Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Moto Guzzi V7 2021 dapat enjin 25% lebih berkuasa

    Moto Guzzi V7 2021 dapat enjin 25% lebih berkuasa

    Model naked keluaran Moto Guzzi, iaitu V7 telah diperbaharui untuk tahun 2021 dengan enjin yang lebih berkuasa serta kelengkapan lebih moden, sementara penampilannya yang ikonik masih lagi dikekalkan.

    Enjin baru yang digunakan pada V7 ini sebenarnya menggunakan asas daripada enjin V85 TT, di mana ia adalah unit dua silinder V berkapasiti 850 cc, ditala untuk menghasilkan kuasa 65 hp pada 6,800 rpm dan 73 Nm tork pada 5,000 rpm, Jika dibandingkan dengan kuasa yang dihasilkan oleh enjin 744 cc pada model V7 sebelum ini, ia adalah peningkatan sebanyak 25%.

    Pada bahagian penampilan, walaupun nampak seperti sama, Moto Guzzi sebenarnya telah mengubah beberapa bahagian seperti panel tepi, fender belakang (lebih pendek), ekzos, serta lampu yang kini semuanya menggunakan unit LED.

    Model baru ini juga sekarang menggunakan penyerap hentak belakang Kayaba yang mempunyai jarak gerak lebih panjang, sementara tempat duduk pula menggunakan bentuk baru yang lebih selesa. Kemudiannya, pada bahagian meter, V7 dinaik taraf dengan unit digital penuh, yang diberikan pada V7 Stone sementara V7 Special masih mengggunakan tolok jenis bulat seperti sebelum ini.

    V7 Stone 2021 ditawarkan dalam warna Rough Black, Ice Blue dan Copper Orange sementara V7 Special 2021 pula disediakan dalam warna Blue Formal dan Gray Casual. Bagi model V7 Stone, ia juga mendapat rim aluminium baru.

     
     
  • Mercedes-Benz GLA H247 2021 kini di M’sia — GLA 200, GLA 250 AMG Line, dari RM244k tanpa SST

    Mercedes-Benz GLA H247 2021 kini di M’sia — GLA 200, GLA 250 AMG Line, dari RM244k tanpa SST

    Lepas setahun dipertontonkan diperingkat global, Mercedes-Benz GLA H247 kini dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Menggunakan platform terkini yang dikenali sebagai Modular Front Architecture (MFA), SUV kompak GLA ini ditawarkan dalam dua varian seperti sebelumnya.

    Dengan baki beberapa hari sahaja lagi untuk menikmati pengecualian SST, harga bagi GLA 200 Progressive Line dijual pada RM244,200 atas jalan tanpa insurans, sementara GLA 250 AMG Line pada RM285,337.

    Unit yang didaftarkan selepas 31 Januari masing-masing akan menjadi RM252,888 dan RM295,888. Berbanding harga bagi model X156 sebelum ini, tanda harga ini adalah masing-masing RM8,000 dan RM21,000 lebih mahal – GLA merupakan unit CBU dari Jerman.

    Sama seperti penawaran A-Class di sini, GLA juga ditawarkan dengan dua pilihan enjin. GLA 200 menggunakan enjin Renault M282 1.3 liter turbocas petrol empat-silinder, menghasilkan 163 PS pada 5,500 rpm dan 250 Nm tork dari 1,620 hingga 4,000 rpm. Digandingkan bersama transmisi klac-berkembar tujuh-kelajuan Getrag, ia mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 8.7 saat dan mencapai laju maksimum 210 km/j.

    Mercedes-Benz GLA H247 2021 kini di M’sia — GLA 200, GLA 250 AMG Line, dari RM244k tanpa SST

    Sementara GLA 250 pula menggunakan enjin Mercedes-Benz sendiri, M260 2.0 liter yang menghasilkan 224 PS pada 5,500 rpm dan 350 Nm antara 1,500 hingga 4,500 rpm, diganding dengan DCT lapan-kelajuan baru. Kemampuan pecutan 0-100 km/j adalah dalam masa 6.9 saat dan mencapai laju maksimum 240 km/j, dan tidak dipasangkan sistem pacuan semua roda seperti GLA 250 sebelum ini.

    Lebih menarik, semua model GLA baru ini datang dengan suspensi belakang jenis four-link independent, tidak seperti A 200 yang menggunakan jenis torsion beam. Penyerap hentak pasif masih diberikan secara standard. Kedudukan GLA 250 bagaimanapun lebih rendah berbanding GLA 200. Satu kelengkapan yang kurang berbanding sebelum ini ialah brek cakera cross-drilled yang khusus untuk AMG-Line.

    Walaupun GLA kekal pada posisi penawaran yang lebih kecil kepada model GLB, model barunya ini lebih daripada 10 cm lebih tinggi berbanding model lamanya — menyediakan ruang kepala dalam kabin yang lebih luas dan kedudukan memandu yang lebih tinggi, dan memberikanny imej yang lebih cenderung kepada sebuah SUV sebenar.

    Mercedes-Benz GLA H247 2021 kini di M’sia — GLA 200, GLA 250 AMG Line, dari RM244k tanpa SST

    Di depan, wajahnya ada watak yang jelas, dengan rekaan gril besar dan lampu utama yang luas. Kedua-dua model datang dengan rekaan bampar yang sama dengan bahagian bukaan udara yang luas dan inlet di bawah; GLA 200 bagaimanapun dilengkapi dengan chrome skid plate.

    AMG Line pada GLA 250 tampil lebih agresif dengan spoiler depan yang tajam, perincian hitam berkilat dan gril trapezoidal bersama kemasan krom. Bagi rim, GLA 200 datang dengan rim asas 18-inci, sementara GLA 250 menggunakan rim 19-inci dua-tona yang serupa pada A 250.

    Di bahagian sisi, Mercedes telah mengurangkan beberapa garis rekaan, menambah cermin sisi belakang dan memanjangkan pintu lebih ke bahagian bawah untuk melitupi bahagian side sills dan menjadikan keseluruhan penampilan sisi lebih kemas. Lampu belakang LED trapezoidal kini lebih kurus dan datang dengan lampu panduan bersegi. Dan, walaupun kedua-dua varian menggunakan muncung ekzos berkembar, GLA 250 mempunyai corong hiasan dan kemasan ala diffuser untuk nampak lebih sporty.

    Mercedes-Benz GLA H247 2021 kini di M’sia — GLA 200, GLA 250 AMG Line, dari RM244k tanpa SST

    Di dalam, GLA tampil mirip seperti MPV B-Class, meminjam rekaan papan pemuka yang sama dengan paparan skrin terapung. Seperti juga kereta kompak Mercedes-Benz yang lain, GLA baru ini menggunakan Mercedes-Benz User Experience (MBUX) terbaru dengan paparan instrumen dan infotainment 10.25-inci dengan sistem kawalan suara “Hey Mercedes”.

    Walaupun model baru ini 14 mm lebih pendek, jarak antara rodanya bertambah sebanyak 30 mm, menyediakan tambahan 114 mm bagi ruang kaki di belakang dan 435 liter kapasiti ruang barangan – ini 14 liter lebih luas berbanding yang lama. Kerusi belakang dengan nisbah lipatan 40:20:40 adalah standard.

    Kedua-dua varian ini dilengkapi juga dengan kerusi depan larasan elektrik dengan fungsi memori, dibalut dengan kulit buatan Artico untuk GLA 200. Bagi GLA 250, ia ditambang dengan stereng rata bahagian bawahnya, kerusi balutan Artico dan mikro gentin Dinamica, kemasan aluminium, paddle shifter dan plat dengan pencahayaan AMG. Kedua-duanya masih datang dengan kawalan pendingin hawa zon tunggal.

    Kelengkapan standardnya termasuk sistem tanpa kunci, butang Push Start, bantuan parkir, kamera undur dan pintu karga operasi automatik. GLA 250 juga menerima sistem lampu suasana dengan 64-warna. Bagi keselamatan, GLA datang dengan ciri brek kecemasan autonomous, amaran bukaan pintu dan Pre-Safe, manakala GLA 250 menerima tambahan sistem tinjauan titik buta.
    Mercedes-Benz GLA 200 Progressive 2020

    Mercedes-Benz GLA 250 AMG Line 2020

     
     
  • Lexus LM350 akan mendarat di Malaysia – RM1.15 juta, sudah boleh ditempah, tiba pada suku kedua 2021

    Lexus LM350 akan mendarat di Malaysia – RM1.15 juta, sudah boleh ditempah, tiba pada suku kedua 2021

    Selepas masuk ke pasaran Thailand pada tahun ini, versi lebih mewah MPV Toyota Vellfire/Alphard dengan logo Lexus iaitu Lexus LM bakal sampai ke Malaysia pada 2021. Tempahan untuk model berkenaan kini telah pun dibuka oleh Lexus Malaysia, dan ia akan ditawarkan dalam varian tunggal LM 350 dengan konfigurasi empat-tempat duduk.

    Dengan ciri lebih ‘kayangan’ berbanding Vellfire/Alphard, harga untuk LM 350 ini juga adalah lebih seganda dari MPV dengan logo Toyota berkenaan, dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM1,148,000, bersama filem penapis haba/keselamatan Lexus bernilai RM2,688 yang diberikan secara percuma.

    LM diberikan pelbagai perincian unik yang berbeza dari Alphard/Vellfire walaupun kerangka badan yang digunakan adalah sama. Pada bahagian luaran, lampu Alphard digantikan dengan lampu lebih tirus bersama lampu nyalaan siang LED berbentuk anak panah persis model-model Lexus lain. Ia turut diberikan gril signatur ‘Spindel’ bersama logo Lexus di tengah bagi melengkapkannya sebagai sebuah Lexus sebenar.

    Lexus LM350 akan mendarat di Malaysia – RM1.15 juta, sudah boleh ditempah, tiba pada suku kedua 2021

    Tiang-B signatur Alphard masih lagi dikekalkan, tetapi tahap premiumnya ditingkatkan lagi dengan kemasan krom seakan dua anak panah bertemu pada bahagian berbentuk-S berkenaan. Lampu belakang pula menerima sedikit sentuhan semula dengan bentuk ‘taring’ krom pada kedua-dua sisi bawah, dan ia terus merentangi pintu tailgate belakang.

    Model LM 350 pasaran Malaysia ini menerima banyak kemasan krom di bahagian luaran, dan ia nampak serasi dengan rim pelbagai jejari tiga-dimensi berdiameter 18-inci, dibaluti tayar dengan saiz 235/50R18.

    Jika anda rasa Alphard Royal Lounge sudah cukup mewah, ia sebenarnya tidak semewah bahagian kabin belakang Lexus LM ini. Secara asasnya, ia mempunyai konfigurasi sama seperti Royal Lounge, dengan hanya empat tempat duduk menampilkan captain seat pada baris kedua dan juga pemisah antara kabin belakang untuk lebih privasi.

    Tempat duduk mewah untuk bos tersebut boleh dibaringkan sepenuhnya, dibina dengan span urethene berketumpatan tinggi, menawarkan keselesaan seperti sofa mewah. Ia turut disejukkan dengan liang-liang sedutan udara. “Bilik” kabin belakang ini juga dipenuhi dengan balutan-balutan kulit lembut serta hiasan Gin-Sui-Boku (Silver Ink) yang diinspirasikan dari hasil seni lukisan ink wash.

    Di hadapan dua tempat duduk mewah tersebut diletakkan skrin bersaiz 26-inci yang mungkin sama besar dengan TV di rumah anda. “Ruang tamu” dalam Lexus LM ini turut lengkap dengan peti sejuk, ruang penyimpan payung. Konsol tengahnya direka dengan menempatkan panel sesentuh bagi mengawal fungsi-fungsi seperti kedudukan tempat duduk, fungsi-fungsi keselesaan, penghawa dingin dan juga sistem audio Mark Levinson dengan 19-pembesar suara.

    Kelengkapan standard lain yang dibekalkan untuk LM350 pasaran Malaysia ini termasuk sistem penghawa dingin dua-zon, moonroof berkembar, pengecas peranti pintar tanpa wayar, paparan head-up, pelindung cahaya matahari bahagian belakang, dan juga pintu tailgate berkuasa.

    Lexus LM350 ini dijana oleh enjin petrol 2GR-FKS 3.5 liter V6 dengan sistem suntikan terus berkuasa 297 hp, dan ia dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan automatik Direct Shift.

    Untuk keselamatan pula, MPV mewah ini diberikan pelbagai sistem bantuan pemanduan seperti sistem pra-pelanggaran, cruise control adaptif, bantuan pengesan lorong, bantuan tukar lorong dengan pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, brek sokongan parkir, sistem lampu tinggi adaptif dan juga cermin pandang belakang digital.

    MPV Lexus LM350 ini hanya ditawarkan dalam dua warna badan iaitu hitam dan juga putih mutiara. Menurut Lexus Malaysia, pelanggan terawal yang menempah akan menerima LM350 mereka pada suku kedua 2021.

    Pada pasaran luar, Lexus LM juga hadir dalam pelbagai variasi. Di Thailand, ia hanya dijual dalam versi hibrid LM 300 h, dan boleh dipilih sama ada dengan konfigurasi empat- atau tujuh-tempat duduk. Manakala di Indonesia, ia menampilkan varian LM 350 tetapi masih boleh dipilih dan dua versi konfigurasi tempat duduk.

     
     
  • LIVE: Saksikan pelancaran Mercedes-Benz GLA 2021 untuk pasaran M’sia secara dalam talian jam 11 pagi ini

    Whether the wilderness or the city, in the new Mercedes-Benz GLA, it’s your playground for the taking. Stay tuned for…

    Posted by Mercedes-Benz Malaysia on Tuesday, December 8, 2020

    Di mana pun anda berada pagi ini dan jika berkelapangan, sila tonton siaran langsung pelancaran rasmi Mercedes-Benz GLA 2021 secara atas talian pada jam 11 pagi ini. Majlis berkenaan akan disiarkan melalui Facebook Mercedes-Benz Malaysia.

    Pada awal November lalu, negara jiran, Thailand, telah pun menerima kemasukan model GLA ini ke pasaran mereka. Walau bagaimana pun, ia hanya didatangkan dengan satu varian sahaja – GLA 200 AMG Dynamic – berharga 2.399 juta baht (RM327,634).

    Bagi pasaran Thailand, GLA 200 menggunakan enjin yang sama dengan GLB 200 Progressive yang dijual di sini. Ia dilengkapi unit M282 1.33 liter pengecas turbo empat-silinder yang menghasilkan sebanyak 163 PS (161 hp) pada 5,500 rpm dan 250 Nm tork dari 1,620 hingga 4,000 rpm.

    Enjin berkenaan digandingkan bersama transmisi klac berkembar 7G-DCT tujuh-kelajuan yang memacu tayar depan, membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 8.7 saat dan laju maksimum pada 210 km/j. SUV ini juga menggunakan suspensi direndahkan serta lengkap dengan sistem Dynamic Select, menyediakan beberapa pilihan mod pemanduan.

    Untuk pasaran Malaysia, varian apakah yang akan membarisi model GLA 2021, apakah penawaran kelengkapan yang diberikan serta harga jualan yang ditetapkan. Sama-sama kita nantikan perincian sepenuhnya.

     
     
  • Pas Perjalanan tanpa had RM30 diperluaskan ke Pulau Pinang dan Kuantan mulai 1 Jan 2021 – Prasarana

    Pas Perjalanan tanpa had RM30 diperluaskan ke Pulau Pinang dan Kuantan mulai 1 Jan 2021 – Prasarana

    Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengumumkan pas perjalanan tanpa had My30 akan diperkenalkan untuk perkhidmatan bas Rapid Penang dan Rapid Kuantan mulai 1 Januari 2021. Ia adalah susulan pengumuman yang dilakukan dalam pembentangan Bajet 2021 di Dewan Rakyat pada awal Nov lalu.

    Syarikat ini turut berkata Rapid Penang akan menggunakan Pas Mutiara My30 untuk perkhidmatan bas di Pulau Pinang dan Seberang Prai. Manakala Rapid Kuantan akan menggunakan Pas Lestari My30 untuk perkhidmatan bas yang meliputi bandar Kuantan, Pekan dan kawasan-kawasan sekitarnya.

    “Dengan pengenalan kedua-dua pas perjalanan tanpa had ini, Prasarana berharap akan membantu mengurangkan perbelanjaaan rakyat untuk urusan pengangkutan harian dan lebih ramai akan menggunakan kedua-dua perkhidmatan bas ini,” kata Prasarana dalam satu kenyataan media hari ini.

    Dengan Pas Mutiara My30, yang dibuka eksklusif untuk warga negara Malaysia sahaja, para pengguna boleh menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang berulang kali pada satu hari dengan hanya berbelanja RM30 sebulan.

    Pas berkenaan, bagaimanapun, tidak meliputi perjalanan menggunakan Feri Pulau Pinang, yang tidak akan dikendalikan lagi oleh Prasarana mulai 1 Januari ini.

    “Menggunakan konsep yang sama, para pengguna perkhidmatan bas Rapid Kuantan yang warga negara Malaysia boleh menaiki bas Rapid Kuantan seberapa banyak kalipun sehari dengan berbelanja RM30 sebulan untuk Pas Lestari My30,” kata kenyataan berkenaan, yang menambah bahawa Pas Mutiara My30 dan Pas Lestari My30 memerlukan mempunyai nilai baki kad RM5 untuk urusan pendaftaran.

    Pas Perjalanan tanpa had RM30 diperluaskan ke Pulau Pinang dan Kuantan mulai 1 Jan 2021 – Prasarana

    “Justeru, bagi pembelian kali pertama, bayaran RM5 dikenakan untuk pendaftaran di samping tambahan RM5 untuk harga kad berkenaan. Oleh itu, pembelian kali pertama adalah sebanyak RM40. Apabila pembelian semula untuk langgan seterusnya, para pengguna hanya membayar RM30 sahaja,” kata kenyataan berkenaan.

    Untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua pas ini, pengguna boleh melawat kiosk perkhidmatan Rapid Penang di hab bas Weld Quay; dan di hab bas Rapid Kuantan di bandar Kuantan mulai 20 Disember 2020.

    Sebelum ini, pas perjalanan tanpa had My30 telah digunakan dengan meluas oleh para pengguna perkhidmatan Rapid KL di Lembah Klang dan Selangor.

     
     
  • Berjaya Auto Alliance umum pentadbiran baharu kendali jualan dan servis jenama Peugeot di Malaysia

    Berjaya Auto Alliance umum pentadbiran baharu kendali jualan dan servis jenama Peugeot di Malaysia

    Syarikat yang mengambil alih Peugeot dari Naza Group untuk pasaran Malaysia pada 1 Disember lalu iaitu Berjaya Auto Alliance (BAASB) kini telah mengumumkan barisan pentadbiran baharu yang akan memacu halatuju jenama tersebut pada pasaran tempatan.

    Seperti yang diketahui sebelum ini, BAASB adalah entiti baharu yang diwujudkan terdiri dari Berjaya Corporation (Berjaya Corp) dengan pegangan saham 51% dan juga Bermaz Auto (BAuto) yang juga pemegang franchise jenama Mazda di Malaysia dengan kepentingan sebanyak 20%.

    Menerusi satu kenyataan yang rasmi yang dikeluarkan, BAASB akan diketuai oleh Datuk Wong Kin Foo, yang sekarang ini merupakan pengarah Bermaz Motor, iaitu syarikat subsidiari BAuto. Datuk Wong akan memegang jawatan sebagai pengarah urusan BAASB dan akan melapor terus kepada lembaga syarikat, yang terdiri dari wakil Berjaya Corp dan BAuto.

    Lembaga syarikat berkenaan akan dipengerusikan oleh Datuk Sri Robin Tan Yeong Ching, CEO Berjaya Corp; Datuk Sri Ben Yeoh, pengerusi eksekutif BAuto; serta Datuk Francis Lee, CEO of BAuto, dan berberapa individu lain. Syarikat ini akan beroperasi di ibu pejabat mereka yang terletak di Glenmarie Shah Alam, dan dirancang untuk dikembangkan pada masa hadapan.

    Selain dari bertindak sebagai wakil jualan dan wakil servis selepas jualan kenderaan jenama Peugeot, BAASB turut mendapat hak untuk memberikan servis selepas jualan dan juga alat ganti untuk jenama Citroen dan DS di Malaysia, walaupun model baharu untuk dua lagi jenama di bawah PSA Groupe itu tidak lagi dijual di sini.

     
     
  • Malaysia akan teruskan projek HSR tanpa Singapura

    Malaysia akan teruskan projek HSR tanpa Singapura

    Projek High Speed Rail (HSR) yang lama tertangguh kini ada perkembangan baru. Ia tetap akan diteruskan walaupun tanpa penglibatan Singapura, berdasarkan maklumat sumber yang bercakap kepada The Malaysia Insight. Malaysia akan membayar pampasan RM300 juta kepada negara jiran itu, jelas laporan berkenaan.

    Jun lalu, Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kedua-dua negara bersetuju untuk melanjutkan penangguhan projek HSR KL-Singapura hingga 31 Disember 2020, dan menambah, ketika itu kedua-dua kerajaan bersetuju untuk menyambung semula perbincangan berkaitan prasarana HSR dengan cadangan-cadangan perubahan.

    Ketika itu, jika berlaku pembatalan projek HSR bermaksud Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura sebanyak RM500 juta untuk kos pelaksanaan projek.
    Dua tahun lalu, alternatif yang lebih murah bagi HSR pernah dibincangkan, dan ini melibatkan cadangan naik taraf kepada prasarana landasan sedia ada berbanding untuk membina yang baru untuk HSR.

    Alternatif yang lebih berkesan dari sudut kos ini ketika itu dijangka akan menelan belanja RM20 bilion, jauh lebih rendah berbanding kos sebenar HSR bernilai antara RM60 bilion hingga RM70 juta.

    Cadangan untuk menggunakan prasarana sedia ada KTM akan menjadikan perjalanan berkenaan menjadi 130 minit bagi jarak antara Kuala Lumpur ke Singapura, berbanding masa dengan HSR yang hanya melibatkan 90 minit bagi jarak yang sama. Alternatif lebih murah itu juga hanya mampu mencapai kelajuan 200 km/j, berbanding HSR 320 km/j.

     
     
  • Volkswagen mula uji pengecas DC Wallbox 22 kW

    Volkswagen mula uji pengecas DC Wallbox 22 kW

    Volkswagen telah mempersembahkan konsep pengecasan baharu dalam bentuk DC Wallbox, yang berkeupayaan untuk menyalurkan kuasa pengecasan sehingga 22 kW. Produk baharu tersebut buat masa ini sedang dalam fasa ujian dengan unit itu dipasang di tapak kilang Volkswagen di Wolfsburg, Braunschweig, Hannover, Salzgitter dan Kassel untuk ujian pembangunan sebelum siri produksinya bermula.

    Dengan wallbox baharu VW ini, kenderaan elektrik dengan port pengecasan boleh dicas menggunakan direct current (DC) sehingga 22 kW, di mana ia adalah sekali ganda kelajuan dengan wallbox biasa dengan alternating current (AC). Memang ada wallbox AC yang berkeupayaan mengecas sehingga 22 kW (atau lebih tinggi), tetapi ia memerlukan kenderaan yang ada pengecas onboard untuk menukarkan kuasa AC ke DC untuk bateri.

    Berasaskan teknologi pengecasan pada direct current, penukaran ini dilakukan secara terus di dalam wallbox tersebut, dengan aliran elektrik disalurkan ke lead traction battery. Teknologi ini juga menyokong pengecasan dua-hala, jadi kuasanya disimpan di dalam lead traction battery yang boleh kembali ke grid, sekiranya perlu.

    Buat masa ini VW belum menerangkan secara lebih lanjut mengenai perancangan untuk wallbox ini sama untuk kegunaan di kediaman atau pun hanya untuk komersil, tetapi ia membantu untuk merapatkan jurang antara pengecasan tahap dua atau tahap tiga. Di mana pengecasan tahap tiga merupakan pengecasan pantas DC yang selalunya bermula dari 50 kW sehinggalah 300 kW.

     
     
  • Honda CB500X ditawarkan dalam warna baru – RM36k

    Honda CB500X ditawarkan dalam warna baru – RM36k

    Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperbaharui model CB500X dengan pilihan warna baru iaitu Mat Gun Powder Black Metallic, Grand Prix Red dan Pearl Metalloid White. Harga jualanya kini adalah RM36,099 tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

    Selain daripada pilihan warna ini, CB500X masih adalah motosikal yang sama, di mana ia menggunakan enjin dua silinder selari DOHC 471 cc bersama transmisi enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 49.75 hp pada 8,500 rpm dan 44.7 Nm tork pada 7,000 rpm.

    Kali terakhir CB500X mendapat peningkatan adalah pada tahun 2019, yang memberikannya suspensi belakang dengan larasan pra beban, klac jenis slipper and assist, semua lampu LED, panel instrumen LCD moden dengan penunjuk kedudukan gear dan shift light, serta ekzos dan pemasaan injap baru (memberikan 4% lebih kuasa dan tork pada pertengahan rpm).

    Sebagai sebuah model adventure/touring, CB500X menawarkan kedudukan tunggangan yang tegak, bersama kelengkapan seperti rim 19 inci di hadapan, 17 inci di belakang, tangki bahan api 17.5 liter, fork teleskopik dengan pelarasan pra beban serta brek cakera yang mempunyai sistem ABS.

    Setiap pembelian juga akan diberikan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km, dan ia sekarang sudah berada di wakil pengedar motosikal Honda di seluruh negara untuk jualan.

     
     
  • Proton Saga CKD Kenya didedahkan di pasaran berkenaan, dikendali oleh Simba Corporation

    Proton Saga CKD Kenya didedahkan di pasaran berkenaan, dikendali oleh Simba Corporation

    Selepas kit CKD Proton Saga mula dihantar ke Kenya pada Ogos lalu, kereta berkenaan kini sudah pun mula dipasang dan diperkenalkan di negara tersebut, dirasmikan sendiri oleh Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta pada 10 Disember 2020.

    Kit-kit CKD tersebut di pasang oleh Simba Corporation (Simba) menerusi kilang Associated Vehicle Assemblers (AVA) yang terletak di Miritini, Mombasa. Majlis perasmian yang berlangsung minggu lalu tersebut turut menyaksikan pemimpin utama Kenya berkenaan menandatangani bonet sebuah Saga yang keluar dari barisan produksi kilang itu.

    Berucap pada majlis tersebut, Presiden Uhuru mengalu-alukan usaha Simba Corporation kerana menyokong agenda kerajaan Kenya bagi menaikkan industri pemasangan kenderaan tempatan untuk menyumbang pendapatan dan mewujudkan peluang perkerjaan kepada belia-belia di Kenya, lapor akhbar tempatan Taarifa.

    Akhbar berkenaan turut menyatakan bahawa permintaan terhadap kereta mampu milik kini sedang meningkat di rantau Afrika Timur, dan Proton Saga mungkin akan terjual dengan baik pada pasaran tersebut.

    Selain dari Saga, AVA turut memasang model-model jenama lain seperti Toyota Hilux yang telah dilihat berjaya dalam industri pemasangan kenderaan di Kenya, dan mampu menghasilkan sehingga 10,000 unit kenderaan setahun, lapor Taarifa lagi.

    Selain Kenya, Proton juga bakal melancarkan model-model baharunya di Bangladesh, Nepal dan Mesir serta X70 di pasaran Pakistan bulan ini. Menurut Proton, mereka telah mengeksport 405,267 unit kenderaan ke seluruh dunia semenjak akitiviti itu bermula pada tahun 1989 dengan model Saga. Pada akhir bulan November 2020, jumlah kenderaan yang telah di eksport ke negara lain telah melebihi jumlah dari tahun sebelumnya.

     
     
  • E-skuter tidak boleh berada atas jalan raya bermula 1 Januari 2021 — denda RM300 boleh dikenakan

    E-skuter tidak boleh berada atas jalan raya bermula 1 Januari 2021 — denda RM300 boleh dikenakan

    Pernah penggunakan e-skuter sebelum ini? Misalnya ketika jalan-jalan meneroka sudut-sudut kota di sekitar Kuala Lumpur? Ini ada perkembangan terbaru yang perlu diambil tahu; bermula 1 Januari 2021 nanti, semua jenis e-skuter (untuk mobiliti peribadi) diharamkan daripada digunakan di atas jalanraya.

    Jika didapati melakukannya, pengguna boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, lapor Harian Metro. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, skuter elektrik hanya dibenarkan penggunaannya di kawasan yang telah digazetkan sahaja, seperti di taman-taman permainan, kawasan pejalan kaki dan di pusat beli-belah.

    Sebab mengapa e-skuter ini tidak dibenarkan berada di atas jalan raya? “Penunggang skuter elektrik tidak dibenarkan untuk menggunakannya di atas jalan raya kerana ia menganggu pengguna jalanraya yang lain, boleh mendatangkan bahaya atau terlibat kemalangan,” ujar beliau.

    “Pihak polis sedang memantau orang ramai yang bermain skuter itu di atas jalan raya dan setakat ini, kami tidak mengambil tindakan dan hanya menasihatkan dahulu sebelum tindakan mula dikenakan pada 1 Januari depan,” katanya.

    E-skuter tidak boleh berada atas jalan raya bermula 1 Januari 2021 — denda RM300 boleh dikenakan

    Penunggang skuter elektrik perlu memohon lesen kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jika mahu menggunakan skuter berkenaan di atas jalan raya.

    Beliau menambah, selepas dikuatkuasakan, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara tiga bulan.

    Skuter elektrik tergolong di bawah takrifan Kenderaan Mikromobiliti. Di bawah pindaan terbaharu APJ (Oktober 2020) Seksyen 2 (b) takrifan bagi kenderaan mikromobiliti bermaksud, “mana-mana kenderaan yang dipacu oleh sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia atau gabungan sumber elektrik, enjin pembakaran dalam atau kuasa manusia dan mempunyai kelajuan maksimum 50km sejam.”

     
     
  • Husqvarna kembali dalam pasaran – harga dari RM43k

    Husqvarna kembali dalam pasaran – harga dari RM43k

    Selepas beberapa tahun senyap dalam pasaran, kini motosikal Husqvarna kembali dijual di Malaysia dengan pra tontonnya dilakukan dalam satu acara hujung minggu lalu. Pilihan model pula cuma ada tujuh dan terdiri daripada pelbagai kategori.

    Untuk kategori Enduro, pilihan yang diberi untuk model yang menggunakan enjin dua lejang adalah TE250i dan TE300i sementara untuk model empat lejang pula terdapat FE250. Selain daripada itu, Husqvarna Malaysia juga menawarkan model versi istimewa TE300i Rockstar Edition dan FE350 Rockstar Edition.

    Bagi kategori Motocross dan Supermoto, hanya ada satu pilihan yang disediakan untuk setiap satunya iaitu FC250 dan FS450. Harga untuk semua model ini masih belum disahkan tetapi menurut wakil Husqvarna Malaysia, ia akan berada antara RM43k hingga RM50k untuk model biasa dan RM58k untuk model Rockstar Edition.

    Perincian penuh penawaran model serta harga sebenar hanya akan diberitahu semasa pelancaran rasmi yang akan berlaku tidak lama lagi dan Husqvarna Malaysia juga memberitahu pelanggan boleh mendapatkan khidmat teknikal, servis serta alat ganti melalui Eurotech Wheel Distribution dan rangkaian pengedarnya.

     
     
  • Proton sasar pertambahan pasaran eksport di Brunei, Bangladesh, Egypt, Nepal, Pakistan dan Kenya

    Proton sasar pertambahan pasaran eksport di Brunei, Bangladesh, Egypt, Nepal, Pakistan dan Kenya

    Proton telah mensasarkan untuk mengembangkan lagi pasaran eksportnya pada tahun 2021 dengan memperkenalkan model baharunya. Baru-baru ini, pengeluar kereta nasional ini mengumumkan sehingga akhir Nov 2020, pertumbuhan eksportnya telah meningkat sebanyak 10.6% biarpun dunia sedang berhadapan dengan serangan wabak pandemik COVID-19.

    “Mendahului pasaran tempatan masih salah satu sasaran kami tetapi pada masa yang sama, ia amatlah penting bagi jenama Proton membina namanya di pasaran antarabangsa kerana ia mewakili syarikat dan Malaysia. Objektif ini dinyatakan dengan jelas dalam rancangan 10 tahun kami yang telah dibentuk pada permulaan kerjasama strategik dengan Geely.

    “Tahun ini, rancangan eksport kami telah terjejas oleh pandemik COVID-19 kerana setiap negara mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi masalah itu. Namun begitu, usaha pekerja kami serta sokongan dari pelbagai agensi kerajaan telah membantu kami kembali ke haluan yang betul. Oleh itu, dalam jangka masa beberapa minggu ini, kami akan mengumumkan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan di Kenya dan Pakistan serta jualan Proton X50 di Brunei,” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton Holdings Berhad.

    Selain daripada negara-negara yang telah diumumkan, Bangladesh dan Mesir juga akan mengadakan pelancaran Proton Saga secara dalam talian pada bulan ini. Ini akan diikuti oleh satu lagi pelancaran di Nepal sebelum tahun berakhir. Selain itu, Saga juga dipasang secara tempatan (CKD) dan dijual di Kenya dan Pakistan.

    Sebanyak 405,267 unit kenderaan berjenama Proton telah dieksport ke seluruh dunia semenjak akitiviti itu bermula pada tahun 1989 dengan model Saga. Pada akhir bulan November 2020, jumlah kenderaan yang telah di eksport ke negara lain telah melebihi jumlah dari tahun sebelumnya.

     
     
  • VIDEO: Proton uji X70 1.5L T-GDI di kawasan pergunungan Pakistan bersalji setinggi 3,118 meter

    Sebelum Proton X70 dilancarkan di Pakistan pada 18 Disember nanti, jenama automotif Malaysia berkenaan telah menyiarkan satu video menunjukkan SUV segmen-C tersebut diuji di kawasan pergunungan di negara itu, yang bukan sahaja perlu meredah permukaan jalan yang mencabar, malah turut perlu mengharungi cuaca yang sangat sejuk.

    Menurut Proton, ujian X70 yang turut melibatkan pasukan dari Malaysia tersebut bermula pada 2 Februari 2020 dan berakhir pada 17 Julai lalu, dengan jarak sejauh 50,000 km. Antara laluan yang perlu dilalui oleh X70 berkenaan termasuk jalan berbukit di Lowari, dengan puncak tertinggi berada pada paras 3,118 meter.

    Laluan tersebut bukan sahaja menampilkan permukaan jalan yang teruk, malah ia turut diliputi salji dengan suhu serendah -10 darjah selsius. Ujian ini turut meliputi kawasan laluan berpasir dengan suhu panas mencecah 52 darjah selsius.

    Seperti yang disebutkan sebelum ini, X70 pasaran Pakistan ini tidak menerima enjin 1.8L T-GDI seperti di Malaysia, sebaliknya ia hanya dijana oleh gandingan enjin tiga-silinder 1.5L T-GDI yang sama seperti Proton X50 di sini, menjana 176 hp dan tork maksima 255 Nm, bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan 7DCT.

    Ia dibuat bagi membolehkan X70 dikenakan cukai yang lebih rendah di Pakistan, memastikan ia dijual pada harga lebih kompetitif pada pasaran berkenaan. Ujian ini membuktikan bahawa enjin lebih kecil tersebut tidak mempunyai masalah untuk dipandu pada kawasan mencabar, malah Proton mendakwa kelajuan maksima 205 km/j telah dicatatkan dalam ujian berkenaan.

    X70 pasaran Pakistan ini ditawarkan dalam hanya dua varian iaitu versi asas Executive AWD, dan varian tertinggi Premium 2WD. Dari segi kelengkapan, X70 Premium pasaran Pakistan ini nampak setara dengan model Premium X pasaran Malaysia, dengan diberikan ciri seperti lampu LED hadapan dan belakang, pintu tailgate dengan fungsi bukaan tanpa sentuh, upholsteri kulit Nappa, skrin infotaimen lapan-inci dengan sistem “Hi Proton”, amplifier bersama sembilan pembesar suara termasuk subwoofer, bumbung panaromik dan pelbagai lagi.

    VIDEO: Proton uji X70 1.5L T-GDI di kawasan pergunungan Pakistan bersalji setinggi 3,118 meter

    Semua varian menerima enam-beg udara, manakala model Premium diberikan sistem bantuan pemanduan seperti brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, pemantau titik buta, cruise control adaptif dan lain-lain.

    Harga untuk Proton X70 pasaran Pakistan ini masih belum diumumkan, namun Proton menyatakan kesemua barisan modelnya diberikan waranti selama lima-tahun/150,000 – pengeluar pertama yang menawarkan waranti sedemikian di pasaran tersebut. Unit-unit awalan Proton X70 di Pakistan ini akan dijual dalam versi CBU diimport dari Malaysia, manakala operasi CKD di kilang Al-Haj Automotive di Karachi akan bermula sebelum Jun 2021.

     
     
  • Ducati Superleggera V4 tiba di M’sia – RM888k, 224 hp

    Ducati Superleggera V4 tiba di M’sia – RM888k, 224 hp

    Model Ducati paling berkuasa, paling maju dan masih boleh digunakan atas jalan biasa, iaitu Panigale Superleggera V4 telah tiba di Malaysia pada harga RM888,000. Walaubagaimanapun, hanya satu unit sahaja yang tiba dan ia sudah terjual.

    Model ini hanya dihasilkan sebanyak 500 unit untuk seluruh dunia dan antara kelebihan utamanya adalah penggunaan gentian karbon pada bahagian termasuk kerangka, subframe, lengan ayun dan juga rim. Teknologi yang digunakan diambil daripada industri aeroangkasa.

    Dengan ini, berat motosikal dapat dikurangkan sebanyak 16 kg berbanding Panigale V4 biasa, iaitu menjadi 159 kg sahaja. Digabungkan pula dengan enjin V4 yang berkuasa 224 hp dan 118 Nm tork, Superleggera V4 dapat menawarkan nisbah kuasa kepada berat 1.41 kg.

    Apabila dipasang dengan kit lumba, jumlah kuasa ini dapat ditingkatkan lagi menjadi 234 hp pada 15,500 rpm dan 120 Nm tork pada 11,750 rpm. Bahagian suspensi juga menyumbang kepada pengurangan berat ini dengan penggunaan monoshock Ohlins yang mempunyai spring titanium.

    Panel aerodinamik serta winglet yang terdapat pada bahagian hadapan motosikal ini diambil terus daripada jentera perlumbaan MotoGP dan WSBK, dan menurut Ducati, ia boleh menghasilkan daya tolak ke bawah sebanyak 50 kg, iaitu lebih 20 kg berbanding Panigale V4 dan V4R pada kelajuan 260 km/j. Bahagian elektronik turut dipertingkat dengan tambahan lima mod tunggangan boleh ubah, pencatat masa serta pengesan GPS.

     
     
  • Harga minyak 12-18 Dis – Semua naik 3 sen seliter

    Harga minyak 12-18 Dis – Semua naik 3 sen seliter

    Kementerian Kewangan telah mengumumkan kenaikan harga bagi ketiga-tiga bahan api utama di negara bagi minggu bertarikh 12 hingga 18 Disember 2020. Di mana harga bagi kesemua bahan api utama iaitu petrol RON 97 dan RON 95 serta diesel, masing-masing naik sebanyak tiga sen seliter.

    Ini bermakna harga runcit bagi petrol RON 97 akan menjadi RM2.03 seliter berbanding RM2.00 seliter pada minggu sebelumnya. Manakala RON 95 pula, daripada RM1.70 seliter, bakal menjadi RM1.73 seliter.

    Bagi diesel pula, gred Euro 2M pula bakal menjadi RM1.93 seliter dan Euro 5 pula berharga RM2.03 seliter. Kesemua harga baharu ini akan efektif mulai 12.01 tengah malam ini sehinggalah Jumaat hadapan, 18 Disember 2020.

     
     
  • Honda lanjut rebat 12.12 untuk City 2020 hingga 31 Dis

    Honda lanjut rebat 12.12 untuk City 2020 hingga 31 Dis

    Honda Malaysia telah mengumumkan ‘Jualan Istimewa 12.12 City Serba Baharu’ dengan tawaran rebat bernilai RM2,000 dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Sebelum ini, promosi tersebut berlangsung mulai 1 hingga 12 Disember sahaja.

    Dengan lanjutan tempoh promosi ini memberikan lebih banyak masa untuk pelanggan berkunjung ke bilik pameran Honda bagi menikmati rebat tersebut. Pelanggan yang menempah dan mendaftar kereta mereka menjelang 31 Disember bakal layak menerima tawaran rebat istimewa ini.

    Honda City generasi baharu ini dijual pada pasaran Malaysia dengan harga bermula RM74,191 untuk gred S, RM81,664 untuk gred E dan RM86,561 untuk gred V – ini merupakan harga atas jalan tanpa insuran, sebelum ditolak rebat promosi 12.12 berkenaan.

    Bermula 1 Januari 2021 nanti, City S,E dan V masing-masing akan dijual pada harga RM76,800, RM84,800 dan RM89,800 kerana berakhirnya tempoh pengecualian cukai jualan 2020. Lebih perincian berkenaan kelengkapan dan fungsi yang dibekalkan pada model generasi baharu ini, anda boleh baca artikel yang telah pun kami sediakan sebelum ini pada pautan di bawah:

    GALERI: Honda City 1.5L E Modulo 2020

     
     
  • Karamjit Singh akan kembali ke APRC, Kementerian Belia dan Sukan bakal beri peruntukan RM3 juta

    Karamjit Singh akan kembali ke APRC, Kementerian Belia dan Sukan bakal beri peruntukan RM3 juta

    Selepas berita berkenaan kereta Proton Waja miliknya terpaksa dijual untuk membeli Proton Saga bagi membolehkan beliau membuat servis e-Hailing, nampaknya ramai yang membuka mata tentang keadaan lagenda Rali kita, Karamjit Singh.

    Tempoh hari Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) memberi respon akan memainkan peranannya bagi membantu juara dunia berkenaan dalam pelbagai cara, dan kini pihak Kementerian Belia dan Sukan pula berjanji sejumlah peruntukan yang besar untuknya bagi berlumba semula di peringkat antarabangsa.

    Menurut laporan dari Berita RTM, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican berjanji akan membantu mencari dana sebanyak RM3 juta yang diperlukan bagi membolehkan Karamjit Singh berlumba semula di Kejuaraan Rali Asia Pacific (APRC) tahun hadapan.

    Dengan bajet yang besar ini, nampaknya Karamjit bukan mensasarkan kategori-kategori kecil, ada peluang untuk beliau bertanding dalam kategori utama yang menggunakan jentera AP4 atau R5!

    Karamjit Singh akan kembali ke APRC, Kementerian Belia dan Sukan bakal beri peruntukan RM3 juta

    Jadi, apa pilihan jentera Karamjit Singh untuk mengejar gelaran dalam APRC nanti? Buat masa sekarang, banyak pilihan jentera AP4 yang boleh dipilih, antaranya mungkin Mitsubishi Mirage AP4 yang dibangunkan oleh Ralliart New Zealand, atau mungkin barisan jentera AP4 dari Cusco seperti Toyota C-HR AP4 atau Toyota Yaris AP4.

    Namun untuk seorang yang begitu patriotik dengan jenama Proton, ada kemungkinan besar Karamjit Singh akan kembali dengan jenama automotif nasional itu. Dengan kepakaran yang ada pasukan Proton R3 di Shah Alam, tidak mustahil mereka boleh menghasilkan jentera AP4 sendiri berdasarkan Proton Iriz.

    Tetapi yang menjadi mustahil adalah tempoh masa yang terlalu singkat untuk membina jentera berkenaan kerana Karamjit Singh perlu berlumba untuk musim 2021. Oleh itu, ada kemungkinan besar Karamjit Singh mungkin boleh memilih Proton Iriz R5 yang sudahpun siap dibangunkan oleh Mellors Elliot Motorsport (MEM) di UK.

    Malah, MEM sendiri sudahpun kenal rapat dengan Karam kerana gabungan kedua-dua nama ini telah menghasilkan kejayaan di mana Karamjit Singh bergelar juara dunia dalam Kejuaraan Rali Dunia untuk kategori Produksi (PWRC) 2002 dengan memandu Proton PERT Evo VI yang dibangunkan oleh MEM.

    Apa pun, kita tunggu sendiri perkembangan selanjutnya selepas ini, selepas bajet tersebut benar-benar diterima oleh Karamjit Singh. Sama-sama kita nantikan!

     
     
  • DFSK Glory 580 kini di Malaysia – SUV tujuh-tempat duduk, RM88k, 1.5 liter Turbo, CBU dari Indonesia

    DFSK Glory 580 kini di Malaysia – SUV tujuh-tempat duduk, RM88k, 1.5 liter Turbo, CBU dari Indonesia

    Ketika DFSK Glory 580 ini dipamerkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2018, kami buat satu laporan berkenaan model tersebut kerana SUV tujuh-tempat duduk berkenaan sangat murah dan menampilkan saiz yang besar dan juga enjin 1.5 liter turbo. Siapa sangka, dua tahun kemudian model ini benar-benar dilancarkan di Malaysia?

    Ya, model ini secara rasmi masuk ke pasaran Malaysia, dijual oleh Dongfeng Commercial Vehicle Malaysia, yang juga pengedar untuk trak komersial ringan Dongfeng Supercab. DFSK bermaksud Dongfeng Sokon, dan di Indonesia ia lebih dikenali sebagai Sokon.

    Ini kali pertama syarikat tersebut menjual kenderaan penumpang biasa dan unit pertama SUV ini akan didaftarkan serta dihantar kepada pelanggan pada minggu hadapan.

    DFSK Glory 580 kini di Malaysia – SUV tujuh-tempat duduk, RM88k, 1.5 liter Turbo, CBU dari Indonesia

    Seperti di Indonesia, kelebihan utama SUV ini pada pasaran Malaysia adalah harganya yang begitu murah berbanding pesaing sekelas. Glory 580 adalah sebuah SUV dengan saiz seperti Honda CR-V dan Proton X70, manakala harganya pula adalah dalam julat Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander.

    Ia juga dijana oleh enjin 1.5 liter dengan pengecas turbo, digandingkan dengan kotak gear CVT automatik. Ia dijual dalam versi CBU yang diimport dari Indonesia dengan harga RM88,000 tanpa insuran.

    Tipikal sebuah model dari China, Glory 580 ini menampilkan rekaan ‘rojak’ dari pelbagai jenama lain. Mukanya direka seakan Honda HR-V, profil sisi nampak seperti Hyundai Santa Fe generasi sebelum ini, manakala rekaan belakang pula nampak seperti Audi Q5 generasi pertama. Manakala rekaan dalaman pula banyak “inspirasi” yang diambil dari Volkswagen.

    DFSK Glory 580 kini di Malaysia – SUV tujuh-tempat duduk, RM88k, 1.5 liter Turbo, CBU dari Indonesia

    Glory 580 ialah SUV dengan kerangka badan unibody dan diberikan suspensi jenis topang McPherson di hadapan dan torsion beam di belakang. Ia turut diberikan brek cakera di hadapan dan belakang, serta diberikan rim bersaiz 17-inci.

    Dari segi dimensi, SUV ini dihasilkan dengan saiz 4,680 mm panjang, 1,845 mm lebar, bersama jarak roda 2,780 mm. Jika dibandingkan dengan Proton X70, Glory 580 ini adalah 161 mm lebih panjang, 14 mm lebih lebar serta jarak roda 110 mm lebih jauh. Tempat duduk baris ketiga untuk SUV ini dihasilkan kecil seperti Honda CR-V dan Nissan X-trail dalam versi tujuh tempat duduk seperti yang dijual pada pasaran tertentu.

    Enjin 1.5 liter turbo pada Glory 580 ini menjana 150 PS dan tork maksima 220 Nm bermula 1,800 hingga 4,000 rpm. Manakala kotak gear CVT yang dipadankan pula turut diberikan mod manual, dan kuasa dialirkan hanya pada roda hadapan.

    Pasaran Malaysia hanya menerima satu varian SUV ini iaitu Luxury, sama dengan varian tertinggi di Indonesia. Ia berikan perincian seperti tempat duduk balutan kulit dengan tema dua tona hitam-perang, tempat duduk pemandu larasan elektrik dan juga sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin.

    Ia turut diberikan roda stereng pelbagai fungsi, pendingin hawa dengan motor penghembus kabin belakang bersama panel kawalan berasingan, brek parkir elektronik, kamera undur, sistem pemantau tekanan tayar, skrin infotainmen 10-inci dan empat beg udara.

    DFSK Glory 580 ditawarkan dalam empat warna badan iaitu Glorious Metallic Red, Elegant White, Phantom Black dan Champagne Silver. Ia turut dilindungi oleh waranti selama lima-tahun atau 150,000 km.

    Dongfeng telah melancarkan kilang mereka yang terletak di Serang, Indonesia yang bernilai US$150 juta, dengan kapasiti 50,000 unit setahun pada November 2017. Kini kilang tersebut menghasilkan Glory 580 ini, disamping SUV Glory 560 dan juga Glory i-Auto iaitu versi lebih tinggi untuk 580.

     
     
  • PDRM terima dua unit Mitsubishi Outlander daripada LPT 2 untuk penguatkuasaan di lebuh raya itu

    PDRM terima dua unit Mitsubishi Outlander daripada LPT 2 untuk penguatkuasaan di lebuh raya itu

    LPT 2 Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan berupa dua unit SUV Mitsubishi Outlander kepada Polis DiRaja malaysia (PDRM). Ia bertujuan untuk membantu pihak berkuasa bagi menjalankan penguatkuasaan undang-undang, pemantauan dan rondaan di lebuh raya dengan lebih efektif di lebuh raya terbabit.

    Selain itu, ia juga membuktikan kerjasama yang erat di antara LPT 2 dan polis dalam membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selamat pada setiap masa, ujar Zakaria Ahmad Zabidi, Pengarah syarikat konsesi yang mengendalikan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

    Menurut Zakaria, pihaknya menjangkakan orang ramai bakalmengambil peluang untuk bercuti atau pulang ke kampung di Pantai Timur pada cuti hujung minggu dan hujung tahun berikutan pengumuman Kerajaan membenarkan kembali perjalanan rentas negeri bermula 7 Disember lalu. Ini bakal melonjakkan semula jumlah trafik yang menggunakan lebuhraya terbabit sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor hinggalah ke Kuala Terengganu.

    PDRM terima dua unit Mitsubishi Outlander daripada LPT 2 untuk penguatkuasaan di lebuh raya itu

    Tambahnya lagi, penyerahan kenderaan tersebut kepada pihak polis ini merupakan inisiatif LPT 2 untuk membantu pihak berkuasa bagi menjalankan penguatkuasaan undang-undang, pemantauan dan rondaan di lebuh raya dengan lebih efektif di lebuhraya terbabit. Ia juga membuktikan kerjasama yang erat di antara LPT 2 dan Polis dalam membantu orang ramai menikmati perjalanan yang selamat pada setiap masa.

    “Pendekatan yang diambil oleh LPT2 termasuk kolaborasi bersama PDRM menerusi Unit Pemantauan Lebuhraya dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri menyaksikan kadar kemalangan yang berlaku di LPT2 telah menurun sebanyak 31% di antara 2016 hingga 2019. Oleh itu, dengan sumbangan kenderaan ini, LPT 2 yakin ia dapat membantu pemantauan yang lebih efisien serta meningkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya.

    LPT 2 juga melihat kepada aspek penguatkuasaan undang-undang di bawah pendekatan 3E iaitu Enforcement (Penguatkuasaan), Engineering (Kejuruteraan) dan Education (Pendidikan) untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya.

    PDRM terima dua unit Mitsubishi Outlander daripada LPT 2 untuk penguatkuasaan di lebuh raya itu

    “Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak LPT 2 atas sumbangan 2 buah unit kenderaan bagi kegunaan dan rondaan Penguatkuasaan kepada PDRM. Kami percaya, dengan sumbangan kenderaan kepada PDRM untuk kali kedua ini dapat membantu pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan pengguna lebuh raya dengan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di LPT2 dengan lebih baik dan berkesan,” jelas SAC Dato’ Mohd Nazri Hussain, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawasan Lalulintas/Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, PDRM.

    Sambungnya lagi, “PDRM dan LPT 2 akan terus bekerjasama dalam memastikan aspek keselamatan serta sebarang aktiviti jenayah dan pelanggaran kesalahan lalulintas dapat dikurangkan bagi memastikan pengguna lebuh raya berasa selamat ketika menggunakan lebuh raya LPT2.”

    Pada tahun 2017, LPT 2 juga telah menyumbang dua buah kenderaan rondaan Mitsubishi GT Lancer kepada PDRM untuk rondaan di lebuh raya terbabit.