Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Perodua Myvi 2018: kini cecah 5,000 unit tempahan – varian 1.5L, warna Granite Grey paling popular

    Perodua Myvi 2018: kini cecah 5,000 unit tempahan – varian 1.5L, warna Granite Grey paling popular

    Sebelum beberapa jam Perodua Myvi 2018 dilancarkan, Perodua telah berkongsi khabar berita gembira mengenai tempahan model hatchback kegemaran ramai ini. Tempahan yang dibuka sejak 9 November lalu, telah menyaksikan jumlah tempahannya kini mencecah 5,000 unit (data sehingga 16 November, 12 tengahari).

    Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, pihaknya sangat teruja dengan sambutan yang diterima ini. “Tempahan ini diterima sebelum ia dilancarkan, namun sambutannya begitu menggalakkan. Malah daripada 5,000 unit tempahan tersebut, sebanyak 78% pelanggan kami telah memilih varian 1.5L, selebihnya iaitu 22% pula memilih 1.3L. Dan warna yang mendapat pilihan tertinggi ialah Granite Grey,” ujarnya dalam sidang akhbar yang berlangsung sebentar tadi.

    Aminar turut berkata, Perodua mensasarkan tempahan awal adalah sebanyak 6,000 unit dan buat setakat ini, tidak bercadang untuk menyemaknya semula. Begitu juga dengan sasaran jualannya iaitu 6,000 unit sebulan. Manakala bagi produksi untuk Myvi baharu ini dianggarkan sekitar 75,000 hingga 80,000 unit setahun.

    Perodua Myvi generasi ketiga ini ditawarkan dengan dua pilihan enjin; 1.3L dan 1.5L Dual VVT-i. Selain itu, transformasi yang dilakukan Myvi 2018 ini juga dilihat agak besar, termasuk menampilkan enam beg udara bagi varian tertinggi, serta dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan keselamatan ASA yang terdiri daripada empat sistem berbeza – Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC).

    Bukan itu sahaja, ia juga ditawarkan dengan harga yang begitu kompetitif, bermula dari RM44,300 untuk 1.3 Standard G manual dan RM46,300 untuk automatik, RM48,300 untuk 1.3 Premium X dan RM51,800 untuk 1.5 High. Model tertinggi 1.5 Advance pula dijual pada harga RM55,300. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran, dan semua model hadir dengan pelindungan waranti lima-tahun/150,000km.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perincian dan spesifikasi penuh setiap varian bagi barisan Myvi 2018 ini, sila layari Carbase.my. Anda juga boleh membaca ulasan pandu uji ringkas yang dibawakan oleh editor kami, Hazril Hafiz, DI SINI.

     
     
  • Perodua Myvi 2018 – perbandingan spesifikasi penuh

    Perodua Myvi 2018 – perbandingan spesifikasi penuh

    Perodua Myvi 2018 telah pun selamat dilancarkan. Pastinya ia sudah meredakan debaran yang memuncak dalam tempoh 10 hari kebelakangan ini apabila ia hangat diperkatakan termasuk tular di laman media sosial. Kini, Myvi 2018 telah pun berada di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.

    Apatah lagi dikhabarkan, Perodua telah menerima tempahan sebanyak 5,000 unit sejak ia dibuka pada 9 November lalu. Bayangkanlah, sebelum ia dilancarkan, sudah berduyun-duyun orang jatuh cinta dengannya walau belum tengok di hadapan mata, namun nekad untuk memilikinya. Jadi, adakah anda antara ribuan rakyat Malaysia yang bakal mengunjungi bilik pameran Perodua terdekat?

    Sebelum berbuat demikian, kami sarankan anda supaya meneliti lebih terperinci spesifikasi bagi setiap varian yang ditawarkan untuk barisan Myvi 2018. Nah! Sekali lagi kami memberikan perbandingan bagi perincian dan spesifikasi penuh mengikut varian di sini. Moga sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat sekiranya berhajat untuk membelinya.

    Perodua Myvi 1.3 Standard G – RM44,300 (MT), RM46,300 (AT)

    Elemen standard seperti berikut:
    Mekanikal

    • Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
    • 1,329 cc, petrol empat-silinder
    • 94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm
    • Manual lima-kelajuan atau E-AT empat-kelajuan
    • Tangki penuh 36 liter
    • 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi, 2,500 mm jarak roda
    • Jarak kelegaan tanah 160 mm
    • Stereng kuasa elektrik (EPS)
    • Jejari pusingan 4.8-meter
    • Waranti lima-tahun/150,000 km

    Luaran

    • Lampu utama dengan fungsi auto off dan follow-me-home
    • Larasan lampu utama manual
    • Lampu belakang LED dengan lampu arah
    • Cermin sisi larasan-elektrik dengan isyarak membelok
    • Bilah pengelap cermin hadapan jenis-Aeroblade
    • Pengesan undur
    • Roda aloi 14-inci
    • Tayar Bridgestone Ecopia EP150 175/65R14
    • Tayar simpanan bersaiz-penuh

    Dalaman

    • Kemasukan tanpa kunci dan butang start-stop enjin
    • Cermin hadapan akustik
    • Tingkap berkuasa, fungsi turun auto untuk pemandu sahaja
    • Unit utama Double-din dengan radio dan USB
    • Kawalan pendingin hawa digital (dengan larasan dua memori)
    • Roda stereng Poliuretana dengan larasan kedudukan
    • Larasan-ketinggian bagi tempat duduk pemandu
    • Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
    • Tempat duduk belakang dengan perehat kepala
    • Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
    • But berkapasiti 277 liter (boleh mencecah sehingga 832 liter dengan tempat duduk belakang dibaringkan)
    • Poket sisi pada tempat duduk hadapan (untuk telefon mudah alih)
    • Cangkuk beg anti-kecurian

    Keselamatan

    • Empat beg udara (dwi hadapan, sisi hadapan)
    • ABS, EBD
    • Kawalan Kestabilan Elektronik(VSC)
    • Kawalan traction (TRC)
    • Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
    • Penarafan lima-bintang daripada ujian perlanggaran ASEAN NCAP
    • Peringatan tali pinggang keledar untuk semua tempat duduk (aktif di hadapan, pasif di belakang)
    • Dua cagak Isofix untuk tempat duduk belakang

    Estetika

    • Gril hadapan perak
    • Tiada lampu kabus hadapan – penutup hitam
    • Pemegang pintu sama dengan warna badan
    • Antena sirip-jerung
    • Pemegang pintu dalaman hitam
    • Kekemasan dalaman hitam
    • Corong pendingin hawa berkemasan perak

    Perodua Myvi 1.3 Premium X – RM48,300 (AT)

    Tambahan:
    Mekanikal

    • Sistem start-stop automatik Eco-idle
    • Bantuan Mula Mendaki

    Luaran

    • Lampu kabus hadapan
    • Pengesan parkir hadapan
    • Cermin sisi larasan berkuasa

    Dalaman

    • Unit utama Double-din dengan radio, USB dan Bluetooth
    • Pengecas USB
    • Roda stereng balutan-kulit dengan kawalan audio, telefon
    • Tempat duduk belakang dengan perehat kepala boleh laras

    Estetika

    • Gril hadapan krom
    • Lampu kabus hadapan dengan kekemasan krom
    • Pemegang pintu krom
    • Pemegang pintu dalaman krom
    • Kekemasan perak di sekeliling kawalan tingkap, butang pada roda stereng, dan tapak tuil gear
    • Panel instrumen dengan kekemasan krom
    • Corong pendingin hawa dengan kekemasan krom

    Pilihan warna bagi Myvi 1.3

    • Ivory White (solid)
    • Glittering Silver (metalik)
    • Mystical Purple (metalik)
    • Lava Red (metalik)
    • Peppermint Green (metalik) – baharu, eksklusif untuk model 1.3

    Perodua Myvi 1.5 High – RM51,800 (AT)

    Tambahan:
    Mekanikal

    • Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
    • 1,496 cc,petrol empat-silinder
    • 102 hp pada 6,000 rpm, 136 Nm pada 4,200 rpm
    • E-AT empat-kelajuan
    • Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km per liter

    Luaran

    • Roda aloi dua-tona 15-inci
    • Tayar Goodyear Assurance TripleMax 185/55R15

    Luaran dan keselamatan

    • Pembaca tol binaan dalam (integrasi SmartTAG)
    • Enam beg udara (dwi hadapan, sisi hadapan, tirai

    Estetika

    • Kit badan hadapan dan skirt sisi (dwi-tona)
    • Bampar belakang dwi-tona
    • Spoiler belakang

    Perodua Myvi 1.5 Advance – RM55,300 (AT)

    Tambahan:
    Dalaman

    • Upholstery kulit
    • Unit utama skrin sesentuh dengan navigasi dan SmartLink
    • Kamera undur
    • Filem lapisan tingkap keselamatan

    Keselamatan

    • Advanced Safety Assist (ASA)
    • Amaran Pra-pelanggaran
    • Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
    • Amaran Pergerakan Kehadapan
    • Kawalan Salah-operasi Pedal

    Pilihan warna untuk Myvi 1.5

    • Ivory White (solid)
    • Glittering Silver (metalik)
    • Mystical Purple (metalik)
    • Lava Red (metalik)
    • Granite Grey (metalik) – baharu, eksklusif untuk model 1.5

    Aksesori GearUp – harga pengenalan sehingga Februari 2018

    Pakej Premium – RM1,250 (Myvi 1.5 only)

    • Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, garisan tingkap, bahagian bawah pintu, belakang pintu dan bampar belakang
    • Chrome scuff plates
    • Skirt belakang (hitam)

    Pakej Eksekutif – RM900

    • Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, garisan tingkap, bahagian bawah pintu, belakang pintu dan bampar belakang

    Pakej Gaya Hidup – RM700

    • Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, bahagian bawah pintu dan belakang pintu

    Pakej Utiliti – RM320

    • Door visors
    • Alas lantai
    • Alas barangan

    Kerusi keselamatan kanak-kanak Isofix

    • Kerusi bayi – RM660
    • Kerusi kanak-kanak– RM780

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perincian dan spesifikasi penuh setiap varian bagi barisan Myvi 2018 ini, sila layari Carbase.my. Anda juga boleh membaca ulasan pandu uji ringkas yang dibawakan oleh editor kami, Hazril Hafiz, DI SINI.

    GALERI: Gambar rasmi Perodua Myvi Standard X dan Premium G 2018

    GALERI: Gambar rasmi Perodua Myvi 1.5 Advance 2018

    GALERI: Perodua Myvi 1.3 Standard G 2018 dalam semua warna

    GALERI: Perodua Myvi 1.3 Premium X 2018

    GALERI: Perodua Myvi 1.5 High 2018

    GALERI: Perodua Myvi 1.5 Advance 2018

    GALERI: Perodua Myvi 1.5 Advance 2018 dengan pakej Gear Up

    GALERI: Perodua Myvi 1.5 High 2018 dengan pakej Gear Up

    GALERI: Brosur Perodua Myvi 2018

     
     
  • Perodua Myvi 2018 dilancarkan di Malaysia – model generasi baharu, 1.3L dan 1.5L, bermula RM44,300

    Perodua Myvi 2018 dilancarkan di Malaysia – model generasi baharu, 1.3L dan 1.5L, bermula RM44,300

    Akhirnya, pelancaran paling ditunggu-tunggu tahun ini sudahpun berlangsung – Perodua Myvi 2018 kini rasmi diperkenalkan pada pasaran tempatan. Dilancar oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, kereta ikonik dari Perodua berkenaan kini muncul dalam versi generasi ketiga, dipasarkan dengan dua kapasiti enjin dan lima varian berbeza.

    Varian-varian tersebut adalah 1.3 Standard G manual (RM44,300), 1.3 Standard G automatik (RM46,300), 1.3 Premium X automatik (RM48,300), 1.5 High automatik (RM51,800) dan varian tertinggi 1.5 Advance automatik (RM55,300).

    Enjin Dual VVT-i baharu

    Dua pilihan enjin yang ditawarkan untuk model generasi baharu ini adalah 1.3L dan 1.5L dimana kedua-duanya hadir dengan teknologi Dual VVT-i dan membolehkan Myvi baharu ini mendapat pengiktirafan sebagai kenderaan baharu cekap tenaga (EEV).

    Myvi 1.3L baharu ini tidak lagi dijana oleh enjin K3-VE dari generasi sebelumnya, sebaliknya ia diberikan enjin 1NR-VE berkuasa 94 hp pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 121 Nm pada takat 4,000 rpm – enjin yang sama seperti pada sedan Perodua Bezza serta MPV tujuh-tempat duduk Toyota Avanza.

    Manakala untuk versi 1.5L pula, enjin 3SZ-VE pada model sebelum ini telah digantikan dengan enjin 2NR-VE berkuasa 102 hp pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 136 Nm pada takat 4,200 rpm.

    Transmisi lima-kelajuan manual hanya ditawarkan untuk model 1.3 Standard, manakala kotak gear automatik empat kelajuan elektronik E-AT dipadankan pada kedua-dua variasi enjin. Kedua-dua enjin turut dipadankan dengan sistem Eco Idle yang akan mematikan/menghidupkan semula enjin jika kereta tidak bergerak.

    Ini membolehkan model 1.3 mencapai penggunaan bahan api gabungan 21.1 km/l untuk auto dengan Eco Idle, 20.1 km/l auto tanpa Eco Idle, 20.5 km/l untuk manual tanpa Eco Idle, manakala model 1.5 liter pula memperolehi bacaan 20.1 km/l dengan Eco Idle.

    Bentuk lebih segar dengan kejuruteraan tempatan

    Khabar angin menyatakan Myvi generasi baharu ini diasaskan atau di ‘rebadge‘ dari Toyota Auris/Corolla iM. Benarkah dakwaan ini? Jika difikir secara logik, mana mungkin untuk menjadikan sebuah Corolla dengan saiz dalam kategori segmen-C bagi dijelmakan sebagai hatchback segmen-B bukan?

    Enjin 1.5L 2NR-VE (kiri) dan enjin 1.3L 1NR-VE (kanan)

    Myvi generasi ketiga ini dihasilkan dari platform Myvi generasi kedua, namun ia telah diolah semula bagi menjadikannya 70% baharu, manakala bahagian badan atas (upper body) pula adalah 100% baharu – kesemuanya adalah hasil kerja jurutera tempatan dari Perodua sendiri, dan bukannya saduran dari Daihatsu Boon mahupun Toyota Passo ataupun mana-mana model lain dua jenama berkenaan.

    Sekilas pandang, Perodua telah merubah imej Myvi dari sebuah hatchback berbentuk pelik dengan selera Jepun, kepada sesuatu yang lebih dianggap premium oleh orang Malaysia. Jadi, rupa kereta baharu ini hadir dengan imej seakan-akan Honda Jazz, Volkswagen Polo dan juga Kia Rio – menampilkan badan yang lebih lebar dan juga bumbung yang lebih rendah.

    Kerangka baharu ini juga menggunakan keluli berketegaran tinggi 2.5 lebih banyak dari sebelum ini, dan juga ia diperkuatkan pada pelbagai bahagian yang strategik serta diberikan cermin hadapan akustik. Dengan badan yang lebih kuat, ia jelas memberikan lebih kestabilan dan turut memperbaiki aspek NVH serta keselamatan ketika pelanggaran pada hadapan dan sisi.

    Selain itu, suspensi model ini turut dipertingkatkan dengan penggunaan bar penstabil hadapan dan belakang dengan diameter lebih tebal bersama rekaan lengan bawah yang lebih ringan. Manakala pada bahagian gandar belakang, ia kini menggunakan struktur yang lebih keras (menerusi rekaan baharu) serta cross member bahagian berkenaan yang turut direka semula bagi mempertingkatkan ketegarannya.

    Perodua Myvi 2018 dilancarkan di Malaysia – model generasi baharu, 1.3L dan 1.5L, bermula RM44,300

    Ia diberikan lampu hadapan LED (untuk kesemua varian) yang memanjang dan bersambung terus dengan gril, bersama bampar dengan perumah lampu kabus baharu. Garis badan kereta ini jelas kelihatan lebih rendah dari model sebelum ini, dan menampilkan tingkap tambahan pada tiang-C.

    Bahagian belakang Myvi ini pula tidak lagi diberikan lampu menegak, sebaliknya digantikan dengan lampu LED yang direka melintang dengan konsep ‘two-piece‘ (satu pada badan, sebahagian lagi pada pintu tailgate).

    Model generasi baharu ini menampilkan dimensi 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar lebar dan 1,515 mm tinggi, manakala jarak rodanya pula adalah 2,500 mm. Berbanding model generasi lama, Myvi baharu ini 205 mm lebih panjang, 70 mm lebih lebar dan 30 mm lebih rendah berbanding versi yang sebelumnya. Jarak antara roda pula bertambah sebanyak 60 mm.

    Jadi, setelah masuk ke ruang kabin, anda boleh rasakan ruangnya yang lebih besar dari sebelum ini. Selain itu, ia turut menampilkan posisi duduk yang lebih rendah serta ruang but 277 liter berbanding 208 liter pada model sebelum ini.

    Perodua Myvi 2018 dilancarkan di Malaysia – model generasi baharu, 1.3L dan 1.5L, bermula RM44,300

    Penuh dengan ciri premium

    Kesemua Myvi 2018 akan diberikan ciri standard seperti sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, sistem penghawa dingin dengan fungsi memori, tempat duduk belakang boleh-lipat dengan nisbah 60:40, tempat duduk dengan konfigurasi 8+1 yang fleksibel dan juga peringat tali pinggang keledar untuk kesemua lima tempat duduk. Bagi model-model 1.3, ia akan diberikan rim 14-inci dengan tayar Bridgestone Ecopia EP150 175/65R14.

    Naik ke varian Premium 1.3 X, ia akan diberikan sistem bantuan mula mendaki, lampu kabus hadapan, penderia parkir hadapan dan juga cermin sisi boleh-lipat berkuasa. Dari rupa luaran dan dalaman, varian ini turut diberikan kemasan-kemasan krom/metalik tambahan. Bahagian kabin 1.3 Premium X diberikan pemain audio utama 2-DIN bersama Bluetooth, roda stereng pelbagai fungsi balutan kulit dan juga perehat kepala boleh laras pada bahagian belakang.

    Untuk model 1.5 pula, ia diberikan rim aloi 15-inci dua-tona bersama tayar Goodyear Assurance TripleMax 175/55R15, skirt sisi hadapan dan sisi dua-tona, bampar belakang dua-tona, spoiler belakang serta pembaca tol bina-dalam (SmartTag yang bersepadu dengan kereta, anda hanya perlu masukkan kad Touch N Go ke dalam slot).

    Ciri keselamatan mendahului pesaing

    Aspek keselamatan turut menjadi merit terbaharu untuk Myvi. Kesemua varian kini dilengkapi dengan sistem brek ABS dan EBD serta Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) sebagai ciri standard. Model 1.3L menerima empat-beg udara, manakala 1.5L pula mendapat enam-beg udara. Myvi telah menjalani ujian pelanggaran keselamatan ASEAN NCAP bulan lalu dan ia menerima pengiktirafan lima bintang.

    Perodua Myvi 2018 dilancarkan di Malaysia – model generasi baharu, 1.3L dan 1.5L, bermula RM44,300

    Selain dari kelengkapan keselamatan asas diatas, Myvi kini turut dilengkapi dengan pakej bantuan pemanduan digelar Advance Safety Assist (ASA) yang ditawarkan untuk model 1.5 Advance. Pakej ini terdiri daripada empat sistem berbeza iaitu Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB) (mirip kepada autonomous emergency braking, AEB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC). Lebih perincian bagaimana sistem ASA ini berfungsi, anda boleh bacanya DI SINI.

    Perodua turut menawarkan tempat duduk keselamatan kanak-kanak dalam barisan aksesori GearUp, membolehkan anda membeli tempat duduk berkenaan dengan dikira sekali bersama harga kereta menerusi pembiayaan kenderaan. Anda boleh menyemak semula apa spesifikasi tempat duduk berkenaan pada PAUTAN INI, manakala senarai lengkap pakej GearUp kami sertakan di bawah.

    Empat warna dari model sebelum ini ditawarkan untuk Myvi generasi iaitu Lava Red, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White, manakala dua warna eksklusif baharu turut diperkenalkan iaitu Peppermint Green (hanya untuk 1.3) dan Granite Grey (hanya untuk 1.5).

    Kami berikan spesifikasi setiap varian Myvi 2018 di bawah, dan jika anda mahu mendapatkan lebih perincian, layari laman Carbase.my. Kami juga telah menguji Myvi baharu ini sebelum ia didedahkan sepenuhnya – tanggapan awal kami terhadap hatchback ikonik berkenaan boleh anda baca DI SINI.

    Perodua Myvi 1.3 Standard G – RM44,300 (MT), RM46,300 (AT)

    Elemen standard seperti berikut:
    Mekanikal

    • Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
    • 1,329 cc, petrol empat-silinder
    • 94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm
    • Manual lima-kelajuan atau E-AT empat-kelajuan
    • Tangki penuh 36 liter
    • 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi, 2,500 mm jarak roda
    • Jarak kelegaan tanah 160 mm
    • Stereng kuasa elektrik (EPS)
    • Radius pusingan 4.8-meter
    • Waranti lima-tahun/150,000 km
    • Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 21.1 km/l untuk auto dengan Eco Idle, 20.1 km/l auto tanpa Eco Idle, 20.5 manual tanpa Eco Idle

    Luaran

    • Lampu utama LED dengan fungsi auto off dan follow-me-home
    • Larasan lampu utama manual
    • Lampu belakang LED dengan lampu arah
    • Cermin sisi larasan-elektrik dengan isyarat membelok
    • Bilah pengelap cermin hadapan jenis-Aeroblade
    • Penderia undur
    • Roda aloi 14-inci
    • Tayar Bridgestone Ecopia EP150 175/65R14
    • Tayar simpanan bersaiz-penuh

    Dalaman

    • Sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin
    • Cermin hadapan akustik
    • Tingkap berkuasa, fungsi turun auto untuk pemandu sahaja
    • Pemain audio utama Double-din dengan radio dan USB
    • Kawalan pendingin hawa digital (dengan larasan dua memori)
    • Roda stereng Poliuretana dengan larasan kedudukan
    • Larasan-ketinggian bagi tempat duduk pemandu
    • Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
    • Tempat duduk belakang dengan perehat kepala
    • Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
    • But berkapasiti 277 liter (boleh mencecah sehingga 832 liter dengan tempat duduk belakang dibaringkan)
    • Poket sisi pada tempat duduk hadapan (untuk telefon mudah alih)
    • Cangkuk beg anti-kecurian

    Keselamatan

    • Empat beg udara (dwi hadapan, sisi hadapan)
    • ABS, EBD
    • Kawalan Kestabilan Elektronik(VSC)
    • Kawalan traction (TRC)
    • Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
    • Penarafan lima-bintang daripada ujian perlanggaran ASEAN NCAP
    • Peringatan tali pinggang keledar untuk semua tempat duduk (aktif di hadapan, pasif di belakang)
    • Dua cagak Isofix untuk tempat duduk belakang

    Estetika

    • Gril hadapan perak
    • Tiada lampu kabus hadapan – penutup hitam
    • Pemegang pintu sama dengan warna badan
    • Antena sirip-jerung
    • Pemegang pintu dalaman hitam
    • Kekemasan dalaman hitam
    • Corong pendingin hawa berkemasan perak

    Perodua Myvi 1.3 Premium X – RM48,300 (AT)

    Tambahan:
    Mekanikal

    • Sistem start-stop automatik Eco-idle
    • Bantuan Mula Mendaki

    Luaran

    • Lampu kabus hadapan
    • Penderia parkir hadapan
    • Cermin sisi larasan berkuasa

    Dalaman

    • Pemain audio utama Double-din dengan radio, USB dan Bluetooth
    • Pengecas USB
    • Roda stereng balutan-kulit dengan kawalan audio, telefon
    • Tempat duduk belakang dengan perehat kepala boleh laras

    Estetika

    • Gril hadapan krom
    • Lampu kabus hadapan dengan kekemasan krom
    • Pemegang pintu krom
    • Pemegang pintu dalaman krom
    • Kekemasan perak di sekeliling kawalan tingkap, butang pada roda stereng, dan tapak tuil gear
    • Panel instrumen dengan kekemasan krom
    • Corong pendingin hawa dengan kekemasan krom

    Pilihan warna bagi Myvi 1.3

    • Ivory White (solid)
    • Glittering Silver (metalik)
    • Mystical Purple (metalik)
    • Lava Red (metalik)
    • Peppermint Green (metalik) – baharu, eksklusif untuk model 1.3

    Perodua Myvi 1.5 High – RM51,800 (AT)

    Tambahan:
    Mekanikal

    • Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
    • 1,496 cc,petrol empat-silinder
    • 102 hp pada 6,000 rpm, 136 Nm pada 4,200 rpm
    • E-AT empat-kelajuan
    • Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km per liter

    Luaran

    • Roda aloi dua-tona 15-inci
    • Tayar Goodyear Assurance TripleMax 185/55R15

    Luaran dan keselamatan

    • Pembaca tol binaan dalam (integrasi SmartTAG)
    • Enam-beg udara (dua hadapan, sisi hadapan, tirai

    Estetika

    • Kit badan hadapan dan skirt sisi (dua-tona)
    • Bampar belakang dua-tona
    • Spoiler belakang

    Perodua Myvi 1.5 Advance – RM55,300 (AT)

    Tambahan:
    Dalaman

    • Upholsteri kulit
    • Pemain audio utama skrin sesentuh dengan navigasi dan SmartLink
    • Kamera undur
    • Filem lapisan tingkap keselamatan

    Keselamatan

    • Advanced Safety Assist (ASA)
    • Amaran Pra-pelanggaran
    • Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
    • Amaran Pergerakan Kehadapan
    • Kawalan Salah-operasi Pedal

    Pilihan warna untuk Myvi 1.5

    • Ivory White (solid)
    • Glittering Silver (metalik)
    • Mystical Purple (metalik)
    • Lava Red (metalik)
    • Granite Grey (metalik) – baharu, eksklusif untuk model 1.5

    Aksesori GearUp – harga pengenalan sehingga Februari 2018

    Pakej Premium – RM1,250 (Myvi 1.5 only)

    • Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, garisan tingkap, bahagian bawah pintu, belakang pintu dan bampar belakang
    • Chrome scuff plates
    • Skirt belakang (hitam)

    Pakej Eksekutif – RM900

    • Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, garisan tingkap, bahagian bawah pintu, belakang pintu dan bampar belakang

    Pakej Gaya Hidup – RM700

    • Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, bahagian bawah pintu dan belakang pintu

    Pakej Utiliti – RM320

    • Door visors
    • Alas lantai
    • Alas barangan

    Kerusi keselamatan kanak-kanak Isofix

    • Kerusi bayi – RM660
    • Kerusi kanak-kanak– RM780
    • GALERI: Gambar rasmi Perodua Myvi Standard X dan Premium G 2018

      GALERI: Gambar rasmi Perodua Myvi 1.5 Advance 2018

      GALERI: Perodua Myvi 1.3 Standard G 2018 dalam semua warna

      GALERI: Perodua Myvi 1.3 Premium X 2018

      GALERI: Perodua Myvi 1.5 High 2018

      GALERI: Perodua Myvi 1.5 Advance 2018

      GALERI: Perodua Myvi 1.5 Advance 2018 dengan pakej Gear Up

      GALERI: Perodua Myvi 1.5 High 2018 dengan pakej Gear Up

      GALERI: Brosur Perodua Myvi 2018

      GALERI: 12 tahun perjalanan Perodua Myvi

     
     
  • Perodua Myvi – sudah 12 tahun jadi cinta hati Malaysia

    Perodua Myvi – sudah 12 tahun jadi cinta hati Malaysia

    Di United Kingdom ada Mini Mk1, di Jerman ada Volkswagen Beetle, dan di Malaysia, kita ada Perodua Myvi. Apa persamaan antara semua model kereta ini? Ia diterima baik pelbagai golongan, dijual dalam jumlah yang banyak dan hampir keseluruhan orang di negara tersebut kenal dengan kereta yang dinamakan. Ia juga mengatasi kereta-kereta lain yang biasanya untuk satu model, hanya boleh bertahan selama sekitar lima tahun.

    Perodua Myvi adalah tanda langkah baru bagi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semasa ia baru diperkenalkan pada tahun 2005, iaitu 12 tahun yang lalu. Jika sebelum itu, Perodua lebih tertumpu kepada kenderaan kompak kecil seperti Kancil, Kelisa dan Kenari, Myvi pula menandakan permulaan saingan terus Perodua terhadap Proton. Pada masa itu, seteru Myvi daripada Proton adalah Savvy.

    Asalnya, Myvi ini terletak dalam segmen yang lebih tertumpu (niche), dan Perodua sendiri pada masa itu tidak tahu bahawa pengguna di Malaysia akhirnya tidak pernah puas dengan Myvi. Generasi pertama Myvi diasaskan daripada Daihatsu Boon/Toyota Passo, ditawarkan dengan dua enjin berbeza iaitu 1.0 liter tiga-silider DOHC DVVT dan juga 1.3 liter empat-silinder DOHC DVVT.

    Selain harga yang mampu milik iaitu bermula sekitar RM41,000 hingga RM51,000, Myvi juga menjadi pilihan ramai kerana ia praktikal, kompak di luar tetapi luas di dalam, mudah untuk dikendali, boleh dipercayai dan ekonomikal. Bukan setakat sebagai kereta pertama, Myvi juga menjadi pilihan sebagai kereta kedua bagi sesetengah orang yang tidak mahu pening kepala.



    Baris atas (L-R): Generasi pertama facelift 2008, generasi kedua Standard 2011,
    Baris bawah (L-R): Generasi kedua Extreme 2011, Generasi kedua facelift Advance 2015

    Masuk tahun 2011, barulah Myvi generasi kedua dilancarkan untuk pasaran Malaysia dengan pelbagai peningkatan dilakukan. Ini adalah selepas Myvi SE diperkenalkan pada tahun 2007, dan Myvi facelift pada tahun 2009. Penggayaan model generasi kedua ini hampir sama, tetapi lebih bulat dan sporty, manakala sistem stereng pula dinaik taraf kepada sistem kuasa elektrik, dan dua beg udara diberikan secara standard.

    Untuk model asas Myvi generasi kedua ini, enjinnya telah diganti dengan enjin K3-VE 1.3 liter DOHC DVVT, dan satu lagi pilihan yang lebih berkuasa turut disediakan iaitu Myvi 1.5 berenjin 3SZ-VE 1.5 liter DOHC DVVT. Versi transmisi manual model 1.5 liter ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 9.98 saat, menjadikannya kereta produksi paling pantas pernah dihasilkan Perodua.

    Empat tahun selepas pelancarannya, Perodua melakukan facelift kepada Myvi generasi kedua, di mana ia mempunyai lebih banyak ciri dan dibangunkan berdasarkan maklum balas daripada orang ramai. Selain itu, beberapa ciri khas untuk keperluan pengguna Malaysia turut dipasang, seperti tempat meletak beg tangan di antara dua tempat duduk hadapan. Pada bulan Jun 2017, Perodua mencapai satu tahap baru apabila sebanyak 1,000,000 buah Myvi telah dihasilkan oleh kilangnya.

    Disebabkan Myvi ini cukup popular, kelengkapan modifikasinya juga mudah didapati, selain turut berkongsi alat ganti dengan model Daihatsu Boon dan Toyota Passo. Begitulah betapa serba bolehnya Myvi – selain jadi pilihan yang praktikal, mereka yang gemar mengubah suai juga boleh puas menggunakannya. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ada juga individu dari Jepun yang membeli Myvi 1.5 Extreme untuk diimport masuk ke negara beliau dan diubah suai oleh Fujita Engineering (FEED).

    Perodua Myvi – sudah 12 tahun jadi cinta hati Malaysia

    Myvi Edisi Khas Ulang Tahun ke-10

    Kini, tibalah masanya untuk satu lagi tonggak sejarah baru untuk Myvi dan Perodua. Model generasi ketiga telah diperkenalkan, satu perkara yang dipastikan, ia tetap mampu milik dan sesuai untuk pelbagai golongan. Walaupun begitu, Myvi generasi ketiga ini tetap padat dengan ciri moden, dan yang paling penting, ciri keselamatan juga dinaik taraf.

    Untuk semua model, Myvi generasi ketiga ini dilengkapi dengan sekurang-kurangnya empat beg udara, ABS, EBD, Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS). Untuk model yang paling tinggi pula, ia ditambah dengan Advanced Safety Assist (ASA), Amaran Pra-pelanggaran, Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah), Amaran Pergerakan Ke hadapan dan Kawalan Salah-operasi Pedal.

    Secara keseluruhannya terdapat lima varian ditawarkan untuk Myvi generasi ketiga iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Satu perkara yang boleh dibanggakan, bahagian luar Myvi ini juga dikatakan sebagai “dilakukan oleh Perodua sendiri tanpa input dari orang luar.” Jadi jelas, bahagian atas model baharu ini bukanlah model saduran dari Daihatsu Boon atau Toyota Passo seperti model sebelum ini.

    Jadi, apa pendapat anda dengan model baru ini? Adakah permintaannya akan terus meningkat dan mungkin juga mendapat perhatian dari negara luar? Kalau ya, nanti ada lah orang Jepun yang memulakan trend Myvi MDM (Malaysia Domestic Market) pula di sana. Asyik kita je yang main JDM kan?

     
     
  • PANDU UJI: Perodua Myvi 2018 – adakah ia mampu untuk melangkaui jangkaan dan populariti Myvi lama?

    PANDU UJI: Perodua Myvi 2018 – adakah ia mampu untuk melangkaui jangkaan dan populariti Myvi lama?

    Perodua bukanlah sebuah nama yang asing di Malaysia, sangat popular dalam kalangan pengguna di sini serta kerap mempelopori kedudukan pertama bagi jumlah jualan kenderaan paling banyak – bukan sekali-sekala, tetapi secara konsisten untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

    Dan, model kereta kompak Perodua Axia menjadi penyumbang terbesar bagi pencapaian dan populariti berkenaan. Bagi sembilan bulan pertama 2017 sahaja, Axia telah mencatatkan angka jualan sebanyak 48,700 unit daripada jumlah keseluruhan 151,600 unit. Ini sudah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan keberhasilan model berkenaan kepada syarikat – hampir satu pertiga jualan kesuluruhan adalah dari Axia.

    Dan, sebelum kita terlupa, Axia menjadi model pertama yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada rancangan transformasi syarikat itu – ia bukan lagi sebuah model yang berasal dari model sedia ada Daihatsu, ditukarkan lencananya dan kemudian dipasarkan di sini. Bermula dengan Axia, Perodua sudah mengorak langkah baru.

    Model berkenaan memperlihatkan kemampuan pereka dan jurutera tempatan untuk menghasilkan rekaan serba baru, dengan mengambil kira jangkaan pengguna tempatan dan bukan lagi sekadar membawa masuk model dengan pendekataan rekaan dari Jepun semata-mata. Dengan status EEV, Axia kini terbukti mampu menepati selera dan keperluan orang kebanyakan di sini – dengan nilai yang sangat baik ditawarkan.

    Baca artikel selanjutnya di sini

     
     
  • Perodua Myvi 2018 – pakej lengkap aksesori GearUp

    Perodua Myvi 2018 – pakej lengkap aksesori GearUp

    Serentak dengan pelancaran Myvi 2018, Perodua turut melancarkan sekali pakej aksesori asli GearUp untuk hatchback ikonik generasi ketiga ini.

    Empat pakej disediakan untuk pelanggan untuk menghensemkan lagi Myvi mereka yang terdiri dari Premium Package, Executive Package, Lifestyle Package dan Utility Package. Kesemua pakej ini turut disertakan dengan perlindungan waranti selama enam-bulan.

    Untuk Premium Package, ia adalah dikhaskan untuk pemilik Myvi 1.5L dan dijual pada harga RM1,250 di semenanjung Malaysia dan RM1,275 di Malaysia Timur. Pakej ini terdiri dari kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, garisan tingkap, bahagian bawah pintu, belakang pintu dan bampar belakang serta scuff plates yang disalut krom dan juga skirt belakang berwarna hitam.

    Beralih ke Executive Package, ia terdiri dari Kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, garisan tingkap, bahagian bawah pintu, belakang pintu dan bampar belakang. Kesemua ini dijual pada harga RM900 di semenanjung dan RM917.95 di Borneo.

    Lifestyle Package pula hanya terdiri dari kekemasan tambahan hiasan krom bagi gril hadapan, cermin sisi, bahagian bawah pintu dan belakang pintu – dijual pada harga RM700 di semenanjung dan RM714.75 di Sabah dan Sarawak.

    Akhir sekali adalah Utility Package yang dijual pada harga RM320.00 di semenanjung dan RM326.60 di Malaysia Timur. Pakej ini hanya terdiri dari door visor, karpet alas lantai dan juga alas barangan di bahagian but.

    Jika anda tidak mahu membeli setiap aksesori ini secara pakej, Perodua turut menjualnya sebagai komponen individu (rujuk jadual di bawah untuk perincian harga. Selain dari pakej aksesori estetika ini, GearUp turut menawarkan tempat duduk keselamatan bayi dan kanak-kanak Isofix yang masing-masing dijual pada harga RM660 dan RM780. Perincian berkenaan tempat duduk berkenaan boleh anda baca DI SINI.

    Perodua Myvi 2018 – pakej lengkap aksesori GearUp

    GALERI: Perodua Myvi 1.5 High 2018 dengan pakej Gear Up

    GALERI: Perodua Myvi 1.5 Advance 2018 dengan pakej Gear Up

     
     
  • Perodua Myvi 2018: saksikan lintas langsung pelancarannya 5.15 petang ini, eksklusif di paultan.org

    Perodua Myvi 2018 bakal dilancarkan pada petang ini. Untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan detik yang bakal melakarkan sejarah kegemilangan Perodua buat sekian kali, anda boleh bersama-sama menonton lintas langsung majlis pelancaran ini, eksklusif menerusi paultan.org. Ia boleh disaksikan menerusi laman web ini, laman YouTube kami, Facebook kami atau pun laman Facebook rasmi Perodua sendiri bermula jam 5.15 petang ini. Jangan lepaskan peluang tau!

     
     
  • Plat nombor siri khas ‘T1M’ mula dibida 20 Nov ini

    Plat nombor siri khas ‘T1M’ mula dibida 20 Nov ini

    Satu lagi nombor pendaftaran siri khas telah diperkenalkan iaitu ‘T1M’ yang membawa maksud Transformasi 1 Malaysia. Ia selaras dengan misi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dan pihak kerajaan yang sedang melaksanakan pelbagai usaha Transformasi Nasional 2050.

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan Malaysia telah memberi kelulusan kepada Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, untuk menguruskan penjualan 1000 unit nombor siri khas tersebut.

    Bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan ‘T1M’ akan dibuka secara rasmi pada 20 November 2017 sehingga 2 Disember 2017, bermula ‘T1M’ 1 hingga ‘T1M’ 1000. Orang ramai boleh mendapatkan borang bidaan melalui laman web www.platt1m.com.

    Bagi pembida yang berjaya, tempoh pendaftaran adalah sehingga 30 Julai 2018 dan, semua proses pendaftaran hanya boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ cawangan Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan.

    Difahamkan, sebagai permulaan, nombor plat ‘T1M 1’ dibuka dengan harga bidaan RM180,000 dan menjangkakan nombor pendaftaran ini dan nombor berdigit tunggal akan menjadi rebutan ramai.

    Hasil jualan nombor pendaftaran khas ‘T1M’ ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, bagi melaksanakan usaha transformasi anak muda dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

    Antaranya program pembangunan modal insan yang sangat penting untuk dilaksanakan, kerana situasi masalah sosial dikalangan remaja, masa kini sangat membimbangkan.

    Malah Perdana Menteri turut dijangka akan melancarkan T1M pada 19 November ini di Pekan, Pahang.

    Sebelum ini, beberapa plat nombor siri khas telah mendapat sambutan dan perhatian, ini termasuklah ‘VIP’, ‘Y’, ‘G’, ‘NAAM’, ‘US’, ‘PERFECT’, ‘GT’, dan ‘RIMAU’.

     
     
  • ERL catat penyusutan jumlah penumpang sehingga 19% selepas tambang dinaikkan tahun lalu – Aziz

    ERL catat penyusutan jumlah penumpang sehingga 19% selepas tambang dinaikkan tahun lalu – Aziz

    Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, perjanjian konsesi dengan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) telah dilanjutkan dalam tempoh lagi 30 tahun iaitu sehingga 2059.

    Beliau berkata, lanjutan tempoh konsesi berkenaan dibuat selepas kerajaan menolak permintaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk menaikan tambang ERL sebanyak tiga kali, laporan The Star.

    “Jika diikutkan perjanjian awal, kontrak ini akan tamat pada 2029. Walau bagaimana pun, kita buat perjanjian awal pada 2002, iaitu harga tambangnya boleh disemak setiap lima tahun. Apabila kita tidak membenarkan kenaikan tambang sebanyak tiga kali, sepatutnya kita memberi pampasan tetapi kita panjangkan konsesi,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Tan Sri Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) berhubung isu konsesi ini.

    Abdul Aziz berkata, selepas 2029, kerajaan tidak lagi akan membayar caj servis penumpang sebanyak RM5 bagi setiap penumpang kepada ERL dan bayaran kepada syarikat rel berkenaan bergantung kepada pasaran.

    Katanya, jumlah penumpang ERL menunjukkan penurunan selepas berlaku kenaikan harga tambang pada 2016.

    “Semenjak ERL mula beroperasi, kadar purata bilangan penumpang sebanyak 5.4 juta setahun. Pada 2015, terdapat peningkatan 20% berbanding tahun sebelumnya, iaitu seramai 11.03 juta penumpang. Kesan kenaikan kadar tambang pada 2016 menyaksikan penurunan jumlah penumpang ERL sebanyak 19%, kepada 8.9 juta penumpang. ERL juga mengalami kerugian selepas cukai terkumpul berjumlah RM661.34 juta pada 2016. ERL mengalami kerugian selepasa cukai enam tahun berturut-turut dari tahun kewangan 2009 hingga 2014,” katanya.

     
     
  • Teaser Mazda 6 facelift disiar sebelum ke LA Auto Show – dedah muka, dalaman dan enjin turbo baharu

    Teaser Mazda 6 facelift disiar sebelum ke LA Auto Show – dedah muka, dalaman dan enjin turbo baharu

    Walaupun telah lima tahun diperkenalkan dalam pasaran, Mazda masih belum lagi memberi petunjuk berkenaan pembangunan Mazda 6 generasi seterusnya. Namun pada Los Angeles Auto Show yang akan berlangsung pada 30 November ini, jenama berkenaan bakal memperkenalkan Mazda 6 versi facelift kali kedua.

    Sebelum kereta berkenaan didedahkan sepenuhnya, Mazda terlebih dahulu menyiarkan sebahagian imej kereta ini (sedikit muka dan dalaman) sebagai teaser. Muka sedan ini dilihat direka seakan rupa SUV CX-5 generasi terbaharu dengan rekaan gril yang lebih segar.

    Bentuk lampu hadapan masih lagi kelihatan sama, namun grafik dalaman direka semula terutamanya pada bahagian lampu nyalaan siang LED. Kereta yang ditunjukkan ini mengenakan warna Soul Red Crystal baharu, bersama rim aloi berdiameter 19-inci dengan elemen rekaan baharu.

    Untuk bahagian dalaman, Mazda menyiarkan imej sebahagian papan pemuka. Dapat dilihat bahagian panel instrumen Mazda 6 kini menerima rekaan yang lebih melintang dengan menampilkan kawalan pendingin hawa baharu, bersama kemasan kayu Sen Jepun yang ditempatkan sebaris dengan liang penghawa dingin yang lebih tirus.

    Teaser Mazda 6 facelift disiar sebelum ke LA Auto Show – dedah muka, dalaman dan enjin turbo baharu

    ProEXR File Description
    =Attributes=
    cameraAperture (float): 36
    cameraFNumber (float): 4
    cameraFarClip (float): 1e+030
    cameraFarRange (float): 1e+018
    cameraFocalLength (float): 51.2419
    cameraFov (float): 37.4816
    cameraNearClip (float): 0
    cameraNearRange (float): 0
    cameraProjection (int): 0
    cameraTargetDistance (float): 150
    cameraTransform (m44f): [{-0.770513, 0.619024, 0.152047, 347.625}, {0.637424, 0.748272, 0.183793, 128.773}, {5.55111e-017, 0.238533, -0.971134, 147.138}, {0, 0, 0, 1}]
    channels (chlist)
    compression (compression): Zip
    dataWindow (box2i): [0, 0, 2979, 2107]
    displayWindow (box2i): [0, 0, 2979, 2107]
    lineOrder (lineOrder): Increasing Y
    name (string): “”
    pixelAspectRatio (float): 1
    screenWindowCenter (v2f): [0, 0]
    screenWindowWidth (float): 1
    type (string): “scanlineimage”
    vrayInfo/camera (string): “cam_c13_variation1”
    vrayInfo/computername (string): “slanted-p0001”
    vrayInfo/cpu (string): “INTEL/Model:13,Family:6,Stepping:7,Cache:0”
    vrayInfo/date (string): “2017/Sep/19”
    vrayInfo/filename (string): “Z:/PROJECT/2017_08_MAZDA_J71E_IPM/99_MayaProject/scenes/c13/J71E_IPM3_c13_v02.mb”
    vrayInfo/frame (string): “00001”
    vrayInfo/h (string): “2108”
    vrayInfo/mhz (string): “0MHz”
    vrayInfo/os (string): “Microsoft(tm) Windows(tm), version 6.1, Service Pack 1”
    vrayInfo/primitives (string): “0”
    vrayInfo/ram (string): “24560MB”
    vrayInfo/renderlayer (string): “defaultRenderLayer”
    vrayInfo/rendertime (string): ” 0h 0m 0.0s”
    vrayInfo/scenename (string): “J71E_IPM3_c13_v02”
    vrayInfo/time (string): “20:26:07”
    vrayInfo/vmem (string): “8388608MB”
    vrayInfo/vraycore (string): “3.52.02”
    vrayInfo/vrayversion (string): “Version of V-Ray for Maya 3.52.02”
    vrayInfo/w (string): “2980”
    =Channels=
    A (half)
    B (half)
    E_MID1.B (half)
    E_MID1.G (half)
    E_MID1.R (half)
    E_MID2.B (half)
    E_MID2.G (half)
    E_MID2.R (half)
    E_MID3.B (half)
    E_MID3.G (half)
    E_MID3.R (half)
    E_MID4.B (half)
    E_MID4.G (half)
    E_MID4.R (half)
    E_MID5.B (half)
    E_MID5.G (half)
    E_MID5.R (half)
    E_MID6.B (half)
    E_MID6.G (half)

    Mazda turut mendedahkan sistem Mazda Radar Cruise Control (MRCC) pada sedan segmen-D ini turut diberikan fungsi untuk berhenti dan bergerak kembali secara automatik ketika merangkak di dalam trafik. Ia juga diberikan paparan 360-darjah disekeliling kereta menerusi monitor utama.

    Mazda turut memberikan perubahan mekanikal pada model facelift kali ini. Bagi model dengan enjin NA 2.5 liter SkyActiv-G, ia kini diberikan fungsi nyah-aktif silinder yang ‘mematikan’ operasi dua omboh dalam situasi beban rendah bagi lebih menjimatkan bahan api.

    Buat pertama kali juga Mazda 6 petrol bakal dijana pengecas turbo menerusi enjin yng diambil dari SUV tujuh-tempat duduk Mazda CX-9. Tiada lagi angka kuasa rasmi didedahkan, namun pada badan CX-9, enjin 2.5 liter tersebut mampu menjana 228 hp dan tork maksima 420 Nm yang bermula seawal 2,000 rpm.

    GALERI: Mazda 6 2017 pasaran Malaysia

     
     
  • VIDEO: Bahaya menggunakan topi keledar tidak sesuai

    Kelengkapan paling penting bagi seorang penunggang motosikal adalah topi keledar, dan di dalam pasaran, terdapat pelbagai pilihan yang disediakan. Namun, bukan semuanya sesuai untuk digunakan waktu menunggang motosikal, dan ia ditunjukkan dalam video yang disiarkan oleh JKJR Perak ini.

    Ya, video ini sudah agak lama dan ringkas, namun ia tetap relevan walaupun sekadar menunjukkan kesan pada “topi separuh”. Topi keledar jenis separuh ini memang ada dijual di pasaran, tetapi ada yang mempunyai pelekat SIRIM, dan ada juga yang tidak. Bagi topi keledar jenis separuh yang digunakan dalam video ini ia tidak mempunyai pelekat SIRIM dan telah dinyatakan tidak sesuai untuk dibawa menunggang motosikal.

    Namun, jika ada yang masih mahu menggunakannya (mungkin kerana ia murah dan ringan), anda patut melihat video ini sehingga habis untuk mengetahui betapa besar risikonya. Itu baru dihentak dengan tukul, dan belum lagi bila berhadapan dengan kemalangan sebenar.

    Jadi, ambillah ia sebagai iktibar dan setiap kali sebelum anda mula menunggang motosikal, fikirlah beberapa kali adakah topi keledar yang anda gunakan itu cukup selamat ataupun ‘sekadar ada’ sahaja. Selagi belum kena, bolehlah anda mengabaikannya, tetapi bila dah kena nanti, barulah anda sedar. Tapi itupun kalau anda masih bernafas lagi lah.

     
     
  • Mazda CX-9 spesifikasi Malaysia kini dilancarkan – SUV tujuh-tempat duduk, 2WD/4WD, dari RM281k

    Mazda CX-9 spesifikasi Malaysia kini dilancarkan – SUV tujuh-tempat duduk, 2WD/4WD, dari RM281k

    Setelah ditampilkan di khalayak ramai minggu lalu, Mazda CX-9 spesifikasi Malaysia akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, SUV tujuh-tempat duduk ini hadir dengan dua varian iaitu 2.5L 2WD dan 2.5L 4WD, iaitu masing-masing ditawarkan pada harga atas jalan (tanpa insurans) RM281,449 dan RM297,349.

    Sebelum ini, Bermaz Motor hanya mempertaruhkan CX-9 spesifikasi Australia yang diperkenalkan pada tahun lalu, ia ditawarkan dengan harga RM286,749 (2WD) dan RM302,649 (AWD). Ini bermakna harga bagi CX-9 spesifikasi Malaysia lebih murah iaitu kedua-duanya sebanyak RM5,300.

    Malah bagi pasaran Malaysia, ia turut hadir dengan beberapa ciri lain iaitu penggunaan lampu nyalaan siang LED, berbanding unit halogen. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan lampu utama LED adaptif (ALH) dan cermin sisi boleh laras secara auto dengan satu sentuhan bersama lampu isyarat. Ciri-ciri luaran lain yang masih dikekalkan ialah lampu kabus LED, bumbung matahari berkuasa dan roda aloi 20-inci.

    Mazda CX-9 spesifikasi Malaysia kini dilancarkan – SUV tujuh-tempat duduk, 2WD/4WD, dari RM281k

    Untuk kabinnya, elemennya turut dikekalkan, antaranya sistem kawalan suhu auto tiga-zon, balutan kulit upholstery, tempat duduk pemandu berkuasa dengan tatapan memori, Paparan Pemanduan Aktif jenis-projektor, sistem infotainmen MZD Connect dengan skrin sesentuh lapan-inci dan sistem bunyi Bose 12-pembesar suara.

    Bagi aspek pengendalian dan keselamatannya, CX-9 versi Malaysia turut dilengkapi dengan Mazda G-Vectoring Control, Lane Departure Warning System (LDWS), Lane Keep Assist System (LAS) dan Driver Attention Alert (DAA), yang turut ditampilkan dengan Pemantauan Titik Buta (BSM), Kepekaan Trafik Lintasan Belakang (RCTA) bersama Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS) hadapan dan belakang.

    Elemen keselamatan lain termasuklah enam beg udara (dwi hadapan, sisi dan tirai), ABS, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), EBD, Sistem Kawalan Traction, dan Bantuan Mula Mendaki (HLA).

    Mazda CX-9 spesifikasi Malaysia kini dilancarkan – SUV tujuh-tempat duduk, 2WD/4WD, dari RM281k

    Walau bagaimana pun, beberapa elemen yang ada pada versi Australia tidak akan ada untuk CX-9 pasaran Malaysia. Ini termasuklah Mazda i-ELOOP Brake Regeneration System, Mazda i-Stop Idling Technology dan juga indikator amaran tali pinggang keledar untuk tempat duduk barisan kedua. Namun demikian, model ini masih menerima penarafan lima-bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Australia (ANCAP).

    Bagi bahagian mekanikalnya, ia masih mengekalkan enjin yang sama iaitu SkyActiv-G 2.5L Turbo 2WD dan SkyActiv-G 2.5L Turbo 4WD, sama seperti model versi Australia yang kami uji sebelum ini iaitu petrol 2.5 liter SkyActiv-G. Penjana kuasa ini mampu menghasilkan kuasa 228 hp pada 5,000 rpm dan tork 420 Nm pada 2,000 rpm.

    Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive enam-kelajuan. Penggunaan bahan apinya sekitar 8.4 liter untuk setiap 100 km bagi model pacuan dua-roda dan 8.8L/100 km bagi pacuan semua-roda.

    Klik untuk besarkan

    CX-9 spesifikasi Malaysia ini ditawarkan dengan lima pilihan warna, iaitu dua daripadanya adalah warna premium; Machine Grey dan Snowflake White Pearl serta warna biasa; Deep Crystal Blue, Sonic Silver, dan Jet Black.

    Seperti mana yang pernah diuar-uarkan sebelum ini, Bermaz telah mempertingkatkan waranti pengeluar dari tiga-tahun, kini menjadi lima-tahun. Maka, CX-9 ini juga ditawarkan dengan waranti pengeluar selama lima-tahun/100,000 km dan penyelenggaran tiga-tahun/60,000 km. Waranti ini ditawarkan untuk semua model baharu Mazda kecuali pikap BT-50.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perincian dan spesifikasi penuh CX-9 ini, sila layari CarBase.my.

    GALERI: Mazda CX-9 2.5L 2WD spesifikasi Malaysia

    GALERI: Mazda CX-9 2.5L 4WD spesifikasi Malaysia

     
     
  • Harga bahan api 16-22 Nov 2017 – semua naik lagi!

    Harga bahan api 16-22 Nov 2017 – semua naik lagi!

    Empat minggu berturut-turut kita mengeluh minyak naik, nampaknya kita kena mengeluh lagi untuk minggu kelima. Minggu ini juga kenaikkan tersebut tidak sedikit, dan ia mencatatkan sebagai kenaikan tertinggi setakat ini.

    Harga bagi bahan api RON 95 naik 7 sen minggu ini, kini menjadi RM2.38 seliter, manakala RON 97 juga turut naik 6 sen menjadi RM2.66 seliter. Diesel juga naik sebanyak 5 sen bagi Euro 2 menjadi RM2.25 sen seliter dan RM2.35 seliter untuk Euro 5 M.

    Semua harga yang diumumkan ini akan kekal bagi tempoh seminggu iaitu bermula tengah malam ini sehingga 22 November 2017. Minggu sebelum ini iaitu 9 hingga 15 November, harga bagi bahan api RON 95 naik 7 sen manakala RON 97 pula naik sebanyak 6 sen, dijual pada harga masing-masing RM2.31 dan RM2.67 seliter.

    Bagi diesel pula ia naik sebanyak 3 sen seliter untuk Euro 2 dan Euro 5, dijual pada harga masing-masing RM2.2.20 dan RM2.30 seliter.

     
     
  • Volvo XC60 generasi baharu kini tiba di Thailand – D4 Diesel dan T8 Twin Engine, harga bermula RM391k

    Volvo XC60 generasi baharu kini tiba di Thailand – D4 Diesel dan T8 Twin Engine, harga bermula RM391k

    SUV Volvo XC60 generasi baharu kini telahpun tiba di negara kedua pada rantau ASEAN iaitu Thailand, selepas Singapura sebelum ini. Untuk pasaran Thai, XC60 tampil dalam tiga varian iaitu D4 Diesel Momentum, T8 Twin Engine Momentum dan T8 Twin Engine R-Design.

    XC60 generasi kedua ini dijual pada harga bermula 3,090,000 baht (RM391k) untuk model D4 Diesel, meningkat kepada 3,290,000 baht (RM416k) untuk T8 Twin Engine Momentum, manakala model tertinggi T8 Twin Engine R-Design pula dijual pada harga 3,590,000 baht (RM454k).

    Pelanggan di Thailand yang menempah SUV ini sebelum 11 Disember pula bakal meneria Pakej Servis Premium Volvo secara percuma sebagai ganjaran untuk kempen promosi. Pakej berkenaan terdiri dari waranti selama lima-tahun/150,000 km, pakej Volvo Maintenance selama lima-tahun/150,000 km serta Volvo Assistance juga selama lima tahun.

    Kesemua varian XC60 pasaran Thailand akan dipadankan dengan sistem pacuan semua roda dan kotak gear lapan-kelajuan automatik (AW TG-81SC untuk D4, AW TG-81SD untuk T8). Bagi varian D4, ia dijana enjin turbodiesel 2.0 liter empat silinder berkuasa 190 hp pada takat 4,250 rpm dan tork maksima antara 1,750 hingga 2,500 rpm. Pecutan 0-100 km/j pula dicatatkan pada 8.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 205 km/j. Penggunaan bahan api gabungan pula dicatatkan pada 5.1 liter untuk setiap 100 km.

    Manakala untuk T8 Twin Engine pula, ia menggunakan unit yang sama dari XC90 dan sedan S90, menggabungkan enjin petrol 2.0 liter Drive dengan pengecas turbo dan supercharger, bersama motor elektrik pada gandar belakang. Secara keseluruhan ia menghasilkan kuasa 407 hp dan tork maksima 640 Nm membolehkan SUV ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.3 saat (XC90 mencatatkan 5.6 saat) dan kelajuan maksima 230 km/j. Penggunaan petrol gabungan pula direkodkan pada 2.1 liter untuk setiap 100 km/j.

    Seperti juga model Volvo lain, XC60 diberikan sistem keselamatan yang cukup menyeluruh. Ia terdiri dari ABS, EBD, ESC, enam beg-udara, Pengesan Haiwan Besar, sistem pemanduan sendiri Pilot Assist (sehingga 130 km/j), Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation, City Safety dan Sistem Informasi Titik Buta.

    Untuk pengetahuan anda, Volvo XC60 pada pasaran Thailand ini diimport bukan dari Sweden, sebaliknya dibuat di kilang Swedish Motor Assemblies (SMA) Shah Alam, Malaysia – sama seperti abangnya, XC90. Kilang berkenaan kini menjadi hab pemasangan Volvo untuk pasaran ASEAN, dan akan mengeksport sekitar 1,500 hingga 1,700 Volvo ke Thailand setiap tahun. Sehingga kini, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memasang model yang dilengkapi janakuasa hibrid T8 Twin Engine selain dari Sweden.

    Bila pula XC60 akan dilancarkan pada pasaran tempatan? Masih belum jelas, namun pelancarannya mungkin semakin hampir setelah sebuah XC60 dengan trim R-Design dijumpai sedang di uji di Glenmarie baru-baru ini.

    GALERI:Volvo XC60 generasi baharu

     
     
  • KTM 790 Adventure Concept – fokus kepada prestasi

    KTM 790 Adventure Concept – fokus kepada prestasi

    Semasa EICMA 2017, KTM telah menunjukkan penggunaan buat pertama kali enjin dua silinder selari baru mereka yang digelar sebagai LC8c pada model Duke 790. Ini dianggap sebagai sesuatu yang besar bagi KTM kerana sebelum ini mereka hanya lebih banyak menggunakan enjin satu silinder dan juga V-twin.

    Dengan adanya enjin serta casis baru ini, semestinya ia tidak akan berakhir dengan satu model sahaja. Oleh itu, KTM telah menunjukkan sebuah model konsep prototaip dinamakan sebagai 790 Adventure, yang mungkin akan menjadi satu lagi motosikal yang menggunakan enjin sama.

    Model ini juga merapatkan lagi jurang di antara motosikal enduro jenama itu, dengan siri Adventure yang kini dipasarkan dengan kapasiti bermula 1,050 cc. Bagi model enduro pula, paling besar sebelum ini adalah 690 Enduro, yang menggunakan enjin sama seperti Duke 690.

    KTM 790 Adventure Concept – fokus kepada prestasi

    Apa yang dinyatakan lagi oleh KTM berkenaan motosikal ini adalah ia memberikan fokus kepada prestasi, dengan ciri dinamik dan nisbah kuasa dan berat yang biasanya cuma boleh didapati pada model yang menggunakan enjin berkapasiti lebih besar.

    Apabila menggunakan enjin LC8c baru ini, 790 Adventure boleh menghasilkan sehingga 103.3 hp pada 9,000 rpm. Melihat kepada gambar model prototaip ini pula, ia seperti sudah sedia untuk produksi dengan lampu LED yang sudah menjadi tanda unik model generasi baru KTM, tetapan rim enduro, pelindung enjin dan pelbagai lagi kelengkapan.

     
     
  • Subaru Ascent bakal tampil di LA 28 November ini

    Subaru Ascent bakal tampil di LA 28 November ini

    Subaru telah memilih untuk menampilkan model SUV tujuh-tempat duduknya, Ascent 2019, di Los Angeles Auto Show, dijadualkan pada 28 November ini. Sebelum ini, Ascent pernah dipertontonkan buat pertama kalinya dalam bentuk model konsep di New York International Auto Show, iaitu pengganti bagi Tribeca.

    SUV tiga-barisan tempat duduk ini akan dibina dengan menggunakan Subaru Global Platform. Model konsepnya berukuran 5,050 mm panjang, 1,989 mm lebar, 1,839 mm tinggi dengan jarak roda 2.972 mm, yang mana ia kelihatan hampir menyamai model produksinya.

    Ascent dijangka bakal dijanakan oleh enjin boxer pengecas turbo dan suntikan terus, dengan padanan sistem pacuan semua roda. SUV bersaiz besar ini bakal diproduksi di Lafayette, Indiana.

    Imej teaser yang dikeluarkan ini tidak banyak memberikan gambaran mengenai rekaan akhir SUV tersebut, cuma kelihatan lampu belakangnya yang dilingkari motif berbentuk-C dan bampar belakang berwarna hitam. Kelihatan juga pelindung boot lip aluminium dan logo Ascent yang agak kecil.

     
     
  • Peugeot, Huawei bina sistem ketersambungan kereta

    Peugeot, Huawei bina sistem ketersambungan kereta

    PSA Group, pengeluar bagi kereta Peugeot dan Citroen, akan membina sistem ketersambungan kenderaan yang terjamin, dengan kerjasama baharu bersama pengeluar telko terkemuka China, Huawei Technologies, seperti mana yang diumumkan oleh pengeluar kenderaan Perancis itu semalam, laporan oleh Reuters.

    “Kerjasama kami dengan Huawei adalah mengenai platform pembangunan ketersambungan kenderaan,” ujar ketua jurutera PSA Gilles Le Borgne di majlis bertemakan mobiliti yang dianjurkan oleh syarikat tersebut.

    Walau pun masih tidak mendedahkan perincian mengenai kerjasama PSA-Huawei, namun perkhidmatan baharu ini menawarkan beberapa ciri termasuk diagnostik kenderaan dengan kawalan jauh, perisian ‘over-the-air’ yang dipertingkatkan dan keupayaan perkongsian-kenderaan, ujar PSA. Perkhidmatam pertama ini hanya akan dimulakan pada tahun hadapan di Eropah dan China, iaitu negara asal kedua-dua syarikat terbabit.

    Nampak gayanya, PSA mengambil kesempatan di atas kepakaran Huawei yang memang terkenal dengan teknologi sebegini bagi mengembangkan dan memajukan lagi produk yang bakal mereka hasilkan. Mungkinkah ia bakal menjadi ikutan syarikat lain kelak?

     
     
  • Perodua Myvi 2018 – saksikan lintas langsung pelancarannya di sini esok, eksklusif di paultan.org

    Debaran kian memuncak; Perodua Myvi 2018 bakal dilancarkan esok, jadi bagi anda yang berada di rumah, pejabat mahu pun di mana jua lokasi anda, ambil peluang untuk menonton lintas langsung majlis pelancaran tersebut, eksklusif menerusi paultan.org.

    Ia boleh disaksikan sama ada menerusi laman web ini, laman YouTube kami, Facebook kami atau pun laman Facebook rasmi Perodua sendiri pada jam 5.45pm esok.

    Seperti yang semua maklum, Myvi adalah salah satu model kenderaan terhangat di pasaran sejak 10 tahun yang lalu. Malah kini telah melebihi 10 juta unit Myvi di kalan raya sejak generasi pertamanya dilancarkan pada Mei 2005. Justeru, kehadiran model baharunya pasti dinanti-nantikan. Bukan itu sahaja, Myvi turut mengungguli carta jualan tertinggi selama sembilan tahun berturut-turut sebelum ia ‘dicantas’ adiknya sendiri, Axia, pada tahun 2015.

    Myvi baharu ini telah pun ditampilkan di khalayak umum pada 9 November lalu, namun tidak dipertontonkan sepenuhnya. Di mana ia diletakkan di dalam kotak dan hanya menampakkan sedikit bahagian hadapan dan belakangnya sahaja.

    Difahamkan, model baharu ini adalah lebih panjang dan lebar berbanding Myvi sedia ada, namun garisan bumbungnya lebih rendah, yang memberikan imej lebih hatchback. Sehingga kini, Perodua masih belum mendedahkan ukuran dimensinya, namun dikatakan kabinnya lebih luas dengan ‘aturan tempat duduk lebih fleksibel 8+1’, iaitu sembilan bentangan susun aturnya, bukan tempat duduk.

    Ia turut menawarkan dua pilihan enjin iaitu 1.3L dan 1.5L baharu yang cekap tenaga (EEV), lengkap dengan ciri Dual VVT-i yang dipadankan dengan sistem transmisi lima-kelajuan manual atau automatik empat-kelajuan E-AT bagi semua varian. Walaupun maklumat terperinci bagi enjinnya belum didedahkan, kami menjangkakan ia akan mewarisi enjin 1.3 dari Perodua Bezza manakala enjin 1.5L pula dari Toyota Avanza, tentunya dengan penambah baikan yang khusus untuk model baharu ini.

    Lima varian ditawarkan semuanya – 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Ditawarkan pertama kali untuk Myvi ialah ciri Eco Idle bagi tiga varian paling tinggi – di mana enjin akan mati dan hidup semula jika brek dilepaskan (dalam keadaan statik).

    Turut menjadi kelebihan bagi model ini ialah ia menjadi model pertama dalam kelasnya yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan ciri keselamatan termaju. Sebagai contoh, varian tertinggi 1.5 Advance akan dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) – yang turut merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Sistem ini berfungsi melalui sebuah kamera yang terletak di belakang bahagian cermin pandang belakang.

    Semua varian juga akan menerima ciri standard termasuk lampu utama LED dengan auto off dan fungsi ‘Follow Me Home’, kemasukan tanpa kunci dengan butang push start, tempat duduk belakang yang boleh dilipatkan secara 60:40 dan pengesan undur.

    Bagi varian 1.3L, ia menerima empat beg udara (hadapan dan sisi), ABS, EBD dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) secara standard. Malah untuk varian 1.3 Premium X, ia juga dilengkapi dengan Eco Idle.

    Untuk varian 1.5L pula, ia didatangkan dengan elemen tambahan termasuk rim 15-inci (satu-inci lebih lebar), skirting hadapan dan sisi, bampar belakang dengan dua-tona, spoiler belakang dan pembaca Touch n Go bina-dalam (cuma masukkan kad TNG anda dan gunakan lorong Smart Tag tanpa peranti). Kedua-dua varian 1.5L turut menerima enam beg udara (hadapan, sisi dan tirai). Perodua mensasarkan penarafan lima-bintang dari ASEAN NCAP.

    Klik untuk besarkan

    Hatchback ikonik ini turut menawarkan harga yang begitu kompetitif, bermula dari RM44,300 untuk 1.3 Standard G manual dan RM46,300 untuk automatik, RM48,300 untuk 1.3 Premium X dan RM51,800 untuk 1.5 High. Model tertinggi 1.5 Advance pula dijual pada harga RM55,300. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran, dan semua model hadir dengan pelindungan waranti lima tahun/150,000km

    Perodua Myvi 1.3 Standard G
    RM44,300 (MT)
    RM46,300 (AT)

    Hadir standard dengan:

    Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
    1,329 cc, empat-silinder petrol
    94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm (angka anggaran yang diambil dari Bezza 1.3)
    Manual lima kelajuan atau Automatik empat-kelajuan E-AT
    Lampu hadapan LED dengan fungsi auto off dan follow-me-home
    Pelaras lampu hadapan
    Lampu belakang LED dengan lampu panduan
    Penderia undur
    Rim aloi 14-inci
    Sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin
    Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
    Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
    Poket sisi (untuk telefon bimbit) pada tempat duduk hadapan
    Empat beg udara (dua hadapan dan hadapan sisi)
    ABS dan EBD
    Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC)
    Kawalan Traction (TRC)
    Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
    Waranti lima-tahun/150,000 km
    Disasarkan untuk mendapat lima-bintang dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP

    Perodua Myvi 1.3 Premium X
    RM48,300 (AT)

    Ditambah dengan:

    Sistem start-stop enjin automatik Eco-idle
    Kemasan luaran dan dalaman tambahan (belum didedahkan)

    Pilihan warna untuk Myvi 1.3:

    Ivory White (solid)
    Glittering Silver (metalik)
    Mystical Purple (metalik)
    Lava Red (metalik)
    Peppermint Green (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.3

    Perodua Myvi 1.5 High
    RM51,800 (AT)

    Ditambah dengan:
    Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
    1,496 cc, empat-silinder petrol
    106 hp pada 6,000 rpm, 140 Nm pada 4,200 rpm (angka anggaran yang diambil dari Vios 1.5)
    Empat-kelajuan E-AT
    Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km seliter
    Rim aloi 15-inci dua-tona
    Kit badan hadapan dan skirt sisi (dua tona)
    Bampar belakang dua-tona
    Spoiler belakang
    Pembaca tol bina-dalam (bersepadu dengan SmartTag)
    Enam beg udara (dua hadapan, sisi hadapan, tirai)

    Perodua Myvi 1.5 Advance
    RM55,300 (AT)

    Ditambah dengan:
    Advanced Safety Assist (ASA)
    Amaran Pra-pelanggaran
    Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
    Amaran Pergerakan Kehadapan
    Kawalan Salah-operasi Pedal

    Pilihan warna untuk Myvi 1.5:
    Ivory White (solid)
    Glittering Silver (metalik)
    Mystical Purple (metalik)
    Lava Red (metalik)
    Granite Grey (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.5

     
     
  • Arch Motorcycles KRGT-1S guna enjin V-twin 2,032 cc

    Arch Motorcycles KRGT-1S guna enjin V-twin 2,032 cc

    Syarikat pengeluar motosikal kustom milik Keanu Reeves dan Gard Hollinger, iaitu Arch Motorcycles mula masuk ke dalam industri pada tahun 2015 dengan penawaran model KRGT-1. Kini, syarikat itu memperkenalkan sebuah model baru yang merupakan evolusi kepada model tersebut iaitu KRGT-1S.

    Ini adalah motosikal produksi pertama syarikat itu yang menggunakan lengan ayun tunggal, bersama pelbagai lagi inovasi baru seperti plet penutup tangki minyak yang naik ke atas, tangki gabungan gentian karbon dan aluminium, rim BST gentian karbon dan ekzos yang terpacak ke atas (sekitar 45 darjah).

    Enjin yang digunakan pada model ini masih lagi sama seperti KRGT-1, iaitu unit V-Twin Amerika Syarikat berkapasiti 2,032 cc yang boleh menghasilkan 126 hp, 165 Nm tork, dan kuasa disampaikan ke tayar belakang melalui kotak gear enam kelajuan buatan khas dan sistem rantai.

    Kelengkapan lain yang boleh dilihat ada pada motosikal ini adalah termasuk satu tempat duduk, dengan bahagian belakang tertutup seperti cafe racer, panel instrumen digital penuh, lubang udara di tepi tangki minyak, suspensi yang boleh dilaras sepenuhnya di depan dan belakang, dan lampu utama LED.

    Harga serta bila motosikal ini akan masuk fasa produksi masih lagi belum diberitahu, tetapi melihat kepada model sebelum ini yang dijual pada harga bermula USD78,000 (RM320,850), orang ramai perlu tahu bahawa motosikal Arch Motorcycles tidak mementingkan harga, tetapi lebih kepada penghargaan rekaan, kejuruteraan serta keunikan tersendiri.

     
     
  • Subaru WRX STI generasi seterusnya lebih mesra alam – enjin EJ25 bakal disingkir, diganti janakuasa hibrid

    Subaru WRX STI generasi seterusnya lebih mesra alam – enjin EJ25 bakal disingkir, diganti janakuasa hibrid

    Setelah hampir tiga dekad menjana kereta-kereta berprestasi tinggi sejak zaman Subaru Legacy RS hingga ke Impreza WRX, enjin siri EJ Subaru bakal ditamatkan perkhidmatannya tidak lama lagi.

    Menurut laporan Autocar, pengurus jualan dan pemasaran Subaru Eropah Dello Stritto memberitahu laman AutoRAI bahawa enjin boxer EJ25 2.5 liter turbo pada WRX STI sedia ada “bakal tidak akan wujud lagi pada masa hadapan” dan ianya berkemungkinan besar akan digantikan dengan unit janakuasa hibrid plug-in.

    WRX STI generasi berikutnya bakal dibina berasaskan model Impreza generasi terkini. Jadi, ia bakal dibangunkan menggunakan Subaru Global Platform yang turut direka bagi memuatkan unit janakuasa hibrid dan elektrik sepenuhnya, selain dari enjin pembakaran dalaman dengan bentangan boxer konvensional Subaru.

    Subaru WRX STI generasi seterusnya lebih mesra alam – enjin EJ25 bakal disingkir, diganti janakuasa hibrid

    Pelbagai kemungkinan konfigurasi sistem boleh diagak, termasuk opsyen untuk memadankan motor elektrik pada gandar belakang, atau menggabungkan enjin boxer Subaru sebagai elemen dalam sistem hibrid.

    “Kami tidak akan menyisihkan elemen keseronokan memandu. Impreza baharu memberikan keseronokan ini dalam cara yang berbeza, lebih masuk akal dan memenuhi undang-undang emisi CO2,” jelas Stritto.

    Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara terus model berkenaan akan dikuasakan oleh janakuasa hibrid, tetapi menjelaskan bahawa “Subaru kini berhati-hati terhadap perkembangan pasaran dan akan membuat rancangan masa hadapan berdasarkan informasi ini.” Ini jelas membayangkan situasi terkini yang memaksa industri automotif global untuk terjun ke bidang teknologi elektrik.

    Walau bagaimanapun, Stritto tidak memberikan sebarang jangkaan bila model berkenaan akan diperkenalkan. Namun pada Tokyo Motor Show 2017 baru-baru ini Subaru telah mendedahkan model konsep Viziv Performance yang dikatakan membayangkan bagaimana rupa WRX STI generasi seterusnya. Tiada perincian lanjut berkenaan unit janakuasa model konsep tersebut, melainkan ia dinyatakan dijana enjin boxer dan diberikan sistem symmetrical all-wheel drive.

    Dalam laporan motoring sebelum ini, WRX STI generasi baharu hanya akan membuat penampilan sekitar tiga tahun dari sekarang. Menurut pengarah urusan Subaru Australia Colin Christie, jurutera-jurutera Subaru buat masa ini masih sedang membangunkan unit janakuasa baharu untuk WRX STI bagi dipadankan pada Subaru Global Platform.

    GALERI: Subaru Viziv Performance Concept di Tokyo Motor Show 2107

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.47 (-0.25)
RON 97 RM4.10 (-0.25)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.07 (-0.30)
EURO 5 B7 RM4.27 (-0.30)
Last Updated Jun 25, 2026