Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • TIP: Berhati-hati di jalan raya, sila amalkan pemanduan berhemah – Pandu cermat, jiwa selamat

    TIP: Berhati-hati di jalan raya, sila amalkan pemanduan berhemah – Pandu cermat, jiwa selamat

    Pantasnya masa berlalu. Tinggal empat hari saja lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Syawal dan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Sedih juga hendak meninggalkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Moga ia bukan Ramadan terakhir buat kita semua.

    Pastinya setiap antara kita mahu meraikan Aidilfitri dengan keluarga dan insan yang tersayang. Pulang ke kampung halaman pastinya menjadi keutamaan, bertemu ibu ayah tercinta dan berkumpul seisi keluarga mengeratkan lagi ikatan kasih sayang. Biar pun mungkin terpaksa memandu dalam masa yang panjang kerana jarak, namun pasti terbayang wajah yang kita sayang, yang sedang menanti di kampung halaman. Oh! Tidak sabarnya hendak pulang ke kampung.

    Hari Raya ini juga masa yang dinantikan untuk saling kunjung-mengunjungi sanak saudara dan kenalan di merata lokasi dan mungkin ada yang merencana percutian bersama keluarga. Memilih untuk memandu atau road trip ke destinasi yang menjadi pilihan pastinya menyeronokkan. Biarpun penat kerana merentasi perjalanan panjang, mungkin tersekat dalam kesesakan trafik, perbelanjaan bertambah untuk menampung kos bahan api, tol dan penyelenggaran kenderaan, namun ibarat ‘setahun sekali, Syawal datang lagi’, pastinya itu bukan halangan untuk kita bersuka ria di Hari Raya.

    Untuk yang bakal memulakan perjalanan dengan memandu, kami ingin berkongsikan sedikit panduan untuk anda. Perkara utama yang ingin kami titipkan; ‘Sila mengamalkan pemanduan berhemah, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah insan yang tersayang.’

    TIP: Berhati-hati di jalan raya, sila amalkan pemanduan berhemah – Pandu cermat, jiwa selamat

    Persediaan sebelum memulakan perjalanan :
    1) Sila lakukan pemeriksaan kenderaan anda di pusat servis kenderaan yang dipercayai. Periksa keadaan tayar kenderaan, minyak enjin, bateri dan air bateri, pendingin hawa dan sebagainya. Pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik dan selamat dipandu.

    2) Jangan lupa memeriksa tayar simpanan dan pastikan anda membawa air bateri, minyak enjin, peti pertolongan kecemasan, pemadam api bersaiz kecil serta peralatan yang berkaitan sekiranya diperlukan ketika kecemasan. Pastikan juga lampu utama, lampu brek dan lampu isyarat berfungsi dengan baik.

    3) Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan jauh. Memandu di dalam keadaan yang mengantuk dan letih adalah berbahaya.

    4) Pastikan anda turut menyemak lokasi berehat termasuk stesen minyak sepanjang perjalanan.

    5) Memandangkan ramai yang berpusu-pusu ke kampung halaman masing-masing, anda disarankan agar merancang perjalanan supaya tidak terkandas di dalam kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di lebuh raya utama pada musim perayaan. Anda juga boleh mengikuti perkembangan trafik daripada syarikat konsesi lebuh raya. Malah PLUS turut berkongsikan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak iaitu di antara 21 Jun hingga 3 Julai ini.

    6) Sekiranya perlu, anda boleh menggunakan GPS, Waze, Google Maps atau aplikasi yang berkaitan untuk merancang perjalanan anda. Aplikasi sebegini boleh membantu anda mengetahui laluan alternatif sekiranya jalan yang biasa anda lalui mengalami kesesakan atau pun kerosakan.

    7) Sila pastikan anda turut menyimpan nombor-nombor penting sekiranya berlaku sebarang kecemasan semasa pemanduan. Termasuklah nombor telefon keluarga terdekat, balai polis berhampiran dan juga mekanik yang dipercayai.

    8) Bagi yang menggunakan perkhidmatan Smart Tag atau pun Touch & Go, sila pastikan anda sudah membuat isian semula kad tersebut. PLUS telah mengumumkan semua lorong tambah nilai di plaza tolnya ditutup selama seminggu mulai 22 Jun hingga 2 Julai. Jadi, pastikan anda menambah nilai kad tersebut lebih awal dan secukupnya.

    TIP: Berhati-hati di jalan raya, sila amalkan pemanduan berhemah – Pandu cermat, jiwa selamat

    Semasa dalam perjalanan :

    1) Tetapkan kelajuan mengikut keadaan trafik semasa. Elakkan memandu perlahan di lorong kanan, memotong dari lorong kiri dan menggunakan laluan kecemasan. Amalkan sikap saling bertoleransi, bertolak ansur dan bertimbang rasa sesama pengguna jalan raya.

    2) Gunakan lampu isyarat jika ingin memotong kenderaan lain atau mengubah laluan.

    3) Patuhi papan tanda yang menjadi panduan dalam pemanduan seperti mengetahui kawasan berisiko kemalangan, angin lintang dan sebagainya.

    4) Jika hari hujan atau pun cuaca gelap, pastikan anda memasang lampu utama dan bukannya menggunakan hazard light. Perlahankan kenderaan sekiranya jarak penglihatan anda terbatas. Elakkan daripada memandu laju.

    5) Awasi jarak pemanduan anda. Jangan sesekali mengekori kenderaan di hadapan secara dekat kerana ia boleh mengundang padah terutamanya jika ia brek mengejut atau pun memasuki simpang secara mendadak.

    6) Pastikan anda dan para penumpang memakai tali pinggang keselamatan.

    7) Sentiasa fokus pada pemanduan. Jangan sesekali menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu. Jika ada panggilan masuk atau membuat panggilan keluar, anda disarankan menggunakan kit bebas tangan atau kemudahan bluetooth yang boleh disambung terus pada kenderaan anda.

    8) Jika mengantuk, seeloknya anda berhenti di tempat yang selamat untuk berehat atau boleh bergilir-gilir memandu dengan keluarga dan rakan yang bersama anda. Baru-baru ini, kami telah berkongsikan artikel mengenai gejala ‘microsleep’ iaitu badan ‘tidur’ buat seketika. Di mana segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara satu hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah “shut down”. Ia juga boleh berlaku sewaktu kita sedang memandu. SILA BACA ARTIKEL TERSEBUT DI SINI.

    9) Kerap melihat cermin pandang belakang dan cermin sisi. Ia boleh membantu anda mengetahui keadaan lalu lintas di belakang kenderaan anda. Malah ia juga boleh dijadikan panduan sekiranya anda mahu menukar lorong, memecut atau memotong kenderaan lain.

    10) Selepas memandu dalam tiga hingga empat jam, disarankan untuk berhenti seketika di kawasan rehat yang selamat untuk merehatkan fizikal dan mental anda. Ia juga untuk memastikan kenderaan anda juga dapat berehat seketika bagi mengelakkan enjin terlampau panas dan sebagainya.

    Semoga anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

     
     
  • Subaru WRX dan WRX STI berdasarkan Impreza generasi terkini hanya akan muncul tiga tahun lagi

    Subaru WRX dan WRX STI berdasarkan Impreza generasi terkini hanya akan muncul tiga tahun lagi

    Subaru Impreza generasi kelima telah pun membuat kemunculan sulungnya untuk peringkat global pada Mac 2016. Namun setelah lebih setahun dalam pasaran, tiada lagi tanda-tanda dari jenama berkenaan bakal memperkenalkan pula versi prestasi tinggi tradisinya iaitu WRX dan WRX STI. Penggunaan platform generasi sebelumnya itu sebagai model lebih berkuasa berkenaan nampaknya masih lagi diteruskan di mana versi WRX STI lebih hardcore iaitu WRX STI Type-RA baharu sahaja diumumkan sebelum ini.

    Adakah WRX akan menerima nasib yang sama seperti seteru utamanya – Lancer Evolution – yang telah sah dihentikan pengeluarannya? Nasib baik tidak kerana menurut pengarah urusan Subaru Australia Colin Christie dalam laporan oleh motoring, WRX dan WRX STI generasi baharu bakal membuat penampilan dalam masa dua setengah hingga tiga tahun dari sekarang.

    Menurut Christie, jurutera-jurutera Subaru buat masa ini masih sedang membangunkan unit janakuasa baharu untuk WRX bagi dipadankan bersama Subaru Global Platform, iaitu asas pembinaan Impreza dan XV generasi baharu. Dijangka, WRX dan WRX STI yang dibina berasaskan platform berkenaan bakal hadir dalam tempoh paling cepat 30 bulan dari sekarang.

    Christie turut ditanya adakah Impreza standard dan XV yang menggunakan paltform baharu ini bakal menerima enjin yang lebih berkuasa selain enjin boxer 2.0 liter NA sedia ada? “Kami gembira sekiranya mempunyai kereta yang lebih berkuasa,” kata Christie dan menambah “Tetapi tiada enjin yang sesuai buat masa sekarang. Enjin turbo 1.6 liter pada Levorg tidak sesuai untuk dipadankan, jadi model sport Impreza tidak dapat diwujudkan.”

    Menurut beliau lagi, buat masa sekarang pemilik-pemilik Impreza generasi baharu masih lagi gembira dengan 154 hp yang dihasilkan oleh enjin boxer 2.0 liter tersebut, dibuktikan dengan jualan yang meningkat 50% walaupun secara keseluruhan jualan segmen kereta berkenaan kini sedang mengecil di Australia.

    “Dari sudut pandangan kami enjin berkenaan beroperasi dengan sempurna berdasarkan tujuan asas kereta tersebut dibina. Jika mengikut minat saya terhadap kereta, memang saya mahukan semua kereta diberikan pengecas turbo, tetapi realitinya setiap kereta di bina berdasarkan kegunaannya yang tersendiri,” jelas Christie.

    GALERI: Subaru Impreza 2017 pasaran Amerika Syarikat

     
     
  • Kerajaan mahu pastikan formula baharu harga bahan api tidak akan rugikan mana-mana pihak – KPDNKK

    Kerajaan mahu pastikan formula baharu harga bahan api tidak akan rugikan mana-mana pihak – KPDNKK

    Seperti mana yang dilaporkan minggu lalu, kerajaan bakal mengumumkan formula baharu bagi menentukan harga runcit bahan api. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah itu diambil untuk memastikan kestabilan industri minyak domestik.

    Semalam beliau telah mengeluarkan kenyataan, ia masih dalam peringkat kajian dan pihaknya telah bertemu dengan syarikat-syarikat minyak untuk membincangkan formula itu bagi memastikan ia tidak merugikan mana-mana pihak, laporan Bernama.

    Hamzah berkata kerajaan mahu formula itu memanfaatkan semua pihak termasuk pengguna, dan bukannnya menyukarkan mereka sekiranya stesen minyak ditutup akibat kerugian.

    “Jarak purata stesen minyak adalah kira-kira 25 kilometer dari satu-satu tempat. Jadi, kalau ada yang tutup, pengguna juga akan susah terpaksa pergi jauh untuk mengisi minyak,” katanya.

    Ketika ini, terdapat 3,500 stesen minyak beroperasi di seluruh negara.

    Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, ada pihak yang mendesak kerajaan untuk menukar semula pengumuman harga bahan api dari mingguan ke bulanan. Walau bagaimana pun, pihak kerajaan masih kekal dengan pelaksanaan sedia ada, iaitu harga siling bahan api diumumkan setiap minggu.

     
     
  • LITRAK tawar diskaun tol untuk pengguna Lebuhraya LDP, SPRINT dan KESAS sempena Aidilfitri

    LITRAK tawar diskaun tol untuk pengguna Lebuhraya LDP, SPRINT dan KESAS sempena Aidilfitri

    Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) telah mengumumkan bakal menawarkan diskaun tol untuk tiga lebuhraya di bawah kendaliannya sempena Aidilfitri ini.

    Bagi pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya SPRINT akan menikmati kadar diskaun tol masing-masing sebanyak 60 sen dan 20 sen pada 25 Jun 2017 (Ahad), bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

    Menurut CEO LITRAK, Sazally Saidim bagi pengguna Lebuhraya Shah Alam (KESAS) pula, diskaun tol sebanyak 10% akan ditawarkan kepada kenderaan kelas 1 pada hari dan waktu yang sama.

    “Kami menjangkakan kira-kira 451,000 pengguna di LDP dan SPRINT serta 220,000 pengguna Kelas 1 Lebuhraya KESAS bakal menerima faedah sempena pemberian diskaun itu yang merupakan amalan LITRAK sejak 2010. Sejak tahun 2010 hingga 2016, hampir RM10 juta subsidi tol telah diberikan kepada pengguna LDP, SPRINT dan KESAS pada setap musim perayaan di Malaysia,” katanya.

     
     
  • GALERI: Hyundai Elantra 2017 pasaran Malaysia

    GALERI: Hyundai Elantra 2017 pasaran Malaysia

    Awal bulan ini, Hyundai telah melancarkan sedan segmen-C Elantra generasi baharu pada pasaran Malaysia. Hari ini, ketika majlis berbuka puasa Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), dua varian model berkenaan iaitu GLS 2.0 Executive dan Sport 1.6 Turbo telah dipamerkan untuk tatapan umum.

    Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, Elantra pasaran Malaysia ditawarkan dalam tiga versi iaitu varian asas GLS 2.0 Executive (RM116,388), varian pertengahan GLS 2.0 Dynamic (RM120,588) dan juga varian tertinggi Sport 1.6 Turbo (RM131,488).

    Untuk varian-varian yang menggunakan enjin 2.0 liter NA, ia diberikan enjin empat silinder Nu MPI menjana 152 PS pada 6,200 rpm dan tork maksima 192 Nm pada 4,000 rpm. Enjin berkenaan dipadankan bersama kotak gear automatik enam kelajuan. Selain itu, model-model NA ini juga diberikan sistem gantungan jenis torsion beam pada bahagian belakang.

    Untuk bahagian luaran pula, varian asas ini hadir dengan lampu hadapan projektor halogen automatik, lampu kabus dan rim aloi 17 inci dengan rekaan seperti turbin. Tiada kit badan seperti varian Dynamic diberikan.

    Ciri lain yang diberikan pada model 2.0 Executive ini termasuk sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin, kemasan dalam kulit dan sued, cermin pandang belakang malap automatik, pendingin hawa manual dengan liang kabin belakang, penderia undur, sistem infotaimen dengan skrin sesentuh tujuh inci dan sambungan Bluetooth, CarPlay dan Android Auto, kamera undur dan sistem pemerhati tekanan angin tayar.

    Bagi model 1.6 Turbo pula, ia diberikan enjin Gamma T-GDI, yang berkuasa 204 PS pada 6,000 rpm dan tork maksima 265 Nm pada antara 1,500 hingga 4,500 rpm. Ia dipadankan bersama kotak gear klac berkembar (DCT) tujuh-kelajuan automatik. Untuk suspensi belakang pula, ia diberikan sistem multilink lebih jitu.

    Ciri lain diberikan untuk varian tertinggi ini termasuk lampu hadapan HID, lampu nyalaan siang LED, tempat duduk kulit sepenuhnya, pendingin hawa dwi zon automatik, pedal penukar gear di stereng, pengelap cermin automatik (pengesan hujan), dan ciri keselamatan seperti pengesan titik buta dan rear cross traffic alert (RCTA).

    Varian Sport juga datang dengan gril unik, bersama lencana Turbo, bampar dengan bukaan udara lebih luas, dan lampu utama dengan rekaan yang lebih kompleks. Di bahagian belakangnya terdapat pula diffuser, muncung ekzos berkembar dan lencana ‘Sport’. Rim untuk model ini juga adalah lain.

    Bahagian kabin, versi turbo ini diberikan banyak bahagian berwarna merah seperti, tempat duduk (turut dijahit dengan tulisan ‘Sport’ pada bahagian kerusi hadapan), panel pintu, jahitan pada stereng dan pelapik tombol gear, dan keliling karpet. Stereng model ini adalah sama dengan stereng Ioniq, cuma bahagian yang berwarna biru diganti dengan merah.

    GALERI: Hyundai Elantra 2017 GLS 2.0 Executive

    GALERI: Hyundai Elantra 2017 1.6 Sport

     
     
  • Maxus G10 SE dilancarkan di Malaysia – dari RM153k

    Maxus G10 SE dilancarkan di Malaysia – dari RM153k

    Weststar Maxus Sdn Bhd, pengedar rasmi bagi kenderaan penumpang dan MPV Maxus di Malaysia telah pun melancarkan Maxus G10 SE baharu. Ia merupakan varian terkini bagi Maxus G10 yang diperkenalkan di pasaran tempatan pada April 2016. MPV besar berkapasiti 10-tempat duduk ini dengan dimensi 5,168 mm panjang, 1,980 mm lebar, 1,928 mm tinggi dan 3,210mm jarak roda, memang cukup sesuai dijadikan pengangkutan bagi anda yang memiliki ramai ahli keluarga.

    Diperbuat di Shanghai, China, G10 SE ini hadir dengan beberapa elemen tersendiri, yang membezakannya dengan varian Luxury dan Sport di dalam keluarga G10. Ia hadir dengan kit badan penuh yang memberikan sedikit sentuhan yang lebih segar dan berbeza termasuk dengan spoiler bumbung untuk bahagian belakang.

    Ia turut diserlahkan dengan elemen istimewa lain termasuk bumbung kaca panoramik berkembar dan juga pintu gelangsar automatik pintar untuk kedua-dua bahagian sisi.

    Maxus G10 SE dilancarkan di Malaysia – dari RM153k

    Lain-lain elemen yang kekal sama seperti mana varian lain termasuklah lampu utama HID, lampu nyalaan siang LED, sistem lampu hadapan adaptif dengan fungsi auto, lampu belakang LED, bumbung suria hadapan larasan elektrik, pemegang pintu krom, dan rim aloi 18-inci.

    Bagi bahagian kabinnya, G10 SE ini juga dihadirkan dengan sistem interaksi pintar car-link human-computer yang terletak di bahagian kokpit konsol tengah dengan menampilkan skrin sesentuh interaktif pintar bersaiz 15-inci, sambungan telefon pintar, paparan info pelbagai-fungsi dan juga roda stereng pelbagai-fungsi.

    Malahan kekemasan kulit berwarna gelap turut menjadi pilihan bagi bahagian papan pemuka dan tenpat duduk balutan kulit rona coklat gelap (warna beige bagi varian lain), sekali gus memberikan penampilan yang agak premium. Selain itu, suis-suis dan butang kawalan juga dikatakan sebagai bersifat mesra pengguna.

    Maxus G10 SE dilancarkan di Malaysia – dari RM153k

    Seperti varian lain, ia turut dilengkapi dengan kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, cermin pandang belakang anti-silau, paparan video secara langsung bagi pandangan sekeliling 360-darjah, kawalan kelajuan, kamera undur, sambungan Bluetooth dan pendingin hawa dwi-zon dengan corong tersendiri bagi tempat duduk belakang bersama lampu membaca LED.

    Bagi sistem hiburan pula, selain skrin sesentuh interaktif pintar resolusi tinggi 15-inci, ia turut didatangkan dengan skrin LCD 10.1-inci yang dipasang di bahagian siling, sistem audio enam-pembesar suara, sistem Car-Link HDMI, radio, MP5 dan AUX.

    Bahagian mekanikalnya juga tidak berubah, masih dijanakan G10 oleh enjin 2.0 liter TGI pengecas turbo (yang dikatakan lebih berkuasa berbanding enjin 3.0 liter naturally-aspirated) dengan kuasa 225 hp pada 5,500 rpm dan tork 345 Nm pada 4,000 rpm. Turut dipadankan dengan transmisi automatik ZF enam-kelajuan bersama mod manual. G10 mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 190 km/j.

    Bagi aspek keselamatannya, ia dilengkapi dengan dua beg udara, ABS dengan EBD, ESP, EBA, pengesan parkir hadapan dan belakang, pengingatan pemasangan tali pinggang keledar untuk tempat duduk pemandu, ISOFIX, sistem pemantauan tekanan tayar dan sistem Brake Override. Walau bagaimana pun, G10 SE telah ditampilkan dengan sistem bantuan penstabilan elektronik Bosch ESP9.1 generasi baharu yang memberikan pemanduan yang lebih stabil dan meyakinkan.

    Mengikut penarafan keselamatan lima-bintang EURO, G10 SE ini telah menggunakan teknologi lapisan penyamanan berganda pada struktur badannya, sekaligus memberikan 50% ketahanan dan pelindungan yang lebih tinggi.

    Maxus G10 SE ini kini sudah boleh didapati di semua bilik pameran Weststar Maxus di seluruh negara pada harga atas jalan bermula RM153,412 (tanpa insurans) dengan waranti selama tiga-tahun. Ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Obsidian Black, Blanc White dan Aurora Silver.

     
     
  • Proton tawar pemeriksaan keselamatan 20-mata percuma sempena musim balik kampung Hari Raya

    Proton tawar pemeriksaan keselamatan 20-mata percuma sempena musim balik kampung Hari Raya

    ????????????????????????????????????

    Sempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang sememangnya bakal menyaksikan ramai warga kota akan pulang ke kampung halaman menggunakan kenderaan persendirian, Proton mengambil inisiatif untuk menawarkan pemeriksaan 20-mata percuma di semua pusat servis bertauliahnya bermula bulan Jun. Khidmat pemeriksaan percuma ini juga turut diadakan dengan kerjasama Petronas menerusi kempen Petronas Coffee Break yang dijalankan pada stesen-stesen terpilih jenama petroleum nasional berkenaan.

    Menurut Proton, Litrak iaitu syarikat pengendali Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) turut meminta khidmat mereka untuk mewujudkan stesen pemeriksaan bergerak di lebuhraya berkenaan. Pemeriksaan percuma tersebut akan diadakan di kawasan R&R Petaling Jaya arah Sunway dari Puchong, bermula 20 hingga 22 Jun, dari 10 pagi hingga 5 petang.

    Proton tawar pemeriksaan keselamatan 20-mata percuma sempena musim balik kampung Hari Raya

    Pasukan pemeriksaan percuma Proton ini juga turut akan memberikan perkhidmatan mereka di lima stesen Petronas di Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan, dari 21 hingga 23 Jun, bermula 10 pagi hingga 5 petang.

    Antara perkara yang akan diperiksa menerusi kempen yang diadakan ini adalah termasuk keadaan dan tekanan angin tayar, sistem brek, operasi sistem brek dan klac, suspensi, bateri, bilah pengelap cermin, tali pemacu sawat, suis-suis dan juga tahap bendalir seperti minyak enjin, bendalir brek, bendalir stereng kuasa, coolant dan cecair pembersih cermin hadapan.

     
     
  • VIDEO: Volvo Polestar – mengapa kami berlumba?

    Bulan lalu, pasukan Volvo Polestar Cyan Racing telah mengungguli pusingan World Touring Car Championship (WTCC) 2017 di litar Nurburgring, Jerman. Pemandu utama Thed Björk menang perlumbaan pertama manakala rakan sepasukannya Nicky Catsburg pula menang pada perlumbaan kedua.

    Keputusan berkenaan bukan sahaja meletakkan Thed Björk di tempat pertama carta pungutan mata untuk gelaran kejuaraan dunia, malah turut menjadikan Polestar Cyan Racing sebagai pendahulu kejuaraan untuk kategori pengeluar, meninggalkan Honda di tempat kedua dengan perbezaan 40 mata.

    Menurut Volvo, untuk berada pada peringkat ini, mereka telah berusaha dalam dunia perlumbaan lebih dari 30 tahun bermula dengan Volvo 240 Turbo yang telah merangkul gelaran Kejohanan Touring Car Eropah (ETCC) 1985, kejohanan DTM Jerman juga pada tahun yang sama serta menjuarai Kejohanan Touring Car Australia (kini dikenali sebagai Kejohanan V8 Supercar Australia) untuk musim 1986.

    Selepas itu, Volvo terus beraksi cemerlang dalam pelbagai kejuaraan Touring Car termasuk British Touring Car Championship (BTCC), V8 Supercar Australia dan juga WTCC sendiri, menampilkan pelbagai model ikoniknya seperti 850 Estate, S40, C30 dan juga S60.

    Sebenarnya, mengapa Volvo begitu serius untuk berlumba? Menurut jenama Scandinavia tersebut, perlumbaan bermaksud memaksa sesuatu perkara tersebut keperingkat ekstrem, sama ada untuk komponen, pemandu dan juga falsafah. Menerusi perlumbaan, banyak penemuan baharu ditemui dan dipelajari setelah memaksa aspek-aspek berkenaan ke tahap paling maksima.

    Untuk musim WTCC 2017, Volvo mensasarkan untuk menjadi juara menerusi jentera perlumbaan S60 Polestar Cyan Racing mereka. Jentera perlumbaan tersebut sebenarnya berkongsi pelbagai komponen yang sama dengan model produksi jalanan biasa Volvo S60 Polestar dan V60 Polestar, termasuk enjin, suspensi serta sistem brek.

    Pelumba dan jurutera-jurutera Polestar Cyan Racing juga bekerjasama sama rapat dengan divisi kereta produksi biasa Polestar untuk memindahkan teknologi dan falsafah dari litar perlumbaan kepada model produksi yang dijual pada pasaran umum. Ini merupakan sebab utama mengapa mereka berlumba; untuk menghasilkan kereta berprestasi tinggi yang lahir dari dunia perlumbaan sebenar.

     
     
  • Polis Selangor pantau 35 lokasi ‘panas’ kemalangan di negeri berkenaan menerusi Op Selamat 11/2017

    Polis Selangor pantau 35 lokasi ‘panas’ kemalangan di negeri berkenaan menerusi Op Selamat 11/2017

    Menerusi Op Selamat 11/2017 sempena perayaan Aidilfitri, Polis Selangor telah mengumumkan akan memantau 35 lokasi ‘panas’ kemalangan di negeri ini, laporan Bernama.

    Dengan sasaran untuk turunkan kadar kemalangan jalan raya terutama di musim perayaan, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata antara lokasi yang dikenal pasti adalah KM 50-61 Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Genting-Batang Kali di Hulu Selangor, Jalan Hulu Langat dan Jalan Semenyih di Kajang, Jalan Besar Sri Kembangan di Serdang serta Jalan Nilai-Bukit Changgang di Sepang.

    Op Selamat bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ itu turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

    Selain itu, beliau berkata orang awam boleh menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada polis secara cepat dengan menggunakan telefon pintar.

     
     
  • Subaru WRX STI Type RA akan diuji di Nurburgring dan kawasan bukit Goodwood untuk penilaian prestasi

    Subaru WRX STI Type RA akan diuji di Nurburgring dan kawasan bukit Goodwood untuk penilaian prestasi

    Subaru akan menghantar model WRX STI Type RA keluarannya ke laluan berbukit di Goodwood hujung bulan ini – untuk tujuan penilaian prestasi dalam acara di sana. Ia akan dipandu oleh Mark Higgins, orang yang sama mencatatkan rekod bagi model berkenaan di Isle Of Man sebelum ini. Selain Goodwood, jentera ini juga akan diuji di litar Nurburgring Nordschleife.

    ‘RA’ pada nama yang digunakan ini bermaksud Record Attempt, dan kekal sejak Subaru Legacy memecah rekod kelajuan endurans FIA pada 1989. Lebih baru daripada itu ialah ketika syarikat ini memperkenalkan model Impreza WRX STI Type RA 1993, sebuah model prestasi untuk pasaran Jepun.

    Subaru WRX STI Type RA akan diuji di Nurburgring dan kawasan bukit Goodwood untuk penilaian prestasi

    Berdasarkan WRX STI terkini, Type RA dilengkapi dengan enjin 2.5 liter turbo empat-silinder, dengan kuasa 310 hp hasil daripada talaan semula terhadap intake, sistem ekzos dan ECU. Untuk mengurangkan berat, Type RA ini menggunakan gentian karbon pada bumbung dan sayap belakang, serta rim 19 inci aloi yang digunakan.

    Turut dijangkan akan digunakan ialah penyerap hentak Bilstein dan tempat duduk Recaro yang dinaik taraf. Pengurangan berat dijangka akan turut dilakukan pada bahagian-bahagian lain, mengambil kira penampilan model RA yang lepas-lepas. Antaranya menggantikan sistem pendingin hawa dengan corong pada bumbung, serta penggunaan cermin sisi manual tanpa kelengkapan elektronik.

     
     
  • JPJ telah keluarkan 77,242 saman AWAS, KEJARA

    JPJ telah keluarkan 77,242 saman AWAS, KEJARA

    Sejak dilaksanakan pada 15 April lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 77,242 saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) sehingga semalam.

    Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, 68,830 saman dikenakan kepada pemandu yang tidak mematuhi had laju manakala 8,412 lagi saman bagi kesalahan melanggar lampu isyarat merah, laporan Bernama.

    “Hasil pemerhatian dalam tempoh itu didapati KM 375.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), iaitu di Slim River, Perak (arah utara) dicatatkan sebagai kawasan paling kerap had laju dilanggar,” katanya kepada pemberita semalam.

    Baru-baru ini, JPJ telah mengumumkan tujuh lagi lokasi kamera AES yang dipasang di kawasan panas baharu yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan.

    JPJ telah keluarkan 77,242 saman AWAS, KEJARA

    Tujuh lokasi baharu terbabit adalah di KM 151.4 Lebuhraya PLUS-Pagoh, KM 299.9 Lebuhraya PLUS-Kampar, KM 17 Gua Musang-Kuala Krai, KM 96.3 Lebuhraya PLUS-Kuala Muda, KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan KM 146.8 Lebuhraya PLUS-Pagoh.

    Selain itu, empat lagi kamera AES turut dipasang di persimpangan lampu isyarat, iaitu di KM 26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Persimpangan Kg.Kerdah), Jalan Pasir Putih-Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul) dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu).

    Selain itu, lokasi yang turut tersedia dengan kamera AES sebelum ini termasuklah di KM 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah Utara), KM 7 Jalan Maharajalela-Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh), KM 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan), KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah Selatan), KM 204.6 Lebuhraya PLUS-Taiping (arah Utara), KM 6.6 SKVE (Puchong Ke Kajang), Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju PICC), Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC ke Kajang), KM D7.9 Sungai Besi, Kuala Lumpur (arah ke Selatan) dan KM 301.6 Lebuhraya PLUS-Kajang (arah ke Utara).

     
     
  • Apple beri tumpuan bangunkan sistem autonomous

    Apple beri tumpuan bangunkan sistem autonomous

    Minggu lalu, CEO Apple, Tim Cook menghuraikan tentang rancangan syarikat itu untuk sektor automotif. “Kami sedang memberi tumpuan terhadap sistem autonomous. Ia merupakan teknologi teras yang kami lihat sebagai sangat penting,” jelas Cook dalam satu wawancara dengan Bloomberg, dan menambah; “Mungkin ia satu daripada projek AI yang paling sukar.”

    Syarikat yang berpusat di Palo Alto, Califronia itu sebelum ini ada rancangan untuk membangunkan kereta sendiri, walaupun kemudiannya di batalkan untuk memberi laluan dan menumpukan perhatian ke arah pembangunan teknologi autonomous. Apple secara drastik memansuhkan Project Titan, dengan sebahagian besar daripada 1,000 tenaga kerja untuk projek kereta itu ditugaskan semula, diberhentikan atau berhenti secara sukarela menjelang Oktober tahun lalu.

    Dimulakan sejak 2014, Project Titan merupakan benih kepada impian Apple untuk meninggalkan jejak tersendiri dalam pasaran automotif, dengan matlamat yang sama syarikat itu lakukan terhadap pasaran telefon pintar ketika ia memperkenalkan iPhone pertama ada 2007. Bagaimanapun, sejak 2015, perkembangan projek berkenaan terbantut disebabkan kesamaran hala tuju.

    Bob Mansfield, pembangun iPad dan warga paling lama di dalam Apple mengambil alih kendalian program berkenaan pada 2016, dan sebulan kemudian mengumumkan perubahan strategi; dia menjelaskan Apple perlu beralih kepada membangunkan platform dan sistem autonomous dan bukannya menjadi pesaing Tesla – langkah ini menyebabkan ramai staf yang angkat kaki.

    Cook setakat ini masih belum mahu mendedahkan adakan Apple akan mengeluarkan kereta sendiri nanti. “Kami akan lihat ke mana langkah ini akan membawa kami. Ketika ini, matlamatnya adalah untuk memberi tumpuan kepada pembangunan sistem autonomous dan bukannya untuk menghasilkan kenderaan,” tambah beliau.

     
     
  • Perodua bina taman eko dalam kawasan kilangnya

    Perodua bina taman eko dalam kawasan kilangnya

    Bagi menyokong kepentingan alam sekitar, Perodua bakal membina taman eko bernilai RM300,000 di dalam kawasan kilangnya yang seluas 202.3 hektar. Bersaiz 1,500 meter persegi, taman eko itu djangka siap menjelang Oktober ini, akan dibina di pusat kemudahan perkilangan utama, termasuk kebun kecil yang akan menggunakan teknologi hidroponik bagi mengembangkan kawasan rehat hijau untuk kakitangan syarikat itu.

    Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, syarikat tersebut mahu memantapkan lagi operasi agar menjadi lebih mesra alam dan matlamat akhirnya adalah untuk menjadi sebuah syarikat automotif yang benar-benar ‘hijau’.

    “Semua keperluan elektrik akan menggunakan kuasa solar dan pek bateri yang boleh dicas semula bagi memastikan tiada sisa karbon,” katanya.

    Selain itu, semua bahan binaan bagi Taman Eko Perodua ini akan menggunakan bahan-bahan buangan daripada amalan ‘Kurangkan, guna semula dan kitar semula’ yang dipraktikkan di fasiliti perkilangannya.

    “Selain daripada mempromosikan persekitaran yang bersih dan sihat, amalan ini juga akan mengurangkan serta menghapuskan pembaziran dalam operasi kami,” kata Aminar.

     
     
  • 38 stesen penguatkuasaan ditempatkan di lokasi ‘hitam’ sempena Hari Raya Aidilfitri ini – KP JPJ

    38 stesen penguatkuasaan ditempatkan di lokasi ‘hitam’ sempena Hari Raya Aidilfitri ini – KP JPJ

    Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal menempatkan 38 stesen penguatkuasaan (EBS) di sepanjang lebuh raya utama bagi memastikan pemantauan dapat dilakukan secara berterusan dan menyeluruh.

    Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron, EBS berkenaan merupakan pusat pemeriksaan bagi memastikan anggota JPJ membuat rondaan di sepanjang laluan yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan, laporan Bernama.

    “Selain menjadi pusat pemeriksaan untuk anggota, EBS juga akan menjadi kawasan pemeriksaan sekiranya pasukan ronda mengesan pengguna jalan raya melakukan kesalahan. Kita juga akan mengeluarkan saman di EBS sekiranya kenderaan yang anggota ronda tahan itu telah melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2017 di Plaza Tol Sungai Besi semalam.

    Beliau berkata antara lokasi EBS ialah Plaza Tol Tangkak, Johor; Plaza Tol Rawang, Selangor; Plaza Tol Ipoh; Perak dan Plaza Tol Sungai Dua Butterworth, Pulau Pinang.

    Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan seramai 3,128 anggota dan pegawai akan bertugas sepanjang Ops HRA 2017 yang bermula semalam hingga 2 Julai ini.

    “Tahun ini, kita menambah 1, 128 anggota berbanding tahun lepas hanya 2,000 yang bertugas pada musim perayaan ini. Pertambahan ini bagi memastikan pengguna jalanraya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, kita juga akan mengerakkan 815 kenderaan penguat kuasa yang ditempatkan di kawasan tumpuan kemalangan,” katanya.

    Tambahnya lagi, setakat dua hari Ops HRA 2017 dijalankan, pihaknya telah memeriksa lebih 5,000 kenderaan.

    “Dari jumlah itu, sebanyak 521 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan cukai jalan kenderaan telah tamat tempoh. Kita memandang serius perkara ini dan tindakan lebih tegas boleh diambil sekiranya pengguna jalanraya masih berdegil,” katanya.

     
     
  • Jaguar Land Rover berganding dengan Gorillaz untuk cari bakat kejuruteraan elektronik melalui aplikasi

    Jaguar Land Rover berganding dengan Gorillaz untuk cari bakat kejuruteraan elektronik melalui aplikasi

    Jaguar Land Rover dan sebuah kumpulan muzik virtual, iaitu Gorillaz kini sedang bekerjasama untuk mencari rekrut baru bagi jurutera elektronik dan perisian melalui cabaran yang dibuat dalam satu aplikasi khas. Aplikasi yang dinamakan sebagai Gorillaz App tersebut boleh dimuat turun di dalam iTunes App Store dan Google Play secara percuma.

    Peserta terbaik yang mengambil bahagian dalam cabaran aplikasi ini akan pergi ke tahap seterusnya dalam proses pengambilan pekerja, dan seterusnya berpeluang untuk menjadi antara yang bertuah dapat mengisi ribuan kerja kosong baru yang dibuka oleh syarikat tersebut.

    Cabaran aplikasi ini adalah satu perubahan besar dalam cara sesebuah syarikat mencari pekerja baru, dan ia diharap dapat mengisi ruang kemahiran kejuruteraan dan memberi inspirasi dan menarik mereka yang mempunyai pelbagai bakat dan cara pemikiran.

    Cabaran dalam aplikasi ini terbahagi kepada beberapa tahap, dan antara yang terawal adalah melibatkan pengetahuan tentang kereta elektrik, pemasangan kereta Jaguar I-PACE Concept dan pembelajaran tentang prestasi kereta tersebut. Peringkat yang lebih mencabar melibatkan kod dan format komputer serta elektronik.


     
     
  • Honda Civic Type R – varian baharu dirancang

    Honda Civic Type R – varian baharu dirancang

    Pengenalannya hanya permulaan untuk kebanyakan pasaran global, termasuk Amerika Syarikat (USA), tetapi perancangan untuk memperkenalkan varian baharu bagi Honda Civic Type R sudah ada. Menurut laporan Automotive News, Honda mensasar untuk memperkenalkan versi tambahan bagi Type R ini bagi pelanggan yang mahukan pilihan yang lebih meluas.

    “Kami berharap dapat memberikan lebih banyak (varian) yang membolehkan kami mengekalkan jumlah jualan yang lebih stabil,” ujar Hideki Matsumoto, ketua jurutera bagi barisan model Civic, memberitahu penerbitan berkenaan.

    Dengan adanya versi yang lebih ‘hard-core’ bagi Type R ini, pastinya ia melibatkan lebih kuasa kuda. Buat masa ini Honda 2.0 liter VTEC Turbo empat-silinder mampu menghasilkan kuasa sehingga 320 PS dan 400 NM, jadi agak-agak berapa jumlah kuasa yang akan terhasil untuk varian yang lebih berkuasa.

    Malahan versi “aspek grand touring yang memiliki fokus lebih”, bagi pasaran sasaran, mungkin versi pacuan semua-roda bakal ditampilkan, justeru Type R pasti dapat bersaing lebih sengit dengan Volkswagen Golf R dan Ford Focus RS.

    GALERI: Honda Civic Type R 2017

     
     
  • SVO Design Pack ditawarkan untuk pemilik Range Rover generasi semasa baru dan lama – lebih bergaya

    SVO Design Pack ditawarkan untuk pemilik Range Rover generasi semasa baru dan lama – lebih bergaya

    Sampai masa ini, mungkin ramai yang sudah tahu bahawa Jaguar Land Rover telah membuka satu cabang khas dalam syarikat yang digelar sebagai SVO ataupun Special Vehicle Operation. Pasukan SVO mempunyai tugas membangunkan kelengkapan naik taraf bagi kenderaan Jaguar dan Land Rover, dan antara hasil yang pernah ditunjukkan adalah Land Rover Project Hero dan Jaguar XE SV Project 8.

    Terbaru, Land Rover mengumumkan penawaran kit SVO Design Pack, khas untuk pemilik Range Rover, tidak kira sama ada model baru atau lama (bermula daripada model Range Rover generasi semasa, jarak roda standard yang dikeluarkan pada tahun 2013).

    Melalui pakej yang dijual pada harga £10,400 (RM57,000) di United Kingdom ini, pembeli dapat menikmati peningkatan gaya luar Range Rover, yang merangkumi bampar depan dan belakang baru, empat muncung ekzos di belakang, serta salur udara, kemasan tepi pintu dan gril baru.

     
     
  • Honda Accord 2018 akan tampil buat pertama kali 14 Julai ini – tiga pilihan enjin termasuk turbo dan hibrid

    Honda Accord 2018 akan tampil buat pertama kali 14 Julai ini – tiga pilihan enjin termasuk turbo dan hibrid

    Sebelum ini, kita sudah melihat Honda Accord 2018 (generasi kesepuluh) sedang diuji dan masih menggunakan pelekat camouflage. Kemudiannya, syarikat pengeluar dari Jepun itu mendedahkan bahawa sedan tersebut akan diperkenalkan bermula di Amerika Syarikat, dengan tiga pilihan enjin iaitu 1.5 liter VTEC Turbo (bersama padanan transmisi sama ada manual enam-kelajuan atau automatik CVT), 2.0 liter VTEC Turbo (transmisi manual enam kelajuan atau automatik 10 kelajuan) dan hibrid 2.0 liter dua motor (transmisi eCVT).

    Dalam perkembangan terkini, Honda mendedahkan satu gambar teaser yang menunjukkan lukisan rupa hadapan kenderaan itu dan mengeluarkan tarikh ia akan dipertonton secara rasmi buat pertama kalinya iaitu pada 14 Julai ini. Penampilan global pertama Accord 2018 ini akan berlaku di Detroit, Amerika Syarikat.

    Perincian lanjut berkenaan kereta itu bagaimana pun masih belum didedahkan, tetapi Honda memberitahu bahawa Amerika Syarikat dipilih kerana Accord cukup popular di negara itu, dengan telah mendapat kedudukan pertama dalam jumlah jualan bagi segmen kenderaan sedan saiz sederhana selama empat tahun berturut-turut (2013 – 2016). Bagi lima bulan pertama tahun 2017 juga, Accord masih lagi adalah kereta sedan saiz sederhana yang paling banyak dijual di Amerika Syarikat.

    GALERI: Pilihan enjin bagi Honda Accord 2018


    GALERI: Spyshot Honda Accord 2018

     
     
  • Volvo V40 T5 Inscription facelift 2017 untuk pasaran Malaysia dilancarkan – harga bermula dari RM181k

    Volvo V40 T5 Inscription facelift 2017 untuk pasaran Malaysia dilancarkan – harga bermula dari RM181k

    Volvo Car Malaysia (VCM) hari ini memperkenalkan penawaran terbaru bagi model V40 untuk pasaran Malaysia – dalam penampilan facelift terkini iaitu Volvo V40 T5 Inscription. Perubahan yang diberikan terhadap model berkenaan kini menjadikannya lebih dekat dengan imej yang dibawa oleh Siri 90 jenama itu – sentuhan yang diwarisi daripada XC90, S90 dan V90.

    Dua perkara yang memberikan kesegaran terhadap model ini terletak pada wajah depannya; kini dengan penggunaan gril Inscription yang turut disertakan dengan Volvo Iron Mark dengan rekaan baru yang tiada sebelum ini pada hatchback V40. Selain itu, versi ini juga turut menerima lampu depan Thor’s Hammer, yang berhasil mengubah imej bahagian depannya.

    Tambahan terbaru lainnya termasuk lambang Inscription yang pertama kali digunakan pada model XC90. Inscription menampilkan tahap trim tertinggi (Kinetic, Momentum dan Inscription) bagi barisan kenderaan Volvo yang dipasarkan.

    Ruang dalaman juga turut menerima membaharuan. Antaranya kemasan Milled Aluminium kini menggantikan kemasan Shimmer Graphite, serta tambahan kepada tread plate Inscription. Lambang Volvo Iron Mark baru itu juga akan turut digantikan pada keseluruhan kenderaan, termasuk pada stereng, paparan Sensus serta pada kuncinya.

    Kebersihan udara dalam kabin juga terjamin dengan penyertaan ciri Cleanzone – lambangnya tertera pada panel instrumen serta corong pendingin hawa. Sistem ini berfungsi dengan menapis udara dari luar yang masuk ke dalam kabin sebaiknya, mengasingkan bahan cemar yang ada.

    Volvo V40 T5 Inscription bagaimanapun mengekalkan unit janaan Drive-E dengan kuasa 245 hp dan 350 Nm tork, dan disalurkan melalui kotak gear lapan-kelajuan. Ini memberikannya kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat.

    Volvo V40 T5 Inscription facelift 2017 untuk pasaran Malaysia dilancarkan – harga bermula dari RM181k

    Selain itu, sinonim dengan jenama Volvo, model ini juga akan dilengkapi dengan sistem keselamatan termaju. Ini merangkumi City System; yang menurut Volvo merujuk kepada ciri dan teknologi Autonomous Emergency Braking (AEB) atau Collision Avoidance and Mitigation. Selebihnya, ia dilengkapi dengan pakej teknologi keselamatan penuh termasuk Blind Spot Information System (BLIS), Park Assist Pilot (PAP) serta Cross Traffic Alert (CTA)

    Volvo V40 T5 Inscription 2017 ini akan dijual pada harga RM180,888 termasuk GST – tetapi tidak termasuk insurans. Empat pilihan warna ditawarkan kepada pelanggan; Luminous Sand (baru), Ice White, Onxy Black dan Osmium Grey. Varian Volvo V40 T4 turut dijangka akan diperkenalkan nanti. Menurut VCM lagi, aksesori serta naik taraf Polestar turut akan ditawarkan bagi kenderaan ini. Anda juga boleh melihat lebih lanjut berkenaan kereta ini di CarBase.my.


     
     
  • Proton-Geely adalah keputusan perniagaan, bukan ‘dendam’ seperti yang dikatakan oleh Tun M – Tok Pa

    Proton-Geely adalah keputusan perniagaan, bukan ‘dendam’ seperti yang dikatakan oleh Tun M – Tok Pa

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed menegaskan keputusan kerajaan terhadap Proton untuk mengadakan usaha sama dengan pengeluar kenderaan dari China, Zhejiang Geely merupakan keputusan perniagaan semata-mata dan bukan bertujuan untuk “membalas dendam” seperti yang disifatkan oleh Tun Mahathir Mohamad di dalam blognya minggu lalu.

    Beliau menyatakan, keputusan yang diambil untuk menjual 49.9% pengangan dalam Proton kepada Geely dibuat untuk kepentingan syarikat itu, vendor-vendornya serta semua pekerja yang ada. Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hujung minggu lalu, Tok Pa menyaran agar semua pihak yang lantang mengkritik tindakan itu supaya berhenti memberi komen-komen yang negatif.

    “Kepada mereka yang mengkritik usaha sama Proton-Geely, cukuplah. Logik fikiran perlu mengatasi perasaan dan emosi sekiranya kita ingin berjaya di dalam persekitaran global yang pantas berubah kini. Pilihan yang ada berkaitan Proton sebelum ini sangat jelas; sama ada kita membiarkan Proton menstruktrur semula perniagaannya dengan bantuan rakan strategik atau kita buat-buat tak nampak terhadap semua masalah yang dihadapi oleh syarikat itu,” ujarnya.

    Proton-Geely adalah keputusan perniagaan, bukan ‘dendam’ seperti yang dikatakan oleh Tun M – Tok Pa

    Sangat malang apabila hasrat jujur kerajaan serta komitmen yang ditunjuk untuk melihat Proton berkembang lebih maju dan melangkah lebih jauh dilabelkan oleh Tun Mahathir sebagai tindakan untuk membalas dendam ke atasnya. Tok Pa menjelaskan, tidak ada apa-apa kebaikan jika ingin mengekalkan apa yang selalu disebut ‘kebanggaan negara’ sekiranya ia bermaksud terpaksa untuk membiarkan syarikat itu terus rugi dan tidak berdaya saing serta kelak sampai ke tahap mengabaikan kebajikan pekerja-pekerjanya.

    Tok Pa menggariskan 10 perkara penting berhubung perkara itu. Antara yang disebutkan ialah, sekiranya Proton ingin bangkit dan berkembang, ia perlu mencari pasaran baru untuk mendapatkan skala ekonomi yang lebih besar. Dengan saiz pasaran sebanyak 600,000 unit sahaja setahun, itu tidak memadai untuk Proton.

    “Proton sejak lima tahun sebelum ini telah datang kepada kerajaan dengan angka-angka promosi dan perancangan eksport. Malangnya, sehingga kini masih belum ada yang berjaya dizahirkan,” tambah beliau dalam kenyataan itu.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.72 (0.00)
RON 97 RM4.35 (0.00)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.37 (-0.30)
EURO 5 B7 RM4.57 (-0.30)
Last Updated Jun 17, 2026