pelusuk benua berkenaan.

    Acara penganugerahan ini berlangsung di ECO Palexpo, lokasi biasa bagi Geneva International Motor Show yang dibatalkan penganjurannya pada tahun ini. Pada tahun lalu, penganjurannya juga dibatalkan namun acara COTY dipertontonkan secara dalam talian. Untuk tahun ini, Yaris mengambil posisi pemenang terdahulu, Peugeot 208 yang memenangi anugerah yang sama tahun lalu.

     
     
  • SPYSHOT: Proton Iriz facelift 2021 kini dilihat dengan lampu depan LED, skrin infotainmen lebih besar

    SPYSHOT: Proton Iriz facelift 2021 kini dilihat dengan lampu depan LED, skrin infotainmen lebih besar

    Seperti kebanyakkan model-model Proton sebelum ini, semakin dekat dengan hari pelancarannya, semakin banyak gambar intipan prototaip-prototaip ujiannya di rakam sedang diuji di atas jalan raya. Nah, ini dia satu lagi gambar untuk Proton Iriz dan Persona facelift 2021 yang disiarkan oleh Zola di Facebook Group Proton Persona Community Malaysia.

    Iriz facelift 2021 ini nampaknya ditawarkan dengan lampu hadapan LED, mungkin untuk menyamai penawaran pada saingan utamanya iaitu Perodua Myvi yang melengkapkan ciri berkenaan secara standard untuk semua varian. Kluster lampu tersebut nampak tidak berubah berbanding lampu halogen sedia ada, namun jika anda perhatikan di dalamnya, ia tampil dengan reflektor yang lebih kompleks.

    Rekaan asas pada bampar mungkin tidak berubah, begitu juga dengan lampu nyalaan siang yang masih tampil dengan bar LED melintang. Namun dengan kedudukan bar LED tersebut yang dilihat berada pada posisi lebih tinggi berbanding model sedia ada, berkemungkinan ada perubahan dibuat pada kemasan perumahnya. Rekaan gril sebenar untuk model baharu ini masih lagi sukar untuk dibayangkan di mana ia masih terlindung pada gambar ini.

    SPYSHOT: Proton Iriz facelift 2021 kini dilihat dengan lampu depan LED, skrin infotainmen lebih besar

    Proton Iriz facelift 2021 ini juga mungkin akan ditawarkan dengan skrin infotainmen yang lebih besar dan direka sebagai skrin berdiri sendiri seperti yang diberikan pada Saga 2019, berbanding skrin yang tenggelam dalam papan pemuka pada model sedia ada. Anda boleh lihat dalam imej di atas, walaupun gambar ini diambil dari cermin sisi pandang belakang, skrin tersebut masih nampak terjojol di tengah.

    Perincian lain yang sudah diketahui menerusi gambar-gambar intipan sebelum ini, Iriz akan ditawarkan dalam versi psedo-SUV, iaitu varian yang dipadankan dengan kit badan seakan crossover seperti Perodua Axia Style dan Volvo V40 Cross Country.

    Kit yang dipadankan termasuk pelindung plastik pada setiap ruang roda, kemasan seakan rel bumbung dan juga set roda lebih besar untuk menjadikan ia lebih tinggi. Idea untuk menghasilkan crossover Iriz ini sudahpun dibuat sekian lama di mana Proton pernah mendedahkan model tersebut dalam bentuk konsep pada 2014, digelar sebagai Proton Iriz Active (dikemaskini sebagai Iriz Active Mk.2 pada 2015).

    SPYSHOT: Proton Iriz facelift 2021 kini dilihat dengan lampu depan LED, skrin infotainmen lebih besar

    Selain itu, Iriz dan Persona facelift bakal menerima pilihan rim aloi 16-inci, sama seperti yang telah dipadankan pada Iriz R3 Limited Edition yang dilancarkan bulan lalu. Untuk Persona, ia juga bakal menerima lampu belakang LED baharu serta bampar belakang yang direka semula.

    Kedua-dua kembar sedan dan hatchback segmen-B ini dijangka akan terus dibekalkan enjin sedia ada iaitu unit VVT 1.6 liter berkuasa 109 PS/150 Nm dan VVT 1.3 liter (hanya untuk Iriz) berkuasa 95 PS/120 Nm. Namun ada kemungkinan besar kotak gear CVT automatik sedia ada akan ditukar menggunakan transmisi 4AT dari Hyundai sama seperti apa yang dibuat pada Saga 2019.

    Kami juga menjangkakan Proton turut akan membekalkan sistem brek kecemasan automatik, bagi menyaingi fungsi ASA 2.0 yang telah dilengkapkan pada Myvi. Tiada sebarang kamera pada bahagian atas cermin hadapan untuk sistem tersebut dilihat pada unit-unit prototaip ini, namun tidak mustahil ia dibekalkan dengan penderia radar yang diletak pada bampar hadapan. Proton juga sebelum ini sudahpun menghantar semula Iriz dan Persona untuk ujian penilaian ASEAN NCAP, mengekalkan penarafan lima bintang yang diterima sebelum ini.

     
     
  • AD: Alami kemewahan Lexus UX dalam tiga langkah mudah dengan pelan pembiayaan Lexus Next Step

    AD: Alami kemewahan Lexus UX dalam tiga langkah mudah dengan pelan pembiayaan Lexus Next Step

    Jika anda berhasrat untuk memandu dan memiliki sebuah Lexus, maka peralihan kepada jenama mewah itu kini melibatkan tiga langkah lebih mudah melalui Lexus Next Step, sebuah pelan pembiayaan inovatif dan mampu milik yang diperkenalkan oleh Lexus Capital Services. Melaluinya, pemandu muda boleh menjadikan impian untuk memiliki kenderaan Lexus pertama mereka sebagai kenyataan, dengan cara yang paling mudah.

    Pelan Lexus Next Step menawarkan model UX yang bergaya dengan kepelbagaian melalui satu pelan pembiayaan fleksibel. Dengan rentang waktu sembilan tahun, pelan pembiayaan itu menawarkan banyak kebebasan dan skop, serta dibahagikan ke dalam tiga peringkat utama, setiap satunya meliputi tempoh tiga tahun.

    Stuktur yang anjal ini membolehkan pelanggan untuk meningkatkan bayaran ansuran secara progresif selari dengan peningkatan pendapatan mereka, sekali gus meminimumkan aliran wang keluar dan menyediakan lebih banyak ruang untuk kecairan perbelanjaan.

    Bayaran ansuran bulanan bagi tiga tahun pertama lebih rendah berbanding kadar biasa pinjaman sewa-beli. Dengan harga bermula serendah RM1,938*, memiliki Lexus UX kini lebih mudah dan mampu milik, terutama bagi mereka yang menjangkakan akan menikmati pendapatan lebih tinggi di masa hadapan.

    Ansuran bulanan yang rendah ini akan membolehkan anda untuk mempunyai baki wang yang lebih di dalam akan bank untuk digunakan bagi tujuan lain, misalnya untuk membeli peranti elektronik terbaru. Kenaikan kadar ansurannya akan meningkat pada permulaan tahun keempat, tetapi masih ditetapkan secara anjal mengikut peningkatan kerjaya pelanggan, agar anda tidak terlalu merasakan peningkatan itu.

    Peringkat terakhir Lexus Next Step pula bermula sebaik memasuki tahun ketujuh, tetapi pelanggan boleh memilih untuk “trade-in” Lexus UX mereka selepas tahun keenam, atau bila dirasakan selari dengan peningkatan pendapatan dengan kadar ansuran tambahan sehingga tahun kesembilan dan terus memiliki UX di hujung tempoh berkenaan.

    Pelanggan boleh memilih daripada tiga varian UX; Urban, Luxury dan F Sport. Semua Lexus UX di bawah pelan ini juga dilindungi oleh jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan yang ditawarkan secara standard oleh Lexus.

    Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut bukan sahaja bagaimana caranya untuk memiliki kereta idaman tetapi juga untuk mempunyai baki dana yang banyak selepas bayaran ansuran bulanannya, layari mana-mana pengedar sah di enam Lexus Centre seluruh negara untuk bertanya lebih terperinci tentang pelan pembiayaan Lexus Next Step.

    *Harga atas jalan dengan pengecualian cukai SST dan tidak termasuk insurans bagi model UX200.

     
     
  • Touch ‘n Go PayDirect memudahkan pengguna untuk bayar parkir di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang

    Touch ‘n Go PayDirect memudahkan pengguna untuk bayar parkir di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang

    Gurney Paragon Mall menjadi pusat membeli-belah pertama di Pulau Pinang yang mengaplikasikan sistem pembayaran parkir menerusi Touch ‘n Go (TNG) PayDirect. Di mana pengguna hanya perlu untuk menambah kad TNG ke dalam Touch ‘n Go eWallet untuk mengaktifkan Touch ‘n Go PayDirect. Sekaligus memberikan lebih kemudahan untuk mereka masuk dan keluar parkir dengan hanya menyentuh Touch ‘n Go PayDirect itu pada mesin pengimbas yang disediakan di laluan masuk/keluar parkir tersebut. Caj parking akan ditolak terus menerusi Touch ‘n Go eWallet.

    Selain itu, mulai 1 Mac hingga 30 April 2021, pengguna juga bakal menikmati kadar cashback sehingga 20% apabila menggunakan Touch ‘n Go PayDirect untuk membayar parkir di pusat membeli-belah terbabit. Walau bagaimana pun, promosi ini terhad untuk satu cashback bagi setiap seorang pengguna dan juga terhad untuk 10,000 pertama yang menebus nilai tersebut.

    “Dengan pengenalan ruang parkir tanpa tunai dan tanpa tiket ini, membuatkan para pelanggan kami tidak perlu bergegas untuk menambah nilai kad TNG di kios untuk membayar kadar parkir. Malah ia juga boleh mengurangkan kesesakan di laluan masuk dan keluar terutamannya pada waktu puncak atau pun bila waktu operasi pusat membeli-belah ini hampir berakhir,” ujar Khor Tze Ming selaku Pengarah Eksekutif Kumpulan Hunza Properties Berhad.

    Ketua Pegawai Komersil Touch ‘n Go Sdn Bhd, Chong Fhui pula berkata, dengan adanya kemudahan ini, ia mampu menyenangkan para pengguna, apatah lagi dalam tempoh pandemik COVID-19 yang masih menular dan sekaligus memastikan aspek keselamatan pengguna lebih terjaga. “Buat masa ini, tiada surcaj parkir dikenakan di Gurney Paragon Mall, dan jika pengguna menggunakan Touch ‘n Go PayDirect sepanjang tempoh promosi ini, mereka juga bakal menerima cashback sebanyak 20%,”ujarnya.

     
     
  • Honda Wave 125i diberikan pembaharuan – RM6,449

    Honda Wave 125i diberikan pembaharuan – RM6,449

    Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperbaharui model Wave 125i, dengan ia kini didatangkan dalam pilihan warna emas, merah dan biru. Harga jualan untuk model ini adalah RM6,449 tidak termasuk insurans dan diberikan bersama jaminan dua tahun atau 20,000 km.

    Selain penampilan, enjin Wave 125i ini juga ditala semula supaya mematuhi piawaian emisi Euro 4. Unit satu silinder SOHC dengan sistem penyejuk udara dan suntikan bahan api ini mampu menghasilkan kuasa 9.0 hp pada 7,500 rpm dan 10.1 Nm tork pada 5,000 rpm. Transmisi adalah unit empat kelajuan.

    Kemudiannya, bahagian meter juga diperkemas dengan penampilan baru yang mempunyai latar belakang warna merah. Selain informasi biasa seperti laju dan tahap minyak, meter ini juga datang dengan penunjuk kedudukan gear.

    Selain daripada bahagian yang dinyatakan tadi, semuanya masih sama seperti model yang dilancarkan pada tahun 2018 dan ini termasuklah lampu hadapan jenis LED, rim aloi serta brek cakera untuk kedua-dua bahagian depan dan belakang.

    Keistimewaan lain Wave 125i adalah ia datang dengan ruang simpanan barang bawah tempat duduk 18 liter (boleh memuatkan sebuah helmet) serta tangki bahan api 5.4 liter. Suspensi hadapan menggunakan fork teleskopik biasa manakala di belakang pula terdapat dua penyerap hentak.

     
     
  • Petronas Yamaha Sepang Racing Team dedah penampilan musim 2021 – Rossi sertai Morbidelli

    Petronas Yamaha Sepang Racing Team dedah penampilan musim 2021 – Rossi sertai Morbidelli

    Penampilan pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) yang ditunggu-tunggu ramai akhirnya hari ini didedahkan bersama penunggang mereka, Valentino Rossi dan Franco Morbidelli. Tahun 2021 adalah musim ketiga bagi pasukan ini dalam kategori MotoGP.

    Semasa musim kedua tahun lepas, Petronas Yamaha SRT berjaya mendapat tempat kedua dalam kejuaraan pengeluar dan juga pelumba, melalui Morbidelli sementara pada tahun sebelumnya (2019), ia berjaya dinobatkan sebagai pasukan persendirian terbaik dan seorang lagi penunggangnya, Fabio Quartararo mendapat gelaran Rookie Of The Year.

    Di sebalik penampilan baru yang ditunjukkan pada dua jentera YZR-M1 pasukan ini, setiap satunya adalah berbeza di mana untuk Rossi, beliau mendapat jentera spesifikasi sama seperti pasukan utama (factory spec) sementara bagi Morbidelli beliau mendapat jentera spesifikasi A-spec Plus.

    Petronas Yamaha Sepang Racing Team dedah penampilan musim 2021 – Rossi sertai Morbidelli

    “Kami tidak sabar untuk memulakan musim baru tahun ini, dengan memberikan Franco dan Valentino peluang terbaik. Untuk Franco, ia adalah satu peluang yang menakjubkan untuk mencapai tahap lebih baik berbanding tahun lepas, sementara bagi Valentino pula, kami berharap pasukan baru ini akan memberikan beliau peluang terbaik untuk menunjukkan bakat serta kepakaran beliau,” kata ketua pasukan Petronas Yamaha SRT, Razlan Razali.

    “Saya sangat berbangga menyertai pasukan Petronas Yamaha SRT. Ia adalah satu cabaran baru bagi saya. Ini adalah satu pasukan yang muda, tetapi dalam tempoh dua tahun yang lepas mereka telah menunjukkan pencapaian sangat kompetitif. Sasasaran saya tahun ini adalah untuk menjadi kompetitif, bersaing untuk menang, bersaing untuk mencapai podium dan juga bersaing untuk mendapat kedudukan terbaik di dalam senarai kejuaraan dunia,” kata Rossi.

     
     
  • Tesla Model 3 dan Hyundai Kona Electric jadi pilihan sebagai kereta peronda dan pengiring polis Indonesia

    Tesla Model 3 dan Hyundai Kona Electric jadi pilihan sebagai kereta peronda dan pengiring polis Indonesia

    Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) telah memilih Tesla Model 3 sebagai kenderaan elektrik pertama dalam barisan kenderaan peronda Korps Lalu Lintas POLRI, sementara Hyundai Kona Electric pula menjadi kereta pengiring untuk pejabat gabenor Jawa Barat.

    Menurut detikOto, Model 3 telah disumbangkan oleh Ikatan Motor Indonesia (IMI) dan Prestige Image Motorcars, dengan memilih varian Standard Range Plus. EV ini dipadankan dengan motor elektrik yang dipasang di bahagian belakang, memiliki kuasa hingga 287 PS (283 hp atau 211 kW) dan tork 450 Nm, boleh dipecut dari 0-100 km/j dalam 5.6 saat dan kelajuan maksimum mampu mencecah 225 km/j.

    Motor elektrik tersebut dijanakan oleh bateri lithium-ion 54-kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan sekitar 400 k, dan kos anggaran untuk pengecasan untuk mendapatkan jarak tersebut adalah hanya 70,000 rupiah (RM19.81). Untuk tugasan polis, unit yang dipinjam ini turut dihiasi pelekat rasmi POLRI dengan lampu polis di bumbung. Di republik berkenaan, Model 3 Standard Range Plus dijual oleh Prestiga Image Motorcars dengan harga 1.5 juta rupiah (RM424,425).

    Bagi Hyundai Kona Electric pula, hanya varian tunggal Signature yang dijual di republik berkenaan. Motor elektrik yang dipasang di hadapan menyalurkan kuasa hingga 136 PS (134 hp atau 100 kW) dan 395 Nm, membolehkannya ia dipecut dari 0-100 km/j dalam 9.9 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum hingga 155 km/j. Ia dikuasakan oleh bateri polimer lithium-ion 39.3-kWh yang mampu menyalurkan pacuan hingga jarak 289 km mengikut peraturan WLTP.

    Sama seperti Model 3, Kona Electric yang digunakan di Jawa Barat turut dihiasi pelekat dan kelengkapan kepolisan. Untuk pasaran semasa, varian Signature dijual pada harga 697 juta rupiah (RM197,213).

     
     
  • Subaru WRX generasi baru dilapor akan muncul tahun ini, WRX STI pada 2022 berkuasa 400 PS/490 Nm!

    Subaru WRX generasi baru dilapor akan muncul tahun ini, WRX STI pada 2022 berkuasa 400 PS/490 Nm!

    Laman automotif Jepun, Best Car Web melaporkan bahawa model generasi baharu untuk sedan berprestasi Subaru WRX bakal membuat kemunculannya pada musim luruh tahun ini, manakala versi lebih hardcore WRX STI pula akan diperkenalkan pada separa pertama 2022.

    Menurut portal berkenaan, WRX generasi baharu ini akan dijana oleh enjin boxer empat silinder generasi baharu FA24F 2.4 liter yang kini boleh dijumpai dalam perut SUV Subaru Ascent. Untuk versi yang akan menjana WRX, enjin berkenaan didakwa akan ditala bagi menghasilkan 290 PS dan tork maksima 412 Nm – ini hanya untuk WRX standard dan bukan STI.

    Manakala untuk WRX STI, seperti yang diumumkan sebelum ini, khidmat enjin boxer dari siri EJ sudahpun dihentikan. Model generasi baharu berkenaan turut akan menerima enjin dari siri FA24 yang sama, tetapi diolah bagi mengekstrak sehingga 400 PS dan tork maksima 490 Nm!

    Angka berkenaan sememangnya satu lonjakan besar berbanding EJ20 pada WRX STI EJ20 Final Edition yang hanya menghasilkan 308 PS dan tork maksima 422 Nm, dan ia nampak menghampiri jumlah kuasa yang dihasilkan oleh enjin M139 2.0 liter empat silinder turbo pada perut Mercedes-AMG 4 45 S W177 berkuasa 421 PS/500 Nm.

    Subaru WRX generasi baru dilapor akan muncul tahun ini, WRX STI pada 2022 berkuasa 400 PS/490 Nm!

    Untuk kotak gear, model asas WRX untuk pasaran Jepun dijangka hanya akan ditawarkan dengan transmisi CVT automatik, manakala di pasaran luar tertentu kotak gear manual enam-kelajuan turut boleh dipilih pembeli. Manakala untuk WRX STI, ia akan hadir dengan pilihan kotak gear manual enam-kelajuan di pasaran negara matahari terbit berkenaan.

    Seperti Impreza, model generasi baharu WRX dan WRX STI ini juga akan diasaskan dari Subaru Global Platform (SGP). Ia akan dihasilkan lebih besar dari model generasi sedia ada dengan dimensi 4,650 mm panjang (+55 mm), 1,805 mm lebar, 1,450 mm tinggi dan jarak roda 2,670 mm (+20 mm).

    Manakala untuk rupa, model generasi baharu WRX ini dijangka akan dijelmakan sebagai versi produksi model konsep Viziv Performance Concept yang muncul di Tokyo Motor Show 2017, dan WRX STI pula akan diasaskan dari rupa model konsep Viziv Performance STI Concept yang didedahkan pada Tokyo Auto Salon 2018.

    GALERI: Subaru Viziv Performance STI Concept di Tokyo Auto Salon 2018

    GALERI: Subaru Viziv Performance Concept di Tokyo Motor Show 2017

     
     
  • Ford Ranger, Everest bakal dapat penggerak PHEV

    Ford Ranger, Everest bakal dapat penggerak PHEV

    Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Car Expert, Ford Europe membuat pengesahan bahawa mereka sedang membangunkan versi plug-in hybrid bagi pikap Ranger dan SUV Everest akan datang. Dalam satu kenyataan, wakil pengeluar itu menyatakan bahawa barisan kenderaan komersial Ford, termasuk Ranger dan Everest akan “mampu memberi emisi sifar” menjelang tahun 2024.

    Trak pikap generasi baru ini nanti dijangka menggunakan enjin petrol turbo empat silinder 2.3 liter yang ditambah dengan kuasa elektrik, dan menghasilkan kuasa 362 hp serta 680 Nm tork – kata Car Expert. Sementara itu, penggunaan bahan api bercampur pula dijangka berada sekitar 3.0 l/100 km.

    Laman web Australia itu juga membuat jangkaan bahawa penggerak plug-in hybrid baru ini masih belum pernah digunakan pada mana-mana produk Ford sementara varian lain bagi Ranger masih akan menggunakan pilihan enjin sedia ada. Versi permulaan untuk Ranger generasi baru ini nanti diberitahu menggunakan enjin diesel empat silinder 2.0 liter twin turbo.

    Ford Ranger, Everest bakal dapat penggerak PHEV

    Turut diberitahu, unit diesel V6 turbo 3.0 liter akan digunakan untuk varian yang lebih tinggi dan disertai oleh unit V6 turbo petrol 2.7 liter EcoBoost Nano (turut digunakan pada Bronco) untuk Ranger Raptor generasi seterusnya. Enjin ini menghasilkan 329 PS dan 542 Nm tork, dan dipadankan bersama transmisi automatik 10 kelajuan serta sistem pacuan semua roda.

    Ford Europe telah berjanji untuk menukar barisan kenderaan mereka di dalam benua tersebut kepada elektrik penuh menjelang tahun 2030, dan mensasarkan keseluruhan barisan produknya menggunakan elektrik dan plug-in hybrid menjelang pertengahan tahun 2026.

    Cabang bahagian kenderaan komersial juga akan membuat peralihan sama, dengan bertukar kepada elektrik penuh atau PHEV menjelang tahun 2024. Menurut Ford, dua per tiga daripada jualan kenderaan komersial jenama ini juga dijangka akan terdiri daripada kenderaan emisi sifar menjelang tahun 2030.

     
     
  • Osamu Suzuki, 91-tahun lepaskan jawatan pengerusi Suzuki, syarikat akan tumpu teknologi elektrifikasi

    Osamu Suzuki, 91-tahun lepaskan jawatan pengerusi Suzuki, syarikat akan tumpu teknologi elektrifikasi

    Pengerusi Suzuki, Osamu Suzuki telah mengumumkan persaraannya dari jawatan berkenaan yang akan berkuatkuasa Jun ini, selepas mengemudi syarikat tersebut lebih dari empat-dekad. Osamu yang kini telah pun berumur 91-tahun mengambil keputusan untuk berundur bagi memberikan peluang kepada muka baharu yang akan memimpin Suzuki ke era elektrifikasi.

    Anak kepada Osamu iaitu Toshihiro Suzuki kini sudahpun memegang jawatan sebagai presiden, dilantik ke jawatan berkenaan dan turut memegang jawatan sebagai COO pada 2015. Beliau kemudiannya dilantik sebagai CEO pada 2016 berikutan Osamu melepaskan jawatan berkenaan kerana mahu bertanggungjawab apabila Suzuki didapati bersalah menggunakan cara yang tidak betul dalam menentukan kadar penggunaan bahan api, tetapi masih tidak meletakkan jawatan sebagai pengerusi.

    Osamu Suzuki mula menyertai syarikat pengeluar automotif berkenaan pada 1958, dan dilantik menjadi Presiden pada tahun 1978. Beliau kemudiannya turut menyandang jawatan sebagai pengerusi pada tahun 2000. Suzuki mencapai banyak kejayaan ketika era pentadbiran Osamu, antaranya menjadi antara peneraju dalam penghasilan kereta kompak, serta keputusan mereka untuk masuk ke pasaran India, di mana negara berkenaan kini menjadi antara pasaran terbesar mereka.

    Osamu Suzuki, 91-tahun lepaskan jawatan pengerusi Suzuki, syarikat akan tumpu teknologi elektrifikasi

    Ketika sesi bersama media minggu lalu, Osamu menyatakan bahawa beliau mengambil keputsan untuk bersara selepas syarikat berkenaan menyambut ulangtahun ke-100 tahun lalu, dan meluluskan rancangan pentadbiran baru. Beliau akan terus berhubung dengan syarikat itu setelah bersara nanti kerana akan dilantik sebagai penasihat senior.

    Dalam majlis yang sama, Suzuki turut mengumumkan bahawa mereka akan melabur sebanyak satu trilion yen (RM38.05 bilion), kebanyakkannya akan digunakan untuk pembangunan teknologi elektrifikasi, bagi tempoh lima tahun mendatang.

    Toshihiro Suzuki berkata bahawa syarikatnya perlu memberikan respon terhadap peralihan global kepada emisi yang lebih rendah. “Neutral karbon adalah fokus kami sekarang. Suzuki tidak boleh ketinggalan dalam trend global ini,” katanya.