Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Proton Iriz R5 juara Grizedale Stages Rally 2017!

    Proton Iriz R5 juara Grizedale Stages Rally 2017!

    Pasangan Ollie Mellors dan juruarah Ian Windress dari pasukan Mellors Elliot Motorsport (MEM) sekali lagi membawa jentera Proton Iriz R5 ke perlumbaan rali domestik sekitar UK, kali ini ke Grizedale Stages Rally 2017 dan berjaya menghabiskan rali tersebut sebagai juara.

    Dalam perlumbaan kali ini, Proton Iriz R5 meninggalkan Ford Fiesta R5 yang dipandu oleh Josh Moffett bersama juruarah Stephen Thornton 22 saat di belakang dan juga sebuah lagi jentera Ford yang lebih berkuasa iaitu Fiesta WRC dikendali oleh pasangan Stephen Petch dan Michael Wilkinson dengan jarak 49 saat.

    Bulan lalu, Iriz R5 bersama Ollie Mellors dan Ia Windress mendapat tempat ketiga (jentera R5 paling laju dalam rali tersebut) di Malton Forest Rally 2017 – hanya tewas kepada dua buah Ford Fiesta WRC yang nyata lebih berkuasa. Manakala pada kemunculan sulungnya di Goodwood Festival of Speed, Iriz R5 yang dikendali pasangan yang sama menjuarai Forest Rally Stage pada acara tersebut.

    Proton Iriz R5 juara Grizedale Stages Rally 2017!

    Malah pada bulan lalu juga, lagenda dan juara WRC dua kali, Marcus Grönholm telah menguji jentera ini di Wales dan memberikan reaksi yang sangat positif selepas itu. Proton Iriz R5 dilaporkan akan bertanding pada Kejohanan Rali Dunia (WRC) dalam kategori WRC2 dan juga Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) musim 2018.

    Jentera ini dijana enjin petrol turbo 4B11T dari Mitsubishi Lancer Evolution X yang telah diturunkan kapasitinya dari 2.0 liter kepada 1.6 liter (bagi membolehkan ia diiktiraf dalam kategori R5 dan bertanding dalam WRC2), digandingkan bersama transmisi dari Xtrac dan juga sistem pacuan semua roda. Untuk suspensi, ia akan diberikan set penyerap hentak dari Reiger, dan turut menerima sistem brek dari Brembo. Seluruh kawalan elektronik jentera ini pula akan menerima peralatan dari Cosworth.

    GALERI: Proton Iriz R5

     
     
  • SPYSHOT: Suzuki Vitara diuji oleh Proton – SUV baru?

    SPYSHOT: Suzuki Vitara diuji oleh Proton – SUV baru?

    Sebelum ini, khabar anginnya ada bertiup. Tapi, ini ada kejutan lain – seorang pembaca, Max Pang mengirimkan gambar sebuah Suzuki Vitara yang kelihatan ditempat letak kereta berdekatan Sports Arena Cyberjaya. Ini satu hal yang agak pelik sebenarnya, kerana seperti yang kita tahu, Suzuki tidak lagi menjual kenderaannya di sini selepas menjalin kerjasama dengan Proton seperti yang diumumkan sebelum ini.

    Unit yang dilihat ini pula, bahagian lencananya ditutup. Nombor platnya pula macam biasa dilihat – trade plate negeri Selangor yang biasa digunakan oleh kereta prototaip Proton. Jika perkara ini benar, maka agak menghairankan mengapa Proton masih meneruskan jalinan ini walaupun selepas diambil alih oleh Geely.

    SPYSHOT: Suzuki Vitara diuji oleh Proton – SUV baru?

    Tapi, jika dilihat kembali sewaktu sidang media memeterai rakan strategik Proton itu, pengerusinya, Datuk Seri Syed Faisal Albar ada menyatakan bahawa semua perjanjian yang telah dipersetujui sebelum itu (termasuk dengan Honda bagi Perdana dari Accord dan Suzuki Ertiga) akan tetap diteruskan.

    Jadi, tak mustahil kalau Proton benar-benar sedang mempersiapkan model SUV Vitara – dengan lambang Proton tentunya – sementara dalam masa yang sama syarikat itu di bawah Geely mempersiap produk serba baru sendiri.

    Lebih menarik, SUV dengan saiz lebih kecil seperti Vitara akan membolehkan Proton untuk memasuki penawaran SUV segmen B yang lebih murah dan menyertai model-model sedia ada seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan akan datang, Toyota C-HR. Lebih penting, Proton ingin melakukannya terlebih dahulu sebelum Perodua masuk gelanggang yang sama.

    SPYSHOT: Suzuki Vitara diuji oleh Proton – SUV baru?

    Selain lencana yang ditutup, Vitara yang dilihat ini nampak sama dengan unit yang dijual dipasaran lain – sama kesnya seperti Proton Ertiga agaknya. Dan, jika ia tidak melibatkan banyak perubahan berbanding model asalnya, nampak gaya Proton tidak memerlukan masa yang lama untuk memperkenalkannya secara rasmi.

    Kalaulah Proton Vitara ini betul-betul jadi kenyataan, ia berkemungkinan besar akan dilengkapi dengan enjin M16A 1.6 liter petrol yang menghasilkan 118/156 Nm, dan dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan. Ramai atau tidak dalam kalangan anda yang berminat dengan model ini sekiranya benar-benar masuk pasaran nanti?

     
     
  • Mazda 6 facelift 2018 buat kemunculan sulung di Los Angeles – kini tampil dengan enjin 2.5 liter turbo

    Mazda 6 facelift 2018 buat kemunculan sulung di Los Angeles – kini tampil dengan enjin 2.5 liter turbo

    Versi facelift kali kedua untuk Mazda 6 kini didedahkan sepenuhnya di Los Angeles Auto Show 2017, setelah imej teasernya didedahkan dua minggu lalu. Menurut Mazda, sedan segmen-D yang disegarkan semula ini menawarkan “pengalaman yang diperhalusi seperti kereta yang jauh lebih mahal.”

    Untuk pasaran Amerika, Mazda berbangga kerana 55% dari SUV CX-9 yang dijual adalah dari varian tinggi Grand Touring atau varian teratas Signature, di mana versi tertinggi tersebut telah terjual sekali ganda dari sasaran asal. Jadi sedan tertinggi versi kemaskini ini turut akan mengikuti langkah tersebut.

    Bagi model facelift ini, Mazda 6 diberikan muka yang direka semula dengan inspirasi dari model CX-5 generasi baharu – menerusi kemasan krom sekeliling gril utama yang membawa ke bawah lampu hadapan, berbanding di atas sebelum ini. Lampu hadapan juga kini menerima grafik baharu bersama lampu nyalaan siang LED yang direka semula.

    Manakala pada bampar pula, ia dipadankan dengan “misai” yang lebih tirus juga seiras CX-5. Kereta ini menerima cat baharu Soul Red Crystal, dan dilengkapkan dengan rim aloi 19-inci rekaan baharu.

    Mazda 6 facelift 2018 buat kemunculan sulung di Los Angeles – kini tampil dengan enjin 2.5 liter turbo

    Untuk kabin sedan flagship ini pula, ia diberikan perubahan yang agak komprehensif, termasuk papan pemuka dengan rekaan yang lebih mendatar. Hanya roda stering dan juga berberapa perincian kecil diambil dari model sedia ada.

    Namun secara keseluruhan kabin Mazda 6 ini masih lagi bercirikan minimalis serta dipadankan dengan kawalan penghawa dingin baharu bersama kemasan kayu Sen Jepun yang ditempatkan selari dengan liang udara yang lebih tirus.

    Bahagian dalam kereta ini turut diberikan kulit Nappa berwarna perang (diinspirasikan dari kayu lama pada kuil purba jepun) dan juga UltraSuede NU yang dihiasi dengan lapisan emas halus. Menurut Mazda, teknik lapisan emas tersebut dihasilkan dengan kaedah yang sama untuk membuat hiasan pada baju tradisi Jepun iaitu Kimono.

    Tempat duduk hadapan juga teah direka semula dengan bentuk yang lebih lebar, lebih berketumpatan tinggi, dan menggunakan span urethane yang lebih menyerap gegaran untuk menghasilkan permukaan yang lebih menyokong badan. Tempat duduk tersebut juga direka agar penumpang hadapan duduk pada posisi bentuk-S semulajadi manusia ketika berdiri. Menurut Mazda lagi, tempat duduk berliang pada kereta ini merupakan yang pertama seumpanya dari mereka.

    Mazda 6 facelift 2018 buat kemunculan sulung di Los Angeles – kini tampil dengan enjin 2.5 liter turbo

    ProEXR File Description
    =Attributes=
    cameraAperture (float): 36
    cameraFNumber (float): 8
    cameraFarClip (float): 1e+030
    cameraFarRange (float): 1e+018
    cameraFocalLength (float): 17.8067
    cameraFov (float): 89.8781
    cameraNearClip (float): 0
    cameraNearRange (float): 0
    cameraProjection (int): 0
    cameraTargetDistance (float): 138.654
    cameraTransform (m44f): [{0.618857, 0.749993, 0.233508, 360.942}, {0.785363, -0.596395, -0.165884, -60.8169}, {0.0148514, 0.286047, -0.9581, 125.475}, {0, 0, 0, 1}]
    channels (chlist)
    compression (compression): Zip
    dataWindow (box2i): [0, 0, 2979, 2107]
    displayWindow (box2i): [0, 0, 2979, 2107]
    lineOrder (lineOrder): Increasing Y
    name (string): “”
    pixelAspectRatio (float): 1
    screenWindowCenter (v2f): [0, 0]
    screenWindowWidth (float): 1
    type (string): “scanlineimage”
    vrayInfo/camera (string): “cam_c07”
    vrayInfo/computername (string): “slanted-p0001”
    vrayInfo/cpu (string): “INTEL/Model:13,Family:6,Stepping:7,Cache:0”
    vrayInfo/date (string): “2017/Sep/22”
    vrayInfo/filename (string): “Z:/PROJECT/2017_08_MAZDA_J71E_IPM/99_MayaProject/scenes/c07/J71E_IPM3_c07_v08_lighting.mb”
    vrayInfo/frame (string): “00001”
    vrayInfo/h (string): “2108”
    vrayInfo/mhz (string): “0MHz”
    vrayInfo/os (string): “Microsoft(tm) Windows(tm), version 6.1, Service Pack 1”
    vrayInfo/primitives (string): “0”
    vrayInfo/ram (string): “24560MB”
    vrayInfo/renderlayer (string): “defaultRenderLayer”
    vrayInfo/rendertime (string): ” 0h 0m 0.0s”
    vrayInfo/scenename (string): “J71E_IPM3_c07_v08_lighting”
    vrayInfo/time (string): “00:01:14”
    vrayInfo/vmem (string): “8388608MB”
    vrayInfo/vraycore (string): “3.52.02”
    vrayInfo/vrayversion (string): “Version of V-Ray for Maya 3.52.02”
    vrayInfo/w (string): “2980”
    =Channels=
    A (half)
    B (half)
    E_MID1.B (half)
    E_MID1.G (half)
    E_MID1.R (half)
    E_MID2.B (half)
    E_MID2.G (half)
    E_MID2.R (half)
    E_MID3.B (half)
    E_MID3.G (half)
    E_MID3.R (half)
    E_MID4.B (half)
    E_MID4.G (half)
    E_MID4.R (half)
    E_MID5.B (half)
    E_MID5.G (half)
    E_MID5.R (half)
    E_MID6.B (half)
    E_MID6.

    Antara teknologi baharu yang ditawarkan pada model 2018 ini adalah monitor yang memaparkan imej 360-darjah, paparan tolok TFT bersaiz tujuh-inci pada model kemasan lebih tinggi, paparan infotaimen lapan-inci baharu dengan kontrast lebih tajam, sistem Radar Criuse Control Mazda kelajuan penuh dengan fungsi Stop & Go, pengelap cermin dengan penyingkir ais serta paparan ‘head-up’ Active Driving Display ke cermin hadapan.

    Mazda turut memperhalusi semula casis Mazda 6 facelift ini yang menurut mereka akan memberikan pemanduan yang lebih selesa, lebih lincah dan juga aspek NVH diperbaiki secara drastik.

    Enjin 2.5 liter NA SkyActiv-G masih lagi ditawarkan pada Mazda 6, namun kini ia turut hadir dengan fungsi nyah-aktif silinder. Menerusi sistem tersebut, silinder nombor 1 dan 4 enjin ini akan dimatikan ketika kereta berkenaan bergerak dengan kelajuan stabil antara 40 hingga 80 km/j, manakala keseluruhan silinder akan beroperasi semula ketika kuasa penuh diperlukan.

    Bagi memastikan enjin tidak bergegar semasa beroperasi dengan hanya dua silinder, unit centrifugal pendulum dipadankan pada torque converter kotak gear enam-kelajuan automatik kereta ini.

    Model yang disegarkan ini turut menawarkan enjin yang lebih berkuasa iaitu SkayActiv-G 2.5T turbo yang diambil dari CX-9. Enjin dengan kuasa pendesak tersebut menjana 250 hp dan tork puncak 420 Nm dapat dicapai seawal 2,000 rpm. Menurut Mazda, tork tersebut adalah sama seperti yang ditawarkan pada enjin NA 4.0 liter V8.

    Mazda yang mendakwa mereka sebagai “peneraju transmisi manual” turut akan terus menawarkan kotak gear enam-kelajuan manual untuk Mazda 6 baharu ini, namun hanya untuk model 2.5 liter NA dan tidak ditawarkan pada enjin 2.5 liter turbo.

    Walaupun Honda Accord dan Toyota Camry hadir dengan model generasi baharu pada pasaran Amerika Syarikat, Mazda yakin dengan pelbagai penawaran terkini termasuk pengalaman “Mazda Premium” diberikan pada 6, ia masih mampu bersaing dengan model-model arus perdana tersebut. Model facelift ini akan dijual bermula Mac tahun hadapan.

     
     
  • Subaru Ascent 2019 – SUV 8-tempat duduk diperkenal

    Subaru Ascent 2019 – SUV 8-tempat duduk diperkenal

    Selepas beberapa teaser disebarkan, akhirnya Subaru Ascent, telah dipertontonkan secara rasminya di Los Angeles Autoshow 2017 yang berlangsung mulai 28 November lalu.

    SUV tiga-barisan tempat duduk ditampilkan dengan enjin boxer baharu 2.4 liter pengecas turbo empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 260 hp dan 375 Nm. Ia juga ditampilkan dengan CVT lapan-kelajuan yang dipertingkatkan yang menyalurkan kuasa ke bentangan pacuan semua-roda Symmetrical standard bagi penjimatan bahan api yang lebih efisien, respon pemanduan yang lebih optimum mengikut keadaan pemanduan tanpa mengetepikan soal kestabilannya.

    Ascent 2019 ini juga memiliki jarak kelegaan tanah sehingga 8.7 inci dan turut didatangkan dengan X-MODE secara standard, yang sangat membantu menghasilkan cengkaman yang lebih optimum sewaktu merentasi permukaan jalan yang licin. X-MODE ini juga bekerjasama dengan Kawalan Menurun Bukit bagi kestabilan yang lebih jitu sewaktu kenderaan menuruni bukit atau laluan bercerun.

    Ia juga didatangkan dengan LED Steering Responsive Headlights yang mampu mengesan arah membelok bagi mempertingkatkan lagi jarak penglihatan. Selain itu, ia turut menampilkan High Beam Assist yang boleh ditukar larasan antara lampu tinggi dan rendah jika ia mengesan ada kenderaan yang datang dari arah hadapan.

    Subaru Ascent 2019 – SUV 8-tempat duduk diperkenal

    SUV ini juga berkeupayaan membawa muatan berkapasiti sehingga 2,267 kg, dengan bantuan penarikan treler Class III serta aksesori Thule sekiranya diperlukan. Subaru turut mengolah struktur badan Ascent yang dibina dengan Subaru Global Platform supaya menjadi lebih tegar dan kukuh dengan penggunaan keluli ketahanan tinggi. Dengan keupayaan, ketegaran dan rintangan getaran, platform Ascent direka untuk menyalurkan kesenyapan pada ruang dalaman dan pemanduan yang terbaik.

    Merupakan model Subaru terbesar setakat ini, Ascent turut mengambil sedikit sentuhan gaya daripada model semasa Forester, namun ditampilkan dengan imej yang lebih maskulin. Ascent memiliki jarak roda berukuran 2,890 mm menjadikan memang besar. Ia juga berukuran 5,049 mm bagi panjang, selebar 1,988 mm, dan setinggi 1,838 mm.

    Sekaligus membolehkan ia memiliki ruang yang luas dan mempunyai susunan tempat duduk yang versatil. Pemilihan tempat duduk kapten pada barisan kedua memberikan kemudahan akses ke barisan ketiga, dan ia boleh dikonfigurasikan dengan tujuh-tempat duduk. Namun barisan kedua juga boleh dikonfigurasikan tanpa tempat duduk kapten bagi membolehkan ruang dalamanya mampu memuatkan lapan penumpang. Bukan itu sahaja, sekiranya barisan kedua- dan ketiga dibaringkan sepenuhnya, ruang kargo mencapai keluasan yang pasti memuaskan sehingga 2,055 liter.

    Bagi Ascent 2019 ini, bahagian dalamnya juga dilengkapi dengan pendingin hawa tiga-zon, lapan USB port, punca kuasa 120-voltan pada konsol tengah di belakang. Selain itu, ia turut menampilkan sistem infotainment 6.5-inci secara standard, namun bagi varian tertinggi turut menerima paparan bersaiz 8-inci. Serta turut menampilkan Starlink yang menawarkan pelbagai ketersambungan, termasuk bagi Apple CarPlay/Android Auto, sokongan Aha dan Pandora, audio streaming, SiriusXM dan sambungan Wi-Fi berkelajuan tinggi 4G LTE.

    Subaru juga menampilkan sut bantuan pemanduan EyeSight secara standard, ini termasuklah brek pra-pelanggaran automatik, kawalan kelajuan adaptif, amaran penukaran lorong, pengurusan pendikit pra-pelanggaran, pengesan titik buta dengan bantuan menukar lorong dan juga kepekaan trafik lintasan belakang. Selain itu turut menampilkan cermin pandang belakang pintar dan sistem amaran EyeSight bagi varian tertinggi.

    Subaru Ascent ini didatangkan dengan empat varian iaitu model asas Ascent, Premium, Limited dan Touring yang akan mula dijual pada awal musim panas 2018. Ia dibina di kilang Subaru di Lafayette, Indiana.

     
     
  • Volvo siar video kesedaran keselamatan kanak-kanak di dalam kereta; bersama Volvo Trucks dan Kidzania

    Dalam usaha mendidik masyarakat tentang kepentingan keselamatan kanak-kanak di dalam kereta, Volvo Car Malaysia (VCM) telah menyiarkan video baharunya mengenai isu tersebut. Menerusi video berkenaan, pengeluar yang terkenal sebagai peneraju dalam teknologi keselamatan automotif itu menerangkan secara spesifik bagaimana kanak-kanak perlu memakai tali pinggang keselamatan mereka dengan betul.

    Walaupun kereta moden kini dibina dengan sistem keselamatan yang begitu canggih, perlu diingatkan sistem-sistem berkenaan direka untuk melindungi orang dewasa, manakala untuk kanak-kanak (kerana saiz mereka yang kecil serta belum cukup tinggi), peralatan tambahan yang betul seperti kerusi keselamatan kanak-kanak atau kerusi peninggi (booster seat) perlu digunakan.

    Pada peringkat global, Volvo mensasarkan tiada kecederaan serius atau kematian yang akan dicatatkan dalam model-model baharunya menjelang 2020 dengan bantuan teknologi keselamatan terkini dari mereka. Namun, sasaran berkenaan hanya mampu dicapai sekiranya kesemua pemandu dan penumpang mengenakan tali pinggang keledar sekiranya mahu kesemua sistem berkenaan berfungsi sepenuhnya.

    Jadi, selain dari menerangkan bagaimana kedudukan yang paling selamat untuk kanak-kanak di dalam kereta, video ini juga mendidik kanak-kanak untuk mendisiplinkan diri mereka tentang keselamatan orang sekeliling termasuk menegur Ibu bapa sekiranya mereka mengabaikan pemakaian tali pinggang keledar.

    VCM menyiarkan video ini pada masa sekarang memandangkan musim cuti perayaan yang semakin hampir – sudah menjadi lumrah di Malaysia jumlah kemalangan akan meningkat pada tempoh berkenaan. Syarikat tersebut tidak bergerak sendirian dalam usaha ini di mana mereka turut bekerjasama dengan Volvo Malaysia (pengedar trak Volvo di Malaysia).

    Antara langkah yang dijalankan untuk meluaskan kempen kesedaran ini termasuk mewujudkan “pengedar” Volvo di dalam taman tema Kidzania yang terletak di Mutiara Damansara, serta menjalankan road show berkenaan keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah terpilih.

    Volvo siar video kesedaran keselamatan kanak-kanak di dalam kereta; bersama Volvo Trucks dan Kidzania

    “Saya percaya bahawa setiap Ibu bapa mahu melindungi anak mereka sebaik yang mungkin tetapi banyak salah faham yang wujud berkenaan perkara yang mereka anggap selamat,” kata pengarah urusan VCM Lenart Stegland. “Kempen keselamatan kami mensasarkan untuk mendidik Ibu bapa dengan lebih baik serta menyemai tabiat keselamatan yang bagus pada kanak-kanak.”

    VCM turut menerbitkan Manual Keselamatan Kanak-kanak dan Kereta yang diberikan kepada orang awam yang boleh dimuat turun di laman web rasmi mereka. Manual yang telah pun memenangi anugerah tersebut direka bagi membolehkan Ibu bapa tahu dengan lebih lanjut berkenaan keselamatan kanak-kanak di dalam kereta termasuk isu berkenaan perbezaan antara tempat duduk kanak-kanak menghadap kebelakang dan kehadapan, serta keselamatan wanita hamil dan kandungannya.

    “Kami harap manual ini akan menyediakan informasi yang cukup untuk ibu bapa dan menjawab semua persoalan yang mungkin bermain di fikiran mereka berkenaan keselamatan kanak-kanak di dalam kereta, seperti di mana tempat terbaik mereka di dalam kereta, atau sama ada tali pinggang keselamatan akan memberikan kemudaratan atau tidak terhadap bakal-bakal ibu,” tambah Stegland.

     
     
  • Subaru XV 2018 kini di Malaysia – bermula RM119k

    Subaru XV 2018 kini di Malaysia – bermula RM119k

    TC Subaru Sdn Bhd, pengedar eksklusif untuk kenderaan Subaru di Malaysia telah melancarkan model XV serba baharu untuk pasaran tempatan. Ia ditawarkan dengan dua varian iaitu model asas 2.0i dan spesifikasi tinggi 2.0i-P. Selain menerima suntikan imej yang lebih segar, lebih menariknya bagi XV 2018 ini ialah enjinnya telah disemak semula bagi memberikan prestasi yang lebih optimum dan penjimatan bahan api yang efisien.

    Kedua-duanya dijanakan oleh enjin petrol baharu 2.0 liter naturally-aspirated suntikan-terus empat-silinder. Penjana kuasa ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 154 hp (156 PS) pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm, dipadankan bersama Lineartronic CVT, yang dikatakan 7.8 kg lebih ringan berbanding model XV yang terdahulu. Malah kuasanya adalah lebih 6 hp berbanding model sebelumnya.

    Ia membolehkan XV serba baharu ini dipacu dari 0-100 km/j dalam 10.4 saat dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 194 km/j. Manakala penggunaan bahan api kombinasi pula dianggarkan 7.3 liter bagi setiap 100 km.

    Subaru XV 2018 kini di Malaysia – bermula RM119k

    XV baharu ini turut mengaplikasikan sistem Symmetrical AWD secara standard dengan kini juga dilengkapi dengan X-Mode untuk kawalan yang lebih baik terutamanya ketika merentasi permukaan jalan yang kurang rata. Ia juga dibina dengan menggunakan senibina Subaru Global Platform (sama seperti Impreza baharu) yang telah diperbaharui sepenuhnya yang dikatakan mempunyai peningkatan prestasi keseluruhan yang ketara berbanding platform sebelum ini.

    Malah ia juga telah dipertingkatkan ketegarannya sebanyak 70% dengan pusat graviti yang direndahkan dan daya olengan badannya juga dikurangkan sebanyak 50%.

    Untuk dimensi bagi XV serba baharu ini juga ada perbezaannya berbanding model sebelumnya. Di mana, ia berukuran 4,465 mm bagi panjang (+15 mm), selebar 1,800 mm (+20 mm) dan jarak rodanya pula 2,665 mm (+30 mm). Manakala ketinggiannya dikekalkan iaitu 1,615 mm. Jarak kelegaan tanahnya juga kekal iaitu 220 mm.

    Untuk elemen luarannya, model spesifikasi tertinggi dilengkapi dengan lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang LED berbentuk-C (2.0i masih mengekalkan reflektor halogen), kekemasan garisan cermin krom dan rel bumbung berwarna perak. Ia memberikan perbezaan antara kedua-dua varian, dan turut dilengkapi dengan lampu kabus hadapan, pemegang pintu berwarna perak, rel bumbung (hitam bagi 2.0i, perak untuk 2.0i-P), spoiler bumbung, shark fin antena, dan roda aloi dua-tona 17-inci yang dibaluti tayar 225/60R17 (tidak seperti pasaran lain yang menerima padanan roda aloi 18-inci).

    Menjengah bahagian kabinnya, ia menampilkan yang diperkemaskinikan termasuk menampilkan rekaan papan pemuka yang lebih elegan, dan nampak agak premium. Ia juga didatangkan dengan paparan pelbagai-informasi LCD warna sepenuhnya 6.3-inci yang diletakkan di atas panel instrumen, roda stereng dan tombol gear balutan kulit dengan jahitan jingga bagi varian tertinggi (balutan plastik bagi 2.0i).

    Namun kedua-dua varian turut menampilkan tempat duduk pemandu dengan 8-larasan berkuasa, paparan meter LCD 4.2-inci, sistem audio dengan paparan 8-inci bersama sambungan Android Auto/Apple CarPlay serta navigasi, tempat duduk balutan fabrik dengan sedikit kemasan kulit berserta jahitan jingga, enam-pembesar suara dan kamera pandangan belakang.

    Selain itu, elemen lain yang ditampilkan termasuklah sistem kunci kawalan jauh, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, akses kod PIN, sistem pendingin hawa automatik dengan penapis anti-habuk (dwi-zon untuk model tertinggi), pedal penukar gear, kawalan kelajuan, pedal aluminium (untuk 2.0i-P sahaja).

    Bagi aspek keselamatan, menerima tujuh beg udara (berbanding model terdahulu yang hanya tiga beg udara sahaja), ABS dengan EBD dan bantuan brek, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Bantuan Menurun Bukit, dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk belakang. Walau bagaimana pun, XV 2018 bagi pasaran Malaysia tidak didatangkan dengan EyeSight, seperti yang ada di negara lain.

    Subaru XV 2018 yang dipasang di kilang Tan Chong, Segambut (model pemasangan tempatan, CKD), didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Sunshine Orange, Dark Blue Pearl, Pure White, Ice Silver Metallic, Dark Grey Metallic dan Crystal Black Silica. Harga atas jalan (tanpa insurans) yang ditawarkan ialah RM118,819 bagi 2.0i dan RM125,868 untuk 2.0i-P. Ia turut didatangkan dengan waranti selama lima-tahun/100,000 km dan lima-tahun percuma bagi kos buruh (tertakluk pada terma & syarat).

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perincian dan spesifikasi penuh XV generasi kedua ini, sila layari Carbase.my.

    GALERI: Subaru XV 2.0i 2018

    GALERI: Subaru XV 2.0i-P 2018

     
     
  • Perodua Eco Challenge 2017 – UiTM muncul juara, ‘Techno-Seat’ akan dipertimbangkan untuk diproduksi

    Perodua Eco Challenge 2017 – UiTM muncul juara, ‘Techno-Seat’ akan dipertimbangkan untuk diproduksi

    Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan bagi program Perodua Eco Challenge 2017 (PEC 2017), mengatasi sembilan institusi pengajian tinggi lain melalui idea ruang simpanan “Techno-Seat” yang dihasilkan. Ciptaan ini turut memenangi hadiah pertama bagi sub-kategori Pembangunan Bahagian dan juga Pemasaran Produk.

    Mereka membawa pulang sejumlah RM37,000 sebagai habuan – RM20,000 bagi kemenangan keseluruhan, RM10,000 sebagai pendahulu sub-peraduan Pembangunan Bahagian manakala RM7,000 bagi kategori Pemasaran Produk. Tempat kedua pula menjadi milik Universiti Teknologi Petronas, manakala Pliteknik Ungku Omar pula berada di tempat ketiga.

    Perodua Eco Challenge 2017 – UiTM muncul juara, ‘Techno-Seat’ akan dipertimbangkan untuk diproduksi

    Keseluruhannya, 21 satu institusi dijemput untuk mengambil bahagian di dalam PEC 2017 November tahun lalu. Dari jumlah berkenaan, 10 dipilih kemudiannya – Politeknik Ungku Omar, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

    Pendekatan dan arah tuju PEC 2017 kali ini berbeza dengan edisi sebelumnya. Jika diawal penganjurannya, aspek penjimatan minyak menjadi tumpuan utama, PEC kali ini beralih kepada menghasilkan komponen atau aksesori prototaip. Peserta diwajibkan untuk menghasilkan bahagian kenderaan yang memenuhi unsur EC0 – Environment, Creativity dan Originality. Idea yang diterjemahkan juga perlu mengambil kira unsur unik Malaysia dalam rekaannya.

    Perodua Eco Challenge 2017 – UiTM muncul juara, ‘Techno-Seat’ akan dipertimbangkan untuk diproduksi

    10 pasukan berkenaan dinilai dari segenap sudut, termasuk cadangan awal projek yang dihantar, perkembangan dan jadual tempoh pembangunan, taklimat akhir serta prototaip product yang dihasilkan. Rekaan lukisan awal yang dipertandingkan awal tahun ini turut menyumbang kepada markah akhir. Barisan juri diketuai oleh ketua jurutera Perodua, Albert Ngu.

    “Techno-Seat” yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar UiTM itu menampilkan ruang simpanan tersorok pada bahagian depan dan belakang tempat duduk dengan ciri selak (kunci) tersendiri. Ruang tersorok berkenaan turut dilengkapi pencahayaan bila dibuka, slot pengecas USB dan poket simpanan barang. Ia boleh menempatkan antaranya buku/majalah serta dua botol air mineral dan barangan kecil lain.

    Perodua Eco Challenge 2017 – UiTM muncul juara, ‘Techno-Seat’ akan dipertimbangkan untuk diproduksi

    Mereka turut menguji komponen ini dijalan yang tidak rata dan mendakwa produk ini lulus dengan baik tanpa masalah ia akan terbuka secara tidak sengaja dalam situasi berkenaan. Idea ruang simpanan dalam tempat duduk timbul dari pemerhatian mereka terhadap gaya hidup pelajar di kampus yang dengan banyak barangan yang berselerak dalam kabin.

    Ciri ini akan dipertimbang untuk diperkenalkan pada produk akan datang oleh Perodua. Jika ini berlaku, ia akan menjadi satu lagi ciri unik untuk pasaran Malaysia yang ada pada kenderaan-kenderaan keluaran Perodua. Sebagai contoh, sebelum ini syarikat itu telah memperkenalkan ciri seperti cangkuk teh tarik dan kunci untuk beg tangan wanita.

     
     
  • Perodua Myvi 2018 cecah 15,500 unit tempahan, 1,900 telah dihantar – 84% varian 1.5L, kelabu paling popular

    Perodua Myvi 2018 cecah 15,500 unit tempahan, 1,900 telah dihantar – 84% varian 1.5L, kelabu paling popular

    Perodua telah menerima tempahan yang begitu menggalakkan bagi Myvi 2018 yang dilancarkan pada 16 November lalu, iaitu kini mencecah 15,500 unit. Data ini didedahkan oleh presiden dan CEO Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh semalam. Katanya lagi, setakat ini sebanyak 1,900 unit telah dihantar kepada para pelanggan.

    Walau pun jumlah ini belum mampu memecah rekod yang dicipta Perodua sendiri, namun sambutan yang begitu menggalakkan ini masih memperkukuhkan kedudukan Myvi sebagai salah satu model terhangat di pasaran Malaysia. Malah Perodua turut mendedahkan, 84% daripada tempahan yang diterima adalah daripada varian 1.5 liter (High dan Advance). Dan warna yang paling popular bagi Myvi 1.5L ialah Granite Grey Metallic (kelabu metalik), iaitu eksklusif bagi Myvi dengan kapasiti enjin terbesar itu.

    Menurut Aminar, disebabkan sambutan yang diterima ini, Perodua telah memulakan jadual kerja lebih masa di kilang pengeluarannya yang menghasilkan Myvi, dan produksi hujung minggu juga akan diteruskan sehingga akhir 2017. Ini adalah bagi memastikan ia mampu mengikuti jadual penghantaran yang ditetapkan walau pun bos besar Perodua ini tidak memperincikan tentang tempoh menunggu pada masa ini.

    Kesemua varian kini dilengkapi dengan sistem brek ABS dan EBD serta Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) sebagai ciri standard. Model 1.3L menerima empat-beg udara, manakala 1.5L pula mendapat enam-beg udara. Myvi telah menjalani ujian pelanggaran keselamatan ASEAN NCAP bulan lalu dan ia menerima penarafan lima-bintang.

    Selain dari kelengkapan keselamatan asas diatas, Myvi kini turut dilengkapi dengan pakej bantuan pemanduan digelar Advance Safety Assist (ASA) yang ditawarkan untuk model 1.5 Advance. Pakej ini terdiri daripada empat sistem berbeza iaitu Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC).

    Perodua Myvi 2018 ditawarkan dengan empat varian model yang bermula dengan varian asas 1.3 Standard G manual berharga RM44,300 dan RM46,300 untuk automatik, RM48,300 untuk 1.3 Premium X, RM51,800 untuk 1.5 High, manakala varian tertinggi 1.5 Advance pula berharga RM51,800. Kesemua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan dengan insuran bersama waranti lima-tahun/150,000 km.

    Untuk mengetahui selanjutnya berkenaan Myvi 2018, anda boleh baca perbandingan antara spesifikasi DI SINI, ulasan pandu ujinya, dan juga spesifikasi penuh di laman Carbase.my.

    GALERI: Perodua Myvi 2018 1.5 Advance

    Perodua Myvi 2018 1.3 Premium X

     
     
  • Honda Civic Red ditampilkan di Thai Motor Expo

    Honda Civic Red ditampilkan di Thai Motor Expo

    Honda telah memperkenalkan Civic Red di Thailand International Motor Expo. Pameran automotif yang mula berlangsung hari ini sehingga 11 Disember, menyaksikan kehadiran warna luaran baharu bagi Civic FC generasi ke-10, iaitu dalam tona Rallye Red yang sungguh menarik pandangan ini.

    Warna tersebut ditawarkan bagi dua daripada empat varian yang ditawarkan di Thai iaitu 1.8 EL dan Turbo RS, iaitu seperti foto yang terpapar ini, yang dapat dikenalpasti menerusi rekaan roda lima-jejari 17-inci. Civic Red turut dikekalkan dengan roda ala-turbin 16-inci pada varian 1.8 EL.

    Tidak dinyatakan tentang kit baharu, namun kelihatan seperti tiada semakan semula pada spesifikasi dan elemen utamanya bagi model yang dilancarkan di Thailand pada Mac tahun lalu.

    Nampaknya ia masih mengekalkan enjin 1.8 liter i-VTEC empat-silinder dengan menawarkan kuasa sehingga 141 hp pada 6,500 rpm dan tork 174 Nm pada 4,300 rpm, dan enjin 1.5 liter VTEC Turbo, bersama hamburan kuasa 173 hp pada 5,500 rpm dan 220 Nm antara 1,700 dan 5,500 rpm.

     
     
  • PANDU UJI: Perodua Myvi 2018 1.3L dan 1.5L – ujian penggunaan minyak, 0-100 km/j, ASA dan ‘drag race’

    PANDU UJI: Perodua Myvi 2018 1.3L dan 1.5L – ujian penggunaan minyak, 0-100 km/j, ASA dan ‘drag race’

    Jika anda kerap memerhatikan ruang ini, anda berkemungkinan besar sudah pernah membaca laporan pandu uji Perodua Myvi 2018 yang kami terbitkan pada hari yang sama sebaik sahaja pelancaran rasminya dilakukan di Putrajaya.

    Tetapi, itu adalah hasil dari pengalaman singkat memandu kereta berkenaan – dari unit yang ujian dan bukannya versi yang dikeluarkan secara rasmi – di dalam litar Perodua. Ketika itu, kami belum sempat memandunya di atas jalan raya biasa, dalam suasana pemanduan harian yang sebenar.

    Jadi, minggu lalu kami lakukan pula sesi pandu uji yang lebih menyeluruh, sebaik sahaja menerima dua model Myvi 2018 untuk tujuan itu. Kami juga sudah menyediakan galeri besar untuknya; pertama untuk menunjukkan perbezaan penawaran antara varian 1.3 Premium X dengan 1.5 Advance, dan tak lupa juga untuk menunjukkan perbezaan Myvi 1.5 Advance 2018 berbanding model lamanya, Myvi 1.5 Advance 2015.

    PANDU UJI: Perodua Myvi 2018 1.3L dan 1.5L – ujian penggunaan minyak, 0-100 km/j, ASA dan ‘drag race’

    Ujian apa yang dimaksudkan? Idea utamanya adalah untuk melihat bagaimana prestasi yang diberikan oleh Myvi 2018 ini dalam penggunaan dunia sebenar. Maka, beberapa perkara yang sempat kami cuba uji dan perhatikan ialah seperti penggunaan petrol, kepantasan bagi pecutan 0-100 km/j, tahap kebisingan dalam kabin (NVH), aplikasi sebenar ciri keselamatan ASA dan drag race untuk melihat model mana yang lebih pantas.

    Kita terus saja ke ujian penggunaan minyaknya. Perodua mendakwa Myvi 2018 1.5L mampu memberikan bacaan penggunaan minyak pada kadar 20.1 km/l dan 30% lebih jimat berbanding model terdahulu. Untuk itu, kami memandu kedua-dua model 1.3 dan 1.5 yang ada dalam satu perjalanan ke Ipoh – dengan jarak keseluruhan pergi-balik kira-kira 400 km.

    Kami cuba mencerminkan cara pemanduan biasa sepanjang perjalanan; kelajuan ketika dilebuhraya sekitar 110 km/j, tayar semua ditetapkan pada tekanan 210 kpa, kipas pendingin hawa pada tahap 3 dengan tahap suhu pertengahan, ciri auto start/stop dibiarkan aktif dengan input pendikit minyak juga seperti biasa (tidak terlalu berhati-hati atau agresif).

    PANDU UJI: Perodua Myvi 2018 1.3L dan 1.5L – ujian penggunaan minyak, 0-100 km/j, ASA dan ‘drag race’

    Dan keputusannya? Myvi 1.3 Auto mencatatkan bacaan purata 17.6 km/l, sedikit lebih baik berbanding model 1.5 Auto yang mencatatkan 17.3 km/l. Myvi 1.5 Auto yang lama pula mencatatkan 15.1 km/l. Penjimatan yang diperoleh ialah sekitar 15% dalam keadaan pemanduan sebenar. Walaupun tidak sampai 30% seperti yang didakwa, ia tetap peningkatan yang sangat baik berbanding model lama.

    Kemudian, beralih kepada ujian drag race dan pecutan 0-100 km/j pula. Dari garis permulaan, kedua-dua Myvi 1.5 yang lama dan baru memberikan prestasi yang hampir sama – daya tujah dan kuasanya tidak jauh beza dan kedua-duanya meluncur sebelah-menyebelah. Model 1.3L bagaimanapun agar sukar untuk merapatkan jurang dan tertinggal agak jauh di belakang.

    Bacaan masa pecutan 0-100 km/j juga sempat diperhatikan. Myvi 1.3L mencatatkan masa 12.5 saat, manakala Myvi 1.5, baik yang model baru atau pun model lama, mencatatkan 11.5 saat. Tetapi, walaupun Myvi baru ini tidaklah lebih pantas berbanding model lamanya, ia sebenarnya lebih senyap dari bahagian dalam kabin.

    PANDU UJI: Perodua Myvi 2018 1.3L dan 1.5L – ujian penggunaan minyak, 0-100 km/j, ASA dan ‘drag race’

    Ujian tahap kebisingan (NVH) dalam kabin pula menyebelahi model terbaru. Ketika memijak pedal minyak sepenuhnya dan kereta meluru laju, bacaan yang dicatatkan di dalam Myvi 2018 ialah 77 db berbanding 81 db pada Myvi lama. Ketika meluncur dalam kelajuan 110 km/j pun sama, Myvi baru adalah lebih senyap dengan angka 71 db berbanding 73 db pada Myvi lama.

    Bagaimanapun, kami juga sempat memandu dalam hujan, dan bunyi percikan air yang kedengaran dari bahagian bawah kereta sebenarnya agak kuat. Jadi, aspek kebisingan dalam kabin ini masih boleh dipertingkat.

    Selain itu, keberkesanan sistem Advanced Safety Assist (ASA) juga sempat kami uji sendiri. Perlu diingatkan, ciri ini hanya ditawarkan pada varian paling tinggi, 1.5 Advance sahaja.

    PANDU UJI: Perodua Myvi 2018 1.3L dan 1.5L – ujian penggunaan minyak, 0-100 km/j, ASA dan ‘drag race’

    Ciri Pre-Collision Warning (PCW) dan Pre-Collision Braking (PCB) akan berfungsi dalam kelajuan rendah (4-30 km/j). Ketika sistem kereta anda – melalui kamera stereo pada cermin utama – mengesan ada kereta lain sedang berhenti di depan dan tiada apa-apa tindakan daripada pemandu, ia terlebih dahulu akan membunyikan amaran terlebih dahulu.

    Jika masih tiada apa-apa maklum balas daripada pemandu, kereta ini akan membrek sendiri sepenuhnya untuk mengelak pertembungan dengan kereta hadapan. Dan, jangan terkejut kerana input brek yang dilakukan agak kasar dan mengejut. Apa yang penting, sistem ini memang boleh berfungsi dengan baik.

    Bagi Front Departure Alert (FDA), sistem perlu tahu kereta anda sedang bergerak perlahan ke depan sebelum berhenti, misalnya di lampu isyarat. Dalam kedudukan gear D serta brek masih ditekan, dan ketika kereta hadapan mula bergerak tanpa ada apa-apa tindakan dari pemandu, sistem juga akan mengeluarkan bunyi amaran kepada pemandu. Ini maksudnya, anda perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada pemanduan dan jangan leka bermain telefon.

    PANDU UJI: Perodua Myvi 2018 1.3L dan 1.5L – ujian penggunaan minyak, 0-100 km/j, ASA dan ‘drag race’

    Pedal Misoperation Control (PMC) pula berfungsi ketika kereta diletakkan sebagai contoh dalam keadaan parkir dengan terdapat halangan di depan. Dan, halangan itu pula perlulah yang boleh dikesan jaraknya oleh kamera (kamera mungkin tidak dapat fokus dinding putih untuk menetukan jarak). Dalam keadaan ini, sistem mengesan anda sepatutnya undur ke belakang ketika ingin mula memandu.

    Sebaliknya, jika anda tersilap masuk gear D dan menekan pedal dengan kuat, sistem ini akan mengehadkan kuasa dari enjin dan mengelakkan kereta daripada terlonjak ke depan, beserta dengan bunyi amaran sekali. Juga perlu diingatkan sekali lagi, bahawa sistem ini hanyalah sebagai elemen sokongan bagi mengelakkan anda daripada terlibat dalam kemalangan dalam kelajuan rendah. Pemandu masih lagi bertanggungjawab sepenuhnya sepanjang masa di atas keselamatan diri sendiri dan orang lain.

    Semua ujian ini ada kami tunjukkan sepenuhnya di dalam video menyeluruh yang telah disediakan di bawah. Luangkan masa untuk menonton, dan semoga ada manfaatnya untuk anda.

    GALERI: Perodua Myvi 2018 1.5 Advance

    Perodua Myvi 2018 1.3 Premium X

    GALERI: Perodua Myvi 1.5L Advance 2015

     
     
  • Harga bahan api 30 November hingga 6 Disember 2017 – RON 95 dan RON 97 kekal, cuma diesel naik sedikit

    Harga bahan api 30 November hingga 6 Disember 2017 – RON 95 dan RON 97 kekal, cuma diesel naik sedikit

    Setelah turun minggu lalu, nampaknya harga petrol minggu ini tidak berubah manakala diesel pula naik sedikit. Bermula tengah malam ini hingga 6 Disember nanti, petrol RON 95 kekal dijual pada harga RM2.30 seliter dan RON 97 pula berharga RM2.58 sen seliter.

    Untuk Diesel pula, ia meningkat sebanyak 2 sen dimana Euro 2M akan dijual pada harga RM2.25 seliter dan Euro 5 pula RM2.35 seliter. Ini secara tidak langsung menjadikan harga diesel berada pada paras sama seperti dua minggu lalu, sebelum diturunkan sebanyak 2 sen seliter pada minggu selepasnya.

    Bermula esok juga merupakan minggu ke-35 sistem harga siling mingguan ini dijalankan. Berbanding bulan terakhir harga bahan api ditetapkan secara bulanan iaitu pada 30 Mac 2017, RON 95 nampaknya berada pada paras sama (RM2.30 seliter) dan RON 97 pula 2 sen lebih murah (dari RM2.60 seliter). Manakala untuk diesel pula, ia kini tiga seliter lebih mahal (dari RM2.20 seliter)

    Harga bahan api 30 November hingga 6 Disember 2017 – RON 95 dan RON 97 kekal, cuma diesel naik sedikit

     
     
  • Pusat 3S Honda baharu dibuka di Keningau, Sabah

    Pusat 3S Honda baharu dibuka di Keningau, Sabah

    Berita baik untuk pemilik atau mereka yang mahu memiliki kenderaan jenama Honda di Keningau, Sabah, Honda Malaysia kini telah membuka pusat 3S baharunya di daerah berkenaan. Terletak di kawasan strategik antara Tenom dan Tambunan, fasiliti baharu milik Vermillion Autohaus berkenaan akan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang semakin meningkat di kawasan tersebut.

    Dibina dengan keluasan 5,000 kaki persegi, fasiliti yang dibangunkan dengan pelaburan RM2.5 juta ini merupakan yang kelima seumpamanya di Sabah. Dioperasikan oleh 19 orang staff, pusat ini turut dilengkapi dengan empat ruang servis (dua untuk servis pantas, satu pembaikkan am satu lagi untuk servis tayar) mampu untuk menampung 30 kereta sehari.

    Selain itu, Pusat 3S Honda Keningau ini juga turut menawarkan lounge pelanggan yang selesa lengkap dengan wi-fi percuma, kaunter kafe bersama pelbagai snek dan minuman percuma, surau, dan juga sudut kanak-kanak.

    Bagi mereka yang mahu kesini, Vermilion Autohaus terletak di alamat Batu 1/4, Jalan Keningan-Tenom, Kampung Pampang, 89008 Keningau, Sabah. Menurut Honda Malaysia, pembukaan pusat ini adalah masa yang tepat untuk menyokong pertambahan kenderaan Honda yang semakin meningkat di Malaysia Timur.

    Sehingga kini, jualan Honda di Borneo telah meningkat 55% dari Januari hingga Oktober tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Angka tersebut juga mewakili 6,000 unit jumlah kereta yang berjaya dijual dari jumlah keseluruhan 87,800 unit.

    Sabah dan Sarawak juga mencatatkan jumlah peningkatan sebanyak 15% untuk jumlah kenderaan yang masuk ke pusat servis iaitu sebanyak 53,800 buah kereta dari Januari hingga Oktober tahun ini, berbanding 46,800 unit bagi tempoh 10 bulan pertama tahun lalu.

     
     
  • MBPJ hentikan Sistem Letak Kereta Bayar dan Peraga – laksana sistem kupon sepenuhnya mulai Jan 2018

    MBPJ hentikan Sistem Letak Kereta Bayar dan Peraga – laksana sistem kupon sepenuhnya mulai Jan 2018

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memaklumkan akan memberhentikan penggunaan Sistem Letak Kereta Bayar dan Peraga (PND) bagi melaksanakan sistem kupon letak kereta sepenuhnya mulai 1 Januari 2018.

    Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain, ia bertujuan untuk menguruskan kawalan petak letak kereta di seluruh kawasan Petaling Jaya.

    Katanya, sehingga kini terdapat 241 ejen jualan kupon letak kereta dilantik Majlis bagi memudahkan pengguna meletak kereta untuk membeli kupon. Malah pengguna juga boleh membuat pembelian kupon di Kaunter Ibu Pejabat MBPJ, Kaunter Cawangan MBPJ di Kota Damansara, di Kaunter Bergerak Ez-Pay MBPJ dan di mana-mana kedai terlibat

    Beliau turut berkata, pada masa ini, pihak Majlis sedang mengkaji sistem letak kereta berteknologi tinggi yang menggunakan aplikasi telefon pintar yang berada di pasaran bagi tujuan sama.

    “Walau bagaimana pun, perkara ini belum dimuktamadkan dan kami akan memilih syarikat yang mempunyai sistem berkenaan yang bersesuaian bagi melaksanakan operasi sistem letak kereta tersebut. Penggunaan aplikasi melalui telefon pintar ini juga akan bermula pada tahun hadapan di mana akan terdapat dua jenis sistem digunakan termasuk kupon di mana 30% pengguna merupakan warga emas,” katanya.

     
     
  • Honda Malaysia serahkan model hot hatch Civic Type R FK8 serba baharu kepada pelanggan pertamanya

    Honda Malaysia serahkan model hot hatch Civic Type R FK8 serba baharu kepada pelanggan pertamanya

    Honda Civic Type R FK8 serba baharu telah pun dilancarkan pada 9 November lalu. Kereta produksi pacuan roda hadapan paling pantas di Litar Nurburgring ini dijual pada atas jalan tanpa insuran RM320,000. Seperti juga pasaran-pasaran lain, Malaysia menerima Civic-R yang dibuat di Kilang Honda Swindon, UK.

    Pagi ini, Honda Malaysia telah menyerahkan Civic Type R FK8 ini buat pelanggan pertamanya, Adrian Salleh Hashim, dalam majlis ringkas yang berlangsung di Botanic Auto Mall Sdn Bhd.

    Timbalan Presiden Honda Malaysia, Akkbar Daniel berkata, “Kami kekal komited untuk memberikan kegembiraan buat pelangga kami dengan menawarkan produk yang bernilai tinggi dan termaju dalam teknologi. Civic Type R serba baharuini menonjolkan kelainan, di samping berprestasi dalam trek perlumbaan, ia juga boleh digunakan dalam pemanduan harian di jalan raya Malaysia.”

    Honda Malaysia serahkan model hot hatch Civic Type R FK8 serba baharu kepada pelanggan pertamanya

    Menurut Akkbar lagi, satu tinjauan terhadap pelanggan telah dilakukan sebelum pelancaran Civic Type R 2007 atau lebih dikenali sebagai FD2R, dan Adrian Salleh merupakan antara pelanggan pertama yang ditemubual bagi mendapatkan maklum balas mengenai Type R, bagi mengenalpasti permintaan dan keperluaan dalam segmen pelanggan baharu. Minatnya yang mendalam terhadap Type R terbukti apabila Honda Malaysia menyampaikan jentera tersebut kepadanya, sekaligus menjadi pelanggan pertama yang memiliki hot hatch idaman ramai ini.

    “Pada 2007, Malaysia menjadi satu-satunya negara di luar Jepun yang melancarkan FD2R. Malah Honda Malaysia berjaya menjual 420 unit FD2R antara tahun 2007 hingga 2011. Pencapaian ini mungkin disebabkan populariti dan permintaan terhadap kereta lumba yag turut boleh dipandu di jalan raya biasa. Malah kita juga menyaksikan pertambahan bilangan peminat-peminat Honda dan juga penggemar jentera seperti Type R ini,” ujar Akkbar lagi.

    Sejak tempahan bagi Civic Type R FK8 ini dibuka pada 1 Oktober lalu, Honda Malaysia telah menerima lebih daripada 70 tempahan.

    Honda Malaysia serahkan model hot hatch Civic Type R FK8 serba baharu kepada pelanggan pertamanya

    Adrian Salleh yang bertuah menjadi pemilik pertama Civic Type R generasi terbaharu ini berkata, “Pelancaran Civic Type R serba baharu ini membuatkan saya mahu mengujinya. Saya sangat teruja dengan luaran yang sporty dan berani, malahan prestasinya yang sungguh berkuasa juga sangat sesuai untuk saya memandunya setiap hari. Bagi saya, ia memiliki elemen unik seperti mod 3-Way Driving iaitu COMFORT, SPORT dan +R Mode yang memberikan saya peluang melaras mod pemanduan mengikut prestasi dinamik yang berbeza dalam persekitaran pemanduan yang berlainan.”

    Selain menjadi rakyat Malaysia yang pertama membawa pulang hot hatch ini, Adrian turut bertuah dihadiahkan beberapa barangan termasuk cenderahati istimewa dari Honda, GoPro HERO 5 dan Honda Ultra Glass Body Coating dengan Ultra Window Coating bernilai RM5,300 sebagai token penghargaan daripada Honda Malaysia.

    Civic Type R generasi baharu ini dijana enjin 2.0 liter VTEC Turbo K20C1, dipadankan dengan hanya kotak gear manual enam-kelajuan nisbah rapat bersama short shifter dan LSD helical. Berbanding model Eropah dan Jepun yang menerima talaan kuasa 320 PS dan tork maksima 400 Nm, pasaran ASEAN termasuk Malaysia menerima talaan kuasa 310 PS dengan jumlah tork yang sama.

     
     
  • Teaser Volkswagen Jetta generasi baharu disiar, bakal didedahkan sepenuhnya di Detroit Auto Show 2018

    Teaser Volkswagen Jetta generasi baharu disiar, bakal didedahkan sepenuhnya di Detroit Auto Show 2018

    Setelah generasi terkini Polo dan versi sedannya, Virtus didedahkan, Volkswagen akan memperkenalkan pula abang lebih besar iaitu sedan Jetta generasi baharu di North American International Auto Show (NAIAS) Detroit, Amerika Syarikat pada Januari hadapan. Serentak dengan pengumuman tersebut, jenama dari Jerman tersebut turut menyiarkan imej teaser untuk model baharu ini.

    Menerusi video pada laman VW Canada, Jetta baharu berkenaan menampilkan rupa yang berevolusi dari model sedia ada dan mengekalkan bentuk pada tiang-c serta garis bahunya. Namun, apa yang jelas berbeza adalah pada mukanya dimana ia diberikan gril berbentuk heksagon, sama seperti yang diterapkan pada crossover T-Roc.

    Sebelum ini, CEO Volkswagen Amerika Utara Hinrinch Woebcken memberitahu VWVortex bahawa sedan generasi baharu ini akan menampilkan rekaan “super moden”, dengan bentuk badan seperti coupe menerusi karekter rekaan yang “kuat’ dan “beremosi”. Menurut laporan tersebut lagi, pengedar di Amerika Syarikat menyatakan bahawa varian R-Line yang lebih sporty turut akan diperkenalkan semasa pelancarannya, manakala model GLI yang lebih berbisa akan diumumkan setahun selepas itu.

    Jetta generasi baharu ini diasaskan dari platform modular MQB sama seperti Golf Mk7. Unit janakuasa juga berkemungkinan akan ditawarkan sama seperti Golf Mk7 facelift, termasuk enjin 1.5 liter turbo baharu dengan teknologi nyah-aktif silinder serta enjin 2.0 liter pada model GLI.

    Untuk pasaran Amerika, pilihan transmisi dijangka akan ditawarkan dengan kotak gear enam-kelajuan manual manakala kotak gear klac-berkembar DSG akan digantikan dengan transmisi lapan-kelajuan automatik konvensional baharu sama seperti Tiguan pasaran Amerika.

     
     
  • Imej teaser Hyundai Veloster 2019 disiarkan – bakal muncul kali pertama di Detroit pada Januari 2018

    Imej teaser Hyundai Veloster 2019 disiarkan – bakal muncul kali pertama di Detroit pada Januari 2018

    Hyundai telah mendedah imej teaser model Veloster generasi baharu dan mengumumkan ia bakal didedahkan di North American International Auto Show (NAIAS) Detroit, Amerika Syarikat pada bulan Januari tahun hadapan. Pada tahun 2011, Veloster generasi pertama turut didedahkan buat pertama kali pada acara yang sama.

    Imej teaser rasmi yang disiarkan kali ini menampilkan bentuk penuh Veloster tetapi dikenakan dengan pelekat penyamaran berwarna-warni. Namun yang jelas, Hyundai masih mengekalkan bentuk badan Veloster seiras dengan model generasi sebelum ini.

    Imej teaser Hyundai Veloster 2019 disiarkan – bakal muncul kali pertama di Detroit pada Januari 2018

    Tetapi kerana setiap imej ini diambil pada sisi kiri hatchback tersebut, tidak dapat dipastikan sama ada sisi kanan kereta ini diberikan pintu tambahan pada bahagian belakang (sebelah dua-pintu, sebelah lagi hanya satu pintu) atau tidak seperti model sebelumnya.

    Juga dapat dilihat, muka Veloster baharu ini akan menampilkan rekaan signatur seperti hatchback i30 yang menampilkan lampu hadapan tirus bersama gril cascading. Rekaan muka tersebut akan menjadikan kereta ini lebih tajam, bersama garis badan yang lebih gagah menampilkan ‘otot-otot’ pada fender hadapan yang kini turut ditarik hingga ke pintu hadapan.

    Veloster yang ditampilkan kali ini juga dikenakan bersama rim dengan corak bilah dan diameter yang agak besar. Angkup brek berwarna merah turut dapat dilihat ditempatkan disebalik roda-roda berkenaan. Walau bagaimanapun, Hyundai masih belum menyiarkan foto yang benar-benar menyerlahkan bahagian belakang.

    Begitu juga aspek mekanikal, perincian berkenaan unit janakuasa belum didedahkan. Namun boleh dijangka ia akan dijana enjin turbo dengan sistem suntikan bahan api terus (T-GDI) bersama pilihan kotak gear enam kelajuan manual atau automatik klac-berkembar. Sebagai rujukan, enjin 1.6 liter Gamma T-GDI pada Elantra Sport pasaran Malaysia menjana 204 PS dengan tork mengujakan 265 Nm.

     
     
  • VIDEO: Pa’din Musa – antara sukan skateboard dan kegilaan terhadap binaan dan dunia motosikal kustom

    Nama Pa’din Musa tidaklah terlalu asing, terutama bagi anak-anak muda yang cenderung berminat dalam sukan esktrem skateboard atau papan selaju dan mengikuti perkembangannya di Malaysia. Di dalam perkembangan terbaru, beliau menjadi skateboarder pertama dari Malaysia yang diberi penghormatan untuk mengeluarkan kasut Vans edisi signature sendiri.

    Dan, untuk meraikan perkara itu, beliau bersama Vans Malaysia turut menghasilkan sebuah dokumentari khas berkaitan perjalanan kariernya sepanjang berkecimpung di dalam dunia skateboarding tempatan dan juga antarabangsa.

    VIDEO: Pa’din Musa – antara sukan skateboard dan kegilaan terhadap binaan dan dunia motosikal kustom

    Lebih menarik, di dalam video dokumentari yang diberi judul DEMI ini, ada satu lagi sisi Pa’din yang turut diketengahkan – kegilaannya terhadap menghasilkan motosikal binaan khas. Dengan latar belakang pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal, sejak tahun 2009 lagi Pa’din telah mengusahakan bengkel/kafe motosikalnya sendiri, dikenali dengan nama Abah & Sons Co.

    Skateboard dan motosikal menjadi tunjang utama di dalam hidupnya, dan perkara itu ditunjukkan dengan jelas di dalam video dokumentari terbaru ini. Sebuah motosikal kustom yang ditunggangnya sendiri, yang juga dibina dengan tangannya sendiri turut ditampilkan.

    VIDEO: Pa’din Musa – antara sukan skateboard dan kegilaan terhadap binaan dan dunia motosikal kustom

    Motosikal kustom berkenaan menjadi semacam terjemahan kepada minat Pa’din terhadap model-model motosikal vintage yang sentiasa menarik minatnya. Inspirasi dari motosikal-motosikal lama seperti dari BSA, Triumph dan Harley-Davidson dapat dilihat pada motosikal unik berkenaan. Kerangkanya dibikin sendiri, manakala janaan kuasa pula menggunakan enjin dari Harley-Davidson Shovelhead 1,200 cc tahun 1974.

    Dan, disebabkan beliau seorang skateboarder yang kerap menjelajah ke banyak tempat untuk tujuan aktiviti itu, maka motosikal yang dibangunkan juga disertakan sekali dengan kemudahan untuk membawa skateboardnya ke mana-mana – ia diletak di bahagian sisi sebelah kiri motosikal berkenaan.

    VIDEO: Pa’din Musa – antara sukan skateboard dan kegilaan terhadap binaan dan dunia motosikal kustom

    Kasut edisi khas berkenaan pula akan mula dijual pada 2 Disember nanti ditawarkan dalam dua rekaan – Authentic Pro dan Old Skool Pro. Di bahagian pelapik dalamnya ada disertakan dekorasi dari ayat-ayat pantun dalam Bahasa Malaysia. Masing-masing akan dijual pada harga RM299 dan RM319.

    Jadi, sementara santai-santai nanti, bolehlah anda menonton video tentang perjalanan seorang anak Malaysia yang dengan bermodalkan minat mendalam, telah mengukir sejarahnya sendiri dan menjadi kebanggaan bersama.

     
     
  • Produksi SUV Hyundai Kona terhenti setelah kesatuan sekerja kilangnya di Korea Selatan lancarkan mogok

    Produksi SUV Hyundai Kona terhenti setelah kesatuan sekerja kilangnya di Korea Selatan lancarkan mogok

    Pekerja kilang yang menghasilkan Hyundai Kona di Korea kini sedang melancarkan mogok kerana tidak berpuas hati dengan berberapa keputusan yang dibuat oleh pembuat automotif berkenaan – seminggu sebelum SUV segmen-B tersebut akan didedahkan di Amerika Syarikat, lapor Automotive News.

    Mogok berkenaan dilancarkan oleh kesatuan sekerja kilang berkenaan yang juga kini sedang dalam perbincangan tahunan bersama syarikat tersebut. Hyundai dan kesatuan ini telah membuat perbincangan sejak Oktober lalu berhubung perancangan terhadap produksi Kona – iaitu model penting untuk memperbaiki jumlah jualannya di Amerika yang kini dilihat sedang merudum.

    Kesatuan sekerja kilang tersebut mendakwa Hyundai mahu memperkenalkan lebih banyak robot automasi dan menghasilkan lebih banyak komponen yang dipasang oleh pembekal yang akan mengurangkan tenaga kerja. Manakala Hyundai sendiri mendakwa kesatuan itu membuat pelbagai “permintaan yang tidak releven” termasuk meminta untuk menambah jumlah tingkap pada kilang berkenaan.

    Produksi SUV Hyundai Kona terhenti setelah kesatuan sekerja kilangnya di Korea Selatan lancarkan mogok

    Oleh itu, Hyundai mengambil keputusan sendiri untuk memulakan barisan produksi baharu bagi menghasilkan Kona minggu lalu tanpa mengambil kira perbincangan bersama kesatuan pekerja kilang berkenaan. Menurut ketua kesatuan Ha Boo-young, langkah tersebut tidak boleh diterima kesatuannya dan mereka bakal melancarkan serangan yang lebih teruk.

    Dengan produksi yang telah terhenti selama dua hari, Hyundai mendakwa mereka kekurangan sebanyak 1,230 unit Kona yang sepatutnya telah siap untuk dipasarkan. Kona dijangka akan didedahkan di Amerika pada Los Angeles Auto Show minggu hadapan dan dijangka untuk dijual pada pasaran tersebut bermula 2018. Hyundai Kona juga kini terbukti sebagai model yang popular di Korea sendiri dan juga di Eropah.

    Presiden Hyundai Motor Yoop Kap-han berkata, beliau kesal dengan apa yang dilakukan oleh kesatuan sekerja tersebut yang menyebabkan produksi model dengan permintaan tinggi terganggu ketika kesemua kilangnya “terjejas kerana jualan yang lembab.”

    Jumlah jualan global Hyundai jatuh 6 peratus dari Januari hingga September jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu, kerana kekurangan model crossover dan SUV pada pasaran Amerika Syarikat serta barisan diplomatik antara Seoul dan Beijing yang kini menjejaskan pasaran di China.

    GALERI: Hyundai Kona

     
     
  • SPYSHOT: Subaru XV 2018 dikesan lagi, dua varian

    SPYSHOT: Subaru XV 2018 dikesan lagi, dua varian

    Subaru XV 2018 sekali lagi menjadi tangkapan lensa, kali ini oleh pembaca Jeang Herng yang dirakam berhampiran dengan stesen LRT Asia Jaya, Petaling Jaya. Crossover berasaskan Impreza ini telah dikesan dengan dua varian iaitu spesifikasi tertinggi 2.0i-P dalam warna Sunshine Orange dan model asas 2.0i berwarna Crystal Black.

    Daripada luaran, model spesifikasi tertinggi ini dilengkapi dengan lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang LED berbentuk-C (2.0i masih mengekalkan reflektor halogen), kekemasan garisan cermin krom dan rel bumbung berwarna perak. Ia memberikan perbezaan antara kedua-dua varian, dan turut dilengkapi dengan lampu kabus hadapan, pemegang pintu berwarna perak dan roda aloi dua-tona 17-inci (bukan 18-inci seperti mana pasaran lain).

    Lain-lain elemen dijangka hampir sama dengan model 2.0i dan 2.0i-S spesifikasi Taiwan, namun bukan roda besar seperti pada 2.0i-S. Di sana, 2.0i menerima unit utama skrin sesentuh 6.5-inci, akses kod PIN, tempat duduk hadapan manual dan kamera pandangan belakang, sementara 2.0i-S pula dengan elemen tambahan termasuk skrin sesentuh 8.0-inci, pendingin hawa dwi-zon, paparan pelbagai-info, kawalan kelajuan, tempat duduk pemandu dengan larasan berkuasa, papan pemuka balutan kulit dan bumbung matahari.

    SPYSHOT: Subaru XV 2018 dikesan lagi, dua varian

    Bagi aspek keselamatan, model Taiwan menerima tujuh beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk belakang, sementara 2.0i-S menerima elemen tambahan kepekaan lintasan-trafik belakang, pengesan titik buta, bantuan lampu tinggi, dan bantuan tukar lorong.

    Kuasanya dihamburkan dari enjin FB20 2.0 liter N/A empat-silinder yang disemak semula, kini bersama suntikan terus. Di Taiwan, penjana kuasa ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 156 PS pada 6,000 rpm dan tork 196 Nm pada 4,000 rpm (lebih 6 PS berbanding sebelum ini), yang disalurkan ke Lineartronic CVT ke sistem Symmetrical All-Wheel Drive ciptaan Subaru.

    Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Motor Image iaitu pengedar tempatan Subaru di Malaysia, bakal melancarkan XV 2018 untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat ini. Rasa tak sabar? Relaks. Nanti kami akan bawakan perkembangan selanjut mengenainya.

     
     
  • Jalan Pintas Rawang telah mula dibuka pada lalu lintas

    Jalan Pintas Rawang telah mula dibuka pada lalu lintas

    Jalan Pintas Rawang daerah Gombak (Rawang Bypass) sepanjang 9 kilometer telah pun mula dibuka kepada lalu lintas mulai 6 pagi hari ini. Dengan kos pembinaan berjumlah RM628 juta yang menggunakan teknologi dari Eropah, projek yang siap sepenuhnya pada 21 November lalu ini, berketinggian 58.2 meter dari aras tanah dan merupakan struktur jalan yang tertinggi di Malaysia.

    Majlis perasmiannya juga telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Haji Fadillah Yusof dengan diiring Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha yang turut berlangsung pagi semalam.

    Pembinaan Projek Jalan Pintas Rawang ini telah bermula pada 16 Julai 2005 secara berperingkat dan melibatkan pembinaan jalan pintas jajaran baru dua lorong dua hala sepanjang 9 km serta kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan FT001 sepanjang 12.5 km.

    Demi pemeliharaan rezab Hutan Kanching yang juga merupakan Taman Warisan Negeri Selangor, jajaran asal ini telah dikaji semula pada tahun 2006 dan diteruskan dengan pembinaan struktur bertingkat (elevated structure) sepanjang 2.7 km bagi mengurangkan penerokaan hutan. Bukan itu sahaja, biar pun merentasi kawasan hutan terpelihara di bawahnya, pembinaan projek ini dikatakan tidak mengancam spesis pokok unik iaitu ‘Giam Kanching’ yang hanya terdapat di kawasan tersebut.

    Konsep rekabentuk projek ini adalah mengunakan Movable Scaffolding System (MSS) atau sistem perancah bergerak yang mana pertama kalinya dilaksanakan di Malaysia. Kaedah ini dapat mempercepatkan pembinaan tanpa menjejaskan alam sekitar. Di samping itu, penggunaan tiang berkembar (double column piers) dengan rasuk pengikat (tie-beam) dipilih bagi mengurangkan saiz tetopi cerucuk dan impak kepada kawasan hutan.

    Projek ini juga menggunakan kaedah penanaman cerucuk secara hand Dug Caisson Pile iaitu pengorekan lubang cerucuk menggunakan tenaga manusia bagi mengelakkan pencemaran bunyi serta meminimumkan kesan negatif kepada flora dan fauna di sepanjang jajaran.

    Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata, pembukaan Jalan Pintas Rawang ini mampu mengatasi kesesakan lalulintas yang sering berlaku di Jalan Persekutuan 1 (arah ke Bandar Rawang) dan di Bandar Rawang. Bahkan ia juga boleh memendekkan masa perjalanan dari Utara ke Kuala Lumpur pada waktu puncak daripada dua jam kepada 30 minit, selain meningkatkan pertumbuhan pembangunan di Rawang, Serendah, Batang Kali sehingga Tanjung Malim.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
BUDI 95 RM1.99
RON 95 RM3.47 (-0.25)
RON 97 RM4.10 (-0.25)
RON 100 RM6.45
VPR RM7.68
DIESEL
EURO 5 B10 RM4.07 (-0.30)
EURO 5 B7 RM4.27 (-0.30)
Last Updated Jun 25, 2026