Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • KTM 1290 Super Duke RR 2021 – terhad 500 unit, panel badan gentian karbon, ciri elektronik dinaik taraf

    KTM 1290 Super Duke RR 2021 – terhad 500 unit, panel badan gentian karbon, ciri elektronik dinaik taraf

    KTM 1290 Super Duke, yang dipanggil dengan nama jolokan “The Beast” kini diperkenalkan dalam versi keluaran terhad KTM 1290 Super Duke RR. Hanya 500 unit motosikal ini akan dikeluarkan untuk pasaran dan tempahannya kini sudah dibuka atas talian di Eropah.

    Dalam keadaan asal, Super Duke mencatat berat 195 kg, yang mana boleh dianggap agak ringan, tetapi melalui model keluaran terhad ini, ia dikurangkan lagi sebanyak 9 kg. Antara yang dilakukan adalah menukar panel badan serta subframe kepada gentian karbon (sebelum ini subframe menggunakan besi berbentuk trellis).

    Kemudiannya, bateri telah diganti dengan unit lithium ion, yang mengurangkan 2.5 kg lagi sementara rim aloi forged baru adalah 1.5 kg lebih ringan. Disebabkan bentuk subframe yang telah berubah, KTM juga mereka semula tempat duduk serta tempat meletak nombor plet belakang, yang kini disepadukan bersama lampu penunjuk arah.

    KTM 1290 Super Duke RR 2021 – terhad 500 unit, panel badan gentian karbon, ciri elektronik dinaik taraf

    Kuasa yang dihasilkan oleh Super Duke RR masih lagi sama dengan unit Super Duke standard, iaitu 180 hp dan 140 Nm, datang daripada enjin v-twin 1,301 cc LC8 yang dipadankan bersama transmisi enam kelajuan. Bagi memastikan penunggang dapat mengerah kuasa enjin dengan cepat hingga ke tahap merah rpm, KTM telah memasang pendikit jenis quick thrust dengan bukaan 65 darjah.

    Suspensi adalah daripada WP, dengan unit fork WP Apex Pro 7548 Close Cartridge dan monoshock WP Apex Pro 7746 – kedua-duanya boleh dilaras sepenuhnya. Turut dipasang adalah damper stereng WP Apex Pro 7117, serta sistem elektronik yang dipertingkat dengan mod Performance baru. Bagi model ini, pemilik juga disediakan dengan pelbagai pilihan aksesori daripada katalog KTM Powerparts, termasuklah ekzos titanium Akrapovic.

     
     
  • TUNGGANG UJI: Honda ADV 150 – menyinar pada bahagian yang bukan boleh dilihat, perlu dirasa

    TUNGGANG UJI: Honda ADV 150 – menyinar pada bahagian yang bukan boleh dilihat, perlu dirasa

    Honda dalam masa beberapa tahun yang lepas semakin kerap menghasilkan motosikal yang dikategorikan sebagai produk gaya hidup (lifestyle). Ini boleh dilihat melalui pengenalan model seperti Monkey 125, Grom 125 (MSX 125), SuperCub C125 dan pelbagai lagi.

    Tiada masalah untuk pengeluar melabelkan motosikal mereka sebagai produk “lifestyle“, tetapi akibatnya kepada pengguna, ia menjadi lebih mahal sedangkan ada masanya, kelengkapan pada motosikal itu tidak seberapa pun. Cara mereka meletakkan justifikasi kepada perkara tersebut adalah dengan menyatakan ia mempunyai keunikan tersendiri, termasuklah nama yang sudah terkenal.

    Pada tahun 2019, satu lagi model yang tergolong dalam produk gaya hidup ini diperkenalkan oleh Honda, iaitu ADV 150. Pasaran pertama yang menerimanya adalah Indonesia dan akhirnya awal tahun ini ia tiba di Malaysia dengan harga RM11,999 tidak termasuk insurans.

    Keistimewaan yang diketengahkan oleh model ini adalah ia sebuah skuter tetapi dengan konsep seperti jentera adventure. Yamaha juga ada skuter gaya hidup, iaitu NVX 155, tetapi ia membawa gaya yang lebih sporty, bersesuaian dengan kegunaan atas jalan biasa.

    ADV 150 mungkin terhasil apabila Honda menyedari konsep sama yang diguna pada model lebih besar, iaitu X-ADV 750 mendapat sambutan ramai di seluruh dunia. Bagi mengikuti konsep ini, Honda telah menjadikan badan ADV 150 lebih menegak, mempunyai penghadang angin di hadapan, suspensi lebih panjang serta tayar yang menggunakan bunga kasar.

    Baca selanjutnya di sini

     
     
  • ACE 2021: BMW beri rebat hingga RM10,888, kadar faedah 1.88% dan jaminan bateri PHEV lapan-tahun

    ACE 2021: BMW beri rebat hingga RM10,888, kadar faedah 1.88% dan jaminan bateri PHEV lapan-tahun

    Penganjuran sulung pameran jual-beli kenderaan Auto Car Expo (ACE) 2021 oleh paultan.org dengan tajaan bersama Carsome akan berlangsung pada hujung minggu 17-18 April nanti bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Terdapat banyak model kenderaan untuk didekati dan dipandu uji, serta tawaran istimewa menanti pengunjung.

    Antara jenama premium yang akan turut serta dalam acara ini ialah BMW, yang diwakili oleh Wheelcorp Premium. Untuk acara ini, BMW akan menawarkan kadar faedah serendah 1.88% bagi model baru yang dibeli pelanggan. Pembeli mana-mana model plug-in hybrid pula akan menikmati lanjutan jaminan bateri sehingga lapan tahun, dan tidak ketinggalan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan dengan servis berjadual percuma termasuk sekali dalam pembelian.

    Terdapat banyak lagi promosi dan tawaran hebat daripada semua jenama terlibat, iaitu seperti Ford, Honda, Hyundai, Proton, Mitsubishi, Nissan dan Volkswagen. Sebahagian yang sudah pun diumumkan antaranya bagi 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan akan menikmati baucar gabungan bernilai RM2,450.

    ACE 2021: BMW beri rebat hingga RM10,888, kadar faedah 1.88% dan jaminan bateri PHEV lapan-tahun

    Ini termasuk baucar RM650 untuk DK SCHWEIZER sebagai tambahan, serta RM500 dari filem penapis haba V-Kool, baucar RM500 penapis udara Blueair, RM300 baucar Dodomat, RM300 baucar kerusi keselamatan kanak-kanak Recaro serta RM200 baucar minyak BHPetrol.

    Selain semua ini, tempahan yang disahkan juga membolehkan pengunjung untuk layar menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    ACE 2021: BMW beri rebat hingga RM10,888, kadar faedah 1.88% dan jaminan bateri PHEV lapan-tahun

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkaitan ACE 2021. Kami akan mengumumkan kemaskini promosi dan penyertaan pempamer dari semasa ke semasa. Jadi, teruskan bersama kami!

     
     
  • Tony Fernandes lepaskan Caterham, kini dimiliki oleh gergasi pengimport kereta sport di Jepun, VT Holdings

    Tony Fernandes lepaskan Caterham, kini dimiliki oleh gergasi pengimport kereta sport di Jepun, VT Holdings

    Jenama kereta sport/kereta kit berdasarkan Lotus Seven, Caterham Cars yang menjadi milik bos AirAsia sejak 2011, kini sudah sah diambil alih oleh syarikat dari Jepun, VT Holdings sejak 31 Mac lalu. Caterham dibeli oleh Fernandez sebelum ini bersama rakan kongsinya Kamarudin Meranun setelah terlibat dengan Formula 1 pada 2010.

    VT Holdings adalah antara syarikat terbesar yang menjalankan perniagaan mengimport kereta di Jepun dan menjadi pengedar sah Caterham di negara berkenaan sejak 2009. Caterham merupakan sebuah jenama yang niche, namun VT Holdings mampu untuk menjual lebih dari 120 unit Caterham setahun di Jepun.

    Syarikat berkenaan juga turut membawa masuk jenama British lain seperti Lotus dan juga motosikal Royal Enfield. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, VT Holdings juga menyatakan bahawa mereka mempunyai lebih 200 bilik pameran di Jepun serta mempunyai pelaburan di UK, Sepanyol, Thailand dan Afrika Selatan.

    VT Holdings diterajui oleh ketua eksekutif kumpulannya, Kazuho Takahashi, yang juga berlumba secara kompetitif dalam
    All Japan Grand Touring Car Championship (JGTC) dan siri gantiannya Super GT serta Super Taikyu Series dalam 20 tahun kebelakangan ini.

    “VT Holdings dengan bangganya mengalu-alukan Caterham ke dalam kumpulan,” kata Takahashi. “Kami bukan sahaja membeli pengeluar kereta berprestasi yang terkenal secara global tetapi menjadi penjaga kepada legenda permotoran. Kami akan mejaga dan membangunkan Seven bagi memenuhi cabaran perundangan yang berada di hadapan.”

    Ketua eksekutif Caterham, Graham Macdonald pula menambah, “Takahashi-san dan pasukannya benar-benar memahami DNA jenama Caterham, warisan sejarah kami, pelanggan kami dan keghairahan kami. Sebagai pasukan, kami semua teruja berkenaan untuk mula menulis bab seterusnya untuk jenama istimewa ini.”

    Tony Fernandes terlibat dalam isu yang melibatkan penggunaan nama Lotus dalam pasukan Formula 1 miliknya dahulu, yang diakhiri setelah Proton menarik semula nama ‘Team Lotus’ yang digunakan pada September 2010. Selepas membeli Caterham, pasukan Formula 1 berkenaan mula berlumba dengan nama Caterham pada 2012.

    Pasukan F1 tersebut kemudian dijual pada tahun 2014, namun jenama Caterham masih kekal milik Fernandes. Beliau mempunyai rancangan besar terhadap Caterham, dan kemudian bekerja sama dengan Renault untuk menghasilkan kereta sport lain selain Seven, yang kemudiannya menghasilkan model kelahiran semula Alpine A110.

    GALERI: Caterham Super Seven 1600

     
     
  • ACE 2021: Mazda tawarkan subsidi insurans sebanyak RM1,000 atau dash cam percuma bernilai RM1,350!

    ACE 2021: Mazda tawarkan subsidi insurans sebanyak RM1,000 atau dash cam percuma bernilai RM1,350!

    Penganjuran sulung pameran jual-beli kenderaan Auto Car Expo (ACE) 2021 oleh paultan.org dengan tajaan bersama Carsome akan berlangsung pada hujung minggu 17-18 April nanti bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Terdapat banyak model kenderaan untuk didekati dan dipandu uji, serta tawaran istimewa menanti pengunjung.

    Jenama Mazda tidak ketinggalan untuk memberikan tawaran istimewa kepada pelanggan yang membeli kereta mereka sepanjang pameran ini kelak. Setiap model Mazda yang dibeli akan menikmati sama ada subsidi insurans sebanyak RM1,000 daripada Berjaya Sompo Insurance (BSI) atau dash cam percuma bernilai RM1,350*. Promosi ini adalah sebagai tambahan kepada rebat pengecualian SST, yang menyaksikan pengurangan harga sehingga RM8,090 bagi semua model yang ada.

    Terdapat banyak lagi promosi dan tawaran hebat daripada semua jenama terlibat, iaitu seperti Ford, Honda, Hyundai, Proton, Mitsubishi, Nissan dan Volkswagen. Sebahagian yang sudah pun diumumkan antaranya bagi 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan akan menikmati baucar gabungan bernilai RM2,450.

    ACE 2021: Mazda tawarkan subsidi insurans sebanyak RM1,000 atau dash cam percuma bernilai RM1,350!

    Ini termasuk baucar RM650 untuk DK SCHWEIZER sebagai tambahan, serta RM500 dari filem penapis haba V-Kool, baucar RM500 penapis udara Blueair, RM300 baucar Dodomat, RM300 baucar kerusi keselamatan kanak-kanak Recaro serta RM200 baucar minyak BHPetrol.

    Selain semua ini, tempahan yang disahkan juga membolehkan pengunjung untuk layar menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    ACE 2021: Mazda tawarkan subsidi insurans sebanyak RM1,000 atau dash cam percuma bernilai RM1,350!

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkaitan ACE 2021. Kami akan mengumumkan kemaskini promosi dan penyertaan pempamer dari semasa ke semasa. Jadi, teruskan bersama kami!

     
     
  • SJR lebih ketat untuk kawal orang ramai rentas negeri balik kampung sempena sambut Ramadan – PDRM

    SJR lebih ketat untuk kawal orang ramai rentas negeri balik kampung sempena sambut Ramadan – PDRM

    Bagi memastikan orang ramai tidak mengambil kesempatan sewenang-wenangnya untuk merentas negeri bertujuan balik ke kampung sempena menyambut Ramadan ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya (SJR).

    Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, polis tidak akan berkompromi, sebaliknya tindakan tegas diambil terhadap mereka terbabit jika melakukan kesalahan itu, laporan Berita Harian.

    Katanya,kelonggaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dengan kebenaran polis. Setakat ini, terdapat kira-kira 35 sekatan jalan raya diadakan di setiap pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri di seluruh negara.

    SJR lebih ketat untuk kawal orang ramai rentas negeri balik kampung sempena sambut Ramadan – PDRM

    “Polis percaya ada peningkatan cubaan rentas negeri untuk balik ke kampung menjelang Ramadan yang dijangka disambut 13 April ini memandangkan pada tahun lalu, tidak dapat berbuat demikian. Pelbagai cara akan digunakan orang awam untuk berbuat demikian, jadi di peringkat PDRM kita akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas.

    “Jika dikesan melanggar undang-undang, tiada nasihat diberikan, sebaliknya tindakan undang-undang terus diambil ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) itu,” katanya.

    Beliau turut tidak menolak kemungkinan, bilangan sekatan jalan raya akan ditambah sekiranya kes harian COVID-19 dilaporkan meningkat.

    Pada pertengahan Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, SJR akan diperketatkan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ini berikutan PDRM mendapati setiap petang Jumaat hingga Ahad, ramai orang mula melakukan perjalanan rentas negeri dengan pelbagai alasan, terutama untuk keluar dari Selangor dan Lembah Klang.

     
     
  • ACE 2021: Proton beri pakej selenggara percuma, rebat hingga RM7k dan baucar RM2,450 daripada kami!

    ACE 2021: Proton beri pakej selenggara percuma, rebat hingga RM7k dan baucar RM2,450 daripada kami!

    Penganjuran sulung pameran jual-beli kenderaan Auto Car Expo (ACE) 2021 oleh paultan.org dengan tajaan bersama Carsome akan berlangsung pada hujung minggu 17-18 April nanti bertempat di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Terdapat banyak model kenderaan untuk didekati dan dipandu uji, serta tawaran istimewa menanti pengunjung.

    Antara jenama yang akan ikut serta ialah Proton, yang diwakili oleh Wheelcorp Auto. Sebagai sebahagian daripada promosi Ramadan Proton, pelanggan akan menikmati sehingga RM7,000 bagi model-model terpilih Proton. Bukan itu sahaja, Proton juga memberikan pakej penyelenggaraan percuma selama setahun (termasuk kos buruh dan alat ganti) bagi semua modelnya, kecuali versi R3 Limited Edition dan Black Edition, serta X50 dan X70.

    Terdapat banyak lagi promosi dan tawaran hebat daripada semua jenama terlibat, iaitu seperti Ford, Honda, Hyundai, Mazda, Mitsubishi, Nissan dan Volkswagen. Sebahagian yang sudah pun diumumkan antaranya bagi 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan akan menikmati baucar gabungan bernilai RM2,450.

    ACE 2021: Proton beri pakej selenggara percuma, rebat hingga RM7k dan baucar RM2,450 daripada kami!

    Terbaru, baucar berkenaan melibatkan RM650 untuk DK SCHWEIZER sebagai tambahan, serta RM500 dari filem penapis haba V-Kool, baucar RM500 penapis udara Blueair, RM300 baucar Dodomat, RM300 baucar kerusi keselamatan kanak-kanak Recaro serta RM200 baucar minyak BHPetrol.

    Selain semua ini, tempahan yang disahkan juga membolehkan pengunjung untuk layar menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    ACE 2021: Proton beri pakej selenggara percuma, rebat hingga RM7k dan baucar RM2,450 daripada kami!

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkaitan ACE 2021. Kami akan mengumumkan kemaskini promosi dan penyertaan pempamer dari semasa ke semasa. Jadi, teruskan bersama kami!

     
     
  • Proton X50 – pengecas telefon pintar tanpa wayar ditawar secara opsyen, RM450 termasuk pemasangan

    Proton X50 – pengecas telefon pintar tanpa wayar ditawar secara opsyen, RM450 termasuk pemasangan

    Ini berita untuk pemilik-pemilik Proton X50 – anda kini boleh mendapatkan pengecas telefon pintar tanpa wayar untuk kereta anda yang ditawarkan sebagai aksesori asli oleh Proton.

    Pengecas berkenaan akan dipasang secara retrofit pada X50 anda dan berfungsi dengan standard Qi, memberikan output kuasa 10 watt. Ia terdiri dari satu pad yang akan dipasang pada bahagian bawah panel kawalan pendingin hawa, mengambil kuasa dari soket 12-volt.

    Dengan pengecas ini, anda tidak perlu lagi wayar untuk mengecas telefon bimbit, sebaliknya hanya letakkan peranti berkenaan di atas pad pengecas tersebut. Harga yang yang ditawarkan untuk pengecas tanpa wayar ini adalah RM450 termasuk pemasangan.

    Proton X50 – pengecas telefon pintar tanpa wayar ditawar secara opsyen, RM450 termasuk pemasangan

    Aksesori ini juga dijual secara berasingan dan tidak termasuk dalam pakej aksesori Urban dan Utility yang telah pun ditawarkan sebelum ini.

    Ia juga adalah aksesori asli Proton, jadi ia tidak akan menjejaskan sebarang waranti, dan aksesori ini sendiri diberikan waranti selama setahun. Pengecas telefon pintar tanpa wayar ini boleh dipasang pada semua varian X50 termasuk dari varian paling rendah 1.5T Standard sehingga 1.5 TGDi Flagship.

    Jika anda berminat, tempahannya sudah pun dibuka dan boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Proton.

     
     
  • Shell buka stesen pengecas EV umum pertama di Indonesia — berkapasiti 50 kW di Jakarta Utara

    Shell buka stesen pengecas EV umum pertama di Indonesia — berkapasiti 50 kW di Jakarta Utara

    Shell Indonesia telah melancarkan stesen pengecasan EV umum pertama di negara itu, lapor The Jakarta Post. Ini menjadikan Shell jenama bahan api ketiga yang memperkenalkan kemudahan pengecasan umum di sana, selepas Pertamina pada Disember 2018 dan PT Medco Energi International pada Februari tahun ini.

    Ini melibatkan satu kemudahan pengecas di stesen Shell Puit 1 di Jakarta Utara, dan mampu mengecas pada kadar 50 kW. Ini membolehkan pengecasan kenderaan elektrik dari 0-80% dalam masa sekitar 30 minit. “Ini bukti komitmen kami untuk selalu menyokong agenda kerajaan Indonesia untuk menyediakan tenaga bersih dan guna semula,” lapor akhbar berkenaan memetik kenyataak Shell Indonesia.

    Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan Februari lalu, Shell merancang untuk memperbanyak rangkaian pengecasan kenderaan elektriknya di peringkat global daripada 60,000 outlet kepada 500,000 outlet menjelang 2025, sebagai sebahagian daripada matlamat perancangan mencapai sifar emisinya menjelang 2050.

    Syarikat minyak itu melancarkan stesen pengecasan EV pertama di Indonesia susulan pengumuman bersama yang dibuat dengan Porsche bagi rangkaian melangkaui sempanan untuk pengecas prestasi tinggi kenderaan elektrik antara Singapura dan Semenanjung Malaysia, yang akan melibatkan 12 pengecas di enam stesen di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan di Malaysia.

    Disasarkan selesai dan beroperasi menjelang separuh pertama tahun 2022, rangkaian pengecas EV di Malaysia itu akan melengkapkan lagi rangkaian sedia ada Shell yangt terdiri daripada 18 kemudahan pengecas “Reserve + Shell Recharge” di Malaysia, serta 18 lagi Shell Recharge 50 kW pengecasan pantas serta 87 tempat pengecasan umum Greenlot di Singapura.

    Indonesia sedang merancakkan lagi penglibatannya dalam pembangunan kenderaan elektrik, terkini dengan pengumuman syarikat-syarikat milik kerajaan yang menjalin kerja sama untuk membangunkan Indonesia Battery Corporation (IBC).

    Ini akan melibatkan empat pihak — syarikat Pertamina, Perusahaan Listrik Negara (PLN), syarikat perlombongan Mind ID dan pelombong nickel/emas PT Aneka Tambang (Antam) — dengan setiap satu daripadanya akan memiliki 25% daripada IBC, yang mempunyai perancangan untuk menjadi rakan kongsi pengeluar bateri Contemporary Amperex Technology Limited (CATL) dari China dan LG Chem dari Korea Selatan yang akan mewujudkan rantaian pembekal bateri menyeluruh dalam negara tersebut.

     
     
  • MyBayar Saman – 291,157 saman dibayar, RM32j dikutip selepas seminggu aplikasi/portal berlancar

    MyBayar Saman – 291,157 saman dibayar, RM32j dikutip selepas seminggu aplikasi/portal berlancar

    Nampaknya aplikasi dan portal MyBayar Saman telah menunjukkan perkembangan yang positif sejak dilancarkan dalam tempoh seminggu ia dilancarkan. Ia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan selepas orang ramai mula menggunakan aplikasi/portal ini untuk melangsaikan saman trafik mereka.

    Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, sehingga 31 Mac lalu, hampir RM32 juta bayaran saman telah dikutip iaitu daripada sejumlah 291,157 saman yang direkodkan.

    Beliau menambah sebanyak 487,077 pengguna berdaftar dengan aplikasi itu dalam tempoh tujuh hari pertama ia beroperasi, selain 2,677 aduan e-mel telah diterima menerusi sistem terbabit. “Angka itu menunjukkan menunjukkan aplikasi berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Saya harap usaha ini akan terus disokong orang ramai dengan terus membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan,” katanya.

    Polis berkata, masa kini, orang ramai lebih cenderung untuk membuat transaksi dalam talian, justeru aplikasi/portal ini dilihat mampu memudahkan lagi untuk mereka menyelesaikan saman trafik masing-masing. Tahun lalu sahaja, sebanyak 46.7% saman trafik dibayar menerusi e-pembayaran, berbanding sekitar 18.5% pada 2019. Untuk rekod, sejumlah 5.37 juta saman dikeluarkan sepanjang tempoh 2016 hingga 2020.

    Untuk menggunakan MyBayar Saman, anda hanya perlu melayari portal atau memuat turun aplikasi tersebut menerusi telefon bimbit. Menerusi pendaftaran, pengguna perlu memasukkan maklumat diri yang diperlukan, isi pengesapan OTP dan login masuk portal/aplikasi berkenaan. Kemudian, log in aplikasi/portal terbabit dan memilih saman yang hendak dibayar.

    Anda boleh memilih mod pembayaran (FPX atau kad kredit/debit) dan aplikasi/portal berkenaan akan merekodkan semua mod transaksi anda. Sehingga 11 April ini, polis turut memberikan diskaun saman sehingga 50% yang dibayar menerusi sistem terbabit, bergantung pada terma dan syarat.

     
     
  • Mitsubishi M’sia catat jualan tertinggi dalam sejarah – 9,300 unit Xpander ditempah, 2,742 sudah diserah

    Mitsubishi M’sia catat jualan tertinggi dalam sejarah – 9,300 unit Xpander ditempah, 2,742 sudah diserah

    Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mencatatkan prestasi jualan terbaik sejak beroperasi dengan menjual 4,156 unit kenderaan untuk suku keempat Tahun Kewangan 2020 (Januari hingga Mac 2021), iaitu peningkatan sebanyak 135% berbanding tempoh sama tahun lalu. Ini membolehkan Mitsubishi tergolong dalam tiga jenama bukan nasional terbaik di Malaysia untuk bulan ketiga berturut-turut.

    MMM turut mengumumkan bahawa jualan mereka telah meningkat sebanyak 51% dengan jumlah keseluruhan 11,554 unit kenderaan telah dijual setelah berakhirnya Tahun Kewangan 2020 (April 2020 – Mac 2021), berbanding tempoh yang sama untuk Tahun Kewangan 2019.

    Menurut syarikat berkenaan, peningkatan prestasi jualan ini adalah didorong atas sambutan menggalakkan dari pelanggan terhadap Mitsubishi Xpander. Sehingga kini, MPV tujuh-tempat duduk dengan gaya SUV yang telah dilancarkan pada November 2020 berkenaan telah ditempah melebihi 9,300 unit, dengan 2,742 unit daripadanya telah diserahkan kepada pelanggan.

    Mitsubishi M’sia catat jualan tertinggi dalam sejarah – 9,300 unit Xpander ditempah, 2,742 sudah diserah

    “Disebabkan respon positif yang melebihi jangkaan terhadap Xpander baharu, kami sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah produksi kami bagi memenuhi kapasiti produksi yang lebih tinggi bagi memenuhi kesemua tempahan,” kata CEO MMM, Tomoyuki Shinnishi.

    Mitsubishi Xpander dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) menerusi kilang Hicom Automotive Manufacturers di Pekan, Pahang, dan ditawarkan hanya dalam satu varian di Malaysia, dijual dengan harga RM91,369 (harga atas jalan tanpa insurans, dengan pengecualian cukai jualan sehingga akhir Jun 2021).

    Model ini dijana oleh enjin petrol NA 1.5 liter MIVEC, menghasilkan 105 PS pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 141 Nm pada takat 4,000 rpm. Unit 4A91 MIVEC itu menyalurkan pacuannya ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik empat-kelajuan.

    Selain dari Xpander, model utama MMM iaitu trak pikap Mitsubishi Triton juga mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 32% dengan jualan sebanyak 7,568 unit pada Tahun Kewangan 2020 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

    Mitsubishi M’sia catat jualan tertinggi dalam sejarah – 9,300 unit Xpander ditempah, 2,742 sudah diserah

    “Walaupun dalam situasi pasaran yang mencabar, MMM menutup Tahun Kewangan 2020 dengan angka tinggi dipacu oleh trak pikap Triton dan crossover tujuh-tempat duduk Xpander baharu bagi mendapatkan jumlah jualan yang meningkat. Dengan sokongan dari pengedar kami yang komited, kami telah mengembangkan outlet jualan kami ke Temerloh, Kuala Selangor dan Petaling Jaya dalam Tahun Kewangan lalu, dan lebih dari 60% pengedar kami telah menaik taraf outlet mereka bagi memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

    “Untuk Tahun Kewangan 2021, kami akan terus mengembangkan jaringan pengedar kami untuk membolehkan kami melayan pelanggan kami dengan lebih baik dari segi jualan dan selepas jualan,” kata Shinnishi.

    “Kami berterima kasih kepada pelanggan yang telah menyokong jenama Mitsubishi dan hanya jualan yang baik mendedahkan jenama serta pelanggan yang setia. Bagi membalas semula sokongan kuat yang diberikan, kami mengutamakan keperluan semua pelanggan kami dengan memperkenalkan pengalaman digitalisasi jualan dan selepas jualan yang lancar dengan pengenalan Test Drive 2U, aplikasi mudah alih Mitsubishi Connect dan juga Mitsubishi Online Showroom yang bari dilancarkan.

    “Dengan ini, kami terus tekun bagi terus maju dan tetap optimis pada tahun kewangan baru kami, dalam aspek untuk meningkatkan jualan kami sambil mengekalkan perkhidmatan selepas jualan yang berdedikasi,” tambah Shinnishi lagi.

     
     
  • Honda Civic Type R FK8 – produksi akan dihentikan pada Julai ini, kilang di Swindon akan ditutup terus

    Honda Civic Type R FK8 – produksi akan dihentikan pada Julai ini, kilang di Swindon akan ditutup terus

    Setiap yang bermula pasti akan berakhir – siap sedia untuk ucapkan selamat tinggal kepada Honda Civic Type R FK8 kerana produksi untuk hot-hatch yang diperkenalkan pada 2017 berkenaan dilaporkan akan berakhir pada akhir Julai 2021 ini.

    Menurut portal automotif Australia, Car Advice, Honda Australia mengesahkan bahawa tiada lagi FK8 yang boleh ditempah selepas akhir tahun lalu, walaupun versi facelift 2020 mendapat permintaan yang diluar jangkaan.

    Tempahan untuk pelanggan sedia ada akan sampai ke negara berkenaan secara berperingkat-peringkat dari bulan Mei hingga November dari kilang Honda di Swindon, di mana kilang tersebut juga akan ditutup sepenuhnya selepas menyiapkan unit-unit terakhir ini.

    Model Type R FK8 ini bakal digantikan dengan versi baharu sepenuhnya yang diasaskan dari hatchback Civic generasi ke-11. Walau bagaimanapun, Type R terakhir yang akan dijana oleh enjin petrol sepenuhnya itu hanya akan muncul pada lewat 2022.

    Honda Civic Type R FK8 – produksi akan dihentikan pada Julai ini, kilang di Swindon akan ditutup terus

    Buat masa sekarang, FK8 adalah Civic Type R terpantas pernah dihasilkan oleh Honda. Ia dijana oleh enjin K20C 2.0 liter VTEC Turbo berkuasa 320 PS/400 Nm yang sama dengan Civic Type R FK2 sebelum itu. Namun dengan sistem suspensi belakang yang menggunakan sistem multilink (hanya torsion beam pada FK2) dan juga pakej aerodinamik yang lebih agresif membolehkan FK8 mencatatkan masa 7 minit 43.8 saat dilitar Nurburgring, 6.83 saat lebih pantas dari Type R FK2.

    Rekod tersebut membolehkan Civic Type R FK8 memegang rekod sebagai kereta produksi pacuan hadapan terpantas di litar “The Green Hell” berkenaan, tetapi selepas itu dirampas oleh Renault Megane RS Trophy-R pada Mei 2019 dengan catatan masa 7 minit 40.1 saat.

    Walau bagaimanapun, FK8 menerusi model lebih hardcore Civic Type R Limited Edition yang diperkenalkan pada tahun lalu berjaya merampas gelaran kereta produksi pacuan hadapan terpantas di litar Suzuka dari Megane RS Trophy-R (2 minit 25.454 saat) dengan catatan masa 2 minit 23.993 saat.

     
     
  • GALERI: Nissan Navara facelift Pro-4X 2021 Malaysia

    GALERI: Nissan Navara facelift Pro-4X 2021 Malaysia

    Beberapa minggu lalu Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah mempertontonkan Nissan Navara facelift dalam versi paling tinggi Pro-4X, dengan pelancaran yang dirancang berlaku minggu hadapan. Kini, kami sudah mempunyai gambar penuh varian trak pikap ini, yang menggunakan warna Burning Red, iaitu satu lagi pilihan selain Stealth Grey.

    Seperti yang boleh dilihat, Navara ini mempunyai penampilan yang sangat berbeza berbanding sebelumnya, sementara bahagian lain masih banyak yang sama. Grilnya kini lebih besar, dengan rekaan seperti trak Titan dan di bahagian bucu terdapat lampu utama quad-projector serta DRL berbentuk C. Bampar juga adalah baru, dengan lampu kabus yang terletak dalam perumah menegak, serta skid plate besar dengan cangkuk penarik.

    Bonet telah dijadikan lebih tinggi, dengan bonjolan di bahagian tengah, sama seperti ruang barangan belakang yang juga lebih tinggi. Bentuk pemijak kaki tepi baru dikatakan dapat meningkatkan prestasi aerodinamik, lebih senyap dan membantu penjimatan minyak.

    Konsep pencahayaan lampu belakang juga dijadikan sama seperti lampu hadapan, dengan terdapat grafik berbentuk C sementara pintu but kini diletakkan dengan tulisan Navara. Bampar belakang yang lebih tegap didatangkan sekali dengan pemijak bagi memudahkan pengguna.

    Pelbagai lagi naik taraf luaran diberikan pada varian Pro-4X ini termasuk kemasan plastik pada lengkung roda, serta lencana, gril, pemegang pintu, cermin sisi, rel bumbung dan pemijak kaki yang dihitamkan. Rim Pro-4X adalah satu inci lebih kecil berbanding varian VL, iaitu 17 inci, dan ia menggunakan warna hitam dan dibalut tayar A/T. Anda juga boleh melihat sedikit warna oren pada lencana Nissan, penutup cangkuk penarik serta kemasan lengkung roda.

    Pada bahagian ruang barangan belakang, Navara Pro-4X didatangkan dengan sistem kargo Utili-Track baru, di mana cangkuk pada bahagian tepi boleh dilungsurkan, sekaligus memberikan fleksibiliti kepada pengguna yang mahu mengikat barang. Fungsi Tailgate Assist juga membantu mengurangkan usaha untuk membuka dan menutup pintu ruang barangan ini.

    GALERI: Nissan Navara facelift Pro-4X 2021 Malaysia

    Ada beberapa bahagian yang berubah di bahagian dalam, dan yang paling jelas adalah roda stereng tiga cabang sama seperti Serena baru. Di sebaliknya terdapat meter dengan paparan digital tujuh inci dan dua tolok analog, sementara sistem infotainmen kini menggunakan unit OEM dengan skrin sesentuh lapan inci berserta sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

    Kemudiannya, terdapat dua soket USB di bawah perehat tangan (termasuk satu soket USB-C), serta satu lagi di bahagian belakang. Untuk tempat duduk belakang, ia telah direka semula dengan bentuk sokongan lebih baik dan penyandar yang lebih melengkung untuk menjadikannya lebih selesa. Peningkatan lain adalah termasuk tambahan penebat bunyi serta cermin akustik untuk cermin hadapan dan tingkap tepi.

    Kelengkapan lain yang diberi pada Pro-4X ini adalah termasuk tempat duduk balutan kulit, lapik kaki dengan tulisan Pro-4X, lencana Nissan hitam merah pada stereng, sistem masuk tanpa kunci, butang pemula enjin, pengawal pendingin hawa dua zon, cruise control, cermin pandang belakang malap sendiri, sistem kamera 360 darjah dengan pengesan objek bergerak, mod offroad baru serta enam pembesar suara.

    Pada bahagian keselamatan, Pro-4X menjadi Navara pertama yang datang dengan Autonomous Emergency Braking, Lane Departure Warning, Blind Spot Monitoring, Rear Cross Traffic Alert serta Automatic High Beam, dan ia menyertai ciri lain seperti enam beg udara dan Stability Control.

    Walaupun adalah model baru, Navara Pro-4X yang diperkenalkan untuk Malaysia ini tidak akan mendapat enjin baru 2.3 liter diesel turbo YS23 seperti di Thailand, dan hanya akan dikuasakan oleh 2.5 liter YD25 yang sudah digunakan sejak model generasi D40 diperkenalkan.

    Semasa majlis pra tontonnya, kami diberitahu bahawa ETCM telah membuat keputusan untuk spesifikasi Navara facelift sejak tahun 2018 lagi, dan masa itu keadaan berkenaan pengenalan bahan api diesel Euro 5 masih tidak diketahui. Sebab itulah mereka memilih enjin lama itu, yang menghasilkan jumlah kuasa sama seperti YS23 iaitu 190 PS pada 3,600 rpm dan 450 Nm tork pada 2,000 rpm, bersama padanan kotak gear automatik tujuh kelajuan pada Pro-4X.

    GALERI: Nissan Navara facelift Pro-4X 2021 Malaysia

    Di sebalik badannya pula terdapat beberapa lagi perubahan. Sistem stereng telah ditala semula untuk menjadi lebih cepat dan kurang berat untuk diputar waktu kelajuan rendah, manakala suspensi multilink di belakang menampilkan spring dua kadar yang dapat mengurangkan lambungan badan termasuk dengan muatan, meningkatkan stabiliti, keselesaan serta pengendalian. Kemampuan membawa muatan juga bertambah menjadi 1.1 tan.

    Ciri baru lain yang terdapat pada Pro-4X adalah pengunci differential belakang elektronik serta Trailer Sway Assist, iaitu sistem yang memberi daya brek sekiranya trak mula berayun apabila menarik sesuatu. Nissan Navara facelift akan dilancarkan pada 16 April, dan pada masa itu spesifikasi lengkapnya akan didedah dan tempahan untuk semua varian akan dibuka.

     
     
  • PDRM keluarkan 71,127 saman dalam Operasi Khas Ubahsuai Ekzos bagi tempoh 1 hingga 31 Mac 2021

    PDRM keluarkan 71,127 saman dalam Operasi Khas Ubahsuai Ekzos bagi tempoh 1 hingga 31 Mac 2021

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah pun mengadakan Operasi Khas Ubahsuai Ekzos (bunyi bising) pada 1 hingga 31 Mac lalu dan bagi tempoh itu, sebanyak 71,127 saman terhadap pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

    Dalam jumlah itu, sebanyak 6,954 saman atas kesalahan ubah suai ekzos iaitu melibatkan 4,926 saman bagi motosikal, 1,627 saman bagi kereta dan 401 bagi lain-lain kenderaan.

    “Dalam pada itu, sebanyak 2,696 motosikal, 66 kereta dan 19 lain-lain kenderaan disita untuk pemeriksaan lanjut. Kenderaan akan diserahkan semula selepas kenderaan yang diubahsuai ekzos dikembalikan kepada spesifikasi asal,” kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

    Tambah beliau, sebanyak 157,992 kenderaan keseluruhan diperiksa membabitkan 76,315 motosikal, 52,059 kereta dan 29,618 lain-lain kenderaan di 3,478 lokasi operasi di seluruh negara.

    “Operasi dilancarkan bertujuan menguatkuasakan undang-undang kepada pengguna jalan raya terutama pemilik serta penunggang motosikal yang melakukan ubahsuai ekzos sehingga mendatangkan bunyi bising.

    “Kita akan melakukan operasi ini secara berterusan di samping operasi lain seperti samseng jalanan, mabuk, lampu merah dan lain-lain,” katanya.

     
     
  • Subaru Forester kini ditawarkan di M’sia dengan rebat hingga RM30k untuk unit tahun model pilihan, warna

    Subaru Forester kini ditawarkan di M’sia dengan rebat hingga RM30k untuk unit tahun model pilihan, warna

    Subaru Forester GT Lite Edition 2021

    TC Subaru, pengedar eksklusif Subaru di Malaysia telah menawarkan pakej promosi untuk unit terpilih bagi barisan model Forester. Pakej promosi tersebut hanya untuk unit tahun model terpilih sahaja, di mana ia terhad bagi pemilihan warna, ujar TC Subaru.

    Bermula harga RM159,788, enam varian Forester ditawarkan untuk pakej ini dan pelanggan yang berminat untuk membelinya juga mempunyai pilihan untuk trade-in kenderaan yang dimiliki menerusi program Trade-In Assist yang ditawarkan oleh TC Subaru. Setiap pembelian Forester baharu ini juga akan menerima waranti lima-tahun/100,000 km.

    Model Forester terkini yang dijual di pasaran tempatan ialah 2.0i-L GT Lite Edition, di mana ia diperkenalkan pada Februari lalu dengan harga atas jalan R<163,788 tanpa insurans, termasuk 50% pelepasan cukai jualan memandangkan ia merupakan model yang diimport dari Thailand. Model ini diasaskan dari Forester 2.0i-L, dan dilengkapi dengan kit badan yang lebih sporty. Lain-lain varian termasuklah 2.0i-S, 2.0i-S GT Lite Edition, 2.0i-S EyeSight, 2.0i-S EyeSight GT Lite Edition dan the 2.0i-S EyeSight GT Edition.

    Subaru Forester kini ditawarkan di M’sia dengan rebat hingga RM30k untuk unit tahun model pilihan, warna

    Subaru Forester GT Edition 2020

    Antara ciri yang ditampilkan termasuklah roda aloi-aluminium rekaan ‘snowflake’ 17-inci, lampu kabus hadapan halogen, lampu utama, lampu belakang dan lampu kabus belakang LED. Untuk ruang dalamnya pula, GT Line Edition diberikan tempat duduk balutan kulit dan boleh dilaras secara elektrik di hadapan, pendingin hawa automatik dua zon, head unit lapan inci dengan enam pembesar suara, kamera 360 darjah dan cruise control.

    Ciri keselamatan juga tidak berubah, di mana varian baru ini dilengkapi tujuh beg udara (depan, tepi, bidai dan kaki pemandu), Vehicle Dynamics Control, ABS, EBD, BA, cagak Isofix dan brek parkir dengan ciri Auto Vehicle Hold.

    Di bawah hud terdapat enjin boxer empat silinder NA 2.0 liter yang dipadankan bersama transmisi Lineartronic CVT dan sistem pacuan Symmetrical All-Wheel Drive. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 156 PS pada 6,000 rpm dan 196 Nm tork pada 4,000 rpm.

    Forester GT Edition yang dilancarkan pada Jun 2020 pula dilengkapi dengan ciri khas roda 18-inci dengan penutup tengah ‘GT’ dan upholstery kulit GT. Berdasarkan varian tertinggi 2.0i-S EyeSight, GT Edition juga diberikan sistem bantuan pemantu EyeSight.

    Ini termasuklah Pre-Collision Braking dan Throttle Management, Lane Sway dan Departure Warning, serta Adaptive Cruise Control dan Lead Vehicle Start Alert. Ia turut dilengkapi dengan Lane Change Assist, Rear Cross-Traffic Alert, Side View Monitor dan Blind-Spot Detection system.

    TC Subaru berkata, pihaknya akan terus menawarkan inisiatif ‘Pandu uji di rumah’ untuk pelanggan yang tidak mahu berkunjung ke bilik pameran. Temujanji boleh dibuat dengan bilik pameran Subaru yang berhampiran dan konsultan jualan akan menghantar unit pandu uji ke pelanggan mengikut lokasi yang diminta. Selain itu, unit pandu uji tersebut akan disanitasi terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada para pelanggan.

    GALERI: Subaru Forester GT Edition 2020

     
     
  • ACE 2021 paultan.org — Lexus ikut serta, baucar kini menjadi RM2,450 termasuk RM650 untuk interior kulit

    ACE 2021 paultan.org — Lexus ikut serta, baucar kini menjadi RM2,450 termasuk RM650 untuk interior kulit

    Kurang lebih dua minggu lagi acara atau pameran jualan kenderaan Auto Car Expo (ACE) 2021 paultan.org yang ditaja bersama oleh Carsome akan tiba. Ia akan berlangsung pada 17 dan 18 April di Pusat Persidangan Setia City (SCCC). Banyak jenama telah mengesahkan penyertaan mereka, tetapi perkembangan terkini menyaksikan Lexus juga akan ikut serta.

    Walaupun ACE memberi tumpuan kepada jenama kenderaan massa, pengeluar kenderaan premium Jepun ini akan menyertai BMW dan MINI sebagai memberikan sedikit kelainan kepada acara berkenaan. Akan ada banyak lagi jenama lain bagi kenderaan yang mampu milik seperti Ford, Honda, Hyundai, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Proton dan Volkswagen. Kemungkinan juga akan ada beberapa lagi jenama yang akan ikut serta, dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

    Di ACE, anda akan berpeluang memandu uji dan membeli kenderaan idaman anda — baru atau terpakai — dengan pelbagai tawaran yang sukar untuk dilepaskan daripada setiap jenama terlibat. Lebih menarik, semua itu sebagai tambahan kepada pengecualian cukai SST yang masih berlangsung. Tidak lupa, kereta lumba MSF juga akan turut dipamerkan!

    ACE 2021 paultan.org — Lexus ikut serta, baucar kini menjadi RM2,450 termasuk RM650 untuk interior kulit

    Bukan itu saja, terdapat banyak lagi promosi daripad semua jenama terlibat. Sebahagian yang sudah pun diumumkan antaranya bagi 200 pelanggan terawal yang membuat tempahan kenderaan akan menikmati baucar gabungan bernilai RM2,450.

    Terbaru, baucar berkenaan melibatkan RM650 untuk DK SCHWEIZER sebagai tambahan, serta RM500 dari filem penapis haba V-Kool, baucar RM500 penapis udara Blueair, RM300 baucar Dodomat, RM300 baucar kerusi keselamatan kanak-kanak Recaro serta RM200 baucar minyak BHPetrol.

    Selain semua ini, tempahan yang disahkan juga membolehkan pengunjung untuk layar menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti 10 telefon pintar bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian untuk dua orang bernilai RM10,000!

    Memandangkan kita masih dalam tempoh pandemik, kami akan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang dirasakan perlu untuk memastikan keselamatan semua. Pengunjung diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang masa dan bacaan suhu badan akan diambil serta dipastikan berada di bawah 37.4ºC sebelum masuk. Anda juga perlu mengimbas kod QR dan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi tujuan memudahkan pengesanan kontak sekiranya perlu.

    ACE 2021 paultan.org — Lexus ikut serta, baucar kini menjadi RM2,450 termasuk RM650 untuk interior kulit

    Sebagai usaha tambahan, semua individu wakil penjual yang ada untuk acara ini akan memakai pelindung muka selain pelitup muka biasa. Semua permukaan sentuhan yang utama, termasuk pada kenderaan yang dipamer serta pandu uji, akan disanitasi secara kerap. Kami akan menyediakan cecair sanitasi tangan di lokasi, dan menggalakkan semua pengunjung untuk membawa cecair mereka sendiri dan juga basuh tangan dengan kerap.

    Kami juga akan mengenakan had hanya seramai 1,200 orang di dalam dewan pameran dalam satu-satu masa. Kami mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi jumlah berkenaan — berbanding 1,700 orang yang dibenarkan oleh SCCC berpandu kepada 50% orang sebagai pematuhan SOP semasa yang ditetapkan kerajaan — bagi memastikan keselamatan semua. Sebaik memasuki dewan pameran, pengunjung diwajibkan mematuhi panduan jarak sosial selamat. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun tidak akan dibenarkan masuk.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut berkaitan ACE 2021. Kami akan mengumumkan kemaskini promosi dan penyertaan pempamer dari semasa ke semasa. Jadi, teruskan bersama kami!

     
     
  • Isuzu D-Max 2021 di Malaysia — spesifikasi awal kini disahkan; ada AEB, FCW, ACC, 7 beg udara

    Isuzu D-Max 2021 di Malaysia — spesifikasi awal kini disahkan; ada AEB, FCW, ACC, 7 beg udara

    Susulan pengesahan Isuzu Malaysia bahawa Isuzu D-Max generasi ketiga akan dilancarkan di Malaysia penghujung bulan ini, kita kini ada sebahagian maklumat awal tentang trak pikap dengan rekaan baru itu.

    Minggu lalu, syarikat itu memaklumkan bahawa D-Max baru ini akan turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan maju (ADAS), tetapi tidak memperincikannya. Bagaimanapun, senarai ciri berkenaan kini boleh dilihat di laman ROI khusus yang disediakan, dan nampaknya model baru ini akan menjadi lebih baik berbanding model terdahulu, bahkan lebih menarik berbanding spesifikasi di Thailand.

    Ini termasuk amaran perlanggaran hadapan dan brek kecemasan autonomous yang akan ditawarkan pada D-Max buat kali pertama di Malaysia (ia standard di Australia dan UK). Selain itu, ciri Turn Assist, yang akan mengenakan brek kecemasan ketika perlanggaran berpotensi berlaku dikesan ketika di selekoh.

    Sistem lain termasuklah kawalan melayar adaptif dengan fungsi Stop/Go, amaran penukaran lorong, peninjau titik buta, penghindaran salah tekan pedal (automatik saja), amaran lintasan trafik belakang, lampu tinggi automatik, pengehad kelajuan dan brek multi-perlanggaran.

    Isuzu D-Max 2021 di Malaysia — spesifikasi awal kini disahkan; ada AEB, FCW, ACC, 7 beg udara

    Ini disudahi dengan tujuh beg udara (tambah satu dari sebelumnya), ABS, EBD, bantuan brek, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, sistem menuruni curam, lampu isyarat kecemasan, kawalan kestabilan elektronik, sensor parkir depan dan belakang dan kamera undur.

    Kelengkapan keselamatan ini adalah sebagai tambahan kepada penawaran sedia ada, dengan harga anggaran antara RM89,000 hingga RM145,000, serta adanya tingkat kemasan baru dikenali sebagai X-Terrain. Turut telah disahkan ialah dua jenis enjin turbodiesel yang akan ditawarkan, dengan pilihan transmisi manual enam-kelajuan atau automatik enam-kelajuan juga.

    Satu daripada enjin tersebut telah diperkenalkan di sini pada 2019, iaitu RZ4E-TC 1.9 liter Ddi BluePower, dengan janaan 150 PS dan 350 Nm tork. Unit satu lagi pula ialah 4JJ3-TCX 3.0 liter Ddi BluePower yang merupakan versi diperbaik bagi unit 4JJ1-TCX yang masih digunakan pada model facelift generasi keduanya di sini. Enjin baru tersebut menghasilkan 190 PS dan 450 Nm, atau 13 PS dan 70 Nm lebih tinggi berbanding yang lama.

     
     
  • Lexus LM 2021 di Malaysia bakal dilancarkan 15 April ini, siaran langsung di Facebook jam 1 tengahari

    Lexus LM 2021 di Malaysia bakal dilancarkan 15 April ini, siaran langsung di Facebook jam 1 tengahari

    Lexus Malaysia akan melancarkan model LM pada 15 April ini, hampir empat bulan sejak tempahan bagi MPV mewah ini mula dibuka. Majlis pelancarannya akan disiarkan secara langsung melalui Facebook pada 1 pm, dan bagi yang berminat untuk ikut serta boleh mendaftar di laman Facebook Lexus Malaysia.

    Lexus LM akan ditawarkan untuk pasaran tempatan dalam bentuk LM 350, sama seperti di Indonesia. Bagaimanapun, kita hanya akan menerima versi empat-tempat duduk; varian tujuh-tempat duduk turut ada di Indonesia, tetapi tidak di sini.

    LM 350 dilengkapi enjin 2GR-FKS 3.5 liter V6 petrol yang menghasilkan 296 hp dan 360 Nm, dengan kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik Direct-Shift lapan-kelajuan. Ia memberikan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.3 saat, dan laju maksimum yang boleh dicapai ialah 180 km/j. Malaysia juga tidak akan menerima versi LM 300h hybrid seperti di Thailand.

    Lexus LM 2021 di Malaysia bakal dilancarkan 15 April ini, siaran langsung di Facebook jam 1 tengahari

    Bukanlah rahsia bahawa LM ini berasaskan Alphard. Namun, ia diberikan sentuhan yang lebih mewah, dengan kelengkapan dan perincian yang jitu. Antara yang melengkapinya ialah lampu utama projector LED triple-beam, DRL LED khusus, rim aloi krom 18-inci serta skrin sentuh 12.3-inci untuk sistem infotainmen dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

    Di belakang, tersedia dua tempat duduk VIP yang boleh direbahkan menjadi rata, dengan beralaskan urethane foam kepadatan rendah AdaptiPedic yang dibalut dengan kulit semi Aniline. Turut ada ialah fungsi urutan binaan dalaman serta pendingin, sementara pembahagi kaca kawalan elektronik memberikan privasi sepenuhnya kepada penumpang.

    Ciri lain termasuk skrin LCD 26-inci, sistem bunyi Mark Levinson dengan 19-pembesar suara, moonroof berkembar, peti sejuk dalaman, ruang storan yang cukup luas untuk menempatkan beg kerja serta konsol tengah kendalian melalui sentuhan.

    Lexus LM 2021 di Malaysia bakal dilancarkan 15 April ini, siaran langsung di Facebook jam 1 tengahari

    Aspek keselamatan pula antaranya termasuk tujuh beg udara serta Lexus Safety System+ (LSS+). Ini termasuk sistem pra-perlanggaran, kawalan melayar radar dinamik, bantuan pengesanan lorong, bantuan penukaran lorong dengan peninjau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, brek sokongan parkir dan sistem lampu tinggi adaptif.

    Hanya ada dua warna ditawarkan iaitu hitam dan putih mutiara kristal. Lexus LM 350 dijual pada harga RM1,148,000 atas jalan tidak termasuk insurans. Lexus Malaysia memaklumkan, serahan pertama akan dibuat pada bulan Jun kelak.

     
     
  • Suzuki Swift Sport – tempahan di M’sia kini di buka, dijangka RM145k untuk hot-hatch 140PS/230 Nm

    Suzuki Swift Sport – tempahan di M’sia kini di buka, dijangka RM145k untuk hot-hatch 140PS/230 Nm

    Suzuki sudahpun mengesahkan kemasukan semula mereka ke pasaran Malaysia tempoh hari dengan Naza Eastern Motors. Dan hampir pasti model pertama yang akan mereka lancarkan di sini pada bulan ini juga adalah hot-hatch Suzuki Swift Sport generasi ketiga.

    Dalam satu hantaran seorang penasihat jualan Naza yang tular di Facebook, tempahan untuk model pocket-rocket Suzuki tersebut sudahpun dibuka, dengan harga jangkaan RM145k. Harga berkenaan nampaknya jauh lebih mahal dari model generasi sebelumnya di mana ketika itu Suzuki Automobile Malaysia menjual Swift Sport generasi kedua pada 2013 dengan harga RM97,888 untuk model manual dan RM102,888 untuk versi CVT automatik.

    Swift Sport generasi baharu ini akan diimport sepenuhnya dari Jepun, dan senarai menunggu dijangka akan mengambil masa selama dua-bulan. Model CBU ini juga dijangka akan di bawa ke Malaysia dalam jumlah terhad.

    Model generasi baharu ini menampilkan standard lebih tinggi dari model generasi sebelumnya kerana di Jepun, ia sudah tidak lagi dilihat lawan terus kepada Honda Fit (Jazz) RS. Ini kerana ia tidak lagi menampilkan enjin 1.6 liter NA, sebaliknya dijana oleh enjin petrol turbo K14C 1.4 liter Boosterjet berkuasa 140 PS pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 230 Nm bermula 2,500 hingga 3,500 rpm.

    Suzuki Swift Sport – tempahan di M’sia kini di buka, dijangka RM145k untuk hot-hatch 140PS/230 Nm

    Walaupun enjin Boosterjet berkenaan hanya menghasilkan sedikit kuasa tambahan berbanding enjin M16A terdahulu yang berkuasa 136 PS, tambahan tork yang dihasilkan model generasi baharu ini adalah sangat besar iaitu 70 Nm. Ini membolehkan hot-hatch yang hanya ditimbang seberat 970 kg berkenaan memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8 saat dan mencatatkan kelajuan maksima 205 km/j.

    Juga di Jepun, Suzuki Swift Sport ditawarkan dalam pilihan kotak gear enam kelajuan manual atau enam kelajuan automatik (dengan pedal penukar gear, tetapi tiada fungsi tiptronic pada tuil), dengan kuasa hanya memacu roda hadapan. Walau bagaimanapun, pasaran Malaysia mungkin hanya ditawarkan dengan kotak gear automatik.

    Bukan hanya unit penjana yang diperbaharui, malah asas Suzuki Swift Sport generasi baharu ini juga menampilkan peningkatan jauh lebih baik. Ia diasaskan dari platform Heartect Suzuki yang menampilkan casis yang lebih tegar serta memberikan kestabilan lebih tinggi dalam kelajuan tinggi. Walaupun tidak diberikan suspensi belakang jenis bebas sepenuhnya, trailing arm Swift Sport ini dihasilkan khas bagi mengurangkan perubahan bentuk ketika mengambil selekoh.

    Pelbagai warna ditawarkan untuk Suzuki Swift generasi baharu ini iaitu Burning Red Pearl Metallic, Speedy Blue Metallic, Pure White Pearl, Premium Silver Metallic, Mineral Grey Metallic, Super Black Pearl dan juga warna hero yang digunakan jentera rali Junior WRC Suzuki iaitu Champion Yellow. Namun sekali lagi, pilihan warna yang bakal di bawa kepasaran tempatan juga masih belum dapat dipastikan.

     
     
  • Subaru BRZ 2021 diperkenalkan di Jepun – 2.4L boxer NA 235 PS/250 Nm, AT & MT, pelbagai aksesori STI

    Subaru BRZ 2021 diperkenalkan di Jepun – 2.4L boxer NA 235 PS/250 Nm,  AT & MT, pelbagai aksesori STI

    Serentak dengan pendedahan Toyota GR 86, hari ini Subaru turut memperkenalkan kembar untuk versi kereta sport ringan dua pintu berkenaan, BRZ 2021 untuk pasaran Jepun, selepas kemunculan sulungnya telah dibuat di Amerika Syarikat November tahun lalu.

    Di Jepun, BRZ juga akan dijual lebih awal iaitu bermula musim panas ini, berbanding GR 86 yang hanya akan dijual bermula musim luruh nanti. Walau bagaimanapun, kedua-dua pasangan kembar ini akan dipasang di kilang yang sama iaitu di kilang Subaru Gunma, Jepun.

    Model JDM ini menampilkan rupa yang sama seperti yang muncul di Amerika Syarikat tahun lalu. Ia diasaskan dari casis generasi sebelumnya, tetapi diolah dengan elemen dari Subaru Global Platform yang baharu. Ini membolehkan ia mencapai ketegaran torsi 50% lebih kuat dari sebelum ini hasil dari sistem cagak casis yang telah diperkuatkan.

    Subaru BRZ 2021 diperkenalkan di Jepun – 2.4L boxer NA 235 PS/250 Nm,  AT & MT, pelbagai aksesori STI

    Oleh itu, saiz untuk model generasi baharu ini juga tidak banyak berubah dari model sebelumnya. Subaru BRZ 2021 menampilkan dimensi 4,265 mm (+25 mm) panjang, 1,775 mm lebar, 1,310 mm (-10 mm) tinggi, serta jarak roda sejauh 2,575 mm atau 5 mm lebih panjang.

    Dari segi rupa, BRZ 2021 menampilkan hampir keseluruhan rupa yang sama dengan GR 86 termasuk lampu dan bampar belakang. Elemen utama yang membezakan antara kedua-duanya adalah bampar dan gril hadapan di mana BRZ menerima gril berbentuk heksagon, berbeza dengan 86 yang diberikan gril ‘Matrix’ dan liang udara hampir seiras dengan GR Yaris.

    Perincian lain seperti lampu hadapan dengan bentuk titisan air bersama jalur LED lampu nyalaan siang berbentuk-C bersepadu, liang udara sisi yang memang berfungsi, bumbung “double bubble” dan juga spoiler ekor itik yang bersepadu terus dengan penutup but belakang adalah seiras dengan GR 86.

    Subaru BRZ 2021 diperkenalkan di Jepun – 2.4L boxer NA 235 PS/250 Nm,  AT & MT, pelbagai aksesori STI

    Bahagian dalaman BRZ 2021 ini juga nampak seiras dengan Toyota GR86. Ia menampilkan papan pemuka, sistem infotainmen, paparan instrumen digital, suis susunan seperti kekunci piano untum sistem pendingin hawa semuanya sama untuk kedua-dua model. Apa yang berbeza cuma logo Subaru pada roda stereng.

    Model generasi baharu ini masih tidak diberikan pengecas turbo, sebaliknya dibekalkan enjin Boxer empat silinder NA yang lebih besar. Subaru BRZ dan Toyota GR 86 kedua-duanya dijana oleh enjin petrol 2.4 liter (berbanding hanya 2.0L pada generasi sebelum) berkuasa 235 PS pada takat 7,000 rpm dan juga tork maksima 250 Nm seawal 3,700 rpm (sedikit lebih berkuasa dari BRZ 2022 USDM).

    Enjin Subaru dengan kod FA24D berkenaan masih dibekalkan dengan sistem suntikan bahan api D-4S Toyota, yang menampilkan sistem suntikan terus ke dalam kebuk pembakaran dan juga suntikan port. Ia juga dibekalkan dengan sistem injap bervariasi dual Active Valve Control System (DAVCS), dengan empat aci sesondol (dua setiap kepala) yang digerakkan oleh timing chain.

    Kuasa dari enjin masih hanya disalurkan hanya ke roda belakang menerusi kotak gear enam-kelajuan dalam pilihan manual atau automatik (diberikan mod Sport).

    Dalam pendedahan hari ini, Subaru turut mengumumkan pelbagai aksesori STI untuk BRZ generasi baharu ini. Antara peralatan yang ditawarkan adalah ki badan yang merangkumi spoiler bawah bampar hadapan dan belakang, skirt sisi, lampu LED pada liang udara hadapan, kemasan pada liang udara sisi (dua versi), kemasan bumbung, dan juga trim pada penutup but belakang.

    Selain itu, barisan aksesori STI ini juga tampil dengan rim 18-inci dari BBS, spoiler belakang lebih besar diperbuat dari material karbon kering, dan juga dua peralatan prestasi iaitu muffler untuk sistem ekzos dan juga strut bar berprestasi.