Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Mitsubishi UK tutup – lelong kesemua unit warisan sejarah; Evo, Starion, Pajero, Lancer dan Galant!

    Mitsubishi UK tutup – lelong kesemua unit warisan sejarah; Evo, Starion, Pajero, Lancer dan Galant!

    Julai tahun lalu, Mitsubishi telah mengumumkan pelan perniagaan jangka-pertengahan yang dirangka bagi memulihkan kembali prestasi syarikat yang kini sedang bergelut dengan pelbagai masalah. Dan menerusi strategi “Pemilihan dan Konsentrasi”, jenama berkenaan hanya akan mengukuhkan tapaknya di pasaran dengan reputasi mereka yang masih dominan iaitu di ASEAN, tetapi terpaksa keluar dari kebanyakkan pasaran di Eropah.

    United Kingdom merupakan salah satu negara yang terpaksa mereka tinggalkan. Walaupun jualan Mitsubishi Outlander PHEV mendapat sambutan yang baik (kerana insentif kereta mesra alam yang diberikan oleh kerajaan), jenama berkenaan betul-betul ‘merana’ pada pasaran berkenaan – tahun lalu, Mitsubishi UK hanya memperolehi 0.5% bahagian pasaran dengan jumlah jualan hanya 9,076 unit.

    Jadi, selain dari pejabat-pejabat urusan dan fasiliti-fasiliti jualan dan kejuruteraan, mereka juga terpaksa menjual unit-unit kenderaan warisan sejarah yang sentiasa berada dalam ‘kondisi muzium.’ Dan 14 unit kereta yang bakal dilelong ini bukan dari baka biasa-biasa, ia turut melibatkan sejarah emas Mitsubishi dalam sukan permotoran!

    Antaranya adalah Mitsubishi Colt Lancer generasi pertama, Colt Galant, Jeep CJ-3B, Starion Turbo, Galant VR-4, 3000GT, Lancer Evo VI Tommi Makinnen Edition (TME), Lancer Evo IX MR FQ 360, Lancer Evo X MR FQ-440, dan pelbagai model Pajero (dikenali sebagai Shogun di sana).

    Tentu ramai daripada anda yang tak pernah tau Mitsubishi pernah menghasilkan Jeep untuk kegunaan tentera bukan? Jeep CJ-3B berkenaan sebenarnya adalah model rebadge dari Jeep Willy Amerika Syarikat, dan ia telah dibawa ke UK pada tahun 1983.

    Mitsubishi Colt Lancer 1.4L Coupe (nickname Lancer telefon di Malaysia kerana lampu belakang menyerupai ganggang telefon) yang dilelong berkenaan pula adalah model tahun 1974, unit sebenar yang dipamerkan pada British Motor Show pada tahun tersebut. Mitsubishi Colt Galant 2.0L (juga dikenali sebagai Galant ‘Kuda’ kerana logo kuda yang digunakan) yang dilelong ini juga dari tahun yang sama.

    Model-model yang dipopularkan oleh filem-filem lakonan Jackie Chan turut ada tersenarai dalam barisan unit yang dilelong ini iaitu kereta sport Mitsubishi Starion Turbo 1988 (filem The Cannonball Run 1981) dan juga Mitsubishi 3000GT 1992 (juga dikenali sebagai GTO) yang terkenal menerusi filem Thunderbolt 1995.

    Kereta rali Mitsubishi Galant VR-4 1989 yang dilelong kali ini adalah replika jentera yang pernah dipandu oleh Pentti Airikkala dalam Lombard RAC Rally 1989. Walaupun ia hanya replika, unit ini dihasilkan dengan spesifikasi rali sebenar oleh pakar pembuat kereta rali, Co-Ordsport.

    Nak kereta rali sebenar? Anda boleh bida kereta rali Lancer Evo IX dalam simpanan Mitsubishi UK ini. Ia adalah jentera sebenar yang dipandu oleh Guy Wilkes dan menjuarai Kejohanan Rali British (BRC) untuk musim 2007 dan 2008.

    Barisan Evo lain yang boleh anda bida kali ini juga bukan model Evo yang boleh beli dengan mudah dalam pasaran sekarang. Evo VI TME yang disimpan oleh Mitsubishi UK ini bukan sahaja macam baru keluar kilang, ia juga ada tandatangan sebenar Tommi Makinen pada penutup bonet depan!

    Bagi peminat tegar Mitsubishi Lancer Evo, mereka pasti sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan akronim ‘MR’ dan ‘FQ’ pada Lancer Evo IX dan Evo X dalam senarai ini. Kedua-duanya adalah model edisi terhad yang hanya dijual di UK (Jepun pun tak dapat!) dengan peningkatan prestasi yang begitu hardcore.

    Mitsubishi Lancer Evo IX MR FQ 360 ini dibuat pada tahun 2008, hanya sebanyak 200 unit. Berbanding model standard, versi ini diberikan unit pengecas turbo, intercooler dan ekzos yang ditingkat taraf serta talaan semula pada kotak komputer enjin, bagi membolehkan enjin 4G63T 2.0 liter tersebut menghasilkan 360 hp dan tork maksima 492 Nm.

    Manakala Lancer Evo X MR FQ-440 pula dibuat pada tahun 2014, dihasilkan hanya 20 unit sempena ulangtahun ke-40 Mitsubishi UK. Model ini menampilkan spesifikasi yang jauh lebih jahat – ia menerima pengecas turbo dan kotak komputer dari HKS, serta intercooler dan kit kemasukan udara bersama sistem ekzos dari Janspeed, membolehkan enjin 2.0 liter 4B11T berkenaan bernafas dengan 440 hp dan tork maksima 559 Nm!

    Kesemua kereta-kereta ini akan dilelong oleh Auto Auction tanpa rizab, dan bidaannya akan bermula 1 April ini. Selain dari kereta, Mitusbishi UK juga akan melelong pelbagai nombor pendaftaran persendirian yangfancy dalam simpanan mereka.

     
     
  • Daihatsu Gran Max 1.5L Euro 4 kini di Malaysia — ganti model Euro 2, versi pikap dan van, harga RM73k

    Daihatsu Gran Max 1.5L Euro 4 kini di Malaysia — ganti model Euro 2, versi pikap dan van, harga RM73k

    Daihatsu Malaysia telah melancarkan Daihatsu Gran Max Euro 4 baru untuk pasaran tempatan dan ditawarkan dalam versi pikap trak atau van panel. Model yang diperkemas ini mula dijual pada 1 Mac lalu dan menggantikan versi terdahulu Gran Max Euro 2.

    Gran Max Euro 4 dikuasakan oleh enjin 1.5 liter dengan Dual VVT. Ini adalah unit 2NR empat-silinder yang turut digunakan untuk kereta penumpang Perodua dan Toyota, tetapi dengan janaan output yang sedikit lebih rendah — 97 hp dan 134 Nm. Myvi pula menghasilkan sebanyak 102 hp dan 137 Nm. Trak pikap datang hanya dengan kotak gear manual lima-kelajuan, manakala van panel dengan pilihan 4AT juga.

    Daihatsu Gran Max 1.5L Euro 4 kini di Malaysia — ganti model Euro 2, versi pikap dan van, harga RM73k

    Enjin baru ini menepati tahap emisi particulate dan NOx Euro 4 serta lebih cekap penggunaan minyaknya berbanding versi terdahulu. Dengan kapasiti tangki minyak 43 liter, kadar penggunaan minyak yang diberikan ialah 12.5 km/l bagi pikap, dan untuk van 13.3 km/l bagi MT dan 13.5 km/l bagi AT.

    Daihatsu menjelaskan, kedudukan mid-engine yang terletak di bawah tempat duduk depan memberikan agihan berat yang optimum dan menjamin kestabilan. Gran Max dipacu oleh roda belakang dengan stereng EPS (radius pusingan 4.9 m). Rim pula bersaiz 14-inci, satu inci lebih besar berbanding sebelumnya. Bagi aspek keselamatan, ABS, VSC, sistem brek kecemasan, dua beg udara dan sensor undur adalah standard.

    Gran Max pikap mempunyai kapasiti beban maksimum 800 kg, sementara van pula 750 kg. Ruang barangan pikap mempunyai 2,480 mm panjang dan dindingnya 360 mm tinggi denga 20 cangkuk tali untuk mengikat barangan. Ruang kargo van pula 2,075 mm panjang dengan kelegaan lantainya 620 mm serta bukaan luas membolehkan urusan angkat barang lebih mudah. Kedua-dua sisi ada pintu gelungsur 815 mm.

    Dipasang di Indonesia, Daihatsu Gran Euro 4 ini dijual pada harga RM73,164 atas jalan tidak termasuk insurans.

     
     
  • GALERI: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – RM203,183

    GALERI: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – RM203,183

    UMW Toyota Motor telah melancarkan model Toyota Fortuner 2021, sebulan selepas tempahannya dibuka. Tiga varian ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu 2.8L VRZ AT 4×4 diesel berharga RM203,183, 2.7L SRZ AT 4×4 dengan harga RM172,244, dan model untuk pasaran Malaysia Timur (Sabah, Sarawak, Labuan) sahaja iaitu 2.4 AT 4×4 (RM167,357).

    Foto yang dipaparkan di sini ialah varian tertinggi VRZ. Ia dijanakan oleh enjin 1GD-FTV 2.8 liter turbodiesel, unit yang sama ditampilkan pada model terkini Hilux Rogue, mampu menghamburkan kuasa 204 PS pada 3,400 rpm dan tork 500 Nm dari 1,600 rpm hingga 2,800 rpm, dipadankan bersama transmisi automatik enam-kelajuan dan limited-slip differential di belakang secara standard.

    Selain itu, enjin ini juga menampilkan blok silinder yang lebih optimum dan rekaan kepala gasket dengan balancer shaft untuk tahap kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH) yang lebih baik. Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan stereng berkuasa variable flow control (VFC) untuk membantu menjimatkan bahan api dengan menukar kepada mod bersedia (standby) bagi mengurangkan penggunaan kuasa dari enjin apabila tiada sudut stereng diaplikasikan.

    GALERI: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – RM203,183

    Fortuner 2.8 VRZ menerima lampu utama Quad LED yang dirombak semula dengan gril bercorak mesh di tengah, corong pengambilan udara bawah yang lebih besar, rekaan bampar depan dan belakang yang juga menampilkan sentuhan baru. Bahagian skid plate di depan turut diperkemaskan untuk imej lebih lasak.

    Malahan bahagian bumbungnya, tiang-A, perumah cermin sisi dan spoiler pada bumbung semuanya dengan rona hitam. Rekaan setiap sudutnya juga diperkemas agar lebih aerodinamik. Untuk rim, kedua-dua varian menggunakan saiz 18-inci, manakala bampar belakangnya juga diberikan rekaan tersendiri.

    Eksklusif untuk varian tertinggi ini juga, ia diberikan Toyota Safety Sense (TSS), yang merangkumi Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA) dan Yaw Assist Function (YAF).

    PCS adalah konsep yang sama dengan AEB, di mana ia beroperasi dalam kelajuan antara 10 km/j dan 180 km/j, sementara DRCC pula boleh diaktifkan dari 30 km/j ke atas. Manakala YAF pula fungsinya sama dengan bantuan kekal lorong, yang akan menghantar brek ke roda untuk membantu kenderaan kembali semula ke lorong yang sepatutnya.

    Ruang kabin Fortuner 2.8 VRZ turut diberikan rekaan dan warna baharu, termasuklah pada balutan tempat duduknya. Panel instrumen baru menampilkan Multi Information Display (MID) yang diperkemaskan dengan animasi pemula, dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Cahaya suasana pula memberikan kelainan ketika waktu malam, sementara perumah kunci juga diberikan rekaan lain.

    Selain itu, ia turut ditampilkan dengan lampu kabin jenis LED, cermin pandang belakang elektrokromatik (menghindari silau) dan tempat duduk pemandu serta penumpang depan kini boleh dilaras lapan-hala secara elektrik. Beberapa slot pengecas USB juga disediakan untuk kegunaan peranti moden penumpang.

    UMW Toyota Motor turut menawarkan aksesori pilihan Tech-Up, termasuklah perakam video digital di belakang (RM350), pengecas tanpa wayar yang diletakkan di ruang storan perehat tangan hadapan (RM490), penderia tendangan untuk tailgate berkuasa (RM750), dan monitor yang dipasang di siling (RM2,990).

     
     
  • Yamaha Y16ZR dilancar untuk pasaran Malaysia – harga RM10,888, tiga pilihan warna, enjin VVA 155 cc

    Yamaha Y16ZR dilancar untuk pasaran Malaysia – harga RM10,888, tiga pilihan warna, enjin VVA 155 cc

    Selepas dilancarkan untuk pasaran Vietnam Disember tahun lalu sebagai Exciter serba baru, kini model sama yang dikenali sebagai Y16ZR sudah sedia dijual di Malaysia. Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan model ini pada harga RM10,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

    Hampir keseluruhan bahagian motosikal ini adalah baru tetapi yang utama adalah enjinnya yang kini menggunakan unit sama seperti R15 dan MT-15, iaitu unit satu silinder 155 cc, suntikan bahan api, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA), yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan (klac slip & assist) untuk menghasilkan kuasa 17.7 hp pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 8,000 rpm. Jumlah kuasa ini bagaimanapun sedikit kurang berbanding R15 yang mencatat 19 hp dan 14.7 Nm tork.

    Selain itu, perubahan yang boleh dilihat jelas adalah penampilan, di mana semua panel badan Y16ZR ini adalah serba baru, dilengkapi lampu jenis LED dengan nyalaan utama di bahagian atas, DRL di bahagian bawah dan penunjuk arah di bahagian tepi. Rekaan lampu belakang juga adalah baru dan dikatakan mendapat inspirasi daripada model sports YZF-R1.

    Pergi kepada bahagian meter, Y16ZR VVA menggunakan unit digital LCD baru yang dapat memaparkan semua informasi dengan terang termasuk kelajuan, tahap rpm serta kedudukan gear. Pada bahagian butang kawalan di pemegang, selain fungsi biasa, penunggang juga disediakan dengan butang kill switch serta lampu memotong (pass light).

    Disebabkan semua panel badan model ini adalah serba baru, tempat duduknya direka semula, dengan mempunyai bentuk yang lebih sporty. Di bawahnya, terdapat tangki bahan api yang lebih besar berbanding Y15ZR, iaitu 5.4 liter.

    Selain enjin, prestasi Y16ZR VVA ini turut dipertingkat dengan angkup brek dua piston pada roda hadapan sementara fork hadapan pula ditala semula untuk menjadi lebih tinggi 10 mm (kini 100 mm). Monoshock belakang pula didatangkan dengan pelindung baru.

    Yamaha Y16ZR dilancar untuk pasaran Malaysia – harga RM10,888, tiga pilihan warna, enjin VVA 155 cc

    Selain daripada peningkatan yang dinyatakan di atas, Y16ZR VVA masih lagi menggunakan kelengkapan lain seperti rim 17 inci dengan tayar 90/80 di hadapan dan 120/70 di belakang, serta brek cakera belakang.

    Melalui pelancaran ini, HLYM menjadikan Malaysia antara yang terawal menerima model ini sementara negara lain seperti Indonesia dan Thailand yang sebelum ini kerap menjadi yang terawal masih belum mendapat model Y16ZR/Exciter VVA ini.

    Walaupun dengan ketibaan ini Y16ZR ini, HLYM masih akan menjual Y15ZR pada masa yang sama. Y16ZR diletakkan sebagai satu model yang terletak lebih tinggi dan ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu kuning, kelabu dan biru. Istimewa bagi 5,000 pembeli pertama, HLYM akan memberikan sarung kunci khas Royal Selangor secara percuma.



     
     
  • Peugeot 308 2021 didedahkan – rupa lebih garang, guna logo baru, tampil dengan dua varian PHEV

    Peugeot 308 2021 didedahkan – rupa lebih garang, guna logo baru, tampil dengan dua varian PHEV

    Baru sahaja gambar intipan tanpa sebarang pelekat penyamarannya tersebar tempoh hari, dan kini Peugeot 308 generasi terbaharu sudahpun didedahkan secara rasmi. Model generasi sedia ada hatchback tersebut boleh dikatakan masih lagi handsome sehingga sekarang, manakala versi generasi ketiga ini tampil dengan rupa lebih agresif, bersama pelbagai teknologi baharu serta ditawarkan dengan teknologi elektrifikasi buat pertama kali.

    Kereta yang didedahkan ini merupakan model dengan spesifikasi sama seperti imej intipan tempoh hari. Ia tampil dengan warna Olivine Green dan juga rim aloi 18-inci berwarna hitam, dan juga menjadi model pertama yang mengenakan logo kepala singa baru Peugeot yang diletakkan pada gril hadapan (menempatkan penderia radar), pada pintu tailgate belakang dan juga pada setiap sisi fender hadapan.

    Model generasi baharu ini sebenarnya masih diasaskan dari Efficient Modular Platform (EMP2) seperti generasi sebelumnya. Sebab itulah ia masih tampil dengan badan hatchback bersama rekabentuk muncung panjang serta tiang-C yang kelihatan tak jauh berbeza dari 308 sebelum ini.

    Rupa lebih agresif yang diberikan pada 308 2021 pula dilihat seakan mengambil inspirasi dari model 508 dan 208 baharu. Pada bahagian muka, ia menerima sepasang lampu LED yang cukup nipis (lampu opsyen LED matrix lebih nipis) bersambung dengan lampu nyalaan siang yang kelihatan seperti gigi taring. Lampu utama ini juga direka seakan tertusuk pada gril hadapan yang bersaiz besar.

    Peugeot 308 2021 didedahkan – rupa lebih garang, guna logo baru, tampil dengan dua varian PHEV

    Lampu belakang juga direka jauh lebih nipis dari sebelum ini dan ia seakan bersambung merentangi pintu tailgate belakang (perumah nombor pendaftaran kini pada bampar), bersama grafik LED tiga cakaran signatur terkini Peugoet. Model generasi baharu ini juga nampak lebih rendah dari sebelumnya kerana ia ditala 20 mm lebih rendah serta jarak rodanya kini 55 mm lebih jauh bersama badannya kini 11 mm lebih panjang.

    Pada bahagian dalaman, model generasi baharu ini masih mengekalkan konsep rekaan avant-garde Peugoet, menampilkan rekaan signatur i-Cockpit. Paparan instrumen digital (boleh ditingkat taraf dengan pilihan skrin 10-inci) diletakkan tinggi dari roda stereng, bersama corong udara dan skrin infotainmen bersaiz 10-inci yang bukan sahaja memberikan lebih keselesaan pada penumpang, malah skrin sesentuh tersebut lebih mudah dicapai oleh pemandu.

    Kalau anda perhatikan dengan teliti, papan pemuka ini sebenarnya diberikan satu lagi skrin sesentuh yang terletak di bawah skrin infotainmen utama. Skrin tersebut menyediakan ikon pintas pelbagai fungsi seperti sistem pendingin hawa, sistem navigasi, telefon dan pelbagai lagi yang boleh anda pilih dan atur sendiri.

    Tiada tombol gear diletakkan di konsol tengah di mana ia diganti dengan suis toggle, yang diletakkan berhampiran dengan suis penghidup enjin serta pemilih mod pemanduan. Rekaan lebih ringkas tersebut membolehkan ia memberikan fungsi dan storan lebih banyak pada konsol tersebut seperti slot pengecas peranti tanpa wayar, dua pemegang cawan besar, serta storan berkapasiti 34 liter.

    Peugeot 308 2021 didedahkan – rupa lebih garang, guna logo baru, tampil dengan dua varian PHEV

    Menurut Peugeot, kabin 308 ini diberikan kemasan-kemasan dengan material bermutu tinggi seperti plastik sentuhan lembut, panel aluminium sebenar serta balutan-balutan fabrik, Alcantara dan kulit Nappa.

    Sistem infotainmen i-Connect pada 308 ini juga sebenarnya adalah perincian baharu. Ia memberikan lapan profil pemandu berbeza yang boleh disimpan serta screen mirroring tanpa wayar (mungkin Apple CarPlay dan Android Auto) serta hubungan Bluetooth yang boleh dibuat pada dua telefon serentak.

    Ia juga menampilkan sistem arahan suara “Ok Peugeot”, sistem navigasi TomTom serta kemaskini perisian yang boleh dibuat secara over-the-air. Sepuluh pembesar suara Focal pula ditawarkan sebagai ciri opsyen.

    Untuk keselamatan, Peugeot 308 menerima pek Drive Assist 2.0 baharu, yang ditambah dengan kemampuan pemanduan separa autonomous. Selain dari adaptive cruise control dan bantuan kekal lorong, sistem ini turut dilengkapkan dengan penasihat had laju dan penukaran lorong serta boleh memperlahankan sendiri kelajuan ketika ia dipandu mengambil selekoh pada kelajuan 180 km/j.

    Sistem-sistem lain seperti pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, pembersih kamera undur, kamera 360-darjah, dan fungsi panggilan kecemasan masih lagi diterapkan pada model generasi baharu ini.

    Peugeot 308 2021 ini menerima pilihan sistem rangkaian kuasa petrol dan diesel bersama pilihan transmisi manual dan automatik serta penjana hibrid plug-in (PHEV). Bagi model petrol sepenuhnya, ia hadir dengan enjin 1.2 liter tiga silinder PureTech Turbo dalam versi talaan 110 PS, dan 130 PS.

    Manakala versi diesel, ia diberikan enjin 1.5 liter empat-silinder BlueHDi turbodiesel juga menghasilkan 130 PS. Kesemua pilihan enjin pembakaran dalam ini boleh dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan sama ada manual atau automatik.

    Manakala untuk versi PHEV, ia ditawarkan dalam dua versi iaitu Hybrid 180 dan Hybrid 225. Kedua-dua versi ini menerima enjin Prince 1.6 liter empat-silinder turbo, di mana model 180 menghasilkan 150 PS/250 Nm, manakala model 225 pula menjana 180 PS.

    Peugeot 308 2021 didedahkan – rupa lebih garang, guna logo baru, tampil dengan dua varian PHEV

    Kedua-duanya menerima sistem elektrifikasi yang sama terdiri dari motor elektrik dengan tambahan kuasa 110 PS dan bateri 12.4 kWj. Ini membolehkan kedua-dua model berkenaan dibekalkan dengan tork maksima gabungan 320 Nm, dan masing-masing boleh bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya pada jarak 59 dan 60 km menerusi kiraan kitaran WLTP.

    Model-model hibrid ini juga dibekalkan dengan pengecas on-board 3.7 kW , tetapi boleh ditingkat taraf dengan sistem opsyen 7.4 kW yang memerlukan wallbox fasa-tunggal membolehkan caj penuh dicapai dalam masa hanya 1 jam 55 minit. Dengan soket domestik 8-ampere pula, caj penuh memerlukan masa 7 jam 5 minit, atau 3 jam 50 minit sekiranya menggunakan soket 16-ampere.

    Peugeot juga menawarkan keahlian jaringan pengecaj Free2Move – dengan 225,000 stesen pengecaj di seluruh Eropah – dan waranti bateri selama lapan tahun/160,000 km. Aplikasi telefon pintar MyPeugeot juga membolehkan pengguna untuk melakukan pra-kondisi sistem kawalan iklim serta menjadualkan masa mengecaj.

    Ini adalah barisan-barisan perincian yang ditawarkan ketika dilancarkan nanti. Namun platform EMP2 yang telah ditingkat taraf ini turut mampu untuk dijana oleh sistem elektrik sepenuhnya (EV), dan tidak mustahil versi berkenaan akan ditawarkan kemudian.

     
     
  • GALERI: Toyota Innova 2.0X 2021 – RM129,677

    GALERI: Toyota Innova 2.0X 2021 – RM129,677

    Toyota Innova 2021 telah pun dilancarkan di Malaysia pada awal Februari lalu, dan kini kami memaparkan galeri penuh untuk model facelift bagi MPV ini dengan varian 2.0X. Ditawarkan pada harga RM129,677 atas jalan tanpa insurans dengan pelepasan cukai jualan (merupakan model CKD).

    Selain itu, varian lain yang turut ditawarkan termasuklah model asas 2.0E berharga RM111,622, dan varian pertengahan dengan harga RM121,483. Terdapat juga versi komersil iaitu 2.0E yang digunakan sebagai teksi, berharga RM97,978. Innova didatangkan dengan waranti lima-tahun/perbatuan tanpa had.

    Ketiga-tiga varian berkongsi npenjana kuasa yang sama seperti sebelum ini, dengan unit 1TR-FE 2.0 liter naturally-aspirated empat-silinder petrol yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 139 PS pada 5,600 rpm dan tork 183 Nm pada 4,000 rpm. Pacuan disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik torque converter enam-kelajuan dengan mod sequential shift.

    GALERI: Toyota Innova 2.0X 2021 – RM129,677

    Semakan penggayaan untuk Innova termasuklah bampar baharu bersama gril berbentuk trapezoid dengan kemasan hitam dan krom, disesuaikan dengan sepasang lampu hadapan baharu yang lebih tajam. Selain itu,
    lampu kabus dan juga perumahnya turut direka semula, kini diposisikan secara menegak, sesuai dengan mukanya yang diperbaharui.

    Walau bagaimanapun, tiada perubahan besar dilihat pada bahagian belakang kerana ia masih menggunakan perumah lampu berbentuk-L yang sama. Apa yang berbeza, hujung keliling lampu tersebut kini digelapkan, manakala kemasan yang menghubungkan keduanya kini berwarna hitam.

    Untuk 2.0X, Varian 2.0X juga kini didatangkan dengan kemasan penggayaan tambahan yang ekslusif hanya untuknya, seperti kemasan pelindung pada ruang roda, kemasan sisi dan juga skirt sisi yang direka semula. Ia juga menerima rim aloi kemasan kelabu gelap berdiameter 17-inci.

    Di dalamnya, ia diberikan kemasan perak dan kayuan, skrin sesentuh sembilan-inci untuk sistem infotainmen yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Skrin berkenaan turut memaparkan visual dari Pemantau Pandangan Panaromik 3D yang dibekalkan secara standard untuk kedua-dua varian berkenaan.

    Selain itu, ia diberikan pendingin hawa automatik depan/belakang, sistem audio dengan enam-pembesar suara tempat duduk pemandu larasan kuasa enam-hala, tempat duduk kapten pada barisan kedua, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, tiga mod pemanduan (Normal, Eco dan Power) dan kombinasi kulit upholstery.

    Kesemua port USB juga telah ditingkat taraf yang memberikan pengecas pantas, manakala dua port di hadapan diposisikan semula ke papan pemuka dari panel konsol tengah, dan penumpang di baris ketiga turut menerima port USB mereka sendiri.

    Untuk aspek keselamatan, Innova diberikan tujuh beg udara secara standard, bersama Kawalan Kestabilan Kenderaan, ABS, EBD, bantuan brek, penderia parkir hadapan/belakang dan cagak ISOFIX untuk barisan kedua. Varian 2.0X dan 2.0G turut didatangkan dengan pemantauan titik buta, kepekaan trafik lintasan belakang, paparan pandangan panoramik dan Sistem Telematik Kenderaan (VTS), yang kesemua ciri ini adalah pilihan untuk 2.0E.

    Beberapa ciri pilihan lain turut ditawarkan dengan kos tambahan iaitu perakam video digital (RM1,100), dan pengecas telefon tanpa wayar (RM490) yang terletak di perehat tangan bahagian tengah antara pemandu dan penumpang hadapan. Selain itu, varian 2.0X turut diberikan pilihan warna spesifik iaitu
    Crimson Spark Red Metallic, selain warna lain termasuk Medium Silver Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown Metallic, Silver Metallic, Super White II dan rona baharu Bronze Mica Metallic.

     
     
  • Honda City, BR-V ada diskaun ekstra hingga RM5,000; daftar sebelum 24 Mac, berpeluang menang unit SE

    Honda City, BR-V ada diskaun ekstra hingga RM5,000; daftar sebelum 24 Mac, berpeluang menang unit SE

    Jika anda memang berhasrat untuk membeli kereta Honda, sekaranglah masanya. Selain daripada pengecualian cukai yang berlangsung hingga 30 Jun 2021, Honda Malaysia juga sedang meraikan penanda aras 1 juta kenderaan di sini sejak memulakan operasi pada 2003, dan menganjurkan satu kempen promosi dan peraduan besar untuk tujuan tersebut.

    Pasti ramai yang sudah sedia maklum berkaitan kempen Honda 1 Million Dreams, yang menawarkan tujuh model kereta edisi khas Honda sebagai hadiah, melibatkan Jazz, City, Accord, BR-V, HR-V, Civic dan CR-V secara percuma. Dalam kempen sama, Honda Malaysia juga bekerjasama dengan Cuckoo, Shopee dan Watsons. Model Jazz edisi khas pula dikhaskan hanya kepada petugas barisan hadapan.

    Ada banyak cara untuk pelanggan ikut serta dan memenangi peraduan ini. Seperti biasa, membeli sebuah kereta baru Honda akan memberikan peluang terbesar untuk menang dengan gandaan jumlah penyertaan — dan tentulah, semuanya bergantung kepada tuah masing-masing.

    Honda City, BR-V ada diskaun ekstra hingga RM5,000; daftar sebelum 24 Mac, berpeluang menang unit SE

    Untuk itu, Honda Malaysia juga mengumumkan rebat istimewa 1M Dreams sehingga RM5,000 bagi City dan BR-V. Tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2021; jadi masih berbaki dua minggu untuk pelanggan memanfaatkan tawaran ini. Jumlah diskaun berbeza mengikut varian kenderaan — keseluruhannya RM4,000 bagi City S dan V, dan RM5,000 bagi City E varian pertengahan. Bagi BR-V, varian E dan V akan diberikan rebat RM4,500. Semua kereta ini adalah dari unit pengeluaran tahun 2021.

    Rebat istimewa terbaru ini adalah tambahan kepada promosi bulan Mac Honda yang sedang berlangsung seperti diumumkan terdahulu (menawarkan diskaun antara RM1,000 hingga RM2,000), dan melebihi jumlah rebat bagi City dan BR-V sebelum ini.

    Bagi model lain, semua varian Civic 2021 akan menerima rebat keseluruhan RM1,000, sementara bagi semua varian Accord menerima diskaun RM2,500. Bagi Jazz, HR-V dan CR-V 2021 pula semuanya ditawarkan dengan rebat RM1,500. Rebat bagi City dan BR-V bagaimanapun kini lebih menguntungkan pembeli. Untuk perincian lanjut berkaitan tujuh model edisi khas Honda 1 Million Dreams dan cara mudah untuk menyertai peraduannya, tonton video di bawah.

    Edisi Khas Honda 1 Million Dreams

    Honda Jazz

    Honda City

    Honda Civic

    Honda Accord

    Honda HR-V

    Honda CR-V

    Honda BR-V

     
     
  • Polis nafi beri saman kepada pemandu pakai cermin mata hitam, tiada dalam peruntukan undang-undang

    Polis nafi beri saman kepada pemandu pakai cermin mata hitam, tiada dalam peruntukan undang-undang

    Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman hari ini menafikan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada mengeluarkan saman kepada individu yang memakai cermin mata hitam ketika memandu seperti yang tular dalam aplikasi WhatsApp.

    Menurut laporan Bernama, Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain menegaskan tiada peruntukan undang-undang menyatakan memakai cermin mata hitam atau gelap adalah satu kesalahan seperti yang didakwa dalam satu rakaman audio yang tular menerusi aplikasi berkenaan.

    “Antara kandungan mesej dalam audio yang tular berkenaan berbunyi ‘info kepada pemandu kereta atau lori yang memakai cermin mata gelap atau Ray-Ban tanpa masalah penglihatan yang melalui sekatan jalan raya, polis akan mengenakan saman sebanyak RM500 dan tiada kompaun’.

    “Perakam suara ini turut menyatakan dirinya telah disaman atas kesalahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sehubungan itu, Nadzri menggesa orang ramai agar menghentikan penyebaran mesej palsu tersebut dan sentiasa memastikan kesahihan sesuatu mesej sebelum dimuat naik atau dikongsi dalam laman sosial.

     
     
  • Kerajaan perincikan nilai kompaun PKP – diskaun 50% diberikan jika bayar dalam tempoh kurang seminggu

    Kerajaan perincikan nilai kompaun PKP –  diskaun 50% diberikan jika bayar dalam tempoh kurang seminggu

    Minggu lalu kerajaan telah pun mengumumkan bahawa nilai kompaun maksimum untuk kesalahan-kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dinaikkan dari RM1,000 kepada RM10,000, berikutan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 (Akta 342) yang baru sahaja dikemaskini.

    Sebelum ini, polis sudah mengumumkan bahawa kesemua kompaun yang mereka keluarkan berkenaan pelanggaran SOP berkenaan akan terus ditulis dengan amaun sebanyak RM10,000, kemudian ia boleh dikurangkan menerusi rayuan yang dibuat kepada Pegawai Kesihatan Daerah (PKD).

    Terbaharu, kerajaan sudahpun mengumumkan senarai pelanggaran SOP yang boleh dikenakan kompaun, bersama jumlah sebenar denda berdasarkan kesalahan, lapor The Star. Senarai ini turut boleh anda rujuk secara dalam talian dalam laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

    Kerajaan perincikan nilai kompaun PKP –  diskaun 50% diberikan jika bayar dalam tempoh kurang seminggu

    Semalam, menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah memperincikan kesalahan dan memberikan contoh jumlah kompaun yang akan diterima. Beliau menjelaskan bahawa kesalahan di bawah Akta 342 adalah dikelaskan dalam tiga kategori.

    Kesalahan kategori pertama adalah melibatkan risiko penyebaran virus yang tinggi dan boleh menyebabkan impak berskala besar terhadap komuniti. Kesalahan di bawah kategori ini akan diberikan jumlah kompaun yang paling tinggi. Contoh yang diberikan termasuk:

  • Ingkar arahan pegawai yang diberi kuasa di bawah Seksyen 11(3) Akta 342 – RM5,000
  • Orang yang dijangkiti atau orang yang disyaki dijangkiti ingkar arahan pihak berkuasa kesihatan – RM5,000
  • Masuk ke pub atau kelab malam, atau makan dan minum di pub atau kelab malam – RM10,000
  • Syarikat yang membuka operasi pub atau kelab malam – RM 50,000
  • Kerajaan perincikan nilai kompaun PKP –  diskaun 50% diberikan jika bayar dalam tempoh kurang seminggu

    Kesalahan Kategori kedua pula adalah melibatkan risiko penyebaran virus yang tinggi tetapi tidak menyebabkan impak berskala besar kepada komuniti. Contoh kesalahan dan kompaun yang diberikan termasuk:

  • Masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) tanpa kebenaran – RM3,000
  • Ingkar arahan pegawai pihak yang diberi kuasa berkaitan PKPD – RM4,000
  • Ingkar arahan atau memberikan maklumat berkenaan langkah-langkah pencegahan wabak – RM4,000 untuk individu, RM20,000 untuk syarikat.
  • Kerajaan perincikan nilai kompaun PKP –  diskaun 50% diberikan jika bayar dalam tempoh kurang seminggu

    Manakala untuk kesalahan Kategori Ketiga pula, ia dikelaskan sebagai mereka yang terlibat risiko rendah penyebaran virus dan tidak akan memberikan impak berskala besar kepada komuniti. Ini merupakan kesalahan yang biasa dibuat oleh orang awam. Contohnya termasuk:

  • Gagal untuk memakai pelitup separa muka – RM1,500 untuk kesalahan pertama
  • Gagal untuk merekodkan perincian menerusi aplikasi MySejahtera atau buku log sebelum memasuki premis – RM1,500
  • Gagal untuk mengekalkan penjarakan fizikal – RM1,500
  • Menurut Takiyuddin, mereka yang membayar kompaun berkenaan dalam masa kurang seminggu hanya perlu membayar separuh sahaja dari amaun tersebut. “Jika mereka membayar kompaun dalam tempoh tujuh hari, mereka akan menerima diskaun sebanyak 50%. Jika mereka membayar kompaun dalam tempoh lapan hingga empat belas hari selepas mereka disaman, mereka layak untuk menerima diskaun sebanyak 25%,” jelasnya.

     
     
  • Hyundai Staria – lebih banyak gambar dan perincian didedah, mod santai bagi penumpang varian Premium

    Hyundai Staria – lebih banyak gambar dan perincian didedah, mod santai bagi penumpang varian Premium

    Selepas hampir satu minggu gambar teaser disiarkan, Hyundai kini mendedahkan gambar yang lebih jelas untuk pengganti MPV Starex yang dipanggil sebagai Staria. Keseluruhan bahagian kenderaan ini dirombak semula dan kini nampak lebih moden, bersama kelengkapan canggih.

    Jalur lampu LED panjang di hadapan berserta lampu utama yang terletak di bucu bampar sudah boleh dilihat pada gambar teaser, tetapi melalui gambar yang lebih terang ini anda juga boleh melihat rekaan bahagian belakang yang nampak bersih dengan jalur lampu menegak yang panjang serta bampar kecil dan rendah di bawah – menyenangkan pengguna memasuk dan mengeluarkan barang.

    Turut diberitahu adalah varian Premium bagi Staria ini akan mendapat rim 18 inci dengan corak berlian, melengkapi rekaan grilnya yang rumit serta krom berwarna keemasan yang digunakan pada penarik pintu, cermin sisi, rim serta lencana di hadapan.

    Hyundai Staria – lebih banyak gambar dan perincian didedah, mod santai bagi penumpang varian Premium

    Hyundai mengatakan bahagian dalam Staria mendapat inspirasi daripada ruang rehat kapal pelayaran, di mana garis bawah tingkap yang rendah serta cermin yang luas membantu memberikan rasa yang lebih luas kepada penumpangnya. Pada bahagian hadapan, terdapat skrin sesentuh 10.25 inci pada papan pemuka (tertutup dalam gambar) sementara penukaran gear dibuat menggunakan butang yang perlu ditekan.

    Sebagai sebuah MPV, Staria didatangkan dengan banyak ruang simpanan dalam kabin dan pada konsol tengah, di dalamnya terdapat pemegang cawan, soket pengecas USB serta lebih lagi ruang simpanan. Beberapa tetapan tempat duduk disediakan untuk Satria, dengan varian Premium boleh didapati dalam susunan tujuh, sembilan dan 11 tempat duduk.

    Versi tujuh tempat duduk pada varian Premium menawarkan “mod santai” untuk penumpang tempat duduk baris kedua. Dengan menekan satu butang sahaja, tempat duduk akan disandarkan dan dilaras kepada postur yang membahagikan berat badan penumpang secara lebih selesa kepada tempat duduk dan memberikan “keseimbangan badan lebih baik”.

    Perincian penggerak MPV ini masih belum diberitahu, tetapi apabila gambar bahagian belakang dibesarkan lagi dan diperhati secara terperinci, terdapat lencana ‘3.5’ yang mungkin memberi idea kepada kapasiti enjinnya. Kita juga boleh menjangka kedua-dua jenis enjin diesel dan petrol bakal ditawarkan pada Staria.

    Menurut Hyundai, lebih banyak lagi perincian berkenaan Staria akan didedah dalam minggu-minggu di hadapan sementara pelancarannya pula akan dibuat secara digital pada separuh pertama tahun ini.

     
     
  • Toyota Aygo X Prologue pamer rekaan urban terkini

    Toyota Aygo X Prologue pamer rekaan urban terkini

    Toyota baru saja mendedahkan rekaan konsep Aygo X Prologue, yang menjadi penanda aras kepada model pengganti crossover kecil baru bagi Aygo. Kereta yang ditunjukkan itu memperlihatkan komitmen pengeluarnya kepada kepentingan segmen A (kereta kecil untuk bandar), dengan versi produksi akan menggunakan platform TNGA-B dengan enjin petrol lasak untuk memastikannya kekal mampu milik untuk pengguna umum.

    Dari segi penggayaan, model konsep ini lari jauh daripada rekaan Aygo semasa, dengan menjadikan bahagian lengkung tayar dan garis bumbung sebagai kelainan utama yang menampilkannya dengan imej lebih lincah. Wajah depan bentuk X terdahulu juga telah diganti dengan rekaan lebih ringkas; dua lapisan bonet, lampu utama bentuk C dengan jalur LED.

    Baharian bawah bampar pula menempatkan bukaan udara yang lebih besar yang disertai juga rekaan lampu kabus LED hexagonal dan corong udara di sudut bampar. Rekaan cermin sisi yang ditonjolkan ini (dengan kamera binaan dalam) serta pemegang pintu tersembunyi pula mungkin tidak akan ada pada model produksi nanti.

    Toyota Aygo X Prologue pamer rekaan urban terkini

    Ketinggian yang ditambah merupakan satu unsur yang boleh dilihat dari sisi. Hal lain termasuk skid plate depan, rak bumbung dan hiasan hitam pada lengkung tayar. Dari sudut ini, profilnya nampak lebih dinamik berbanding Aygo sedia ada — tambahan pula dengan dua-tona warna yang dikenakan padanya.

    Menurut Toyota, warna sangat penting bagi Aygo X Prologue, dan dengan hasrat untuk merancakkan lagi kehadiran dalam segmen A, maka pilihan warna-warna bangkit dan pedas digunakan. Di belakang pula, ada persamaan dengan Aygo yang dikekalkan. Ini termasuk lampu melintang yang menghubungkan lampu bahagian sisinya, dengan elemen sama seperti lampu utama.

    Toyota Aygo X Prologue pamer rekaan urban terkini

    Tiada rekaan dalaman yang ditunjuk setakat ini. Dan, rekaan concept berkenaan dikendalikan oleh European Design Studio ED2 Toyota dengan matlamat untuk membuktikan kereta segmen A, yang sebelum ini selalu dipandang sebagai kereta peringkat kemasukan semata-mata, masih boleh menonjol dalam rekaan yang menarik.

    “Dengan Aygo X Prologue, kami telah mempamerkan bahawa kereta kecil juga boleh menonjol dengan personaliti yang gah. Aygo sentiasa hadir dengan imej keseronokan. Kini, kami tambahkan ciri tersebut dengan tambahan perencah baru,” ujar Pembantu Ketua Pereka ED2, Ken Billes. Tarikh pengenalan Aygo baru ini belum diumumkan, tetapi dijangka membuat penampilan sulung hujung tahun ini atau awal tahun 2022.

     
     
  • Honda Forza 250 2021 tiba di M’sia – harga RM25,388

    Honda Forza 250 2021 tiba di M’sia – harga RM25,388

    Boon Siew Honda Malaysia sebelum ini memasarkan model Forza dalam versi 300 untuk pasaran. Tapi untuk model baru tahun 2021, syarikat itu telah membawa Forza 250, yang dilancarkan dengan harga pasaran RM25,388 tidak termasuk insurans. Ini sekaligus menjadikan skuter itu lebih mesra kepada penunggang yang mempunyai kelas lesen B2.

    Forza 250 ini menggunakan badan yang sama seperti Forza 350 2021 yang dilancarkan untuk pasaran Eropah Oktober tahun lalu. Bezanya cuma pada enjin, di mana Forza 250 menggunakan unit satu silinder suntikan bahan api, SOHC, 250 cc yang mampu menghasilkan kuasa 21.7 hp pada 7,750 rpm dan 22.6 Nm tork pada 6,250 rpm.

    Rekaan model ini adalah serba baru jika dibandingkan dengan model sebelumnya, dan ia turut dilengkapi dengan semua lampu jenis LED, penghadang angin hadapan yang boleh dilaras secara elektrik (butang kawalan di bahagian kiri pemegang), tangki bahan api 11.7 liter serta panel badan yang lebih bergaya.

    Selain daripada itu, ia juga dipertingkat dengan kelengkapan lain seperti lampu kecemasan (Emergency Stop Signal), pengecas USB menggantikan soket 12V, ruang simpanan bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua buah helmet, sistem kunci pintar, Honda Selectable Torque Control (HSTC) serta ABS two-channel.

    Kelengkapan lain yang terdapat pada skuter ini adalah termasuk rim 15 inci dengan tayar 120/70 di hadapan, rim 14 inci dengan tayar 140/70 di belakang, brek cakera di depan dan belakang, fork teleskopik serta dua penyerap hentak di belakang. Tiga warna ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu merah, putih dan hitam, dan diberikan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

     
     
  • AD: Dapatkan model baru Toyota dengan rebat, aksesori bernilai sehingga RM5,500 melalui promosi “Pandu Toyota Untuk Raya”

    AD: Dapatkan model baru Toyota dengan rebat, aksesori bernilai sehingga RM5,500 melalui promosi “Pandu Toyota Untuk Raya”

    Pejam celik, dalam dua bulan lagi akan tiba Hari Raya Aidilfitri. Buat perancangan awal untuk persediaannya dan hiasi halaman rumah anda dengan kereta Toyota melalui kempen “Pandu Toyota Untuk Raya” yang memberikan tawaran menarik untuk pelanggan.

    Sebagai permulaan, kedua-dua Toyota Vios dan Yaris datang dengan rebat tunai sehingga RM3,000, serta aksesori percuma bernilai sehingga RM2,500, memberikan penjimatan sehingga RM5,500 kepada pelanggan. Gabungkan itu dengan pengecualian cukai dan anda akan jimat sehingga RM7,716 bagi Vios dan RM7,612 bagi Yaris.

    Kedua-dua model berkenaan kini juga lebih mampu milik dengan pelan pembiayaan Toyota EZ, dengan bayara ansuran serendah RM530 sebulan bagi Vios dan RM439 sebulan bagi Yaris. Ia juga hadir dengan Toyota Service Savers yang menawarkan cara mudah untuk membiayai kos servis dan penyelenggaraan kenderaan, bermula dari RM59 sebulan.

    Inginkan trak pikap? Hilux juga ditawarkan dengan aksesori percuma bernilai RM3,585 dan boleh juga memanfaatkan EZ Beli dengan ansuran bulanan bermula dari hanya RM927 sebulan*, serta Toyota Service Savers bermula dari RM87 sebulan. Dan, jika anda memerlukan lebih ruang, Innova ditawarkan dengan rebat sehingga RM5,000**, memberikan penjimatan keseluruhan sehingga RM9,203 jika digabungkan dengan pengecualian cukai. Ansuran bulanan dengan EZ Beli bermula dari RM958 sebulan.

    Penjimatan lumayan melalui pengecualian cukai juga menanti bagi barisan model lain. Nikmati pengurangan harga sehingga RM3,039 bagi Avanza, RM5,115 bagi Rush, RM5,383 bagi Corolla, RM8,125 bagi Camry, RM8,215 bagi RAV4, RM14,419 bagi Vellfire dan RM17, 391 bagi Alphard.

    Menjadikan tawaran lebih menarik, pelanggan boleh memilih Pakej Insurans Toyota, yang menawarkan lima manfaat eksklusif yang melindungi anda dan kereta Toyota anda. Ini termasuk keahlian Toyota 24Seven Road Assist percuma, tiada lebihan polisi, kelulusan tuntutan 24-jam bagi baik pulih di pusat cat dan badan Toyota yang sah, jumlah jaminan insuran yang dibayar 100% bagi sehingga 10 tahun serta tiada caj betterment hingga 10 tahun.

    Ingin memanfaatkan dan menikmati tawaran bermakna ini? Elok segera, kerana ia ditawarkan dalam masa terhad sahaja. Untuk maklumat lanjut atau ingin menempah slot pandu uji kenderaan Toyota idaman anda, layari laman web rasmi Toyota atau kunjungi pengedar sah Toyota berhampiran anda segera.

    *Hanya untuk Hilux Double Cab 2.4E AT
    **Hanya bagi Innova 2.0E (AT) stok tahun 2020.

     
     
  • JPJ Kelantan sita 157 kenderaan klon sejak 2016

    JPJ Kelantan sita 157 kenderaan klon sejak 2016

    Walau pun menyedari membeli kenderaan klon adalah salah di sisi undang-undang, namun masih ramai lagi yang tidak mengendahkannya asalkan dapat memiliki apa yang diidamkan dengan harga yang murah. Buktinya, di Kelantan sahaja, sejak tahun 2016 sebanyak 157 buah kenderaan klon telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri berkenaan.

    Menurut Pengarah JPJ negeri, Hanif Yusabra Yusuf, jumlah itu, sebanyak 11 kenderaan klon telah ditahan tahun lepas manakala lapan kenderaan klon termasuk jenis mewah telah disita sehingga Mac tahun ini, laporan Bernama.

    Tambahnya, berdasarkan pemerhatian pasaran kenderaan jenis klon itu digemari golongan berusia 25 hingga 45 tahun yang ingin tampil bergaya selain terpengaruh dengan tawaran harga sehingga 50% lebih murah daripada harga pasaran kereta sebenar.

    “Pengguna dipercayai mengambil jalan mudah untuk membeli kenderaan klon tanpa memikirkan risiko bakal dihadapi malah ia juga boleh memberi implikasi kepada pemandu atau penumpang jika berlaku kemalangan kerana tidak dilindungi insurans,” katanya

    JPJ Kelantan sita 157 kenderaan klon sejak 2016

    “Modus operandi yang diguna pakai oleh sindiket pengusaha kenderaan klon adalah menerusi media sosial seperti Facebook dan Telegram. Kebanyakan pengguna kenderaan klon ini akan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain untuk digunakan di atas jalan raya malah ada juga sindiket yang menggunakan rekod kenderaan kemalangan (total loss) untuk digunakan terhadap kenderaan klon,” katanya.

    Beliau berkata antara tindakan yang boleh diambil terhadap pengguna atau pemilik kenderaan klon adalah pelaku yang menggunakan kereta tidak berdaftar boleh dituduh di bawah Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Katanya, sekiranya pelaku memaparkan maklumat palsu mengenai nombor pendaftaran boleh dituduh mengikut Seksyen 103(3)(f) akta sama, memperuntukkan denda RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara lima tahun jika sabit kesalahan.

    Sementara itu, Hanif Yusabra berkata bagi kesalahan tiada Lesen Kenderaan Motor boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 23(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000 atau dipenjara maksimum enam bulan dan 12 bulan jika sabitan kedua.

    “Tiada Perlindungan Insurans pula boleh dituduh di bawah Seksyen 90(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya,” katanya.

     
     
  • Tekan habis nozel pam akan menyebabkan anda dapat petrol kurang? ‘Pak Cik Shell’ buktikan ia tak benar

    Ada pelbagai tips untuk menjimatkan bahan api yang tular di media sosial – ada yang kita boleh pakai, dan ada juga memang nampak langsung tak logik. Salah satu dari tips yang popular adalah “kalau kita tekan habis nozel, kita akan dapat minyak kurang dari sepatutnya”.

    Teori ini mungkin dibuat kerana sifat petrol berkenaan yang mudah meruap ke udara dan ‘hilang’ sekiranya kita menekan habis nozel pam dan aliran keluarnya laju. Jadi jika anda ‘berjanggut’ menunggu giliran untuk mengepam kerana orang yang sedang mengisi di hadapan anda menekan nozel dengan berhati-hati, mungkin inilah petua yang dia sedang guna.

    Tapi betul ke tak betul teori ini? Bagi membuktikan bahawa ia sekadar mitos semata-mata, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Hussain atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Cik Shell’ telah memuat naik video ke akaun instagram peribadinya, memaparkan satu eksperimen yang dibuat sendiri.

    Tekan habis nozel pam akan menyebabkan anda dapat petrol kurang? ‘Pak Cik Shell’ buktikan ia tak benar

    Dalam video berkenaan, Shairan membuat eksperimen tersebut menggunakan alat sebenar untuk mengukur isipadu cecair. Setelah mesin pam ditetapkan untuk mengepam 10 liter, jelas ia memberikan isipadu yang sama iaitu 10 liter tak kira anda pam secara laju atau pun secara perlahan.

    Teori tersebut mungkin juga benar jika diambil kira faktor suhu dan cuaca, namun perbezaan jumlah isipadu berkenaan mungkin tak sampai 0.1 liter. Jadi bertimbang rasa sikitlah, kalau tengah waktu puncak, tak payahlah kita berkira sangat dengan petrol 2-3 titik tu, penat orang lain tunggu giliran.

     
     
  • K’jaan tanggung subsidi petrol, diesel pada kadar hampir 30 sen seliter walau harga terus naik – PM

    K’jaan tanggung subsidi petrol, diesel pada kadar hampir 30 sen seliter walau harga terus naik – PM

    Biar pun dijangka harga minyak dunia akan meningkat dan terus menyebabkan kenaikan pada harga runcit petrol dan diesel, namun kerajaan akan terus menanggung subsidi pada kadar hampir 30 sen seliter selepas penetapan harga siling bagi petrol RON95 dan diesel masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

    “Ini bermakna kerajaan menanggung jumlah subsidi bernilai RM3 bilion pada harga semasa. Kerajaan menetapkan harga siling berkenaan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan bahan bakar itu kerana berdasarkan trend semasa, harga minyak dunia dijangka meningkat”, ujar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

    Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan akan menampung perbezaan harga pasaran sebenar dengan harga runcit yang ditetapkan secara mingguan melalui peruntukan subsidi.

    Trend peningkatan harga minyak global ini dipengaruhi oleh pelan vaksinasi COVID-19 yang mula dilancarkan di seluruh dunia dengan Malaysia sudah melancarkan Program Imunisasi Kebangsaan pada 24 Februari lalu.

     
     
  • Kerajaan mungkin jalankan PKP bersasar dan tidak menyeluruh selepas vaksinasi dilaksana – Muhyiddin

    Kerajaan mungkin jalankan PKP bersasar dan tidak menyeluruh selepas vaksinasi dilaksana – Muhyiddin

    Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh bagi mengekang penularan Covid-19, sebaliknya akan dijalankan dengan lebih berstrategi.

    Menurutnya, kerajaan akan melaksanakan strategi kawalan penularan wabak itu secara lebih bersasar dengan bersandarkan sains dan data untuk mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti ekonomi negara.

    “Pada masa sama, dengan mengambil kira pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kerajaan berkemungkinan tidak perlu lagi melaksanakan PKP secara menyeluruh merangkumi seluruh negara atau sesebuah negeri.

    “Sebaliknya, kawalan pergerakan hanya dilaksanakan mengikut lokaliti dan secara tertumpu kepada kluster berkaitan sahaja,” katanya dalam perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) semalam.

    Walau bagaimanapun beliau masih bertegas, selaras dengan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penguatkuasaan perundangan lebih ketat dan telus akan terus dilaksanakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

     
     
  • Koleksi barangan Honda 1 Million Dreams – kolaborasi dengan Pestle & Mortar, dijual melalui Shopee

    Koleksi barangan Honda 1 Million Dreams – kolaborasi dengan Pestle & Mortar, dijual melalui Shopee

    Syarikat kereta biasanya cuma mengeluarkan barangan rasmi mereka dengan rekaan yang konvensional, dan yang paling menarik mungkin menggunakan rekaan ala pasukan lumba – menarik untuk kaki kereta dan peminatnya sahaja.

    Honda Malaysia pula melakukan sesuatu yang berbeza, dengan mengeluarkan koleksi barangan edisi khas yang dipanggil sebagai One Million Dreams Collection dan dibuat dengan kolaborasi bersama jenama pakaian terkenal Malaysia, Pestle & Mortar Clothing (PMC).

    Koleksi ini terdiri daripada enam barangan yang boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan, iaitu topi bucket yang boleh diterbalikkan, kantung leher (neck pouch), baju dan kemeja berkolar, jaket serta baju lengan panjang.

    Barangan ini akan mula dijual secara rasmi 1 April melalui kedai rasmi Honda Malaysia di dalam Shopee dan anda boleh mendapatkan baucar pra pelancaran awal bernilai RM20 (2,000 mata Shopee) dengan melakukan pendaftaran di laman Facebook Honda Malaysia bermula hari ini hingga 28 Mac. Kod baucar khas akan dihantar kepada sesiapa yang mendaftar sebelum 31 Mac, dan ia hanya boleh digunakan oleh 100 pelanggan pertama di Shopee pada 1 April.

    Honda Malaysia juga menyediakan pakej khas dengan harga istimewa bagi pelanggan yang membeli barangan ini, dan ditambah dengan barangan siri ‘TEI’ dalam kedai rasmi mereka di Shopee. TEI adalah koleksi barangan yang dikeluarkan musim lepas dan sebelum pada itu, Honda Malaysia pernah mengeluarkan koleksi barangan Challenging Spirit.

     
     
  • Harga minyak 18-24 Mac – RON 97 naik 7 sen seliter

    Harga minyak 18-24 Mac – RON 97 naik 7 sen seliter

    Bagi minggu bertarikh 18 hingga 24 Mac 2021, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan terdapat peningkatan harga bagi petrol RON 97 iaitu sebanyak tujuh sen seliter. Di mana daripada RM2.40 seliter, ia bakal menjadi RM2.47 seliter untuk minggu tersebut.

    Manakala harga bagi petrol RON 95 pula masih kekal pada paras harga siling yang ditetapkan iaitu RM2.05 seliter.

    Begitu juga dengan harga runcit diesel yang turut kekal pada paras RM2.15 seliter untuk gred Euro 2M dan Euro 5 pula berharga RM2.25 seliter.

    Kesemua harga itu efektif mulai 12.01 tengahmalam ini, 18 Mac, sehinggalah Rabu hadapan, 24 Mac 2021.

    Menurut MOF, harga pasaran sebenar bagi petrol RON 95 dan diesel telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan. Walau bagaimana pun, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

     
     
  • BMW iX – perincian lanjut SUV elektrik, kuasa boleh mencecah 500 PS, jarak gerak sehingga 600 km

    BMW iX – perincian lanjut SUV elektrik, kuasa boleh mencecah 500 PS, jarak gerak sehingga 600 km

    Pada bulan November tahun lepas, BMW telah menyatakan hala tuju masa hadapan mereka dengan mendedahkan SUV elektrik iX. Tidak banyak informasi teknikal yang didedahkan pada waktu itu, tetapi kini mereka telah menyiarkan beberapa lagi spesifikasi penting untuk dua varian yang akan disediakan selepas pelancaran pada hujung tahun ini.

    Antaranya, untuk varian asas xDrive40, kuasa yang mampu dihasilkan boleh mencecah sekitar 240 kW (320 PS) manakala jarak gerak pula lebih 400 km mengikut kitaran WLTP. Pergi pula kepada varian xDrive50, anda akan mendapat 370 kW (500 PS) dan jarak gerak lebih 600 km.

    Seperti yang dapat dilihat pada namanya, kedua-dua model ini menggunakan pacuan semua roda, dengan motor elektrik yang dipasang pada setiap gandar. Model yang lebih murah dengan satu motor elektrik dan pacuan dua roda boleh dijangka diperkenalkan kemudian. Varian xDrive40 boleh memecut 0-100 km/j dalam masa lebih sedikit daripada enam saat, sementara xDrive50 pula boleh melakukan pecutan sama di bawah masa lima saat. Laju maksimum kedua-duanya dihadkan secara elektronik pada 200 km/j.

    Penggerak elektrik generasi kelima ini menyediakan peningkatan ketumpatan kuasa sebanyak 30% dan mempunyai faktor kecekapan 93%, yang mana menurut BMW adalah lebih tinggi berbanding pesaingnya. iX menggunakan motor DC brushless dan bukannya motor permanent magnet synchronous, sekaligus menggantikan bahan yang diambil dari alam semula jadi kepada komponen magnetik bermula dari proses pengeluaran. Syarikat ini juga menjanjikan lengkung tork yang lebih luas berbanding kenderaan elektrik lain.

    BMW iX – perincian lanjut SUV elektrik, kuasa boleh mencecah 500 PS, jarak gerak sehingga 600 km

    Penggunaan kuasa berada pada kadar 20 kWh bagi setiap 100 km untuk xDrive40 dan 21 kWh bagi setiap 100 km untuk xDrive50. Setiap varian mempunyai kapasiti bateri yang berlainan, iaitu lebih 70 kWh untuk xDrive40 dan lebih 100 kWh untuk xDrive50. Unit lithium ion penyejukan cecair padanya mempunyai ketumpatan kuasa 20% lebih tinggi berbanding unit generasi sebelumnya, dan didatangkan bersama jaminan lapan tahun atau 160,000 km.

    Anda boleh mengecas iX sama ada menggunakan soket tiga pin biasa (mengambil masa yang lebih lama) ataupun wallbox AC 11 kW (mengambil masa bawah 11 jam untuk xDrive50 dan bawah lapan jam untuk xDrive40).

    Turut disediakan adalah pilihan pengecas pantas DC, di mana untuk xDrive40 ia dihadkan kepada maksimum 150 kW, dan mengambil masa 10 minit untuk memberikan jarak gerak 90 km. Pemilik xDrive50 pula boleh mengecas sehingga 200 kW, dan boleh mendapat jarak gerak 120 km selepas dicas dalam tempoh yang sama. Melalui cara ini juga, bateri kedua-dua model boleh naik daripada 10% kepada 80% dalam masa 40 minit.

    BMW juga telah membuat pernyataan yang besar berkenaan cara pengeluaran lestari yang digunakan pada iX. Syarikat ini telah menggunakan sumber secara beretika, dan ia dianggap sebagai proses pembangunan penting kenderaan, bersama penggunaan bahan kitar semula serta tenaga boleh diperbaharui.

    Pengeluaran bateri kenderaan elektrik telah menjadi aspek yang dikhuatiri oleh pencinta alam sekitar dan mereka memberi perhatian kepada bahan yang digunakan. Disebabkan itu, BMW telah mengurangkan penggunaan kobalt di dalam katod kepada kurang 10% dan menghentikan bekalan daripada Republik Demokratik Congo (DRC), yang mempunyai sejarah pencabulan hak asasi manusia di dalam pelombongan kobalt.

    Pada kereta itu sendiri, sehingga 50% aluminium dan sehingga 60 kg plastik pada iX adalah bahan kitar semula sementara bahagian dalam tidak lagi menggunakan kemasan krom (kecuali lambang BMW). Spesifikasi Clear & Bold pula menambah lagi penggunaan kayu yang ditanam secara berkelanjutan, dan ia disahkan oleh Lembaga Pengurusan Hutan (FSC).

    Di Jerman, iX akan dijual bermula 77,300 euro (RM378,800) bagi xDrive40, dan 98,000 euro (RM480,300) untuk xDrive50; BMW memberitahu harga permulaan ini sama seperti X5 yang menggunakan enjin petrol. Ada yang berminat? BMW Malaysia juga sudah mula membuka pendaftaran minat terhadap model ini di dalam laman web mereka, dan ia dikatakan bakal dilancar tidak berapa lama lagi.