Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Kawasaki Z900 RS guna teknologi moden tapi bentuk klasik – versi cafe racer turut diperkenalkan di EICMA

    Kawasaki Z900 RS guna teknologi moden tapi bentuk klasik – versi cafe racer turut diperkenalkan di EICMA

    Pada tahun 1970-an, Kawasaki mempunyai model naked yang cukup popular iaitu Z1. Kini, ekspresi motosikal tersebut dibawa kembali melalui sebuah model baru yang dinamakan sebagai Z900 RS. Enjin yang digunakan pada model ini adalah sama dengan Z900, iaitu unit empat silinder 948 cc, tetapi ditala semula untuk memberikan kuasa maksimum 111 hp pada 8,500 rpm dan 98.5 Nm tork pada 6,500 rpm.

    Walaupun enjin adalah sama, kerangka Z900 RS ini pula adalah berlainan dengan Z900 bagi menempatkan tangki serta bentuk tempat duduk unik baginya. Baru pada motosikal ini adalah angkup brek hadapan jenis radial bersama ABS (set berkembar cakera 300 mm dan angkup monobloc empat piston) dan sistem kawalan cengkaman KTRC dua mod. Untuk brek belakang, ia masih menggunakan cakera 250 mm dan angkup dua piston.

    Bagi memberi padanan kepada penampilan klasiknya, bahagian meter direka dengan dua bahagian analog bulat (untuk laju dan rpm), manakala di tengahnya terdapat skrin LCD untuk informasi lain. Bahagian tempat duduk pula datang dalam satu unit manakala suspensi terdiri daripada fork 41 mm di hadapan dan penyerap gas di belakang. Berat motosikal ini adalah 215 kg dan ia datang dengan rim 17 inci dan tangki 17 liter.

    Semasa pameran EICMA 2017 yang masih lagi berlangsung sekarang, Kawasaki juga telah memperkenalkan sebuah lagi variasi bagi Z900 RS iaitu yang berbentuk cafe racer. Selain perumah lampu hadapan yang berbeza, model cafe racer ini juga menggunakan tempat duduk yang lebih berlekuk dan pemegang yang lebih rendah untuk tunggangan yang lebih sporty.

    Smeentara Z900 RS ditawarkan dalam lima warna berbeza, model cafe racer ini pula cuma datang dalam satu warna istimewa yang digelar Vintage Lime Green. Bagi bahagian rim, model cafe racer ini masih mengunakan unit aluminium 17 inci (bukan lidi) yang sama seperti Z900 RS biasa.

    GALERI: Kawasaki Z900 RS


    GALERI: Kawasaki Z900 RS Cafe Racer

     
     
  • Mazda M’sia tawar program bantuan untuk mangsa banjir di P. Pinang – diskaun 25% bagi buruh, alat ganti

    Mazda M’sia tawar program bantuan untuk mangsa banjir di P. Pinang – diskaun 25% bagi buruh, alat ganti

    Mazda Malaysia telah mengumumkan program bantuan bagi pelanggannya yang terlibat dengan tragedi banjir di Penang, ini termasuklah dengan diskaun 25% bagi tenaga buruh dan alat ganti.

    Syarikat ini turut menasihati agar pemilik kenderaan Mazda yang terlibat agar tidak menghidupkan kenderaan masing-masing yang terjejas kerana banjir, kerana ia dikhuatiri akan menyebabkan kerosakan dalaman yang lebih teruk. Juga elakkan dari cuba membuka atau menanggalkan sebarang bahagian bagi tujuan mengeringkannya.

    Apa yang perlu dilakukan ialah pemilik kenderaan terbabit perlu menghubungi syarikat insurans atau perkhidmatan menunda untuk membawa kenderaan masing-masing ke pusat servis yang terletak di Sungai Tiram dan Kampung Gajah bagi tujuan pentafsiran, sebelum kerja-kerja membaikpulih dimulakan.

     
     
  • Selangor rancang beli EV untuk kegunaan tugas rasmi

    Selangor rancang beli EV untuk kegunaan tugas rasmi

    Kerajaan negeri Selangor merancang untuk membeli kenderaan elektrik (EV) bagi kegunaan rasmi, sekaligus membantu mengurangkan pelepasan karbon dan memelihara alam sekitar, laporan The Malaymail.

    Bagaimanapun, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri yang turut bertanggungjawab dalam pelancongan, persekitaran, teknologi hijau dan hal ehwal pengguna, Elizabeth Wong, berkata, buat masa ini tiada penetapan masa bagi penggantian kenderaan rasmi sedia ada.

    “Buat setakat ini, belum tiba masanya untuk mendapatkan kenderaan rasmi baharu,” ucap Wong dalam Dewangan Undangan Negeri seperti mana yang terdahulu dilaporkan oleh Malaysiakini.

    Beliau turut berkata Selangor akan meneruskan pelan tindakan teknologi hijau antara tahun 2016 dan 2018, di mana ia termasuk dengan pemasangan stesen pengecasan bagi EV.

    Malaysiakini turut melaporkan kali terakhir kerajaan Selangor menukar kenderaan rasmi adalah pada tahun 2008, iaitu memilih Toyota Camry bagi kegunaan 10 ahli exco negeri.

     
     
  • KTM Duke 790 tunjukkan enjin baru dua silinder selari

    KTM Duke 790 tunjukkan enjin baru dua silinder selari

    Bagi motosikal berkapasiti bawah 1,000 cc, KTM sentiasa menggunakan tetapan enjin satu silinder, dengan enjin LC4 690 cc mereka diangkat sebagai enjin satu silinder paling berkuasa di dunia untuk motosikal produksi. Tapi, perkara ini sudah berubah apabila syarikat dari Austria itu memperkenalkan enjin baru LC8c 799 cc empat strok dengan tetapan dua silinder selari.

    Secara keseluruhannya, enjin ini boleh menghasilkan kuasa 105 hp dan 86 Nm tork, dan ia dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan dan klac slipper PASC. Head enjin ini menggunakan sistem DOHC lapan injap, satu palam pencucuh untuk setiap silinder, dan rantai cam ditegangkan secara automatik melalui sistem hidraulik. Untuk mengurangkan gegaran, terdapat dua batang pengimbang (counter balance shaft); satu di depan crankshaft dan satu lagi di antara dua camshaft.

    Tiada lagi kerangka jenis trellis pada Duke ini, dan ia kini menggunakan kerangka besi chrome-molybdenum berbentuk bulat. Kerangka belakang yang menyokong tempat duduk pula dibuat daripada aluminium yang diacu sebagai satu unit dan ia tidak mempunyai sebarang penutup plastik di luar.

    Aspek prestasi diambil penting pada motosikal ini, sebab itulah dapat dilihat pada bahagian hadapannya terdapat fork WP USD 43 mm, brek cakera 300 mm berkembar dan angkup Brembo empat piston, manakala di belakang pula terdapat penyerap WP dengan larasan pra beban, cakera 240 mm dan angkup dua piston. Rim pula bersaiz 17 inci.

    Pada bahagian elektronik, dengan penggunaan sistem ride-by-wire, Duke 790 ini dapat didatangkan dengan empat mod tunggangan iaitu Sport, Street, Rain dan Track. Selain itu, ia juga datang terus dengan Motorcycle Traction Control (MTC) yang sensitif kepada kecondongan motosikal, brek ABS yang boleh ditutup dan mod Supermoto, Motor Slip Regulation (MSR) dan Quickshifter+.

    Selain membawa rekaan terkini Duke bersama lampu LED unik di depan, Duke 790 ini turut menggunakan panel instrumen digital TFT yang memaparkan pelbagai informasi, dan boleh disambung dengan sistem KTM My Ride. Berat KTM Duke 790 adalah 169 kg, dan ia datang dengan kapasiti tangki minyak 14 liter.

     
     
  • Jalan sekitar KL ditutup bagi naiktaraf Jalan Tun Razak

    Jalan sekitar KL ditutup bagi naiktaraf Jalan Tun Razak

    Beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur ditutup mulai 6 Oktober 2017 sehingga Januari 2018 bagi kerja-kerja menaiktaraf di sepanjang Jalan Tun Razak.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong (SMART), penutupan jalan oleh Gadang CRFG Consortium melibatkan Jalan Tun Razak, jalan keluar ke Bulatan Kampung Pandan dan Jalan Davis. Penutupan ini adalah bagi kerja-kerja menaiktaraf untuk meningkatkan aliran trafik di sekitar pusat bandar di Jalan Tun Razak dari Jalan Langgak Golf sehingga Bulatan Kampung Pandan dan Tun Razak Exchange (TRX), laporan Bernama.

    Pengguna jalan raya yang datang dari arah Seremban, Cheras dan Sungai Besi disarankan menggunakan laluan alternatif seperti di Lebuhraya SMART untuk memasuki beberapa kawasan di pusat bandar termasuk Jalan Tun Razak, KLCC dan Bukit Bintang. Selain itu, bagi mereka yang keluar dari pusat bandar Kuala Lumpur juga boleh menggunakan Lenuhraya SMART bagi mengelakkan kesesakan trafik di Jalan Davis dan Bukit Bintang.

     
     
  • Honda berazam kekal komited bangunkan kereta sport

    Honda berazam kekal komited bangunkan kereta sport

    Honda memang boleh melakukan peralihan kepada teknologi hijau selaras dengan rancangan 2030 Vision mereka, namun demikian, ini tidak bermakna pengeluar kenderaan tersebut mengetepikan peminat jentera prestasi tinggi. Maka, Honda nekad untuk kekal komited bagi teruskan membangunkan kereta sport. Menurut Presiden dan CEO Honda, Takahiro Hachigo, pihaknya akan terus kekal komited dalam penghasilan barisan model kereta sport, namun tetap akan memberikan kepuasan dan kegembiraan buat pelanggan yang bakal memandunya.

    “Apabila bercakap soal keseronokan sewaktu pemanduan, secara semulajadinya ia bermaksud kereta sport. Kini, kita sudah mempunyai generasi baharu bagi NSX dan Civic Type R serta S660, dan keutamaan kami adalah meneruskan model sport yang telah diperkenalkan ini,” ujarnya kepada pemberita di Tokyo hujung bulan lalu.

    Walau bagaimana pun, ia mungkin boleh berubah ke arah elektrifikasi, seperti model Sport EV Concept yang ditampilkan di Tokyo Motor Show 2017, yang dilihat memiliki potensi untuk dibangunkan sebagai model produksi pada masa hadapan.

    Walau bagaimana pun, syarikat ini tidak menyatakan lebih lanjut adakah ia bakal menjadi realiti, namun Urban EV Concept – yang berkongsi platform yang sama – bersedia untuk mula diproduksikan pada 2019 dan coupe dua-pintu ini berkemungkinan bakal mengikutinya. Hachigo turut berkata, “Secara peribadinya, saya juga amat sukakan kereta sport, jadi saya berharap kami boleh membangunkannya dalam cara berbeza.”

    Beliau turut menambah, adakah kemungkinan untuk pengeluar kereta membangun dan memperkenalkan lebih banyak model sport, ia akan bergantung pada pemintaan pasaran, begitu juga dengan jualan, kerana aspek perniagaan tidak boleh diketepikan.

    “Sebagai bekas jurutera penyelidikan dan pembangunan, secara peribadinya saya tahu ada segelintir pencinta kereta sport di dalam jabatan R&D kami. Jadi, bagi tenaga kerja, kami memang berupaya untuk melakukan pembangunannya, cuma walau pun ia boleh dibangunkan, namun persoalannya, bolehkan ia dijual?” ujar Hachigo lagi.

    Jelasnya lagi, “Persoalan ini agak besar, dan sebab itulah sukar untuk membuat keputusan. Jika suara di rantau berbeza mahukan kereta sport ini, kami dengan penuh teruja mahu membangunkannya.”

    Bagi Sport EV Concept – menurut perekanya, Makoto Harada memberitahu paultan.org di Tokyo Motor Show 2017 lalu, kereta ini memang sudah dibayangkan sejak awal, namun buat setakat ini, tiada kajian lebih lanjut dijalankan.

    GALERI: Honda NSX, Tokyo Motor Show 2017

    GALERI: Honda S660, Tokyo Motor Show 2017

    GALERI: FK8 Honda Civic Type R

    GALERI: Honda Sports EV Concept, Tokyo Motor Show 2017

     
     
  • Perodua Myvi 2018 – Perincian setiap varian; 1.3/1.5 Dual VVT-i, 4/6 beg udara, VSC, ASA, RM44k-RM55k!

    Perodua Myvi 2018 – Perincian setiap varian; 1.3/1.5 Dual VVT-i, 4/6 beg udara, VSC, ASA, RM44k-RM55k!

    Perodua Myvi 2018 telahpun diumumkan sudah boleh ditempah dengan harga bermula RM44,300, manakala model tertinggi dengan spesifikasi penuh yang diberikan pelbagai teknologi jauh mendahului pesaingnya dijual pada harga hanya RM53,300! (harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran).

    Namun, apa pula perincian spesifikasi setiap model yang ditawarkan? Kami senaraikan spesifikasi lengkap untuk setiap model yang ditawarkan, tetapi perlu diingat – spesifikasi sepenuhnya masih lagi belum didedahkan oleh Perodua, dan maklumat di bawah adalah info terkini yang kami terima dari jenama automotif kedua berkenaan.

    Perodua Myvi 2018 – Perincian setiap varian; 1.3/1.5 Dual VVT-i, 4/6 beg udara, VSC, ASA, RM44k-RM55k!

    Perodua Myvi 1.3 Standard G
    RM44,300 (MT)
    RM46,300 (AT)

    Hadir standard dengan:

    Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
    1,329 cc, empat-silinder petrol
    94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm (angka anggaran yang diambil dari Bezza 1.3)
    Manual lima kelajuan atau Automatik empat-kelajuan E-AT
    Lampu hadapan LED dengan fungsi auto off dan follow-me-home
    Pelaras lampu hadapan
    Lampu belakang LED dengan lampu panduan
    Penderia undur
    Rim aloi 14-inci
    Sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin
    Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
    Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
    Poket sisi (untuk telefon bimbit) pada tempat duduk hadapan
    Empat beg udara (dua hadapan dan hadapan sisi)
    ABS dan EBD
    Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC)
    Kawalan Traction (TRC)
    Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
    Waranti lima-tahun/150,000 km
    Disasarkan untuk mendapat lima-bintang dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP

    Perodua Myvi 2018 – Perincian setiap varian; 1.3/1.5 Dual VVT-i, 4/6 beg udara, VSC, ASA, RM44k-RM55k!

    Perodua Myvi 1.3 Premium X
    RM48,300 (AT)

    Ditambah dengan:

    Sistem start-stop enjin automatik Eco-idle
    Kemasan luaran dan dalaman tambahan (belum didedahkan)

    Pilihan warna untuk Myvi 1.3:

    Ivory White (solid)
    Glittering Silver (metalik)
    Mystical Purple (metalik)
    Lava Red (metalik)
    Peppermint Green (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.3

    Perodua Myvi 2018 – Perincian setiap varian; 1.3/1.5 Dual VVT-i, 4/6 beg udara, VSC, ASA, RM44k-RM55k!

    Perodua Myvi 1.5 High
    RM51,800 (AT)

    Ditambah dengan:
    Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
    1,496 cc, empat-silinder petrol
    106 hp pada 6,000 rpm, 140 Nm pada 4,200 rpm (angka anggaran yang diambil dari Vios 1.5)
    Empat-kelajuan E-AT
    Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km seliter
    Rim aloi 15-inci dua-tona
    Kit badan hadapan dan skirt sisi (dua tona)
    Bampar belakang dua-tona
    Spoiler belakang
    Pembaca tol bina-dalam (bersepadu dengan SmartTag)
    Enam beg udara (dua hadapan, sisi hadapan, tirai)

    Perodua Myvi 2018 – Perincian setiap varian; 1.3/1.5 Dual VVT-i, 4/6 beg udara, VSC, ASA, RM44k-RM55k!

    Perodua Myvi 1.5 Advance
    RM55,300 (AT)

    Ditambah dengan:
    Advanced Safety Assist (ASA)
    Amaran Pra-pelanggaran
    Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
    Amaran Pergerakan Kehadapan
    Kawalan Salah-operasi Pedal

    Pilihan warna untuk Myvi 1.5:
    Ivory White (solid)
    Glittering Silver (metalik)
    Mystical Purple (metalik)
    Lava Red (metalik)
    Granite Grey (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.5

     
     
  • Perodua Myvi 2018 serba baru didedahkan – 1.3L/1.5L, VSC standard, ASA, 4/6 beg udara, dari RM44k-RM55k

    Perodua Myvi 2018 serba baru didedahkan – 1.3L/1.5L, VSC standard, ASA, 4/6 beg udara, dari RM44k-RM55k

    Jadi, hari ini secara rasminya Perodua mengumumkan pengenalan Myvi serba baru akan dibuka untuk tempahan bermula esok. Lebih menarik, harganya juga turut diumumkan; bermula dari RM44,300, tidak termasuk insurans. Ia akan menggantikan model Myvi sedia ada dalam pasaran, yang baru-baru ini diumumkan sudah mencapai produksi satu juta unit.

    Perodua menyifatkan model Myvi generasi ketiga ini akan menampilkan rekaan yang lebih “muda” dan bergaya, dengan keselesaan dan keluasan yang tetap menjadi keutamaan bagi memastikannya kekal praktikal untuk ramai orang.

    Dan, satu lagi aspek yang turut menjadi kebanggaan warga Perodua seperti yang dinyatakan oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh; “Myvi serba baru ini menjadi model Perodua pertama yang mana rekaan luarannya (upper body) dilakukan oleh Perodua sendiri tanpa input dari orang luar.”

    Perodua Myvi 2018 serba baru didedahkan – 1.3L/1.5L, VSC standard, ASA, 4/6 beg udara, dari RM44k-RM55k

    Rekaan terbaru ini juga disifatkan lebih panjang, lebih rendah serta lebih lebar berbanding Myvi sebelum ini. Sebagai contoh, tandem distance ruang kabinnya ialah 973 mm, dengan konfigurasi 8+1 bagi tempat duduk.

    Ada dua pilihan enjin yang ditawarkan; 1.3L dan 1.5L baru yang cekap tenaga (EEV), lengkap dengan ciri Dual VVT-i yang dipadankan dengan sistem transmisi lima-kelajuan manual atau automatik empat-kelajuan E-AT bagi semua varian. Walaupun maklumat terperinci bagi enjinnya belum didedahkan, kami menjangkakan ia akan mewarisi enjin 1.3 dari Perodua Bezza manakala enjin 1.5L pula dari Toyota Avanza, tentunya dengan penambah baikan yang khusus untuk model baru ini.

    Lima varian ditawarkan semuanya – 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Ditawarkan pertama kali untuk Myvi ialah ciri Eco Idle bagi tiga varian paling tinggi – di mana enjin akan mati dan hidup semula jika brek dilepaskan (dalam keadaan statik).

    Perodua Myvi 2018 serba baru didedahkan – 1.3L/1.5L, VSC standard, ASA, 4/6 beg udara, dari RM44k-RM55k

    Hadir dengan rekaan yang lebih aerodinamik berbanding sebelumnya; bacaan penggunaan minyak yang terbaik mampu dicapai pada kadar 20.1 km/l bagi varian 1.5 AT (Dual VVT-i).

    Turut menjadi kelebihan bagi model ini; ia menjadi model pertama dalam kelasnya yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan ciri keselamatan termaju. Sebagai contoh, varian tertinggi 1.5 Advance akan dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) – yang turut merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Sistem ini berfungsi melalui sebuah kamera yang terletak di belakang bahagian cermin pandang belakang.

    Bukan itu saja, semua varian Myvi 2018 serba baru ini akan dilengkapi dengan ciri ABS dengan EBD serta Vehicle Stability Control (VSC) sebagai ciri standard. Selain itu, semua varian 1.5L akan dilengkapi dengan enam beg udara, sementara varian 1.3L dengan empat beg udara. Perodua mensasarkan untuk memperoleh ASEAN NCAP lima bintang.

    Perodua Myvi 2018 serba baru didedahkan – 1.3L/1.5L, VSC standard, ASA, 4/6 beg udara, dari RM44k-RM55k

    Kelengkapan lain yang disertakan ialah lampu utama LED dengan fungsi Follow-Me-Home serta boleh laras, sistem tanpa kunci dengan butang Push Start, nisbah lipatan kerusi belakang 60:40 dan sensor undur. Varian 1.3L akan hadir dengan rim 14 inci, manakala varian 1.5L dengan rim 15 inci.

    Enam pilihan warna akan ditawarkan kepada pelanggan – Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple, Lava Red, Peppermint Green (warna baru untuk varian 1.3L) dan Granite Grey (warna baru untuk varian 1.5L).

    Harga setiap varian pula adalah seperti berikut; 1.3 Standard G (MT) – RM44,300, 1.3 Standard G (AT) – RM46,300, 1.3 Premium X (AT) – RM48,300, 1.5 High (AT) – RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) – RM55,300. Semua harga tidak termasuk insurans.

    Senarai kelengkapan mengikut varian adalah seperti berikut:

    Perodua Myvi 1.3 Standard G
    RM44,300 (MT)
    RM46,300 (AT)

    Hadir standard dengan:

    Enjin 1.3 liter Dual VVT-i (1NR-VE)
    1,329 cc, empat-silinder petrol
    94 hp pada 6,000 rpm, 121 Nm pada 4,000 rpm (angka anggaran yang diambil dari Bezza 1.3)
    Manual lima kelajuan atau Automatik empat-kelajuan E-AT
    Lampu hadapan LED dengan fungsi auto off dan follow-me-home
    Pelaras lampu hadapan
    Lampu belakang LED dengan lampu panduan
    Penderia undur
    Rim aloi 14-inci
    Sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin
    Konfigurasi tempat duduk fleksibel 8+1
    Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
    Poket sisi (untuk telefon bimbit) pada tempat duduk hadapan
    Empat beg udara (dua hadapan dan hadapan sisi)
    ABS dan EBD
    Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC)
    Kawalan Traction (TRC)
    Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
    Waranti lima-tahun/150,000 km
    Disasarkan untuk mendapat lima-bintang dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP

    Perodua Myvi 1.3 Premium X
    RM48,300 (AT)

    Ditambah dengan:

    Sistem start-stop enjin automatik Eco-idle
    Kemasan luaran dan dalaman tambahan (belum didedahkan)

    Pilihan warna untuk Myvi 1.3:

    Ivory White (solid)
    Glittering Silver (metalik)
    Mystical Purple (metalik)
    Lava Red (metalik)
    Peppermint Green (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.3

    Perodua Myvi 1.5 High
    RM51,800 (AT)

    Ditambah dengan:
    Enjin 1.5 liter Dual VVT-i (2NR-VE)
    1,496 cc, empat-silinder petrol
    106 hp pada 6,000 rpm, 140 Nm pada 4,200 rpm (angka anggaran yang diambil dari Vios 1.5)
    Empat-kelajuan E-AT
    Ekonomi penggunaan bahan api gabungan 20.1 km seliter
    Rim aloi 15-inci dua-tona
    Kit badan hadapan dan skirt sisi (dua tona)
    Bampar belakang dua-tona
    Spoiler belakang
    Pembaca tol bina-dalam (bersepadu dengan SmartTag)
    Enam beg udara (dua hadapan, sisi hadapan, tirai)

    Perodua Myvi 1.5 Advance
    RM55,300 (AT)

    Ditambah dengan:
    Advanced Safety Assist (ASA)
    Amaran Pra-pelanggaran
    Brek automatik Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik pada kelajuan rendah)
    Amaran Pergerakan Kehadapan
    Kawalan Salah-operasi Pedal

    Pilihan warna untuk Myvi 1.5:
    Ivory White (solid)
    Glittering Silver (metalik)
    Mystical Purple (metalik)
    Lava Red (metalik)
    Granite Grey (metalik) – warna baharu, eksklusif untuk model-model 1.5

     
     
  • Kawasaki H2 SX – motosikal supercharge untuk jelajah

    Kawasaki H2 SX – motosikal supercharge untuk jelajah

    Tiga tahun selepas Kawasaki memperkenalkan motosikal supercharge H2 mereka, kini syarikat dari Jepun tersebut memperkenalkan sebuah lagi motosikal yang menggunakan asas sama, tetapi untuk kegunaan jelajah iaitu H2 SX. Ia bakal ditawarkan kepada pasaran dalam dua pilihan iaitu model asas H2 SX dan model yang lebih lengkap H2 SX SE.

    Walaupun masih menggunakan enjin supercharge empat silinder 998 cc sama seperti H2, ia dijadikan lebih lembut dengan penggunaan unit supercharger yang baru, dan kuasa kini menjadi 200 PS pada 11,000 rpm dan 137.3 Nm tork pada 9,500 rpm. Sebagai perbandingan dengan H2, enjin pada H2 SX ini kurang 5 PS tetapi tork adalah lebih 4.2 Nm.

    Bukan sekadar untuk penyampaian kuasa, larasan ini juga dilakukan supaya H2 SX dapat memberikan penggunaan bahan api yang baik, dan ia dikatakan boleh menyamai Versys 1000 dan Z1000SX. Tangki bahan api yang disediakan oleh H2 SX adalah berkapasiti 19 liter.

    Untuk membezakan H2 SX dan H2 SX SE dari luar, anda boleh melihat kepada warnanya kerana H2 SX ditawarkan hanya dalam warna hitam, manakala H2 SX SE datang dalam warna hijau yang lebih terang. Selain daripada itu, terdapat juga kelengkapan tambahan lain pada H2 SX SE seperti lampu membelok yang terdapat pada panel tepi dan panel instrumen gabungan analog dan skrin TFT berwarna.

    Secara standard sahaja, H2 SX sudah didatangkan dengan unit pengira inertia (IMU), yang sekaligus dapat mengaktifkan KTRC (termasuk traction control dan wheel lift control), KIBS (termasuk pitching control dan corner braking control) dan
    Kawasaki Engine Brake Control, tetapi bagi mode SE, ia mendapat tambahan KLCM (launch control).

    Suspensi yang dipasang pada H2 SX bukanlah unit yang boleh dikawal secara elektronik, tetapi masih lagi boleh dilaras iaitu fork 43 mm di hadapan dan penyerap gas tunggal di belakang. Brek pula adalah unit cakera berkembar 320 mm dengan angkup monobloc empat piston di hadapan dan cakera 250 mm tunggal serta angkup dua piston di belakang.


     
     
  • Renault Megane GT bakal diprebiu di Malaysia

    Renault Megane GT bakal diprebiu di Malaysia

    GT VERSION – 17-INCH DECARO WHEEL RIMS – OPENING ROOF – TINTED WINDOWS – FRONT AND SIDE RADAR

    TC Euro Cars memberikan gambaran bahawa Renault Megane generasi terbaharu bakal mendarat pada pasaran tempatan dalam masa terdekat setelah mengumumkan Renault Megane GT bakal membuat prebiu dan juga kemunculan sulungnya di Malaysia tidak lama lagi. Kereta berkenaan sebenarnya telahpun ditemui sedang diuji pada jalan raya Malaysia pada Julai lalu.

    Megane GT merupakan hatchback yang dibina dengan kerjasama divisi Renault Sport dan ia hadir dengan penampilan lebih agresif. Selain dari bampar hadapan dan belakang yang lebih garang, kereta ini turut diberikan diffuser belakang, sepasang tip ekzos krom, rim aloi kemasan gunmetal berdiameter 17-inci, serta kemasan-kemasan luar dengan elemen lebih gelap.

    Kereta ini dibangunkan berdasarkan platform Common Module Family (CMF) dari Pakatan Renault-Nissan. Model generasi keempat ini dibina dengan dimensi 64 mm lebih panjang (4,359mm) dan 25 mm lebih rendah (1,447mm) serta jarak roda 28mm lebih jauh (2,669mm) dari model generasi sebelum ini.

    Selain itu, ia turut diberikan sistem four-wheel steering 4Control dan juga sistem Multi Change Down pada transmisi klac berkembar EDC bagi membolehkan penurunan gear agresif dilakukan, bersama sistem launch control. Sistem Multi-Sense masih lagi menawarkan lima-mod pemanduan tetapi mod Eco kini digantikan dengan mod R.S Drive.

    Walau bagaimanapun, TC Euro Cars masih lagi belum memperincikan spesifikasi yang akan diterima oleh pasaran Malaysia. Untuk pringkat global, Megane GT hadir dengan dua pilihan enjin petrol iaitu enjin 1.2 liter empat silinder turbo Energy TCe sama dengan Clio GT, tetapi dengan talaan kuasa 130 PS/205 Nm, dan yang kedua ialah enjin 1.6 liter berkuasa 205 PS/280 Nm. Kesemua enjin ini hanya dipadankan dengan transmisi EDC.

    GALERI: Spyshot Renault Megane GT yang sedang diuji di Malaysia

    GALERI: Renault Megane GT

     
     
  • BMW C400X tampil dengan enjin satu silinder 350 cc

    BMW C400X tampil dengan enjin satu silinder 350 cc

    Pada tahun 2011, BMW telah menyertai kategori skuter maxi dengan pengeluaran model C 600 Sport dan C 650 GT. Kini, pengeluar dari Jerman tersebut keluar lagi dengan skuter baru, tetapi menggunakan enjin yang lebih kecil iaitu unit satu silinder 350 cc yang dipadankan bersama transmisi CVT, mampu menghasilkan 34 hp pada 7,500 rpm dan 35 Nm pada 6,000 rpm.

    Melihat kepada rekaannya, skuter yang dinamakan sebagai C 400 X ini menggunakan banyak garisan tajam yang menjadikannya lebih futuristik dan di depan terdapat lampu utama LED dan lampu siang yang menggunakan teknologi gentian optik. Di bawah pemegangnya terdapat dua ruang simpanan kecil manakala di bawah tempat duduk pula ia adalah lebih besar dan boleh memuatkan helmet.

    Pada bahagian casis, bagi mendapatkan keserasian antara keselesaan dan prestasi, C 400 X menggunakan kerangka tiub besi dan penyerapan hentakan dijalankan oleh unit fork teleskopik 35 mm di hadapan dan dua penyerap berspring di belakang yang boleh dilaras. Rimnya pula adalah bersaiz 15 inci di hadapan dengan tayar 120/70 manakala di belakang terdapat rim 14 inci dengan tayar 150/70.

    Ciri keselamatan turut diambil penting pada skuter ini, walaupun bersaiz sederhana. Brek hadapannya menggunakan tetapan cakera 265 mm berkembar dengan angkup empat piston manakala di belakang terdapat cakera 265 mm dan angkup satu piston. Ia juga didatangkan dengan ABS dan Automatic Stability Control ASC secara standard.

    Secara keseluruhannya, skuter ini mencatat berat 204 kg, dan ia menyediakan tangki minyak berkapasiti 12.8 liter. BMW Motorrad juga ada menyediakan pilihan pelbagai aksesori untuk C 400 X yang termasuk beg barangan tambahan, besi pelindung badan, GPS, tempat duduk lebih rendah dan pelbagai lagi.

     
     
  • Perodua tawar bantuan bagi mangsa banjir di Pulau Pinang – diskaun sehingga 20% bagi alat ganti terpilih

    Perodua tawar bantuan bagi mangsa banjir di Pulau Pinang – diskaun sehingga 20% bagi alat ganti terpilih

    Perodua menawarkan bantuan bagi semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir besar yang sedang melanda Pulau Pinang. Bantuan tersebut merangkumi diskaun sehingga 20% bagi alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma bagi menentukan kos kerosakan bagi kenderaan yang terjejas.

    “Pelanggan kami adalah paling penting bagi kami dan perkhidmatan tambah nilai ini diperuntukkan bagi membantu meringankan beban mereka yang terpaksa berhadapan dengan bencana alam ini,” ujar Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr. Zahari Husin.

    Tambahnya lagi, “Sementara pusat servis kami di Pulau Pinang turut terjejas akibat banjir, para pelanggan kami dialu-alukan untuk ke cawangan kami di Juru, Prai dan Kulim bagi mendapatkan bantuan. Dalam masa yang sama, kami akan cuba sedaya upaya untuk beroperasi (bagi cawangan yang turut terjejas) seperti sedia kali secepat mungkin.”

    Beliau turut menyarankan agar para pemilik kenderaan Perodua yang terlibat agar mendapatkan alat ganti tulen yang diiktiraf pengeluar, dan elak daripada memilih alat ganti tiruan kerana ia mungkin boleh menjejaskan prestasi kenderaan.

    Alat ganti tersebut termasuklah peralatan elektronik, karpet, tempat duduk, kekemasan pintu dan gasket baikpulih enjin.

    Bagi semua pelanggan Perodua yang terlibat, bolehlah menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan di talian bebas tol 1-800-88-5555 bagi bantuan menunda (tertakluk pada terma dan syarat).

     
     
  • Kerajaan tidak berhasrat naikkan had laju kebangsaan

    Kerajaan tidak berhasrat naikkan had laju kebangsaan

    Kementerian Kerja Raya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan had laju kebangsaan yang telah diwartakan iaitu 80 kilometer sejam (km/j) di jalan negeri, 90 km/j di jalan persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya.

    Kenyataan itu turut menyebut penentuan had laju sesuatu jalan itu telah diwartakan dengan mengambil kira reka bentuk, kapasiti aliran trafik dan tahap risiko kemalangan. Walaupun terdapat lebuh raya di negara ini yang direka bentuk untuk kelajuan melebihi 110 km/j, namun kadar had laju yang diwartakan oleh kerajaan masih kekal pada tahap maksimum 110 km/j, laporan Bernama.

    Kementerian turut menjelaskan bahawa tiada perbincangan diadakan dengan JKJR berhubung perkara itu memandangkan penetapan had laju kenderaan di jalan raya dan lebuh raya di negara ini untuk menjaga keselamatan pengguna.

    Ia adalah susulan pertanyaan dari Dr Ismail Daut (BN-Merbok) yang ingin mengetahui status perbincangan kementerian dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berkaitan cadangan untuk menaikkan had laju lebuh raya di negara ini kepada 130 km/j.

     
     
  • Proton Iriz R5 akhiri MEM Malton Forest Rally 2017 dengan podium – tewaskan semua jentera kelas R5

    Proton Iriz R5 akhiri MEM Malton Forest Rally 2017 dengan podium – tewaskan semua jentera kelas R5

    Setelah membuat kemunculan sulung di Goodwood Festival of Speed dan mengungguli Forest Rally Stage di acara tersebut pada Julai 2017, Proton Iriz R5 binaan Mellor Elliot Motorsport (MEM) mula bertanding secara kompetitif bermula dengan perlumbaan rali tempatan MEM Malton Forest Rally 2017 hujung minggu lalu. Sekali lagi, Iriz R5 menunjukkan taringnya dengan menghabiskan rali tersebut dalam kedudukan podium.

    Secara keseluruhan, Iriz R5 yang dipandu oleh Oliver Mellors dan juruarah Ian Windress menamatkan Malton Forest Rally di tempat ketiga. Namun di kalangan jentera-jentera kategori R5, Iriz berada di tempat pertama dengan meninggalkan sebuah Ford Fiesta R5 yang dipandu Smith Guy dengan perbezaan 3 minit 21 saat di belakang.

    Proton Iriz R5 dengan nombor pendaftaran ‘PRO7 TON’ berkenaan hanya tewas dengan dua buah jentera spesifikasi WRC yang nyata lebih berkuasa iaitu Ford Fiesta RS WRC, dan hanya tertinggal 19 saat di belakang Fiesta WRC yang dipandu oleh Stephen Petch serta 26 saat berbanding pendahulu rali Charles Payne.

    Proton Iriz R5 akhiri MEM Malton Forest Rally 2017 dengan podium – tewaskan semua jentera kelas R5

    “Penyertaan dalam MEM Malton Forest Rally nyata tidak mengecewakan, tiada kerosakan pada kereta ini sepanjang hari dan langsung tiada sebarang sepana digunakan untuknya. Untuk mencatatkan masa terpantas dalam peringkat kompetitif pertama bagi Proton Iriz R5 adalah fantastik dan rali dihabiskan dengan kedudukan ketiga keseluruhan dengan hanya ditewaskan dua jentera WRC serta menewaskan semua kereta R5. Peringkat pada rali adalah sangat laju dengan kelajuan purata melebihi 60 bs/j (96 km/j) pada setiap peringkat dan kelajuan maksimum dicatatkan melebihi 200 km/j!” kata Oliver Mellors pada catatan Facebook miliknya.

    Kejayaan ini nyata memberikan petanda baik untuk Iriz R5 sebelum ia mula bertanding pada Kejohanan Rali Dunia (WRC) dalam kategori WRC2 dan juga Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) musim 2018. Selain dari bertanding di Malton Forest Rally ini, Proton Iriz R5 turut diuji lagenda dan juara WRC dua kali Marcus Grönholm di Wales hujung minggu lalu.

    Kereta rali Proton Iriz R5 ini dijana enjin petrol turbo 4B11T dari Mitsubishi Lancer Evolution X yang telah diturunkan kapasitinya dari 2.0 liter kepada 1.6 liter (bagi membolehkan ia diiktiraf dalam kategori R5 dan bertanding dalam WRC2), digandingkan bersama transmisi dari Xtrac dan juga sistem pacuan semua roda. Untuk suspensi, ia akan diberikan set penyerap hentak dari Reiger, dan turut menerima sistem brek dari Brembo. Seluruh kawalan elektronik jentera ini pula akan menerima peralatan dari Cosworth.

     
     
  • Malaysia Speed Festival (MSF) tampilkan ‘superbike track day’ buat julung kalinya – yuran serendah RM350

    Malaysia Speed Festival (MSF) tampilkan ‘superbike track day’ buat julung kalinya – yuran serendah RM350

    Kemuncak Malaysia Speed Festival (MSF) musim ini buat pertama kalinya akan memberikan peluang kepada penunggang superbike untuk merasakan pengalaman tunggangan di litar Sepang. Selama empat jam pada 2 Disember 2017 nanti, litar berkenaan akan dibuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk menyertai superbike track day berkenaan. Yuran bagi mereka yang mendaftar sebelum 26 November ini ialah RM350 (RM450 selepas tarikh itu).

    MSF Superbike Track Day akan diadakan dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari pada 2 Disember, bermula dari kemudahan South Paddock di litar berkenaan. Untuk memastikan keselamatan ketika di dalam litar, semua peserta akan dikehendaki untuk menghadiri taklimat keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke litar. Selain itu, penunggang juga akan dibahagikan kepada tiga kumpulan (A, B dan C) bergantung kepada masa yang direkodkan – untuk mengasingkan penunggang yang perlahan daripada penungggang yang pantas.

    Kumpulan A adalah untuk penunggang dengan masa di bawah 2:26:000; kumpulan B adalah untuk penunggang dengan masa di bawah 2:36:000 dan bagi mereka yang melebihi masa berkenaan akan berada dalam kumpulan C. Setiap kumpulan akan menunggang secara berterusan selama 20 minit.

    Malaysia Speed Festival (MSF) tampilkan ‘superbike track day’ buat julung kalinya – yuran serendah RM350

    Acara-acara lain yang turut akan berlangsung pada hujung minggu 2-3 Disember nanti ialah MegaLAP time attack, MSF Track Day untuk kereta, pameran menampilkan Mcclubz, BBQ dan cabaran Drift Gonzo pada hari pertama. Sementara itu, pada hari kedua, lanjutan bagi MSF Track Day untuk kereta dan MSF Racing Series dengan kategori Caterham akan diadakan. Kedua-dua hari akan melibatkan jualan makanan dan minuman serta zon riang untuk kanak-kanak.

    Grandstand akan dibuka kepada umum secara percuma sepanjang dua hari acara ini berlangsung. Jika ingin lebih dekat dengan litar, tiket untuk kawasan paddock turut dijual; RM10 pada hari Sabtu dan RM20 pada hari Ahad untuk dewasa bagi pembelian sebelum 11 pagi (selepas itu harganya ialah RM35). Tiket boleh beli dilokasi, dan untuk kanak-kanak bawah 15 tahun adalah percuma.

    Untuk maklumat lanjut berkaitan tiket atau aturcara, sila layari laman web rasmi MSF Racing. Bagi penunggang yang ingin mempertajam kemahiran di litar, sila daftar dan buat pembayaran di laman rasmi MSF Superbike Track Day.

     
     
  • Triumph Tiger 800 dapat peningkatan – enjin kini 95 PS, lebih 200 bahagian casis dan enjin diubah suai

    Triumph Tiger 800 dapat peningkatan – enjin kini 95 PS, lebih 200 bahagian casis dan enjin diubah suai

    Saingan di dalam segmen motosikal kembara nampaknya semakin sengit dengan Triumph juga memperbaharui model Tiger 800 mereka untuk tahun 2018. Secara keseluruhannya, Tiger 800 2018 akan ditawarkan dalam empat versi jalan biasa iaitu XR, XRX, XRx Low dan paling atas XRT, manakala untuk model yang boleh dibawa offroad, ada dua model iaitu XCX dan XCA (paling tinggi).

    Untuk bahagian badannya, Tiger 800 2018 menggunakan rekaan panel tepi baru, bersama lencana, grafik serta perincian yang lebih berkualiti. Ia kemudiannya disudahi dengan pilihan warna premium baru. Semua ciri ini turut menunjukkan keunikan setiap model yang berlainan.

    Apa yang lebih penting pada model yang diperbaharui ini adalah lebih 200 bahagian yang dinaik taraf secara keseluruhannya pada casis dan enjin. Unit tiga silinder 800 cc yang sama masih lagi digunakan, tetapi ia dapat memberikan kuasa lebih cepat dan kuasa maksimum sebanyak 95 PS. Turut dipadankan adalah sistem ekzos yang lebih ringan dengan bunyi lebih sport, serta gear satu yang lebih pendek. Tiger 800 baru ini juga mendapat tambahan pilihan mod Off-Road Pro, menjadikan keseluruhannya ada enam mod.

    Daripada aspek teknologi pula, Tiger 800 ini menunjukkan peningkatan yang besar dengan adanya panel instrumen TFT warna penuh 5 inci, brek Brembo spesifikasi tinggi berkembar di hadapan, pelarasan suspensi, semua lampu LED, cruise control yang diperbaharui dan butang kawalan jenis joystick.

    Semua ini menambah kepada ciri sedia ada Tiger 800 yang termasuk traction control, ABS, ergonomik yang boleh diubah, pemanas pemegang dan tempat duduk, immobiliser, pelindung enjin, pelindung tangan, soket pengecas USB dan penghadang angin yang boleh dilaras.

    Selain semua ini, ciri ergonomik Tiger 800 turut diperbaiki, dengan bahagian pemegang ditarik ke belakang sebanyak 10 mm, suspensi antara WP atau Showa bergantung kepada varian serta bahan baru untuk tempat duduk yang dapat memberikan kedudukan yang lebih selesa.

    GALERI: Tiger 800 XC


    GALERI: Tiger 800 XR

     
     
  • Ducati Multistrada 1260 – enjin berkapasiti lebih besar, empat variasi ditawarkan termasuk edisi Pikes Peak

    Ducati Multistrada 1260 – enjin berkapasiti lebih besar, empat variasi ditawarkan termasuk edisi Pikes Peak

    Ducati nampaknya hadir ke EICMA 2017 dengan pelbagai model baru. Selain sportsbike Panigale V4 dan Scrambler 1100, pengeluar dari Itali itu turut memperbaharui model kembara mereka dengan pengenalan Multistrada 1260.

    Daripada nama model ini, jelas ia menunjukkan peningkatan kapasiti enjin, yang mana kini menggunakan enjin 1,262 cc DVT (Desmodromic Variable Timing) seperti XDiavel, dan ditala untuk menghasilkan 156 hp pada 9,500 rpm dan 129.5 Nm tork pada 7,500 rpm. Enjin ini menggantikan enjin 1,198 cc DVT berkuasa 152 hp dan 128 Nm sebelum ini.

    Secara keseluruhannya, Multistrada 1260 ini didatangkan dalam empat variasi iaitu 1260 S, 1260 S, 1260 S D-Air dan 1260 Pikes Peak. Selain enjin baru, Multistrada 1260 ini turut diubah dengan fork yang lebih condong 1 darjah, dan lengan ayun 48 mm lebih panjang.

    Selain itu, jarak antara rodanya juga lebih jauh; 1,585 mm dari 1,530 mm pada model sebelumnya. Ini menjadikan motosikal ini lebih selesa untuk perjalan jauh, serta lebih stabil. Motosikal ini menggunakan fork 48 mm terbalik untuk bahagian depan, manakala di belakang menggunakan penyerap hentak Sachs – kedua-duanya boleh dilaras.

    Untuk senarai kelengkapan, model asas didatangkan terus dengan Vehicle Hold Control (VHC), mod tunggangan, Power Mode, Ducati Safety Pack (Cornering ABS Bosch + DTC), Ducati Wheelie Control (DWC), Cruise Control dan penunjuk arah tutup sendiri. Melalui model 1260 S pula, ia akan ditambah dengan Ducati Cornering Lights, Ducati Skyhook Suspension (DSS), Ducati Quickshift (DQS) naik dan turun dan Ducati Multimedia System.

    Ducati Multistrada 1260 S dan Pikes Peak turut menerima skrin TFT HD, sistem tunjuk arah serta pilihan empat mod tunggangan – Sport, Touring, Urban dan Enduro.

     
     
  • Honda tidak mencari pemegang ekuiti atau pemilikan saham bersama dengan mana-mana pengeluar lain

    Honda tidak mencari pemegang ekuiti atau pemilikan saham bersama dengan mana-mana pengeluar lain

    Honda berkata pihaknya tidak berharap untuk memulakan perkongsian yang melibatkan penggabungan dengan pengeluar kenderaan lain, walau pun cabaran yang semakin meningkat yang memerlukan mereka bergerak pantas bagi melakukan perubahan dalam landskap automotif. Presiden dan CEO Honda Takahiro Hachigo berkata syarikat ini tidak mempunyai sebarang hasrat untuk mendapatkan ekuiti atau pemilikan saham dengan pengeluar kenderaan lain.

    Walau bagaimana pun, ia tetap terbuka dengan kerjasama strategik yang melibat pembangunan teknologi yang relevan dengan 2030 Vision mereka. “Kami akan bersedia untuk memulakan perkongsian dengan pengeluar kenderaan lain sekiranya kami boleh membina satu hubungan yang menguntungkan berhubung teknologi dan produk,” ujarnya kepada pemberita di Tokyo akhir bulan lalu, katanya yang memberikan contoh iaitu kerjasama antara General Motors dalam membangunkan sistem kuasa sel bahan api hidrogen.

    “Apabila ia berkaitan dengan kenderaan sel bahan api, kami bekerjasama dengan GM dan kami juga telah melabur secara bersama dalam sebuah syarikat untuk pembangunan FCV, dan kami juga bersedia untuk membicarakan tentang kerjasama ini,” katanya lagi. Honda dan GM juga bersedia untuk menghasilkan sel bahan api secara bersama di Brownstown, kilang Michigan di USA mulai 2020. Kedua-dua syarikat juga membuat satu pelaburan bersama dengan sejumlah US$85 juta (RM360 juta) bagi projek berkenaan.

    Honda tidak mencari pemegang ekuiti atau pemilikan saham bersama dengan mana-mana pengeluar lain

    Mengenai diesel pula, Hachigo berkata, walau pun tumpuan terhadap pengelektrifikasi kian meningkat, namun bahan api tersebut akan terus kekal bagi pasaran tertentu, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat.

    “Di Eropah, diesel merupakan pasaran utama kami, walau kami memberikan keutamaan terhadap pengelektrifikasi, namun ini tidak bermakna kami akan menghapuskan barisan model diesel kami. Ia masih mempunyai permintaan di Eropah – dan pasaran lain seperti di India – jadi kami akan meneruskan bahan api ini selaras dengan keperluan para pelanggan, dan akan menghentikannya secara berperingkat,” ujarnya.

    Dua tahun lalu, pengeluar kenderaan telah berkata mereka akan melihat keterbatasan kemajuan bagi penjana kuasa diesel, dan akan menukar dan membangunkannya dengan teknologi lain bagi penjana kuasa tersebut.

     
     
  • Mitsubishi Mirage generasi baharu bakal berkongsi platform dengan Renault Clio dan Nissan March

    Mitsubishi Mirage generasi baharu bakal berkongsi platform dengan Renault Clio dan Nissan March

    Mitsubishi nekad untuk menjadi pengeluar SUV yang dedikasi setelah menamatkan riwayat sedan segmen-C Lancer, dan Eclipse juga sekarang dijelmakan menjadi crossover digelar Eclipse Cross. Namun dengan permintaan global terhadap kereta kecil segmen-B yang masih lagi tinggi, jenama berkenaan menegaskan mereka akan meneruskan legasi hatchback Mirage, lapor Auto Express.

    Naib presiden korporat dan perancang produk Mitsubishi Vincent Cobee berkata kepada portal dari UK tersebut pada Tokyo Motor Show baru-baru ini, pelancaran barisan SUV seperti Outlander sememangnya menjadi keutamaan, namun permintaan sehingga 30% terhadap kereta segmen-B pada peringkat global bermaksud ini sesuatu yang perlu dilihat semula.

    Cobee yang berpindah dari Nissan ke Mitsubishi setelah Pakatan Renault-Nissan mengambil alih jenama Jepun berkenaan dengan menguasai 34% pegangan saham tahun lalu turut menegaskan, untuk menghasilkan model sedemikian bukannya sesuatu yang mudah.

    “Untuk merekabentuk dan menghasilkan sebuah platform khas adalah mahal, dan margin dalam sektor kereta kecil lebih kecil. Jadi adakah kami akan menggunakan platform Renault dan Nissan dalam segmen ini? Jawapannya ya,” jelas Cobee.

    Renault Clio dan Nissan March

    Untuk pasaran kereta segmen-B, buat masa ini Renault mempertaruhkan model Clio manakala Nissan pula dengan model Micra (atau dikenali sebagai March di Asia) – kedua-duanya berkongsi platform yang sama. Renault Clio generasi seterusnya dijangka akan diperkenalkan pada tahun hadapan dan Mirage generasi baharu akan dilahirkan dari platform tersebut bersama enjin petrol turbo tiga-silinder Pakatan Perancis-Jepun berkenaan.

    Sebelum ini boss Mitsubishi UK Lance Bradley mengesahkan Mirage generasi baharu kelak turut akan ditawarkan dalam versi janakuasa elektrik sepenuhnya.

    Mirage generasi sedia ada direka dengan imej sangat feminin menenggelam imej sporty terutamanya pada model-model berprestasi tinggi seperti Colt Mirage Turbo pada era 80’an dan juga Mirage Cyborg R (platform yang sama dengan Proton Satria) dan Mirage Cyber pada era 90’an dan Y2K. Adakah dengan kembalinya Mirage dengan enjin petrol turbo dan juga dengan muka agresif ‘Dynamic Shield’ Mitsubishi (seperti pada Outlander dan Xpander) akan membawa semula ‘semangat’ yang hilang dahulu?

     
     
  • Yamaha Tracer 900 dipertingkat untuk tahun 2018, varian Tracer GT diperkenal dengan lebih kelengkapan

    Yamaha Tracer 900 dipertingkat untuk tahun 2018, varian Tracer GT diperkenal dengan lebih kelengkapan

    Bersempena dengan pameran EICMA 2017, Yamaha turut mengumumkan pembaharuan yang diberi kepada model Sport Touring Tracer 900. Enjin model ini walaubagaimanapun, masih lagi sama iaitu unit tiga silinder 847 cc sama seperti MT-09, dengan padanan transmisi enam kelajuan, menghasilkan kuasa sebanyak 115 PS pada 10,000 rpm dan 87.5 Nm tork pad 8,500 rpm.

    Selain beberapa perubahan kecil pada penampilannya, Tracer 2018 turut dipertingkat pada aspek ergonomik dan keselesaan melalui tempat duduk, peletak kaki penumpang serta skrin penghadang angin hadapan boleh laras yang baru. Untuk karekter kembaranya, motosikal ini diperelok dengan lengan ayun lebih panjang, tapak beg barangan tepi bersepadu dan tongkat tengah yang diberikan secara standard.

    Ciri lain yang ada pada Tracer 2018 adalah kerangka aluminium CF, klac assist/slipper, D-Mode, TCS, ABS, tangki minyak 18 liter, rim 17 inci, berat 214 kg, brek cakera 298 mm di hadapan, brek cakera 245 mm di belakang, fork dengan jarak gerak 137 mm di depan, dan jarak gerak suspensi 142 mm di belakang.

    Bersekali dengan pengenalan model 2018 ini, Yamaha turut memperkenalkan satu varian premium untuk Tracer iaitu Tracer GT. Model ini mempunyai tambahan kelengkapan yang lebih berprestasi tinggi termasuk quickshifter, Cruise Control, suspensi yang boleh dilaras sepenuhnya, pemanas tangan, beg barangan serta panel instrumen yang dibangunkan daripada sportsbike YZF-R1.

    Tracer GT ini ditawarkan dalam tiga warna iaitu Midnight Black, Nimbus Grey dan Phantom Blue. Bagi menjadikan penampilannya lebih elegan, beg barangan yang diberi datang dalam warna sama dengan warna badan motosikal tersebut.

    GALERI: Yamaha Tracer GT 900 2018


    GALERI: Yamaha Tracer 900 2018

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.47 (-0.25)
RON 97 RM4.10 (-0.25)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.07 (-0.30)
EURO 5 B7 RM4.27 (-0.30)
Last Updated Jun 25, 2026