Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • AD: Jom servis dengan Havoline – servis tiga kali di autoPro, dapat minyak percuma untuk kali keempat

    AD: Jom servis dengan Havoline – servis tiga kali di autoPro, dapat minyak percuma untuk kali keempat

    Anda ada perancangan untuk tukar minyak hitam kenderaan? Bagaimana kalau kami kata anda boleh dapatkan minyak enjin percuma untuk servis kali keempat (atau kelima)? Chevron Malaysia kini sedang membuat tawaran eksklusif melalui kempen Jom Servis dengan Havoline.

    Sudah pun bermula sekarang, sehingga 30 Jun tahun hadapan, pelanggan yang menghantar kenderaan untuk servis di mana-mana bengkel jenama Havoline atau autoPro menggunakan minyak enjin Havoline 4L berpeluang untuk menerima ganjaran dalam promosi beli-3-percuma-1 atau beli-4-percuma-1.

    Dalam kempen beli-3-percuma-1, apa yang perlu anda lakukan cuma servis kenderaan tiga kali berturut-turut menggunakan pek 4L Havoline Pro DS Fully Synthetic LE SAE 5W-40 atau Havoline Pro DS Fully Synthetic ECO 5 SAE 5W-30, dan untuk servis kali keempat, anda akan mendapat minyak enjin sama secara percuma.

    Bagi promo beli-4-percuma-1 pula, lakukan servis empat kali berturut-turut dengan sama ada pek 4L Havoline Pro DS Fully Synthetic ECO 5 SAE 0W-20, Havoline Synthetic Blend SAE 10W-40 atau Havoline Synthetic Blend SAE 5W-30, dan anda akan mendapat pek 4L yang sama pada servis kali yang kelima.

    Untuk layak menyertai tawaran ini, selepas melakukan pembelian produk Havoline tersebut, anda perlu melayari laman Facebook rasmi jenama itu, daftar maklumat diri dalam borang-e, sertakan resit pembelian produk dan hantar perincian tersebut.

    Tawaran eksklusif ini hanya tersedia di Havoline autoPro dan bengkel berjenama Havoline.

     
     
  • Ducati Streetfighter V2 diperkenal – 955 cc, 153 hp

    Ducati Streetfighter V2 diperkenal – 955 cc, 153 hp

    Barisan model naked Streetfighter keluaran Ducati kini disertai oleh sebuah model baru iaitu Streetfighter V2. Ia menggunakan Panigale V2 sebagai asas, dan seperti yang dilihat, mempunyai panel badan lebih ringkas tanpa fairing penuh.

    Berbeza dengan model Streetfighter V4 yang menggunakan enjin Desmosedici Stradale V4 1,103 cc, Streetfighter V2 ini pula dipacu oleh enjin Superquadro V2 955 cc yang mampu menghasilkan 153 hp pada 10,750 rpm dan 101.4 Nm tork pada 9,000 rpm.

    Transmisi adalah unit enam kelajuan dengan quickshifter yang didatangkan standard, tetapi nisbah pacuan akhirnya (sprocket) telah ditukar kepada 15/45 berbanding 15/43 pada Panigale V2. Lengan ayun Streetfighter V2 ini juga adalah 16 mm lebih panjang untuk memberikan lebih stabiliti.

    Sebagai varian permulaan bagi modelnya, Streetfighter V2 dipasang suspensi yang terdiri daripada fork Showa BPF 43 mm di hadapan dan monoshock Sachs di belakang. Kedua-duanya boleh dilaras sepenuhnya, dan menurut Ducati, disediakan supaya boleh disesuaikan dengan keselesaan tunggangan atas jalan biasa dan boleh dilaras apabila perlu untuk tunggangan atas litar.

    Brek adalah sama seperti Panigale V2, iaitu set berkembar Brembo Monobloc M4.32 bersama cakera 320 mm di hadapan, dan cakera 245 mm dengan angkup dua piston di belakang. Bagi menyesuaikan motosikal ini dengan tunggangan atas jalan biasa, pad breknya telah ditukar kepada jenis yang kurang agresif tetapi masih memberikan rasa dan prestasi yang baik.

    Fungsi elektronik pada motosikal ini juga ada pelbagai, dengan termasuk dua mod tunggangan, Cornering ABS EVO, Ducati Traction Control (DTC) EVO 2, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Engine Brake Control (EBC) EVO dan Ducati Quick Shift (DQS) EVO 2. Model ini juga datang dengan semua lampu jenis LED serta steering damper Sachs.

     
     
  • Mazda CX-50 didedah – SUV segmen C khas untuk AS

    Mazda CX-50 didedah – SUV segmen C khas untuk AS

    Apa yang anda lihat ini adalah Mazda CX-50, sebuah SUV saiz sederhana yang dikeluarkan untuk bersaing dengan model seperti Honda CR-V dan Toyota RAV4. Ini kedengaran seperti tugas yang sama seperti CX-5, tapi Mazda memberitahu, CX-50 bukanlah pengganti CX-5 – sekurang-kurangnya belum lagi.

    Didedahkan awal sebelum Los Angeles Auto Show, CX-50 ini mempunyai beza berbanding CX-5, di mana ia dibangunkan khas dari awal untuk pasaran Amerika Utara – jadi ia mungkin tidak akan tiba di negara kita dalam masa terdekat. Ia juga nampak lebih besar sedikit, yang bermakna bahagian dalamnya juga mempunyai lebih ruang.

    Bahagian luar masih lagi menggunakan konsep rekaan Kodo jenama itu, tetapi seperti satu versi yang lebih ranggi dengan lengkuk roda lebih lebar serta kemasan plastik hitam di sekeliling badannya. Muka hadapannya mempunyai garisan lebih tajam, tetapi masih menggunakan gril yang besar, lampu nipis (dengan kemasan plastik hitam) serta jalur LED kuning di bawah.

    Mazda CX-50 didedah – SUV segmen C khas untuk AS

    Tema sama digunakan di belakang, dengan terdapat seakan bukaan udara menegak di tepi (mungkin sekadar hiasan) serta lampu yang terpisah dua. Menurut Mazda, rel bumbung, b-pillar serta tapak pemegang pintu telah diperkuat untuk membolehkan pengguna meletakkan barang di atas kenderaan.

    Pada bahagian dalam, rekaan papan pemuka ringkas terus digunakan, dengan corong pendingin hawa menegak, skrin di bahagian atas serta panel paparan kecil di bawah untuk pendingin hawa. Penukar gear masih menggunakan tombol biasa di konsol tengah, dan di sekelilingnya terdapat beberapa lagi butang kawalan.

    Mazda turut mengatakan bahawa tempat duduk model ini menggunakan bahan campuran inspirasi daripada kelengkapan aktiviti lasak (outdoor), manakala bahagian but telah direka untuk “memberi sokongan serta membenarkan aktiviti luar.” Turut diberi adalah pilihan warna terracotta serta bumbung panoramik.

    Mazda CX-50 didedah – SUV segmen C khas untuk AS

    Perincian teknikal masih lagi kabur buat masa ini, tetapi ada laporan yang mengatakan CX-50 menggunakan asas Skyactiv-Vechicle Architecture sama seperti Mazda 3 dan CX-30. Mazda juga telah mengesahkan bahawa model ini akan mendapat sistem pacuan semua roda serta Mazda Intelligent Drive Select (Mi-Drive) dengan mod khas untuk pemanduan offroad.

    Turut dijangka adalah penggunaan enjin 2.5L NA dan petrol Skyactiv-G turbo yang dipadankan bersama transmisi automatik enam kelajuan. Kuasanya masih tidak diketahui tetapi kita boleh menjangka ia hampir sama seperti Mazda 3 atau CX-30 – 186 hp dan 252 Nm untuk enjin NA dan 227 hp dan 420 Nm untuk enjin turbo. Versi hibrid mungkin akan tiba kemudian.

     
     
  • Lotus Emira First Edition 2022 – harga di M’sia diumum; bermula RM1.13 juta di Semenanjung

    Lotus Emira First Edition 2022 – harga di M’sia diumum; bermula RM1.13 juta di Semenanjung

    Lotus Cars Malaysia telah mendedahkan harga untuk kereta sport baharu dari British berkenaan, iaitu Emira yang didedahkan pada Julai lalu. Buat masa sekarang, hanya satu varian ditawarkan iaitu model 3.5 V6 First Edition yang dijual pada harga RM1,131,800 untuk semenanjung Malaysia, dan juga RM456,900 di Langkawi.

    Harga yang dinyatakan ini tidak termasuk kos-kos atas jalan, insuran dan juga ciri opsyen lain yang ditawarkan. Emira mula diproduksi di kilang Lotus di Hethel yang telah ditingkat taraf pada musim bunga 2022, jadi pelanggan dijangka akan menerima kereta-kereta yang ditempah hanya selepas bulan Mac tahun hadapan.

    Lotus Emira (sebelum ini dikenali dengan kod Type 131) merupakan model gantian untuk Elise, Exige dan Evora, di mana ketiga-tiga model ini akan dihentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini. Ia juga merupakan model terakhir Lotus yang menampilkan enjin pembakaran dalaman, sebelum syarikat berkenaan berhijrah 100% kepada teknologi elektrik.

    Lotus Emira First Edition 2022 – harga di M’sia diumum; bermula RM1.13 juta di Semenanjung

    Kereta sport generasi baharu ini diasaskan dari platform Lotus Sports Car Architecture (atau digelar sebagai Elemental oleh pihak dalaman Lotus), yang dihasilkan dengan struktur aluminium terekstrud seperti diperkenalkan pertama kali pada Elise. Ia menggunakan suspensi jenis double wishbone di hadapan dan belakang, serta ditawarkan dalam dua jenis tetapan casis.

    Tetapan casis pertama digelar Tour. Ia ditala untuk kegunaan seharian di atas jalan raya dan memberikan keseimbangan antara pengendalian dan juga keselesaan dengan tayar Goodyear Eagle F1 Supersport. Manakala tetapan kedua digelar Sports, dengan suspensi sport bersama tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.

    Model First Edition ini dijana oleh enjin Toyota 2GR-FE 3.5 liter V6 yang disuap dengan supercharger Edelbrock 1740 yang menghasilkan 405 PS (400 hp). Bagi model dengan kotak gear manual enam kelajuan, enjin ini menampilkan talaan tork 420 Nm. Manakala bagi pembeli yang memilih kotak gear automatik enam-kelajuan (dengan tambahan harga RM15,000), ia menerima talaan tork 430 Nm.

    Kedua-dua kotak gear tersebut dihasilkan oleh Aisin, dan kedua-dua versi transmisi ini membolehkan Emira mencapai kelajuan maksima 288 km/j. Namun bagi pecutan 0-100 km/j, versi automatik adalah lebih pantas dengan catatan 4.2 saat berbanding 4.3 saat pada model manual.

    Dari segi kelengkapan pula, Lotus Emira 3.5 V6 First Edition ini hadir dengan rim aloi forged 20-inci 10-jejari rekaan-V, lampu hadapan dan belakang LED, penderia parkir hadapan dan belakang, sistem pendingin hawa automatik, sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, paparan instrumen digital 12.3-inci serta sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 10.25-inci bersama sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, digandingkan dengan sistem bunyi KEF 340-watt.

    Perincian-perincian lain yang turut diberikan pada model ini termasuk lampu suasana berwarna putih, pelapik bumbung Alcantara, roda stereng balutan kulit berwarna hitam dan juga tempat duduk hadapan larasan berkuasa bersama fungsi memori.

    Lotus Emira First Edition 2022 – harga di M’sia diumum; bermula RM1.13 juta di Semenanjung

    Kereta sports terbaharu Lotus ini juga hadir dengan dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) yang terdiri dari cruise control adaptif, sistem anti-pelanggaran, amaran keletihan pemandu, informasi tanda jalan, pengehad kelajuan kenderaan, amaran keluar lorong, amaran lintasan trafik belakang dan bantuan tukar lorong.

    Selain dari kotak gear automatik, pilihan lain yang turut memerlukan pembeli menambah kos pada Emira ini termasuk roda stereng balutan Alcantara (serlahan jahitan hitam, kelabu, kuning atau merah) dengan harga RM2,800, sistem pengesan kenderaan Scorpion berharga RM5,800) dan juga Black Pack berharga RM8,000 yang menampilkan kemasan hitam pada cantrail, penutup cermin sisi, logo Lotus pada bahagian belakang dan juga tip ekzos.

     
     
  • Proton sudah mulakan rancangan untuk hasilkan model elektrik penuh, hibrid dan PHEV – CEO Edar

    Proton sudah mulakan rancangan untuk hasilkan model elektrik penuh, hibrid dan PHEV – CEO Edar

    Dalam satu laporan pada April lalu, Proton menyatakan bahawa mereka masih tidak boleh menetapkan halatuju teknologi elektrifikasi selagi kerajaan Malaysia masih belum menyatakan rancangan masa hadapan terhadap teknologi tersebut. Namun dengan pengumuman dari kerajaan untuk mengecualikan duti untuk kenderaan elektrik (EV) bermula 2022 ketika pembentangan bajet baru-baru ini, Proton nampaknya sudah memulakan langkah mereka.

    Menurut CEO Proton Edar, Roslan Abdullah dalam laporan The Star, insentif pengecualian cukai EV berkenaan akan membantu kadar penggunaan kereta elektrik dalam negara dan bakal meningkatkan penawaran model-model sedemikian dalam pasaran tempatan.

    “Proton telah merangka halatuju dalam memperkenalkan model hibrid, plug-in Hybrid (PHEV) dan kenderaan elektrik, jadi diharapkan pembangunan ini dapat membantu untuk memacu rancangan kami ke hadapan,” katanya dan menambah bahawa tempoh pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022 juga turut membantu dalam jualan kenderaan dan merancakkan ekonomi pada separa pertama 2022.

    Walau bagaimanapun, Roslan menyatakan rancangan ini masih lagi jauh memandangkan infrastruktur pengecaj kenderaan untuk menyokong pertambahan jumlah penggunaan EV di jalan raya Malaysia ini masih kurang, dan ia disifatkan sebagai “halangan besar yang perlu diatasi”.

    Roslan masih belum menyebut secara spesifik model-model elektrifikasi yang akan dibangunkan oleh Proton. Namun menerusi apa yang dibayangkan, tak mustahil Proton akan menumpukan terlebih dahulu terhadap teknologi hibrid dan juga PHEV.

    Baru-baru ini Geely baru sahaja melancarkan unit rangkaian kuasa hybrid modular Leishen Hi-X dari jenama entiti baharunya bagi menghasilkan unit rangkaian kuasa sebegini iaitu Leishen Power. Unit rangkaian kuasa tersebut akan digunakan oleh jenama-jenama di bawah Geely, dan sudah tentulah Proton tidak terkecuali.

    Platform unit rangkaian kuasa berkenaan menampilkan gandingan transmisi hibrid baharu, enjin petrol untuk kegunaan hibrid dan juga motor elektrik generasi baharu. Dalam aplikasi PHEV, teknologi rangkaian kuasa ini mampu untuk menyediakan jarak gerak elektrik sepenuhnya sekitar 200 km, dan mampu menerima kemaskini perisian utama secara over-the-air (OTA).

    Buat masa sekarang, Proton telahpun disahkan menerima hak untuk membangunkan model tersendiri secara tempatan menggunakan teknologi Volvo-Geely iaitu platform modular BMA (asas sama seperti Proton X50) dan juga enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo bagi menggantikan barisan enjin Campro CFE dan Campro VVT sedia ada.

    Menerusi kerjasama strategik dengan Geely berkenaan, Proton setakat ini telah mencapai objektifnya bagi melancarkan model baharu atau model kemaskini setiap tahun, dan dengan frekuensi yang kerap terhadap pengenalan model baharu ini serta pengenalan Leishen Power, rancangan Proton untuk memperkenalkan model-model elektrifikasi mungkin akan direalisasikan tidak lama lagi.

     
     
  • PLUS umum lorong kecemasan dan kiri di KM329.65-KM330.10 antara Tapah-Bidor tutup hingga 19 Nov ini

    PLUS umum lorong kecemasan dan kiri di KM329.65-KM330.10 antara Tapah-Bidor tutup hingga 19 Nov ini

    PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Tapah dan Bidor di KM329.65 hingga KM330.10 (arah selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan sedang ditutup selama lima hari kepada semua kenderaan sehingga Jumaat ini, 19 November 2021. Ia adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar di laluan berkenaan.

    Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan. Justeru, pengguna lebuhraya terbabit yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

    Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

     
     
  • Proton Satria Neo R3 Lotus Racing – 6 buah dihimpun semula selepas lebih 10-tahun di Genting Highland

    Proton Satria Neo R3 Lotus Racing – 6 buah dihimpun semula selepas lebih 10-tahun di Genting Highland

    Seperti yang ramai tahu, Proton Satria Neo R3 Lotus Racing yang dilancarkan pada 2010 hanya dihasilkan sebanyak 25-unit sahaja di dunia. Namun hanya 22 unit yang dijual kepada umum, manakala tiga-unit lagi yang dihasilkan sebagai unit pembangunan dan tidak dijual.

    Hujung minggu lalu, seramai enam orang pemilik Satria Neo R3 Lotus Racing ini berkumpul untuk satu sesi “Sunday Drive” dari Kuala Lumpur ke Genting Highland. Menurut pengasas bersama Dream Street Restoration (DSR) yang bukan sahaja salah seorang pemilik model istimewa ini, malah merupakan ketua projek Satria Neo R3 Lotus Racing berkenaan ketika masih bertugas dengan Proton R3 iaitu Suriya Sankaran, ini kali pertama model berkenaan dihimpunkan dalam jumlah yang banyak selepas kesemua unit meninggalkan fasiliti Proton R3 di Shah Alam sekitar 10-tahun lalu.

    Menurut Suriya, walaupun sesi kali ini disertai hanya oleh enam buah kereta, buat masa sekarang seramai 17 orang pemilik Satria Neo R3 Lotus Racing ini telah pun dikesan dan berhubung sesama mereka, dan kesemua unit kereta berkenaan masih disahkan wujud.

    Tiga dari 22-unit sudah tidak lagi berada di atas jalan raya – sebuah telah dijelmakan sebagai kereta lumba sepenuhnya, sebuah lagi telah di’convert’ sebagai kereta konsep Proton Artiga, dan sebuah lagi sudah pun ‘total lost’ kerana terlibat dalam kemalangan.

    Suriya menyatakan bahawa dia kini sedang mencari dua lagi pemilik Satria Neo R3 Lotus Racing tersebut yang masih belum dapat dikesan semula.

    Dengan terkumpulnya komuniti pemilik Satria Neo R3 Lotus Racing ini, Suriya menyatakan dia dapat menyelesaikan banyak perkara tentang kegusaran pemilik-pemilik kereta berkenaan. Antaranya masalah pemilik-pemilik tersebut bagi mendapatkan alat ganti terutamanya komponen badan sekiranya ia rosak. Ini kerana kereta ini hanya dihasilkan sebanyak 25-unit seumpanya di dunia, dan Proton tidak lagi membekalkan komponen-komponen gantian tersebut.

    Suriya berjaya menenangkan kesemua pemilik berkenaan kerana DSR masih mendapat khidmat tenaga kerja iaitu bekas staf R3 yang memasang dan mengecat semasa proses produksi Neo R3 Lotus Racing tersebut, dan masih berhubung dengan pembekal yang menghasilkan komponen-komponen gentian karbon pada badan kereta tersebut.

    Malah dia kini berjaya mendapatkan insuran khas untuk Satria Neo R3 Lotus Racing ini dengan menawarkan perlindungan sehingga RM75,000 untuk kereta yang telah berusia lebih dari 10-tahun tersebut.

    Proton Satria Neo R3 Lotus Racing – 6 buah dihimpun semula selepas lebih 10-tahun di Genting Highland

    Menerusi acara ini, Suriya menyatakan bahawa dia terharu melihat sejumlah Satria Neo R3 Lotus Racing ini berkumpul semula di hadapannya dalam jumlah yang agak banyak. “Macam jumpa balik anak-anak saya yang dah terpisah lama”, katanya dan menambah akan ada lagi perhimpunan lebih besar antara pemilik akan dibuat selepas ini.

    Ketika dilancarkan pada 2010, Satria Neo R3 Lotus Racing ini dijual pada harga RM115,000. Ia masih dijana oleh enjin 1.6 liter CPS, namun dengan aci sesondol durasi lebih tinggi bersama pulley boleh laras, sistem ekzos logam tahan karat dan kemasukan rekaan semula, kotak komputer enjin talaan khas – kesemuanya dari R3, enjin tersebut mampu menghasilkan 145 hp dan tork maksima 168 Nm (125 hp/150 Nm untuk CPS standard).

    Bukan sahaja lebih berkuasa, sistem injap bervariasi CPS ala-VTEC pada enjin ini juga dibuka lebih cepat iaitu pada 4,000 rpm (4,400 rpm bagi CPS biasa) dan ia tidak mempunyai masalah untuk menjerit sehingga 7,000 rpm.

    Kotak gear manual lima kelajuan pada Neo R3 Lotus Racing ini juga disentuh semula oleh R3 dengan diberikan nisbah gear lebih rapat, bersama nisbah akhir 4.625 yang lebih besar dari standard. Ini membolehkan model istimewa tersebut memecut dari 0-100 km/j dalam masa 9.2 saat sebelum mencapat kelajuan maksima 205 km/j.

    Proton Satria Neo R3 Lotus Racing – 6 buah dihimpun semula selepas lebih 10-tahun di Genting Highland

    Antara kelengkapan mekanikal lain yang dipadankan pada Neo R3 Lotus Racing ini termasuk sistem suspensi perlumbaan boleh laras sepenuhnya dari Ohlins, sistem brek hadapan dengan cakera larik dan angkup empat omboh dari AP Racing, rim aloi ringan 16×7 inci dari Advanti dengan tayar Bridgestone Adrenalin RE001 bersaiz 205/45 R16, dan pelbagai lagi.

    Untuk rupa luaran, model ini diberikan kit badan R3 yang dihasilkan untuk perlumbaan Asian Touring Car Series (ATCS), fender sisi hadapan khas dari material FRP dengan liang dan logo Lotus Racing, penutup bonet enjin dan door sach gentian karbon, serta layangan warna hijau Lotus Racing Green bersama jalur perlumbaan kuning dari bonet hingga pintu hatch belakang.

    Manakala dalam kabin, Satria Neo R3 Lotus Racing ini diberikan tempat duduk bucket R3 balutan kulit Nappa dan sulaman logo Lotus Racing pada perehat kepala, roda stereng balutan kulit dengan tanda pukul 12 berwarna kuning serta perincian-perincian asli R3 seperti tombol gear, set pedal aloi dan juga butang penghidup enjin.

    Selain itu ia juga diberikan kemasan-kemasan hijau pada papan pemuka, serta panel pintu yang diberikan upholsteri kulit istimewa bersama panel-panel hijau.

     
     
  • Perodua Myvi facelift 2022 sah dilancarkan 18 Nov ini

    Perodua Myvi facelift 2022 sah dilancarkan 18 Nov ini

    Seminggu dua kebelakangan ni banyak kita dengar pasal Perodua Myvi facelift kan? Ada spyshot, tak kurang juga banyak teaser rasmi dari Perodua sendiri. Nah, ini dia berita terbaru – Perodua sudah mengesahkan bahawa Myvi facelift 2022 bakal dilancarkan secara rasmi 18 November ini!

    Bagi mereka yang mahu menonton pelancaran tersebut, ia bakal disiarkan secara langsung menerusi media sosial rasmi Perodua termasuk Facebook dan Youtube, dan ia akan bermula pada pukul 9 malam Khamis nanti.

    Model kemaskini ini telah pun dibuka tempahannya bermula minggu lalu. Menerusi pengumuman rasmi, versi tingkat taraf ini akan dijual pada harga bermula dari RM45,700 hingga RM58,800. Angka-angka yang disebut berkenaan adalah harga atas jalan tanpa insuran, termasuk pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022.

    Kali ini sistem bantuan keselamatan pemanduan Advance Safety Assist sekali lagi diberikan peningkatan berbanding kemaskini pada tahun 2020 – ia kini menerima sistem penuh Perodua Smart Drive Assist (PSDA) sama seperti Perodua Ativa. Menurut Perodua, sistem PSDA berkenaan menawarkan “keselamatan pintar” memebolehkan pemandu “sentiasa peka dengan bantuan pemanduan sekeliling yang mengesan halangan”.

    Perodua menyatakan bahawa sistem PSDA akan diberikan kepada semua varian dengan enjin 1.5L, serta salah satu varian 1.3 G. Belum dinyatakan sistem-sistem yang bakal dihimpunkan pada pakej PSDA Myvi berkenaan, namun pada Ativa ia terdiri dari sistem Amaran Keluar Lorong, Pengelak Keluar Lorong, Adaptive Cruise Control, Kawalan Kekal Lorong dan Pemantau Titik Buta.

    Ativa juga menerima sistem lain seperti Bantuan Parkir (penderia hadapan/belakang, kamera undur, amaran lintasan trafik belakang) dan juga Bantuan Lampu Hadapan (lampu tinggi automatik atau adaptif, bergantung pada varian. Adakah Myvi juga akan menerima kesemua perincian dari Ativa ini? Sama-sama kita tunggu.

    Manakala perincian-perician lain telah pun didedahkan sedikit demi sedikit menerusi pelbagai teaser yang disiarkan. Dalam set teaser minggu lalu, Myvi facelift ini dilihat menerima papan meter baharu dengan skrin MID berwarna di tengah, roda stereng sama dengan Ativa bersama butang PWR, cruise control adaptif.

    Gambar teaser bahagian dalaman Myvi facelift ini dilihat masih menggunakan papan pemuka yang sama tetapi diberikan pelbagai perincian yang tidak ada pada model sebelumnya. Antaranya adalah kemasan merah di sekeliling liang pendingin hawa, serta perumah besar untuk kamera stereo pada bahagian atas cermin hadapan bersama kamera perakam digital di sebelahnya.

    Manakala dua lagi teaser yang disiarkan hari ini menunjukkan bahawa Myvi facelift turut menerima sistem lampu tinggi automatik, serlahan-serlahan merah pada bahagian kabin termasuk pada tempat duduk dan juga rekaan baharu pada bampar hadapan dan belakang.

    Perodua masih belum mengesahkan sama ada benar atau tidak Myvi akan beralih menggunakan kotak gear CVT berbanding transmisi 4AT pada versi asal. Walau bagaimanapun dalam pengumuman sebelum ini, Perodua memberikan petunjuk bahawa transmisi tersebut telah ditukar dengan mendakwa bahawa Myvi facelift menampilkan penggunaan bahan api lebih baik, di mana ia kini mampu mencapai sehingga 22.2 km/l (diuji pada varian 1.3L) dari 21.1 km setiap liter sebelum ini.

    Myvi facelift 2022 ini juga turut akan diperkenalkan dalam warna baharu iaitu Cranberry Red khas untuk varian AV, bersama warna lain termasuk Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak ditawarkan untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.

     
     
  • Honda City V Sensing dilancar untuk M’sia – RM90,212

    Honda City V Sensing dilancar untuk M’sia – RM90,212

    Sekiranya anda ada bercadang hendak membeli Honda City, kini ada lima varian yang boleh dipilih, dengan yang terbaru adalah City 1.5L V Sensing, pada harga RM90,212 tidak termasuk insurans. Seperti yang boleh dilihat daripada namanya, varian baru City ini menggunakan City V (RM87k) sebagai asas, tetapi ditambah dengan Honda Sensing.

    Pakej bantuan pemandu ini adalah sama seperti yang diberikan pada varian hibrid City RS e:HEV, di mana ia termasuk Adaptive Cruise Control (ACC), Collision Mitigation Braking System (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW) dan Auto High-Beam (AHB).

    Satu lagi naik taraf yang diberikan adalah panel instrumen digital TFT tujuh inci, yang menggantikan unit analog pada City V biasa. Selain daripada itu, senarai spesifikasinya adalah sama sahaja seperti City V.

    Unit penggerak juga masih adalah sama, iaitu enjin petrol empat silinder NA DOHC 1.5 liter yang dipadankan bersama transmisi automatik CVT untuk menghantar kuasa sehingga 121 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork ke roda hadapan.

    Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan City, anda boleh melihat perbandingan yang kami buat antara City baru dengan City sebelumnya dan melihat spesifikasi setiap varian di sini atau di laman web CarBase.my.

     
     
  • Perodua Myvi facelift 2022 – teaser baru tunjuk tempat duduk merah, skrin MID besar, lampu tinggi LED auto

    Perodua Myvi <em>facelift</em> 2022 – <em>teaser</em> baru tunjuk tempat duduk merah, skrin MID besar, lampu tinggi LED auto

    Nampaknya Perodua sengaja ‘menghangatkan’ suasana sebelum model facelift baharu untuk Myvi generasi ketiga dilancarkan secara rasmi – terbaharu, jenama berkenaan menyiarkan dua lagi teaser baharu dengan kapsyen “Teknologi moden” dan “keberkesanan bahan api terbaik dalam kelas” bagi video pertama, serta “Rekaan lebih muda” dan “rekaan ikonik” pada video kedua.

    Sehingga kini, semua teaser Myvi facelift diakhiri dengan tagline rasminya iaitu “Standard seterusnya” dengan font seakan sama dengan imej korporat Mazda.

    Dalam video pertama ada boleh kita lihat bahawa papan pemuka Myvi facelift ini diberikan kemasan sekeliling liang pendingin hawa yang berwarna merah, serta rekaan baharu pada roda stereng. Seperti yang sudah diperlihatkan sebelum ini, Myvi facelift ini menerima roda stereng yang sama seperti SUV segmen-B Ativa, bersama fungsi yang agak mewah bagi sebuah model dengan harga bawah RM60k iaitu cruise control adaptif.

    Butang “Power” pada roda stereng Ativa juga di bawa ke Myvi menandakan ia mungkin turut dipadankan dengan kotak gear D-CVT yang sama seperti SUV berkenaan. Perodua juga dilihat telah menyusun semula butang-butang tertentu pada roda stereng tersebut seperti butang “Trip” yang dipindahkan ke jejari sebelah kanan pada Myvi berbanding kiri pada Ativa.

    Perodua Myvi <em>facelift</em> 2022 – <em>teaser</em> baru tunjuk tempat duduk merah, skrin MID besar, lampu tinggi LED autoPerodua Myvi <em>facelift</em> 2022 – <em>teaser</em> baru tunjuk tempat duduk merah, skrin MID besar, lampu tinggi LED auto

    Video kali ini juga menunjukkan bahawa Myvi bukan sahaja menerima grafik baharu pada papan meter dengan serlahan lampu berwarna merah, malah ia juga diberikan skrin pelbagai info (MID) berwarna dengan memaparkan grafik animasi menunjukkan muka Myvi.

    Jika diperhatikan lebih teliti, juga terdapat penunjuk lampu tinggi dengan abjad ‘A’ berwarna hijau pada takometer menandakan ia kini turut diberikan lampu tinggi dengan fungsi automatik (AHB). Fungsi ini membolehkan lampu tinggi yang terpasang diturunkan secara automatik setiap kali ia berselisih dengan kereta lain di hadapan bagi mengelakkan pemandu yang berselisih tersebut silau.

    Pada Ativa H dan AV, sistem AHB berkenaan menawarkan fungsi Adaptive Driving Beam. Dengan fungsi ini, lampu tinggi tidak diturunkan sepenuhnya ketika berselisih dengan kereta lain, sebaliknya dengan lampu hadapan LED seperti sistem Matrix-LED pada Audi, ia hanya mematikan lampu-lampu tertentu sahaja. Masih belum jelas sama ada Myvi akan menerima sistem yang sama dengan Ativa atau tidak.

    Pada video seterusnya, Perodua menyangkan bahawa Myvi facelift ini diberikan tempat duduk baharu dengan serlahan warna merah. Serlahan pada tempat duduk ini, dan juga serlahan merah pada sekeliling liang pendingin hawa mungkin adalah perincian khas untuk varian tetinggi Myvi AV.

    Perodua Myvi <em>facelift</em> 2022 – <em>teaser</em> baru tunjuk tempat duduk merah, skrin MID besar, lampu tinggi LED autoPerodua Myvi <em>facelift</em> 2022 – <em>teaser</em> baru tunjuk tempat duduk merah, skrin MID besar, lampu tinggi LED auto

    Selepas itu, video tersebut menunjukkan pula rekaan baharu pada muka dan belakang Myvi facelift berkenaan. Myvi yang disegarkan ini menerima gaya yang serupa dengan Ativa, menampilkan muka seakan diberikan elemen ‘X’ dengan gril utama lebih besar dan juga gril bawah berbentuk trapezoid yang lebih kecil.

    Kluster lampu utama masih nampak seakan sama seperti model terdahulu. Namun pada bampar, tiada lagi kemasan perumah untuk lampu kabus, tetapi Myvi menerima lampu nyalaan siang yang diposisikan menegak. Bahagian bawah bampar berkenaan diberikan satu kemasan melintang berwarna perak seakan skid plate.

    Di belakang, bampar model kemaskini ini turut disentuh semula mengenakan rekaan yang seiring dengan bampar hadapan. Lampu belakang dan juga set rim masih kelihatan sama seperti model sedia ada.

    Perodua masih belum mengesahkan sama ada benar atau tidak Myvi akan beralih menggunakan kotak gear CVT berbanding transmisi 4AT pada versi asal. Walau bagaimanapun dalam pengumuman sebelum ini, Perodua memberikan petunjuk bahawa transmisi tersebut telah ditukar dengan mendakwa bahawa Myvi facelift ini menampilkan penggunaan bahan api lebih baik, di mana ia kini mampu mencapai sehingga 22.2 km/l (diuji pada varian 1.3L) dari 21.1 km setiap liter sebelum ini.

    Model facelift ini disahkan akan ditawarkan dalam varian tertinggi 1.5 AV, menurun kepada 1.5 H, 1.5 X dan dua varian paling rendah 1.3 G – seperti juga Proton Iriz facelift 2022, Myvi juga kini tiada lagi varian dengan kotak gear manual lima kelajuan. Tempahan bagi Myvi facelift ini juga sebenarnya sudah dibuka.

    Perodua menyatakan bahawa sistem PSDA akan diberikan kepada semua varian dengan enjin 1.5L, serta salah satu varian 1.3 G. Belum dinyatakan sistem-sistem yang bakal dihimpunkan pada pakej PSDA Myvi berkenaan, namun pada Ativa ia terdiri dari sistem Amaran Keluar Lorong, Pengelak Keluar Lorong, Adaptive Cruise Control, Kawalan Kekal Lorong dan Pemantau Titik Buta.

    Ativa juga menerima sistem lain seperti Bantuan Parkir (penderia hadapan/belakang, kamera undur, amaran lintasan trafik belakang) dan juga Bantuan Lampu Hadapan (lampu tinggi automatik atau adaptif, bergantung pada varian). Adakah Myvi juga akan menerima kesemua perincian dari Ativa ini? Sama-sama kita tunggu.

    Myvi facelift 2022 ini juga turut akan diperkenalkan dalam warna baharu iaitu Cranberry Red khas untuk varian AV, bersama warna lain termasuk Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak ditawarkan untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.

    Menurut Perodua, Myvi facelift 2022 ini akan dijual pada harga bermula dari RM45,700 hingga RM58,800. Angka-angka yang disebut berkenaan adalah harga atas jalan tanpa insuran, termasuk pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022.

     
     
  • Suzuki S-Cross 2022 terdedah sebelum pelancaran

    Suzuki S-Cross 2022 terdedah sebelum pelancaran

    Suzuki S-Cross generasi kedua sebelum ini didedahkan kepada dunia kali pertama pada tahun 2013 dan pada tahun 2016, ia diberikan facelift. Tidak lama lagi, model generasi baru akan diperkenalkan (sepatutnya 25 November ini), tetapi rupanya telah terdedah awal melalui gambar yang dimuat naik oleh Suzuki Garage.

    Sudah tentu, sebagai sebuah model generasi baru, penampilannya adalah berbeza, dengan kelihatan lebih besar, tinggi dan badan lebih berkotak. Di hadapan terdapat gril heksogonal dengan jalur krom yang menyambungkan lampu kiri dan kanan, sementara bahagian bawah bampar pula terdapat kemasan kelabu seakan skid plate.

    Terdapat kemasan plastik hitam di keliling lengkuk roda manakala lampu belakang jenis smoked di dalam disambung dengan panel plastik hitam berserta logo Suzuki di tengah. Sama seperti hadapan, bampar juga dipasang dengan kemasan seakan skid plate. Setakat ini masih tiada gambar bahagian dalam, tapi kita boleh menjangka peningkatan yang besar.

    Perincian teknikal juga masih belum diketahui, tetapi ada laporan yang mengatakan S-Cross baru dibina atas platform Global C yang dipertingkat. Untuk enjin, salah satu gambar dalam spyshot ini dilihat menggunakan lencana “Hybrid” dan kita boleh menjangka sistem hibrid ringkas 48 volt.

    Di United Kingdom, S-Cross yang berada dalam pasaran sekarang ditawarkan dengan enjin petrol empat silinder 1.4 liter turbo Bosster jet yang menghasilkan kuasa 129 PS dan 235 Nm tork, bersama sistem hibrid ringkas dengan motor elektrik 14 PS (10 kW) dan 53 Nm. Dalam keadaan standard ia datang dengan sistem pacuan dua roda hadapan, bersama pilihan transmisi manual enam kelajuan atau automatik, tetapi pelanggan diberikan pilihan untuk mendapatkan pacuan empat roda.

    Versi hibrid ringkas juga ada ditawarkan di India, di mana motor elektrik sama dipadankan bersama enjin empat silinder NA 1.5 liter 105 PS dan 138 Nm, sementara di Indonesia, S-Cross ditawarkan dengan enjin NA 1.5 liter 109 PS dan 138 Nm (bukan hibrid).

     
     
  • VIDEO: Proton X50 1.5T Executive F Tuned X RaceChip catat masa lap terpantas 2 minit 51.1 saat di Sepang!

    VIDEO: Proton X50 1.5T Executive F Tuned X RaceChip catat masa lap terpantas 2 minit 51.1 saat di Sepang!

    Bulan lalu kita dah tengok kemampuan SUV segmen-B Proton X50 dalam varian paling berkuasa iaitu Flagship yang berjaya mencatatkan masa satu lap terpantas di Litar Antarabangsa Sepang dengan masa 2 minit 47.94 saat. Itu untuk model yang menggunakan enjin 1.5L T-GDI, jadi agaknya bagaimana pula prestasi model yang dijana oleh enjin 1.5L Turbo MPI?

    Ini ada satu contoh – X50 yang anda lihat ini adalah jentera ‘demo’ yang dibangunkan bersama jenama suspensi tempatan, F Tuned Racing Suspension dan modul kotak komputer talaan semula prestasi, RaceChip (menerusi pengedar tempatan, RaceChip Malaysia), berasaskan varian 1.5T Executive.

    Menerusi satu video yang disiarkan oleh F Tuned mendakwa bahawa X50 tersebut kini mampu mencatatkan masa lap terpantas 2 minit 51.1 saat di Sepang! SUV tersebut dipandu oleh pelumba profesional dan juga pemandu uji F Tuned Racing sendiri iaitu Syahrizal Jamaludin.

    Menurut RaceChip Malaysia, catatan masa yang dibuat ini sekaligus melengkapkan pembangunan produk bagi Proton X50 yang dihasilkan oleh kedua-dua jenama prestasi aftermarket berkenaan.

    Berbanding enjin 1.5 T-GDI yang diberikan sistem suntikan bahan api terus dengan kuasa standard dari kilang 177 PS dan tork maksima 255 Nm pada model Flagship, enjin 1.5 Turbo MPI pada model Exec ini hanya menerima sistem suntikan bahan api pelbagai titik biasa dengan kuasa asal 150 PS dan tork maksima 226 Nm.

    Menerusi satu graf dyno yang ditunjukkan pada kami, kuasa yang dihasilkan pada roda hadapan (whp) Proton X50 1.5 Exec tersebut adalah 140 hp dan tork maksima 221 Nm. Manakala dengan penggunaan RaceChip GTS tanpa sebarang pengubahsuaian lain, angka berkenaan melonjak kepada 161 hp dan tork maksima 243 Nm yang diambil pada tayar hadapan, atau 190 hp pada aci engkol!

    Untuk rekod, X50 1.5 T-GDI Flagship ‘Militank’ yang mencatatkan masa lebih pantas tempoh hari juga menerima talaan semula dari RaceChip GTS, dan kini mampu menghasilkan 200 hp dan tork maksima 310 Nm, juga bacaan pada roda hadapan.

    Bagi mereka yang masih blur, catatan masa 2 minit 50 saat bagi sebuah SUV ini sebenarnya adalah sangat-sangat laju kerana julat masa berkenaan biasanya dicatatkan oleh jentera-jentera hot-hatch sebenar di Sepang. X50 ini bukan sahaja SUV, malah juga bukan sebuah model yang dilabelkan sebagai ‘prestasi tinggi’.

    VIDEO: Proton X50 1.5T Executive F Tuned X RaceChip catat masa lap terpantas 2 minit 51.1 saat di Sepang!

    Selain enjin yang kini menghasilkan kuasa sekitar 15% lebih berkuasa dari asal, satu lagi faktor penyumbang bagi mendapatkan catatan lap berkenaan sudah tentulah berkenaan suspensi. Ia dipadankan dengan set suspensi F Tuned GT Series, dan seperti yang anda boleh lihat menerusi video onboard, olengan badan X50 berkenaan kelihatan begitu minimal seakan kereta walaupun ‘dihenyak’ ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.

    Perincian lain yang boleh dilihat pada X50 ini termasuk set rim Asga 18-inci yang dibalut dengan tayar Hankook Ventus RS4 bersaiz 245/40ZR18, bersama set brek hadapan lebih besar dengan angkup 4 omboh F50 dan cakera berdiameter 355 mm yang ditebuk dari Brembo.

    “Misi hari ini adalah segalanya berkenaan menguji ketahanan kedua-dua produk kami dan bukan tertumpu berkenaan memecahkan rekod lap. Lagipun, X50 MPI kami masih menggunakan enjin dan komponen standard selain modul talaan RaceChip dan suspensi GT Series F Tuned Racing, jadi masa lap yang wajar sudah memadai, tetapi yang paling penting adalah untuk lebih belajar bagaimana prestasi dan ketahanan produk-produk kami,” kata Syahrizal.

    “Reaksi awalan saya apabila saya pertama kali memandu X50 di litar adalah ketinggian kedudukan saya dari permukaan jalan berbanding kereta-kereta lain yang pernah saya pandu di sini. Namun semua jangkaan bahawa ia akan kurang stabil atau mungkin perlu membuat beberapa larasan untuk disesuaikan dengan gaya pemanduan saya lenyap sebaik sahaja saya memandu dengan laju sebuah SUV yang terasa melekat ke permukaan jalan, memberikan lebih keyakinan.

    VIDEO: Proton X50 1.5T Executive F Tuned X RaceChip catat masa lap terpantas 2 minit 51.1 saat di Sepang!

    “Ketika mengambil selekoh terutamanya yang berkelajuan tinggi, dengan suspensi F Tuned GT Series, X50 memberikan respon yang baik dan sangat lincah dengan membolehkan saya membuat pembetulan kecil pada sudut stereng atau input pendikit tanpa sebarang drama, walaupun dengan ketinggian dan berat yang lebih bagi sebuah SUV,” katanya lagi.

    Syahrizal turut menyatakan bahawa dengan gandingan bersama modul talaan Racechip, X50 menjadi lebih mudah untuk dikendalikan terutamanya ketika keluar dari selekoh 4, 8, 9 dan 14 di Sepang yang memerlukan jumlah tork dan kelajuan yang mencukupi, membuatkan dia sangat kagum dengan X50 berkenaan.

    “Kami mungkin boleh lebih laju jika bukan kerana trafik pada point-point kritikal pada litar berkenaan dan dengan sistem kawalan kestabilan yang diaktifkan secara automotik walaupun telah dimatikan sebelumnya. Namun secara keseluruhan X50 menunjukkan prestasi yang baik hari ini tanpa sebarang kerosakan selepas dipandu dalam jumlah lap yang banyak, di mana kedua-duanya merupakan matlamat utama kami dan telah kami capai hari ini,” simpul Syahrizal.

    VIDEO: Proton X50 1.5T Executive F Tuned X RaceChip catat masa lap terpantas 2 minit 51.1 saat di Sepang!

    “Ini merupakan pencapaian buat kami semua dengan keputusan hari ini menunjukkan kedua-dua produk kami telah terbukti boleh menerima asakan pemanduan yang lebih lasak. Matlamat kami apabila mula bekerjasama dengan F Tuned Racing Suspension adalah untuk menghasilkan produk prestasi untuk X50 yang mudah untuk dipasang, dihasilkan tahan lama dan paling penting, sesuai untuk pemanduan seharian, dan sekarang saya yakin kami sudahpun mencapai semua itu,” kata pengurus teknikal RaceChip Malaysia, Khairul Azhar yang mengetuai sepasukan jurutera bagi menghasilkan talaan khusus terhadap X50 di Malaysia.

    Tahukah anda, ketika Proton melancarkan model hardcore edisi terhad Satria R3 pada tahun 2004, kereta berkenaan telah dipandu oleh Tengku Djan Ley di Sepang dan mencatatkan rekod lap terpantas 2 minit 55 saat. Manakala Satria Neo R3 Lotus Racing pula dikhabarkan mencatatkan masa berberapa saat lebih lambat dari Satria R3 kerana hanya menggunakan enjin 1.6 liter.

    Sekarang Proton sudahpun mempunyai hak bagi membangunkan model tempatan menggunakan platform BMA (platform sama yang digunakan pada X50), dan juga enjin 1.5L MPI bersama kotak gear DCT tujuh-kelajuan – bayangkan kalau sebuah hatchback atau sedan dibangunkan dengan resipi berkenaan, tentu sedap kan?

     
     
  • Proton Putra DSR-008 – edisi khas Tottenham Hotspur!

    Proton Putra DSR-008 – edisi khas Tottenham Hotspur!

    Selepas Satria GTI, Satria R3 dan Wira 1.8 EXi DOHC ‘Tiang Gol’, pakar restorasi jentera-jentera legenda ‘C99’ Proton, Dream Street Restoration (DSR) baru-baru ini telah menghidangkan sebuah lagi jentera C99 yang telah dilahirkan semula, kali ini dalam badan Coupe dua-pintu iaitu Proton Putra.

    Malah dalam projek terbaharu ini, DSR menunjukkan mereka bukan sahaja boleh merestorasi semula sesebuah kereta berkenaan dalam keadaan seperti baru keluar dari bilik pameran, tetapi mereka juga mampu untuk menghasilkan pelbagai perincian custom mengikut kehendak pelanggan.

    Seperti yang boleh anda lihat pada Proton Putra yang menerima plat produksi istimewa DSR dengan nombor DSR-008-C99 ini, ia seolah-olah sebuah model edisi khas kelab bola sepak Tottenham Hotspur yang dikeluarkan oleh Proton sendiri! Kenapa Tottenham Hotspur? Sudah tentulah pemilik Putra ini adalah peminat tegar kelab bola sepak Inggeris berkenaan.

    Proton Putra DSR-008 – edisi khas Tottenham Hotspur!

    Menurut DSR, Putra ini telah dibeli oleh pemilik terkini pada penghujung tahun 2020 dalam keadaan standard. Sejurus dibeli, ia terus dihantar untuk dicat semula dengan warna Urban Green. Namun pada Mac 2021, pemilik berkenaan merasakan kereta ini perlu dihantar ke DSR untuk proses restorasi yang lebih menyeluruh.

    Walau bagaimanapun, oleh kerana ketika itu DSR sedang dalam proses pemindahan ke lokasi baharu mereka (bersama rakan kerjasamanya bagi kerja-kerja pembaikkan dan warna badan, Sterling Automotive) di Sunway, kerja restorasi Putra DSR-008 ini hanya bermula pada bulan Mei. Kerja-kerja tersebut sekali lagi tertangguh apabila kerajaan mengumumkan sekatan pergerakan penuh pada Jun 2021.

    Perkara pertama yang dilakukan oleh DSR dalam proses restorasi Putra ini adalah menanggalkan setiap komponen pada kerangka asas, dan ia diletakkan di atas sebuah pelantar mudah alih. Setelah ‘dibogelkan’, perkara pertama yang mendapat perhatian adalah pada bumbung – ‘penyakit’ biasa untuk Proton generasi ini adalah bahan silikon pengedap yang diaplikasikan antara tulang dengan bumbung berkenaan menyebabkan karat yang teruk.

    Dari luar mungkin bumbung berkenaan masih nampak cantik, kerana bengkel yang mengecat Putra berkenaan sebelum ini telah membaiki bumbung tersebut, tetapi dengan cara tidak betul – ia hanya ‘ditampal’ dengan gentian kaca, bersama alas kadbod dibawahnya.

    DSR mengambil keputusan untuk membuka terus kepingan bumbung yang telah dirosakkan berkenaan, dan menggantinya dengan bumbung Mirage Asti terpakai yang diperolehi dari Jepun. Walau bagaimanapun, kepingan bumbung yang diterima tersebut juga bukanlah dalam keadaan sempurna.

    Mirage Asti di Jepun juga menggunakan bahan silikon yang sama pada bumbung. Oleh itu setiap cat dan sisa silikon berkenaan telah dibuang, dan bumbung tersebut telah dirawat dengan bahan yang mematikan karat. Perkara yang sama turut dibuat pada tulang-tulang bumbung, sebelum kepingan bumbung berkenaan disambung semula pada badan menggunakan kimpalan MIG, iaitu proses kimpalan yang sama digunakan di kilang.

    Setelah siap proses-proses membuang karat, badan Putra ini mula dicat semula. Bagi menyesuaikan dengan konsep Tottenham Hotspur, pemilik Putra ini memilih warna Royal Candy Blue dari Aikka. Seperti yang anda boleh lihat, warna biru istimewa ini berubah mengikut keadaan cahaya sekeliling, jadi untuk memastikan cat berkenaan diberikan sekata pada setiap bahagian bukanlah perkara yang mudah.

    Dan seperti biasa logo DSR yang anda lihat pada penutup but belakang, ia bukan pelekat, tetapi dihasilkan dengan teknik airbrush dalam masa yang sama ketika proses mengecat badan kereta ini dibuat. Grafik logo Tottenham Hotspur pula dilekatkan pada bahagian bawah lampu signal sisi kiri bagi melengkapkan konsepnya. Satu lagi perincian baharu tampil pada Putra ini, perhatikan dalam lampu hadapannya – ia kini turut diberikan logo DSR pada sebelah dalam!

    DSR turut telah menyembur pelindung anti karat berwarna hitam pada bahagian bawah Putra ini. Setiap bol dan nat bawah casis berkenaan telah ditukar baharu dengan sebahagian daripadanya telah disadur dengan kadmium, malah keseluruhan paip ekzos juga telah menerima lapisan pelindung haba tinggi 600 darjah selsius.

    Proton Putra DSR-008 – edisi khas Tottenham Hotspur!

    Untuk talaan casis dan suspensi, seperti biasa semua jentera restorasi DSR menerima sentuhan bekas jurutera suspensi Proton R3, Faidzil Alang yang kini mengendalikan jenama suspensinya sendiri iaitu Fawster Motorsport. Bukan hanya kesemua komponen suspensi Putra ini dibina semula oleh Fawster, malah ia kini dilengkapi dengan Direct Active Link dari Satria GTi yang dibina oleh Lotus.

    Bagi enjin, juga seperti hasil-hasil DSR sebelum ini, ia masih menggunakan unit 4G93P 1.8 liter DOHC asal, dibina semula secara blueprint oleh SS Motorsport Garage yang berpengalaman menghasilkan enjin-enjin bagi tujuan perlumbaan sebenar.

    Tiada sebarangan pemadanan komponen prestasi tinggi dipadankan, namun proses blueprint ini menyaksikan kesemua komponen dalaman enjin dirombak rawat, aci engkol diimbang semula, kemudian ia pasang kembali dengan lebih teliti dari proses pemasangan produksi massa di kilang dan melibatkan toleransi paling maksimum.

    Secara teori, tiada penambahan kuasa dapat dihasilkan dengan cara ini. Namun proses berkenaan akan memberikan lebih senyuman kepada pemandu kerana ia menjadikan enjin lebih stabil dengan respon yang diberikan jauh lebih baik dari asal.

    Satu perkara lagi yang berbeza pada Putra ini dari projek restorasi sebelum ini adalah enjin 4G93P berkenaan digandingkan dengan kotak gear automatik empat-kelajuan konvensional dan bukan lima-kelajuan manual.

    Namun ini bukan bermaksud transmisi tersebut tidak perlu diberi perhatian, malah pihak DSR turut telah melakukan proses rombak rawat kotak gear tersebut dengan menukar semua pengedap minyak, set klac dan juga torque converter di dalamnya, manakala perumah utama transmisi berkenaan telah dibersihkan dengan proses sandblast untuk kelihatan seperti baru keluar kilang.

    Proton Putra DSR-008 – edisi khas Tottenham Hotspur!

    Komponen-komponen sokongan luaran enjin dan transmisi pada Putra ini juga telah diberikan nafas baharu. Pam hidraulik dan dan juga alternator misalnya, kedua-dua komponen ini juga telah direstorasi untuk menjadikan ia seperti baharu. Anda boleh tengok sendiri ruang enjin Putra ini, memang kesemua komponen bracket, skru dan nat telah disalut semula dengan kadmium seakan baru keluar kedai.

    Jika kereta-kereta DSR sebelum ini tampil dengan tema ruang enjin merah-hitam, Putra kali ini berbeza atas permintaan pemiliknya. Ia turut perlu disesuaikan dengan tema luaran dan oleh itu cam valley cover aluminium Proton DSR dan juga pemegang bateri aluminium turut menerima warna biru.

    Untuk brek, tiada ubahsuai dibuat tetapi ia telah direstorasi semula dengan rombak rawat dibuat pada semua angkup dan pemadanan set cakera baharu.

    Proton Putra DSR-008 – edisi khas Tottenham Hotspur!

    Kali ini juga DSR tidak memadankan set rim original kilang pada Putra ini, tetapi ia dipadankan dengan set rim dari Advanti berdiameter 16-inci. Kejap, rim ni macam pernah nampak kan? Ia sebenarnya adalah set rim S895 yang sama dibekalkan oleh Advanti kepada Proton Satria R3 Lotus Racing. Jadi walaupun ia bukan rim asli kilang untuk Putra, ia masih komponen OEM yang sama pernah dibekalkan kepada Proton dan R3.

    Beralih pada kabin, ia juga tidak terlepas dari tema Tottenham Hotspurs dengan warna biru-hitam. Kesemua fabrik tempat duduk telah dibalut semula dengan tema warna tersebut dengan serlahan benang biru, manakala pada perehat kepala kedua-dua kerusi Recaro N-Joy di hadapan menerima sulaman logo kelab bola sepak tersebut.

    Fabrik pada panel pintu turut diberikan warna biru yang sama, bersama kesemua tali pinggang keledar yang turut diberikan warna biru. Bagi melengkapkan tema ini, pelapik bumbung turut dibuat baharu dengan fabrik berwarna hitam, bersama panel-panel tiang dan juga pelindung matahari yang turut telah dihitamkan.

    Papan pemuka Putra ini masih nampak standard, namun jika anda lihat dengan teliti, ada perubahan yang telah dibuat pada panel meter – tema hitam-oren asal telah digantikan dengan warna putih-biru, dan ia turut disertakan dengan logo DSR pada takometer serta logo ‘Putra’ pada meter kelajuan, dan kesemuanya akan bernyala ketika lampu dihidupkan.

    Roda stereng Momo Daytona masih dikekalkan, manakala perincian-perincian yang dihasilkan oleh DSR sendiri seperti karpet kaki dan juga set pedal aloi turut dipadankan.

    Setakat ini, semua variasi model C99 Proton sudah direstorasi oleh DSR, dan setiap contoh tersebut telah kami paparkan. Apa pula projek DSR selepas ini? Kami diberitahu oleh DSR bahawa masih ada lagi kejutan yang mereka akan bawakan. Apa dia? Jangan lupa teruskan bersama kami!

    Dream Street Restoration telah ditubuhkan tahun lalu oleh antara individu penting yang pernah menguruskan Proton R3, Suriya Sankaran bersama anak lelakinya, Dharveen Suria. Lebih maklumat berkenaan DSR boleh anda baca pada PAUTAN INI.

    GALERI: Proses restorasi Proton Putra DSR-008-C99

     
     
  • Perodua Alza bakal dihentikan produksi pada Jan 2022 selepas 12 tahun dalam pasaran, tak lepas emisi ekzos

    Perodua Alza bakal dihentikan produksi pada Jan 2022 selepas 12 tahun dalam pasaran, tak lepas emisi ekzos

    Siapa ingat bila Perodua Alza dilancarkan? Dah lama kan? MPV kompak keluaran jenama automotif nasional kedua berkenaan sebenarnya diperkenalkan pada November 2009, bermaksud ia sudah pun dijual selama 12-tahun dalam pasaran menjelang bulan ini.

    Sepanjang ia dijual, Alza telah menerima dua fasa facelift iaitu pada Januari 2014, dan pada September 2018. Bayangan model gantian untuk Alza juga sudah mula kelihatan – projek yang diberi kod D27A tersebut dilihat diuji pada Oktober 2019, dan dijangka akan dijelmakan sebagai kembar kepada Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia generasi baharu yang telah diperkenalkan di Indonesia minggu ini.

    Toyota Avanza (kiri) dan Daihatsu Xenia (kanan) generasi baharu pasaran Indonesia

    Menerusi satu nota yang diedarkan oleh Perodua kepada pengedar-pengedarnya, Alza disahkan akan dihentikan pengeluarannya pada penghujung Januari 2022, dan tiada satu unit pun akan dipasang bermula 1 Februari depan. Ini merupakan satu petunjuk bahawa penggantinya mungkin akan dilancarkan selepas dari tarikh berkenaan, dan bukan pada tahun ini.

    Angka-angka untuk produksi unit-unit akhir Alza ini juga telah diperincikan dalam notis tersebut – 2,820 unit akan disiapkan bulan ini (jumlah keseluruhan untuk semua varian), 2,283 unit bulan Disember, dan hanya 1,100 unit pada Januari 2022.

    Perodua Alza bakal dihentikan produksi pada Jan 2022 selepas 12 tahun dalam pasaran, tak lepas emisi ekzos

    Bayangan Perodua Alza generasi kedua berasaskan Daihatsu Xenia oleh Theophilus Chin

    Menurut Perodua dalam notis berkenaan, pengeluaran Alza akan dihentikan pada Februari ini adalah kerana undang-undang emisi ekzos yang ditetapkan oleh kerajaan yang akan beralih dari Euro 2 kepada Euro 4 menjelang 1 Januari 2022 (ia pada asalnya dijadualkan akan beralih pada 1 Oktober 2021).

    Walau bagaimanapun, Perodua mengatakan bahawa mereka berjaya memohon untuk meneruskan produksi Alza sehingga ke hujung Januari 2022. Walaupun undang-undang baharu ini sudah dikuatkuasakan kelak, hanya produksi kenderaan yang tidak lagi melepasi had emisi berkenaan perlu dihentikan serta merta, manakala stok-stok akhir masih boleh dijual sehingga habis.

     
     
  • Toyota umum kilang produksi di Jepun kembali beroperasi sepenuhnya bermula Disember 2021

    Toyota umum kilang produksi di Jepun kembali beroperasi sepenuhnya bermula Disember 2021

    Toyota telah mengumumkan semua kilang pengeluarannya di Jepun akan kembali beroperasi secara normal bermula Disember ini, dengan jangkaan produksi mencecah 800,000 kenderaan.

    Ia bakal menjadi yang pertama bagi kesemua 14 kilang pengeluaran dan 28 fasiliti pemasangan yang kembali beroperasi seperti biasa dalam tempoh tujuh bulan sejak Mei tahun ini, dan sebanyak 800,000 unit disasarkan termasuk jumlah pemulihan daripada kesan pengurangan pengeluaran sebelumnya.

    Jika tercapai, ia akan menjadi angka bagi rekod bulan Disember, ujar Toyota. Pengeluar kereta ini turut mengekalkan unjuran pengeluarannya sebanyak sembilan juta unit untuk tahun fiskal berakhir Mac 2022.

    Toyota umum kilang produksi di Jepun kembali beroperasi sepenuhnya bermula Disember 2021

    Bulan lalu, Toyota telah mengurangkan pengeluaran kenderaan di seluruh dunia sehingga 15% disebabkan kekurangan bekalan cip. Ini berikutan pengurangan bekalan komponen sepanjang September dan Oktober susulan peningkatan jangkitan Covid-19 di Malaysia dan Vietnam pada masa itu, yang menyebabkan Toyota mengurangkan unjuran pengeluaran setahun kepada sembilan juta kenderaan. Jumlah pengeluaran global Toyota adalah sekitar 760,000 unit pada Disember 2020.

    Sebelum ini pada Ogos lalu, kekurangan cip semikonduktor global turut menyaksikan Toyota mengurangkan jumlah produksi umtuk Amerika Utara sehingga 170,000 unit sepanjang September. Sementara itu, pada Julai pula, Toyota turut menghentikan produksi di tiga kilang pengeluarannya di Thailand disebabkan kekurangan bekalan komponen.

    Toyota berkata ia akan meneruskan usahanya untuk mengukuhkan rantaian bekalannya dengan pembekalnya dan melakukan segala yang mungkin untuk menghantar kereta kepada pelanggan secepat mungkin, dan berterima kasih kepada “semua pihak yang berkenaan” atas sokongan mereka dalam membantu mengekalkan pengeluaran.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.20
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated May 02, 2024