Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Op Selamat 15 sempena Aidilfitri: Melibatkan 24,461 kemalangan jalan raya dan 249 kematian – PDRM

    Op Selamat 15 sempena Aidilfitri: Melibatkan 24,461 kemalangan jalan raya dan 249 kematian – PDRM

    Op Selamat 15 sempena Hari Raya Aidilfitri yang berakhir pada 12 Jun lalu selepas beroperasi selama dua minggu menyaksikan 24,461 kemalangan jalan raya dan jumlah kematian pula sebanyak 249 kes.

    Menurut Timbalan ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor, jumlah tersebut dilihat meningkat berbanding pada operasi yang sama pada tahun lalu.

    “Sebanyak 24,461 kes kemalangan direkodkan berbanding 22,411 kes bagi tempoh sama pada tahun lepas, mencatatkan peningkatan sebanyak 2,050 kes di seluruh negara,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

    Tambahnya lagi, jumlah kematian direkodkan meningkat sebanyak satu kes pada Op Selamat tahun ini iaitu sebanyak 249 kes berbanding 248 kes pada tahun lalu.

    “Selain itu, jumlah saman yang dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Selamat kali ini mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 350,537 saman berbanding 343,863 saman tahun lalu. Pengguna motosikal adalah penyumbang utama bagi kes kematian iaitu sebanyak 158 individu diikuti kereta (60), lori (lima), basikal (empat) dan lain-lain (enam),” katanya.

    Beliau berkata analisis terhadap Op Selamat tahun ini menunjukkan bahawa sikap kecuaian pemandu masih menjadi penyumbang tertinggi kes kemalangan.

     
     
  • Honda CBR500R, CB500F, CB500X 2019 tiba di M’sia – libatkan beberapa pembaharuan, harga dari RM34k

    Honda CBR500R, CB500F, CB500X 2019 tiba di M’sia – libatkan beberapa pembaharuan, harga dari RM34k

    Boon Siew Honda Sdn Bhd hari ini telah memperkenalkan model baru CBR500R, CB500F dan CB500X tahun 2019. Harganya masing-masing adalah RM34,499, RM33,999 dan RM36,099 tidak termasuk insurans. Kesemua motosikal ini dilengkapi terus dengan sistem brek ABS.

    Pada bahagian enjin, kesemuanya juga masih menggunakan unit sama seperti sebelum ini iaitu dengan tetapan dua silinder selari 471 cc, dengan penyejukan cecair, DOHC dan gabungan kotak gear enam kelajuan, mampu menghasilkan 49.6 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm tork pada 6,500 rpm.

    Antara bahagian baru yang dinaik taraf bagi semua model ini adalah suspensi belakang dengan larasan pra beban, klac jenis slipper and assist, semua lampu LED, panel instrumen LCD moden dengan penunjuk kedudukan gear dan shift light, ekzos, pemasaan injap (memberikan 4% lebih kuasa dan tork pada pertengahan rpm) dan penampilan.

    Melihat kepada CBR500R, kedudukan pemegang jenis clip on padanya dijadikan lebih sporty manakala fairing pula dijadikan penuh sehingga ke bawah. Kelengkapan lain model ini yang dikongsi bersama CB500F adalah termasuk rim 17 inci, tangki bahan api 17.1 liter dan fork hadapan dengan pelarasan pra beban.

    Pergi pula kepada CB500X, jarak pergerakan suspensinya dijadikan lebih panjang, bersama dengan rim saiz 19 inci di hadapan, penghadang angin lebih tinggi, profail tempat duduk yang lebih kurus dan tangki bahan api 17.5 liter. Rim belakang pula bersaiz 17 inci dan ia menggunakan tayar Dunlop Trailmax berbunga lebih kasar.

    GALERI: Honda CBR500R 2019


    GALERI: Honda CB500F 2019

    GALERI: Honda CB500X 2019

     
     
  • Borgward BX5 mula pemasangan CKD, jual suku ke-4

    Borgward BX5 mula pemasangan CKD, jual suku ke-4

    Ingat lagi dengan jenama Bogward yang muncul di Malaysia sebelum ini? Sekarang ada perkembangan terbaru berkaitan jenama itu; kerja-kerja pemasangan semi-automatik bagi model Bogward BX5 telah pun dimulakan. Model ini dirancang pengenalannya pada suku keempat tahun ini dalam bentuk CKD dan pemanduan sebelah kanan.

    Bogward BX5 merupakan sebuah SUV lima-tempat duduk dengan dimensi 4,490 mm panjang, 1,877 mm lebar dan 1,675 mm tinggi serta 2,685 mm jarak antara roda. Laman web rasmi Bogward Malaysia juga telah menyenaraikan tiga tahap kemasan yang bakal ditawarkan – Fashion, Luxury dan Special Edition (SE).

    Versi Fashion dinyatakan bakal dilengkapi enjin 1.4 liter turbocaj petrol dengan janaan kuasa 150 PS pada 5,500 rpm dan 250 Nm dari 1,750-4,000 rpm; ini dipadankan pula dengan kotak gear automatik enam-kelajuan dalam pacuan 2WD.

    Borgward BX5 mula pemasangan CKD, jual suku ke-4

    Bagi versi Luxury dan Special Edition pula, ia akan dilengkapi enjin 2.0 liter turbocaj petrol yang menghasilkan 224 PS pada 5,500 rpm dan 300 Nm tork dari 1,500-4,500 rpm dan menggunakan kotak gear automatik enam-kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

    Antara kelengkapan lain yang ada termasuk lampu utama halagen bagi varian Fashion dan Xenon automatik bagi dua varian yang lebih tinggi; ketiga-tiganya turut dipasang DRL, lampu isyarat dan lampu belakang LED. Cermin pandang belakang bagi dua varian teratas boleh dilipat serta pintu ruang barangan belakang kuasa elektrik.

    Untuk membezakannya, kemasan dalaman bagi Luxury dan SE pula menggunakan kemasan kulit asli. Ketiga-tiga varian bagaimanapun dilengkapi dengan tempat duduk larasan enam-cara dengan sokongan lamdar. Semuanya juga turut didatangkan dengan bumbung panoramik dan cermin pandang belakang anti-silau.

    Borgward BX5 mula pemasangan CKD, jual suku ke-4

    Stereng balutan kulit ditawarkan sebagai standard, begitu juga dengan skrin sentuh lapan-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay yang turut tersenarai untuk semua varian. Ciri pengesanan suara dan sistem tunjuk arah dalam bahasa Inggeris turut tersenarai. Tidak ketinggalan ciri Bluetooth, dua port USB dan AUX untuk audio. Ada enam pembesar suara pada Fashion, sementara bagi dua lagi varian ada lapan unit pembesar suara.

    Semua tingkap kuasa boleh dibuka dan ditutup hanya dengan satu sentuhan. Varian Luxury dan SE turut didatangkan dengan sistem pendingin hawa dwi-zon dan corong berasingan untuk penumpang di belakang. Untuk kesenangan masuk parkir, Fashion dilengkapi dengan kamera undur, sementara dua lagi varian datang dengan bantuan parkir 360-darjah.

    GALERI: Borgward BX5 LHD

     
     
  • Honda baik pulih trak Chevrolet Apache 10 sempena ulang tahun ke-60 di Amerika Syarikat – tapi kenapa?

    Honda baik pulih trak Chevrolet Apache 10 sempena ulang tahun ke-60 di Amerika Syarikat – tapi kenapa?

    Tahun ini, Honda menyambut ulang tahun mereka yang ke-60 di Amerika Syarikat (AS). Bagi menjadikannya sesuatu yang istimewa, mereka menunjukkan trak Chevrolet Apache 10 yang telah dibaik pulih sendiri, bersama motosikal Honda 50 dan CB160 yang akan dibawa untuk tontonan umum di pameran SEMA.

    Tapi kenapa Honda membuat keputusan untuk membaik pulih trak dari jenama lain ini? Sebenarnya, waktu baru dibuka di AS pada tahun 1959, American Honda Motor Co., Inc. (AHM) cuma menjual motosikal dan mereka mempunyai beberapa buah trak Chevrolet untuk menghantar motosikal kepada pengedar.

    Memori bersama trak itu telah dijadikan sebagai kenangan melalui satu gambar ikonik yang diambil di hadapan ibu pejabat asal AHM di Pico Boulevard, Los Angeles. Mengambil penting tugas trak ini pada masa dulu, AHM telah mencari semula trak Chevrolet ini dan kemudian ia dibaik pulih dengan grafik yang sama seperti di dalam gambar.

    Selain daripada trak itu, AHM turut menunjukkan dua buah motosikal yang juga telah dibaik pulih sepenuhnya dan diletakkan atas trak tersebut. Mengimbas kembali pada tahun 1965, Honda telah menjadi jenama motosikal yang mencatat jualan paling tinggi di Amerika Syarikat, dengan perkongsian pasaran sebanyak hampir 72 peratus.

    Trak serta motosikal yang telah dibaik pulih oleh AHM ini akan dibawa ke pameran SEMA 2019 dan beberapa lagi acara di sekitar Amerika Syarikat, sebelum ia disimpan dalam Dewan Koleksi Honda Amerika di Torrance bersama pelbagai model bersejarah lain.

     
     
  • Proton tawar ‘Program Insurans Proton’ kepada para pelanggannya sebagai faedah perlindungan tambahan

    Proton tawar ‘Program Insurans Proton’ kepada para pelanggannya sebagai faedah perlindungan tambahan

    Demi menghargai kesetiaan para pelanggannya, Proton kini menawarkan faedah tambahan yang dinamakan sebagai Program Insurans Proton (PIP) apabila pembeli kenderaan model baharu atau pun pemilik sedia ada memperbaharui polisi insurans mereka. PIP boleh didapati di semua cawangan Proton yang diiktiraf dan ia melibatkan enam panel syarikat insurans iaitu Allianz General Insurance Company (M) Sdn Bhd, Liberty Insurance Berhad, AmGeneral Insurance Berhad, Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad.

    Dengan memperbaharui polisi kereta melalui PIP, pemilik Proton akan mendapat banyak manfaat terutamanya perlindungan utama yang melibatkan sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan akibat kecurian atau percubaan kecurian, rompakan atau pecah masuk rumah, pelanggan boleh mendapatkan ganti rugi percuma sehingga berjumlah RM1,000 ke atas kenderaan tersebut.

    Selain itu, PIP turut menawarkan elaun banjir iaitu sekiranya berlaku kerosakan akibat banjir, banjir kilat, limpahan air, longkang, sungai atau lumpur, pelanggan boleh menuntut elaun sehingga RM1,000. Bukan itu sahaja, perlindungan untuk semua pemandu tanpa lebihan bayaran kecuali sekiranya pemandu yang diberi kuasa semasa kemalangan berumur 21 tahun dan ke bawah atau memegang lesen pemandu sementara atau masih belajar.

    Proton tawar ‘Program Insurans Proton’ kepada para pelanggannya sebagai faedah perlindungan tambahan

    PIP turut menawarkan perlindungan kemalangan diri sehingga RM15,000 bagi pendaftaran kereta peribadi. Malah ia turut memberikan faedah tambahan termasukkos pembaikan percuma yang melibatkan kenderaan yang berusia sehingga 10 tahun dan tertakluk kepada kenderaan yang dibaiki di mana-mana cawangan Ketuk dan Cat (Body & Paint) Proton yang diiktiraf.

    Dan juga Perlindungan dengan Nilai yang dipersetujui iaitu sekiranya terdapat kerugian atau kecurian, pelanggan akan menikmati pembayaran penuh jumlah yang diinsuranskan untuk 12 tahun pertama usia kenderaan mereka.

    “Proton sentiasa mencari cara untuk memberikan lebih banyak nilai dan melalui Program Insurans Proton, kami dapat memastikan bahawa pelanggan lama, sedia ada dan baharu layak menerima faedah yang sama hanya dengan memperbaharui polisi insurans mereka dengan kami. Program ini disokong oleh enam nama terkuat dalam industri insurans, jadi pelanggan boleh mendapatkan ketenangan fikiran bahawa rakan kerjasama Proton dalam usaha ini dapat mengotakan janji-janji mereka,” kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

     
     
  • SPYSHOT: Nissan Leaf sudah tiba di Malaysia

    SPYSHOT: Nissan Leaf sudah tiba di Malaysia

    Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah pun mengumumkan bahawa model generasi kedua kereta elektrik sepenuhnya Nissan Leaf akan tiba ke pasaran Malaysia ketika kereta tersebut diperkenalkan buat pertama kali hampir dua tahun lalu. Ketika ia diprebiu buat julung kali di sini sewaktu berlangsungnya KLIMS18 tahun lalu, ia sekali lagi disebut akan ditawarkan pada pasaran tempatan, dijangka pada pertengahan tahun ini.

    Nampaknya pengenalan Nissan Leaf tersebut ke pasaran tempatan kini mengikut apa yang dijadualkan setelah pembaca kami, Edward Koh menemui tiga lori pengangkut kereta yang dipenuhi oleh kereta elektrik sepenuhnya itu di Lebuhraya Shapadu menuju keluar dari Klang. Apa yang boleh disahkan menerusi imej ini lagi adalah kita bukan hanya menerima Leaf dengan warna putih, tetapi turut ditawarkan dalam warna kelabu, merah, hitam dan biru.

    Berbanding model generasi pertama, Leaf baharu ini menampilkan prestasi yang jauh lebih baik dengan motor elektrik EM57 berkuasa 148 hp/320 Nm atau 38% lebih berkuasa dan 26% lebih tork. Ia juga lebih direka untuk kelihatan lebih seperti hatchback normal dan sporty dengan ukuran 4,480 mm panjang, 1,790 mm lebar dan 1,540 mm tinggi.

    Nissan Leaf spesifikasi Malaysia dijangka ditawarkan dalam varian standard yang didatangkan dengan bateri lithium-ion 40 kWh, manakala versi e+ dengan bateri 62 kWh mungkin tidak akan dijual kerana faktor harga. Tiada lagi sebarang bayangan harga disebutkan oleh ETCM, tetapi sebagai model yang diimport sepenuhnya, Leaf tidak akan menerima insentif EEV dari kerajaan dan ia dijangka tidak murah.

    Dengan satu cas penuh, Leaf mampu untuk bergerak sejauh 400 km (378 km dalam kitaran ujian NEDC) atau sekitar 195 km hingga 250 km lebih baik dari model generasi sebelumnya. Leaf direka bagi membolehkan ia di cas semula dengan dua jenis penyambung iaitu Type 2 (pengecas AC dengan kadar cas maksima 6.6 kW) dan CHAdeMO (pengecas DC pantas dengan kadar cas maksima 50 kW) – kedua-duanya terletak pada hidung kereta ini.

    Dengan kaedah cas biasa menerusi wallbox dengan kadar 6.6 kW, bateri Leaf memerlukan lima hingga tujuh jam untuk mendapatkan kuasa penuh (Nissan menyatakan bahawa lapan jam diperlukan sekiranya di cas dengan kadar 6 kW). Jadi jika Nissan Leaf di cas pada pengecas awam 230V/16A 3.7 single-phase atau 230V/13A 3.0 kW single-phase di Malaysia, ia mungkin mengambil masa sekitar 10-12 jam.

    GALERI:Spyshot Nissan Leaf di Malaysia

    GALERI:Nissan Leaf di KLIMS 2018

    GALERI:Nissan Leaf Nismo 2018

    GALERI:Nissan Leaf Autech 2019

     
     
  • Batu Pahat dikenalpasti sebagai daerah tertinggi dengan kemalangan maut sejak 2016 – Loke

    Batu Pahat dikenalpasti sebagai daerah tertinggi dengan kemalangan maut sejak 2016 – Loke

    Batu Pahat, Johor, dikenalpasti sebagai daerah yang mencatat kadar kematian tertinggi akibat kemalangan di negara ini semenjak tahun 2016.

    Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pada tahun 2016, sebanyak 207 kematian dicatatkan. Bagaimanapun, kadar kematian akibat kemalangan menurun 20% kepada 165 kematian sebaik Program My Safe Road dilaksanakan pada tahun 2017.

    “Namun demikian, pada tahun 2018 jumlah kematian meningkat 8% kepada 178 orang. Pada suku pertama tahun ini sahaja, 44 nyawa terkorban di daerah itu,” ujarnya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

    Tambahnya lagi, kemalangan di seluruh negara, usia mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya adalah sekitar 15 hingga 25 tahun dengan kebanyakan daripada mereka adalah penunggang motosikal.

    Batu Pahat dikenalpasti sebagai daerah tertinggi dengan kemalangan maut sejak 2016 – Loke

    “Oleh yang demikian, pihak kementerian merangka pelbagai program dalam usaha mengurangkan kadar kematian dengan antaranya memperkasakan Program My Safe Road yang akan difokuskan di beberapa lokasi ‘panas’ yang mencatat kematian tertinggi. Selain itu, kami turut berhasrat mengadakan beberapa program advokasi di sekolah serta pusat pengajian tinggi kerana kadar kematian juga ada melibatkan penuntut universiti,” ujarnya lagi.

    Berkenaan dengan laluan persekutuan FT50, iaitu Jalan Kluang yang merupakan laluan yang mencatatkan kematian tertinggi di nagara ini, pihak kementerian menganggarkan kos RM300 juta untuk menaik taraf laluan ini agar kadar kematian dapat dikurangkan

    “Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya untuk tujuan projek naik taraf ini dengan membina pembahagi jalan dan pusingan U sepanjang 17 kilometer, di mana ia merupakan lokasi hotspot kematian akibat kemalangan jalan raya. Kami juga merancang akan memperbanyakkan rumble strips (jalur bergetar) di lokasi tertentu agar pengguna jalan raya dapat memperlahankan kenderaan masing-masing, sekali gus menyedari lokasi yang mempunyai risiko berlakunya kemalangan,” katanya.

     
     
  • Lexus NX300 2019 diperkenal di M’sia – dari RM314k

    Lexus NX300 2019 diperkenal di M’sia – dari RM314k

    Lexus Malaysia kini telah memperkenalkan model SUV urban mewah Lexus NX300 versi 2019 dengan melibatkan beberapa peningkatan, terutamanya dari sudut keselamatan. Model berkenaan kini hadir dengan pakej keselamatan aktif Lexus Safety System + (LSS+).

    Model CBU dari Jepun ini ditawarkan dalam tiga varian berbeza iaitu NX300 Urban, NX300 Premium dan NX300 F-Sport. Untuk Semenanjung Malaysia, masing-masing akan dijual pada harga seperti berikut; RM313,888 (sebelum ini RM326,000), RM333,888 (sebelum ini RM345,000) dan RM349,888 (turun dari RM404,000 – turun sekitar RM54k) – harga atas jalan tidak termasuk insurans.

    Peningkatan terbaru yang diberikan pada NX300 2019 ini ialah semua varian kini dilengkapi dengan pakej keselamatan termaju Lexus Safety System + (LSS+) bagi membantu meningkatkan kesedaran serta perhatian pemandu dalam membuat sebarang keputusan ketika dalam pemanduan. Tiga fungsi utama sistem ini adalah untuk menghindari perlanggaran dari depan, mengekalkan pemandu dalam lorong yang sepatutnya dan meningkatkan keselamatan pemanduan di waktu malam.

    Antara sistem yang terkandung di dalam pakej maju ini ialah Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) yang akan memantau secara berterusan situasi di hadapan kenderaan melalui radar gelombang-milimeter yang terletak di bahagian gril kenderaan serta kamera monokular di atas cermin utama.

    Lexus NX300 2019 diperkenal di M’sia – dari RM314k

    Sekidaranya PCS menilai kebarangkalian yang tinggi akan berlaku perlanggaran dengan kenderaan depan, ia akan memberi amaran kepada pemandu untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Amaran ini akan aktif dalam kelajuan kenderaan dari 10 hingga 180 km/j. Sistem ini akan membantu memberikan daya brek tambahan sebaik pemandu mula memperlahankan kenderaan.

    Dan, sekiranya pemandu tidak membrek dengan mencukupi dalam masa yang dirasakan selamat mengikut perkiraan komputer, sistem akan mengenakan brek secara automatik, memperlahankan kenderaan dalam maksud untuk mengurangkan impak perlanggaran, dan dalam kes tertentu, akan menghindari daripada berlaku perlanggaran tersebut.

    Ciri Bantuan Pengesan Lorong (LTA) dan Amaran Pertukaran Lorong (LDA) juga menjadi teras kepada LSS+ ini. Ia bertujuan membantu pemandu untuk kekal dalam lorong yang sepatutnya. Sekiranya sistem mengesan kenderaan akan keluar dari lorong pemanduan, amaran serta bantuan input stereng akan diberikan untuk mengekalkan kenderaan di tengah lorong.

    Begitu juga dengan Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC) yang berfungsi sebagai ciri adaptive cruise control yang boleh mengekalkan jarak selamat serta mengikut kelajuan kenderaan yang berada di hadapan tanpa pemandu perlu memberikan input pedal minyak. Ia akan kekal aktif sekiranya kenderaan berhenti kurang daripada empat saat. Sekiranya lebih daripada tempoh itu, cruise control ini perli di”set” kembali.

    Lexus NX300 2019 diperkenal di M’sia – dari RM314k

    Satu lagi ciri yang terkandung ialah Bantuan Selekoh Aktif (ACA) yang merupakan sistem kawalan kestabilan elektronik yang lebih maju. Menggunakan sensor-sensor yang ada, sistem ini akan mengelak pergerakan yang tidak dikehendaki dan mengekalkan kenderaan dalam keadaan stabil ketika berada dalam selekoh.

    Bagi memudahkan lagi pemanduan diwaktu malam, Sistem Lampu Tinggi Adaptif akan membantu, bukan sahaja bagi pemandu, malahan kepada pengguna jalan raya yang lain. Ia terdiri daripada 11 cip LED berasingan pada setiap lampu, dan akan dinyalakan/padamkan secara automatik mengikut keperluan.

    Ini bertujuan untuk membiarkan pemandu terus fokus terhadap pemanduan dengan pancaran cahaya yang cerah tanpa perlu risau tentang kedudukan lampu semasa. Namun, sekiranya ada kenderaan datang dari arah hadapan, bahagian yang terlibat daripada 11 LED itu akan dipadamkan secara automatik untuk mengelakkan silau terhadap trafik dari arah depan. Papan tanda, pemantul cahaya pada jalan serta persekitaran pemanduan juga lebih cerah dan jelas.

    Bagi NX300 Premium pula, terdapat dua lagi ciri tambahan; Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA). Sistem ini akan memaklumkan pemandu sekiranya ada kenderaan lain dalam jarak 50 meter yang sedang mendekati kenderaan anda yang mungkin tidak dapat dilihat oleh pemandu. Selain itu terdapat juga lapan beg udara SRS tersedia dalam NX300 2019 ini, begitu juga dengan ciri Amaran Sokongan Parkir.

    Dari segi rekaan luaran, NX300 2019 kekal dengan imej penampilan Urban Sport Gear, menampilkan juga rekaan “Spindle Grille” sebagai ciri utamanya (gril hitam bagi varian F-Sport). Model ini juga kini hadir dengan ciri lampu isyarat sequential yang terdiri daripada 16 lampu LED yang akan menyala dalam satu turutan.

    Bagi rim dan roda, varian Urban dan Premium menggunakan rim aloi dua tona premium 18-inci dengan saiz tayar 225/60R18. Sementara bagi varian F-Sport pula walaupun kekal menggunakan rim 18-inci, ia hadir dengan kemasan Dark Premium Metallic dengan tayar yang lebih lebar – 235/55R18 untuk memberikan maklumbalas pemanduan yang lebih dinamik.

    Lexus NX300 menggunakan enjin 8AR-FTS 2.0 liter “twin-scroll turbo” empat-silinder petrol yang menghasilkan 235 hp antara 4,800 rpm hingga 5,600 rpm dan 350 Nm dari 1,650 Nm hingga 4,000 rpm. Ia dilengkapi juga dengan sistem penyuntik D4-S dan ciri Dual Variable Valve Timing dengan intelligent Wide (VVT-iW) yang mengoptimumkan tork dalam disepanjang julat kelajuan serta membolehkan enjin memulakan kitaran Otto dan kemudian menggunakan kitaran Atkinson yang lebih cekap tenaga pada kelajuan melayar (cruising).

    Transmisinya menggunakan automatik enam-kelajuan sequential (6 Super ECT) yang hadir bersama kawalan logik Torque-Demand untuk menentukan tork yang diperlukan oleh enjin untuk memberikan respon yang terbaik. Selain itu, ia juga dilengkapi Kawalan Tork Dinamik AWD melalui sensor untuk memberikan pacuan seumpama kawalan semua roda dengan penjimatan.

    Lexus NX300 2019 diperkenal di M’sia – dari RM314k

    Khusus untuk varian F-Sport pula ia hadir dengan mod pemanduan tambahan Sport S+ (selain Eco, Normal dan Sport) serta penggunaan Suspensi Pembolehubah Adaptif (AVS). Suspensi ini mempunyai 650 tahap kawalan pembolehubah yang akan disesuaikan untuk permukaan dan pemanduan yang pelbagai.

    Ruang dalamannya pula antara lain menampilkan penggunaan material kulit lembut pada papan pemuka, tempat duduk dan panel pintu. Diberi sentuhan istimewa oleh pekerja di Kilang Lexus Miyata di Jepun, ia menampilkan ketelitian kemasan dan buatan yang terperinci. Ia juga dilengkapi dengan ciri Antaramuka Sentuhan Jarak Jauh (RTI) serta sistem audio dengan lapan pembesar suara – menjadikannya sebuah sistem bunyi yang sangat menarik yang didatangkan secara standard.

    Pelanggan boleh memilih dari tujuh pilihan warna bagi Lexus NX300 2019, termasuk Blazing Carnelian, Amber CS, Sonic Titanium, Sonic Quartz, Graphite Black GF, Red MC CS dan Sparkling Meteor ME. Bagi NX300 F-Sport pula, ia turut ditawarkan dalam warna khas Heat Blue CL atau Lava Orange CS.

     
     
  • Porsche 718 Cayman GT4, Boxster Spyder didedahkan – model tertinggi dengan enjin 4.0L, 420 PS/420 Nm!

    Porsche 718 Cayman GT4, Boxster Spyder didedahkan – model tertinggi dengan enjin 4.0L, 420 PS/420 Nm!

    Varian jalan raya versi tertinggi untuk Porsche 718 iaitu Cayman GT4 dan versi tanpa bumbung Boxster Spyder kini telah pun diperkenalkan secara rasmi. Menurut Porsche, untuk versi terbaharu ini, kedua-dua model Cayman dan Boxster tersebut berkongsi spesifikasi teknikal asas yang sama.

    Untuk enjin, kedua-dua 718 ini dijana enjin bentangan boxer enam-silinder 4.0 liter tanpa bantuan turbo, menghasilkan 420 PS pada takat 7,600 rpm dan tork maksima 420 Nm bermula 5,000 rpm hingga 6,800 rpm. Kuasa dari enjin yang diletakkan ditengah badan kereta ini dialirkan hanya ke roda belakang menerusi kotak gear manual enam-kelajuan, bersama gandar lengkap dengan LSD dan juga sistem Porsche Torque Vectoring (PTV).

    Berbanding jentera litar sebenar Cayman GT4 Clubsport, kuasa yang dihasilkan oleh model jalan raya ini adalah 5 PS/5 Nm lebih rendah. Namun ia sudah cukup untuk membolehkan 718 Cayman GT4 dan Boxster Spyder ini untuk memecut dari 0-100 km/ dalam masa 4.4 saat, 0-160 km/j dalam 9 saat dan 0-200 km/j hanya 13.8 saat. Cayman GT4 mampu untuk mencatatkan kelajuan maksima 304 km/j, manakala kembar tanpa bumbungnya pula 301 km/j.

    Enjin pada model ini juga diberikan teknologi kawalan silinder adaptif yang membolehkan dua silinder dimatikan ketika enjin beroperasi dalam beban rendah. Ini membolehkan Cayman GT4 dan Boxster Spyder mencapai penggunaan bahan api 10.9 l/100 km, manakala penggunaan gasoline particulate filter mencatatkan emisi CO2 pada kadar 249 g/km.

    Porsche 718 Cayman GT4, Boxster Spyder didedahkan – model tertinggi dengan enjin 4.0L, 420 PS/420 Nm!

    Walaupun ia mempunyai kapasiti 4.0 liter, enjin ini bukan diambil dari 911 GT3 facelift generasi 991, tetapi ia adalah dari enjin Carrera 3.0 liter yang dibuang pengecas turbo, kemudian bore silinder tersebut dibesarkan bagi menghasilkan siri enjin baharu yang digelar 9A2 Evo, lapor Autocar.

    Kenapa Porsche tidak ambil sahaja enjin dari GT3? Ketua Porsche GT Andreas Preuninger memberitahu Road & Track bahawa enjin GT3 yang asalnya diletakkan pada bahagian belakang pada 993 tidak muat untuk diletakkan pada 718 kerana ia perlu dipasang pada bahagian tengah badan.

    Kemudian, enjin GT3 tersebut juga tidak akan memberikan prestasi yang baik sekiranya ia ditala untuk kuasa yang lebih rendah. Dan sebab yang terakhir, penggunaan enjin GT3 secara tidak langsung akan menaikkan harga 718 Cayman GT4 dan Boxster Spyder berkenaan.

    Bukan hanya kuasa, aspek aerodinamik turut diberi perhatian pada model paling berkuasa ini. Pada bahagian hadapan, ia hadir dengan lip spoiler lebih besar, manakala udara yang merentasi roda hadapan akan distabilkan oleh tirai udara. Kemudian bampar belakang direka semula bagi menempatkan diffuser yang berfungsi sepenuhnya, memberikan 30% dari jumlah keseluruhan downforce untuk gandar belakang.

    Porsche 718 Cayman GT4, Boxster Spyder didedahkan – model tertinggi dengan enjin 4.0L, 420 PS/420 Nm!

    Untuk model Cayman GT4, ia diberikan GT-Wing yang menghasilkan 20% downforce lebih tinggi dari model sebelumnya. Manakala untuk Boxster Spyder, ia dilengkapi spoiler aktif yang akan keluar secara automatik pada kelajuan 120 km/j. Secara keseluruhan, downforce yang dihasilkan oleh pakej aerodinamik baharu adalah 50% lebih tinggi ‘tanpa menjejaskan daya seretan’ menurut Porsche.

    Khas untuk Boxster Spyder, Porsche memadankan bumbung mudah alih ringan bersama mekanisma manual bagi memastikan ia kekal ringan, dalam masa yang sama ‘masih mampu bertahan pada kelajuan maksima’.

    Casis kedua-dua Cayman 718 ini ini juga hadir dengan sistem Porsche Active Suspension Management (PASM) yang membolehkan model tertinggi ini ‘duduk’ 30 mm lebih rendah dari versi standard. Untuk pemanduan yang lebih hardcore, Porsche Stability Management (PSM) boleh dinyahaktif dalam dua langkah.

    Untuk sistem brek pula, model ini menampilkan angkup aluminium monoblok tetap secara standard, tetapi pembeli boleh memilih opsyen cakera komposit seramik PCCB. Kedua-dua model 718 ini dibekalkan dengan tayar UHP, membolehkan ia mencatat masa 10-saat lebih pantas di Nurburgring Nordschleife berbanding model terdahulu.

    Jika anda rasa Cayman GT4 dan Boxster Spyder ini masih belum cukup hardcore, pakej Clubsport turut ditawarkan, terdiri dari komponen-komponen yang fokus kepada pemanduan litar seperti roll bar besi, pemadam api dan juga tali pinggang enam-point untuk pemandu.

    Di UK, Porsche 718 versi paling berkuasa ini sudah pun boleh ditempah, di mana Cayman GT4 dijual pada harga bermula £75,348 (RM394,605), manakala Boxster Spyder pula berharga £73,405 (RM384,424). Di Amerika pula, Cayman GT4 akan dijual pada harga US$100,450 (RM420,041) dan kembar Boxster Spyder pula dijual dengan harga US$97,550 (RM407,915).

     
     
  • BMW M’sia buka Pusat 4S yang diperbaharui di Kedah

    BMW M’sia buka Pusat 4S yang diperbaharui di Kedah

    BMW Malaysia bersama pengedarnya Lee Motors Autocare, telah membuka semula Pusat 4S (Jualan, Penyelenggaraan, Alat Ganti dan Sistem) yang diperbaharui di Kedah untuk memberikan perkhidmatan terbaik yang diperlukan oleh pelanggan di bahagian utara Semenanjung Malaysia.

    Fasiliti seluas 15,000 kaki persegi ini mampu memuatkan tujuh kenderaan BMW dan enam unit BMW Premium Selection untuk tujuan pameran. Bukan itu sahaja, premis tersebut kini menampilkan stesen kerja Grand Klasse (GKL) yang terbaharu serta ruang BMW Customer Lounge, Isetta Bar dan kaunter barangan BMW Lifestyle.

    Pengarah Urusan Lee Motors Autocare, Eugene Lee berkata, “Kami telah menimba pengalaman dan kepakaran yang berusia lebih sedekad dalam ikhtiar kami untuk membawakan Kenikmatan Pemanduan Sempurna di Malaysia. Kami percaya dan berbangga untuk terus mendorong jenama BMW ke hadapan dengan menawarkan perkhidmatan bertahap cemerlang dan memperkayakan pengalaman pemanduan kepada para pelanggan kami. ”

    Lee Motors Autocare ini beroperasi di No. 86-C, Lorong Perak 18, 05150 Alor Setar, Kedah.

     
     
  • Trak autonomous Volvo Vera dapat tugasan pertama dalam dunia sebenar – angkut kontena jarak dekat

    Trak autonomous Volvo Vera dapat tugasan pertama dalam dunia sebenar – angkut kontena jarak dekat

    Tahun lalu, Volvo Trucks telah menunjukkan satu konsep trak bersendi tanpa pemandu, dipanggil sebagai Vera untuk kegunaan jarak dekat berulang. Kini, melalui satu kerjasama dengan syarikat feri dan lojistik DFDS, trak ini akan digunakan untuk tugasan pertamanya dalam dunia sebenar.

    Beberapa unit Vera akan digunakan untuk mengangkut kontena barangan dari pusat lojistik ke terminal pelabuhan Gothenburg, Sweden melalui jalan yang telah ditetapkan (jarak dekat). Untuk membolehkan trak autonomous ini beroperasi dengan lancar, ia mempunyai sistem komunikasi bersepadu dan dipantau oleh manusia atas pusat kawalan.

    Vera direka agar setiap trak berkenaan tahu kedudukan masing-masing bagi setiap sentimeter, dan mampu membuat analisa apa yang sedang dilakukan oleh pengguna jalan lain, kemudian memberikan tindak balas dalam ketepatan yang tinggi. Kesemua trak tersebut juga beroperasi dalam kadar kelajuan rendah (untuk kegunaan ini dihadkan pada 40 km/j) bagi memastikan keselamatan pada tahap tertinggi.

    Trak autonomous Volvo Vera dapat tugasan pertama dalam dunia sebenar – angkut kontena jarak dekat

    Menurut Volvo, kerjasama dengan DFDS ini dapat membantu mereka membangunkan trak autonomous yang lebih cekap, fleksibel dan mapan. Aspek teknologi, pengurusan operasi dan penerimaan infrastruktur penyelesaian pengangkutan autonomous akan dibangunkan lebih lagi sebelum dapat beroperasi penuh. Langkah waspada yang sepatutnya untuk keselamatan juga akan diambil.

    “Pengangkutan autonomous dengan kadar bunyi yang rendah dan sifar emisi mempunyai peranan penting dalam masa hadapan lojistik, dan ia akan memberikan manfaat kepada perniagaan dan masyarakat. Kami lihat kerjasama ini sebagai satu permulaan penting dan ingin memajukannya lebih ke hadapan lagi,” kata CEO DFDS, Torben Carlsen.

     
     
  • AD: Triumph Motorcycles buat jualan Setahun Sekali Salam Aidil Fitri – peluang dapatkan motosikal idaman

    AD: Triumph Motorcycles buat jualan Setahun Sekali Salam Aidil Fitri – peluang dapatkan motosikal idaman

    Adakah anda antara orang yang sedang berkira-kira mahu membeli motosikal baru dan menunggu waktu yang sesuai? Ini ada tawaran menarik oleh Triumph Motorcycles Malaysia, melalui promosi Setahun Sekali Salam Aidil Fitri yang bermula 15 Jun hingga 15 Julai ini.

    Untuk model naked terkenal Street Triple 765 2018, tawaran bermula untuk versi asas 765 S dan 765 R LRH (tempat duduk rendah, 780 mm) yang diberikan dengan rebat RM4,000 dan pembeli boleh memilih untuk mendapatkan quickshifter Intellishift yang berharga RM3,460 secara percuma atau kredit untuk berbelanja dalam kedai RM2,000. Varian paling tinggi 765 RS pula diberikan dengan rebat RM4,000, bersama salah satu ekzos slip-on Arrow atau kredit kedai RM4,000.

    AD: Triumph Motorcycles buat jualan Setahun Sekali Salam Aidil Fitri – peluang dapatkan motosikal idaman

    Bagi yang lebih berminat dengan model jenis kembara, Triumph ada memberikan tawaran istimewa untuk barisan Tiger 800 2018. Versi permulaan Tiger 800 XR kini datang dalam dua pakej, iaitu yang pertama (sehingga 30 Jun) memberikan rebat tunai RM2,000 dan tambahan kredit kedai RM1,000.

    Dalam pakej pertama ini juga, pembeli turut diberi kotak barangan atas Triumph Expedition berserta tapaknya, dan mereka boleh memilih untuk mendapatkan ekzos slip-on Arrow atau tambah RM650 untuk mendapatkan beg barangan tepi (pannier) berserta tapaknya – kredit kedai RM1,000 akan ditolak untuk pilihan beg barangan tepi ini.

    Pakej kedua untuk Tiger 800 XR adalah rebat tunai RM5,000, bersama pilihan beg barangan tepi berserta tapaknya, atau kredit kedai sebanyak RM4,000.

    AD: Triumph Motorcycles buat jualan Setahun Sekali Salam Aidil Fitri – peluang dapatkan motosikal idaman

    Pergi pula kepada versi yang lebih tinggi dan lengkap iaitu Tiger 800 XCX, ia juga didatangkan dalam dua pakej promosi. Pakej pertama (sah sehingga 30 Jun) memberikan rebat tunai RM2,000 bersama kredit kedai RM1,000. Kemudian, pembeli juga akan diberi kotak barangan atas Triumph Expedition secara percuma, dan pilihan sama ada ekzos Arrow atau menukar kredit kedai untuk beg barangan tepi (tambah RM650).

    Dalam pakej kedua untuk Tiger 800 XCX ini, anda ditawarkan dengna rebat tunai RM6,000, serta pilihan sama ada beg barangan tepi dan tapaknya, atau kredit kedai RM5,000. Tiger 800 juga ada datang dalam versi yang lebih rendah iaitu XRX LRH. Model ini sekarang ditawarkan dengan rebat tunai RM5,00 berserta pilihan sama ada beg barangan tepi dan tapaknya atau kredit kedai RM4,000.

    Seterusnya, barisan model klasik moden; Bonneville Bobber 2017 ditawarkan dengan rebat tunai RM10,000 serta kredit kedai RM1,000. Untuk urusan jual beli, ia cuma memerlukan bayaran pendahuluan RM3,000. Untuk model yang lebih baru, Bonneville Bobber 2018 sekarang ditawarkan dengan rebat tunai RM5,000, berserta kredit kedai RM2,000.

    Promosi kemudiannya diteruskan untuk Bonneville T100 dan T100 Black, dengan kedua-duanya ditawarkan dengan rebat tunai RM4,000 dan kredit kedai RM2,000. Bagi yang mahukan lebih kuasa, T120 dan T120 Black mempunyai gaya yang sama, tapi pacuan daripada enjin dua silinder selari 1,200 cc. Model ini, bersama Thruxton R ditawarkan dengan rebat tunai RM5,000 serta kredit kedai RM3,000.

    AD: Triumph Motorcycles buat jualan Setahun Sekali Salam Aidil Fitri – peluang dapatkan motosikal idaman

    Selain daripada itu, semua model Triumph tahun 2019 juga ditawarkan dengan servis pertama percuma atau kredit kedai RM500. Paling menarik, selagi pembeli mendapatkan pakej insurans yang ditawarkan, untuk model yang termasuk dalam promosi ini, mereka akan menerima servis bantuan motosikal selama satu tahun secara percuma (dalam Malaysia sahaja).

    Sebagai tambahan, tiada bayaran tempahan yang diperlukan, dan aksesori yang diberikan secara percuma juga boleh ditukar kepada rebat tunai sekiranya pelanggan mahu. Malahan, harga yang ditawarkan sekarang adalah hampir sama seperti waktu kadar GST sifar selama beberapa bulan tahun lepas. Untuk lebih maklumat berkenaan promosi ini, pergi terus ke pusat pameran Fast Bikes di Petaling Jaya atau klik di sini.

    .

     
     
  • WRC akan mula guna sistem hibrid pada 2022

    WRC akan mula guna sistem hibrid pada 2022

    Sehingga kini, Kejohanan Rali Dunia (WRC) adalah antara perlumbaan peringkat tertinggi dalam disiplinnya yang masih belum disyaratkan untuk menerima teknologi elektrifikasi, dan masih gah dijana bahan api fosil sepenuhya. Tetapi nampaknya perkara ini tidak akan bertahan lama kerana FIA telah mengumumkan bahawa untuk musim WRC 2022, semua pasukan yang bertanding wajib untuk menggunakan teknologi hibrid elektrik.

    Sistem hibrid yang “terdiri dari komponen dan perisian yang sama” akan diperkenalkan pada musim berkenaan, bermaksud buat permulaan nanti kesemua pasukan mungkin akan dilengkapi motor elektrik, bateri serta komponen lain dan perisian yang sama. Tetapi bermula 2025, setiap pasukan akan diberikan kebebasan teknikal yang lebih luas.

    Menurut FIA, kereta-kereta WRC tersebut berkenaan boleh dipandu dengan mod elektrik sepenuhnya ketika melalui kawasan bandar, kemudian motor elektrik juga dapat digunakan bagi memberikan kuasa tambahan ketika berlumba dalam SS.

    Satu perkara yang mengejutkan lagi, bermula pada tahun 2022 juga pengeluar dibenarkan untuk menghasilkan kereta WRC mereka dengan menggunakan tubular space frame bersama badan sillhoute racer seperti jentera Nascar atau DTM, dan tidak semestinya diasaskan dari kerangka kereta produksi sebenar yang dijual pada pasaran umum.

    Setakat ini, WRC antara perlumbaan yang belum lagi dianggap bosan. Setiap jentera WRCar yang bertanding dari 2017 sehingga sekarang dijana oleh enjin 1.6 liter turbo berkuasa sekitar 380 hp. Dengan kelengkapan aero yang lebih lebar, jentera-jentera WRC moden dapat beraksi dengan liar seakan mesin-mesin Group B yang telah diharamkan pada tahun 1987.

    Jadi apa pendapat anda, adakah WRC akan lebih meriah dengan undang-undang baharu ini, atau mungkin menjadi suram seperti F1 dengan pengenalan undang-undang baharu kelak?

     
     
  • BMW X4 G02 CKD – harga rasmi diumum, RM364,800

    BMW X4 G02 CKD – harga rasmi diumum, RM364,800

    Bulan Mei lalu, BMW Malaysia telah membuat tontonan awal model X4 G02 xDrive30i M Sport, dengan harga anggaran sekitar RM380,000. Sekarang, harga rasminya telah pun dikeluarkan, dan menariknya, ia adalah lebih rendah iaitu RM364,800 hasil daripada pemasangan tempatan (CKD). Turut diberi adalah jaminan lima tahun tanpa had batuan, program servis berkala percuma dan program jaminan tayar BMW.

    X4 G02 yang dibawa ke Malaysia ini cuma datang dalam satu varian saja iaitu xDrive30i M Sport, dikuasai oleh enjin empat silinder sebaris 1,998 cc petrol turbo, yang dipadankan bersama kotak gear Steptronic lapan kelajuan (pacuan semua roda), mampu menghasilkan 252 hp pada antara 5,200 hingga 6,500 rpm dan 350 Nm tork pada antara 1,450 hingga 4,800 rpm.

    Memandangkan model yang tiba di Malaysia ini adalah model spesifikasi M Sport, anda boleh melihat ia menggunakan kit badan pakej M Aerodynamics, kemasan hitam Shadow Line BMW Individual, bumbung panoramik, angkup brek M Sport berwarna biru serta rim M 20 inci yang mempunyai lebar berbeza antara depan dan belakang (tayar 245/45 di depan dan 275/45 di belakang).

    Masuk ke dalam, rekaan papan pemuka juga diberi perubahan dan ia dipasang dengan kelengkapan spesifikasi tinggi termasuk skrin sensitif sentuhan 10.25 inci BMW Navigation System Professional, sistem bunyi Harman Kardon 16 pembesar suara, panel instrumen resolusi tinggi 12.3 inci, head-up display berwarna, sistem kawalan suara serta sambungan fungsi BMW ConnectedDrive.

    Pada bahagian keselamatan, model ini datang dengan beg udara hadapan, sisi (depan sahaja), bidai (depan hingga belakang) dan atas, Dynamic Stability Control (DSC) yang termasuk Dynamic Traction Control (DTC), Cornering Brake Control (CBC), Dynamic Brake Control (DBC) serta Antilock Braking System (ABS) dengan Brake Assist. Membantu pemandu lagi adalah cruise control dengan fungsi brek, Parking Assistant dan kamera pandangan belakang.

    Kelengkapan lain yang ada pada X4 xDrive30i M Sport adalah suspensi adaptif, stereng sport, pendingin hawa automatik tiga zon, lampu kabus LED, lampu dan pengelap cermin automatik serta kemasan dalam Aluminium Rhombicle dan Pearl Chrome. Untuk warna luar kenderaan, BMW Malaysia menawarkan pilihan warna putih (Alpine White), hitam (Carbon Black), merah (Flamenco Red) dan biru (Phytonic Blue).

     
     
  • VIDEO: Toyota GR Super Sport – Hypercar Jepun mula diuji Presiden Toyota sendiri di litar Fuji Speedway

    Baru sahaja Toyota mengumumkan mereka akan menghasilkan model konsep Toyota GR Super Sport dalam bentuk produksi jalan raya bagi membolehkan mereka terus berlumba di World Endurance Championship (WEC) musim hadapan, kini video versi prototaip kereta tersebut diuji telah pun disiarkan.

    Hypercar yang diuji tersebut nampak lebih lengkap berbanding versi konsep terdahulu, menampilkan lampu hadapan dan juga cermin sisi pandang belakang, tetapi dibalut sepenuhnya dengan pelekat penyamaran. Berkemungkinan, kedua-dua versi – produksi jalan raya dan juga jentera perlumbaan sebenar – diuji kali ini kerana ada dua kereta berlainan dilihat – sebuah mempunyai skup udara di bumbung, sebuah lagi tidak ada.

    GR Super Sport berkenaan diuji sendiri oleh Presiden Toyota, Akio Toyoda ditemani oleh presiden Gazoo Racing, Shigeki Tomoyama, di litar Fuji Speedway. Dalam laporan sebelum ini, kereta tersebut dilaporkan sedang dibangunkan secara itensif di Pusat Teknikal Toyota City, Higashi Fuji dan juga di Toyota Motorsport GmbH, Cologne Jerman.

    VIDEO: Toyota GR Super Sport – Hypercar Jepun mula diuji Presiden Toyota sendiri di litar Fuji Speedway

    Versi konsep Toyota GR Sport tersebut telah didedahkan di Tokyo Auto Salon dan Le Mans tahun lalu. Ia dijana oleh enjin 2.4 liter V6 dengan dua pengecas turbo, dan turut disokong Toyota Hybrid System-Racing (THS-R). Gabungan tersebut membolehkan kereta ini menjana 1,000 hp seperti jentera LMP1 TS050 Hybrid sedia ada.

    Toyota mengambil keputusan untuk menghasilkan versi produksi kereta tersebut setelah FIA mengumumkan bahawa tahun ini merupakan musim WEC terakhir yang menampilkan kategori prototaip LMP1 sebagai kategori tertinggi siri perlumbaan ketahanan tersebut. Musim hadapan, badan sukan permotoran dunia berkenaan telah memperkenalkan kategori baharu bagi menggantikan LMP1, dikenali sebagai Hypercars.

    Untuk kategori Hypercars ini, pasukan yang bertanding perlu menggunakan kereta lumba berasaskan kereta-kereta yang sah digunakan pada jalan raya dan dijual dalam pasaran – pengeluar perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 20 unit model ‘homologation special’ untuk di jual kepada orang awam dalam tempoh dua tahun.

    VIDEO: Toyota GR Super Sport – Hypercar Jepun mula diuji Presiden Toyota sendiri di litar Fuji Speedway

    Untuk versi perlumbaan sebenar, kuasa GR Super Sport berkenaan mungkin akan dikurangkan kerana undang-undang WEC untuk Hypercars menetapkan kuasa maksima untuk semua jentera bertanding tidak boleh melebihi 750 hp. Pengeluar juga tidak disyaratkan secara mandatori untuk menggunakan sistem hibrid elektrik, namun sekiranya mereka mahu menggunakannya ia tidak boleh menghasilkan kuasa melebihi 270 hp.

    Bagi versi jalan raya pula, Toyota lebih bebas dalam aspek penghasilan kuasa dan tidak mustahil angka 1,000 hp akan terus kekal pada kereta tersebut. Namun perlu diingat, ia adalah versi produksi yang sah untuk digunakan pada jalan raya oleh orang awam, berkemugkinan besar talaan semula terhadap enjin perlumbaan sebenar berkenaan perlu dilakukan.

    Hujung minggu lalu, Toyota telah mempertahankan gelaran juara Le Mans 24 Jam dengan kemenangan bergaya 1-2 di Circuit de la Sarthe dengan jentera LMP1 TS050 Hybrid. Bukan itu sahaja, kejayaan pada pusingan terakhir FIA WEC itu turut mengesahkan trio sebastien Buemi, Fernando Alonso dan Kazuki Nakajima sebagai juara kategori pemandu untuk musim ini, manakala juara untuk kategori pengeluar sudahpun disahkan milik pasukan tersebut lebih awal di pusingan Spa Francorchamps Mei lalu.

     
     
  • Proton Saga facelift 2019 berdasarkan versi FLX?

    Proton Saga <em>facelift</em> 2019 berdasarkan versi FLX?
    Selepas Persona, Iriz dan Exora yang beri peningkatan untuk tahun 2019, kini bukanlah rahsia bahawa model paling asas dan “mesra poket” dalam barisan kenderaan keluaran Proton, Saga turut akan menerima pembaharuan. Cuma, setakat ini, masih belum ada apa-apa yang disahkan atau diketahui secara terperinci, melainkan sudah pernah dilihat sedang menjalani ujian.

    Sementara menunggu perubahan penampilan sebenar yang dilakukan terhadap Saga, Theophilus Chin seperti selalu-selalu memberikan sedikit bayangan terhadap model yang dipertingkatkan itu — kali ini dengan menjadikan Proton Saga FLX 2011 sebagai rujukannya (walaupun yang terbaru nanti hampir pasti akan disandarkan asasnya pada model Saga versi 2016).

    Proton Saga <em>facelift</em> 2019 berdasarkan versi FLX?

    Untuk itu, rekaan keseluruhan Saga FLX sangat jelas masih dikekalkan. Bezanya, di dalam imej ini ia diberikan perubahan pembaharuan seperti apa yang boleh kita jangkakan terhadap peningkatan yang akan diberikan nanti. Ini termasuk gril “Infinite Weave” dan bahagian bampar yang direka semula – diberi kemasan krom merentangi kelebaran kereta berkenaan.

    Grafik pada lampu utama juga telah diubah dan menggunakan jenis projektor dan DRL yang menarik. Di belakang pula, lampunya diberikan saiz yang lebih besar, dengan lambang Proton yang digantikan dengan tulisan pada bahagian ruang nombor plat. Bampar pula turut diadakan corong udara hiasan dan kemasan hitam berkilat.

    Proton Saga <em>facelift</em> 2019 berdasarkan versi FLX?

    Bukan setakat itu sahaja; bahagian dalaman juga ada pembaharuan yang dibayangkan oleh beliau. Ini termasuk bahagian kluster instrumen yang direka semula dengan paparan multi-info tengah yang lebih besar, cermin pandang belakang tanpa bingkai, tuil gear seperti X70 dan skrin sentuh untuk sistem infotainmen dengan Global Key User Interface (GKUI) dari Geely. Stereng pula dipinjam dari Iriz/Persona.

    Untuk bahagian enjin, Saga versi terbaru nanti dijangka masih akan mengekalkan unit 1.3 liter VVT dengan janaan 94 hp/120 Nm dengan pilihan kotak gear CVT atau manual lima-kelajuan – tentunya dengan beberapa lagi kemaskini dari aspek lainnya untuk menjadikan pemanduan Saga lebih menarik untuk versi facelift nanti. Jadi macam mana, menarik tah Saga FLX “facelift” ini?

     
     
  • Pihak swasta dipelawa bantu usaha kurangkan kadar kemalangan jalan raya; 7,000 maut pada 2017 – Loke

    Pihak swasta dipelawa bantu usaha kurangkan kadar kemalangan jalan raya; 7,000 maut pada 2017 – Loke

    Pihak swasta dialu-alukan membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, ini termasuklah majikan juga perlu memberi kesedaran tentang pentingnya aspek keselamatan di jalan raya bagi memastikan pekerja mereka selamat pergi dan balik bekerja.

    “Tidak cukup kita hanya selamat di tempat kerja, dalam kilang tetapi apa yang penting kita kena selamat ketika datang bekerja dan selepas kita balik bekerja kerana selalunya kemalangan berlaku ketika mereka datang ke tempat kerja dan selepas balik bekerja,” ujar Menteri Pengangkutan Anthony Loke seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

    Loke turut berkata kira-kira 6,000 hingga 7,000 orang meninggal dunia di atas jalan raya setiap tahun dan pada 2017, ia merekodkan hampir 7,000 orang maut dalam kemalangan jalan raya.

    “Saya nak lihat kesedaran mengenai keselamatan jalan raya meningkat dan kemalangan ini boleh kita elakkan kalau kita lebih berhati-hati,” katanya lagi.

     
     
  • Siri jelajah BMW Choose Your World dari 21-23 Jun – X4 G02, X2 M35i F39 dan X5 G05 bakal dipamerkan

    Siri jelajah <em>BMW Choose Your World</em> dari 21-23 Jun – X4 G02, X2 M35i F39 dan X5 G05 bakal dipamerkan

    Baru-baru ini, BMW Group Malaysia telah memperkenalkan barisan model baharu bagi SUV di bawah siri X – X4 G02, X2 M35i F39 dan X5 G05 – dan terkini, syarikat ini menjemput orang awam untuk menyaksikan kesemua model berkenaan dalam siri jelajah Choose Your World yang bakal berlangsung di Plaza Arkadia pada hujung minggu ini.

    Model baharu tersebut akan dipamerkan dalam acara berkenaan bersama X1 dan X3; yang turut bakal ditawarkan dalam sesi pandu uji bersama X4 baharu. Permainan High Intensity Interval Training (HIIT) dan aktiviti-aktiviti yang mampu mencabar kekuatan anda, serta Ruang Kecergasan (Playground Fitness) sedia untuk diharungi oleh para peserta, anda juga boleh menebus hadiah istimewa dengan melengkapkan aktiviti-aktiviti berkenaan. Kedai pop-up yang menyediakan barangan eksklusif, BMW Lifestyle Merchandise juga akan dibuka buat peminat-peminat jenama BMW.

    Untuk pengetahuan, X4 baharu ditawarkan dengan kemasan tunggal xDrive30i M Sport, dijanakan oleh enjin 2.0 liter B48 turbo empat-silinder (252 hp/350 Nm). Model pemasangan tempatan ini ditawarkan dengan harga anggaran RM380,000 tanpa insurans.

    Julai ini juga bakal menyaksikan pengenalan model X2 M35i, model M Performance pertama yang akan dijual secara rasminya di Malaysia. Ia mampu meledakkan kyasa sehingga 306 hp dan tork 450 Nm dan harga jualannya pula dianggarkan bernilai RM400,000 untuk model import-sepenuhnya.

    Turut diimport sepenuhnya ialah model X5 baharu, yang dijangka tiba di Malaysia pada Ogos ini dengan varian xDrive40i M Sport. Ia dipadankan dengan enjin 3.0 liter enam-silinder dengan hamburan kuasa 340 hp dan tork 450 Nm dan harga anggarannya pula RM640,000. Siri jelajah BMW Choose Your World ini akan berlangsung pada 21 hingga 23 Jun ini di kawasan parkir 3, Plaza Arkadia dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

    GALERI: BMW X4 xDrive30i M Sport G02

     
     
  • Operator pengangkutan awam digalakkan guna perkhidmatan aplikasi tanpa tunai – Anthony Loke

    Operator pengangkutan awam digalakkan guna perkhidmatan aplikasi tanpa tunai – Anthony Loke

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menggalakkan semua operator pengangkutan awam untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi tanpa tunai dalam setiap urusan transaksi pembelian termasuk tiket berikutan sistem itu diyakini memudahkan, lebih cekap dan efisien.

    Katanya, pengenalan sistem itu seiring perkembangan teknologi masa kini, yang memberi kelebihan buat pengguna mendapatkan perkhidmatan lebih cepat setiap masa. Walau pun sistem aplikasi tanpa tunai masih baharu di negara ini, namun dari segi penerimaan masyarakat, ia sudah menyaksikan perkembangan pesat dan menggalakkan.

    “Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sudah melancarkan perkhidmatan ini sejak bulan lalu dan berjaya. Ini sebagai permulaan, harapan saya supaya operator pengangkutan yang lain dapat juga menggunakan sistem ini. Saya difahamkan Prasarana Malaysia Bhd juga ada perancangan untuk perkhidmatan seperti MRT (Transit Aliran Massa), LRT (Transit Aliran Ringan) dan sebagainya. Kita memang ada cadangan laksana secara berfasa seperti yang kita buat hari ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

    Operator pengangkutan awam digalakkan guna perkhidmatan aplikasi tanpa tunai – Anthony Loke

    Beliau turut berkata, untuk menggalakkan orang ramai menggunakan sistem tanpa tunai bagi pengangkutan awam perlukan masa, malah pembabitan lebih banyak syarikat korporat juga amat dialu-alukan.

    “Kempen seperti ini tidak boleh dibuat sekali gus. Hari ini kita buat kempen, semua orang akan pakai, tidak begitu. Ia memerlukan masa dan lebih usaha dilakukan pelbagai pihak supaya kesedaran itu meningkat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kesedaran Tanpa Tunai Bagi Pengangkutan Awam di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) hari ini.

    Mengenai aspek keselamatan pula, katanya perkara tersebut tidak diragui memandangkan setiap transaksi akan direkod, malah ia juga membantu mengurangkan gejala rasuah, berikutan penggunaan sepenuhnya menerusi digital tanpa sebarang tunai.

    Operator pengangkutan awam digalakkan guna perkhidmatan aplikasi tanpa tunai – Anthony Loke

    “Saya rasa sistem ini walaupun masih baru, tetapi ciri keselamatan sudah matang (diyakini), sama seperti perkhidmatan perbankan dalam talian. Dari segi keselamatan rakyat sudah mula yakin dengan sistem ini. Saya percaya pengendali sistem dan aplikasi juga berkerja keras untuk memastikan sistem ini selamat digunakan. Kalau sistem tidak selamat, orang awam tidak akan guna. Apa yang kita dapat lihat kini, orang semakin yakin. Kerajaan juga ambil berat aspek ini,” katanya.

    Bukan itu sahaja, penggunaan sistem tanpa tunai juga membantu operator pengangkutan awam merekod bilangan penumpang setiap hari bagi tujuan analisis dan melihat tahap kekerapan penggunaan bagi waktu tertentu.

    “Kita galakkan operator gunakan data itu untuk memperkenalkan penetapan harga dinamik. Sebab kita tahu, pengguna akan pakai berapa kali sebulan dan waktu yang ramai penumpang. Maka kalau kita boleh beri insentif dan sebagainya, ia juga akan menambah bilangan penumpang. Tujuan utama kita mahu lebih ramai orang guna pengangkutan awam,” katanya.

     
     
  • PANDU UJI: Proton Iriz 2019 – bukan sekadar ‘salin kulit, turut menambah baik karakter NVH dan CVT

    PANDU UJI: Proton Iriz 2019 – bukan sekadar ‘salin kulit, turut menambah baik karakter NVH dan CVT

    Sejak Proton mengumumkan harga bagi barisan Iriz 2019 lebih murah berbanding model terdahulu, hatchback ini kembali hangat diperkatakan. Malah makin ramai yang tertarik dengan Iriz, bukan sahaja kerana harganya, tetapi rekaannya yang dipertingkatkan dengan ciri yang lebih canggih yang diberikan. Sekaligus menambahkan keterujaan orang ramai untuk meletakkannya dalam senarai kereta pilihan untuk dibeli.

    Malah Proton berkata sejak dilancarkan pada akhir April lalu, Iriz 2019 telah mencatatkan jualan sebanyak 940 unit (angka jualan pada Mei 2019). Ini memberikan petanda yang agak baik biarpun mungkin agak sukar untuk Iriz mengatasi pencabar terdekatnya, Perodua Myvi.

    Sebelum pelancarannya, kami diberi kesempatan memandu uji hatchback ini di litar ujian Pusat Kecemerlangan (COE) Proton, Shah Alam, dalam masa yang agak terhad. Jadi sudah pasti tidak begitu mampu memberikan kepuasan untuk mengulas lebih banyak mengenainya.

    Baca artikel selanjutnya di sini

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.72 (-0.20)
RON 97 RM4.35 (-0.30)
RON 100 RM6.75
VPR RM7.98
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.67 (-0.20)
EURO 5 B7 RM4.87 (-0.20)
Last Updated Jun 04, 2026