Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Harga bahan api 1-7 Apr 2021 – RON 97 naik lagi!

    Harga bahan api 1-7 Apr 2021 – RON 97 naik lagi!

    Kementerian Kewangan telah mengumumkan harga bahan api untuk minggu pertama April 2021 iaitu dari 1 hingga 7 April, menyaksikan harga untuk petrol RON 97 naik lagi.

    Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual dengan harga RM2.52 seliter berbanding RM2.50 seliter pada minggu sebelumnya. Bagi petrol RON 95, ia sudah mencapai harga siling yang ditetapkan kerajaan dan kekal dijual pada harga RM2.05 seliter.

    Begitu juga harga bahan api diesel, gred Euro 2M masih dijual pada harga RM2.15 seliter, manakala diesel Euro 5 yang sememangnya dijual 10 sen seliter lebih mahal kekal pada harga RM2.25 seliter.

     
     
  • Mercedes-AMG E Performance PHEV diperincikan – enjin V8 C63 akan diganti dengan 4 silinder sebaris

    Mercedes-AMG E Performance PHEV diperincikan – enjin V8 C63 akan diganti dengan 4 silinder sebaris

    Sebelum ini sudah disahkan bahawa model generasi baharu Mercedes-AMG C64 tidak lagi akan dijana oleh enjin V8, tetapi akan digantikan dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter dan dibantu dengan sistem elektrifikasi. Bagaimana mereka akan melakukannya? Ini dia strategi Mercedes-AMG E-Performance sudahpun didedahkan bagi memperincikan rangkaian kuasa hibrid yang akan digunakan mereka pada masa akan datang.

    Strategi ini bukan hanya mendedahkan unit rangkaian kuasa untuk AMG C63, malah untuk model lain termasuk model GT Coupe empat-pintu plug-in hybrid dan juga hypercar Project One yang menggunakan terus enjin dan sistem hibrid dari jentera F1 sebenar mereka.

    Sistem rangkaian kuasa plug-in hybrid modular baharu ini lahir dari kepakaran Mercedes-AMG High Performance Powertrains (HPP) dan juga Mercedes-AMG Petronas F1 Team. Ia menggabungkan enjin lapan- dan empat silinder dengan motor elektrik segerak kekal, bateri lithium-ion dan juga sistem pacuan semua roda bervariasi AMG Performance 4Matic+.

    Komponen penting untuk rangkaian kuasa PHEV baharu ini adalah bateri sistem hibrid tersebut yang digelar sebagai AMG High Performance Battery (HPB), yang akan muncul buat pertama kali dalam varian HPB80. Bateri ini dihasilkan seberat 89 kg, terdiri dari 560 sel bulat yang memberikan kapasiti tenaga 6.1 kWj, mencapai ketumpatan kuasa 1.7 kW/kg.

    Mercedes-AMG E Performance PHEV diperincikan – enjin V8 C63 akan diganti dengan 4 silinder sebaris

    Sistem PHEV berkenaan beroperasi dengan sistem elektrikal 400-volt, dan bateri HPB08 tersebut mampu membekalkan kuasa 70 kW secara berterusan atau kuasa puncak 150 kW untuk 10 saat. Ia mampu bertahan kerana inovasi bagi memastikan bateri berkenaan sentiasa konsisten dalam suhu bekerja 45 darjah selsius.

    Bagi mencapainya, modul-modul penyejukan dengan ketebalan hanya 1 milimiter digunakan, dalam masa yang sama sebuah pam elektrik ditugaskan unuk menghantar sekitar 14 liter cecair penyejuk yang tidak mengalirkan kuasa elektrik ke seluruh bateri, bersama penukar haba minyak/air untuk menyisihkan haba. Hasilnya, bateri tersebut mampu memberikan prestasi yang boleh dijangka, walaupun ketika kereta dibelasah laju di dalam litar menggunakan mod Hybrid.

    Sistem PHEV ini juga boleh dicaj semula menerusi wallbox yang disediakan menggunakan pengecaj AC onboard 3.7 kW, namun Mercedes-AMG masih belum mengumumkan tempoh mengecaj yang diperlukan bagi mendapatkan satu caj penuh.

    Bateri HPB berkenaan membekalkan kuasa kepada motor elektrik yang diletakkan pada gandar belakang, yang bersepadu dengan transmisi dua-kelajuan bina-dalam yang beroperasi secara elektrik dan juga differntial lock yang dikawal secara elektronik dalam satu Electric Drive Unit (EDU) kompak. Mercedes-AMG merujuk konfigurasi ini sebagai hibrid P3.

    Mercedes-AMG E Performance PHEV diperincikan – enjin V8 C63 akan diganti dengan 4 silinder sebaris

    Bergantung kepada siri model, motor elektrik berkenaan mampu untuk menghasilkan kuasa sehingga 204 PS (201 hp/150 kW) dan tork maksima 320 Nm. Ia turut boleh memutarkan terus roda belakang tanpa ada hubungan dengan kotak gear automatik AMG Speedshift MCT-9G. Malah, jika bahagian belakang kekurangan cengkaman, kuasa dari motor berkenaan turut boleh dihantar ke hadapan.

    Ia boleh dibuat menerusi hubungan mekanikal kepada sistem AWD dengan syaf kardan dan juga drive shaft pada roda hadapan. Dalam mod Electric, iaitu salah satu mod pemanduan dalam sistem AMG Dynamic Select, kereta berkenaan boleh dipandu sehingga 130 km/j tanpa enjin petrol dihidupkan langsung.

    Mod pemanduan lain dari sistem tersebut termasuk Comfort, Sport, Sport+ dan Race, dengan setiap mod meningkatkan prestasi kuasa dari motor elektrik. Mod Individual masih ditawarkan bagi membolehkan pemandu memilih sendiri tetapan unik yang sesuai dengan mereka.

    Sistem AMG Dynamics juga masih ditawarkan bagi memberikan tetapan karekter kawalan kenderaan dengan mod seperti Basic, Advanced, Pro dan Master bagi menentukan tahap operasi ESP, differential belakang dan juga sistem pacuan semua roda.

    Mercedes-AMG E Performance PHEV diperincikan – enjin V8 C63 akan diganti dengan 4 silinder sebaris

    Sistem pemulihan tenaga merupakan satu lagi aspek penting untuk rangkaian kuasa PHEV ini, dengan empat tahap yang boleh dipilih. Pertama adalah level 0, menawarkan jumlah pemulihan tenaga yang paling kurang, manakala tahap seterusnya – Level 1, Level 2 dan Level 3 – akan meningkatkan pemulihan tenaga yang progresif sehingga maksimum 90 kW. Tahap tertinggi berkenaan akan memberikan kesan seakan memandu kereta elektrik sepenuhnya yang beroperasi secara satu pedal.

    Manakala untuk enjin petrol, Mercedes-AMG belum memperincikan secara teliti berkenaan enjin lapan-silinder, tetapi kali ini lebih menonjolkan perihal enjin 2.0 liter empat silinder yang ditawarkan. Kedua-dua jenis enjin tersebut dipadankan dengan motor starter alternator dipacu dengan tali sawat, yang bukan sahaja berfungsi sebagai motor penghidup enjin, malah turut boleh membekalkan kuasa tambahan 14 PS(13 hp/10 kW) serta membantu mengoperasikan berberapa sistem seperti pendingin hawa dan juga lampu.

    Secara asasnya, enjin empat-silinder ini adalah pembangunan dari enjin M139 yang kini digunakan pada model generasi baharu Mercedes-AMG A 45, CLA 45 dan GLA 45. Apa yang berbeza, enjin ini akan dipasang tegak kebelakang, serta dipadankan dengan pengecas turbo gas ekzos elektrik yang dihasilkan dari MGU-H (Motor Generator Unit Heat) digunakan pada Project One.

    Mercedes-AMG E Performance PHEV diperincikan – enjin V8 C63 akan diganti dengan 4 silinder sebaris

    Pengecas turbo baharu tersebut menampilkan roda pemampat berputar terlebih dahulu sebelum didesak gas ekzos bagi memberikan respon lebih pantas tidak kira pada tahap rpm apa sekalipun. Pengecas turbo berkenaan menerima bekalan kuasa dari sistem elektrik 400-volt, bagi memutarkan motor elektrik yang hanya setebal 4 cm terletak pada syaf antara roda pemampat dan roda turbin.

    Hasilnya, enjin 2.0 liter berkenaan sahaja mampu menghasilkan 449 PS (443 hp atau 330 kW) tanpa bantuan dari motor-motor elektrik lain. Menurut AMG, secara keseluruhan rangkaian kuasa 2.0 liter turbo dan sistem PHEV berkenaan mampu menghasilkan kuasa lebih besar dari enjin V8 C63 sebelum ini. Walau bagaimanapun, bila model berkenaan akan muncul masih belum diberitahu.

    Mercedes-AMG menyatakan bahawa dalam konfigurasi AMG Performance Hybrid paling ekstrem iaitu dengan enjin V8 dan motor elektrik, ia mampu menghasilkan kuasa lebih dari 816 PS (805 hp atau 600 kW) dan tork maksima 1,000 Nm, serta pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa kurang tiga saat.

    Angka yang dinyatakan tersebut nampaknya sama seperti angka model GT Concept yang diumumkan awal bulan ini – ia adalah prebiu kepada model AMG GT 73 yang akan muncul selepas ini.

     
     
  • Aprilia RS660 tiba di Malaysia – 100 hp, 67 Nm, RM60k

    Aprilia RS660 tiba di Malaysia – 100 hp, 67 Nm, RM60k

    Sportsbike kelas pertengahan baru keluaran Aprilia, iaitu RS660 pertama kali didedahkan kepada dunia pada penghujung tahun 2019, dan memasuki tahun 2020, ia mula dijual di Eropah. Kini, model yang dikuasakan oleh enjin dua silinder selari DOHC 660 cc tersebut sudah tiba di Malaysia dengan harga jualan RM59,900 tidak termasuk insurans.

    Bersama padanan kotak gear enam kelajuan, RS660 dapat menghasilkan kuasa 100 hp pada 10,500 rpm dan 67 Nm tork pada 8,500 rpm. Menyokong lagi pemacu ini, penunggang disediakan dengan lima mod tunggangan, Cornering ABS, Aprilia Cruise Control serta Aprilia Quick Shift.

    Model ini juga datang dengan pelbagai lagi sistem elektronik secara standard, termasuk Aprilia Traction Control, Aprilia Wheelie Control, Aprilia Engine Brake serta Aprilia Engine Map. Sistem ini mendapat input daripada Inertia Management Unit (IMU) 6 axis dan melaras tindak balas setiap sistem mengikut keperluan.

    Panel instrumen motosikal ini menggunakan unit digital TFT yang selain memaparkan informasi penting motosikal, juga boleh disambung dengan aplikasi telefon bimbit Aprilia MIA (pilihan tambahan) untuk fungsi seperti menjawab/membuat panggilan, mengawal muzik dan navigasi.

    Kelengkapan lain yang terdapat pada RS660 adalah termasuk fork Kayaba 41 mm boleh laras sepenuhnya, monoshock dengan pelarasan pra beban dan lantunan, cakera berkembar 320 mm berserta angkup Brembo empat piston di hadapan, cakera 220 mm dengan angkup Brembo dua piston di belakang, rim 17 inci dengan tayar 120/70 dan 180/55, tangki bahan api 15 liter, berat keseluruhan 183 kg dan tinggi tempat duduk 820 mm.

    Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar rasmi motosikal Aprilia di Malaysia menyediakan dua warna untuk RS660 ini, iaitu Lava Red dan Apex Black, dan ia didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km.

     
     
  • MyKar – misi hasilkan kereta elektrik buatan M’sia bawah RM50k dengan penyelidikan EV Innovations

    MyKar – misi hasilkan kereta elektrik buatan M’sia bawah RM50k dengan penyelidikan EV Innovations

    Kereta elektrik sepenuhnya MyKar yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, EV Innovations telah didedahkan dua tahun lalu, dan semalam syarikat berkenaan telah maju setapak lagi dengan menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii) berkenaan proses homolagasi bagi membolehkan projek tersebut bersedia untuk pengilangan.

    EV Innovation yang juga subsidiari dari syarikat penyedia teknologi informasi dan komunikasi tempatan System Consultancy Services (SCS) juga telah menandatangani MoA bersama Ingress Corporation untuk melihat peluang bagi mengilangkan komponen. Majlis tandatangan berkenaan telah dibuat di Litar Antarabangsa Sepang, yang turut sekali lagi mendedahkan prototaip MyKar tersebut kepada pihak media.

    Walaupun ia sebuah prototaip yang berfungsi, MyKar masih lagi jauh dari bentuk produksi sebenar. Ia masih kelihatan hampir sama dengan rupa yang didedahkan buat pertama kali di Kuala Lumpur Engineering Science Fair pada November 2019 dan prebiu di Putrajaya Airstrip September tahun lalu.

    MyKar – misi hasilkan kereta elektrik buatan M’sia bawah RM50k dengan penyelidikan EV Innovations

    Asas prototaip ini merupakan casis ladder frame/tubular yang dihasilkan sendiri oleh EV Innovation, manakala badan komposit gentian kacanya dibuat oleh DK Composites. Rekaan luaran prototaip MyKar ini kelihatan seperti Honda Jazz GE kerana ia menggunakan pintu dan juga suspensi yang diambil dari model berkenaan. Penampilan terbaharu ini menyaksikan ia diberikan jalur LED baharu bersama lencana MyKar yang besar di belakang.

    Ketika prebiu tahun lalu, MyKar dipadankan dengan pek bateri berkapasiti 10 kW yang dihasilkan dari 32 sel lithium-ion fosfat (LiFePO4) China Aviation Lithium Battery (CALB), yang menawarkan jarak gerak sekitar 150 km dan tempoh mengecaj sekitar tiga jam.

    Menerusi penampilan terbaharu semalam, prototaip ini sudah pun diberikan bateri 28.7 kWj, membolehkan ia bergerak sejauh 300 km dengan sekali caj. Tempoh mengecaj pula menjadi lebih lama dengan bateri baharu ini tetapi tidak jauh berbeza – 4.3 jam diperlukan dengan kadar 6.6 kW. Bateri dengan kapasiti lebih besar ini juga telah meningkatkan beratnya dari hanya 900 kg sebelum ini kepada 1,016 kg.

    MyKar – misi hasilkan kereta elektrik buatan M’sia bawah RM50k dengan penyelidikan EV Innovations

    Kuasa yang dihasilkan pada motor elektrik masih lagi sama iaitu 24 kW (32 hp) dan tork maksima 30 kg/m (295 Nm), namun dua motor 12 kW pada hab roda belakang telah pun diusik semula dari segi prestasinya. Sebelum ini dengan motor 10 kW ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 16.7 saat dan kelajuan maksima 104 km/j. Dengan talaan baharu ini, kelajuan maksima naik sehingga 140 km/j tetapi pecutan 0-100 km/j menjadi lebih lambat dengan masa 18 saat.

    Sistem kamera sisi, dua skrin LCD dalam kabin dan juga panel solar di atas bumbung untuk mengecaj bateri sistem AC berasingan masih lagi ada, namun ada berberapa perubahan dilihat pada bahagian dalaman. Skrin tengah diberikan unit baharu yang lebih kecil, tetapi ia kini menampilkan kebolehan telemetri jarak jauh menerusi sistem komunikasi onboard baharu (sebab itu terdapat dua antena baharu di belakang).

    MyKar masih lagi tampil sebagai sebuah konsep kereta elektrik sepenuhnya yang boleh dihasilkan oleh syarikat tempatan dengan harga jualan di bawah RM50,000, namun EV Innovation menegaskan bahawa teknologi yang mereka hasilkan ini bukan untuk mereka sendiri gunakan bagi membangunkan sendiri versi produksi sebenar.

    Dalam majlis yang berlangsung semalan, pengerusi eksekutif SCS Datuk Kalilur Rahman Ebrahim mengulang apa yang telah diucapkan pada September lalu bahawa EV Innovation tidak berminat untuk membangunkan MyKar secara komersil tetapi membuat penyelidikan dan pembangunan sistem EV dan menggunakan kereta ini sebagai asas ujian bagi menunjukkan kebolehan teknologi berkenaan.

    “SCS tak berminat untuk menjual kereta. Kami tiada jenama untuk tujuan itu, dan ia tidak akan digelar MyKar. Kami menjual teknologi kepada mereka yang berminat untuk membuat EV,” katanya. SCS berharap untuk menarik minat rakan kerjasama institusi atau pelabur runcit persendirian yang mahukan teknologi elektrifikasi.

    Beliau turut menambah bahawa projek sebegini memerlukan penglibatan banyak pihak berkepentingan, seperti mereka yang membuat komponen dan sistem pengurusan bateri (BMS), dan aspek ini turut perlu dititik beratkan. Sehingga tahap ini, syarikat berkenaan akan bekerjasama dengan MARii bukan setakat aspek homologasi untuk EV, tetapi turut mengambilkira pembangunan teknologi berkaitan seperti BMS, protokol komunikasi kenderaan dan teknologi pengecaj tanpa wayar untuk EV.

    Dalam majlis semalam, EV Innovation turut mempamerkan sebuah Proton Arena yang telah dijana oleh kuasa elektrik sepenuhnya. Projek berkenaan memperlihatkan enjin 4G15 asal Arena tersebut bersama komponen kotak gear telah digantikan dengan unit rangkaian kuasa elektrik.

    Menurut syarikat tersebut lagi, projek tersebut bukan sahaja menunjukkan tidak mustahil untuk merubah sebuah kereta konvensional kepada kereta elektrik (masih lagi belum dibenarkan oleh undang-undang buat masa sekarang), malah ia juga menunjukkan bagaimana kuasa elektrik dapat memberikan lebih ekonomikal – dan lebih ringan – sebagai alternatif dalam pengilangan kereta produksi massa.

     
     
  • Kia EV6 didedah – kereta elektrik sepenuhnya dengan jarak gerak 510 km, caj 80% penuh hanya 18 minit

    Kia EV6 didedah – kereta elektrik sepenuhnya dengan jarak gerak 510 km, caj 80% penuh hanya 18 minit

    Dengan pengharaman jualan kereta berkuasa bahan api fosil di Eropah yang akan berkuatkuasa tak sampai sedekad lagi, pengeluar-pengeluar automotif perlu bersiap sedia dari sekarang. Sebagai jenama global yang mempunyai pasaran yang besar di benua berkenaan, jenama dari Korea, Kia kini sudahpun mendedahkan model produksi elektrik sepenuhnya (EV) pertama mereka, digelar sebagai Kia EV6.

    Model ini dihasilkan dari platform yang dibangunkan khas untuk model-model elektrik Kia iaitu Electric-Global Modular Platform (E-GMP). Menurut Kia, platform E-GMP berkenaan mengurangkan kerumitan bagi membangunkan kereta janaan elektrik sepenuhnya menerusi pendekatan modular dan keseragaman, membolehkan pembangunan yang cepat dan fleksibel untuk pelbagai produk lain kelak.

    Kia EV6 tampil dengan tiga varian bermula model asas EV6, EV6 GT-Line dan juga model tertinggi EV6 GT. Untuk saiz, kereta elektrik sepenuhnya ini dihasilkan dengan dimensi panjang 4,680 mm (4,695 mm untuk GT-Line dan GT), jarak roda 2,900 mm, lebar 1,890 mm dan tinggi 1,550 mm (1,545 mm untuk GT). Kapasiti but pula adalah 520 liter, dan bertambah sehingga 1,300 liter jika tempat duduk belakang dilipat.

    Kerana ia tiada enjin pembakaran dalaman, bahagian bonet hadapan juga mempunyai ruang storan. Model dengan sistem pacuan semua roda tampil dengan ruang kargo hadapan dengan kapasiti 20 liter, manakala model 2WD untuk pasaran bukan Amerika Utara pula tampil dengan ruang berkapasiti 53 liter. Bagi model pasaran Amerika Utara, tidak kira versi AWD atau 2WD, ruang berkenaan kekal 20 liter.

    Kia EV6 didedah – kereta elektrik sepenuhnya dengan jarak gerak 510 km, caj 80% penuh hanya 18 minit

    Bagi model EV6 dan EV6 GT-Line, ia ditawarkan dengan pek bateri dalam versi jarak-standard dan jarak jauh, kedua-duanya diberikan pilihan sama ada pacuan dua roda atau semua roda. Manakala untuk model tertinggi EV6 GT, ia hanya ditawarkan dengan pek bateri jarak jauh dan pacuan semua roda.

    Model asas EV dan EV GT-Line dalam varian 2WD, pek bateri jarak standard yang dibekalkan berkapasiti 58 kWj, digandingkan bersama motor elektrik berkuasa 125 kW (168 hp) dan tork maksima 350 Nm yang diletakkan pada gandar belakang. Manakala model AWD pula menerima pek bateri yang sama tetapi diberikan satu lagi motor pada gandar hadapan dan menjana kuasa keseluruhan 173 kW (232 hp) dan tork maksima 605 Nm.

    Model jarak-jauh pula dibekalkan dengan pek bateri 77.4 kWj dan juga motor elektrik tunggal berkuasa 168 kW (225 hp) dan tork maksima 350 Nm bagi versi pacuan roda belakang. Model AWD untuk versi jarak jauh ini pula menerima dua motor elektrik menghasilkan kuasa keseluruhan 239 kW (320 hp) dan tork maksima 605 Nm.

    Manakala model EV6 GT pula, ia dibekalkan dengan bateri 77.4 kWj, bersama motor elektrik yang diletakkan di gandar hadapan dan belakang, menghasilkan kuasa keseluruhan 430 kW (577 hp) dan tork maksima 740 Nm.

    Kia EV6 didedah – kereta elektrik sepenuhnya dengan jarak gerak 510 km, caj 80% penuh hanya 18 minit

    Untuk jarak gerak pula, model asas EV6 2WD yang dibekalkan dengan bateri jarak-jauh berupaya untuk bergerak sejauh 510 km dengan satu caj penuh berdasarkan kitaran WLTP, menurut Kia. Manakala untuk prestasi, model asas EV6 dengan AWD dan bateri 58 kWj berupaya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat, sementara bagi model dengan bateri 77.4 kWj pula membuat pecutan sama dalam masa 5.2 saat.

    Model tertinggi EV6 GT menampilkan prestasi yang jauh lebih menakjubkan. Ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.5 saat, dan mencapai kelajuan maksima 260 km/j. Kia menyatakan bahawa dengan kapasiti bateri berada pada paras lebih dari 35%, EV6 mempunyai kemampuan menunda sehingga 1,600 kg.

    Dengan menggunakan sistem elektrikal 800-volt, EV6 mampu dicaj semula dengan kaedah ultra-laju tanpa penggunaan penyambung atau komponen tambahan. Menyatakan bahawa model jarak-jauh 2WD dengan bateri 77.4 kWj boleh dicaj dari 10% kepada 80% dalam masa hanya 18 minit, atau jarak sejauh 100 km dapat ditambah dengan caj tak sampai empat minit setengah.

    Kia juga mendakwa bahawa unit kawalan pegecaj bersepadu (ICCU) pada EV6 ini membolehkan ia memberi fungsi kenderaan kepada beban (V2L), yang boleh membekalkan tenaga elektrik 3.6 kW dengan jumlah sama seperti menghidupkan TV 55-inci dan pendingin hawa lebih dari 24 jam, atau mengecaj semula kereta elektrik lain jika diperlukan.

    Kia EV6 didedah – kereta elektrik sepenuhnya dengan jarak gerak 510 km, caj 80% penuh hanya 18 minit

    Kia EV6 diberikan pedal di belakang roda stereng yang nampak seperti pedal penukar gear pada kereta janaan enjin pembakaran dalaman yang mempunyai kotak gear. Namun pedal tersebut sebenarnya untuk digunakan pemandu bagi memilih enam tahap pemulihan tenaga termasuk mod automatik dan i-Pedal.

    Mod i-Pedal tersebut adalah mod pemanduan menggunakan hanya satu pedal – tekan pedal pendikit untuk bergerak, dan lepas untuk brek regenerative tanpa memerlukan pedal brek untuk perlahan atau berhenti.

    Paparan digital pada kabin EV6 ini menampilkan dua skrin bersaiz 12-inci untuk panel instrumen digital pemandu dan skirn infotainmen, yang direka melengkung dan menggunakan teknologi termaju bagi mengurangkan silau. Kedua-dua skrin berkenaan dihubungkan dengan hanya satu panel kaca yang diperkuat.

    Manakala untuk paparan head-up, imej visual secara realiti terimbuh (VR) dipancarkan terus di cermin hadapan bagi memudahkan pemandu menerima maklumat seperti sistem bantuan pemanduan, kelajuan, serta arahan dari sistem navigasi.

    Kia EV6 didedah – kereta elektrik sepenuhnya dengan jarak gerak 510 km, caj 80% penuh hanya 18 minit

    Model ini juga menerima sistem Kia Connect (sebelum ini dikenali sebagai Uvo), menawarkan servis kereta terhubung masa sebenar dan kemaskini perincian secara over-the-air (OTA), mampu untuk mencari lokasi dan memberi informasi harga tempat mengecaj EV, memberikan status caj, merancang jadual mengecaj dan radius jarak pergerakan berdasarkan tahap caj sedia ada.

    Kia EV6 ini juga menerima sistem bunyi surround dari Meridian dengan 14-pembesar suara, termasuk rekaan bunyi aktif yang didakwa oleh Kia mampu “memberikan pemandu tindak balas boleh dengar” untuk kelajuan semasa kereta, dan ia boleh dikawal menerusi antaramuka pengguna.

    Bagi sistem bantuan pemanduan keselamatan pula, EV6 menerima sistem Highway Driving Assist 2 (HDA 2), iaitu gabungan sistem cruise control adaptif, bersama bantuan kekal lorong yang turut boleh berfungsi pada selekoh di lebuh raya. HDA2 ini juga mampu untuk menjaga jarak antara kenderaan bersebelahan bagi mengelakkan sebarang pelanggaran. Ia juga boleh mengubah lorong dengan pemandu hanya perlu mengaktifkan lampu isyarat membelok.

    Kia EV6 didedah – kereta elektrik sepenuhnya dengan jarak gerak 510 km, caj 80% penuh hanya 18 minit

    Ketika parkir, pemandu juga boleh menggunakan sistem remote smart parking assist (RSPA) yang membolehkan EV6 ini dikawal dari luar untuk masuk ke petak parkir. Ia juga diberikan sistem Safe Exit Assist (SEA) yang memberikan amaran kepada pemandu dan penumpang sekiranya ada kenderaan lain yang menghampiri ketika mereka mahu keluar dari kabin.

    Kia EV6 ini diproduksi di Korea Selatan, dan bakal dijual pada pasaran global terpilih bermula separa kedua tahun ini. Kia mengumumkan bahawa pelanggan pada pasaran terpilih berkenaan sudah pun boleh membuat tempahan atas talian mereka bagi memilik EV ini.

    Jenama berkenaan turut menyebut EV6 hanyalah permulaan kerana selepas ini sejumlah 11 model elektrik sepenuhnya akan dilancarkan sehingga 2026 nanti – tujuh daripadanya adalah model baharu yang menggunakan platform E-GMP, manakala empat model lain dibangunkan dari model-model sedia ada.

     
     
  • Tiga Ford dalam koleksi Ken Block bakal dilelong

    Tiga Ford dalam koleksi Ken Block bakal dilelong

    Selepas mengumumkan perpisahan dengan Ford Januari lalu, bintang Youtube, Ken Block dan Hoonigan Racing bakal melelong tiga jentera lumba dari jenama Blue Oval berkenaan yang ada dalam simpanan mereka. Lelongan tersebut bakal dijalankan oleh LBI Limited.

    Tiga buah kereta berkenaan adalah Ford Fiesta ST “GYM3”, Ford Fiesta “RX43” dan juga Ford RS200 yang telah menerima ubahsuai ekstensif – ketiga-tiga jentera tersebut telah menghimpunkan sejumlah 200-juta tontonan di Youtube sejak 2010. Kesemua kereta berkenaan kini berada di bilik pameran LBI Limited yang terletak di Michigan.

    Ford Fiesta ST 2011 “GYM3” adalah kereta pertama dalam kolobrasi Block dan Ford. Ia dihasilkan bagi membintangi video Gymkhana Three pada 2010, dan sehingga kini ia telah menerima lebih dari 66-juta tontonan. Jentera berkenaan diberikan kit badan lebih lebar, enjin berkuasa lebih dari 600 hp serta sistem pacuan semua roda.

    Manakala untuk Ford Fiesta ST 2013 “RX43” pula, ia muncul dalam video Gymkhana SIX (2013), Gymkhana EIGHT (2016), dan Terrakhana (2017). Selain dari beraksi dalam video, ini juga merupakan jentera yang Ken Block gunakan untuk berlumba dan juga mencapai kemenangan pertama dalam Global Rallycross.

    Manakala untuk Ford RS200 1986 pula, seperti yang ramai tahu ia adalah jentera yang Ford hasilkan untuk homologasi jentera rali Group B mereka, dan hanya diproduksi sebanyak 200 unit. Menurut Ken Block, RS200 ini merupakan jentera rali impiannya sejak kecil, dan unit miliknya tersebut telah pun diubahsuai bagi menghasilkan lebih dari 700 hp.

     
     
  • Pembatalan projek HSR: Malaysia kena bayar pampasan lebih RM300 juta kepada Singapura

    Pembatalan projek HSR: Malaysia kena bayar pampasan lebih RM300 juta kepada Singapura

    Pada awal Januari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong telah mengumumkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dibatalkan. Keputusan ini terpaksa diambil apabila kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu berakhir pada 31 Disember lalu.

    Susulan pembatalan tersebut, Malaysia perlu membayar sebanyak RM320,270,519.24 kepada Singapura sebagai pampasan, laporan Berita Harian.

    Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung dalam satu kenyataan bersama, jumlah pampasan itu dipersetujui kedua-dua negara.

    “Bayaran S$102,815,576.00 (RM320,270,519.24) sudah dibuat Kerajaan Malaysia sebagai pampasan terhadap kos ditanggung Kerajaan Singapura dalam pembangunan projek HSR dan berkaitan penangguhan projek berkenaan.

    “Kedua-dua negara mencapai persetujuan berhubung jumlah terbabit susulan proses pengesahan oleh Kerajaan Malaysia. Jumlah ini penyelesaian penuh dan terakhir berkaitan penamatan perjanjian dua hala,” menurut kenyataan itu.

    Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua negara kekal komited menjaga hubungan baik dan kerjasama erat demi kepentingan bersama.

    Sebelum ini, Ye Kung berkata, jumlah pampasan pembatalan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura akan merangkumi pelbagai kos, tetapi tidak membabitkan kos pembelian tanah. Tambahnya, Singapura sudah membelanjakan S$270 juta setakat ini membabitkan projek berkenaan iaitu merangkumi perkhidmatan konsultan, reka bentuk infrastruktur dan tenaga buruh.

    Bagaimanapun, Mustapa pula berkata, kerajaan yakin kos pampasan perlu dibayar berhubung pembatalan projek terbabit jauh lebih rendah berbanding jumlah dinyatakan Ye Kung.

     
     
  • MAA berkata laporan jualan kini disokong angka pendaftaran JPJ – Mercedes kembali dalam senarai?

    MAA berkata laporan jualan kini disokong angka pendaftaran JPJ – Mercedes kembali dalam senarai?

    Seperti yang dipaparkan dalam data penjualan kenderaan mengikut jenama yang diumumkan pada setiap bulan, sebenarnya ia memberikan indikator yang baik untuk menunjukkan perkembangan bagi setiap pemain industri automotif tempatan. Oleh itu, jika ada syarikat yang berhenti melaporkan kepada persatuan, ia membuatkan orang ramai mula tertanya-tanya status jualan yang dicatatkan.

    Inilah yang terjadi dalam segmen premium, di mana pada tahun lalu menyaksikan berakhirnya pemantauan bulanan antara dua pesaing iaitu BMW dan Mercedes-Benz. Di mana BMW Malaysia berkata pihaknya telah bertukar ke sistem laporan sukuan bagi angka jualan untuk BMW dan MINI, walau bagaimana pun syarikat ini tetap menghantar laporan penuh untuk jualan tahunan kepada Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

    Sementara itu, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah membuat keputusan untuk berhenti melaporkan angka jualan serta merta, jadi tiada laporan yang dikeluarkan dari syarikat tersebut untuk tahun 2020. Keputusan ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya, jenama mana yang mendahului segmen, sedangkan sebelum ini Mercedes-Benz berada di kedudukan tersebut dari tahun 2015-2019.

    Pada Ogos lalu, kami bertanya kepada MBM mengapa mengambil keputusan untuk mendedahkan angka jualan, dan syarikat tersebut berkata ia disebabkan pihaknya mahu melihat laporan angka yang lebih tepat berbanding sekarang. Di mana angka yang dikeluarkan oleh MAA dilaporkan secara terus dari pihak pengeluar.

    MAA berkata laporan jualan kini disokong angka pendaftaran JPJ – Mercedes kembali dalam senarai?

    MBM turut berkata, ia mungkin tidak senada dengan angka sebenar mengikut pendaftaran kenderaan yang direkodkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang dilihat lebih bertepatan.

    “Walau pun laporan proaktif mengenai angka jualan oleh jenama kepada MAA adalah pilihan yang mudah, namun kami percaya cara yang lebih tepat untuk menilai jumlah industri (TIV) adalah berdasarkan jumlah kenderaan yang didaftarkan di bawah JPJ. Kami telah berkongsi pandangan ini dengan MAA dan berasa lebih berkeyakinan jika angka pendaftaran JPJ digunakan untuk laporan berkaitan TIV,” ujar presiden dan CEO MBM Claus Weidner pada waktu itu.

    Dalam sesi bersama pihak media sempena mesyuarat tahunan yang ke-22 minggu lalu, kami bertanya kepada MAA, apakah perkembangan mengenai perkara ini. Presiden MAA Datuk Aishah Ahmad berkata terdapat beberapa perubahan mengenai proses laporan untuk memastikan ketepatan angkanya.

    MAA berkata laporan jualan kini disokong angka pendaftaran JPJ – Mercedes kembali dalam senarai?

    “Mercedes-Benz berkata (pada tahun lalu), lebih baik MAA menggunakan angka pendaftaran yang dikeluarkan oleh JPJ untuk melihat jumlah jualan yang lebih tepat, dan mahu kami menyemak angkat tersebut dengan JPJ apakah ia sama seperti yang diberikan oleh ahli kami. Kini, apa yang kami lakukan, semua ahli MAA perlu melaporkan angka jualan mereka kepada kami, dan ia harus disokong dengan angka yang dikeluarkan oleh JPJ,” ujarnya.

    Aishah turut berkata, cara ini telah menghasilkan peningkatan jumlah yang sebenar walau pun perlu menunggu. “Walau pun kami menerima angka daripada JPJ dalam dua atau tiga hari terakhir setiap bulan, ia tidak jauh beza dengan angka yang dilaporkan oleh ahli kami, dan sebenarnya ia lebih tepat,” jelasnya.

    Dengan angka pendaftaran sebenar yang kini digunakan dalam menentukan TIV, ia seharusnya tidak menjadi penyebab untuk MBM tidak kembali melaporkan angka jualan. Menurut Aishah, syarikat terbabit berkata, ia akan berbuat demikian. “Kami telah menyemaknya dengan Mercedes-Benz, dan mereka berkata akan melaporkan (angka jualan) kembali, tetapi tidak berkata bila akan berbuat demikian,” katanya.

     
     
  • Rolls-Royce Ghost 2021 kini di Malaysia – jarak roda standard dari RM1.45 juta, EWB dari RM1.65 juta

    Rolls-Royce Ghost 2021 kini di Malaysia – jarak roda standard dari RM1.45 juta, EWB dari RM1.65 juta

    Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur secara rasminya telah melancarkan Ghost generasi kedua, yang pertama kali diperkenalkan di peringkat global pada September lalu. Sedan mewah serba baharu ini ditawarkan dengan dua versi, bermula model jarak roda standard yang berharga dari RM1.45 juta.

    Jika pelanggan inginkan ruang kaki yang lebih besar, bolehlah memilih model extended-wheelbase (EWB). Harga asas sebelum cukai dan pilihan lain, bermula RM1.65 juta. Harga-harga tersebut lengkap didatangkan dengan waranti empat-tahun/tanpa had perbatuan dengan pilihan tambahan sama ada dua-, tiga- atau lima-tahun bagi pakej pemilikan.

    Kedua-dua versi jarak roda ini dijanakan oleh enjin 6.75 liter turbo-berkembar V12 petrol yang mampu menghamburkan kuasa hingga 571 PS (563 hp) dan tork 850 Nm. Penjana kuasa ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan ZF dan pacuan semua-roda secara standard, membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam catatan masa serendah 4.8 saat.

    Rolls-Royce Ghost 2021 kini di Malaysia – jarak roda standard dari RM1.45 juta, EWB dari RM1.65 juta

    Rekaannya nampak agak minimalis, dengan serlahan gaya yang menonjol pada bahagian hadapan di mana bonnet shutline kini lebih melunjur ke hadapan dan ditampilkan bersama gril Phanteon iluminasi, membolehkan aura Spirit of Ecstasy merentangi segenap ruang.

    Selain itu, garisan karakter tunggal pula telah menekankan kepanjangan kenderaan ini, disertai dengan “waft line” yang lebih rendah sama sperti rekaan bot. Bagi kepanjangannya, model jarak roda standard berukuran 5,545 mm, sementara versi EWB (foto di sini) pula dengan 170 mm lebih panjang iaitu cecah 5,715 mm, membolehkan ia menerima ruang penumpang belakang yang lebih luas.

    Lampu utama segi empat tepat dan lampu belakang sedikit persegi juga menambahkan lagi kelebaran kenderaan ini sebanyak 30 mm, dan larasan pencahayaan hadapan pula ditampilkan dengan teknologi laser dan lampu nyalaang siang (DRL) LED berbentuk-C.

    Ghost baharu ini juga menggunakan platform Architecture of Luxury binaan Roll Royce sendiri yang turut digunakan oleh SUV Cullinan dan juga Phantom. Ia turut diberikan sistem suspensi udara larasan-sendiri, sekaligus membolehkan casis menghasilkan pengendalian yang luar biasa. Di mana wishbone pada bahagian atas hadapan memiliki peredam tersendiri untuk memberikan kestabilan pengendalian yang lebih jitu.

    Rolls-Royce Ghost 2021 kini di Malaysia – jarak roda standard dari RM1.45 juta, EWB dari RM1.65 juta

    Ciri lain yang diberikan termasuklah fungsi Flagbearer yang menggunakan sistem kamera stereo untuk mengimbas jalan di hadapan dan menyediakan suspensi udara untuk menyerap apa juga hentakan. Selain itu, kerangka badan aluminium kimpalan-tangan juga diberikan untuk kesemua sudut casis yang turut berfungsi untuk mengurangkan berat, mengurangkan bunyi bising dan memberikan 40,000 Nm per darjah untuk ketegaran, berbanding jika menggunakan elemen keluli.

    Ghost baharu ini juga menampilkan keunikan “Formula for Serenity” dengan menyaksikan sebanyak lebih 100 kg penebat akustik dipasang pada pintu, bumbung, kaca antara tingkap, di dalam tayar dan juga hampir segenap ruang binaan kenderaan ini sendiri.

    Dedikasi terhadap akustik ini adalah pada tahap yang sangat tinggi sehingga barisan jurutera terpaksa menerapkan kelembutan untuk memastikan kekurangan bunyian mengganggu penumpang di dalam kenderaan ini. Untuk melakukannya, beberapa komponen yang digunakan haruslah disesuaikan dengan frekuensi yang sama, termasuk bingkai tempat duduk, serta turut ditambah beberapa port di bawah lantai but untuk membolehkan frekuensi yang mengganggu diserap keluar.

    Untuk bunyi yang lebih hebat, Ghost menampilkan 18-saluran, 18-pembesar suara, 1,300 wat bagi sistem bunyi, dengan ada pembesar suara yang diletakkan pada Starlight Headliner, yang memaparkan efek bintang, tetapi bertindak seperti pembesar suara yang besar.

    Teknik tersebut juga diaplikasikan pada bahagian papan pemuka, dengan lebih 90,000 butiran ala laser dipancarkan menerusi segenap pemukaan dan juga mempunyai efek bintang yang sama.

    Bagi memberikan elemen kemewahan yang lebih jitu, Ghost turut ditampilkan dengan material kulit, kayu dan besi yang lebih terperinci yang diaplikasikan di segenap ruang kabin, yang disesuaikan dengan kehendak pelanggan.

    Selain itu, Ghost terus menggunakan sistem iDrive dari BMW dengan dua skrin berkembar infotainmen dan instrumen. Ia menampilkan teknologi terkini, termasuk WiFi hotspot, sistem kemera 360-darjah, paparan utama 7×3 dan bantuan parkir.

    Ghost baharu ini juga diberikan sistem bantuan pemandu yang merangkumi amaran pelanggaran, kawalan kelajuan adaptif, amaran ketibaan lorong dan pemantauan titik buta dengan kepekaan lintasan trafik belakang, serta amaran penajalan kaki dan haiwan liar pada waktu malah dengan bantuan pemandangan yang lebih optimum.

    Bagi berhadapan dengan situasi global semasa, kualiti udara memang diperkatakan. Justeru, Ghost baharu turut dilengkapi dengan Micro-Environment Purification System (MEPS) baharu. Ciri ini mengesan jika ada bahan cemar udara mencapai jumlah yang berlebihan dan secara automatik akan menghidupkan mod peredaran semula, menyalurkan semua udara melalui penapis nanofleece bagi menghalang semua zarah yang sangat halus memasuki ruang kabin dalam masa kurang dari dua minit.

     
     
  • Ekzos bising – tiada saman, advokasi dibuat 2 kaedah termasuk membawa kenderaan ke JPJ untuk diperiksa

    Ekzos bising – tiada saman, advokasi dibuat 2 kaedah termasuk membawa kenderaan ke JPJ untuk diperiksa

    Hujung minggu lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan bahawa JPJ tidak perlu lagi menyaman bagi mereka yang didapati melakukakan ubahsuai terhadap ekzos, sebaliknya hanya akan dikenakan tindakan advokasi. Namun, bagaimana sebenarnya tindakan ini akan dibuat? Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim dalam laporan Bernama, tindakan ini akan dibuat menerusi dua kaedah.

    Kaedah pertama adalah menerusi pengeluaran Notis Temu Siasat, di bawah Seksyen 114(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Dengan kaedah ini, notis akan dikeluarkan bagi tujuan siasatan dan pengumpulan maklumat melalui aduan yang diterima oleh pihak JPJ berkaitan kesalahan pengubahsuaian tanpa kebenaran ekzos motosikal.

    Manakala kaedah kedua pula adalah menerusi Notis Arah Periksa Kenderaan mengikut Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta Notis Larangan Penggunaan Aenderaan (Notis PG1) di bawah Seksyen 59(1) akta yang sama. Menerusi kaedah kedua ini notis dikeluarkan bagi menjalankan penguatkuasaan terhadap kenderaan motor pemilik yang disyaki melakukan kesalahan pengubahsuaian ekzos motosikal tanpa kebenaran.

    Ekzos bising – tiada saman, advokasi dibuat 2 kaedah termasuk membawa kenderaan ke JPJ untuk diperiksa

    Beliau turut menjelaskan dengan kaedah kedua, pemilik kenderaan wajib mengemukakan atau membawa semula kenderaan motor ke mana-mana pejabat JPJ bagi tujuan pemeriksaan sebagai bukti pembaikan terhadap ekzos telah dibuat dan mematuhi kaedah pembuatan dan kegunaan.

    Dalam laporan Bernama pada Ahad lalu, Dr Wee Ka Siong yang juga Presiden MCA berkata keputusan untuk tidak lagi menyaman mereka yang melakukan ubahsuai ekzos ini tetapi menggantikannya dengan tindakan advokasi setelah isu tersebut disentuh oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO.

    “Janganlah sampai disita. Bagaimana mereka ingin meneruskan survival kehidupan sedangkan itulah satu-satunya kenderaan yang mereka ada untuk mencari rezeki. Apakah kita sudah buta hati, dan kejam, membiarkan kehidupan rakyat terus menerus terbeban? Rakyat kecewa dan terus merana,” kata Ahmad Zahid dalam ucapan berkenaan.

    Ekzos bising – tiada saman, advokasi dibuat 2 kaedah termasuk membawa kenderaan ke JPJ untuk diperiksa

    Dr. Wee juga menyatakan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah JPJ bagi menyelaraskan tindakan advokasi tersebut memandangkan langkah berkenaan turut melibatkan polis trafik.

    Kerajaan sebelum ini menguatkuasakan saman hingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan kepada pemilik motosikal yang mengubah suai kenderaan menggunakan ekzos bising. Di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa menyita motosikal bagi mengelakkan kesalahan sama berulang.

    Setakat 5 Mac lalu, sebanyak 10,166 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Khas Ubah suai Ekzos (bising) di seluruh negara bermula 1 Mac, menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

     
     
  • Azmin Ali umum kilang kereta mewah Jerman akan dibuka di M’sia – Porsche akan buka kilang di Kulim?

    Azmin Ali umum kilang kereta mewah Jerman akan dibuka di M’sia – Porsche akan buka kilang di Kulim?

    Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan bahawa sebuah kilang kereta berjenama mewah bakal dibuka di Malaysia tidak lama lagi. Beliau tidak mendedahkan nama jenama tersebut tetapi mengatakan bahawa syarikat berkenaan telah bersetuju untuk membuka kilang pertamanya di luar negara iaitu Malaysia.

    “Ini adalah mengenai kejuruteraan tepat, maknanya pembuat kereta antara yang termahal di dunia akan berada di Malaysia,” katanya ketika sesi soal jawab pada Majlis Rapat Malaysia Prihatin peringkat Negeri Selangor Jumaat lalu, dilaporkan oleh Bernama.

    “Ada dalam kalangan negara ASEAN yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan mereka mampu menarik pelaburan yang berbentuk intensif buruh tetapi Malaysia tidak boleh berbuat begitu. Maka, kita mesti memastikan modal insan kita mempunyai kemahiran teknologi berkualiti tinggi untuk maju ke depan,” katanya.

    Azmin Ali umum kilang kereta mewah Jerman akan dibuka di M’sia – Porsche akan buka kilang di Kulim?

    Berdasarkan petunjuk yang dinyatakan, jenama yang dimaksudkan oleh menteri berkenaan berkemungkinan adalah Porsche. Malah laporan The Edge Weekly bulan lalu ada menyatakan bahawa jenama kereta sport Jerman berkenaan memang ada perancangan untuk membangunkan kilang pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia bagi memasang model SUV iaitu Macan dan Cayenne.

    Buat masa sekarang, Porsche memasang Cayenne di Bratislava, Slovakia, menerusi kilang yang dimiliki oleh Volkswagen dan ia fasiliti yang sama memasang Volkswagen Toureg, Audi Q7 dan Q8. Jika perancangan baharu ini berjalan kelak, kilang yang dirancang akan dibuka di Kulim, Kedah berkenaan merupakan fasiliti pemasangan pertama milik Porsche yang terletak diluar Jerman.

    Laporan The Edge berkenaan juga menyebut bahawa Porsche sedang bekerjasama dengan Inokom untuk menyiapkan kilang di Utara Tanah Air tersebut, dan ia adalah logik kerana Inokom merupakan anak syarikat Sime Darby Motors, yang juga pemegang francais pengedar Porsche di Malaysia menerusi Sime Darby Auto Performance.

    Azmin Ali umum kilang kereta mewah Jerman akan dibuka di M’sia – Porsche akan buka kilang di Kulim?

    Namun, hanya model-model asas Macan dan Cayenne dijangka akan dipasang secara tempatan, bermaksud model GTS dan Turbo tidak akan dijual dengan harga jauh lebih murah dari sekarang kerana ia tidak akan dihasilkan dalam versi CKD. Malah model-model kereta sport dua-pintu seperti Boxster, Cayman dan 911 juga tidak akan dipasang di sini.

    Porsche juga sebelum ini telah menegaskan bahawa mereka tidak akan memasang kereta di China, walaupun negara berkenaan merupakan pasarannya yang paling besar dan paling menguntungkan, dan langkah tersebut mungkin boleh meningkatkan angka jualan mereka secara mendadak.

    CEO Porsche yang juga ahli lembaga dalam syarikat induknya, Volkswagen, Oliver Blume mengatakan bahawa lebih berbaloi untuk memasang kenderaan-kenderaan jenama mereka dengan kos yang tinggi semata-mata untuk status ‘Made in Germany’ yang dibanggakan oleh pelanggan mereka.

    “Ini juga maklum balas yang kami terima daripada pengedar dan pelanggan,” jelasnya dalam laporan Financial Times bulan lalu.

     
     
  • Kad Touch ‘n Go – Kemudahan tambah nilai menerusi e-wallet sedia digunakan menjelang akhir tahun ini

    Kad Touch ‘n Go – Kemudahan tambah nilai menerusi e-wallet sedia digunakan menjelang akhir tahun ini

    Dalam sidang media pagi tadi susulan pelancaran produk pelaburan GO+, CEO TnG Group Effendy Shahul Hamid turut berkongsikan beberapa makluman baharu mengenai kad Touch n Go.

    Beliau memberitahu selain surcaj bagi TNG telah dimansuhkan sebanyak 93% iaitu melibatkan 620 daripada 662 lokasi yang menggunakan perkhidmatan itu, pihaknya juga akan menaiktaraf perkhidmatan kad TNG dengan kemudahan tambah nilai menerusi e-wallet.

    Katanya, perkara tersebut sedang dalam persediaan dan dijangka boleh diaplikasikan menjelang hujung tahun ini. Bahkan, beliau juga turut memberikan bayangan bahawa akan ada “varian baharu” bagi kad tersebut, di mana ia mungkin menambahkan fungsi tambah nilai menerusi aplikasi. Namun tidak dimaklumkan adakah para pengguna perlu menukar atau membeli kad baharu.

    Tiada maklumat lain dikongsikan, jadi untuk mengetahui perkembangan mengenai perkara ini, kenalah nantikan pengumuman selanjutnya dari TNG sendiri.

     
     
  • ACE 17-18 April 2021 — promo terhebat Proton, BMW, Honda, Mazda, VW, Mitsubishi, Nissan, Hyundai, Ford!

    ACE 17-18 April 2021 — promo terhebat Proton, BMW, Honda, Mazda, VW, Mitsubishi, Nissan, Hyundai, Ford!

    Adakah harga kenderaan akan jadi lebih murah di masa hadapan? Janga berharap terlalu tinggi disebabkan inflasi. Namun, pengecualian cukai SST kenderaan yang sedang dinikmati ketika ini sebagai pemangkin ekonomi akibat Covid-19 mugkin menjadi tawaran paling baik untuk pembeli. Dan, ia masih berlangsung hingga 30 Jun 2021, jadi masih berbaki tiga bulan lagi untuk orang ramai berjimat dengan harga kereta baru.

    Jadi, untuk memanfaatkan tempoh pengecualian cukai ini, paultan.org membawakan Auto Car Expo (ACE) — dengan tajaan bersama Carsome akan berlangsung dari 17 hingga 18 April ini di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) — bakal menawarkan 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan dengan baucar gabungan bernilai RM1,800.

    Baucar berkenaan melibatkan RM500 dari filem penapis haba V-Kool, baucar RM500 penapis udara Blueair, RM300 baucar Dodomat, RM300 baucar kerusi keselamatan kanak-kanak Recaro serta RM200 baucar minyak BHPetrol. Selain semua ini, tempahan yang disahkan juga membolehkan pengunjung untuk layar menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    ACE 17-18 April 2021 — promo terhebat Proton, BMW, Honda, Mazda, VW, Mitsubishi, Nissan, Hyundai, Ford!

    Ingin membuat perbandingan dan penilain terhadap pelbagai kenderaan sebelum ambil keputusan untuk beli? Maka ACE 2021 adalah tempat terbaik dan termudah untuk anda melakukan semua itu. Ia akan menghimpunkan jenama termasuk Ford, Honda, Hyundai, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Proton dan Volkswagen di bawah satu bumbung sepanjang hujung minggu tersebut. Semua ini memang merupakan jenama kenderaan massa, tetapi ada antara penawarannya yang menyamai peringkat penawaran kenderaan lebih premium. Tidak lupa, BMW dan MINI juga turut akan ikut serta dalam pameran ini.

    Sama seperti pameran jualan Premium Auto Car Expo (PACE) anjuran paultan.org sebelum ini, yang telah berjaya menjual ratusan kenderaan pada tahun 2018 dan 2019, pengunjung akan berpeluang untuk memandu uji model kenderaan yang mereka inginkan. Selain model baru, turut akan dipamerkan dan dijual ialah model terpakai dengan tawaran menarik. Setiap jenama akan turut memberikan promosi sendiri, yang akan kami kongsikan perinciannya kelak.

    Apa pun, dengan norma baru sekarang ini, ambil maklum akan ada langkah-langkah penghindaran untuk keselamatan yang akan diambil. Pengunjung akan diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa serta bacaan suhu badan akan diambil; 37.4ºC dan ke bawah akan dibenarkan masuk ke dewan pameran. Dan sudah tentu, pengunjung perlu mengimbas kod QR MySejahtera untuk tujuan memudahkan pengesanan.

    ACE 17-18 April 2021 — promo terhebat Proton, BMW, Honda, Mazda, VW, Mitsubishi, Nissan, Hyundai, Ford!

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Dalam jangka masa terdekat selepas ini, harga kenderaan mungkin tidak akan berada di bawah paras apa yang sedang kita nikmati sekarang. Ambil kira promosi tambahan yang diberikan oleh paultan.org ini dan juga jenama pengeluar masing-masing, ini peluang terbaik anda untuk membeli kenderaan. Jangan ketinggalan.

     
     
  • Mercedes-Benz EQS – bahagian dalaman, MBUX Hyperscreen 141 cm diperincikan sebelum dilancar

    Mercedes-Benz EQS – bahagian dalaman, MBUX Hyperscreen 141 cm diperincikan sebelum dilancar

    Sedan mewah berkuasa elektrik sepenuhnya, Mercedes-Benz EQS hanya akan didedahkan pada lewat tahun ini. Namun sedikit demi sedikit, Mercedes-Benz mendedahkan berberapa perinciannya. Jika Januari lalu Hyperscren untuk sistem infotainmen MBUX untuk model ini telah diperkenalkan, kini lebih informasi berkenaan skrin tersebut bersama perincian bahagian dalaman yang lain turut didedahkan.

    Sedan ini akan diproduksi di fasiliti Factory 56 Mercedes-Benz di Sindelfingen dan akan dilancarkan di Eropah pada Ogos nanti. Menurut jenama premium dari Jerman berkenaan, bahagian dalam EQS tersebut “direka untuk semua deria,” iaitu visual, pendengaran, olfaktori dan haptik.

    Dari segi visual, tumpuan utama sudah tentulah Hyperscreen MBUX yang merentangi keseluruhan papan pemuka sedan ini dengan gabungan tiga skrin di bawah kaca aluminium silikat tahan calar berukuran 141 cm. Tiga skrin tersebut termasuk skrin 12.3-inci untuk paparan instrumen pemandu, 17.7-inci untuk skrin tengah dan juga satu lagi skrin 12.3-inci untuk penumpang hadapan. Walau bagaimanapun, skrin ini hanya akan ditawarkan secara opsyen dan bukan ciri standard.

    Panel OLED digunakan untuk skrin tengah dan juga penumpang hadapan, dan ia turut memberikan tindak balas haptik yang dihasilkan menerusi actuator (lapan pada paparan tengah, empat pada paparan penumpang hadapan). Fungsi ini membantu untuk memberikan rasa seakan menggunakan suis atau butang mekanikal biasa ketika pengguna berinteraksi dengan skrin sesentuh tersebut.

    Mercedes-Benz EQS – bahagian dalaman, MBUX Hyperscreen 141 cm diperincikan sebelum dilancar

    Untuk varian asas EQS tanpa Hyperscreen MBUX ini akan diberikan konfigurasi skrin seakan sama seperti sedan S-Class generasi baharu – tampil dengan skrin tengah bentangan potrait bersaiz 12.8-inci tanpa skrin penumpang hadapan, manakala pemandu menerima skrin berdiri sendiri 12.3 inci untuk paparan instrumen.

    Model lebih rendah ini juga menerima rekaan konsol tengah yang berbeza, bersambung terus dengan skrin di atasnya serta menampilkan butang-butang kawalan untuk mod pemanduan, kawalan media serta fungsi lain. Dengan tiadanya terowong untuk transmisi di tengah, bahagian berkenaan dapat diberikan ruang storan yang lebih banyak.

    Namun tak kira untuk model dengan atau tanpa Hyperscreen, papan pemuka EQS diberikan corong penghawa dingin tengah yang nipis dan nampak seakan bersambung terus dengan kemasan pada pintu. Dengan gandingan penggunaan material-material premium dan juga lampu suasana, kabin EQS ini benar-benar nampak futuristik.

    EQS juga hadir dengan dua rekaan roda stereng berbeza – bulat sepenuhnya dan rata di bawah – bergantung pakej dalaman yang dipilih pembeli, dengan pelbagai rekaan kemasan boleh dipilih bagi model tanpa Hyperscreen MBUX.

    Bagi sistem MBUX pula seperti yang sudah didedahkan sebelum ini, ia berfungsi dengan sistem kecerdasan bantuan (A.I) yang terkini membolehkan pembantu digital “Hey, Mercedes” mengenal lebih banyak arahan lisan serta diberikan pendekatan “zero-layer”, di mana fungsi yang selalu digunakan akan sentiasa dipaparkan pada skrin Home, dan pengguna tidak perlu mencari semula fungsi berkenaan atau menggunakan arahan suara.

    Sebagai sebuah sedan mewah dari keluarga S-Class, sudah tentu keselesaan bahagian kabin belakang juga amat dititikberatkan. Bahagian berkenaan diberikan pakej MBUX High-End Rear Seat Entertainment Plus secara opsyen. Menerusi pakej tersebut, ia akan ditambah dengan dua skrin 11.6-inci di belakang, bersama kawalan sentuhan di belakang tempat duduk hadapan dan pelanggan juga boleh memilih tablet sebenar bagi menggunakannya dengan lebih mudah.

    Manakala untuk deria olfaktori (bau), Mercedes-Benz memperkenalkan opsyen pakej Energizing Air Control Plus. Ia termasuk menggunakan penuras HEPA dengan saiz hampir sama dengan kertas A2, diletakkan di bawah bonet hadapan. Penuras berkenaan mampu untuk memerangkap partikel sekecil PM 2.5 hingga PM 0.3 dan ia 99.65% berkesan dengan “OFI Quality Seal ZG 250-1” yang diberikan oleh Institut Penyelidikan dan Ujian Austria (OFI).

    Mercedes-Benz EQS – bahagian dalaman, MBUX Hyperscreen 141 cm diperincikan sebelum dilancar

    Manakala pakej Air-Balance pula akan hadir bersama haruman baharu yang dihasilkan secara spesfik untuk EQS – No.6 Mod Linen – di mana ia adalah dikaitkan dengan sejarah model “Mercédès Electrique” yang menyertai barisan model pada tahun 1906.

    Akhir sekali untuk pendengaran – EQS akan memainkan bunyi untuk ‘menyapa’ pemandu dan/atau penumpang apabila mereka menghampiri kereta berkenaan, manakala dalam kabin pula ia diberikan sistem bunyi Burmester dengan 15-pembesar suara. Sistem Energizing Comfort yang dihubungkan kepada sistem bunyi pada EQS ini pula menampilkan tiga program Energizing Nature – Forest Glade, Sounds of the Sea dan Summer Rain.

    Program-program ini dibangunkan bersama ekologis akustik Gordon Hempton, dan ia dihasilkan bagi mewujudkan persekitaran lebih tenang ketika bergerak. Jika anda berhenti rehat di kawasan servis atau stesen pengecaj, anda turut boleh memilih program Power Nap, yang akan melaras tempat duduk pemandu dan akan menaiikan kesemua tingkap serta menurunkan pelindung bagi memudahkan anda tidur dan berehat.

    EQS merupakan kereta pertama Mercedes-Benz yang dihasilkan menerusi platform baharu Electric Vehicle Architecture (EVA). Perincian-perician lain mungkin akan didedahkan dalam masa berberapa minggu dari sekarang.

     
     
  • KTM Duke 200 2021 tiba di Malaysia – RM12,888

    KTM Duke 200 2021 tiba di Malaysia – RM12,888

    KTM Malaysia telah melancarkan model terbaru Duke 200 untuk pasaran Malaysia. Peningkatan utama pada model ini adalah rekaan luaran, yang menjadikannya lebih moden seperti Duke 390, dan dijual pada harga RM12,888 tidak termasuk insurans.

    Kedua-dua lampu hadapan dan belakang Duke 200 2021 ini menggunakan unit LED, dan turut dilengkapi dengan DRL di hadapan. Tangki bahan apinya kini lebih besar, berkapasiti 13.4 liter, manakala tempat duduknya diubah untuk lebih bersesuaian dengan tunggangan agresif.

    Enjin masih lagi sama seperti model sebelum ini, iaitu unit satu silinder berkuasa 26 hp dan 19.5 Nm tork, tetapi bahagian kotak udara serta ekos diubah sedikti supaya dapat mematuhi tahap emisi Euro 5.

    Kelengkapan lain juga adalah sama, termasuk brek cakera depan dan belakang dengan angkup Bybre dan sistem ABS, fork WP, satu monoshock di belakang, rim 17 inci dengan tayar 110 mm di depan dan 150 mm di belakang serta panel meter LCD.

     
     
  • Mercedes-AMG CLA45S 4Matic+ C118 2021 di M’sia – kini dengan HUD, beg udara sisi di belakang; RM453k

    Mercedes-AMG CLA45S 4Matic+ C118 2021 di M’sia – kini dengan HUD, beg udara sisi di belakang; RM453k

    Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memberikan peningkatan pada CLA 45 S 4Matic+ C118 bagi model 2021, dengan sedikit perubahan pada senarai kelengkapan dan harga. Coupe empat-pintu yang menawan ini kini ditawarkan pada harga atas jalan RM453,375 tanpa insurans, dan juga pelepasan 50% cukai jualan bagi kereta import-sepenuhnya (CBU).

    Tanda harga baharu tersebut ternyata lebih tinggi sebanyak RM19,572 berbanding sebelum ini, tetapi dengan penambahan kit. Untuk ruang dalamannya, kini ia didatangkan dengan paparan utama (HUD) yang turut memaparkan informasi pemanduan. Selain itu, kelengkapan baharu yang turut diberikan ialah beg udara sisi untuk tempat duuduk belakang, sama seperti model A45S.

    Mercedes-AMG CLA45S 4Matic+ C118 2021 di M’sia – kini dengan HUD, beg udara sisi di belakang; RM453k

    Selain pertambahan tersebut, ciri lain masih kekal seperti mana model yang dilancarkan pada Jun tahun lalu.

    Di bawah bonetnya, CLA 45 S 4Matic+ dilengkapi dengan enjin M139 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder dengan hamburan kuasa 421 PS (416 hp) pada 6,750 rpm dan tork 500 Nm dari 5,000 hingga 5,250 rpm. Penjana kuasa ini turut dipadankan dengan transmisi dwi-klac AMG Speedshift DCT 8G lapan-kelajuan, sistem pacuan semua-roda AMG Performance 4Matic+ dan AMG Torque Control pada gandar baharu di belakang.

    Bagi prestasinya, ia mampu mencapai pecutan dari 0-100 km/j dalam hanya empat saat dan berkeupayaan mencecah kelajuan maksimum hingga 270 km/j, yang turut dipasang dengan Pakej Pemandu standard.

    Mercedes-AMG CLA45S 4Matic+ C118 2021 di M’sia – kini dengan HUD, beg udara sisi di belakang; RM453k

    Untuk pasaran Malaysia, CLA 45 S 4Matic+ ini turut diberikan roda aloi AMG jejari-bersilang 19-inci dan juga kit badan penuh AMG termasuk gril Panamericana yang menawan. Ia turut diberikan suspensi AMG Ride Comfort dan juga kaliper brek merah.

    Di dalamnya, ia menampilkan sistem MBUX bersama kelengkapan AMG lain termasuk panel ambang pintu iluminasi, alas lantai, tempat duduk Performance (dengan tali pinggang keledar merah designo) serta roda stereng Performance balutan gentian mikro Dinamica/kulit Nappa.

    Lain-lain ciri yang turut tersenarai termasuklah kawalan suhu dwi-zon Thermotronic, tempat duduk hadapan larasan elektronik dengan fungsi memori, lampu utama Multibeam LED, sistem pencahayaan ambien, kamera 360-darjah, pakej Bantuan Pemanduan, Akses Bebas-Tangan, Keyless-Go, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, servis sambungan Mercedes Me, pengecas telefon tanpa wayar dan juga sistem bunyi Burmester.

    GALERI: Mercedes-AMG CLA 45S 4Matic+ C118

     
     
  • Surcaj parkir Touch n Go di 93% lokasi telah dihapus

    Surcaj parkir Touch n Go di 93% lokasi telah dihapus

    Surcaj tambahan ke atas ruang parkir jika menggunakan Touch n Go untuk membayar adalah perkara yang mungkin sukar untuk difahami rasionalnya sebelum ini. Bagaimanapun TnG memaklumkan akan memansuhkan sepenuhnya surcaj berkenaan dalam suku pertama tahun ini. Terbaru, perkara itu kini ada perkembangan yang akan menyenangkan ramai orang.

    Salam sidang media pelancaran maya berkaitan produk pelaburan baru GO+ TnG eWallet, CEO TnG Group, Effendy Shahul Hamid mendedahkan bahawa daripada 662 lokasi di Malaysia yang menerima kad TnG untuk kaedah bayaran parkir, sejumlah 620 lokasi telah dimansuhkan surcaj berkenaan. Ini melibatkan 93% lokasi keseluruhan yang ada TnG yang tidak lagi mengenakan surcaj.

    “Saya sangat gembira untuk menyatakan, menjelang penghujung suku pertama tahun ini, kami akan memansuhkan keseluruhan surcaj. Ia memerlukan inovasi dan pengorbanan dari pihak kami, tetapi itulah perkara yang betul untuk dilakukan,” ujarnya.

    Surcaj berkenaan, biasanya pada kadar 10%, adalah kesan daripada tanggungjawab kontrak antara TnG dan pengendali tempat letak kereta dengan dua sistem parkir. Dimaklumkan selepas ini, bagi kontrak akan datang atau pembaharuan kontrak yang terlibat, ia tidak lagi akan melibatkan keperluan surcaj.

     
     
  • Mercedes-AMG A45S 4Matic+ 2021 kini di M’sia – murah sikit, tiada lagi Edition 1 & bumbung panaromik

    Mercedes-AMG A45S 4Matic+ 2021 kini di M’sia – murah sikit, tiada lagi Edition 1 & bumbung panaromik

    Hot-hatch mega, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ W177 baru sahaja mendarat ke pasaran tempatan tahun lalu, dan kini ia sudahpun diperkenalkan dalam versi 2021. Model yang dikemaskini ini tampil dengan harga sedikit lebih murah, kerana ia tidak lagi ditawarkan dalam versi Edition 1.

    Oleh itu, ia dijual pada harga atas jalan tanpa insuran termasuk pengecualian 50% cukai jualan RM437,673, atau RM5,593 lebih murah dari versi Edition 1 2020. Jadi, model 2021 hadir tanpa pelekat sisi badan serta grafik Edition 1 pada kemasan aluminium dan juga lapisan kulit yang dijahit pada papan pemuka.

    Selain dari itu, semuanya masih kelihatan sama. Model ini hadir standard dengan pakej AMG Aerodynamics menampilkan splitter hadapan besar, sirip udara sisi, spoiler belakang besar, kemasan hitam pada liang udara palsu di bampar belakang serta diffuser belakang yang lebih menyerlah.

    Mercedes-AMG A45S 4Matic+ 2021 kini di M’sia – murah sikit, tiada lagi Edition 1 & bumbung panaromik

    Ia juga masih kekal menerima pakej AMG Night, tampil dengan kemasan-kemasan hitam berkilat, dan juga rim 19-inci kemasan matte black. Sekarang, pemilik boleh memilih pilihan penuh warna badan A-Class pada AMG A 45 ini, berbanding hanya Sun Yellow dan designo Mountain Grey Magno pada versi Edition 1 sebelumnya.

    Dalam kabin, tempat duduk bucket AMG Performance (larasan kuasa dengan memori) masih lagi dipadankan secara standard, namun ianya diberikan uphlosteri kulit buatan Artico dan serat mikro Dinamica dengan serlahan merah, berbanding kuning pada Edition 1.

    Roda stereng AMG dengan rekaan rata di bawah juga masih juga diberikan, namun ia hanya menerima separuh balutan Dinamica, sementara selebihnya dibalut dengan kulit Nappa bersama penanda pukul 12 berwarna merah. Tali pinggang keledar juga telah ditukar dari kuning kepada merah.

    Mercedes-AMG A45S 4Matic+ 2021 kini di M’sia – murah sikit, tiada lagi Edition 1 & bumbung panaromik

    Dari segi kelengkapan pula, model 2021 ini sudah tidak lagi dibekalkan dengan bumbung panaromik. Ciri-ciri lain seperti lampu hadapan Multibeam LED, skrin 10.25-inci untuk paparan instrumen dan sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX), paparan head-up, pendingin hawa dua-zon bersama corong belakang, kemasan bendul AMG bernyala, lampu suasana 64-warna, sistem navigasi dengan informasi trafik semasa, kamera undur serta sistem bunyi Burmester dengan 12-pembesar suara masih diberikan secara standard.

    Untuk keselamatan pula, A 45 S dibekalkan dengan sistem brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, pemantau titik buta dan bantuan parkir, sembilan beg udara, kawalan kestabilan, sistem pemantau tekanan tayar, dan sistem Pre-Safe Mercedes-Benz.

    Tiada perubahan pada sistem mekanikal di mana enjin ‘gila’ 2.0 liter empat silinder turbo M139 pada perut A 45 generasi baharu ini terus dibekalkan dengan 421 PS dan tork maksima 500 Nm. Ia digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik lapan kelajuan AMG SpeedShift 8G, dan juga sistem pacuan semua roda bervariasi (bersama mod drift) 4Matic+ termasuk pakej AMG Driver.

    Ini membolehkan Mercedes-AMG A 45 S tersebut memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.9 saat serta kelajuan maksima dicatatkan pada 270 km/j. Selain itu, ia juga menerima sistem suspensi adaptif AMG Ride Control dan sistem AMG Track Pace yang menyediakan data telemetri serta pencatat masa untuk pecutan dan catatan masa di litar.

     
     
  • Honda 1 Million Dreams – pemenang bagi Jazz, Civic, Accord dan CR-V diumumkan, selebihnya April ini

    Honda 1 Million Dreams – pemenang bagi Jazz, Civic, Accord dan CR-V diumumkan, selebihnya April ini

    Honda Malaysia telah mengumumkan empat pemenang bagi kempen 1 Million Dreams di mana setiap seorang darinya membawa pulang model edisi istimewa. Dimaklumkan, tiga daripada pemenang telah mengambil bahagian dalam peraduan yang dianjurkan oleh Honda Malaysia sendiri, manakala seorang pemenang lagi telah memenangi kereta yang dikhaskan untuk barisan hadapan (frontliner).

    Pemenang yang bertuah itu ialah Chuah Sze Yong yang berjaya membawa pulang Civic, manakala CR-V pula menjadi milik Lim Lye Gaik dan Abdul Hakim bin Mohd Radzi pula pastinya bergembira dapat memenangi Accord. Mereka berjaya memenangi kereta masing-masing sama ada selepas memuat turun dan mendaftar aplikasi HondaTouch, bermain 1 Million Dreams Quiz menerusi laman web rasmi Honda Malaysia, memandu uji mana-mana model Honda atau pun menghantar kereta Honda untuk diselenggara di pusat servis Honda bertauliah.

    Manaka Shaiful Rezza Abdul Razak, seorang. anggota polis, telah mengambil bahagian dalam acara cabutan bertuah berasingan yang dikhaskan untuk frontliner – tiada pembelian diperlukan – tetapi beliau telah berjaya membawa pulang Jazz, untuk menghargai jasanya dalam mengharungi pandemik coronavirus.

    Kempen tersebut masih berlangsung sehingga April ini dan ada lagi tiga model yang sedang menunggu pemilik bertuah iaitu City, HR-V dan BR-V, dengan menyertai peraduan yang dikendalikan oleh rakan kerjasama Cuckoo, Shopee dan Watsons. Honda Malaysia telah menerima lebih 155,600 penyertaan sejak kempen tersebut bermula pada Februari lalu.

    Menerusi kempen ini, sebanyak tujuh model menawarkan unit edisi istimewa masing-masing iaitu Jazz, City, Civic, Accord, BR-V, HR-V dan CR-V. Hanya ada satu unit bagi setiap model berkenaan untuk direbutkan.

    Keistimewaan yang ditampilkan ialah semua unit ini menggunakan warna putih berkilau dengan kemasan hitam dan merah sebagai perinciannya. Ini juga merupakan kerja mengecat berkualiti tinggi — termasuk bahagian bumbung hitam — dan bukannya sekadar menggunakan pelekat.

    Jika anda berada di sekitar Lembah Klang dan mempunyai kelapangan masa, jom meriahkan temasya Honda 1 Million Dreams yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Bukit Jalil. Acara yang berlangsung selama dua hari ini (27-28 Mac 2021) dari jam 10 pagi hingga 10 malam, menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai disertai seisi keluarga.

    Menerusi temasya ini, anda berpeluang untuk memandu uji mana-mana model baharu Honda dan jika berkenan, boleh terus menempahnya menerusi wakil pengedar yang turut berada di sini sepanjang dua hari. Malah anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah selepas sesi pandu uji tersebut.

    Walau pun membuka kehadiran ramai pengunjung, namun Honda Malaysia tetap mengikut segara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini termasuklah semua wajib memakai pelitup hidung dan mulut, penjarakan sosial dan sebagainya. Malahan pada setiap bahagian termasuk booth permainan juga dihadkan jumlah pengunjung dalam satu masa.

     
     
  • Temasya Honda 1 Million Dreams gegarkan Stadium Bukit Jalil pada 27-28 Mac – jom memeriahkannya

    Temasya Honda 1 Million Dreams gegarkan Stadium Bukit Jalil pada 27-28 Mac – jom memeriahkannya

    Jika anda berada di sekitar Lembah Klang dan mempunyai kelapangan masa, jom meriahkan temasya Honda 1 Million Dreams yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Bukit Jalil. Acara yang berlangsung selama dua hari ini (27-28 Mac 2021) menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai disertai seisi keluarga.

    Menerusi temasya ini, anda berpeluang untuk memandu uji mana-mana model baharu Honda dan jika berkenan, boleh terus menempahnya menerusi wakil pengedar yang turut berada di sini sepanjang dua hari. Malah anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah selepas sesi pandu uji tersebut.

    Bukan itu sahaja, bagi anda yang membawa keluarga, pelbagai acara dan permainan menarik yang biasanya ada di funfair turut ditampilkan di sini termasuklah Ali Baba, Ferris Wheel, Merry Go Round, Para Trooper dan pelbagai lagi. Pastinya acara sebegini sangat dinantikan oleh golongan kanak-kanak. Malahan pelbagai food truck juga turut tersedia di perkarangan stadium ini, jadi para pengunjung boleh membeli makanan dan minuman dengan harga yang berpatutan.

    Sebenarnya temasya ini adalah kemuncak kempen 1 Million Dream yang dianjurkan oleh Honda Malaysia sendiri. Di mana syarikat itu sedang meraikan penanda atas satu juta kenderaan di Malaysia sejak memulakan operasi di sini pada tahun 2001 dengan menawarkan peluang pelanggan tempatan membawa pulang satu daripada model terbabit secara percuma.

    Kita akan mengetahui siapakah pelanggan bertuah Honda yang berjaya memenangi satu daripada tujuh model edisi khas 1 Million Dream, yang melibatkan model Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, CR-V dan Accord. Kesemuanya versi khusus dengan penampilan dua tona dengan warna badan Platinum White Pearl dan perincian merah serta lencana “1 Million Dreams”.

    Selain itu, hadiah-hadiah lain turut ditawarkan sepanjang kempen berkenaan turut melibatkan kerjasama dengan Shoppee, Watsons dan Cuckoo, dengan keseluruhan habuan bernilai RM1 juta.

    Jadi, kalau anda ada masa lapang hari ini atau esok, jangan lupa bawak keluarga atau kawan-kawan berkunjung ke temasya Honda 1 Million Dreams yang sedang hangat berlangsung di perkarangan Stadium Bukit Jalil.