Three in three for Type R: British Touring Car champion, Matt Neal, takes third lap record of ‘Type R Challenge 2018’ at Silverstone GP circuit
Desas-desus bahawa Honda bakal menutup kilang mereka di Swindon, UK pada 2021 kini bukan lagi khabar angin kerana jenama tersebut secara rasmi telah mengeluarkan kenyataan bahawa langkah itu sudah sah akan diambil. Namun langkah untuk menutup kilang yang memproduksi Jazz, CR-V, Civic Hatchback dan Civic Type R itu bukan disebabkan Brexit, tetapi adalah langkah penstrukturan semula jaringan pembuatan global Honda yang akan menumpukan kepada teknologi elektrik.
“Penstrukturan semula ini dijalankan kerana Honda mahu memacu komitmennya kepada kereta dengan teknologi elektrik, dalam respon kepada perubahan yang sukar dijangka pada industri automotif global. Cabaran yang signifikant dalam teknologi elektrik akan menyaksikan Honda merombak operasi pembuatan global, dan menumpukan aktiviti dalam rantau yang dijangka mempunyai jumlah pengeluaran yang tinggi,” kata kenyataan rasmi Honda.
Buat masa sekarang, kilang Swindon ini memproduksi 150,000 unit kereta setahun dioperasikan oleh kira-kira 3,500 orang pekerja. Walaupun kilang tersebut akan ditutup, ibu pejabat Honda Eropah masih akan kekal di UK. Jadi Honda menyatakan bahawa rundingan untuk pekerja-pekerja yang mungkin akan terjejas akan bermula sekarang.
Bukan hanya di UK, penstrukturan semula global Honda ini turut akan melibatkan operasinya di Turki. Honda kini menghasilkan 38,000 unit kereta setahun di Turki, namun mereka akan menghentikan produksi Civic sedan sedia ada di sana pada 2021. Jenama tersebut menyatakan bahawa mereka masih lagi berminat untuk meneruskan operasi perniagaan mereka di negara itu dan akan terus mengadakan dialog konstruktif dengan pemegang-pemegang kepentingan di Turki.
HUM – 2012 Civic Production
“Dalam situasi perubahan yang tidak boleh dijangka yang menjejaskan industri kita, ia amat penting untuk kami memacu strategi teknologi elektrik kami dan menstruktur kembali operasi global kami. Hasilnya, kami terpaksa mengambil keputusan yang sukar ini bagi berunding dengan tenaga kerja kami bagaimana kami boleh bersedia untuk jaringan pengeluaran kami untuk masa akan datang. Perkara ini tidak akan dipandang ringan dan kami benar-benar kesal bagaimana pengumuman hari ini akan diterima oleh orang-orang kami,” kata presiden Honda Motor Europe, Katsushi Inoue.
Kilang Swindon ini dibina di atas bekas lapangan terbang, yang sebelum itu hanya digunakan untuk membuat pemeriksaan akhir sebelum penghantaran (PDI) pada tahun 1985. Operasi penghasilan enjin bermula pada tahun 1989 dan tiga tahun selepas itu Honda UK mula memasang model lengkap Accord di kilang berkenaan.
Fasiliti ini juga adalah pusat dimana terhasilnya model-model Type R dari Honda UK seperti Honda Accord Type R, Civic Type R EP3, Civic Type R FN2 dan Civic Type R FK2 – kesemua ini tidak dibuat di Jepun. Malah model Type R terkini iaitu Civic Type R FK8 juga hanya dihasilkan di Swindon dan dieksport keseluruh dunia termasuk Jepun.
Mazda Eropah telah mendedahkan spesifikasi penuh bagi Mazda 3 serba baharu untuk rantau itu, termasuk enjin dan ciri yang ditawarkan. Untuk yang berminat ingin tahu bagaimana rupa model generasi keempat itu, kami sajikan galeri foto untuk varian sedan dan hatchback ini.
Bagi penawaran enjinnya, Mazda 3 bagi pasaran Eropah hadir dengan unit 1.8 liter empat-silinder turbodiesel dengan kuasa 116 PS pada 4,000 rpm dan tork 270 Nm dari 1,600-2,600 rpm. Penjana kuasa SkyActiv-D baharu ini menggantikan unit 1.5 liter dan 2.2 liter yang digunakan sebelum ini, dilengkapi dengan pengecas turbo tunggal, geometri boleh ubah dan sistem NOx Storage Catalyst (NSC).
Untuk unit petrol pula, ia ditawarkan dengan SkyActiv-G 2.0 liter naturally-aspirated empat-silinder dengan 112 PS pada 6,000 rpm dan tork 213 Nm pada 4,000 rpm. Peningkatan dibuat termasuk menaiktaraf piston skirt dan mengoptima oil ring profile, bersama piston top profile dan multi-stage injection.
Teknologi pengaktifan silinder (juga didapati pada unit 2.5 liter), turut diletakkan pada enjin anjakan-kecil. Untuk pengetahuan, SkyActiv-G 2.0 untuk Eropah lebih kurang kuasanya berbanding bagi pasaran Asia dan Amerika Syarikat, di mana ia menerima talaan yang lebih tinggi. Sebagai tambahan, untuk pasaran terpilih dalam rantau (seperti Turki), ia turut menerima pilihan SkyActiv-G 1.5 liter empat-silinder (120 PS pada 6,000 rpm dan 150 Nm pada 4,000 rpm).
Pilihan enjin yang lain ialah enjin pencucuhan mampatan SkyActiv-X, tapi kita harus menantikan spesifikasi rasminya dikeluarkan. Walau bagaimana pun, berdasarkan dokumen sebelum ini dari Mazda Slovakia, enjin yang dilengkapi Spark Controlled Compression Ignition (SPCCI) ini bakal memberikan 181 PS dan 222 Nm.
Kedua-dua enjin SkyActiv-G 2.0 dan SkyActiv-X bekerja mengikut sistem Mazda M Hybrid, yang beropeasi pada sistem hibrid ringan 24-voltan. Ia turut menampilkan integrated starter generator (ISG) dan lithium-ion dengan kapasiti 600 kJ (0.17 kWh).
Bateri tersebut dicas menerusi brek regeneratif, di mana ia membekalkan elemen elektrikal kereta, menyokong lanjutan enjin untuk sistem start-stop, dan memberikan bantuan apabila ia dimatikan. ISG pula beroperasi apabika sistem motor menggerakkan piston ke posisi di mana ia akan bergerak kembali secara lebih lancar.
Semua enjin ini dipadankan sama ada dengan kotak gear manual atau automatik enam-kelajuan, dengan pilihan SlyActiv-X turut ditawarkan dengan sistem i-Activ AWD (hanya hatchback). Tidak kira modelnya, G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) turut didatangkan secara standard.
Sementara itu, elemen yang didatangkan untuk Mazda 3 termasuklah roda aloi 16- dan 18-inci dengan pemilihan kemasan metalik, paparan kluster instrumen 7-inci, Paparan Pemanduan Aktif yang dipancarkan ke cermin hadapan, sistem bunyi lapan-pembesar suara (pilihan sistem Bose 12-pembesar suara), paparan tengah cermin hadapan 8.8-inci dan sistem infotainmen MZD Connect.
Elemen yang terakhir yang dipertingkatkan dengan grafik baharu, menambahbaik pengesan suara dan struktur antara muka, dengan paparan skrin-terpisah. Menu pada bahagian kiri skrin pula kini ditawarkan dengan pilihan pada bahagian kanan, dengan navigasi dan informasi audio pada paparan yang sama.
Bagi keselamatan hadapan, sejumlah tujuh beg udara diletakkan dengan tambahan pada bahagian lutut pemandu, tirai dan sisi hadpaan – standard untuk pasaran global. Turut dilengkapi dengan keselamatan aktif i-Activsense dan sistem bantuan pemandu termasuk kehadiran sistem baharu Driver Monitoring, Front Cross Traffic Alert (FCTA) dan Cruising & Traffic Support (CTS) – kawalan kelajuan adaptif kelajuan rendah.
Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan Intelligent Speed Assistance (ISA) yang bekerjasama dengan Traffic Sign Recognition (TSR) untuk mengelak pemandu melebihi had laju yang ditetapkan oleh pengehad kelajuan. Turut didatangkan dengan pemantauan pandangan 360-darjah dan Adaptive LED Headlights (ALH) yang boleh dihidupkan dan dimatikan secara automatik.
Lain-lain peningkatan termasuklah Mazda Radar Cruise Control (MRCC) yang menerima fungsi stop dan go untuk model transmisi automatik, sementara Smart Brake Support (SBS) telah diperluaskan operasinya (jarak, basikal dan arah pejalan kaki pada waktu malam serra tambahan brek auto untuk Rear Cross Traffic Alert).
Mazda turut berkata fungsi Advanced Smart City Brake Support (Advanced SCBS) telah disertakan ke Smart Brake Support (SBS), di mana kaedah pengesanan digunakan untuk kamera pengesan hadapan berbanding pengesan infra merah yang digunakan sebelum ini.
Mazda 3 baharu ini dibina dengan SkyActiv-Vehicle Architecture, dan menampilkan kerangka yang menggunakan rangka lurus dan struktur continuous ring. Ia digunakan bersama keluli ketahanan tinggi tegar sehingga 1,310 MPa (30% dari 3%), memberikannya ia lebih ringan, dengan rekaan badan yang lebih berketahanan tinggi. Suspensinya menggunakan topang MacPherson di hadapan dan larasan torsion beam yang baharu dibangunkan untuk belakang.
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengesahkan bakal melancarkan jentera prestasi Supra untuk pasaran Malaysia. Walau pun tidak menyatakan lebih terperinci bilakah ia bakal dilancarkan, namun kami jangkakan ia bakal berlangsung sebelum 2019 melabuhkan tirainya.
Dua pilihan enjin telah ditawarkan untuk pasaran dunia, yang pertama dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa 197 PS dari 4,500 hingga 6,000 rpm dan tork 320 Nm dari 1,450 hingga 4,200 rpm.
Enjin yang sama turut ditawarkan tetapi dengan talaan yang lebih tinggi, mampu meledakkan 258 PS dari 5,000 hingga 6,000 rpm dan tork 400 Nm dari 1,550 hingga 4,400 rpm. Ia dikatakan mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat berbanding unit yang lebih rendah dengan 6.5 saat.
Pilihan kedua pula ialah enjin petrol 3.0 liter enam-silinder dengan pengecas turbo twin-scroll, bersama sistem suntikan terus dan injap kawalan bervariasi, menghasilkan kuasa lebih dari 295 hp dan tork maksima 450 Nm. Toyota mendakwa ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa tidak sampai lima saat. Kesemua versi enjin digandingkan dengan kotak gear lapan-kelajuan automatik.
Buat masa sekarang, UMWT juga belum mendedahkan varian dan harganya bagi pasaran Malaysia. Jadi, sesiapa yang berminat, dah boleh mula buka tabung baharu untuk miliki Supra idaman hati ini.
Tahun ini, UMW Toyota Motors ada beberapa buah tangan untuk peminat jenama itu di sini. Satu daripada perkara yang sudah disahkan adalah bahawa model hatchback segmen B, Toyota Yaris akan diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran tempatan, kemungkinan pada suku kedua tahun ini.
Model berkenaan bukan terlalu asing di sini. Yaris pernah dilihat di Malaysia sebelum ini, sedang diangkut di atas lori. Yaris untuk pasaran Malaysia akan dipasang secara CKD di kilang baru Toyota di Bukit Raja. Toyota Vios 2019 menjadi model pertama yang dipasang di situ. Dan Yaris ini tak lari jauh pun sebenarnya, bolehlah dianggap sebagai Vios versi hathcback.
Unit yang pernah dilihat sebelum ini diberikan kit badan yang berwarna merah, sedangkan warna keseluruhan badannya adalah Citrus Mica Metallic. Itu mungkin kit badan Yaris TRD Sportivo, namun ia kelihatan tidak sama dengan versi pasaran Indonesia (Thailand tidak menerima versi berkenaan). Di Indonesia, Yaris menggunakan enjin 2NR 1.5 liter empat-silinder sama seperti Perodua Myvi.
Untuk rekod, UMW Toyota pernah memasarkan Yaris di Malaysia, iaitu model pre-facelift generasi sebelum ini pada tahun 2014. Namun dengan harga jualan melebihi RM100k untuk sebuah hatchback segmen-B, maka jumlahnya tidak terlalu banyak di atas jalan.
Ketika ini, Yaris ada dijual di Thailand dan Indonesia; di Thailand misalnya, Yaris bersama model sedannya iaitu Yaris Ativ merupakan model yang dijual di bawah program kereta eco yang memerlukan ia dijana enjin dengan kapasiti maksima 1.2 liter.
Sebelum ini kami telah menguji SUV/MPV tujuh tempat duduk Perodua Aruz, dan banyak karekter model tersebut kami bandingkan dengan pesaing terdekatnya iaitu Honda BR-V. Dah baca ULASAN PANDU UJI tersebut? Dah tahu nak pilih yang mana? Nanti sekejap, baca satu lagi perkara penting ini; antara Aruz dan BR-V, kos servis mana yang lebih rendah?
Sebelum itu, biar kami ulang semula berkenaan harga kedua-dua model ini. Perodua Aruz datang dalam dua varian iaitu model asas 1.5X berharga RM72,900, manakala model sepsifikasi penuh 1.5 Advance berharga RM77,900. Manakala BR-V pula model asas E dijual pada harga RM80,989, dan versi tertinggi V dijual pada RM87,701. Kesemua harga ini adalah harga atas jalan tanpa insuran.
Kedua-duanya diberikan waranti pengeluar lima tahun, tetapi Honda menawarkan perbatuan tanpa had, sebaliknya waranti Perodua terhad pada 150,000 km. Harga-harga servis yang bakal kami paparkan ini diperolehi dari laman web rasmi Perodua dan Honda, dan kesemua varian berkongsi jadual servis penyelenggaraan yang sama.
Kedua-dua model ini juga perlu diservis dengan jarak yang serupa iaitu setiap 10,000 km. Setelah kami bandingkan kedua-duanya, apa yang kami perasan Aruz mempunyai kos penyelenggaraan yang lebih tinggi berbanding BR-V dalam tempoh masa lima tahun. Ini adalah disebabkan dalam berberapa perkara, Aruz perlu penyelenggaraan yang lebih kerap.
Jadual servis Perodua Aruz (kiri) dan jadual servis Honda BR-V (kanan)
Perkara berkenaan adalah termasuk penukaran bendalir (minyak) brek yang perlu dilakukan setiap 20,000 km (setiap 60,000 km untuk BR-V) dan juga penukaran penuras udara (air filter) setiap 20,000 km (berbanding setiap 30,000 km untuk BR-V). Aruz juga merupakan sebuah model pacuan roda belakang (pacuan hadapan untuk BR-V) yang memerlukan minyak differential pada gandar belakang ditukar setiap kali minyak transmisi automatik (ATF) ditukar.
Walau bagaimanapun, jumlah kos untuk kesemua minyak pada transmisi Aruz (automatik konvensional empat kelajuan) termasuk pada gandar tersebut masih lagi rendah berbanding penukaran minyak transmisi BR-V (CVT automatik) yang perlu menggunakan minyak CVTF untuk setiap 40,000 km.
Perodua juga turut memasukkan penjagaan untuk tayar dalam jadual penyelenggaraan mereka, iaitu penjajaran (alignment), imbangan semula (balancing) dan pusingan kedudukan roda (rotation) yang bernilai RM60 untuk setiap 20,000 km.
Untuk palam pencucuh (spark plug) pula, satu set mengandungi empat plug untuk Aruz dijual pada harga RM220.40 dan perlu ditukar setiap 50,000 km. BR-V menggunakan komponen dari jenis Iridium yang lebih mahal berharga RM380.80 satu set, tetapi ia lebih tahan kerana hanya perlu ditukar setiap 100,000 km.
Jadual perbezaan untuk kedua-dua model, Perodua Aruz dan Honda BR-V. Klik untuk besarkan
Cecair penyejuk radiator (Coolant) pada Aruz juga perlu ditukar setiap 40,000 km, tetapi BR-V boleh bertahan sehingga 100,000 km. Secara keseluruhan untuk tempoh lima tahun, pemilik Aruz perlu membelanjakan sebanyak RM4,044.59 untuk servis, berbanding pemilik BR-V yang perlu mengeluarkan kos sebanyak RM3,014,12, atau sekitar RM1,000 lebih murah.
Satu lagi kos penyelengaraan yang tidak termasuk dalam jadual diatas adalah tayar, kerana ia bergantung kepada penggunaan pemilik. Aruz yang dilengkapkan dengan rim 17-inci menerima tayar bersaiz 215/60R17, BR-V pula diberikan rim 16-inci yang lebih kecil, dibaluti tayar 195/60R16 yang tentunya lebih murah.
Suka kami ingatkan sekali lagi bahawa semua harga ini diambil dari laman rasmi pengeluar pada waktu artikel ini ditulis, dan harga sebenar mungkin berbeza dan mungkin berubah pada masa-masa akan datang. Honda sentiasa memberikan diskaun sebanyak 15% terhadap alat gantinya, dan pada masa-masa tertentu diskaun tersebut mungkin ditambah dan mungkin juga dikurangkan.
Ini mungkin berita yang agak mengejutkan – Honda dilaporkan bakal menutup antara fasiliti paling pentingnya diluar Jepun, iaitu kilang Swindon di UK pada 2022. Menurut laporan The Guardian, pekerja-pekerja kilang berkenaan kini sedang gusar dengan masa depan mereka, dan turut menyalahkan Brexit sebagai sebab utama yang mungkin menyebabkan penutupan tersebut.
Salah seorang pekerja yang enggan namanya disiarkan menyatakan bahawa keadaan di dalam kilang kini “jelas tidak gembira” dengan situasi ini. Dia yang telah 24 tahun bekerja disitu menegaskan bahawa ini semua adalah salah Brexit, dan dia sendiri mengundi untuk UK kekal di dalam Kesatuan Eropah.
Manakala satu lagi laporan dari BBC menyebut sekitar 3,500 orang pekerja akan kehilangan mata pencarian mereka sekiranya kilang ini ditutup. Tiada lagi sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh Honda, namun ahli parlimen UK, Justin Tomlinson berkata beliau telah berhubung dengan Honda berkenaan perkara ini bagi membincangkan hal nasib pekerja. Menurut Tomlinson, buat masa ini sehingga 2021, dia perubahan dalam produksi, dan dijangka tiada sesiapa yang akan kehilangan pekerjaan.
Dalam laporan yang sama, kesatuan The Unite menyatakan bahawa sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, ia bakal menjadi “satu tamparan yang membinasakan”. Pegawainya Des Quinn berkata “industri kereta di UK selama dua dekad kebelakangan ini adalah ibarat permata pada mahkota dalam sektor pembuatan – sekarang ia jatuh dan menjadi huru-hara kerana ketidaktentuan Brexit yang diwujudkan oleh pendekatan keras diambil perdana menteri Theresa May”.
Des Quinn turut menambah, penutupan kilang ini kelak bukan sahaja akan menjejaskan periuk nasi pekerjanya serta keluarga mereka, malah ia turut boleh menyebabkan pekerja-pekerja dalam rantaian pembekalan seluruh negara turut akan kehilangan mata pencarian.
Kilang Swindon ini dibina di atas bekas lapangan terbang, yang sebelum itu hanya digunakan untuk membuat pemeriksaan akhir sebelum penghantaran (PDI) pada tahun 1985. Operasi penghasilan enjin bermula pada tahun 1989 dan tiga tahun selepas itu Honda UK mula memasang model lengkap Accord di kilang berkenaan.
Fasiliti ini juga adalah pusat dimana terhasilnya model-model Type R dari Honda UK seperti Honda Accord Type R, Civic Type R EP3, Civic Type R FN2 dan Civic Type R FK2 – kesemua ini tidak dibuat di Jepun. Malah model Type R terkini iaitu Civic Type R FK8 juga hanya dihasilkan di Swindon dan dieksport keseluruh dunia termasuk Jepun.
Tahun lalu sahaja, sebanyak 160,000 unit Honda Civic generasi kesepuluh dihasilkan di Swindon, di mana 90% daripadanya dieksport ke seluruh Eropah. Selain kereta lengkap, kilang ini juga kini memproduksi enjin-enjin petrol Earth Dreams VTEC Turbo dan enjin diesel I-DTEC. Honda juga telah membuka kilang kedua di Swindon pada 2001 bagi membolehkan ia memproduksi 250,000 unit kereta setahun. Namun akibat ketidaktentuan Brexit ini, ia kini hanya beroperasi dengan separuh kapasitinya sahaja.
Di Eropah, model SUV mewah Audi Q8 kini ditawarkan dengan dua lagi tambahan enjin enam silinder baru, sekaligus memberikan pelanggan di sana lebih lagi pilihan. Enjin baru yang pertama adalah unit petrol V6 3.0 liter untuk Q8 55 TFSI, dengan kuasa 340 hp dan 500 Nm tork. Enjin ini juga berkemungkinan tiba di Malaysia, dan mampu menyediakan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.9 saat sebelum mencapai laju maksimum 250 km/j.
Kedua adalah unit diesel 3.0 liter, yang digunakan untuk Q8 45 TDI, dengan menyediakan kuasa sebanyak 231 hp dan 500 Nm tork antara 1,750 hingga 3,250 rpm. Melalui enjin diesel ini, pengguna dapat melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.1 saat, dengan kelajuan maksimum 233 km/j.
Kedua-dua enjin baru ini dipadankan bersama sistem hibrid ringkas 48 volt, yang dikatakan dapat mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 0.7 liter bagi 100 km dalam penggunaan dunia sebenar. Sistem hibrid ini melibatkan penggunaan bateri lithium ion dan belt alternator starter (BAS) yang dapat menjana semula sehingga 12 kW dan disalurkan kepada bateri.
Dalam kelajuan antara 55 hingga 160 km/j, Q8 dapat meluncur selama 40 saat dengan enjin tertutup, apabila kaki pemandu diangkat daripada pedal minyak. Selepas itu, sistem BAS tadi akan menghidupkan kembali enjin secara pantas dan lancar. Walaupun nampak menarik, kita masih tidak tahu sama ada sistem hibrid ini akan ditawarkan di Malaysia.
Untuk transmisi, kedua-duanya dipadankan dengan unit tiptronik lapan kelajuan, menghantar kuasa kepada semua roda melalui sistem pacuan quattro jenama itu. Kedua-dua Q8 55 TFSI dan 45 TDI dipasang secara standard dengan rim 19 inci yang dibalut tayar 265/55. Turut diberikan adalah suspensi dengan pengawal serapan, sistem kawalan dinamik Drive Select, sistem infotainmen MMI Navigation Plus serta kokpit virtual Audi.
Setelah kelibatnya dijumpai sedang diuji atas jalan di Indonesia, kini Nissan Livina baru rasmi dilancarkan di negara tersebut. Secara keseluruhannya, ia ditawarkan dalam lima varian iaitu bermula 1.5 E MT, 1.5 EL MT, 1.5 EL AT, 1.5 VE AT dan 1.5 VL AT. Harga pula terletak di antara 198.8 juta Rupiah (RM57,525) hingga 266 juta Rupiah (RM76,971).
Livina baru ini berkongsi asas yang sama dengan Mitsubishi Xpander (Nissan merupakan pemegang saham terbesar dalam Mitsubishi Motors), dan disebabkan itu anda boleh lihat terdapat persamaan pada bentuknya. Walaupun begitu, beberapa bahagian dijadikan berbeza supaya dapat menghasilkan identiti yang tersendiri, seperti pada gril, bampar dan juga lampu belakang.
Kesemua varian Livina baru ini dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 1,499 cc dengan DOHC dan Twin VTC (Variable Valve Timing Control), dan ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 104 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm tork pada 4,000 rpm. Pilihan transmisi pula ada dua, sama ada manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan.
Melihat kepada varian paling asas 1.5 E MT, ia masih mendapat lampu utama halogen, lampu siang LED, lampu belakang LED, cermin sisi larasan elektronik, brek ABS dan EBD, serta dua beg udara hadapan sama seperti varian lain, tetapi ia cuma menggunakan tempat duduk fabrik, kawalan pendingin hawa manual (depan sahaja) dan rim besi 15 inci.
Pergi pula kepada varian paling tinggi 1.5 VL AT, barangannya lebih lengkap dengan lampu kabus, cermin sisi warna krom dan boleh dilipat secara elektronik, pemegang pintu krom, sistem kunci pintar dan butang pemula enjin dan rim 16 inci dengan tayar 205/55R16.
Masuk ke dalam, varian ini turut menyaksikan penggunaan kulit warna hitam pada tempat duduk dan stereng, panel hiasan kayu, panel paparan informasi LCD berwarna, butang kawalan multimedia pada stereng, blower pendingin hawa belakang, enam pembesar suara dan head unit skrin sesentuh 7.0 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.
Ciri keselamatan bagi varian paling tinggi MPV tujuh tempat duduk ini juga dipertingkat dengan Brake Assist, Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS), Hill Start Assist (HSA), kamera belakang serta pengesan undur.
Secara keseluruhannya, terdapat enam pilihan warna untuk Livina baru yang dilancarkan di Indonesia ini iaitu Ruby Red, Sunset Orange, Black Knight, Timeless Grey, Silver Tech dan White Pearl, dan ia akan bersaing dalam segmen sama dengan Avanza, Xpander, Ertiga, Xenia, dan Mobilio.
Hampir setahun setelah Ford Focus generasi keempat diperkenalkan, kini model berprestasi tingginya, Sport Technologies atau Focus ST telah membuat kemunculan secara rasmi. Seperti model generasi sebelumnya, Focus ST baharu ini tampil dengan dua pilihan janakuasa petrol turbo EcoBoost dan turbodiesel EcoBlue – kedua-duanya menghasilkan kuasa yang lebih besar.
Untuk model petrol, Focus ST dijana enjin 2.3 liter EcoBoost dibina dengan bahan aluminium keseluruhannya, sama seperti Focus RS pada model generasi ketiga dan juga Mustang EcoBoost. Namun ia ditala lebih ‘jinak’ bagi menjana 280 PS pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 420 Nm bermula 3,000 hingga 4,000 rpm, membolehkan hot-hatch ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa di bawah enam saat.
Ford menghasilkan enjin ini sebagai sebuah enjin yang mempunyai respon yang baik. Ia dipadankan dengan pengecas turbo twin scroll inersia rendah yang digerakkan oleh aliran ekzos lebih efektif, menampilkan saluran tambahan bagi ‘mengaut’ lebih gas ekzos bagi meminimakan gangguan antara aliran.
Waste-gate sistem turbo ini beroperasi secara elektronik bagi membolekan tekanan boost dikawal dengan lebih tepat sekaligus mengotimakan penghasilan kuasa. Saluran kemasukan udara direka bagi mengoptimakan fungsi unit intercooler, manakala ekzos pula dihasilkan bagi mengurangkan back pressure sistem berkenaan.
Focus ST EcoBoost turut menerima sistem turbo anti-lag bagi memastikan boost sentiasa tersedia walaupun pada rpm rendah. Sistem ini diambil dari supercar Ford GT dan trak F-150 Raptor. Dalam mod pemanduan Sport dan Track, sistem anti-lag ini akan membuka injap pendikit walaupun pemandu telah melepaskan pedal. Dengan cara ini, pengecas turbo akan terus berputar pada kelajuan tinggi, membolehkan boost diberikan sejurus selepas pedal pendikit ditekan semula.
Bagi model diesel pula, enjin 2.0 liter EcoBlue tersebut diberikan pengecas turbo geometri bervariasi (VGT) inersia rendah dan juga omboh besi (bukan aloi) yang kurang mengembang pada suhu panas. Manifold kemasukan bersepadu enjin ini pula menerima proses porting berkilat bagi mengoptimakan pembakaran dan menghasilkan 10 peratus lebih kuasa.
Secara keseluruhan, enjin EcoBlue ini mampu menjana 190 PS pada takat 3,500 rpm dan tork 360 Nm bermula 1,500 rpm dan tork maksima 400 Nm hadir pada 2,000 hingga 3,000 rpm, memberikan karekter pecutan linear pada enjin ini. Tork yang dihasilkan ini juga adalah lebih dua kali ganda berbanding enjin petrol 2.0 liter Duratec ST pada Focus generasi pertama ST170.
Dua pilihan kotak gear diberikan untuk Focus ST generasi baharu ini iaitu enam-kelajuan manual dan juga tujuh-kelajuan automatik. Buat pertama kali juga Focus ST ditawarkan dengan teknologi Selectable Drive Modes yang akan menala semula karekter kereta ini berdasarkan pilihan dan senario pemanduan.
Untuk versi manual, Focus ST diberikan short-shifter (7 peratus lebih pendek dari model standard), teknologi rev-match (membolehkan teknik heel and toe dilakukan secara automatik) dan juga LSD sebenar yang dikawal secara elektronik (eLSD) dari Borg Warner berbanding ‘LSD palsu’ Torque Vectoring pada model sebelumnya.
Manakala untuk versi automatik, ia hadir dengan teknologi Adaptive Shift Scheduling yang sentiasa menilai gaya pemanduan oleh pemandu bagi memberikan pemasaan tukaran gear yang sesuai. Pemandu turut boleh bertukar ke mod manual dan menukar sendiri gear dengan pedal pada roda stereng. Namun versi ini tidak menerima eLSD, sebaliknya masih dibekalkan denga sistem Torque Vectoring yang akan memberikan sedikit brek pada roda sebelah dalam ketika mengambil selekoh bagi mengelakkan berlakunya understeer.
Selain dari enjin dan transmisi, Selectable Drive Modes turut berhubung dengan sistem suspensi Continuously Controlled Damping (CCD). Teknologi CCD akan memantau bukan sahaja suspensi, malah badan, stereng dan input brek setiap dua milisaat dan melaras kembali respon penyerap hentak.
Bahagian belakang Focus generasi baharu ini menerapkan suspensi gantungan bebas short long arm (SLA) yang direka bagi memberikan tindak balas yang baik tanpa mengorbankan keselesaan. Berbanding versi standard, Focus ST ini diberikan talaan suspensi lebih keras – 20 peratus di hadapan dan 13 peratus di belakang. Ia juga 10 mm lebih rendah dari model biasa yang bukan sahaja memberikan cengkaman lebih baik, malah turut tampil dengan stance lebih agresif.
Ford menala sistem stereng berkuasa elektrik (EPAS) Focus ST ini 15 peratus lebih pantas, manakala perisian Steering Torque Disturbance Reduction pada sistem EPAS berkenaan direka bagi mengurangkan torque steer ketika memecut.
Brek hadapan menerima cakera berdiameter 330mm x 27mm dengan angkup dua omboh, manakala belakang pula diberikan cakera 302mm x 11mm. Ia turut dilengkapkan dengan booster brek elektronik yang mempunyai respon yang lebih cepat dari booster vakum konvensional, manakala sistem brek ini secara keseluruhan telah diuji dan disahkan empat kali lebih tahan fade berbanding ST sebelum ini.
Tiga mod pemanduan hadir secara standard iaitu Slippery/Wet, Normal, Sport. Jika anda memilih opsyen Performance Pack, ia turut mempunyai Launch Control dan mod Track Drive yang mampu melaras semula eLSD, CCD, EPAS, mapping pendikit, pemasa tukaran gear automatik, ESC dan electronic sound enhancement (ESE) serta. Anda tidak perlu tercari-cari cara untuk memilih mod Sport kerana butang berkenaan terletak pada roda stereng, manakala butang “mode” pula membolehkan anda mengalih kepada mod lain.
Berbanding model standard, Focus ST direka lebih agresif dengan elemen sarang lebah pada gril trapezoid, liang kemasukan udara lebih besar dengan kemasan matte disekeliling, spoiler bumbung lebih besar dengan kemasan hitam berkilat bersama diffuser belakang lebih agresif yang turut menempatkan sepasang tip ekzos pada kedua-dua sisi (hanya satu ditengah untuk model biasa).
Hot-hatch ini turut menerima skirt sisi lebih labuh, pembuka pintu berwarna hitam dan juga roda lebih garang dengan pilihan rim aloi 18-inci Dark Sparkle atau Magnetite yang turut ditawarkan dalam saiz 19-inci. Set rim berkenaan dibaluti dengan tayar berprestasi tinggi Michelin Pilot Sport 4S. Tujuh warna badan ditawarkan untuk Focus ST ini iaitu Ford Performance Blue, Orange Fury, Frozen White, Magnetic grey, Race Red, Ruby Red dan Shadow Black.
Pada bahagian kabin, anda dapat lihat panel instrumennya direka diinspirasikan dari Ford GT, manakala skrin Ford Performance memaparkan bacaan digital untuk tekanan boost turbo, tekanan dan juga suhu minyak pelincir. Seperti model sebelumnya, ST baharu ini juga menerima tempat duduk hadapan dari Recaro.
Ciri lain yang turut ditampilkan pada bahagian dalaman model baharu ini adalah roda stereng sport rata di bawah, tombol gear aloi dan scuff plate berlogo ST, set pedal aloi, elemen-elemen dekoratif metallic hexagonal dan satin silver, serta serlahan jahitan benang metal grey pada tempat duduk, kemasan pintu serta konsol tengah.
Kelengkapan lain dari Focus Mk4 standard turut dibawa ke model lebih pantas ini seperti sistem infotaimen Ford SYNC 3 dengan skrin sesentuh lapan-inci, paparan Head-up, serta sistem-sistem keselamatan seperti Adaptive Cruise Control bersama fungsi Stop & Go, Speed Sign Recognition, Lane-Centring serta Adaptive Front Lighting System yang berfungsi menggunakan kamera bagi mengagak lengkung cahaya. Ford Focus ST akan mula di jual di Eropah bermula musim panas 2019.
Sikap segelintir pemandu kenderaan di Pulau Pinang yang meletakkan kenderaan mereka di ruang parkir yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU) menunjukkan kurangnya kesedaran tentang keperluan dan kesulitan golongan OKU untuk bergerak, ujar Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang turut kesal dengan tindakan itu.
“Walaupun parkir untuk orang kurang upaya jarang digunakan, pemandu tidak harus meletak kenderaan mereka di situ jika mendapati ruang parkir itu kosong. Janganlah menggunakan ruang parkir OKU,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.
Ia adalah susulan aduan yang diterima daripada anggota Persatuan Orang Kurang Upaya Pulau Pinang (SDPP) yang menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan kemudahan ini.
Dalam masa yang sama, beliau mencadangkan SDPP memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran dan menyebarkan maklumat mengenai penjagaan orang kurang upaya di kalangan masyarakat di negeri ini.
Kerajaan kini dalam fasa akhir mengenal pasti penerima yang layak bagi sistem subsidi bersasar bagi RON 95 yang akan mula dilaksanakan pada suku kedua tahun ini, lapor Bernama.
Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika memaklumkan perkara ini, beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan operator stesen minyak dan persatuan pengguna. Kata beliau, Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab untuk membangunkan, menguji, mengkaji dan
melaksanakan sistem berkenaan akan mengumumkan senarai vendor yang terpilih untuk terlibat dan membangunkan program ini.
Bercakap ketika pembukaan stesen minyak BHPetrol Sepang-Lukut milik Kumpulan Syarikat Seng semalam, Saifuddin berharap sistem subsidi bersasar itu akan dapat dilaksanakan dengan lancar. Vendor yang terpilih itu juga tidak hanya akan membagunkan sistem subsidi petrol sahaja, tetapi merangkum barangan lain.
“Bagi kementerian, perbincangan masih berjalan dengan syarikat-syarikat minyak, operator stesen minyak kecil dan besar, agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Unit Koordinasi Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri yang mengendalikan data e-Kasih,” jelas beliau. Kementerian juga akan memastikan senarai mereka yang layak menerima subsidi bersasar itu selari dengan pendapatan isi rumah.
Ketika pembentengan Bajet 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata subsidi minyak akan disasarkan kepada kumpulan B40 (gaji di bawah RM3,000 sebulan) dan mekanisme skim itu akan ditentukan bagi mengelak salah guna. Pemilik lebih daripada satu kenderaan dan kenderaan mewah tidak akan menerima manfaat ini.
Skim ini akan menawarkan subsidi 30 sen seliter sehingga 100 liter sebulan bagi kereta dengan kapasiti enjin 1,500 cc ke bawah. Bagi motosikal pula, yang berenjin 125 cc ke bawah akan menerima kadar subsidi yang sama, sehingga 40 liter sebulan.
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, mengesahkan Jalan Tuanku Abdul Rahman (lebih dikenali sebagai Jalan TAR) akan ditutup pada semua kenderaan kecuali bas mulai 15 Mac ini. Walau bagaimana pun, keputusan itu mendapat bantahan banyak pihak terutamanya yang menjalani operasi perniagaan di kawasan sekitar terbabit.
Semalam, Khalid membuat kenyataan yang menurutnya, penutupan Jalan TAR bermula dari Jalan Esfahan berhampiran pusat beli-belah Sogo hingga ke Jalan Melayu hanyalah tempoh percubaan, laporan Berita Harian.
Katanya, tempoh percubaan yang dilaksanakan selama sebulan itu akan melihat segala kemungkinan atau kelemahan yang terdapat semasa penutupan jalan itu. Di mana ia secara tidak langsung akan memberi gambaran sebenar kepada pihaknya dan peniaga, sekiranya ia mendapat reaksi yang positif barulah hal berkenaan akan dilaksanakan.
“Kita akan adakan perjumpaan dengan peniaga pada Selasa ini bagi mendapatkan jalan penyelesaian. Tapi bagi pihak kementerian kita lakukan ini untuk beri satu perubahan untuk mencapai tahap bandaraya rendah karbon seperti yang dinyatakan sebelum ini. Sekiranya selepas penutupan jalan itu kita dapati tidak menimbulkan masalah, barulah kita tempatkan bazar Ramadan kerana sekarang ini terlalu banyak reaksi, (berkaitan penutupan jalan) ada kumpulan kata akan beri masalah, ada pula yang sebaliknya.
“Ini cuma tempoh percubaan, kalau tiada masalah akan diteruskan tapi jika kita lihat banyak masalah timbul, kita akan hentikan dan berkemungkinan akan lakukan pada waktu tertentu seperti hari minggu saja,” katanya kepada media.
Penutupan Jalan TAR ini adalah cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu menjadikan jalan sepanjang kira-kira satu kilometer itu sebagai `Pedestarian Mall’.
Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah membuka sebuah lagi cabang pusat operasi dan teknologi di Sabah, bertujuan untuk mempergiatkan lagi capaian dan pelaksanaan teknologi berkaitan ke kawasan yang lebih meluas di negeri itu.
MARii Satellite Sabah terletak disebuah bangunan enam tingkat yang menempatkan pusat rekaan produk maju, rekaan proses, analitik data dan kemudahan latihan khas yang dibangunkan untuk membolehkan penglibatan warga Sabah di dalam pelaksanaan teknologi pengilangan automotif, lepas jualan dan mobiliti secara keseluruhannya – semua ini juga boleh dimanfaatkan dalam sektor lain seperti pembuatan perabot, pertanian, penanaman, minyak dan gas serta perikanan.
Merasmikan kemudahan berkenaan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking menyatakan; “Sejak penubuhannya dengan nama MAI lagi, banyak pusat-pusat pemberdayaan seperti ini telah ditubuhkan – MADeC, MAReC dan NETC yang lebih tertumpu di Lembah Klang. Aplikasi teknologi yang dibangunkan MARii tidak hanya untuk kegunaan sektor automotif, tetapi boleh dilaksanakan juga terhadap sektor-sektor lain di Sabah.”
Beliau menambah, teknologi pengilangan kini juga sudah beralih ke arah material yang lebih maju, misalnya komposit, gentian karbon dan graphene. Operasi automatik juga sedang giat dijalankan – semua ini memerlukan pelaksanaan robotik dan IoT.
CEO MARii, Datuk Madani Sahari pula menjelaskan, pusat satelit MARii seperti ini menjambatani keterpisahan geografi antara Semenanjung dan Sabah, kerana ia membolehkan capaian terhadap penggunaan teknologi yang spesifik kepada keperluan tempatan dan masyarakat di Sabah.
“Pusat satelit seperti ini mampu mengatasi cabaran logistik yang terlibat di dalam mencapai teknologi dan kaedah maju yang digunakan dalam industri mobiliti, dengan cara membawanya terus kepada populasi di Sabah. Ia juga menjadi cara agar warga Sabah dapat mengakses rangkaian kepakaran MARii yang lebih luas di seluruh negara,” tambah beliau.
Premis berkenaan antara lain turut dilengkapi dengan makmal kerekaan, dengan kelengkapan Computer Aided Design (CAD) dan Additive Manufacturing (AD). Ia juga akan bertindak selaku pusat pengurusan data besar dan telematik untuk merancakkan lagi analisis data dan maklumat.
MARii Satellite Sabah terletak di Donggongon Avenue, tidak jauh dari lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu.
Van komersial utama Toyota – Hiace – generasi sedia ada sudah pun berada 15-tahun dalam pasaran, dan kini model gantiannya telahpun didedahkan secara rasmi oleh jenama Jepun tersebut di Filipina hari ini. Model generasi keenam berkenaan bukan sahaja tampil dengan gaya baharu, malah ia turut mendapat pelbagai teknologi terkini serta enjin yang lebih berkuasa.
Berbanding model-model sebelumnya, Hiace baharu ini buat pertama mula menampilkan rupa yang mempunyai muka yang terkeluar seperti pesaing-pesaing lain misalnya Ford Transit dan Mercedes-Benz V-Class. Ini secara tidak langsung membuat Hiace kelihatan seperti MPV mewah Toyota Vellfire jika dilihat sekali imbas.
Maklumat penuh belum didedahkan oleh Toyota berkenaan van ini, jadi tidak dapat dipastikan sama ada ia masih memacu roda belakang, atau kedudukan enjinnya telah diubah melintang bagi memacu roda hadapan. Tetapi menurut Toyota, bahagian muka yang panjang pada Hiace baharu ini membolehkan ia diselenggara dengan lebih mudah.
Dua enjin ditawarkan untuk Van ini iaitu enjin turbodiesel 2.8 liter empat silinder (mungkin diambil dari Hilux) dan juga enjin petrol 3.5 liter V6. Kedua-dua enjin ini akan dipadankan dengan pilihan kotak gear sama ada enam-kelajuan manual atau enam-kelajuan automatik.
Ia dibina berasaskan platform baharu yang lebih keras serta mempunyai prestasi jalan lurus lebih baik dan kestabilan lebih tinggi, dakwa Toyota. Bahagian hadapan van ini diberikan suspensi jenis Topang McPherson menawarkan pengendalian dan kestabilan lebih baik. Manakala di belakang pula spring jenis dedaun model ini telah dipanjangkan lagi 200 mm, bersama strok 30 mm lebih jauh bagi memberikan lebih keselesaan.
Hiace generasi baharu ini hadir dalam dua bentuk badan iaitu Bumbung Normal/Standard dan Panjang/Bumbung Tinggi – kedua-duanya mempunyai dimensi lebih besar model generasi sebelumnya. Model Bumbung Normal/Standard diukur dengan 5,265 mm panjang (+570 mm), 1,950 mm lebar (+255 mm), 1,990 mm tinggi (+10 mm) dan jarak roda 3,210 mm (+640 mm).
Manakala varian Panjang/Bumbung Tinggi pula mempunyai dimensi 5,915 mm panjang (+535 mm), 1,950 mm lebar (+70 mm), 2,280 mm tinggi (-5 mm) dan jarak roda 3,860 mm (+750 mm). Toyota menyeraikan 29 konfigurasi tempat duduk secara keseluruhan untuk semua versi, dan ia dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Van, Tourism dan Commuter, dengan varian paling besar mampu memuatkan maksimum 17 orang .
Van generasi baharu itu turut dijangka bakal menerima penarafan keselamatan lima-bintang penuh menerusi struktur badan lebih kuat serta dilengkapkan dengan teknologi keselamatan terkini seperti sembilan-beg udara, sistem amaran pra-pelanggaran bersama sistem brek kecemasan automatik, serta pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal.
Selain itu, Van ini juga diberi kamera undur serta opsyen cermin pandang belakang digital yang membolehkan pandangan luas dipaparkan tanpa halangan dari perehat-perehat kepala, para penumpang dan juga kargo.
Ferrari bakal memperkenalkan supercar hibrid V8 mid-engined pada tahun ini, seperti yang didedahkan oleh CEO Louis Camilleri, laporan Automotive News.
Camilleri berkata ia bukanlah model edisi terhad tetapi model produksi dengan “kitar hayat tetap”. Ia ditekankan oleh satu sumber yang menyebut model baharu ini akan menjadi unit V8 yang ditambah dengan motor elektrik. Sumber terbabit menambah model baharu ini tidak akan diumumkan di Geneva pada bulan depan, tetapi akan diperkenalkan pada akhir tahun ini dalam acara khas.
CTO Ferrari Michael Leiters berkata pada tahun lalu bahawa dengan penawaran baharu ini, di mana ia dibangunkan lebih kuasa daripada 488 Pista, akan menduduki tempat teratas dalam barisan sport car. Malah penghantaran kepada para pelanggan dijangka bermula awal tahun depan.
Camilleri turut berkata Ferrari mensasarkan 60% dari portfolio produk akan mempunyai varian hibrid menjelang 2022, dan jentera elektrik sepenuhnya akan dilancarkan selepas 2022. Tambahnya lagi, berdasarkan maklumbalas untuk perancangan Purosangue SUV juga dilihat sangat positif.
Katanya lagi, syarikat sedang mengunjurkan tinjauan positif untuk 2019 sebagai pelancaran baharu memulakan kemasukan mereka ke pasaran. Di antaranya ialah supercar Monza SP1 dan SP2 yang sangat menguntungkan, di mana penghantaran pertama akan menemui pelanggan pada suku keempat.
Pada 2018, pengeluar jentera prestasi tinggi ini telah menjual 9,251 unit kenderaan, dan Camilleri berkata pihaknya mensasarkan 10,000 unit dapat dicapai pada tahun 2019, ia akan memberi tumpuan kepada pendapatan dan margin daripada jumlah yang lebih tinggi dalam masa depan yang akan datang. “Saya tidak akan menjangkakan pertumbuhan volum akan berterusan pada kadar seperti itu,” jelasnya.
BMW Group Financial Services Malaysia telah menyelesaikan solusi pembiayaan baharu yang dinamakan sebagai Easy Drive untuk membolehkan para pelanggan mendapatkan akses dan fleksibiliti apabila memiliki model BMW atau MINI.
Di bawah pelan Easy Drive, terlebih dahulu pelanggan perlu memilih bayaran mula antara 10-30%. Kemudian, mereka perlu memutuskan untuk pembayaran pinjaman antara tiga atau empat tahun, dengan pilihan perbatuan tahunan antara 20,000 atau 25,000 km.
Dari situ, pembiayaan bulanan akan dikira dan nilai masa depan kereta yang dijamin akan dipersetujui dan ditandatangani untuk melindungi pelanggan daripada susut nilai yang tidak dijangka, dan berfungsi sebagai nilai pembayaran akhir.
Kemudian pelanggan boleh terus menggunakan kereta (sementara membayar ansuran) sehingga tamat tempoh, di mana mereka akan diberikan beberapa pilihan penyelesaian. Ini termasuk jual-beli kereta dan juga menukar kepada model BMW atau MINI yang lain; memulangkan kereta tanpa sebarang bantahan, menyelesaikan bayaran akhir dan membeli kereta secara langsung atau melanjutkan tempoh kontrak mereka.
Bagi yang ingin menambah faedah yang lebih bernilai, boleh memilih untuk membayar kos tambahan sebanyak RM110 dalam ansuran bulanan untuk Easy Drive Prime. Dengan itu, pelanggan akan menikmati dua tahun bagi penjagaan dalaman dan luaran kereta dan pakej Premium Mobility yang termasuk dengan peranti SmarTAG (dengan kad TnG) dan cenderahati BMW Lifestyle Collection.
Mereka juga layak untuk mendapatkan perlindungan Ultimate Protection Programme Elite selama tiga tahun, yang melindungi pemandu dan kenderaan mereka untuk bantuan khas, calar, pelindungan pampasan banjir dan banyak lagi. Perlindungan ini disediakan oleh Allianz General Insurance Company.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata dirinya akan dianggap gagal sebagai seorang menteri sekiranya kemalangan jalan raya terus meningkat dalam tempoh lima tahun beliau diberikan mandat. Bercakap pada Astro Awani, penguatkuasaan tegas adalah untuk membantu rakyat dalam mengurangkan kemalangan jalan raya, bukannya untuk menghukum sesuka hati.
“Pada tahun 2017, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya mencecah 6,740 orang. Ini bermakna anggaran 19 orang terbunuh di jalan raya pada setiap hari, dan jumlah ini dilihat meningkat. Dalam berakhirnya lima tahun yang diberikan ini, jika jumlah tersebut tidak menurun, saya dianggap gagal. Saya akan berasa malu untuk terus kekal sebagai menteri. Itu sebabnya yang perlu membuat misi, tanggungjawab saya, untuk mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan,” ujarnya.
Menurutnya lagi, penambahan Sistem Penguatkuasaan Kamera (AES) atau AWAS hanya untuk mendidik dan bukan berorientasikan keuntungan kepada kerajaan.
“Kita mulakan dengan satu bab penguatkusaan tegas. Kita bukan hendak kutip hasil atau perangkap pemandu, sebaliknya kita hendak didik pemandu supaya memandu tidak melebihi had laju. Jadi tiada soal u-turn dalam hal ini. Kalau kita batalkan semua AES, maksudnya tiada penguatkuasaan yang efektif di lebuh raya. Sudah tentu banyak kemalangan akan berlaku jika tiada kamera, di mana pemandu akan memecut (kenderaan) dan sebagainya.
“Yang saya menentang dahulu kerana AES itu diswastakan, di mana sebarang saman akan dibayar kepada syarikat swasta, itu yang saya tidak setuju,” jelasnya yang turut berkata kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan telah mengambil beberapa inisiatif dalam mengurangkan beban pesalah jalan raya, antaranya membatalkan empat juta saman AES berjumlah RM600 juta.
Sambungnya lagi, selepas kerajaan mula penguatkuasaan yang lebih tegas pada September (2018), Kementerian mendapati jumlah saman menurun.
“Ini bermaksud pengguna jalan raya bimbang disaman dan timbul kesedaran sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut,” katanya.
Sepanjang Operasi Penguatkuasaan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina (OPS TBC) 2019 yang berlangsung dari 29 Januari hingga 12 Februari lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan sebanyak 32,725 saman selepas memeriksa 128,569 kenderaan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JPJ berkata, jumlah saman tahun ini mencatatkan penurunan berbanding 40,660 saman dikeluarkan daripada pemeriksaan 110,755 kenderaan menerusi operasi yang dilaksanakan dalam tempoh sama tahun lalu.
“Ini menunjukkan kadar pematuhan peraturan dan undang-undang jalan raya semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Operasi ini merupakan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan keselesaan pengguna jalan raya pada musim perayaan selain memastikan undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi,” menurut kenyataan terbabit.
Dalam pada itu, JPJ telah mengeluarkan sebanyak 12,433 saman kesalahan utama manakala kesalahan di bawah operasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) mencatatkan jumlah tertinggi dengan 8,632 saman.
Antara kesalahan lain yang menunjukkan pengeluaran saman tertinggi termasuk kenderaan melebihi muatan dengan 1,472 saman, gagal mematuhi isyarat lampu merah (565), tidak memakai tali pinggang keledar (541), memotong garisan berkembar (284), tidak memakai topi keledar (280) dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu (253).
Selain itu, JPJ turut memaklumkan sebanyak 14 kenderaan disita manakala 39 notis ingkar arahan larangan dikeluarkan sepanjang tempoh larangan penggunaan kenderaan barangan selama lima hari iaitu pada 2 hingga 4 Februari (sebelum cuti perayaan) dan 9 hingga 10 Februari (selepas cuti perayaan).
Dalam masa yang sama, JPJ juga menjalankan Op Khas Motosikal dengan kerjasama pelbagai agensi dan di mana sebanyak 186 motosikal disita manakala 7,668 saman dikeluarkan yang mana kesalahan tertinggi dicatatkan adalah tiada lesen memandu (2,788) dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (1,751).
Ini ada satu lagi SUV yang baru sampai Malaysia. Mazda CX-8 kini pula dipertontonkan kepada umum, dan maklumat serta perinciannya juga telah didedahkan untuk pasaran tempatan.
Buat masa ini, ada empat varian dijangka akan ditawarkan, dengan hanya satu daripadanya dilengkapi enjin diesel SkyActiv-D 2.2 liter empat-silinder, menghasilkan 188 hp pada 4,500 rpm dan 450 Nm tork pada 2,000 rpm. Versi diesel ini juga satu-satunya yang dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda.
Tiga lagi varian akan menggunakan enjin petrol, SkyActiv-G empat-silinder dengan kuasa 192 hp pada 6,000 rpm dan 257 Nm tork pada 3,250 rpm. Semua varian ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik enam-kelajuan.
Semua varian Mazda CX-8 ini hampir identikal antara satu sama lain, melainkan penawaran tataletak dan kapasiti tempat duduk dan material yang digunakan. Senarai ini bagaimanapun masih belum ditetapkan sepenuhnya dan boleh jadi akan diubah kelak.
Semua varian menggunakan rim aloi 19-inci, lampu utama LED automatik, lampu kabus LED, lampu belakang LED, sistem pintar tanpa kunci, kawalan pendingin hawa tiga-zon, kerusi pemandu larasan 10-cara, MZD Connect, enam beg udara, kawalan kestabilan dinamik, ABS dengan EBD dan bantuan brek, kawalan cengkaman dan bantuan mula mendaki.
Ciri keselamatan dari i-Activesense masih belum ditetapkan penawarannya, namun teknologi V-Vectoring Control ada melengkapi model ini, bersekali dengan sistem melahu i-Stop.
Konfigurasi atau tataletak tempat duduk pula terbahagi kepada dua penawaran – tujuh-tempat duduk (2-3-2) dan enam-tempat duduk (2-2-2). Varian asas datang dengan tujuh-tempat duduk, diikuti oleh versi enam-tempat duduk, dengan captain seat untuk barisan tengah.
Dua varian teratas juga menggunakan captain seat di tengah, tetapi dengan material balutan kulit bagi tempat duduknya serta perehat lengan pada konsol tengah; bukan tempat duduk fabrik seperti varian yang lebih rendah.
Apa pun, perincian kelengkapan pada model yang dipertontonkan awal ini masih belum muktamad dan boleh berubah menjelang pelancaran rasmi model ini oleh Bermaz kelak. Khabar yang kami terima, CX-8 ini akan dipasang CKD di sini, dengan perancangan untuk mengeksportnya ke pasaran lain di rantau ini. Apa pandangan anda tentag SUV terbaru Mazda ini?
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan kadar kemalangan yang direkodkan sepanjang Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina (TBC) tahun ini berkurangan 212 berbanding tahun lepas.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, operasi yang berlangsung selama 15 hari bermula 29 Jan hingga 12 Feb lepas menyaksikan 20,829 kemalangan direkodkan di seluruh negara berbanding 21,041 kemalangan dilaporkan pada tempoh sama Op Selamat tahun lepas, laporan Bernama.
“Jumlah kemalangan itu berkurangan sebanyak satu peratus. Bagi kemalangan maut, 197 kes direkodkan pada tahun ini dan jumlah itu turun kepada 11 kes berbanding tahun lepas yang merekodkan 208 kes,” katanya kepada pemberita hari ini.
Noor Rashid berkata dalam tempoh operasi itu, 216 kematian direkodkan berbanding 226 kematian pada tahun lepas yang menyaksikan penurunan 10 kematian. Selain itu, sepanjang op berkenaan 360,738 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berbanding 385,547 saman dalam tempoh yang sama tahun lepas.