Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Sistem VEP bakal dilaksana mengikut fasa mulai 1 Okt ini – melibatkan semua pintu masuk sempadan M’sia

    Sistem VEP bakal dilaksana mengikut fasa mulai 1 Okt ini – melibatkan semua pintu masuk sempadan M’sia

    Setelah sekian lama tertangguh, lewat petang ini, Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) kepada semua kenderaan berdaftar di negara asing yang memasuki Malaysia mulai 1 Oktober ini. Ia akan dilaksanakan di semua pintu masuk sempadan Malaysia dan VEP akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Seksyen 66H Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian terbabit, mana-mana kenderaan asing yang ingin memasuki negara perlu memohon dan mendaftar VEP secara dalam talian menerusi https://vep.jpj.gov.my. Selepas pendaftaran, pemilik kenderaan akan menerima notifikasi menerusi e-mel untuk temujanji pemasangan tag VEP-RFID. Hanya kenderaan yang berdaftar sahaja yang akan dibenarkan memasuki Malaysia apabila sistem ini dikuatkuasakan kelak.

    Walau bagaimana pun, turut dimaklumkan bahawa pelaksanaan VEP ini akan dilaksanakan mengikut fasa. Bagi fasa pertama, ia akan dimulakan dengan kenderaan pendaftaran asing yang memasuki Malaysia menerusi Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, kedua-duanya dari pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura.

    Sistem VEP bakal dilaksana mengikut fasa mulai 1 Okt ini – melibatkan semua pintu masuk sempadan M’sia

    Manakala fasa kedua pula melibatkan semua pintu masuk sempadan antara Malaysia dan Thailand. Seterusnya fasa ketiga yang melibatkan pintu masuk sempadan antara Malaysia-Brunei-Indonesia. Walau bagaimana pun, tarikh jangkaan pelaksanaan untuk fasa kedua dan ketiga hanya akan diumumkan kelak.

    Untuk fasa pertama, tag VEP-RFID boleh dipasang di empat lokasi di Johor Bahru iaitu di R&R Gelang Patah arah selatan, kawasan parkir terbuka Plaza Angsana, R&R Pandan dan Plaza Tol Lima Kedai. Sebelum memasangnya, pemilik kenderaan dikehendaki membawa segala dokumen yang diperlukan (seperti mana yang akan dinyatakan menerusi notifikasi e-mel yang dihantar kepada pemohon selepas pendaftaran). VEP bagi setiap kenderaan berdaftar akan sah dalam tempoh lima tahun.

    Menerusi sistem VEP ini, ia juga akan membantu pihak berkuasa Malaysia mengenalpasti mana-mana kenderaan pendaftaran asing yang masih belum menyelesaikan saman trafik di negara ini, menyita kenderaan klon yang dibawa masuk menerusi negara jiran dan juga mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang berada di negara ini melebihi had tempoh yang ditetapkan.

     
     
  • BMW Malaysia perkenalkan 530e M Sport, 520i Luxury

    BMW Malaysia perkenalkan 530e M Sport, 520i Luxury

    BMW Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan dua lagi penawaran terbaru bagi model 5 Series G30 untuk pasaran tempatan melalui BMW 530e M Sport dan BMW 520i Luxury terbaru.

    Bagi BMW 530e M Sport, ia dijual pada harga RM338,800 (atas jalan tanpa insurans). Merupakan sedan plug-in hybrid dengan teknologi eDrive serta hadir bersama kelengkapan dan penawaran yang tersendiri dalam kelasnya, model ini datang dengan enjin 2.0L BMW Twin Turbo yang dibantu oleh motor elektrik. Output keseluruhan sistem ialah sebanyak 252 hp dan 420 Nm tork.

    Ini memberikan kemampuan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 6.2 saat, serta kelajuan maksimum pada 235 km/j. Kadar penggunaan bahan api pula adalah sekitar 2.3l bagi setiap 100 km dengan kadar pembebasan sisa pembakaran serendah 53 g/km.

    Bagi ciri-ciri keselamatan juga sangat mengkagumkan; Dynamic Stability Control (DSC), Dynamic Traction Control (DTC), Cornering Brake Control (CBC), Dynamic Brake Control (DBC) dan Antilock Braking System (ABS) dengan Brake Assist (BA). Selain itu, bantuan untuk pemandu juga disediakan, diwakili oleh ciri-ciri seperti Lane Departure and Change Warning, Forward Collision Warning, Parking Assistant serta Cruise Control.

    Bahagian dalamannya pula dilengkapi antaranya dengan sistem BMW ConnectedDrive yang boleh dikendalikan melalui skrin paparan digital 12.3-inci pada kluster instrumen pemandu. Selain itu sistem tunjuk aras profesional turut ditunjukkan pada skrin 10.25-inci di tengah.

    BMW Malaysia perkenalkan 530e M Sport, 520i Luxury

    Bagi BMW 520i Luxury pula, ia dijual pada harga RM328,800 (atas jalan tanpa insurans). Menggunakan enjin 2.0L TwinTurbo empat-silinder sebaris, ia mampu menghasilkan sebanyak 184 hp dan 290 Nm tork. Sedan ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.8 saat dengan kelajuan maksimum pada 235 km/j. Kadar penggunaan minyaknya pula ialah 6.2 l/100 km dengan pembebasan sisa pembakaran Co2 sebanyak 141 g/km.

    Bagi ciri keselamatan dan kelengkapan lainnya, ia menawarkan senarai yang sama seperti pada BMW 530e M Sport. Bagi rekaan luaran, model ini menampilkan rekaan kidney grille yang sinonim dengan BMW, lampu utama dan lampu kabus LED, rim aloi 18-inci dengan tayar run-flat serta kemasan krom sebagai penyeri pada bampar depan serta belakang.

    Kedua-dua sedan ini juga ditawarkan dengan pakej pemilikan premium BMW Malaysia, yang merangkumi antaranya jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan serta program servis jadual berjadual percuma, program jaminan tayar selama dua tahun, bantuan tepi jalan BMW serta aplikasi pintar BMW Group Loyalty+ dan BMW White Card.

    BMW G30 520i Luxury

    BMW G30 530e M Sport

     
     
  • Harga Subaru Forester baharu di Malaysia akan lebih mahal tetapi bakal bersaing secara kompetitif

    Harga Subaru Forester baharu di Malaysia akan lebih mahal tetapi bakal bersaing secara kompetitif

    Seperti yang kami laporkan semalam, Subaru Forester generasi kelima akan dipasang di kilang Tan Chong Subaru Automotive (Thailand) yang baru dilancarkan semalam. Selain Thailand, ia juga akan diedarkan di Malaysia, Vietnam dan Kemboja. Maka, pastinya ramai yang tertanya-tanya, bagaimana dengan harganya memandangkan jika di Malaysia, ia akan menjadi model yang diimport sepenuhnya (CBU) berbanding model sebelum ini yang memangnya unit pemasangan tempatan.

    Wakil paultan.org, Gerard Lye, yang berada di Thailand untuk menghadiri sesi pelancaran kilang terbabit semalam sempat bertanyakan perkara ini kepada pengarah urusan Tan Chong International, Glenn Tan. “Ya, sudah pasti lebih mahal berbanding model semasa Forester, tapi kami akan pastikan harganya kompetitif,” ujar Tan.

    Tambahnya lagi, “Ia tidak akan menjadi murah seperti model semasa yang ada di pasaran Malaysia sekarang. Pastinya ada peningkatan harga, tetapi kami percaya, berbanding model pesaing lain, harganya lebih munasabah. Kami juga berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama di Taiwan, Filipina, Thailand, Singapura, dan Hong Kong. Walau bagaimana pun, kami tidak melihat soal kenaikan harga ini akan menjadi isu.”

    Sebelum ini juga pernah didedahkan bahawa Forester serba baharu akan dilancarkan di Malaysia pada pertengahan 2019, dengan dilengkapi sistem bantuan pemandu EyeSight untuk varian tertinggi. Pada mulanya, ia dijangka dilancarkan pada April 2019, tapi nampak gayanya kena tunggu sedikit masa lagi pula.

    Forester baharu telah pun dilancarkan di Thailand, dengan tiga varian ditawarkan, bermula 2.0i-L berharga 1,330,000 baht (RM171,610), diikuti 2.0i-S pada 1,380,000 baht (RM178,009) dan 2.0i-S EyeSight pada 1,450,000 baht (RM187,039).

    Bagi spesifikasinya, semua varian yang dijual di Thailand menerima enjin FB20 (156 PS/196 Nm), Lineartronic CVT dan sistem Symmetrical All-Wheel Drive. Senarai ciri yang ditampilkan juga lebih komprehensif, dan ini termasuklah lampu utama LED, roda 17- atau 18-inci, skrin sesentuh lapan-inci, kawalan suhu dwi-zon dan tailgate berkuasa.

    Kit keselamatan pula dilengkapi dengan tujuh beg udara (hadapan, sisi, tirai dan bahagian lutut pemandu), Active Torque Vectoring, Vehicle Dynamics Control (VDC), ABS dengan EBD, Brake Assist dan cagak Isofix.

    Manakala varian tertingginya menerima pakej EyeSight, dengan Pre-Collision Braking dan Throttle Management, Lane Sway, Departure, Adaptive Cruise Control dan Lead Vehicle Start Alert. Ia turut dilengkapi dengan Lane Change Assist, Rear Cross-traffic Alert dan Blind Spot Monitor.

     
     
  • Modenas serah hadiah pemenang Pulsar Dareventure

    Modenas serah hadiah pemenang Pulsar Dareventure

    Bermula Februari lalu, Modenas telah menganjurkan satu program realiti yang ditayangkan dalam platform YouTube mereka. Selepas lapan episod, program tersebut telah berakhir dan satu sesi penyampaian hadiah dilakukan hari ini.

    Juara program ini adalah Leong Choon Yip, 32 tahun yang berasal dari Puchong, Selangor, seterusnya Paavignes Rao A/L Chandarh Roo, 26 tahun di tempat kedua dan Nik Norparhana Yasmin binti Nik Wel, 31 tahun di tempat ketiga. Mereka masing-masing memenangi wang tunai RM5,000, RM3,000 dan RM1,500.

    Sebagai tambahan, semasa sesi penyampaian hadiah juga mereka dikejutkan dengan tambahan hadiah lagi yang berupa sebuah motosikal. Yip memenangi sebuah Modenas Pulsar 200, Rao memenangi sebuah Modenas V15 dan Yasmin memenangi sebuah Modenas Kriss MR2.

    Pulsar Dareventure sebenarnya adalah satu program yang dimulakan oleh Bajaj Auto Limited, dan ia sebelum ini sudah pernah dianjurkan di Nepal, Sri Lanka dan Peru, namun ini adalah kali pertama ia diadakan bukan sahaja dalam Malaysia, tetapi juga Asia Tenggara.

    Pelbagai cabaran perlu dilakukan oleh peserta dalam program ini, dan mereka dapat menunggang Pulsar 200 ke pelbagai tempat seperti Subang Jaya, Rawang, Janda Baik, Batu Gajah, Gopeng dan Putrajaya. Dalam masa sama, ia juga menunjukkan kemampuan motosikal tersebut.

     
     
  • HMSB panggil balik 9,998 unit Accord 2.0L tahun 2003-2007 untuk tukar beg udara pemandu buatan Takata

    HMSB panggil balik 9,998 unit Accord 2.0L tahun 2003-2007 untuk tukar beg udara pemandu buatan Takata

    Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) telah mengumumkan kempen panggil balik 9,998 unit Honda Accord 2.0L buatan tahun 2003-2007 untuk penggantian kedua beg udara bahagian hadapan pemandu buatan Takata yang menjadi kontroversi sejak beberapa tahun ini.

    Menurut kenyataan yang dihantar, penggantian kedua bagi beg udara bahagian hadapan pemandu yang terlibat ini adalah secara percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia sendiri. Justeru, semua pemilik unit Accord yang terbabit digesa untuk segera ke pusat servis Honda bertauliah yang berdekatan untuk proses penggantian komponen terbabit.

    Syarikat ini turut berkata, buat setakat ini, tiada sebarang insiden atau pun kecederaan yang membabitkan beg udara bahagian hadapan pemandu untuk model Accord tersebut dilaporkan di Malaysia. Walau bagaimana pun, semua pemilik model Accord berkenaan harus bertindak segera bagi mengelakkan perkara buruk daripada berlaku. Dalam masa yang sama, Honda Malaysia turut berkata, model semasa Accord di Malaysia tidak terjejas dengan kempen panggil balik ini.

    HMSB panggil balik 9,998 unit Accord 2.0L tahun 2003-2007 untuk tukar beg udara pemandu buatan Takata

    Semua pelanggan yang terjejas akan menerima surat makluman daripada Honda Malaysia, lengkap dengan perincian mengenai produk yang dipanggil balik ini dan ketersediaan stok. Syarikat ini turut memaklumkan stok bagi komponen berkenaan akan diperoleh mengikut peringkat dan juga akan memastikan 100% ketersediaan stok dalam jangka masa yang pendek.

    Sehingga 21 April 2019, Honda Malaysia telah melakukan penggantian sebanyak lebih 234,720 unit bagi beg udara bahagian hadapan pemandu Takata. Manakala jumlah keseluruhan bagi penggantian beg udara bahagian hadapan pemandu dan penumpang juga telah diselesaikan melebihi 527,480 unit.

    Pemilik boleh menyemak status panggilan balik kenderaan masing-masing menerusi laman web rasmi Honda Malaysia atau pun VINCHECKER, selain menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

     
     
  • JPJ P. Pinang kutip RM2.31j hasil jualan kereta lelong

    JPJ P. Pinang kutip RM2.31j hasil jualan kereta lelong

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang berjaya mengutip keuntungan sebanyak RM2.31 juta menerusi program lelongan awam kenderaan yang dianjurkan semalam. Walau bagaimana pun, jumlah keuntungan tersebut tidak termasuk hasil kutipan buku lelong sebanyak RM105,000 sejak ia mula dijual pada 23 Mac lalu.

    Menerusi laporan yang disiarkan Berita Harian, sebanyak 100 kenderaan sita yang dilelong kepada orang awam habis dibida pada jam 2 petang. Di mana daripada 100 kenderaan sita itu, hanya 97 kereta boleh dilesenkan manakala tiga lagi tidak boleh didaftarkan (scrap).

    Dalam program lelongan tersebut, dua unit Toyota Estima 2.4 telah berjaya menerima bidaan tertinggi, masing-masing dibida dengan harga RM52,000. Manakala kutipan bidaan terendah adalah dua unit Nissan Sentra 1.6 dan Nissan March 1.0 yang dibida dengan harga RM7,000 setiap satu. Selain itu, tiga kenderaan yang tidak boleh daftar (scrap) mencatatkan kutipan bidaan RM 9,200.

    Program lelongan awam itu sepatutnya diadakan selama dua hari, bagaimanapun ia habis dijual lebih awal daripada jangkaan yang ditetapkan iaitu hanya berlangsung selama empat jam saja.

     
     
  • Mitsubishi Pajero Final Edition – rai produksi terakhir generasi keempat di Jepun, hanya 700 unit dihasilkan

    Mitsubishi Pajero Final Edition – rai produksi terakhir generasi keempat di Jepun, hanya 700 unit dihasilkan

    Mitsubishi Motors Corporation (MMC) telah mengumumkan bahawa penjualan model generasi keempat SUV Pajero untuk pasaran Jepun akan ditamatkan pada bulan Ogos ini, dan tidak akan diganti dengan model generasi baharu. Sempena meraikan 37-tahun Pajero di Jepun, MMC menghasilkan model edisi khas yang digelar Final Edition, dibuat hanya 700 unit.

    Sebelum pergi lebih jauh, anda perlu tahu bahawa Pajero untuk pasaran Jepun ini adalah model berbeza dari Pajero Sport yang dipasarkan di ASEAN, diproduksi di kilang Mitsubishi yang terletak di Thailand dan Indonesia. Model pasaran Jepun berkenaan diproduksi di kilang Mitsubishi di wilayah Gifu, dan walaupun penjualan di negara berkenaan dihentikan kelak, produksinya masih akan berjalan kerana Pajero tersebut masih akan dieksport ke Amerika Latin dan sebahagian negara Asia Tenggara.

    Berbanding Pajero Sport yang dibina berdasarkan kerangka ladder frame sama seperti trak pikap Triton, model Pajero buatan Jepun ini menggunakan casis unibody yang bersepadu dengan ladder frame bagi memberikan keselesaan seakan kereta.

    Model Final Edition ini dihasilkan berdasarkan varian Exceed, dijana oleh enjin diesel 3.2 liter berkuasa 187 hp/441 Nm, digandingkan bersama kotak gear automatik lima-kelajuan dan sistem 4WD lengkap dengan locking differential. Versi istimewa ini juga hadir bersama bumbung suria dan rel bumbung, serta aksesori istimewa Final Edition seperti spoiler belakang, penutup tayar gantian serta mudflap.

    Bahagian dalaman pula, ia diberikan upholsteri kulit dan kemasan bendul pintu dengan logo Pajero yang menyala. Tambah eksklusif, setiap pembelian SUV ini juga disertakan dengan pelekat istimewa serta seutas jam tangan Citizen berlogo Mitsubishi dan juga nombor turutan unik. Untuk semua ini, Mitsubishi Pajero Final Edition akan dijual pada harga bermula 4,530,600 yen atau sekitar RM167k.

    Mitsubishi Pajero Final Edition – rai produksi terakhir generasi keempat di Jepun, hanya 700 unit dihasilkan

    Seperti juga Mitsubishi Lancer dan Lancer Evolution, kehilangan Pajero ini pastinya dirindui. Selain dipercayai sebagai kenderaan off-road yang berkebolehan, Pajero turut mencatatkan namanya sebagai model yang paling berjaya dalam perlumbaan Rali Paris-Dakar (kini hanya dikenali sebagai Rali Dakar).

    Pajero mula menyertai rali paling mencabar di dunia itu bermula pada tahun 1983, dan mengecapi gelaran juara pertamanya pada tahun 1985. Sehingga tahun 2007, Pajero telah dinobatkan sebagai juara rali berkenaan sebanyak 12-kali.

    Sehingga kini, lebih 3 juta Pajero telah dihasilkan, dengan 640,000 unit daripadanya dijual pada pasaran Jepun. Namun kebelakangan ini, Pajero hanya berjaya dijual hanya berberapa ratus unit setahun, mungkin salah satu sebab mengapa Mitsubishi mahu model ini ditamatkan terus.

    GALERI: Mitsubishi Pajero Final Edition 2019

    GALERI: Mitsubishi Pajero dari generasi ke generasi

     
     
  • VIDEO: Nissan X-Trail 2019 – Hybrid vs 2.5L vs 2.0L

    Nissan X-Trail 2019 kini telahpun mula dijual secara rasmi, dengan empat varian serta tiga pilihan enjin yang ditawarkan. Bagi varian 2.0L dan 2.0L Mid, kedua-duanya menggunakan enjin MR20DD 2.0 liter empat-silinder petrol, dengan kuasa 144 PS dan 200 Nm tork.

    Varian 2.5L 4WD pula menghasilkan 171 PS dan 233 Nm tork, sementara versi 2.0L Hybrid menggunakan gabungan enjin MR20DD 2.0 liter yang sama dengan motor elektrik (41 PS/160 Nm). Trasmisi semuanya menggunakan jenis CVT.

    Antara perkara yang bermain difikiran, di antara empat varian ini, adakah betul dakwaan Nissan bahawa versi hibrid merupakan yang paling pantas daya tujahnya? Jadi, untuk mencari jawapan kepada persoalan itu, dalam video ini kami lakukan ujian lumba pecut ringkas untuk melihat maklum balas
    prestasi SUV terbaru dari Nissan ini.

    Untuk tahu lebih lanjut, sila tonton video ini. Dan, tidak lupa juga, ada satu lagi video berkaitan model yang sama, dengan tumpuan diberikan terhadap sistem Nissan Intelligent Mobility terbaru yang turut ditawarkan pada X-Trail turut kami sediakan. Semoga bermanfaat.

    GALERI: Nissan X-Trail 2.0L 2WD

    GALERI: Nissan X-Trail 2.0L 2WD Mid

    GALERI: Nissan X-Trail 2.5L 4WD

    GALERI: Nissan X-Trail 2.0L Hybrid 2WD

     
     
  • VIDEO: Nissan X-Trail baru – Nissan Intelligent Mobility

    Seperti yang anda mungkin sudah tahu, Nissan X-Trail facelift 2019 datang dengan sistem digelar sebagai Nissan Intelligent Mobiliity, yang termasuk beberapa ciri keselamatan. Ada di antaranya, datang terus secara standard untuk semua model.

    Dalam video ini, kami terangkan beberapa ciri penting dalam Nissan Intelligent Mobility ini termasuk Intelligent Forward Collision Warning dengan Intelligent Forward Emergency Braking (juga dikenali sebagai AEB, atau Autonomous Emergency Braking), Intelligent Cruise Control, Lane Departure Warning, serta Intelligent Around View Monitor dengan Intelligent Object Detection.

    Ciri-ciri yang disenaraikan di atas biasanya ditawarkan pada kenderaan premium dan mewah sahaja. Jadi, apabila melihat X-Trail datang dengan kelengkapan ini, ia adalah sesuatu yang bagus. Tetapi, hanya varian 2.5 4WD dan 2.0L Hybrid saja yang mendapat kesemuanya. Tonton video ini dan saksikan bagaimana ia berfungsi.

    Oh ya, jangan lupa untuk tonton juga video ujian lumba pecut ringkas yang kami lakukan, untuk tahu varian atau pilihan enjin mana yang lebih pantas. Anda rasa mana satu yang menang?

    GALERI: Nissan X-Trail 2.0L 2WD

    GALERI: Nissan X-Trail 2.0L 2WD Mid

    GALERI: Nissan X-Trail 2.5L 4WD

    GALERI: Nissan X-Trail 2.0L Hybrid 2WD

     
     
  • Harga siling RON95 belum dimuktamadkan, kerajaan sentiasa terbuka dengar cadangan rakyat – menteri

    Harga siling RON95 belum dimuktamadkan, kerajaan sentiasa terbuka dengar cadangan rakyat – menteri

    Jika semalam media melaporkan harga siling untuk petrol RON95 boleh dihapuskan apabila subsidi kerajaan, yang dijangka terhad kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), berkuat kuasa. Namun hari ini, sekali lagi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, membuat kenyataan mengenai harga siling RON95. Beliau menegaskan pemansuhan had paras harga runcit bagi bahan api terbabit masih belum dimuktamadkan.

    Memetik laporan Berita Harian, beliau berkata, seperti kenyataan asal beliau sebelum ini, Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga bagi petrol RON95.

    “Saya ingin tegaskan kepada rakyat bahawa penstabilan harga runcit minyak dan pelaksanaan subsidi bersasar adalah salah satu komitmen manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, bukannya RM1.50 seliter bagi petrol RON95 seperti yang berlegar-legar di ruang media sosial. Penstabilan harga runcit minyak pun dilaksanakan dan kerajaan komited melaksanakan subsidi bersasar supaya hanya golongan yang layak dan memerlukan sahaja menerima subsidi petrol ini,” katanya.

    Saifuddin turut berkata, kerajaan sentiasa mendengar dan terbuka untuk mendengar cadangan daripada rakyat berkenaan pelaksanaan subsidi bersasar ini agar niat dan objektif di sebalik dasar ini tercapai.

     
     
  • Aston Martin DBS Superleggera Volante didedah

    Aston Martin DBS Superleggera Volante didedah

    Aston Martin DBS Superleggera pertama kali ditunjukkan kepada dunia Jun tahun lalu, dan kemudiannya bulan lepas, ia tiba di Malaysia dengan harga jualan RM2.88 juta. Itu adalah versi bumbung biasa, tapi yang anda lihat kali ini pula adalah versi bumbung boleh buka, dipanggil sebagai DBS Superleggera Volante.

    Binaan bumbung boleh buka ini terdiri daripada lapan lapisan bahan penyerap bunyi serta pemangkin akustik, dan menurut Aston Martin, ia mampu meningkatkan keselesaan dalam kabin apabila ditutup sepenuhnya, dan apabila dibuka, dapat memberikan bunyi yang sedap didengar.

    Untuk membuka dan menutup bumbung ini, ia hanya memerlukan masa masing-masing 14 dan 16 saat, dan ia boleh dilakukan dengan sama ada menggunakan butang dalam kenderaan atau pada kunci dalam radius dua meter. Kain bumbung pula disediakan dalam pilihan lapan warna manakala lapisan dalam pula boleh didapati dalam enam pilihan lapisan Rokona.

    Aston Martin DBS Superleggera Volante didedah

    Biasanya, jarang ada pengeluar yang mengeluarkan kenyataan tentang ketahanan bumbung boleh buka, tapi untuk DBS Superleggera Volante ini, Aston Martin mendakwa, waktu pembangunan, ia telah didedahkan kepada pelbagai keadaan ekstrem daripada Death Valley (antara tempat paling panas di dunia) hinggalah Arctic Circle. Mekanisme bumbung itu pula telah melalui 100,000 kitaran untuk menghasilkan keadaan seperti digunakan selama 10 tahun dalam masa ujian satu bulan.

    Bagi mendapatkan daya tolakan ke bawah (downforce) maksimum, Aston Martin telah mengubah beberapa bahagian termasuk splitter serta airdam untuk menolak udara dari depan kereta ke bawah, dan membantu menyejukkan bahagian brek. Bahagian hujung skirting yang lebih dalam membantu mengurangkan daya angkatan serta meningkatkan stabiliti kenderaan.

    Bahagian lain yang turut membantu aspek sama adalah lubang udara berhampiran roda hadapan (dipanggil sebagai “curlicue“), dua diffuser di belakang serta sistem pengurusan angin Aeroblade II yang diperelok. Menurut Aston Martin, pada kelajuan maksimum, DBS Superleggera Volante boleh menghasilkan 177 kg daya tolakan ke bawah dan ini cuma tiga kilogram kurang berbanding versi coupe.

    Aston Martin DBS Superleggera Volante didedah

    Enjin model bumbung boleh buka ini masih sama seperti versi coupe, iaitu unit V12 5.2 liter turbocas berkembar, dengan kuasa 715 hp pada 6,500 rpm dan 900 Nm tork antara 1,800 rpm hingga 5,000 rpm. Daripada enjin, kuasa ini disampaikan ke roda belakang melalui transmisi automatik lapan kelajuan serta propeller shaft gentian karbon. Dengan berat 1,863 kg (+170 kg lebih berat berbandig versi coupe), ia mampu mencatat pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum 340 km/j.

    Mod pemanduan dinamik pada kenderaan ini turut memberikan kadar kebisingan yang berbeza. Dalam mod GT, bunyinya lebih tenggelam, manakala dalam mod Sport dan Sport Plus, ia menjadi lebih kuat. Menurut Aston Martin lagi, sistem ekzos empat corong keluar pada kenderaan ini adalah unik dan tidak dapat ditandingi oleh pesaingnya.

    GALERI:Aston Martin DBS Superleggera

     
     
  • SPYSHOT: Toyota sedang bangunkan kereta sport dari casis Yaris – adakah ini Celica GT-Four generasi baru?

    SPYSHOT: Toyota sedang bangunkan kereta sport dari casis Yaris – adakah ini Celica GT-Four generasi baru?

    Jurugambar intipan kami telah mengirim satu set gambar menarik dari litar Nürburgring, Jerman – Toyota nampaknya sedang membangunkan kereta sport kompak baharu mereka dan kini prototaip awalan sedang diuji di litar “The Green Hell” berkenaan.

    Unit ujian ini nampaknya dihasilkan dari casis hatchback segmen-B, iaitu Yaris pasaran Eropah. Ia juga kelihatan jauh lebih liar dari hot-hatch Yaris GRMN sebelum ini dengan kesemua fender direka lebih lebar, diberikan rim lebih besar dan lebih lebar dibaluti tayar dengan profil lebih agresif serta diikat dengan lima bolt ke hub roda.

    Di hadapan, prototaip ini juga ‘tersengih’ lebih kejam dengan mendedahkan unit intercooler untuk sistem induksi paksaan (pengecas turbo/supercharger) yang bersaiz besar. Manakala di belakang, bamparnya direka singkat dan mendedahkan sistem ekzos dengan muffler melintang bersama dua tip bulat bersaiz besar.

    SPYSHOT: Toyota sedang bangunkan kereta sport dari casis Yaris – adakah ini Celica GT-Four generasi baru?

    Keseluruhan badan kereta ini juga dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna merah-putih-hitam, menandakan ia adalah model yang dibangunkan oleh sayap prestasi tinggi dan perlumbaan Toyota iaitu Gazoo Racing, sama seperti Toyota GR Supra A90.

    Tiada khabar bahawa Toyota akan menghasilkan satu lagi Yaris yang lebih berkuasa dari model GRMN. Tetapi apa yang sering dikatakan oleh Presiden Toyota Akio Toyoda dan juga ketua jurutera Tetsuya Tada adalah, mereka akan melengkapkan barisan model ‘kereta sport tiga-beradik‘ di bilik-bilik pameran jenama tersebut, seperti pada era 90’an dahulu iaitu Supra sebagai ‘Abang Long’, diikuti oleh MR2 dan juga Celica GT-Four.

    Untuk ‘tiga-beradik’ generasi baharu ini, tugas Abang Long masih digalas oleh Supra, dan Abang Ngah pula adalah Toyota 86 generasi baharu. Yang masih menjadi misteri adalah Adik Bongsu mereka, di mana Toyota masih berteka-teki sama ada mahu menghidupkan semula nama MR2 atau Celica GT-Four.

    SPYSHOT: Toyota sedang bangunkan kereta sport dari casis Yaris – adakah ini Celica GT-Four generasi baru?

    Unit prototaip kereta sport baharu ini jelas menggunakan Toyota Yaris sebagai asas, dan hampir pasti ia akan menerapkan konfigurasi enjin melintang di hadapan, dan tidak mustahil untuk diberikan bersama sistem pacuan semua roda – menghampiri sifat-sifat Toyota Celica GT-Four sebelum ini. MR2 pula adalah kereta sport kompak yang hanya boleh menempatkan dua tempat duduk, enjin yang diletakkan di tengah, serta memacu roda belakang (Mid-engine, Rear-wheel drive, 2-seater).

    Pembantu ketua jurutera dalam projek Supra, Masayuki Kai juga sebelum ini pernah menyatakan bahawa sekiranya Celica di bangunkan semula, ia bukanlah seperti model generasi pertama yang menampilkan pacuan roda belakang atau model generasi terakhir Celica GT pacuan roda hadapan, tetapi sebagai sebuah jentera pacuan semua roda kompak seperti zaman kegemilangan Celica GT-Four yang bertanding dalam kejohanan rali dunia (WRC), menentang musuh senegara – Mitsubishi Lancer Evolution dan Subaru Impreza WRX.

     
     
  • Tan Chong Subaru Automotive (Thailand) dilancarkan – hasilkan Subaru Forester baharu untuk Malaysia

    Tan Chong Subaru Automotive (Thailand) dilancarkan – hasilkan Subaru Forester baharu untuk Malaysia

    TC Manufacturing and Assembly Thailand (TCMA TH) , sebuah syarikat subsidiari Tan Chong International Limited (TCIL) yang berpangkalan di Singapura, bersama-sama dengan Subaru Corporation (dahulu dikenali sebagai Fuji Heavy Industries), secara rasmi melancarkan kemudahan pemasangan TCIL yang pertama di Thailand.

    Fasiliti seluas 100,000 meter persegi ini terletak di kawasan perindustrian Ladkrabang, beroperasi dengan kerjasama antara Tan Chong Subaru Automotive (Thailand) Limited, atau TCSAT – dengan TCMA TH yang memiliki 74.9% pegangan saham, sementara Subaru Corporation kekal dengan 25.1%.

    TCSAT merupakan kilang ketiga Subaru Corporation di dunia selepas kilang di Gunma, Jepun dan Subaru of Indiana Automotive di Amerika Syarikat. Kilang ini dibina dengan pelaburan awal sebanyak lima bilion baht.

    Kilang ini menggunakan robotik berprestasi tinggi di beberapa peringkat pemasangan, termasuk aplikasi cat pada kenderaan, kimpalan utama badan kereta dan aplikasi balutan untuk komponen kaca. Kawalan kualiti dan proses pembetulan yang ketat juga dilaksanakan sepanjang proses pemasangan, dengan pemeriksaan pengeluaran tetap oleh Subaru Corporation dan pemeriksaan dalaman secara rawak. Terdapat juga trek ujian yang dibina untuk menguji kenderaan.

    Kebanyakan komponen termasuk panel badan dibawa masuk dari Jepun, dan lain-lain komponen ada yang diperoleh dari pembekal tempatan dan antarabangsa. Menurut syarikat ini, untuk mematuhi perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN, 40% daripada komponen (mengikut nilai) diperoleh dari dalam rantau ini.

    Subaru Forester generasi kelima merupakan model pertama yang dipasang di TCSAT, dengan unit pertamanya telah mula melancarkan pemasangannya pada 15 Ogos 2018. Produksi bagi kenderaan pemanduan sebelah kiri ini telah pun dimulakan, manakala bagi model pemanduan sebelah kanan pula akan bermula pada Mei tahun ini. Kereta yang diproduksi di sini juga akan diedarkan di Thailand, Malaysia, Vietnam dan Kemboja menerusi Motor Image Group, sebuah anak syarikat penuh milik TCIL.

    Untuk Malaysia, Forester generasi sebelum ini dipasang di Tan Chong Motor Assemblies di Segambut, yang buat masa ini turut memasang XV untuk pasaran tempatan dan eksport. Dengan tertubuhnya TCSAT, Forester terkini akan tiba sebagai model import-sepenuhnya dari Thailand apabila ia dilancarkan. Laporan sebelum ini turut menyebut, fasiliti di Thailand dan Malaysia akan berjalan seperti biasa di rantau ini, tetapi pecahan modelnya belum lagi diumumkan.

    Tan Chong Subaru Automotive (Thailand) dilancarkan – hasilkan Subaru Forester baharu untuk Malaysia

    Sebagai kilang pertama di luar Jepun yang memproduksikan kereta Subaru di Asia, TCSAT mempunyai potensi untuk mencapai kapasiti sebanyak 100,000 unit setahun bagi memenuhi permintaan di Asia Tenggara, walaupun hanya mengeluarkan sekitar 6,000 Forester untuk tahun pertama operasinya. Kilang ini juga berkeupayaan untuk memproduksikan sehingga empat model berlainan, dan memiliki ruang yang diperluaskan di sekitar kawasan terbabit jika diperlukan.

    “Ini merupakan peristiwa penting bagi kami, untuk memasang keret Subaru sendiri di Thailand. Dari pengedaran, pengedar dan selepas jualan, kini kami memasang sendiri kereta Subaru,” ujar Glenn Tan, timbalan pengerusi dan orang kuat bagi TCIL.

    Sambungnya lagi, “”Langkah jangka panjang yang strategik ini akan membolehkan kami untuk menguruskan rantaian bekalan kami dengan lebih baik, meluaskan barisan produk kami, dan kurang bergantung kepada bekalan dari Jepun. Kita akan dapat bertindak balas dan memenuhi permintaan pengguna kenderaan Subaru di rantau ini, dan mungkin di luar rantau ini pada masa akan datang, “katanya.

     
     
  • Proton Iriz 2019 dilancarkan – 5 varian, dari RM36,700

    Proton Iriz 2019 dilancarkan – 5 varian, dari RM36,700

    Pertama kali dipertontonkan secara eksklusif untuk pihak media pada Februari lalu dan baru-baru ini juga telah dipamerkan di Malaysia Autoshow 2019 di MAEPS, Serdang, seperti yang dinanti, malam ini, bersama Proton Persona 2019, Iriz 2019 telah pun dilancarkan secara rasminya.

    Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Iriz 2019 hadir dengan lima varian – Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. Ia ditawarkan dengan harga atas jalan (tanpa insurans) bernilai RM36,700 untuk Standard 1.3L MT, RM39,700 (Standard 1.3L CVT), RM44,700 (Executive 1.3L CVT), RM46,700 (Executive 1.6L CVT) dan varian tertinggi Premium 1.6L CVT pula berharga RM50,700.

    Menurut Proton, Iriz kali ini diberikan nilai tambah (daripada sudut penambahbaikan) sebanyak RM1,400, namun harga pasarannya diturunkan sehingga RM2,700. Ini mendorong penjimatan sebanyak RM4,100. Begitu WOW dan menarik harganya!

    Proton Iriz 2019 dilancarkan – 5 varian, dari RM36,700

    Untuk bahagian mekanikalnya pula, Iriz masih kekal dengan dua pilihan enjin iaitu 1.6 liter VVT berkuasa 107 hp/150 Nm dan juga 1.3 liter VVT berkuasa 94 hp/120 Nm. Kedua-duanya dipadankan dengan kotak gear CVT automatik, dan lima-kelajuan manual hanya untuk model 1.3 liter.

    Walau pun tiada perubahan untuk enjin dan transmisi, untuk Iriz 2019 ini, Proton mendakwa telah menambah baik prestasi brek, NVH Rating, dan juga lebih menjimatkan bahan api. Bukan itu sahaja, kualitinya telah dipertingkatkan berdasarkan standard penilaian yang dikenali sebagai GCPA Rating, yang ditetapkan oleh Geely.

    Hatchback ini turut diberikan suntikan gaya yang baharu dan lebih segar dengan mengadaptasi beberapa ilham rekaan dari SUV Proton X70. Ini termasuklah bampar hadapan dan gril yang direka menarik dengan menjadikan busur panah sebagai sumber inspirasi, melahirkan karakter yang lebih ranggi dan teguh. Ia dipadankan dengan lampu utama projektor halogen yang lebih langsing bersama lampu nyalaan siang (DRL) LED baharu yang menyerlahkan lagi wajahnya.

    Proton Iriz 2019 dilancarkan – 5 varian, dari RM36,700

    Malah bahagian sisinya turut memberikan garisan penuh berkarakter untuk memberikan kesan terhadap aerodinamik, termasuklah rekaan roda aloi pelbagai-jejari yang diinspirasikan dari rotor blade.

    Manakala pada bahagian belakangnya pula, perkataan ‘Proton’ dalam rekaan 3D cukup menarik pandangan. Bukan itu sahaja, lampu belakang dengan grafik baharu yang menurut Proton memberikan rupa yang lebih lebar pada kereta ini. Malah padanan bampar belakang baharu turut ditampilkan dengan diffuser yang lebih menyerlah, bersama sepasang liang udara menegak pada kedua-dua sisi.

    Menjengah bahagian kabinnya pula, ambien yang lebih gelap menampilkan sisi yang lebih sporty. Beberapa elemen baharu telah ditampilkan, ini termasuklah paparan pelbagai-info LCD, tombol gear (untuk varian MT) dan pastinya tiga varian tertinggi lebih menarik dengan kehadiran paparan sesentuh tujuh-inci, paparan pelbagai-info TFT, kamera pandang belakang dengan Dynamic Line, dan ketersambungan telefon pintar.

    Proton Iriz 2019 dilancarkan – 5 varian, dari RM36,700

    Manakala ciri tambahan baharu untuk varian tertinggi didatangkan dengan Online Navigation, cermin pandang belakang tanpa bingkai, tombol gear, sambungan 4G & Wifi dan Arahan Suara seperti yang ditampilkan buat pertama kalinya pada SUV X70. Malah Iriz merupakan model hatchback segmen-B pertama yang ditampilkan dengan fungsi Arahan Suara ini.

    Ciri-ciri lain yang masih dikekalkan termasuklah dua port pengecas USB, ECO Drive Assist, dan untuk tiga varian tertinggi dipadankan dengan butang penghidup enjin (kunci manual untuk model asas Standard 1.3L MT & Standard 1.3L CVT).

    Aspek keselamatan juga tiada perubahan, masih kekal dengan dua beg udara (enam beg udara untuk varian tertinggi), ABS dan EBD, Kawalan Kestabilan, Bantuan Mula Mendaki, Sistem Kawalan Cengkaman dan cagak Isofix.

    Bagi Iriz 2019 ini, ia turut didatangkan dengan waranti selama lima-tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu), servis buruh percuma sebanyak tiga kali dan juga pakej data selama lima-tahun (1GB/bulan). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Proton Iriz 2019 ini, sila layari Carbase.my.

    Anda juga boleh baca ulasan ringkas pandu uji Proton Iriz 2019 menerusi pautan ini.

    Di bawah ini merupakan perbandingan spesifikasi penuh mengikut varian:

    Proton Iriz Standard 1.3L MT – RM36,700 (tanpa insurans)

    Enjin dan transmisi

    • Enjin 1.3 liter 4-silinder sebaris DOHC, VVT
    • 94 hp dan tork 120 Nm
    • Kotak gear manual lima-kelajuan
    • Suspensi topang MacPherson dengan bar penstabilan (hadapan) & gandar torsion beam (belakang)

    Luaran:

    • Lampu utama projektor halogen
    • Cermin sisi dengan lampu isyarat membelok
    • Lampu belakang kombinasi LED
    • Antena sirip jerung
    • Rim aloi rotor-blade 14-inci

    Dalaman:

    • Paparan pelbagai-info LCD
    • Kunci manual
    • Dua port pengecas USB
    • ECO Drive Assist
    • Roda stereng balutan urethane
    • Tempat duduk balutan fabrik
    • Tempat duduk pemandu boleh laras
    • Audio standard
    • Ketersambungan Bluetooth
    • Dua pembesar suara

    Ciri keselamatan:

    • Dua beg udara
    • Cagak Isofix
    • ABS
    • EBD
    • Bantuan Brek (BA)
    • Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)
    • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
    • Bantuan Mula Mendaki (HHA)
    • Pengesan parkir hadapan/belakang

    Pilihan warna badan:

    • Ocean Blue
    • Ruby Red
    • Snow White
    • Armour Silver
    • Jet Grey

    Proton Iriz Standard 1.3L CVT – RM39,700 (tanpa insurans)

    Tambahan:

    Enjin dan transmisi:

    • Enjin 1.3 liter 4-silinder sebaris DOHC, VVT
    • 94 hp dan tork 120 Nm
    • Kotak gear CVT
    • Suspensi topang MacPherson dengan bar penstabilan (hadapan) & gandar torsion beam (belakang)
    • Luaran:

      • Rim aloi rotor-blade 15-inci
      • Spoiler belakang yang sporty

      Proton Iriz Executive 1.3L CVT – RM44,700 (tanpa insurans)

      Tambahan:

      Luaran:

      • Lampu nyalaan siang
      • Lampu utama halogen automatik dengan fungsi ‘Follow Me Home’
      • Remote trunk release
      • Lampu nyalaan siang LED

      Dalaman:

      • Paparan sesentuh tujuh-inci
      • Paparan pelbagai-info TFT
      • Kamera pandang belakang dengan Dynamic Line
      • Ketersambungan telefon pintar
      • Kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin
      • Empat pembesar suara
      • Tombol gear sporty

      Proton Iriz Executive 1.6L CVT – RM46,700

      Tambahan:

      Enjin dan transmisi:

      • Enjin 1.6 liter 4-silinder sebaris DOHC, VVT
      • 107 hp dan tork 150 Nm
      • Kotak gear CVT
      • Suspensi topang MacPherson dengan bar penstabilan (hadapan) & gandar torsion beam (belakang)

      Luaran:

      • Cermin sisi elektronik dengan fungsi lipat auto
      • Rim aloi ‘Rotor Blade’ 15-inci dua-tona

      Proton Iriz Premium 1.6L CVT – RM50,700 (tanpa insurans)

      Tambahan:

      Luaran:

      • Bumbung berwarna hitam

      Dalaman:

      • Sistem Infotainmen GKUI
      • Online Navigation
      • Cermin pandang belakang tanpa bingkai
      • Sambungan 4G & WiFi
      • Arahan Suara (seperti yang ditampilkan pada Proton X70)
      • Tempat duduk separa kulit
      • Roda stereng balutan kulit dengan suis audio dan telefon bebas-tangan
      • Online Music Streaming

      Ciri keselamatan:

      • Empat beg udara SRS sisi & tirai

      GALERI: Proton Iriz Premium 1.6L CVT 2019

      GALERI: Proton Iriz Executive 1.6L CVT 2019

     
     
  • Proton Persona 2019 dilancarkan, harga dari RM42,600

    Proton Persona 2019 dilancarkan, harga dari RM42,600

    Proton Persona 2019 sesuatu yang terlalu baru, terutama selepas model berkenaan sudah mula dipertontonkan, dan segala perincian spesifikasi juga pernah didedahkan sebelum ini. Serentak dengan pelancaran rasmi Iriz 2019, kini teka-teki harga jualannya sudah terjawab; Proton Persona 1.6L 2019 dijual pada harga RM42,600 (Persona 1.6L Standard MT); RM44,600 (Persona 1.6L Standard CVT); RM49,600 (Persona 1.6L Executive CVT) dan RM54,600 (Persona 1.6L Premium CVT) – harga atas jalan tidak termasuk insurans.

    Dari sudut pertambahan nilai yang diberikan kepada model ini berbanding penawarannya yang terdahulu (bagi pertambahan kelengkapan, spesifikasi dan penambahbaikan yang dilakukan), Proton Persona menampilkan pertambahan nilai sebanyak RM1,400, sementara harga pula diturunkan sekitar RM600. Ini menjadikan peningkatan nilai keseluruhannya ialah RM2,000.

    Kepada yang mungkin belum tahu, Persona 2019 ini tidak hanya menampilkan kemaskini kosmetik semata-mata. Menurut Proton, versi facelift kali ini menerima sebanyak 303 pembaharuan, termasuk dari sudut elektronik dan NVH.

    Luaran Persona 2019 ini menampilkan rekaan gril baru, dengan pendekatan rekaan yang sama pernah dilihat pada model X70 sebelum ini; mengambil ilham dari busur panah dan juga elemen ‘infinite weave‘. Bampar baru model ini direka semula dengan lampu nyalaan siang LED melintang pada kemasan liang udara sisi.

    Proton Persona 2019 dilancarkan, harga dari RM42,600

    Di belakang, lampu utama masih lagi kekal sama, namun kemasan palang merentangi but yang dahulunya krom kini diberikan warna badan dan ditambah dengan nama “Proton”, seperti pada X70. Ciri tambahan lain termasuk rim aloi 15-inci baru serta antena konvensional ditukar kepada antena sirip jerung.

    Bahagian dalam, identiti Persona dikekalkan dengan skim warna dua-tona berbanding Iriz yang hanya berwarna hitam. Ciri baharu pada kabin Persona ini termasuk cermin pandang belakang tanpa bingkai, fabrik balutan kerusi dengan corak baru dan tombol gear yang di”pinjam” dari X70. Paparan meter Persona juga ditukar, kini memaparkan nombor lebih jelas dan juga skrin pelbagai info TFT berwarna di tengah – sama seperti Iriz.

    Sistem infotaimen binaan ECARX menampilkan fungsi arahan suara “Hi Proton!” juga kini ada pada Persona. Sistem ini tersedia menerusi pemain utama dengan skrin sesentuh tujuh-inci, dan eSIM binaan dalam untuk capaian internet. Proton mendakwa ini yang pertama dalam kelasnya.

    Proton Persona 2019 dilancarkan, harga dari RM42,600

    Bagaimanapun, kawalan suara berkenaan hanya berfungsi untuk sistem infotainmen, dan bukan untuk fungsi lain dalam kabin seperti tingkap berkuasa atau penghawa dingin. Tiada perubahan unit janakuasa diberikan pada Persona 2019; masih dijana enjin 1.6 liter VVT berkuasa 107 hp dengan tork maksima 150 Nm, digandingkan dengan kotak gear sama ada 5-kelajuan manual atau CVT automatik.

    Namun menurut Proton, mereka telah melakukakan talaan semula pada enjin, kotak gear CVT dan brek bagi meningkatkan ekonomi bahan api, tahap kesenyapan dalam kabin dan juga kuasa membrek. Terdapat empat varian ditawarkan iaitu Standard 1.6 MT, Standard 1.6 CVT, Executive 1.6 dan 1.6 Premium. Ciri-ciri untuk setiap varian adalah seperti berikut:

    Proton Persona 1.6 Standard MT/CVT

    Proton Persona 2019 dilancarkan, harga dari RM42,600

    Hadir standard dengan:

    Enjin dan transmisi

    • Enjin 1.6 liter VVT 1,597 cc NA empat-silinder petrol
    • 107 hp pada takat 5,750 rpm, 150 Nm pada takat 4,000 rpm
    • Lima-kelajuan manual atau CVT
    • Lampu ECO Drive Assist
    • Suspensi hadapan topang MacPherson, torsion beam di belakang
    • Cakera brek berliang di hadapan, dram di belakang

    Luaran

    • Lampu hadapan halogen reflektor
    • Rim aloi 15-inci
    • Spoiler but

    Dalaman

    • Penghawa dingin manual
    • Upholsteri fabrik
    • Paparan pelbagai -info hitam-putih
    • Pemain CD/Radio
    • Dua pembesar suara
    • Penderia parkir depan dan belakang
    • Dua port USB di belakang

    Keselamatan

    • Dua beg udara
    • ABS dan EBD, BA
    • Kawalan Kestabilan Elektronik
    • Cangkuk tempat dududk kanak-kanak Isofix di belakang

    Proton Persona 1.6 Executive CVT


    Ditambah dengan:

    Luaran

    • Lampu nyalaan siang LED
    • Sistem kunci pintar

    Dalaman

    • Butang penghidup enjin
    • Stereng pelbagai fungsi
    • Skrin pelbagai info berwarna
    • Skrin sesentuh sistem infotaimen 7-inci
    • Port USB hadapan
    • Empat pembesar suara
    • Kamera undur dengan garis panduan dinamik

    Proton Persona 1.6 Premium CVT


    Ditambah dengan:

    Luaran

    • Lampu hadapan automatik

    Dalaman

    • Roda stereng balutan kulit
    • Tombol gear balutan kulit dengan gaiter kulit
    • Cermin pandang belakang tanpa cermin
    • Internet 4G
    • Kawalan menggunakan suara, navigasi dan streaming muzik

    Keselamatan

    • Enam-beg udara (hadapan, sisi dan tirai)

    Lima warna ditawarkan termasuk Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Rosewood Maroon dan Armour Silver. Kesemua warna ini adalah dari katalog warna Geely, kecuali Ruby Red adalah dari Proton sendiri.

    Selain itu, ada tambahan lain; pakej-pakej istimewa yang turut ditawarkan dengan pelancaran model ini. Yang dimaksudkan ialah pakej data internet selama lima-tahun (1GB sebulan), pakej servis percuma kos buruh sebanyak tiga kali dan dua tahun cukai jalan percuma bagi 1,000 pelanggan terawal, kadar faedah serendah 2.93% setahun.

    Bagi perlindungan insurans pula, pelanggan akan menikmati pengecualian bagi betterment cost sehingga 10-tahun, nilai perlindungan yang persetujui untuk 12 tahun, perlindungan key care RM1,000, elaun banjir RM1,000 dan perlindungan bagi semua pemandu tanpa kos tambahan.

    Untuk mengetahui selebihnya tentang Proton Persona 2019 ini, termasuk pengalaman ketika di litar ujian Proton yang sempat kami ikuti pada awal Mac lalu, sila baca laporan pandu uji berkenaan di sini. Selain itu, untuk perincian lebih lanjut berkaitan Persona 2019, layari juga laman CarBase.my.

    Dan, jangan lupa untuk tonton juga video ringkas berkaitan Persona 2019 yang kami sediakan ini. Harga macam mana, ok tak?

    GALERI:Proton Persona facelift 2019 1.6 CVT Premium

    GALERI:Proton Persona facelift 2019 1.6 CVT Executive

     
     
  • Citroen C3 Aircross dilancar untuk Malaysia – RM116k

    Citroen C3 Aircross dilancar untuk Malaysia – RM116k

    Citroen C3 Aircross sebelum ini pernah dipertontonkan oleh Naza Euro Motors Sdn Bhd November tahun lalu, dan kini, ia telah pun dilancarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga RM115,888 tidak termasuk insurans.

    Spesifikasi untuk model yang dijual ini adalah sama seperti model yang dipamer sebelum ini, bermula dengan enjin tiga silinder turbo PureTech, yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 112 PS pada 5,500 rpm dan 205 Nm tork pada 1,500 rpm. Transmisi pula adalah unit automatik enam kelajuan Tiptronik yang menghantar kuasa ke roda hadapan.

    Melalui enjin ini, C3 Aircross dapat memecut 0-100 km/j dalam masa 10.4 saat, mencapai kelajuan maksimum sehingga 200 km/j dan mencatat penggunaan bahan api 5.3 liter bagi setiap 100 km mengikut kitaran NEDC.

    Dengan ukuran 4,150 mm panjang, 2,000 mm lebar, 1,064 mm tinggi dan jarak roda 2,600 mm, SUV segmen B ini menyediakan tempat duduk untuk lima orang serta ruang but maksimum 520 liter (apabila tempat duduk belakang dilipat dan dilungsur ke hadapan, serta lantai but direndahkan). Selain boleh dilungsur, tempat duduk belakang ini juga boleh disandarkan secara berasingan 60/40.

    Secara keseluruhannya, C3 Aircross ditawarkan dalam dua pakej warna iaitu Oren dan Hitam. Pakej warna Hitam boleh dipilih dengan warna badan Passion Red atau Breathing Blue, dan warna hitam itu sendiri digunakan pada cermin sisi, keliling lampu hadapan serta rak bumbung. Pakej warna Oren pula didatangkan dengan pilihan warna badan utama Soft Sand atau Natural White, dan diserikan dengan kemasan oren pada bahagian sama, tetapi ditambah lagi pada tiang C-pillar.

    Masuk ke bahagian dalam, ia menggunakan tempat duduk yang dibalut dengan fabrik, berserta kemasan warna Urban Red pada penyandar belakang, stereng serta corong pendingin hawa. Konsol tengah pula adalah ringkas dengan hanya terdapat beberapa butang serta penghidup enjin dan penunjuk gear, manakala di atasnya terdapat skrin sesentuh tujuh inci.

    Citroen C3 Aircross dilancar untuk Malaysia – RM116k

    Selain boleh mengawal pendingin hawa, skrin ini turut diperlengkap dengan pelbagai fungsi infotainmen lain termasuk navigasi, serta sambungan Citroen Connect Radio, Android Auto, Apple CarPlay, MirrorLink, Wi-Fi, Bluetooth dan USB.

    Kelengkapan lain yang didatangkan terus pada C3 Aircross adalah sistem masuk tanpa kunci, butang pemula enjin, enam beg udara, brek ABS dengan EBD dan EBA, Electronic Stability Program (ESP), dua cagak Isofix, kamera undur, pengesan belakang, cruise control serta rim 17 inci “4Ever”.

    Setiap C3 Aircross yang dijual oleh Naza Euro Motors Sdn Bhd datang dengan jaminan selama lima tahun atau 120,000 km, bantuan tepi jalan 24 jam dan akses eksklusif untuk SkyLounge di Subang Skypark selama satu tahun. Tidak cukup dengan itu, sebagai menyambut ulang tahun Citroen yang ke-100, 100 pembeli pertama C3 Aircross juga akan diberi dengan servis percuma selama tiga tahun.


     
     
  • Kerajaan boleh hapuskan harga siling RON95 apabila skim subsidi petrol bersasar diperkenalkan nanti

    Kerajaan boleh hapuskan harga siling RON95 apabila skim subsidi petrol bersasar diperkenalkan nanti

    Kerajaan boleh menghapuskan harga siling untuk RON95 apabila skim subsidi petrol bersasar, yang dijangka terhad kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), berkuat kuasa.

    Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam taklimatnya kepada media semalam, perkara ini akan diputuskan apabila skim berkenaan dilaksanakan kelak.

    “Kami mempunyai dua pilihan. Kabinet akan menghapuskan harga siling terbabit apabila subsidi bersasar tersebut dilaksanakan, atau akan mengekalkannya. Kabinet masih belum memutuskan perkara ini. Kami juga perlu memutuskan sama ada subsidi bersasar ini dibuat berdasarkan harga siling semasa atau pun mengikut sistem apungan harga,” ujarnya seperti mana yang dilaporkan oleh The Star.

    Kerajaan boleh hapuskan harga siling RON95 apabila skim subsidi petrol bersasar diperkenalkan nanti

    Berdasarkan sistem apungan harga bahan api mingguan yang bermula awal tahun ini, dengan harga runcit bagi RON95 dikekalkan pada harga siling RM2.08 seliter walau pun harga pasaran minyak mentah melebihi harga berkenaan.

    Skim ini pula akan menawarkan subsidi sebanyak 30 sen seliter sehingga 100 liter sebulan untuk kereta dengan kapasiti enjin 1,500 cc dan ke bawah, sementara untuk motosikal pula dengan enjin di bawah 125 cc akan menerima 40 liter RON 95 sebulan dengan kadar yang sama.

    Beliau menambah kementeriannya sedang menanti pangkalan data BSH dikemaskinikan sebelum skim ini dilaksanakan. “Sekretariat BSH sedang membuat pembersihan data dan kini dalam peringkat terakhir. Kami mahu memastikan data yang benar-benar dipercayai dan mereka yang tidak layak menerimanya harus dikeluarkan,” ujarnya.

     
     
  • Prasarana lancar pas istimewa MyCity – sasar pengguna dari luar Lembah Klang, pelancong asing

    Prasarana lancar pas istimewa MyCity – sasar pengguna dari luar Lembah Klang, pelancong asing

    Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah pun melancarkan pas istimewa MyCity sehari dan MyCity tiga hari untuk perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Monorail dan Bas Rapid Transit (BRT) – Sunway Line.

    Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana Muhammad Nizam Alias, pas-pas istimewa itu diperkenalkan sebagai respons kepada permintaan daripada para pelanggan terutama dari kalangan pelancong antarabangsa serta pengguna dari luar Lembah Klang.

    “Pas-pas baharu ini bertujuan memberi kemudahan yang sangat besar kepada pengguna bukan rakyat Malaysia dan bukan pelanggan biasa, untuk perjalanan tanpa had dalam tempoh masa yang singkat. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada sumbangan kami kepada industri pelancongan Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman web rasmi Prasarana.

    Muhammad Nizam turut berkata, dengan menggunakan kad-kad perjalanan tanpa tunai seperti Touch ‘n Go dan direka bagi kemudahan pengguna di bandaraya, pas sehari dijual pada harga RM15 manakala pas tiga hari pada harga RM45.

    “Pas MyCity sehari dan tiga hari ini boleh dibeli di semua stesen LRT, MRT, Monorail dan BRT. Para pelanggan perlu memastikan kad-kad perjalanan tanpa tunai mereka mempunyai baki nilai minimum RM5 bagi melancarkan pergerakan mereka menerusi pintu tiket,” katanya.

    Walau bagaimana pun, menurutnya lagi, buat masa ini, pakej berkenaan tidak meliputi perkhidmatan bas Rapid KL dan bas pengantara MRT.

     
     
  • Touch ‘n Go PayDirect kini boleh digunakan di LDP

    Touch ‘n Go PayDirect kini boleh digunakan di LDP

    Tempoh hari baru diumumkan yang perkhidmatan transaksi elektronik Touch ‘n Go PayDirect telah beroperasi di 10 lebuhraya utama negara ini. Terbaru, ada satu lagi tambahan, iaitu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), menjadikan jumlah keseluruhan ketika ini 11 semuanya.

    Selepas LDP, hanya berbaki beberapa sahaja lagi lebuhraya yang akan mengikut jejak yang sama dalam masa terdekat ini; Lebuhraya Besraya (BESRAYA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT).

    Perkhidmatan PayDirect membolehkan pengguna menghubungkan tiga kad Touch ‘n Go kepada aplikasi eWallet mereka. Sebaik saja kad itu dihubungkan ke eWallet, caj tol akan dipotong secara automatik dari eWallet bila-bila masa kad yang dihubungkan itu digunakan di plaza tol (secara sentuhan biasa ataupun melalui SmarTAG), tanpa sebarang potongan kepada kad berkenaan.

    Sekiranya eWallet tidak mempunyai jumlah baki yang cukup, barulah caj akan dipotong daripada baki pada kad fizikal. Bagaimanapun, anda boleh mengekalkan jumlah baki dalam kad sekiranya anda mengaktifkan ciri “auto-reload” pada eWallet. Untuk menambah nilai eWallet, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar menggunakan kad kredit atau debit, perbankan atas talian atau TNG Reload PIN tanpa dikenakan caj tambahan.

     
     
  • Data jualan kenderaan bulan Mac 2019 ikut jenama

    Data jualan kenderaan bulan Mac 2019 ikut jenama

    Bulan Mac lalu menyaksikan jualan kenderaan di Malaysia kembali rancak dengan 54,776 unit kenderaan terjual. Ini mewakili peningkatan sebanyak 14,938 unit, atau 37.5% berbanding jualan pada bulan Februari 2019.

    Dengan ini, kebanyakan jenama kenderaan penumpang rata-ratanya mencatatkan prestasi jualan yang positif. Sebagai contoh, jenama yang berada di kedudukan lima teratas semuanya menyaksikan peningkatan, dengan Perodua mendahului dengan 23,286 unit – tambahan 35%. Ini diikuti oleh Honda dengan 8,677 unit (+44.7%), Proton dengan 6,136 unit (+16.1%), Toyota dengan 5,899 unit (+25.8%) dan Nissan dengan 2,050 unit (+85.0%).

    Beberapa jenama lain yang mencatatkan kenaikan yang agak ketara juga adalah Mazda (+45.1%), Mitsubishi (+77.6%) dan Isuzu (+71.7%). Kenaikan yang lebih tinggi daripada ini direkodkan oleh Volkswagen (+90.9%) dan Hyundai (+115.4%). Jangan terkejut pula dengan peratusan jualan yang dicapai Renault, dengan kenaikan sebanyak 1,262.5%.

    Segmen kenderaan premium juga mengikut corak yang sama. Pendahulu, Mercedes-Benz menyaksikan kenaikan 131.4%, diikuti oleh Lexus (+62.9%), Volvo (+47.9%) dan BMW (+8.9%). Rujuk jadual lengkap yang disediakan untuk maklumat lanjut.