Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • ‘Lexus Alphard’ sah muncul 16 April ini di Shanghai

    ‘Lexus Alphard’ sah muncul 16 April ini di Shanghai

    Minggu lalu Lexus telah menyiarkan imej teaser berupa muka sebuah model baharu, tanpa sebarang perincian kecuali membayangkan bahawa ia sebuah model dengan ruang yang luas. Kini satu lagi teaser didedahkan dan ia sah sebuah MPV, dan bakal didedahkan di Auto Shanghai 2019 16 April ini.

    Seperti dijangka juga, model berkenaan diasaskan dari Toyota Alphard – ia jelas melihatkan bentuk unik tiang-B MPV yang sememangnya boleh dikelaskan sebagai model mewah berkenaan. Bagi mengangkat lagi nilai premium MPV ini berbanding Alphard, Lexus nampaknya memberikan kemasan krom membentuk huruf ‘S’ menerusi tingkap hadapan hingga belakang, melalui tiang-B berkenaan.

    Pada bahagian muka pula, Lampu asal Alphard digantikan dengan lampu lebih tirus bersama lampu nyalaan siang LED berbentuk anak panah persis model-model Lexus lain. Ia turut diberikan gril signatur ‘Spindel’ bersama logo Lexus di tengah bagi melengkapkannya sebagai sebuah Lexus sebenar.

    ‘Lexus Alphard’ sah muncul 16 April ini di Shanghai

    Desas-desus bertiup, model ini dijangka akan digelar sebagai Lexus LM dan hadir dengan dua varian iaitu LM350 dan LM 300h. Ia juga dijangka akan dikuasakan unit janakuasa yang sama seperti Alphard iaitu enjin 3.5 liter V6 suntikan bahan api terus 2GR-FKE berkuasa 300 PS, manakala versi hibrid pula menerima gabungan enjin 2.5 liter kitaran Atkinson berkuasa 150 hp dan motor elektrik 141 hp, bersama satu lagi motor elektrik di belakang berkuasa 67 hp.

    Portal berita dari Jepun, Chukei-News turut ada melaporkan berita berkenaan MPV mewah dari Lexus ini. “Toyota Motor merancang untuk memperkenalkan minivan (MPV) pertama untuk jenama mewah mereka iaitu Lexus. Syarikat tersebut akan memulakan produksi besar-besaran pada tahun 2020 di kilang subsidiarinya Toyota Auto Body Inabe (Inabe City)” sebut laporan tersebut.

    “Buat permulaan, eksport dan jualan dijangka akan disasarkan pada pasaran China dan Asia. Di China dan Asia, populariti minivan besar, terutamanya untuk golongan berada sangat menggalakkan,” sebut laporan berkenaan lagi.

    GALERI: Toyota Alphard 3.5 Executive Lounge

     
     
  • Mercedes-AMG CLA35 4Matic C118 diperkenalkan

    Mercedes-AMG CLA35 4Matic C118 diperkenalkan

    Sebelum ini barisan Mercedes-Benz A-Class terdiri daripada versi sedan dan hatchback – tapi terkini, CLA C188 generasi kedua muncul dengan model prestasi AMG “35” pula. Mercedes-AMG CLA 35 4Matic baharu ini telah didedahkan secara rasmi sempena dengan New York International Auto Show (NYIAS) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

    Walau pun masih menggunakan binaan kereta asas, namun CLA 35 digayakan dengan garisan bumbung tersendiri yang menjadikannya seperti CLS paling bongsu, sedikit berbeza berbanding bentuk yang lebih tradisional seperti ditampilkan pada model A-Class Sedan. Seperti keluarga A 35 yang lain, CLA 35 dipadankan dengan enjin M260 2.0 liter pengecas turbo petrol dengan hamburan kuasa 302 hp (306 PS) pada 5,800 rpm dan tork 400 Nm dari 3,000 hingga 4,000 rpm.

    Pacuan bagi CLA 35 disalurkan ke semua empat rodanya menerusi sistem pacuan semua-roda pembolehubah-sepenuhnya 4Matic (dengan FWD tulen dan 50:50 bagi pecahan nisbah hadapan-ke-belakang) dengan pengedaran tork diuruskan oleh klac pelbagai-cakera dan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan. Penjana kuasa ini membolehkannya dipecut dari 0-100 km/j dalam 4.9 saat dan kelajuan maksimum mampu mencecah 250 km/j.

    Mercedes-AMG CLA35 4Matic C118 diperkenalkan

    Penentu ukuran AWD disambungkan dengan program kestabilan kereta, di mana 4Matic kekal pada mod Comfort selagi suis ESP dihidupkan. Selagi ESP diaktifkan, sistem 4Matic akan kekal dalam mod “Comfort”. Apabila pemandu menekan butang ESP SPORT Handling atau ESP OFF, sistem 4Matic akan bertukar ke mod Sport, untuk “pemanduan yang lebih tangkas dan juga had kestabilan yang lebih tinggi”. Mod pemanduan yang biasa turut ditampilkan dengan lima pilihan termasuk Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual.

    Suspensi bagi CLA 35 menggunakan bentangan topang MacPherson untuk gandar hadapan dengan larasan empat-penghubung di belakang. Ia juga menggunakan geometri gandar spesifik di hadapan untuk mengurangkan pengaruh pada output pemanduan, dengan aluminium wishbone yang mampu mengurangkan berat badan yang tidak sepatutnya. Pelarasan didatangkan oleh sistem peredam adaptif pilihan yang menawarkan tiga larasan dari Comfort ke Sporty.

    Gandar belakang empat-penyambung menawarkan transverse arm dan trailing arm, wheel carrier dan bearing yang sama seperti A 45. Sistem brek pula dioperasikan oleh sepasang kaliper monoblock empat-omboh di hadapan dengan cakera 350 mm, sementara kaliper satu-omboh dengan cakera brek 330 mm untuk belakang. Stereng dengan elektromekanikal bersama nisbah pemboleh ubah dan menawarkan dua tetapan bantuan bergantung pada pemilihan mod pemanduan.

    Mercedes-AMG CLA35 4Matic C118 diperkenalkan

    Bagi dalaman untuk CLA 35, ia ditampilkan dengan Mercedes-Benz User Experience (MBUX) bagi tetapan COMAND dan menawarkan arahan menerusi kawalan suara dengan fasa pengaktifan ‘Hey Mercedes’. Sistem infotainmen MBUX dilihat berpadanan dengan kokpit skrin hadapan termasuk berkongsi dua paparan dengan perumah biasa.

    Sama seperti sedan dan hatch A 35, CLA 35 menawarkan roda stereng generasi baharu dengan seksyen bawah yang lebih flat, kulit “perforated” dan jahitan kontras merah dengan pedal penukar gear metal yang terletak di belakangnya. Ia turut dilengkapi kawalan sentuhan built-in pada jejeri kiri roda stereng yang membolehkannya mengawal sistem kawalan kelajuan adaptif dan Distronic, manakala jejari kanan roda stereng menghantar arahan untuk kawalan suara, telefon dan infotainmen.

     
     
  • Mercedes-Benz Malaysia jual 2,944 unit kereta baharu pada suku pertama 2019, Mac catat jualan tertinggi

    Mercedes-Benz Malaysia jual 2,944 unit kereta baharu pada suku pertama 2019, Mac catat jualan tertinggi

    Serentak dengan pelancran Mercedes-Benz A-Class Sedan V177 hari ini, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut mendedahkan prestasi jualan mereka untuk suku pertama tahun 2019. Menurut syarikat tersebut, sejumlah 2,944 unit kenderaan telah diserahkan kepada pelanggan untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini, atau merosot 11.7% berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Walau bagaimanapun, Mercedes-Benz masih lagi menjadi peneraju dalam segmen premium di Malaysia dengan pegangan bahagian pasaran sebanyak 2.4%. Sepanjang tempoh berkenaan juga, bulan Mac mencatatkan angka jualan paling tinggi dengan 1,334 unit kenderaan berjaya diserahkan kepada pemilik baharu.

    Dari angka keseluruhan tiga bulan berkenaan, sejumlah 427 unit adalah dari kelas kompak – turun 28% berbanding tempoh sama 2018. Manakala model sedan mewah yang terdiri dari C-, E- dan S-Class pula mencatatkan jualan sebanyak 1,714 unit, jatuh 13% berbanding suku pertama tahun lalu.

    Namun Mercedes-Benz berjaya mencatatkan jualan lebih baik untuk kelas SUV di mana 695 unit berjaya dijual, atau tiga peratus lebih banyak dari Januari hingga Mac 2018. Manakala untuk barisan model-model Dream Cars, sebanyak 108 unit telah menemui pemilik baharu mereka, jatuh 15% berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Untuk suku pertama tahun ini juga, MBM telah memperkenalkan lima varian baharu dalam barisan produk mereka iaitu E 200 SportsStyle Avantgarde dan E 300 Exclusive dan E 350 AMG Line untuk model W219, GLC 300 Coupe C253 serta GLE 450 V167 AMG Line.

    Manakala untuk divisi pembiayaan mereka iaitu Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM), sedikit peningkatan telah direkodkan. Sepanjang suku pertama 2019, MBSM berjaya memperolehi portfolio pembiayaan lebih dari RM2.7 bilion atau peningkatan sebanyak 0.3 bilion berbanding suku pertama tahun lalu. Empat dari lima orang pelanggan memilih untuk menggunakan khidmat pembiayaan untuk kereta Mercedes-Benz mereka, di mana 50% darinya memilih servis ditawarkan oleh MBSM.

    Bagi khidmat servis selepas jualan pula, lebih 40,000 kenderaan telah diservis menerusi saluran rasmi MBM seluruh negara untuk tiga bulan pertama tahun ini, atau 13% meningkat berbanding tempoh sama 2018.

     
     
  • Carlos Ghosn siar video mempertahankan diri, dakwa dia ditikam dari belakang dalam satu konspirasi

    Bekas bos besar Nissan, Carlos Ghosn yang kini keluar-masuk penjara kerana didakwa melakukan pecah amanah kini menyiarkan video untuk mempertahankan dirinya. Video berkenaan disiarkan setelah beliau ditangkap sekali lagi minggu lalu dengan dakwaan baru – menyalahguna dana syarikat berjumlah US$5 juta – dan dibuat setelah menjangkakan dia memang tidak sempat untuk membuat kenyataan dalam sesi sidang media sebenar.

    Dalam video yang disiarkan oleh peguamnya itu, Ghosn menyatakan bahawa beliau sayangkan Jepun dan Nissan di mana beliau sendiri telah berkhidmat di negara dan jenama tersebut selama 20 tahun. Manakala apa yang berlaku padanya hari ini bukan kerana beliau seorang diktator, tetapi telah dia dikhianati dalam satu konspirasi yang dilakukan rakan setugas sendiri, setelah beliau cuba untuk menyatukan Nissan dengan pemegang sahamnya, Renault.

    “Ini adalah konspirasi. Ini bukan kerana tamak atau sifat diktator, ini adalah kerana sebuah plot, ini kerana konspirasi, ini adalah berkaitan dengan pengkhianatan,” kata Ghosn.

    “Terdapat ketakutan kerana langkah seterusnya dalam pakatan (Renault-Nissan) dari segi penyatuan dan dari segi langkah untuk penggabungan, mungkin akan mengancam berberapa orang, atau mungkin mengancam autonomi Nissan,” tambahnya lagi.

    Carlos Ghosn siar video mempertahankan diri, dakwa dia ditikam dari belakang dalam satu konspirasi

    Menurut Ghosn, autonomi tidak pernah diancam dalam tempoh 19-tahun pakatan berkenaan, dan beliau sendiri sebenarnya kuat mempertahankan autonomi tersebut. “Tetapi autonomi ini mestilah bersandarkan prestasi. Prestasi Nissan tidak baik, ia telah menurun dengan banyak,” katanya lagi.

    “Berberapa eksekutif, yang demi kepentingan sendiri dan ketakuan mereka sendiri yang mementingkan diri, telah banyak mewujudkan nilai-nilai kemusnahan. Nama (orang berkenaan)?, anda kenal mereka. Kita bercakap tentang orang yang benar-benar bermain permainan yang sangat kotor,” kata Ghosn yang mungkin menuduh pimpinan-pimpinan tertinggi dalam Nissan.

    “Harap-harap, kebenaran dan fakta akan muncul,” katanya lagi. Yang pasti, Carlos Ghosn yang telah membina semula Nissan tidak akan menyerah kalah dengan mudah. Lebih banyak kebenaran pasti akan muncul setelah perbicaraan terhadap kes-kes ini bermula kelak.

     
     
  • Malaysia sedang kaji cadangan kurangkan kos projek HSR Kuala Lumpur-Singapura – Tun Mahathir

    Malaysia sedang kaji cadangan kurangkan kos projek HSR Kuala Lumpur-Singapura – Tun Mahathir

    Sehingga kini tiada keputusan muktamad bagi Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, ini kerana Malaysia sedang mengkaji cadangan untuk mengurangkan kos projek berkenaan sebelum tempoh penggantungan berakhir pada 31 Mei 2020, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, laporan Bernama.

    Perdana Menteri berkata keutamaan kerajaan ialah mengurangkan hutang negara dan memastikan projek yang berdaya maju dari segi ekonomi dapat menjana kadar pulangan yang boleh diterima.

    “Terdapat manfaat ekonomi yang penting untuk meningkatkan jaringan pengangkutan awam antara kedua-dua negara. Bagaimanapun, projek itu perlu berdaya maju dan mampan,” katanya pada sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong selepas Pemukiman Pemimpin Malaysia- Singapura Kesembilan hari ini.

    Malaysia sedang kaji cadangan kurangkan kos projek HSR Kuala Lumpur-Singapura – Tun Mahathir

    Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loon pula berkata, pihaknya memahami Malaysia memerlukan masa untuk mengkaji semula kos dan sebarang pilihan alternatif, walaupun republik itu terus melihatnya sebagai projek yang baik.

    “Kami berharap untuk menerima cadangan daripada Malaysia tidak lama lagi, sebagai usaha untuk bekerjasama dengan mereka dan mencari jalan yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.

    Dalam pertemuan yang berlangsung hari ini, turut dibincangkan termasuklah projek Sistem Transit Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura, di mana Malaysia masih mencari alternatif yang berpatutan dan mampan, manakala Singapura bersedia untuk mempertimbangkan penggantungan projek itu.

    Selain itu, kesesakan lalu lintas di tambak yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura turut dibincangkan dengan Lee memetik Mahathir sebagai berkata RTS Link tidak akan menyelesaikan masalah penunggang motosikal yang ingin memasuki Singapura.

    Malaysia sedang kaji cadangan kurangkan kos projek HSR Kuala Lumpur-Singapura – Tun Mahathir

    Tun Mahathir turut berkata, menyelesaikan kesesakan lalu lintas di pintu masuk Malaysia-Singapura di Tambak Johor dan Linkedua adalah keutamaan bagi Malaysia.

    Beliau berkata isu itu terus menjadi masalah besar bagi pengguna yang berulang-alik dari Malaysia dan Singapura. Di mana Malaysia dan Singapura terus komited untuk menangani isu itu dan akan terus meneroka inisiatif baharu bagi menanganinya.

    “Pada masa ini, terdapat kira-kira 250,000 hingga 300,000 orang yang menyeberangi tambak ini pada setiap hari. Menyelesaikan kesesakan itu menjadi keutamaan bagi Malaysia. Ini termasuk menambah baik infrastruktur fizikal, menyemak semula dasar dan peraturan antara sempadan serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rentas sempadan,” katanya.

     
     
  • Mercedes-Benz A-Class Sedan V177 dilancarkan di M’sia – A 200 dan A 250, bermula RM230k-RM268k

    Mercedes-Benz A-Class Sedan V177 dilancarkan di M’sia – A 200 dan A 250, bermula RM230k-RM268k

    Oktober tahun lalu, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah pun membawakan hatchback generasi baharu A-Class W177, dan kini mereka yang mahukan model sama tetapi dengan tahap praktikaliti lebih tinggi sudah boleh ke mana-mana bilik pameran MBM kerana versi sedan A-Class V177 secara rasmi telah dilancarkan pada pasaran tempatan.

    Mercedes-Benz A-Class Sedan ini turut ditawarkan dengan dua varian iaitu A 200 Progresive Line dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM229,888, manakala model A 250 AMG Line dijual pada harga RM267,888. Kesemua harga adalah berserta waranti empat tahun tanpa had perbatuan. Jika dibandingkan dengan model hatchback, varian sedan A 200 hanya RM2,000 lebih mahal dan A 250 pula hanya RM4,000 lebih mahal.

    Dengan kelebihan pada bahagian belakang, sedan ini adalah 130 mm lebih panjang dan enam milimiter lebih tinggi dengan dimensi keseluruhan 4,549 mm panjang, 1,796 mm lebar dan tinggi 1,446 mm. Manakala jarak roda pula masih kekal pada 2,729 mm. Menurut Mercedes, model sedan ini mempunyai ruang kepala belakang serta ruang bahu dan siku paling luas dalam kelasnya. Ruang but pula berkapasiti 420 liter atau 50 liter lebih besar dari model hatch.

    Mercedes-Benz A-Class Sedan V177 dilancarkan di M’sia – A 200 dan A 250, bermula RM230k-RM268k

    Pada bahagian muka, model sedan ini masih mempunyai rupa yang sama dengan hatchback. Ia hadir dengan lampu hadapan lebih tirus dan hidung lebih rendah dari model sebelum ini, bersama gril berbentuk trapezoid dengan logo bintang Mercedes-Benz Bersaiz besar. Garis bahu juga seiras dengan versi hatchback bersama lampu belakang yang direka tirus.

    Kedua-dua varian diberikan lampu hadapan LED High Performance (tanpa pilihan lampu Multibeam) dengan sistem automatik. Ia juga disertakan dengan rim 18-inci lima jejari dan juga tip ekzos berkembar di belakang. Pakej AMG Line pada A 250 ditambah dengan bampar hadapan lebih garang, skirt sisi, cakara brek hadapan yang ditebuk serta set rim AMG. Model A 200 menerima tayar run flat, tetapi untuk A 250 diberikan tayar standard dengan kit baikpulih tayar.

    Bahagian kabin juga masih menyerupai model hatchback dengan papan pemuka berbentuk sayap, bersama panel paparan skrin berdiri sendiri. Liang penghawa dingin berbentuk turbin juga masih diberikan, bersama lampu suasana 64-warna dengan 10 tema.

    Mercedes-Benz A-Class Sedan V177 dilancarkan di M’sia – A 200 dan A 250, bermula RM230k-RM268k

    Sistem infotainmen Mercedes-Benz User Experience (MBUX) juga disertakan, dengan paparan dua buah skrin lebar bersaiz 12.3-inci yang turut berfungsi sebagai paparan instrumen utama. Sistem MBUX berkenaan dapat dioperasikan menggunakan arahan suara “Hey Mercedes”, yang dapat mengawal fungsi seperti penghawa dingin dan sistem navigasi, dan ia direka bagi ‘belajar’ sifat-sifat pemiliknya menerusi teknologi A.I.

    Model A 200 hadir dengan kemasan kayu linden hitam bersama upholsteri kulit palsu Artico. Manakala model A 250 menerima tempat duduk sport dengan fungsi pemanas yang bersepadu dengan perehat kepala, bersama roda stereng rata di bawah dengan rekaan rata di bawah, kemasan brushed aluminium serta upholsteri Artico dan gentian mikro Dinamica.

    Kelengkapan standard lain turut serupa dengan versi hatchback termasuk sistem kunci pintar dengan suis penghidup enjin, tempat duduk larasan berkuasa dengan fungsi memori dan larasan lumbar empat hala, cruise control, sistem penghawa dingin automatik zon tunggal tanpa liang kabin belakang, cermin sisi dengan fungsi lipat automatik, kemasan bendul pintu bernyala, sistem navigasi berasaskan cakera keras serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

    Mercedes-Benz A-Class Sedan V177 dilancarkan di M’sia – A 200 dan A 250, bermula RM230k-RM268k

    Unit janakuasa juga serupa di mana model A 200 diberikan enjin 1.33 liter empat-silinder turbo M282 (dibina bersama Renault) yang menjana 163 hp pada takat 5,500 rpm, dan tork maksima 250 Nm bermula 1,620 hingga 4,000 rpm. Kuasa disampaikan pada roda hadapan menerusi kotak gear klac berkembar jenis basah automatik tujuh-kelajuan dari Getrag, membolehkan model ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.1 saat sebelum mencatatkan kelajuan maksima 230 km/j. Penggunaan bahan api gabungan pula adalah 5.4 liter untuk 100 km.

    Model A 250 pula masih menerima enjin 2.0 literempat silinder turbo M260, tetapi menerima talaan semula bagi membolehkan ia menghasilkan 224 hp pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 350 Nm bermula 1,800 hingga 4,000 rpm. Kotak gear klac berkembar automatik jenis basah dari Mercedes-Benz juga masih diberikan, dengan talaan yang dikemaskini.

    Ini membolehkan A 250 sedan berkenaan memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.3 saat dengan kelajuan maksima 250 km/j. Sementara penggunaan bahan api gabungan pula dicatatkan pada kadar 6.3 liter untuk 100 km.

    Model A 250 juga menerima suspensi mulitilink yang lebih jitu pada bahagian belakang, manakala A 200 pula diberikan sistem torsion beam yang lebih ringkas. Walau bagaimanapun, kedua-duanya menerima talaan selesa dengan penyerap hentak pasif dan juga direndahkan 15 mm dari asal.

    Untuk keselamatan pula, kesemua varian diberikan tujuh-beg udara, Bantuan Brek Aktif (brek kecemasan automatik), sistem pemantau tekanan angin tayar serta Bantuan Parkir Aktif bersama kamera undur.

    GALERI: Mercedes Benz A 200 Progresive Line

     
     
  • Moto Guzzi MGX-21 tiba di Malaysia – harga RM172k

    Moto Guzzi MGX-21 tiba di Malaysia – harga RM172k

    Satu model istimewa keluaran Moto Guzzi iaitu MGX-21 telah pun tiba di Malaysia dan kami telah diberikan peluang untuk menyaksikannya di depan mata. Setakat ini cuma satu unit sahaja yang dibawa masuk, dan itu pun kerana ada pelanggan yang mahukannya, dan dijual pada harga RM172,000 tidak termasuk insurans.

    MGX-21 diangkat sebagai model touring paling berprestij oleh Moto Guzzi, dan ia menggunakan gaya bagger dengan bahagian belakang yang labuh, fairing di atas dan pemegang yang besar. Bahagian lain juga dijadikan supaya perjalanan jauh lebih selesa.

    Ia dikuasakan oleh enjin V-twin 90 darjah 1,380 cc bersama padanan kotak gear enam kelajuan, dan mampu menghasilkan kuasa 96 hp pada 6,500 rpm dan 121 Nm tork pada 3,000 rpm. Penyampaian kuasa kepada roda belakang pula dilakukan oleh sistem syaf.

    Perkara yang menjadikan model ini istimewa, selain kelengkapan moden adalah ia menggunakan banyak barang yang dibuat daripada gentian karbon termasuk panel badan, penghadang lumpur tayar depan, panel tangki bahan api, keliling beg barangan tepi dan penutup enjin. Malah, rim depan 21 inci model ini juga diliputi dengan gentian karbon sementara di dalamnya terdapat struktur aluminium.

    Bagi menyatakan ini adalah sebuah motosikal moden, Moto Guzzi telah melengkapkan MGX-21 dengan sistem ride-by-wire, tiga mod tunggangan, ABS two-channel, Traction Control, lampu jenis LED, sistem stereo lengkap dengan radio, amplifier 25W dan cruise control pada MGX-21.

    Tidak cukup dengan itu, sistem infotainmen motosikal ini juga boleh disambungkan kepada telefon pintar menggunakan aplikasi khas dan platform multimedia MG-MP, di mana dengannya, pengguna boleh memasang muzik, menjawab atau membuat panggilan telefon serta menggunakan fungsi kawalan suara pada telefon (seperti Siri pada iPhone).

    Moto Guzzi MGX-21 tiba di Malaysia – harga RM172k

    Kelengkapan lain yang ada pada MGX-21 adalah termasuk fork 45 mm, brek cakera 320 mm berkembar dan angkup Brembo empat piston di hadapan, manakala di belakang pula terdapat dua penyerap hentak yang boleh dilaras, cakera 282 mm serta angkup Brembo dua piston. Berat keseluruhan model ini adalah 356 kg.

    Walaupun unit yang dipamerkan ini sudah mempunyai pemiliknya, mereka yang berminat untuk mendapatkan MGX-21 ini masih boleh membuat tempahan di pusat pameran rasmi Moto Guzzi di The Gasket Alley, Petaling Jaya dan unit khas akan dibawa masuk selepas segala proses berjalan lancar.

     
     
  • Produksi Maruti Suzuki Omni tamat selepas 35-tahun

    Produksi Maruti Suzuki Omni tamat selepas 35-tahun

    Ingat lagi bagaimana Proton berjaya mempertahankan produksi Saga generasi pertama dengan enjin 4G13 karburator selama 23 tahun (1985-2008)? Begitu juga apa yang dilakukan oleh Tan Chong Motor yang mampu untuk memasang dan menjual Nissan Sunny 130Y B11 selama 14 tahun (1982-1996) pada pasaran tempatan?

    Sebenarnya perkara seperti ini tidak hanya berlaku di Malaysia. Land Rover Defender misalnya, ia berjaya bertahan selama 70 tahun dalam produksi di mana model Series 1 muncul pada tahun 1948 dan versi terakhir Works V8 dihasilkan pada tahun lalu. Model ikonik Volkswagen Beetle Type 1 juga berjaya mengharungi tempoh produksi yang sangat lama iaitu 65 tahun (1938-2003).

    Terbaharu, Maruti Suzuki pula telah mengumumkan bahawa pengeluaran van kecil mereka iaitu Omni akan dihentikan setelah berada selama 35-tahun dalam produksi serta dijual pada pasaran India dan sekitarnya, lapor Road & Track. Ia terpaksa dilakukan kerana Omni tidak lagi mampu untuk menepati undang-undang keselamatan negara berkenaan di mana sistem brek ABS telah diwajibkan untuk semua kereta baru pada 1 April lalu, diikuti dengan beg udara pemandu pada Julai nanti.

    Produksi Maruti Suzuki Omni tamat selepas 35-tahun

    Maruti Suzuki Omni ini sebenarnya diasaskan dari model Suzuki Carry generasi ketujuh yang muncul pada tahun 1979 di Jepun. Model pasaran India ini pula diperkenalkan pada tahun 1984 dan terus diproduksi sehingga awal tahun ini.

    Berbanding Carry JDM yang dikelaskan sebagai Kei-Van dengan enjin 543 cc, Omni menerima enjin lebih berkuasa 800 cc, berkongsi dengan Maruti 800 iaitu hatchback kompak yang diasaskan dari Suzuki Fronte.

    Sejak diperkenalkan sehingga kini, Omni dijual lebih dari 16 juta unit pada pasaran India dan Pakistan. Ketika kunjungan ke IESS 2019 di Chennai, India bulan lalu, saya sendiri telah menyaksikan bahawa Omni sememangnya sebuah model van kompak yang cukup popular. Ia bukan sahaja digunakan sebagai kenderaan komersial, malah masih lagi ‘ditugaskan’ sebagai ambulans dan juga teksi yang mempunyai lapan tempat duduk.

     
     
  • RapidKL laksana sistem bayaran tanpa tunai sepenuhnya di Lembah Klang mulai 15 April

    RapidKL laksana sistem bayaran tanpa tunai sepenuhnya di Lembah Klang mulai 15 April

    RapidKL telah mengumumkan semua perkhidmatan basnya hanya akan membenarkan transaksi bayaran tambang tanpa tunai di seluruh Lembah Klang mulai 15 April ini. Sistem pembayaran baharu ini bagi menggantikan bayaran secara tunai. Ini memerlukan para penggunanya membayar kadar tambang dengan menggunakan kad Touch N’ Go (TNG) atau Pas Perjalanan Tanpa Had Rapid KL MY100 atau MY50 sahaja.

    Syarikat tersebut juga berkata warga tua, orang kurang upaya dan pelajar masih layak mendapat tambang separuh harga tetapi perlu memohon Kad MyRapid Touch N’ Go Concession untuk menikmati kadar diskaun yang ditawarkan., laporan The Star.

    Klik untuk besarkan

    Menurut pengumuman terbabit juga, pelaksanaan ini akan bermula pada 15 April di Ampang terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan di Cheras, Damansara, Lebuhraya Persekutuan dan semua laluan bas RapidKL di Lembah Klang.

    Untuk pengguna yang tidak mempunyai kad TNG, anda boleh membelinya di dalam bas RapidKL sejurus sistem baharu ini dilaksanakan sepenuhnya. Kad tersebut bernilai RM10 dan boleh ditambah nilai dengan baki kredit RM4.80.

     
     
  • Nissan Almera generasi baharu bakal membuat kemunculan sulung di Amerika Syarikat 12 April ini?

    Nissan Almera generasi baharu bakal membuat kemunculan sulung di Amerika Syarikat 12 April ini?

    Bulan lalu, kami telah siarkan imej risikan pertama Nissan Versa Sedan generasi baharu, atau di pasaran lain termasuk ASEAN ia dikenali sebagai Nissan Almera. Maklumat terkini yang kami dapat, model berkenaan akan didedahkan di Amerika pada bulan ini.

    Menurut laporan CarsDirect, versi hatchback model ini yang dikenali sebagai Versa Note akan dihentikan pengeluarannya hujung bulan ini, dan model generasi seterusnya hanya akan ditawarkan dalam bentuk sedan sahaja. Nissan juga telah mengesahkan bahawa Versa Sedan generasi baharu itu akan membuat kemunculan sulungnya di Tortuga Music Festival yang berlangsung di Fort Lauderdale, Amerika Syarikat 12 April ini.

    “Bermula dengan model 2020 yang direka semula Versa hanya akan ditawarkan dalam bentuk badan sedan. Jualan Versa Note hatchback di Amerika Utara akan berakhir pada model 2019,” kata jurucakap Nissan Jeff Wandell.

    Model generasi baharu Versa Sedan berkenaan menampilkan bentuk badan yang lebih gagah seakan abang besarnya, Nissan Altima generasi terkini. Bukan itu sahaja, lampu hadapan dan belakang juga mungkin akan menyerupai Altima dengan rekaan lebih tirus, bersama gril V-Motion sama seperti model-model terkini Nissan.

    Nissan Almera generasi baharu bakal membuat kemunculan sulung di Amerika Syarikat 12 April ini?

    Manakala untuk bahagian dalaman pula, rekaannya masih belum jelas. Tetapi apabila dizum, nampaknya sedan segmen-B yang akan berhadapan dengan Honda City dan Toyota Vios ini menampilkan skrin sesentuh sistem infotainmen NissanConnectSM pada papan pemuka yang diletakkan di bawah liang penghawa dingin dengan rekaan lebih melintang, serta roda stereng dengan rekaan sama model-model terkini Nissan.

    Masih tidak diketahui unit janakuasa yang menggerakkan model generasi baharu ini, tetapi dijangka ia mungkin menerima unit dari generasi sedia ada. Di Amerika, Versa sedan dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder NA 1.6 liter HR16DE bersama pilihan tiga kotak gear – lima-kelajuan manual, empat-kelajuan automatik atau CVT automatik.

    Manakala di Malaysia serta pasaran Asia Tenggara lain, Nissan Almera sedia ada dijana oleh enjin petrol empat silinder NA 1.5 liter HR15DE berkuasa 101 hp dan tork maksima 139 Nm, digandingkan sama ada dengan kotak gear empat-kelajuan automatik atau lima-kelajuan manual.

     
     
  • Dasar Automotif Nasional (NAP) baharu akan diumumkan pada suku kedua 2019 – MITI

    Dasar Automotif Nasional (NAP) baharu akan diumumkan pada suku kedua 2019 – MITI

    Dasar Automotif Nasional (NAP) baharu yang disemak semula dijangka akan diumumkan pada suku kedua 2019, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming. Di mana NAP baharu ini bakal memperkenalkan beberapa langkah untuk meningkatkan daya saing industri melalui trend teknologi masa depan.

    Katanya lagi, ia juga akan merangkumi Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV), Mobiliti sebagai Perkhidmatan dan Industri 4.0 serta juga, kecerdasan buatan.

    “Kajian tersebut akan memberi tumpuan kepada arah mobiliti yang baharu serta trend dalam corak pemanduan, dan ia juga boleh disesuaikan mengikut penambahbaikan dalam pengangkutan awam termasuk menerokai pembangunan vendor dalam ekosistem berkaitan,” katanya kepada pemberita semasa Bengkel Pembangunan Bandar dan E – Mobiliti anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) hari ini.

    Dasar Automotif Nasional (NAP) baharu akan diumumkan pada suku kedua 2019 – MITI

    Dalam perkembangan lain, Kian Ming berkata Jerman adalah rakan kerjasama yang ideal kepada Malaysia dalam melaksanakan inisiatif ekosistem e-mobiliti memandangkan industri automotif tempatan sedang bergerak ke hadapan dengan pelaksanaan kenderaan elektrik dan teknologi baharu.

    Beliau berkata, syarikat Jerman boleh menyumbang melalui pengetahuan teknikal dan profesional untuk menerajui standard yang tinggi bagi mencapai daya saing global.

    “Di samping itu, Jerman terkenal dengan dedikasi dan kejayaannya dalam tenaga boleh diperbaharui, dengan 35% daripada tenaga elektrik dijana daripada tenaga boleh diperbaharui untuk kuasa kenderaan elektrik,” katanya.

    Dasar Automotif Nasional (NAP) baharu akan diumumkan pada suku kedua 2019 – MITI

    Ong berkata terdapat kira-kira 30 juta kenderaan berdaftar di Malaysia dan jumlah itu dijangka meningkat berganda menjelang 2030. Justeru, Malaysia mensasarkan untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan dengan meningkatkan tahap kecekapan bahan api di Malaysia menjelang 2025, selaras dengan Pelan Hala Tuju Ekonomi Bahan Api ASEAN sebanyak 5.3 liter per 100 km.

    Pengurangan daripada pelepasan karbon adalah sejajar dengan pembangunan ekosistem e-mobiliti di Malaysia dan katanya lagi, dengan kerjasama antarabangsa adalah amat penting untuk merealisasikan sasaran tersebut.

     
     
  • Mazda CX-8 – SUV tiga baris tempat duduk akan diprebiu kepada awam di Malaysia Autoshow 2019

    Mazda CX-8 – SUV tiga baris tempat duduk akan diprebiu kepada awam di Malaysia Autoshow 2019

    Februari lalu, Bermaz telah mendedahkan kepada media SUV bersaiz besar Mazda iaitu CX-8. Nak tengok lebih dekat model yang belum lagi dilancarkan pada pasaran tempatan ini? Pada Malaysia Autoshow 2019 yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang 11 hingga 14 April ini, SUV berkenaan akan dipamerkan kepada umum.

    Menurut Bermaz, spesifikasi untuk pasaran tempatan mungkin sedikit berbeza dari model yang akan dipamerkan nanti, dan mereka bermurah hati untuk turut mendedahkan bahagian dalamannya pada masa-masa terpilih (11 pagi-12 petang, 1 petang-2 petang, 3 petang-4 petang, 5 petang hingga 7 petang) dari 12 hingga 14 April. Mereka yang berminat dengan CX-8 ini turut boleh mendaftarkan minat pada acara berkenaan.

    Mazda CX-8 adalah SUV yang diletakkan lebih tinggi dari CX-5 kerana mempunyai tiga baris tempat duduk. Walau bagaimanapun, ia masih lagi berada satu anak tangga di bawah model SUV flagship mereka iaitu CX-9. Bermaz telah menyenaraikan empat varian bagi pasaran Malaysia semasa sesi perbiu SUV ini tempoh hari.

    Mazda CX-8 – SUV tiga baris tempat duduk akan diprebiu kepada awam di Malaysia Autoshow 2019

    Tiga varian di bawah akan dijana enjin 2.5 liter NA SkyActiv-G berkuasa 192 hp/257 Nm, dengan kotak gear automatik enam kelajuan memacu roda hadapan. Manakala versi tertinggi akan diberikan enjin turbodiesel 2.2 liter SkyActiv-D menjana 188 hp/450 Nm, dan satu-satunya varian ditawarkan dengan sistem AWD.

    Jika dilihat dari penawaran antara varian, semua versi Mazda CX-8 ini adalah hampir sama antara satu sama lain – dibezakan oleh konfigurasi dan kapasiti tempat duduk serta material yang digunakan. Senarai ini bagaimanapun masih belum ditetapkan sepenuhnya dan boleh jadi akan diubah kelak.

    Semua varian juga menerima rim aloi 19-inci, lampu hadapan LED automatik, lampu kabus LED, lampu belakang LED, sistem pintar tanpa kunci, kawalan pendingin hawa tiga-zon, kerusi pemandu larasan 10-cara, sistem infotainmen MZD Connect, enam beg udara, kawalan kestabilan dinamik, ABS dengan EBD dan bantuan brek, kawalan cengkaman dan bantuan mula mendaki.

    Pakej keselamatan Mazda i-Activesense masih belum ditetapkan sebagai standard atau tidak, namun teknologi G-Vectoring Control dan sistem melahu i-Stop sudah disahkan akan diberikan pada CX-8 pasaran Malaysia.

    Konfigurasi tempat duduk pula terbahagi kepada dua penawaran – tujuh-tempat duduk (2-3-2) dan enam-tempat duduk (2-2-2). Varian asas datang dengan tujuh-tempat duduk, diikuti oleh versi enam-tempat duduk, dengan captain seat untuk barisan tengah.

    Dua varian teratas juga diberikan captain seat untuk bahagian tengah, bersama balutan kulit bagi tempat duduknya serta perehat lengan pada konsol tengah; bukan tempat duduk fabrik seperti varian yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, papan pemuka model ini nampaknya diambil terus dari CX-5.

    Khabar yang kami terima, CX-8 ini akan dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia, dan Bermaz merancang untuk mengeksportnya ke pasaran lain di rantau ini. Tiada sebarang angka disebut untuk membayangkan harga jualannya kelak, namun kita mungkin boleh membuat jangkaan berdasarkan harga CX-5 di mana varian asas 2.0L 2WD dijual pada harga bermula RM132k, manakala varian tertinggi 2.2L turbodiesel AWD dijual dengan harga RM174k.

    GALERI: Mazda CX-8 2.5L (tujuh-tempat duduk)

    GALERI: Mazda CX-8 2.2D (enam-tempat duduk)

     
     
  • Projek ECRL: Jajaran akan diubah – Anthony Loke

    Projek ECRL: Jajaran akan diubah – Anthony Loke

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengesahkan jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China dijangka hujung bulan ini.

    Menurutnya, keputusan ini dijangka dicapai dalam lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke republik itu yang antara lain akan membincangkan untuk mengurangkan kos pembinaan projek mega berkenaan, laporan Bernama.

    “Saya sebagai Menteri Pengangkutan saya boleh sahkan apa dikatakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng (pada Jumaat lalu) memang betul, projek ECRL sedang dirunding dan akan ada keputusan dalam beberapa minggu ini sebab Tun Dr Mahathir akan pergi ke China akhir bulan ini. Kalau berjaya pasti Negeri Sembilan akan dapat tempias kerana kita nak fokus pembangunan,” katanya.

    Pada Jumaat, Guan Eng dalam ceramahnya pada kempen PRK DUN Rantau telah memberi bayangan projek berkenaan akan diteruskan sekiranya kos pembinaannya dapat dikurangkan sehingga RM35 bilion daripada kos asal RM66 bilion. Beliau turut berkata bahawa jajaran sistem rel berkenaan akan berubah dan pasti membawa manfaat untuk Negeri Sembilan.

     
     
  • Shell Helix HX8 pelincir sintetik penuh diperkenalkan

    Shell Helix HX8 pelincir sintetik penuh diperkenalkan

    dav

    Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan minyak pelincir Shell Helix HX8, yang disifatkan sebagai minyak enjin premium sintetik penuh dengan harga yang mampu milik untuk pasaran tempatan. Minyak pelincir ini didatangkan dalam dua penawaran kelikatan yang berbeza; Shell Helix HX8 5W-40 dalam pek empat liter yang dijual pada harga RM165 (Semenanjung) dan RM166 (Sabah/Sarawak) serta Shell Helix HX8 5W-30 pada harga RM180 (Semenanjung) dan RM181 (Sabah/Sarawak).

    “Shell Helix HX8 ini menawarkan minyak pelincir sintetik penuh premium dengan prestasi yang sama pada harga yang lebih rendah untuk memberikan yang terbaik kepada kereta anda tanpa kompromi,” jelas Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan.

    Dengan teknolgi Flexi Molecule adaptif, minyak pelinciri ini melindungi enjin dengan cara menyesuaikannya terhadap keadaan dan gaya pemanduan harian oleh pemandu. Ia menawarkan 58% lebih baik bagi kawalan pendapan bersuhu tinggi dan kestabilan likatan, pelindungan hakisan dengan 78% lebih baik dalam keadaan jalan sesak serta pelindungan kehausan komponen sebanyak 40% lebih tinggi.

    Shell Helix HX8 pelincir sintetik penuh diperkenalkan

    edf

    Sempena pengenalannya, sebanyak 888 pek Shell Helix HX8 akan ditawarkan kepada pemilik kenderaan yang mendaftar di www.shell.com.my/helix888. Tiada pembelian perlu dibuat dan pemenang bertuah akan menerima kod promosi melalui SMS.

    Sebagai tambahan, pembelian ShellHelix HX8 juga akan melayakkan pengguna untuk menikmati program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE) yang menawarkan minyak enjin Shell percuma daripada mata pembelian terkumpul serta Shell Helix Engine Warranty (SHEW) percuma bagi kereta bawah lapan tahun atau 150,000 km.

     
     
  • Lamborghini Huracan Evo dipertontonkan di Malaysia

    Lamborghini Huracan Evo dipertontonkan di Malaysia

    Diperkenalkan pada Januari lalu, Lamborghini Huracan Evo telah membuat penampilan istimewa di Sepang hujung minggu lalu. Walau bagaimana pun, tempahannya hanya akan bermula sebelum berakhirnya 2019, dengan unit pertama dijangka tiba pada suku ke-empat ini.

    Model ini menerima enjin 5.2 liter suntikan-terus, naturally-aspirated V10 seperti yang ada pada Performante. Jumlah kuasa keseluruhannya mencecah 640 hp pada 8,000 rpm dan tork 600 Nm pada 6,500 rpm. Kuasanya disalurkan ke semua empat roda menerusi transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan.

    Angka prestasinya termasuk pecutan 0-100 km/j dalam 2.9 saat, mirip dengan Performace yang membawa berat tambahan sebanyak 40 kg bagi berat kering, pada 1,422 kg. Selain itu, ia mampu dipecut dari 0-200 km/j dalam 9.0 saat, dan kelajuan tertinggi melebihi 325 km/j.

    Lamborghini Huracan Evo dipertontonkan di Malaysia

    Perubahan luaran juga nampak lebih segar, termasuk bampar hadapan dan corong udara berbentuk-Y baharu, bersama splitter dan wing. Corong udara sisi baharu juga akan ditampilkan.

    Pada bahagian belakangnya, Evo menampilkan sistem ekzos sport baharu, dengan corong berkembar yang diposisikan di atas bampar belakang, Tiada sistem aero aktif Aerodinamica Lamborghini Attiva (ALA) ditampilkan, tetapi terdapat spoiler yang membantu mempertingkatkan aliran udara.

    Selain itu, bahagian bawah badannya juga telah disemak semula bagi memaksimumkan aerodinamik yang lebih baik, membuatkan jentera baharu ini memiliki daya downforce dan penjimatan aero lima kali ganda yang lebih baik berbanding Huracan asal.

    Secara mekanikalnya, ia turut didatangkan dengan roda stereng-belakang baharu, bersama sistem penvektoran tork, tetapi pengeluarnya berkata peningkatan terbesar bagi prestasi yang diberikan ialah menampilkan Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata (LDVI), unit pemprosesan tengah yang bukan sahaja menyambung dan mengawal semua elemen elektronik di dalam kereta, tetapi meramal tindakan pemandu yang selanjutnya dan yang diperlukan, sekaligus akan melaraskan mengikut keperluan pemanduan.

    Selain itu, Lamborghini Piattaforma Inerziale (LPI) seperti di dalam Performance turut dipertingkatkan ke versi 2.0. LPT adalah set bagi accelerometer and gyroscope sensor yang ditempatkan di tengah pusat graviti kereta, dan peningkatan ini untuk mengukur real-time dinamik kereta bagi lateral, longitudinal dan vertical acceleration.

    Bukan itu sahaja, magneto rheological damper dalam suspensi aktif juga telah dipertingkatkan dan ia disepadukan dengan LPI, bagi sistem kawalan cengkaman yang lebih maju, bersama dengan sistem pacuan semua-roda dan penvektoran tork, membolehkan cengkaman dibawakan secara terus ke roda tunggal jika diperlukan. Juga ditampilkan ialah Lamborghini Dynamic Steering (LDS), yang membantu ketegaran kelajuan-rendah dan kelajuan-tinggi di selekoh serta kestabilan membrek.

    Ia cukup baik untuk membawakan Huracan ini menjadi kenderaan yang lebih tangkas dan responsif dengan tahap kawalan yang tiada tandingannya, dan jentera ini kini boleh mengesan langkah pemandu menerusi input stereng, brek dan pendikitan, bersama pemilihan gear dan mod pemanduan (Strada, Sport atau Corsa) yang dipilih.

    Jentera yang dipertontonkan di Sepang ini merupakan unit pemanduan-sebelah kiri dengan empat lapisan warna luaran Arancio Xanto dan roda aloi Aesir 20-inci. Pembeli yang berminat boleh memilih untuk mengkostum jentera ini dengan warna hitam baharu atau pilihan pek Style dengan warna yang sama dengan badan menerusi program Ad Personam.

    Di dalamnya, palet warna dan pilihan kemasan telah ditambah termasuk kemasan Evo dalam campuran material kulit dan Alcantara, dengan Arancio Dryope untuk memadannya dengan bebayang luaran baharu.

    Elemen dalaman lain yang ditampilkan termasuk skrin sesentuh kapasitif 8.4-inci baharu, tetapi bukan sahaja disambungkan dengan navigasi dan hiburan, malah ketersambungan Apple CarPlay dan arahan suara, serta kawalan pergerakan jari, tempat duduk dan pelarasan kawalan suhu serta status sistem LDVI. Turut ditawarkan sebagai pilihan ialah sistem telemetri dwi-kamera dan cakera keras berkapasiti tinggi.

    Harga bagi Lamborghini Huracan Evo ini masih belum dimuktamadkan, tetapi menurut COO Lamborghini Kuala Lumpur Marcus Chye, harga asas tanpa cukai lebih kurang sama dengan model sedia ada, iaitu sekitar RM1.15 juta.

     
     
  • VIDEO: Pemanduan jarak jauh pertama di dunia adalah di lakukan oleh wanita – Bertha Benz pada tahun 1888

    Selepas lebih 100 tahun sejarah industri automotif, lelaki masih lagi dianggap sebagai golongan yang lebih cekap memandu. Tapi tahukah anda sebenarnya orang pertama yang memandu dalam jarak jauh adalah wanita dan bukannya lelaki?

    Perjalanan berkenaan dilakukan pada jarak 106 km, pada 5 Ogos 1888 oleh seorang wanita berumur 39 tahun ketika itu, bernama Bertha Benz. Macam kenal? Ya, Bertha merupakan isteri kepada Karl Benz iaitu pemegang paten rekaan Benz Patent-Motorwagen, kereta produksi pertama di dunia yang muncul pada tahun 1886.

    Bertha memandu kereta tersebut dari Mennheim ke Pforzheim dengan dua orang anaknya iaitu Richard dan Eugen yang ketika itu berumur 13- dan 15-tahun. Karl Benz tidak mengetahui tentang perjalanan isterinya ini, dan pada era berkenaan memandu kenderaan bermotor untuk jarak jauh tanpa keizinan dari pihak berkuasa sebenarnya menyalahi undang-undang.

    VIDEO: Pemanduan jarak jauh pertama di dunia adalah di lakukan oleh wanita – Bertha Benz pada tahun 1888

    Wanita tersebut memberikan alasan mahu berjumpa kedua orang tuanya yang berada di Pforzheim, tetapi niat sebenar Bertha adalah membuktikan kereta berkenaan adalah sebuah jentera yang sangat berguna kepada masyarakat, setelah Karl Benz sendiri gagal untuk memasarkan hasil rekaannya itu. Bertha juga mahu suaminya yakin bahawa rekaan kereta berkenaan mempunyai masa hadapan yang cerah.

    Walaupun jarak 106 km itu boleh dibuat dalam masa tidak sampai satu jam pada masa sekarang, ia bukanlah sesuatu yang mudah lebih 100-tahun dahulu. Pelbagai dugaan yang perlu dihadapi oleh Bertha sebelum sampai ke destinasi, antaranya kisah bagaimana kereta tersebut kehabisan bahan bakar, yang telah difilemkan dan disiarkan sendiri oleh Mercedes-Benz, bertajuk “Perjalanan yang mengubah segalanya.”

    Benz Patent-Motorwagen dijana oleh enjin 954 cc satu-silinder empat lejang yang menjana sekitar 0.67 hp pada 250 rpm, dan tangki bahan api kereta tersebut hanya membekalkan 4.5 liter petrol. Bekalan bahan bakar berkenaan habis ketika sampai di pekan Wiesloch, dan sudah tentu tiada lagi stesen minyak ketika itu.

    Jadi Bertha perlu mendapat Ligroin, iaitu pelarut berasaskan petroleum yang boleh didapati farmasi. Secara tidak langsung, farmasi di Wiesloch berkenaan menjadi stesen minyak pertama di dunia setelah membekalkan Ligroin kepada Bertha.

    Namun setelah berjaya memperoleh bahan bakar itu, ia bukanlah semudah mengisi petrol dan mulakan semula perjalanan. Bertha turut mempamerkan kemahiran teknikalnya dengan membersihkan saluran bahan api yang tersumbat pada karburator enjin tersebut menggunakan pin rambutnya, dan kemudian berjaya menghidupkan kembali enjin kereta berkenaan.

    Tiga beranak tersebut sampai ke destinasi selepas senja hari itu juga dengan perjalanan sekitar 12-jam, dan Bertha memaklumkan kejayaannya kepada Karl menggunakan telegram. Dia memandu pulang semula ke Mannheim berberapa hari selepas itu.

    Bertha mencatatkan setiap butiran perjalanan tersebut, dan kemudian mendapat publisiti yang meluas. Perjalanan itu bukan sahaja memberi kesan pemasaran yang diperlukan, malah rekaan Benz Patent-Motorwagen dipertingkatkan selepas itu. Bertha menghadapi masalah brek apabila pad yang diperbuat dari kayu gagal berfungsi, dan kemudian menggantikannya dengan pad getah apabila terjumpa tukang kasut dalam perjalanan, dan gear rendah turut ditambah pada kereta berkenaan kerana Richard dan Eugene terpaksa menolak kereta tersebut pada berberapa laluan berbukit yang curam.

    Sumbangan Bertha kepada Karl Benz bukan hanya pada perjalanan ini. Sebenarnya dua tahun sebelum berkahwin dengan Karl, Bertha telah menggunakan wang hantaran kahwinnya untuk menyuntik modal pada syarikat mereka yang sedang merudum – undang-undang Jerman ketika itu tidak membenarkan isteri untuk menjadi pelabur kepada syarikat suami, dan sebab itulah Bertha melakukannya sebelum mereka berkahwin.

    Wang hantaran berkenaan terus digunakan untuk pembangunan Benz Patent-Motorwagen, tetapi nama Bertha tidak dapat disertakan sebagai pemegang paten kerana sekali lagi menurut undang-undang, wanita yang telah berkahwin tidak boleh memohon hak paten. Benarlah kata pepatah, di belakang seorang lelaki hebat, pasti terdapat seorang wanita hebat sebagai tulang belakangnya.

     
     
  • Toyota C-HR Neon Lime terhad 2,000 unit sahaja

    Toyota C-HR Neon Lime terhad 2,000 unit sahaja

    Melihat kepada rekaannya saja, Toyota C-HR memang mudah dikenali kerana penampilan yang unit dan sporty dalam segmen SUV crossover. Dan, ia tidak berakhir hanya pada rekabentuk; warna-warna yang dipilih juga sangat menyerlah. Kini, untuk pasaran Eropah, ada satu lagi warna baru edisi terhad diperkenalkan, Neon Lime.

    Warna ini mengambil ilham dari warna Thermo-Tec Lime Green yang digunakan pada Prius model semasa. Warna cerah itu digandingkan bersama bumbung hitam, lampu utama LED dan rim 18-inci matte (penyudah yang sama seperti yang kita lihat pada C-HR dengan rim 17-inci untuk pasaran tempatan tahun ini).

    Ruang dalaman menggunakan material kulit hitam dan Alcantara eksklusif, serta sistem audio JBL. Warna Neon Lime ini hanya ditawarkan bagi model hibrid, dengan enjin 1.8 liter VVT-i (122 PS/142 Nm) kitaran Atkinson yang digandingkan dengan motor elektrik dan memberikan penggunaan minyak 3.8 liter bagi 100 km.

    Cuma ada 2,000 unit sahaja akan dikeluarkan, dilengkapi juga dengan 360º JBL Music Experience Pack. Ini merangkumi pembesar suara dan headphone JBL, bersama langganan enam bulan servis streaming muzik Deezer.

     
     
  • Sabah terima peruntukan sebanyak RM316.9 juta untuk projek naik taraf jalan luar bandar – Menteri

    Sabah terima peruntukan sebanyak RM316.9 juta untuk projek naik taraf jalan luar bandar – Menteri

    Sabah telah menerima peruntukan sebanyak RM316.9 juta untuk projek menaik taraf jalan luar bandar di negeri tersebut. Menurut Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kerajaan terus memberi komitmen memperkasa lagi jaringan perhubungan kawasan luar bandar Sabah menerusi pelaksanaan sebanyak 81 projek pembinaan Jalan Luar Bandar (JALB) di sana.

    Menurut Menterinya Datuk Seri Rina Harun sebanyak tiga daripada projek itu telah disiapkan dan boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung, 30 projek sedang dalam pembinaan, manakala selebihnya masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, laporan Bernama.

    Katanya tiga projek JALB disiapkan itu ialah Jalan Ansip-Dalit-Kahaba di Keningau sepanjang 43 kilometer dan sebuah jambatan memanfaatkan 5,000 penduduk dari 11 kampung; Jalan Nibang di Pitas sepanjang 18.5 kilometer dan dua jambatan (memanfaatkan 3,000 penduduk dari 12 kampung); Jalan Rosok Ginapas, Kota Belud sepanjang tiga kilometer (memanfaatkan 1,000 penduduk).

    “Jalan-jalan di Keningau, Pitas dan Kota belud ini memudahkan para penduduk kawasan luar bandar untuk berulang-alik menjalankan aktiviti harian yang sebelum ini tidak mempunyai jalan perhubungan lengkap dan belum berturap. Manakala, 30 projek JALB sedang dalam pembinaan, manakala selebihnya masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan,” katanya.

     
     
  • Konvoi Proton X70 selamat pulang dari kembara China

    Konvoi Proton X70 selamat pulang dari kembara China

    Selepas kira-kira sebulan meredah perjalanan sejauh 13,000 km dari KL ke Hangzhou, kembara sekumpulan sembilan unit Proton X70 telah selamat kembali ke tanah air minggu lalu. Konvoi yang dianjurkan oleh Borneo Automobile Leisure Touring dan Kunming Scenery-Customer International Travel Co. itu mendapat sokongan daripada Proton dari beberapa aspek.

    Bagi peserta yang terlibat, antara perkara utama yang melegakan mereka ialah ketangkasan dan ketahanan SUV berkenaan untuk perjalanan rentas sempadan negara-negara yang dilakukan itu – semua sembilan unit berjaya melakukan jelajah berkenaan tanpa sebarang masalah teknikal serius, selain hanya perlu diservis mengikut jadual.

    “Kami berasa kagum dengan tahap keselesaan yang ada pada Proton X70. Selepas menghabiskan 33 hari dan memandu lebih 13,000 km di jalan raya dalam pelbagai keadaan, saya berasa yakin X70 adalah salah satu pilihan terbaik dalam kelasnya,” ujar seorang peserta, Dato’ Wong Kean Hwee.

    Konvoi Proton X70 selamat pulang dari kembara China

    Seorang lagi peserta, Lim Mee turut menambah; “Memilih kenderaan yang salah untuk sesuatu pengembaraan boleh menjadikan perjalanan itu sukar dan memenatkan, justeru saya gembira dengan prestasi Proton X70. SUV ini tidak memberi sebarang masalah, selesa dan senang dipandu untuk perjalanan setiap hari.”

    Lawatan ke Pusat Pengalaman Geely di Hangzhou juga merupakan tarikan ketika berada di China. Kunjungan berkenaan telah memberi peluang kepada para peserta untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rakan kongsi Proton, sejarah mereka dalam menghasilkan kenderaan dan meninjau model-model yang berpotensi untuk dibangunkan bersama Proton pada masa hadapan.

     
     
  • Kia SP Signature – SUV konsep segmen-B dipertonton

    Kia SP Signature – SUV konsep segmen-B dipertonton

    Seperti kebanyakan pengeluar kenderaan pada masa ini, Kia juga bersandarkan pada pengeluaran SUV, memperkenalkan satu per satu model baharu untuk dipasarkan. Terkini, Kia telah memperkenalkan model konsep bagi SUV segmen-B, SP SIgnature, yang dijangka akan didedahkan sepenuhnya tahun ini, untuk pasaran negara kelahirannya, Korea.

    Nama SP seakan familiar, ini kerana Signature merupakan evolusi bagi model konsep SP yang pernah dipertontonkan di India pada tahun lalu. Secara originalitinya, versi produksi sepatutnya dilancarkan oleh Kia untuk negara Asia Selatan sebagai pesaing kepada Hyundai Creta, tetapi terdapat sedikit perubahan dan dengan itu SUV terbabit kini dijadualkan bakal dijual di pasaran global.

    Signature dipertontonkan sebagai model yang lebih bersedia untuk diproduksikan, tetapi reka bentuknya yang bergaya dikekalkan pada model yang dipertontonkan. Ia hadir dengan bahagian hadapan yang lebih tegap, gril “tiger nose” yang sedikit besar disambung pada jaluran lampu yang nipis di atasnya dan lampu utama yang besar di bawahnya, mirip pada SP. Rekaan cermin hadapannya yang menyerlah, bumbung kontras, dua kepingan lampu belakang dan corong ekzos berkembar palsu dikekalkan.

    Kia SP Signature – SUV konsep segmen-B dipertonton

    Walau bagaimana pun, rekaannya akan sedikit dikurangkan nada yang serba bergaya berbanding model konsep sebelumnya, Signature juga menggugurkan rekaan fantastik termasuk bar lampu yang dipasang di bumbung dan pemegang pintu tersembunyi. Tidak seperti SP sebelum ini, Signature tidak disedahkan dalamannya, namun dijangkakan versi produksi akan mirip dengan model Kia terkini seperti Rio.

    Kini, yang menjadi keraguan ialah Kia sudah pun memiliki model yang dikenali sebagai Stonic. Walau pun ia lebih kepada kenderaan ala Euro, dengan rekaan yang lebih lembut. Dan menjadikannya alasan untuk Kia mengambil pendekatan yang sama bagi pasaran segmen-C, menjual Ceed untuk Eropah dan Cerato di pasaran lain.

    Seperti Stonic, versi produksi ini dijangka akan dibangunkan berdasarkan Rio dan mungkin juga menawarka beberapa enjin yang sama. Ini termasuk enjin petrol 1.25 liter dan 1.4 liter naturally-aspirated, 1.0 liter turbo petrol dan 1.6 liter turbodiesel.

    GALERI: Kia SP Concept