Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • JMC Vigus Pro 4×4, trak pikap dari China akan dilancar di M’sia oleh Angka-Tan; syarikat milik Tan Chong

    JMC Vigus Pro 4×4, trak pikap dari China akan dilancar di M’sia oleh Angka-Tan; syarikat milik Tan Chong

    Selepas ia dilihat sedang diuji di Malaysia bulan lalu, kini trak pikap buatan China, JMC Vigus Pro 4×4 diumumkan akan dilancarkan secara rasmi pada pasaran tempatan tidak lama lagi. Jualan trak pikap tersebut di sini akan diuruskan oleh Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM), iaitu anak syarikat Warisan TC Holdings Berhad, entiti di bawah Tan Chong Group.

    ATM yang juga pengedar untuk satu lagi jenama kenderaan komersil China iaitu Foton telahpun menandatangani perjanjian Perlesenan Teknologi Kenderaan pada 1 Julai 2020 bersama Jiangling Motors Co., Ltd (JMC). JMC merupakan anak syarikat Jiangling Group – sebuah syarikat R&D, pengilang dan penjualan kenderaan yang berpangkalan di Nanchang, bandar utama wilayah Jiangxi.

    Menurut pengeluar China berkenaan, mereka merupakan jenama kenderaan komersial keenam terbesar di negara tersebut dengan barisan modelnya terdiri daripada kenderaan penumpang, trak ringan, trak pikap, SUV dan kenderaan tenaga baharu. Pada 2020, volum jualan tahunan JMC mencecah 331,100 unit di China. Pada separuh pertama tahun 2021, JMC menerajui segmen kenderaan penumpang ringan dan menjadi jenama kedua paling laris dalam segmen trak pikap di China.

    JMC Vigus Pro 4×4, trak pikap dari China akan dilancar di M’sia oleh Angka-Tan; syarikat milik Tan Chong

    Menerusi perjanjian yang dimeterai tersebut, JMC bukan sahaja telah memberi hak penuh kepada ATM untuk menjual JMC Vigus Pro, malah menerima kebenaran penuh untuk mengilang dan memasang trak pikap tersebut serta membekalkan alat ganti serta komponen berkaitan di Malaysia.

    Buat masa sekarang, ATM merancang untuk memasarkan JMC Vigus Pro ini menerusi 13 cawangan jualan dan servis di seluruh negara.

    “Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa selepas 12 bulan bekerja keras, Angka-Tan Motor dengan kerjasama Jiangling Motors Co., Ltd kini bersedia untuk memperkenalkan pesaing dalam segmen trak pikap yang popular. Trak pikap JMC Vigus Pro 4×4 yang bergaya dan berteknologi tinggi ini sudah membuktikan keupayaannya di pasaran China. Kami tidak sabar untuk berkongsi produk baharu ini dengan peminat trak pikap di seluruh Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng.

    JMC Vigus Pro 4×4, trak pikap dari China akan dilancar di M’sia oleh Angka-Tan; syarikat milik Tan Chong

    “Sebagai pengeluar dan pengeksport kenderaan komersial ringan utama di China, kami teruja untuk menawarkan trak pikap yang versatil dan dilengkapi teknologi terkini kepada pengguna di Malaysia. JMC merupakan jenama kedua paling laris dalam segmen trak pikap di China bertahun-tahun lamanya. Kami ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan Angka-Tan Motor sebagai pengedar rasmi JMC Vigus Pro 4×4 dan menyatakan penghargaan kepada Warisan TC atas sokongan mereka untuk menjadikan kerjasama ini satu realiti,” kata Presiden Jiangling Motors Co., Ltd., Xiong Chunying.

    Serentak dengan pengumuman ini, ATM turut mendedahkan beberapa perincian berkenaan JMC Vigus Pro 4×4 pasaran Malaysia tersebut. Ia bakal dijana oleh enjin turbodiesel 2.0L TDI 4-silinder VGT berkuasa 141 PS pada takat 3,600 rpm dan tork maksima 340 Nm bermula 1,500 rpm hingga 2,600 rpm.

    Enjin berkenaan digandingkan dengan kotak gear automatik ZF 8-kelajuan dengan mod manual, bersama sistem pacuan empat roda BorgWarner yang memberikan gear 2H, 4H dan 4L. Manakala gandar belakang menerima unit Differential Lock dari Eaton bagi mengunci kedua-dua roda untuk membolehkan ia bergerak dalam situasi sukar.

    Menurut ATM lagi, model pasaran Malaysia ini turut akan datang kamera undur. Namun menerusi pemerhatian kami di laman sesawang rasmi JMC Malaysia, trak pikap ini didakwa turut menerima sistem program kestabilan dari Bosch yang terdiri dari brek ABS bersama EBD, Traction Control, kawalan menurun bukit dan bantuan mula mendaki.

    Laman sesawang tersebut turut menyertakan beberapa gambar Vigus Pro berkenaan, menunjukkan ia menerima roda stereng balutan kulit dengan butang pelbagai fungsi, pedal penukar gear, cruise control, lampu hadapan automatik, skrin sesentuh lapan-inci, tombol penukar gear elektronik, cermin sisi kawalan elektrik bersama pemanas dan lampu penunjuk isyarat LED serta sports bar gentian kaca.

    ATM menyatakan bahawa harga dan spesifikasi penuh JMC Vigus Pro ini dijangka didedahkan dalam bulan Oktober 2021. Namun pelanggan yang berminat sudah boleh melihat unit sebenar trak pikap berkenaan di bilik pameran utama ATM di Klang, Selangor dan tempahannya juga sudah mula dibuka di pengedar-pengedar berhampiran. Enam warna ditawarkan untuk trak pikap ini iaitu Brilliant Silver, Glossy Black, Solid White dan Steady Brown.

     
     
  • Honda Malaysia “Crazy for Zero Year-End Deals” — rebat hingga RM9,000, dengan 4 ganjaran tambahan

    Honda Malaysia “Crazy for Zero Year-End Deals” — rebat hingga RM9,000, dengan 4 ganjaran tambahan

    Honda Malaysia telah umumkan kempen “Crazy for Zero Year-End Deals”, yang berlangsung kini sepanjang bulan Oktober 2021. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memiliki model terbaru Honda, rebat menarik antara yang sedang menanti, yang menjadi penjimatan tambahan kepada pengecualian SST yang juga sedang berlangsung hingga akhir tahun.

    Bermula dengan sedan Honda, varian paling asas City, 1.5L S, kini ditawarkan dengan rebat RM2,000, sementara bagi tiga varian yang lain (1.5L E, V dan RS) diberikan rebat RM3,000. Bagi model Civic pula, dua varian tertinggi 1.5L TC dan TC-P datang dengan rebat RM2,000, dan bagi varian paling asas 1.8L S dengan rebat RM3,000.

    Bagi Accord, kedua-dua varian ditawarkan dengan rebat RM3,000, dan Honda Malaysia juga memberikan “ganjaran akhir tahun” bernilai RM6,000 bagi varian asas 1.5L TC dan RM4,000 bagi varian tertinggi 1.5L TC-P. Jazz pula datang dengan rebat RM3,000 dengan tambahan RM1,000 menjadikan jumlah keseluruhan RM4,000.

    Bagi model SUV, CR-V datang dengan rebat RM2,000 tidak kira varian yang mana, sementara semua versi BR-V pula akan menerima RM3,000 rebat serta tambahan RM2,000 lagi. Semua varian HR-V datang dengan rebat RM3,000, tetapi varian Hybrid diberikan rebat paling besar dengan RM2,000, sementara pilihan lain (1.8L E, V dan RS) menerima RM500.

    Selain semua rebat tunai yang diberikan, kempen ini juga membolehkan pelanggan untuk memilih satu daripada empat ganjaran untuk melengkapi pembelian mereka, termasuk bayaran ansuran bulanan percuma bagi tempoh tiga bulan, kadar faedah percuma untuk enam bulan, baucar servis dan bayaran muka rendah. Semua tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat.

     
     
  • Rentas negeri mungkin dibenarkan dalam masa terdekat ini, ujar PM; peratusan vaksinasi kini 87.6%

    Rentas negeri mungkin dibenarkan dalam masa terdekat ini, ujar PM; peratusan vaksinasi kini 87.6%

    Sebelum ini, Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pernah mengeluarkan kenyataan bahawa apabila negara mencapai 90% peratusan vaksinasi bagi golongan dewasa, kerajaan akan mengumumkan kebenaran untuk pergerakan rentas negeri. Kenyataan tersebut sekaligus mengundang keterujaan rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk merentas negeri terutamanya untuk pulang ke kampung halaman berjumpa ibu bapa dan keluarga tercinta.

    Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat 3 Oktober 2021 jam 11.59 malam, kadar vaksinasi lengkap dewasa telah pun mencapai 87.6%, maka hanya tinggal 2.4% sahaja lagi misi untuk kejayaan 90% itu mampu untuk dicapai.

    Menambahkan keterujaan lagi apabila malam tadi, Ismail Sabri dalam perutusan khasnya berkata aktiviti merentas negeri yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kini sudah semakin hampir untuk dibenarkan susulan peningkatan kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini.

    Katanya, beliau amat memahami keluh-kesah rakyat yang ingin pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan khabar gembira itu akan diumumkannya sebaik kadar vaksinasi mencapai 90%, laporan Bernama.

    “Saya percaya ramai yang nak balik kampung…sesetengah itu dah setahun lebih tak tengok ibu bapa mereka, sesetengah (ada yang) ibu bapa tak sihat. Saya tahu, arwah mak saya dahulu kalau saya tak balik setiap minggu atau dua minggu sekali, dia akan menangis apabila telefon saya.

    Rentas negeri mungkin dibenarkan dalam masa terdekat ini, ujar PM; peratusan vaksinasi kini 87.6%

    “Ramai yang saya percaya mempunyai situasi seperti yang saya pernah hadapi dahulu. Kita faham tetapi kerana masalah kesihatan, kita sekat pergerakan kita tetapi saya dah kata kita tak akan sekat pergerakan rakyat selama-lamanya,” katanya.

    Jelas beliau, langkah kerajaan menaikkan daripada 80% kepada 90% kadar vaksinasi sebelum kebenaran rentas negeri diberikan bertujuan untuk memastikan tiada negeri yang ketinggalan sebaik ia diumumkan.

    “Saya cuma nak jelaskan dahulu kata 80% boleh merentas negeri kenapa tiba-tiba jadi 90%. Ini sebab kita lihat apabila 80%, kita lihat banyak lagi negeri-negeri yang peratusnya masih kecil. Jadi kalau kita buka seluruh Malaysia, kita tak nak tinggalkan negeri-negeri yang masih kecil peratusan vaksin di negeri mereka.

    “Jadi sebab itulah kita tunggu 90% kerana kita percaya apabila 90%, setiap negeri (rata-ratanya) sudah (mencapai) 80% lebih. Jadi sebaik sahaja 90%, kita akan umumkan. Ini berita gembira buat semua rakyat Malaysia,” katanya.

    Ismail Sabri berkata sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bertujuan membendung penularan Covid-19, sektor pelancongan adalah antara sektor yang menerima impak paling besar.

    “Ia bergantung kepada rentas negeri…selagi rentas negeri tidak dibenarkan, selagi itu pelancongan tidak boleh dimulakan, dari segi sektor pelancongan tak boleh dibuka,” katanya.

     
     
  • Semua stesen Petronas kini bekalkan diesel Euro 5

    Semua stesen Petronas kini bekalkan diesel Euro 5

    Petronas telah mengumumkan bahawa semua bahan api diesel yang dijual di semua stesennya kini dari gred Euro 5. Dikenali dengan nama Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, bahan api itu dijual di negara ini dalam tiga jenis campuran berbeza; B7, yang ditandai dengan pam warna biru, dan B10 serta B20 yang ditandai dengan pam warna hitam.

    “Kami berbesar hati kerana dapat menyediakan rangkaian dan capaian meluas bagi diesel Euro 5 di Malaysia. Tiga campuran biodiesel kami melalui Petronas Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive memastikan semua pemandu mempunyai capaian kepada bahan api bersih yang tidak hanya baik untuk enjin kenderaan mereka, tetapi juga meninggalkan jejak karbon yang lebih kecil,” ujar Ketua Perniagaan Runcit Petronas Dagangan Berhad, Khalil Muri.

    Campuran B7 bagi bahan api ini telah diperkenalkan pada November 2017, yang juga merupakan formulasi semula bagi Dynamic Diesel Euro 5 yang pertama kali memasuki pasaran pada 2016. Kini, Petronas mempunyai lebih daripada 1,000 stesen di seluruh negara.

    Sehingga Rabu ini, harga mingguan bagi diesel Euro 5 campuran B10/B20 akan dijual pada harga RM2.15 seliter, sementara campuran B7 pula 10 sen lebih mahal pada RM2.25 seliter.

     
     
  • Kia Carnival generasi baharu – pelancaran model CKD di M’sia ditangguh ke Mei 2022 kerana PKP di Kedah

    Kia Carnival generasi baharu – pelancaran model CKD di M’sia ditangguh ke Mei 2022 kerana PKP di Kedah

    Sebelum ini, Kia yang kini diuruskan oleh Bermaz dilaporkan akan memperkenalkan MPV Carnival generasi terkini di Malaysia terus dalam versi pemasangan tempatan (CKD) pada Disember 2021. Namun disebabkan pelbagai masalah akibat pandemik Covid-19, rancangan tersebut nampaknya akan ditangguhkan sehingga ke Mei 2022.

    Menurut laporan RHB Investment Research, langkah ini diambil berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah (negeri di mana kenderaan-kenderaan Kia dipasang dalam negara) baru sahaja ditamatkan. Ia bukan sahaja menjejaskan Carnival, malah rancangan untuk memasang SUV segmen-B Kia Seltos juga akan ditangguh sehingga suku kedua 2022, menurut laporan sebelum ini.

    Walau bagaimanapun, penangguhan pengenalan Carnival CKD ini masih lagi berada dalam landasan awal yang telah ditetapkan. Ketika Bermaz mengumumkan kerjasama dengan Kia April lalu, pengerusi eksekutif syarikat berkenaan Datuk Seri Ben Yeoh menyatakan bahawa mereka hanya boleh memulakan operasi CKD dalam tempoh 12 hingga 18 bulan selepas itu.

    Kia Carnival generasi baharu – pelancaran model CKD di M’sia ditangguh ke Mei 2022 kerana PKP di Kedah

    Bermaz mewujudkan syarikat baharu iaitu Dynamikjaya Motors bagi mengendalikan jenama Kia di Malaysia. Satu lagi syarikat yang baharu yang diwujudkan adalah Kia Malaysia, iaitu entiti yang akan memasang kenderaan Kia di Malaysia di mana 60% sahamnya dimiliki oleh Kia di Korea Selatan.

    Kenderaan-kenderaan berkenaan akan dipasang di kilang Inokom yang terletak di Kulim, bagi menggantikan tugas kilang milik Naza di Gurun sebelum ini. Ini kerana kilang di Gurun berkenaan kini secara majoritinya dimiliki oleh Stellantis (selepas Groupe PSA membentuk pakatan baharu dengan Fiat Chrysler Automobiles) dan ia hanya memasang kenderaan jenama Peugeot, yang kini turut diselia oleh Bermaz di Malaysia.

    Bermaz memiliki 29% kepentingan dalam Inokom dan akan menggunakan kapasitinya dalam kilang berkenaan untuk memasang Kia. Fasiliti tersebut turut akan menjadi hab produksi serantau Kia dengan harapan dapat mengeksport produknya ke negara lain dalam Asia Tenggara.

    Kia Carnival generasi baharu – pelancaran model CKD di M’sia ditangguh ke Mei 2022 kerana PKP di Kedah

    Syarikat yang sebelum ini dikenali kerana menguruskan jenama Mazda tersebut juga menyatakan bahawa mereka bukan hanya akan membawakan produk-produk baharu dari Kia ke Malaysia, malah turut akan memfokuskan aspek penambahbaikkan terhadap servis selepas jualan dengan mendengar respon dari pemilik Kia sedia ada.

    “Permintaan dari pelanggan adalah sangat penting buat kami. Keutamaan kami adalah untuk terus berhubung dengan pelanggan sedia ada, lihat apa yang mereka rungutkan dan cuba atasi rungutan tersebut,” kata Yeoh.

    “Pelanggan yang gembira akan menentukan masa hadapan jenama. Kami akan [memenuhi jangkaan pelanggan] dengan menaik taraf kedua-dua sumber manusia dan fasiliti kami, agar [servis selepas jualan kami] disenangi pelanggan dan [kami boleh] memberikan mereka pengalaman tanpa masalah, seperti yang telah kami buat terhadap jenama lain sebelum ini,” tambahnya lagi.

    Kia Carnival generasi baharu – pelancaran model CKD di M’sia ditangguh ke Mei 2022 kerana PKP di Kedah

    Sebelum model-model CKD ini dilancarkan, Dinamikjaya kini sedang menghabiskan stok-stok kenderaan Kia dalam inventori yang ditinggalkan oleh pengedar jenama Korea tersebut sebelum ini iaitu Naza. Jualan model import CBU baharu juga perlu ditangguh dahulu sebelum syarikat berkenaan menemui pengimport baharu, manakala fokus utama mereka sekarang adalah untuk memperkuatkan aspek servis selepas jualan.

    Kia Carnival generasi keempat tersebut sudah pun dilancarkan di Thailand baru-baru ini dalam versi kemaskini 2022, serta sudahpun menggunakan logo baharu Kia. Buat masa sekarang, Carnival pasaran Thailand berkenaan diimport sepenuhnya dari Korea dan dijual pada harga bermula 2,045,000 baht (RM233,100) hingga 2,495,000 baht (RM308,700). Ia dijangka akan lebih murah selepas ini apabila Thailand mula menerima stok Carnival mereka dari Malaysia.

    GALERI: Kia Carnival 2022 pasaran Thailand

     
     
  • SJR dikurangkan bagi negeri yang beralih ke Fasa 3; hanya 449 lokasi pemeriksaan dikekalkan – PDRM

    SJR dikurangkan bagi negeri yang beralih ke Fasa 3; hanya 449 lokasi pemeriksaan dikekalkan – PDRM

    Jumlah sekatan jalan raya (SJR) statik dan bergerak telah pun dikurangkan sejak tengah malam tadi susulan pengumuman kerajaan mengenai peralihan fasa dua kepada tiga membabitkan beberapa negeri dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Negeri terbabit ialah Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Melaka.

    Menurut Ketua Penolong Pengarah Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Asisten Komisioner Ignatius Francis, pengurangan SJR itu akan dilakukan secara berperingkat di seluruh negara dengan hanya berbaki 449 lokasi pemeriksaan.

    Jelasnya, secara keseluruhannya baki SJR yang akan kekal adalah sebanyak 309 SJR statik, manakala 140 lagi bergerak.

    SJR dikurangkan bagi negeri yang beralih ke Fasa 3; hanya 449 lokasi pemeriksaan dikekalkan – PDRM

    “Semua SJR ini kekal di lokasi pergerakan rentas negeri dan negeri yang masih berada dalam kategori fasa dua PPN. Susulan pengurangan SJR ini juga, polis akan memperluaskan lagi skop operasi Pasukan Pematuhan dan Pemantauan yang menjalankan pemeriksaan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

    Dalam masa yang sama, katanya lagi, polis melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) juga sedang meneliti keberkesanan SJR yang semakin berkurangan itu sebelum melakukan penambahbaikan lain bergantung kepada situasi dan keadaan semasa.

    “Kita lihat bagaimana hasil dan perbezaannya berbanding sebelum ini sebelum sesuatu perancangan baharu dilakukan. Polis juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat dan pengguna jalan raya yang memberikan kerjasama amat baik terhadap petugas terdiri daripada pegawai dan anggota polis demi membantu kelancaran pergerakan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu sehingga hari ini,” katanya.

     
     
  • inDriver – servis e-hailing terkini di M’sia, pelanggan boleh bincang harga tambang dengan pemandu

    inDriver – servis e-hailing terkini di M’sia, pelanggan boleh bincang harga tambang dengan pemandu

    Pasaran servis e-hailing di Malaysia kini disertai oleh satu lagi syarikat – inDriver, penyedia servis e-hailing yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat dan mendakwa bahawa mereka mempunyai asas pengguna lebih dari 100 juta orang di 500 bandar dalam 34 buah negara.

    Menurut inDriver, operasi mereka di Malaysia sudah pun berada di Pulau Pinang, Alor Setar, Sungau Petani Ipoh, Taiping, Melaka, Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Kuantan dan Kuala Terengganu serta bandar-bandar di bahagian Timur tanah air iaitu Kuching, Miri, Sibu, Bintulu dan Kota Kinabalu.

    Apa yang membezakan inDriver dengan perkhidmatan lain, ia mempunyai fungsi Real Time Deals (RTD), yang membolehkan penumpang meminta perjalanan dengan menawarkan tambang yang mereka rasa sesuai dengan perjalanan yang dirancang.

    Pemandu yang berhampiran kemudian akan membuat keputusan sama ada mahu mengambil tawaran yang diberikan, dan jika mereka tidak bersetuju peluang tersebut boleh sahaja dilepaskan atau memberikan tawaran harga tambang lain yang lebih berpatutan kepada penumpang.

    Pemandu tidak akan terus ditugaskan untuk mengambil pelanggan yang sedang menunggu, dan ini bermaksud penumpang juga akan menerima tawaran balas dari pemandu-pemandu lain yang berhampiran. Pelanggan boleh memilih pemandu yang memenuhi kehendak mereka berdasarkan harga tambang, rating pemandu, jangkaan masa tiba, atau kenderaan yang digunakan.

    Apa yang kami lihat menerusi aplikasi inDriver ini, buat masa sekarang mereka hanya beroperasi dengan kaedah bayaran tunai sahaja dan masih belum menawarkan opsyen bayaran menggunakan kad kredit atau e-wallet.

    inDriver – servis e-hailing terkini di M’sia, pelanggan boleh bincang harga tambang dengan pemandu

    Kami telah membuat perbandingan servis antara AirAsia Ride dan Grab sebelum ini

    Fungsi lain yang ditawarkan pada aplikasi inDriver ini termasuk kebolehannya untuk berkongsi lokasi GPS seseorang dan juga perincian perjalanan dalam masa sebenar kepada kontak yang dipercayai, serta butang kecemasan yang akan menghubungkan pemandu atau penumpang terus ke agensi pihak berkuasa jika berlaku kecemasan

    “inDriver benar-benar percaya bahawa ride-hailing perlulah boleh diakses, berpatutan dan fleksibel. Dengan membenarkan penguna-penguna untuk menentukan sendiri dan bersetuju terhadap terma perjalanan, kami mampu untuk menentang algoritma yang digunakan oleh syarikat-syarikat ride-hailing lain yang menaikkan tambang ketika waktu puncak, keadaan trafik dan sejarah permintaan,” kata ketua pegawai operasi inDriver, Egor Federov.

    Selain inDriver, AirAsia Ride merupakan satu lagi servis e-hailing yang berada dalam pasaran Malaysia, dilancarkan pada penghujung Ogos. Syarikat berkenaan telah ditubuhkan selepas AirAsia membeli Dacsee, iaitu syarikat e-hailing yang telah dilancarkan di sini pada 2018.

    Sebelum ini kami telahpun membuat perbandingan servis AirAsia Ride dengan gergasi e-hailing di Malaysia iaitu Grab yang telah pun membeli Uber Asia Tenggara pada Mac 2018. Mana lebih baik antara kedua-duanya? Baca laporan yang telah kami buat pada PAUTAN INI.

     
     
  • Modenas ambil alih Kawasaki Malaysia melalui EMOS

    Modenas ambil alih Kawasaki Malaysia melalui EMOS

    Selepas semalam Kawasaki Motors Malaysia (KMM) membuat pengumuman penghentian pengedaran motosikal Kawasaki di Malaysia, tugas itu kini diambil alih oleh Modenas, seperti siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini. Ia akan dilakukan melalui cabang pengedaran Edaran Modenas (EMOS), bermula 1 Oktober 2021.

    Perlantikan Modenas sebagai pengedar rasmi motosikal Kawasaki di Malaysia dibuat oleh Kawasaki Heavy Industries Japan (KHI), dan ia melibatkan penjualan semua produk Kawasaki, termasuk kenderaan, alat ganti dan aksesori. Selain daripada itu, EMOS juga akan menyediakan servis untuk pelanggan termasuk teknikal dan panggilan semula, jika ada.

    Tempoh peralihan selama enam bulan sedang dilaksanakan bagi membolehkan pelanggan semasa Kawasaki di Malaysia mendapatkan alat ganti dan servis teknikal. Buat masa sekarang, mereka boleh mendapatkan servis berkenaan di wakil pengedar tempat mereka membeli motosikal, atau mana-mana pengedar Kawasaki yang ada.

    Peralihan ini adalah hasil daripada peningkatan saham KHI di dalam Modenas, dari 19% ke 30% pada tahun 2019, dengan jumlah RM40.3 juta, yang membenarkan syarikat Jepun itu lebih aktif dalam operasi pengeluaran Modenas. Berita yang diterima pada tahun 2020 memberitahu Modenas akan memasang model Kawasaki, terutamanya kelas permulaan dan pertengahan di Malaysia, tetapi sehingga kini masih belum ada berita lanjut, mungkin kerana kekangan di waktu pandemik Covid-19.

    Setakat ini, kita cuma pernah dihidangkan dengan pameran model Ninja 250 yang dilekatkan dengan jenama Modenas sewaktu majlis pelancaran Polisi Automotif Negara pada Februari 2020, namun ia masih belum dilancarkan untuk pasaran.

     
     
  • Mercedes S500L AMG 2022 di Filipina, RM1.5 juta

    Mercedes S500L AMG 2022 di Filipina, RM1.5 juta

    Mercedes-Benz telah melancarkan S-Class W223 di Filipina. Setakat ini, hanya satu varian sahaja yang ditawarkan iaitu S 500 4Matic Long AMG Line dengan harga PHP 17.89 juta, atau hampir RM1.5 juta.  Jika inginkan jentera yang lebih bergaya, pelanggan boleh membuat pilih untuk mempertingkatkan ciri tertentu ikut citarasa.

    Penjana kuasa bagi S 500 ini ialah unit M256 3.0 liter pengecas turbo enam-silinder sebaris, yang mampu menghamburkan kuasa 435 PS dari 5,900 hingga 6,100 rpm dan tork 520 Nm antara 1,800 dan 5,500 rpm. Enjin ini juga ditampilkan dengan generator berkuasa 48 voltan secara standard, menjana pemampat elektrik kedua dan memberikan tambahan 22 PS/250 Nm untuk ledakan pendikitan. Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik sembilan-kelajuan dan pecutan dari 0-100km/j mampu dicapai dalam 4.9 saat.

    Kit standard yang ditampilkan termasuklah penggayaan AMG Line dengan roda pelbagai-jejai 21-inci, tayar yang mengurangkan bunyi bising dengan penyerap buih, suspensi udara Airmatic, penutup pintu kuasa, tempat duduk upholstery kulit Nappa sepenuhnya, tempat duduk eksekutif, paparan sentral OLED 12.8-inci, sistem hiburan tempat duduk belakang MBUX, dan sistem bunyi sekeliling Burmester 3D dengan 15 pembesar suara.

    Jentera mewah ini turut menerima sistem bantuan keselamatan pemandu termaju, termasuklah brek kecemasan sendiri dengan pengesan pejalan kaki dan lintasan trafik, kawalan kelajuan adaptif (pengelak kemalangan kini sehingga 130 km/j), bantuan pemusatan lorong, bantuan tukar lorong, bantuan stereng pengelak, bantuan berhenti kecemasan aktif dan pemantauan titik buta.

    Walau bagaimana pun, sistem Drive Pilot, yang menawarkan pemanduan semi-sendiri Tahap 3 tidak disertakan.

     
     
  • Kerajaan Indonesia akan ganti cukai berasaskan kapasiti enjin dengan cukai berasaskan emisi 16 Okt

    Kerajaan Indonesia akan ganti cukai berasaskan kapasiti enjin dengan cukai berasaskan emisi 16 Okt

    Kerajaan Indonesia akan merujuk semula skema cukai kenderaan bermotor mereka, terutamanya cukai barangan mewah bermula 16 Oktober ini, mengikut laporan laman berita negara tersebut, iaitu Kontan.

    Laporan itu juga menyatakan bahawa struktur cukai berasaskan kapasiti enjin kenderaan yang digunakan sekarang akan diganti dengan cukai berasaskan emisi ekzos, selari dengan peraturan No.73 2019 yang merujuk kepada kenderaan di bawah cukai barangan mewah (PPnBM).

    Pengerusi Persatuan Industri Automotif Indonesia (Gaikindo), Jongkie Sugiarto juga menyokong peraturan No.74 2021 yang akan dilaksana, menyaksikan pelarasan harga kenderaan berasaskan tarif untuk kenderaan elektrik bateri, PHEV dan EV fuel-cell.

    Kerajaan Indonesia akan ganti cukai berasaskan kapasiti enjin dengan cukai berasaskan emisi 16 Okt

    Menurut Sugiarto, dengan pelaksanaan peraturan baru ini, akan terdapat perubahan harga pada kenderaan bermotor di pasaran Indonesia. “Ada jenis kenderaan bermotor yang kadar PPnBM dinaikkan, dan ada juga yang turun,” kata beliau kepada Kontan.

    Pada bulan Jun yang lepas, Indonesia telah menyambung lagi pengecualian penuh cukai barangan mewah untuk kenderaan pacuan dua roda bawah 1.5 liter hingga bulan Ogos, dan kemudiannya dikurangkan sebanyak 25% pada bulan September. Walaubagaimanapun, pengecualian penuh telah dilaksanakan semula sehingga hujung tahun 2021.

    Menurut laporan sebelum ini oleh Reuters, cukai barangan mewah dikenakan pada kadar antara 10% dan 30%, menjadikannya jumlah yang besar kepada harga kereta berbanding 6% SST yang dilaksanakan di Malaysia. Pengecualian ini hanya layak bagi kenderaan pacuan dua roda dengan kandungan tempatan sekurang-kurangnya 70%. Ia dikurangkan kepada 50% bagi kenderaan dengan enjin 1,500 cc dan 2,500 cc dengan lebih daripada 60% kandungan tempatan, dan 25% bagi model pacuan empat roda.

     
     
  • PPN Fasa 3: 3 individu belum lengkap divaksin boleh naik 1 kereta, 3 termasuk pemandu bagi e-hailing, teksi

    PPN Fasa 3: 3 individu belum lengkap divaksin boleh naik 1 kereta, 3 termasuk pemandu bagi e-hailing, teksi

    Mulai hari ini, 1 Oktober 2021, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Melaka telah pun memasuki Fasa 3 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) di mana negeri-negeri terbabit kini mengikuti prosedur operasi standard (SOP) mengikut fasa yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

    Di bawah garis panduan terkini bertarikh 30 September 2021, individu yang belum divaksin kini boleh berkunjung ke bilik pameran, pusat cuci kereta, pasar pagi dan pasar tani. Malahan mereka kini juga dibenarkan untuk merentas daerah, walau bagaimana pun mereka masih perlu divaksin dan mendapatkan kebenaran polis sekiranya mahu merentas negeri untuk melawat pasangan masing-masing (bagi pasangan jarak jauh) atau anak.

    Di bawah SOP bagi Fasa 3, jumlah penumpang bagi satu kereta kini dirombak untuk mereka yang belum lengkap divaksin. Pematuhan dua orang dalam satu kereta (masih tertakluk untuk negeri di bawah Fasa 2) kini tidak lagi diaplikasi untuk Fasa 3, dan dibenarkan untuk tiga individu menaiki satu kereta yang sama.

    PPN Fasa 3: 3 individu belum lengkap divaksin boleh naik 1 kereta, 3 termasuk pemandu bagi e-hailing, teksi

    Seperti sebelum ini, bagi mereka yang sudah lengkap divaksinasi, jumlah penumpang adalah tertakluk pada kapasiti tempat duduk kenderaan. Bahkan, individu terbabit dibenarkan membawa penumpang berusia 18 tahun dan ke bawah dengan mematuhi protokol kesihatan umum.

    Manakala bagi mereka yang belum melengkapkan dos vaksinasi, maksimum tiga orang dibenarkan menaiki satu kereta bagi tujuan perubatan dan kecemasan, dan ini termasuklah mendapatkan perhatian penjagaan kesihatan, perubatan, dan ujian saringan.

    Untuk perkhidmatan teksi dan e-hailing, jumlah penumpang yang dibenarkan dalam satu kereta di bawah panduan fasa 3 ditambah ke tiga individu termasuk dengan pemandu, tetapi masih kekal dengan peraturan sebelum ini iaitu penumpang perlu duduk di tempat duduk belakang.

     
     
  • Kia Carnival 2022 kini di Thai – MPV 11-tempat duduk berlogo baharu, model asas Limited, RM233k-RM309k

    Kia Carnival 2022 kini di Thai – MPV 11-tempat duduk berlogo baharu, model asas Limited, RM233k-RM309k

    Sementara kita masih menanti Kia Carnival baharu memasuki pasaran Malaysia, di negara jiran, Thailand sudah pun menerima kehadiran model peningkatan tahunan pertama MPV generasi ke-empat ini. MPV 11-tempat duduk yang diimport sepenuhnya telah pun dilancarkan di negara berkenaan pada November tahun lalu.

    Terdapat beberapa perubahan yang diberikan untuk model baharu ini, termasuklah dengan logo Kia baharu, bilah pengelap cermin automatik, sistem kamera 360-darjah dan pengecas tanpa wayar Qi. Model tertinggi SXL juga menerima paparan instrumen 12.3-inci dan juga sistem kamera titik buta yang ditunjukkan pada cermin sisi apabila anda menggunakan indikator.

    Ia turut dibarisi kemasan Limited baharu, iaitu model asas dan ciri yang diberikan juga agak terhad berbanding model pertengahan EX, tidak disertakan dengan skrin sesentuh infotainmen 12.3-inci (hanya diberikan paparan lapan-inci), tailgate larasan kuasa bebas tangan, pintu gelangsar dan bukaan tailgate dengan satu sentuhan serta bilah pengelap cermin automatik, kamera 360-darjah (kamera undur dikekalkan) dan pengecas tanpa wayar.

    Kia Carnival 2022 kini di Thai – MPV 11-tempat duduk berlogo baharu, model asas Limited, RM233k-RM309k

    Perubahan kelengkapan ini membolehkan varian Limited ditawarkan pada harga 99,000 baht (RM12,200) lebih murah. Manakala kit standard yang dikekalkan termasuklah lampu utama reflektor LED automatik, lampu kabus LED, roda aloi dua-tona 18-inci, kemasukan tanpa kunci, butang push-start, tempat duduk hadapan larasan kuasa, upholstery kulit Saddle Brown, kawalan suhu automatik tiga-zon dengan air ionisation, pintu sisi gelangsar kuasa bebas tangan, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta enam pembesar suara.

    Bagi varian SXL, ia menerima lampu utama projektor dengan lampu tinggi automatik, rel bumbung, puddle light, lampu dalaman ambien, bumbung suria panoramik, pemilih gear rotary elektronik, tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanas dan ventilasi, tempat duduk pemandu dengan memori posisi, skrin hiburan belakang dan sistem bunyi Bose 12-pembesar suara.

    Kia Carnival 2022 kini di Thai – MPV 11-tempat duduk berlogo baharu, model asas Limited, RM233k-RM309k

    Bagi aspek keselamatan, semua model didatangkan dengan tujuh beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek, kawalan kestabilan dan cagak ISOFIX pada tempat duduk barisan kedua. SXL merupakan varian tunggal yang diberikan Kia Drive Wise bagi sistem bantuan pemandu, yang merangkumi brek kecemasan sendiri, kawalan kelajuan adaptif dengan stop-and-go, bantuan pemusatan lorong, pemantauan titik buta dan pengelak kemalangan, pengelak kemalangan trafik lintasan belakang, amaran membuka pintu dan pengingatan tali pinggang keledar belakang.

    Di bawah bonetnya, ia masih mengekalkan penjana kuasa yang sama iaitu Smartstream R 2.2 VGT turbodiesel yang mampu menghamburkan kuasa 202 PS pada 3,800 rpm dan tork 441 Nm dari 1,750 hingga 2,750 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan, dengan pacuan disalurkan ke roda hadapan. Harga untuk Kia Carnival 2022 di Thailand bermula pada 2,045,000 baht (RM233,100) untuk model Limited, meningkat hingga 2,144,000 baht (RM265,300) untuk EX. Manakala model spesifikasi teringgi SXL pula berharga 2,495,000 baht (RM308,700).

     
     
  • Volvo Cars Malaysia lancar program jaminan alat ganti sepanjang hayat bagi pembelian komponen tulen

    Volvo Cars Malaysia lancar program jaminan alat ganti sepanjang hayat bagi pembelian komponen tulen

    Volvo Cars Malaysia (VCM) hari ini melancarkan program jaminan baharu yang dikenali sebagai ‘Jaminan Alat Ganti Kereta Sepanjang Hayat untuk Pelanggan’ (Customer Lifetime Parts Warranty). Jangan salah faham kerana program ini bukan untuk komponen sedia ada pada kereta baharu Volvo anda, tetapi diberikan untuk alat ganti yang dibeli secara rasmi menerusi pengedar sah VCM.

    Menurut VCM, program ini dilancarkan bagi “memberi ketenangan fikiran kepada semua pelanggan Volvo sepanjang pemilikan kenderaan mereka”. Menerusi program ini, pelanggan yang telah membeli dan memasang alat ganti tulen Volvo melalui wakil pengedar sah Volvo mulai 1 Oktober 2021 akan layak untuk menerima jaminan berkenaan.

    VCM turut menjelaskan bahawa sekiranya alat ganti tulen yang dibeli berkenaan perlu ditukar kerana kerosakan yang diakibatkan dari material mahupun proses pembuatan, penggantian dan kerja baik pulih berkenaan akan dibuat secara percuma.

    Bagi model-model lama Volvo yang sudah tidak lagi diselenggara oleh wakil pengedar sah Volvo lebih dari dua tahun, kereta tersebut perlu terlebih dahulu menjalani Pemeriksaan Kenderaan Volvo (Volvo Health Check) bagi membolehkan pelanggan layak untuk mengambil bahagian dalam program jaminan berkenaan sambil memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan tidak diubah suai dengan apa cara sekalipun.

    Volvo Cars Malaysia lancar program jaminan alat ganti sepanjang hayat bagi pembelian komponen tulen

    VCM turut menambah selepas kereta berkenaan dipastikan layak, pelanggan boleh membeli alat ganti di bawah program jaminan ini dan diminta untuk menghantar kereta ke mana-mana pengedar sah Volvo untuk perkhidmatan servis di masa hadapan bagi memastikan jaminan tersebut sah digunakan.

    Walau bagaimanapun, program Jaminan Alat Ganti Kereta Sepanjang Hayat untuk Pelanggan ini tidak menyenaraikan komponen yang diklasifikasikan alat ganti haus dan lusuh seperti yang dinyatakan dalam manual jaminan (contohnya pad brek dan sebagainya). Pelanggan diminta untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Volvo untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skop keseluruhan bahagian yang dilindungi.

    “Penawaran baru ini adalah sebahagian dari komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan terbaik kepada pelanggan. Kepuasan pelanggan sentiasa menjadi aspek penting bagi Volvo, dan melalui program jaminan ini, pelanggan kami kini dapat menikmati faedah kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan merasai kualiti yang ditawarkan oleh Volvo, pada tahun-tahun akan datang,” kata Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

    Bagi model baharu Volvo, Februari lalu VCM telah pun mengumunkan bahawa mereka kini sudahpun mengimplementasikan program waranti pengeluar lima-tahun tanpa had perbatuan untuk semua model (milik individu) yang didaftarkan bermula 1 Januari 2021.

     
     
  • ABB Terra 360 diperkenal – pengecas EV paling pantas di dunia, boleh cas empat kenderaan secara serentak

    ABB Terra 360 diperkenal – pengecas EV paling pantas di dunia, boleh cas empat kenderaan secara serentak

    ABB telah melancarkan satu sistem pengecas kenderaan yang dikatakan paling pantas di dunia, dan ia akan mula dijual di Eropah menjelang hujung tahun ini dan di Amerika Syarikat, Amerika Latin serta Asia Pasifik pada tahun hadapan. Sistem ini dipanggil sebagai Terra 360, dan diberitahu dapat memberikan jarak gerak sehingga 100 km selepas dicas selama tiga minit; cas penuh dalam masa 15 minit atau kurang daripada itu.

    Tempoh pantas ini dapat dicapai kerana pengecas modular ini mempunyai output maksimum 360 kW, iaitu 60 kW lebih tinggi berbanding rangkaian Supercharger yang akan diperkenalkan oleh Tesla. Sudah tentu, disebabkan tempoh mengecas setiap EV boleh jadi berbeza, tempoh yang dinyatakan oleh ABB ini tidak boleh dipakai untuk semua EV.

    Sebagai contoh, Porsche Taycan dengan bateri 93.4 kWh yang besar boleh menerima sehingga 270 kW, tetapi Nissan Leaf pula cuma boleh menerima sehingga 50 kW. Faktor lain seperti pengurusan suhu bateri juga boleh mempengaruhi tempoh mengecas.

    ABB Terra 360 diperkenal – pengecas EV paling pantas di dunia, boleh cas empat kenderaan secara serentak

    “Dengan semakin banyak kerajaan di seluruh dunia mewujudkan polisi yang mengambil berat kenderaan elektrik serta rangkaian pengecas, permintaan untuk infrastruktur mengecas EV, terutamanya stesen pengecas pantas dan mudah diguna adalah tinggi,” kata presiden bahagian e-mobility ABB, Frank Muehlon.

    Melihat kepada tetapan yang digunakan, Terra 360 nampak seperti pam minyak biasa yang boleh dijumpai di stesen minyak, dan direka untuk mengecas maksimum sehingga empat kenderaan secara serentak dengan penggunaan pengagih kuasa dinamik.

    Berdasarkan gambar yang disediakan oleh ABB, Terra 360 menggunakan penyambung CCS2 biasa, yang merupakan tahap standard di Eropah. Ia juga datang dengan paparan yang boleh menunjukkan proses mengecas, tahap bateri dan tempoh masa yang diperlukan.

    ABB Terra 360 diperkenal – pengecas EV paling pantas di dunia, boleh cas empat kenderaan secara serentak

    Ciri lain yang disediakan adalah seperti akses kerusi roda serta sistem pengurusan kabel ergonomik yang dapat membantu pemandu memasukkan kabel pengecas secara mudah. Sama seperti pam minyak, penampilan Terra 360 juga boleh diubah suai oleh pemilik untuk dijadikan bersesuaian dengan jenama mereka.

    Susun atur Terra 360 yang sudah biasa bagi pengguna (sebab sama seperti stesen minyak) menjadikan ia lebih sesuai untuk diletakkan di stesen pengecas, kedai serbaneka atau pusat beli-belah – pemilik EV boleh mengecas kenderaan sementara pergi membeli barang keperluan. Ia juga boleh dipasang di pusat komersial untuk mengecas barisan kenderaan elektrik syarikat.

    ABB telah membekalkan pengecas EV sejak tahun 2010, dan sehingga kini, mereka telah menjual lebih 21,000 pengecas pantas DC dan 440,000 pengecas AC di 88 pasaran, termasuk melalui Chargedot. Di Malaysia, anda boleh menjumpai pengecas pantas peblagai tahap Terra 53 CJG di ibu pejabat ABB Malaysia di Jalan Lagoon Selatan, Sunway City, Subang Jaya.

     
     
  • Wuling Nano EV – kereta elektrik kecil di China, harga mungkin bermula RM13k, jarak gerak cecah 305 km

    Wuling Nano EV – kereta elektrik kecil di China, harga mungkin bermula RM13k, jarak gerak cecah 305 km

    Syarikat kerjasama antara SAIC Motor, General Motors dan Liuzhou Wuling Automobile Industry iaitu SAIC-GM-Wuling (atau lebih dikenali sebagai Wuling) telah pun memperkenalkan kereta elektrik bersaiz sangat kecil diberi nama Wuling Nano EV ketika berlangsungnya Tianjian Auto Show baru-baru ini.

    Model tersebut sebenarnya adalah versi alternatif Baojun E200 (yang juga dihasilkan oleh entiti sama), yang dilihat seakan model smart EQ fortwo. Direka untuk kegunaan bandar, Nano EV ini hanya diberikan dua tempat duduk, serta radius putaran 3.8 meter memudahkan pergerakan dan parkir di tempat sempit.

    Menurut spesifikasi yang didedahkan, Nano EV ini dihasilkan dengan dimensi 2,497 mm panjang, 1,526 mm lebar, 1,616 mm tinggi dan jarak roda 1,600 mm. Bagi memudahkan anda membayangkan saiz kereta ini, ia adalah 1,143 mm lebih pendek dari Perodua Axia, serta 94 mm kurang lebar dan jarak roda 855 mm lebih dekat berbanding hatchback segmen-A tersebut.

    Wuling Nano EV – kereta elektrik kecil di China, harga mungkin bermula RM13k, jarak gerak cecah 305 km

    Nano EV ini dibekalkan dengan motor elektrik magnet kekal segerak berkuasa 33 PS (32 hp atau 24 kW) dan tork maksima 85 Nm yang diletakkan di hadapan bagi memacu roda hadapan. Jadi Nano EV ini dilihat kurang berkuasa dari Baojun E200 yang dibekalkan dengan motor berkuasa 39 PS/110 Nm, namun kedua-duanya hanya mampu mencatatkan kelajuan maksima 100 km/j.

    Nano EV masih diberikan bateri yang sama dengan E200, iaitu bateri lithium-ion yang mendapat pengesahan IP67 yang diletakkan di bawah tempat duduk, berkapasiti 28 kWj. Bateri tersebut membolehkan kereta elektrik kecil ini bergerak sejauh 305 km dengan sekali caj.

    Menurut Wuling, bateri berkenaan memerlukan masa selama 13.5 jam bagi memenuhkan jumlah caj (SoC) dari 20-100% menggunakan soket domestik 220-volt biasa. Ia juga datang dengan opsyen pengecaj AC 6.6 kW bagi mendapatkan caj yang sama dengan masa hanya 4.5 jam.

    Wuling Nano EV – kereta elektrik kecil di China, harga mungkin bermula RM13k, jarak gerak cecah 305 km

    Walaupun Nano EV ini bersaiz sangat kecil, kerangkanya dihasilkan terdiri dari 40% besi kekuatan tinggi. Ia juga menerima suspensi jenis topang McPherson di hadapan serta sistem bebas di belakang. Ia juga dibekalkan dengan sistem brek cakera untuk keempat-empat roda dengan set rim 12-inci bersama tayar 145/70R12.

    Sistem keselamatan pasif untuk Nano EV ini agak lengkap, dengan diberikan sistem kawalan kestabilan elektronik (ESC) brek ABS bersama EBD, brek parkir elektronik, cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix. Ia juga tampil dengan sistem amaran pejalan kaki kelajuan rendah.

    Antara perincian lain yang dilengkapkan pada EV kecil ini termasuk kamera undur, sistem pemantau tekanan angin tayar, pendingin hawa, sistem kemasukan tanpa kunci, sistem telematik, lampu hadapan LED serta skrin digital tujuh inci yang bertindak bukan sahaja sebagai paparan instrumen, malah turut memaparkan informasi untuk sistem audio (Bluetooth dan radio).

    Wuling Nano EV – kereta elektrik kecil di China, harga mungkin bermula RM13k, jarak gerak cecah 305 km

    Menerut laporan CarNewsChina, Wuling Nano EV ini akan dijual pada harga tidak melebihi 20,000 yuan (RM12,955), atau jauh lebih murah dari Baojun E200 yang dijual pada harga 54,800 yuan (RM35,509). Ia sudah tentu juga lebih murah dari kereta elektrik kompak yang sangat laris di China buat masa sekarang (dan juga lebih besar) iaitu Wuling Hongguang Mini EV yang dijual pada harga bermula 28,800 yuan (RM18,662).

    Seperti yang anda lihat dalam gambar-gambar yang disertakan, Nano EV ini telah dilancarkan dalam versi edisi terhad Disney Zootopia terlebih dahulu. Ia dihasilkan hanya 5,000 unit, dan dijual pada harga 59,800 yuan (RM38,745).

     
     
  • Ducati Multistrada V2 dan V2S didedah – lebih ringan daripada Multistrada 950, suspensi elektronik Skyhook

    Ducati Multistrada V2 dan V2S didedah – lebih ringan daripada Multistrada 950, suspensi elektronik Skyhook

    Dalam episod pertama Ducati World Premiere tahun ini, pengeluar dari Itali tersebut telah memperkenalkan Multistrada V2 dan V2S kepada dunia. Antara keduanya, kelengkapan, penampilan serta pilihan tambahan yang diberi adalah berbeza.

    Pada casis trellis motosikal ini, terletak enjin dua silinder V Testastretta 937 cc yang mampu menghasilkan kuasa 113 hp pada 9,000 rpm dan 96 Nm tork pada 7,750 rpm. Ia dipadankan bersama kotak gear enam kelajuan dengan slipper clutch dan pacuan rantai, sementara V2S diberi dengan quickshifter.

    Pada bahagian suspensi, V2S yang disediakan sebagai pilihan varian lebih tinggi datang dengan suspensi elektronik Skyhook, terdiri daripada fork serta monoshock yang boleh dilaras sepenuhnya dengan menekan butang sahaja (atau automatik mengikut mod). Multistrada V2 biasa juga datang dengan suspensi boleh laras sepenuhnya, tetapi perlu dilakukan secara manual.

    Brek adalah daripada Brembo, terdiri daripada cakera 320 mm berkembar dan angkup Monobloc empat piston di hadapan sementara di belakang menggunakan cakera 265 mm bersama angkup dua piston.

    Dalam keadaan standard, tinggi tempat duduk Multistrada V2 dan V2S adalah 830 mm. Walaubagaimanapun, sekiranya mahu, pemilik boleh mendapatkan tempat duduk lebih tinggi (850 mm) atau lebih rendah (810 mm) yang dijual secara berasingan. Jika mahu lebih rendah lagi, Ducati menyediakan kit khas yang menjadikan tinggi tempat duduknya cuma 790 mm.

    Secara keseluruhannya, Multistrada V2 ini adalah 5 kg lebih ringan berbanding Multistrada 950, dengan catatan berat kering 199 kg bagi V2 dan 202 kg bagi V2S. Bahagian enjin sahaja sudah melibatkan pengurangan sebanyak 2 kg, di mana 1.5 kg daripadanya adalah dari bahagian klac.

    Ducati Multistrada V2 dan V2S didedah – lebih ringan daripada Multistrada 950, suspensi elektronik Skyhook

    Bahagian lain yang menyumbang kepada pengurangan berat adalah rim (-1.7 kg), di mana ia menggunakan unit daripada Multistrada V4, cermin sisi serta flange cakera brek hadapan. Selain itu, rim spoked yang disediakan sebagai pilihan tambahan dapat memberikan lebih lagi pengurangan berat.

    Pada bahagian kokpit, versi asas V2 cuma mendapat panel paparan LCD sementara V2S diberikan dengan skrin TFT-LCD 5.0 inci. Sistem elektronik seperti Vehicle Hold Control, Traction Control, ABS dan empat mod tunggangan diberikan kepada kedua-dua varian. Untuk V2S, ia kemudiannya ditambah lagi dengan cruise control, lampu utama LED dengan lampu membelok, sistem sambungan tanpa sentuh serta butang kawalan yang menyala.

    Kedua-dua Multistrada V2 dan V2S ditawarkan dalam warna Ducati Red dengan rim hitam, sementara Multistrada V2S ditambah dengan pilihan warna Street Grey bersama rim GP Red. Ada dua pakej yang disediakan oleh Ducati untuk model adventure tourer ini, iaitu Essential, serta Travel (untuk V2S sahaja) yang memberikan beg barangan, pemanas tangan serta tongkat tengah.

     
     
  • Toyota Hilux dengan modifikasi Rad dari Thailand

    Toyota Hilux dengan modifikasi Rad dari Thailand

    Aksesori aftermarket untuk pemilik trak pikap menjadikan kenderaan mereka lebih garang dan berkemampuan sememangnya ada banyak dalam pasaran, tetapi ini adalah penawaran terbaru daripada Rad yang berasal dari Thailand, untuk Toyota Hilux.

    Contoh di dalam gambar ini menggunakan asas daripada varian Revo Double Cab, dan Rad memberikan modifikasi biasa yang boleh dijangka, dengan penggunaan suspensi Old Man Emu menjadikannya lebih tinggi, serta tayar mud-terrain agresif (tetapi rim besar dan tayar nipis).

    Turut dimasukkan dalam senarai kelengkapan adalah lengkung tayar lebih lebar bersama panel tambahan pada badan kenderaan, bahagian hadapan yang direka semula untuk dimasukkan bersama bampar offroad dengan winch, bonet baru serta lampu di atas bumbung. Disebabkan sudah tinggi, ia disertakan dengan pemijak kaki yang boleh keluar dan masuk secara automatik.

    Selain daripada penjualan aksesori secara berasingan, Rad juga menawarkan pakej pilihan lain yang termasuk kit badan lebar “Radpathfinder” bersama bahagian hadapan yang mempunyai gril spindle seperti model Lexus.

    Di Malaysia, varian paling tinggi Toyota Hilux facelift 2021 adalah Rouge, di mana ia menggunakan badan double cab dan dikuasakan oleh enjin diesel turbo 2.8 liter 1G-FTV yang mampu menghasilkan kuasa 204 PS pada 3,400 rpm dan 500 Nm tork pada 1,600 hingga 2,800 rpm. Varian Hilux lain di Malaysia dikuasakan oleh enjin 2.4 liter 2GD-FTV dengan kuasa 150 PS pada 3,400 rpm dan 400 Nm tork dari 1,600 rpm hingga 2,000 rpm.

    Tiga varian tertinggi Hilux di Malaysia mendapat Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto, sementara bagi sistem keselamatan, semua varian double cab mendapat tujuh beg udara dengan VSC, Hill Start Assist Control, Emergency Stop Signal dan pengesan undur; varian 2.4G diberi kamera undur.

     
     
  • Volvo dedah casis BZL untuk bas elektrik – penggerak 200 kW atau 400 kW, badan satu atau dua tingkat

    Volvo dedah casis BZL untuk bas elektrik – penggerak 200 kW atau 400 kW, badan satu atau dua tingkat

    Volvo Buses telah mendedahkan satu platform bas elektrik baru, yang dikatakan bakal menjadikan penawaran pengangkutan awam lebih berkelanjutan dan mesra alam. Penyelesaian global baru untuk pengangkutan elektrik syarikat ini dipanggil sebagai BZL Electric.

    Menawarkan pengangkutan yang bersih, senyap dan cekap tenaga, casis BZL Electric ini direka untuk kedua-dua aplikasi badan satu tingkat dan dua tingkat, berserta pelbagai lagi pilihan untuk pembuat badan kenderaan.

    Dibangunkan secara sendiri sepenuhnya oleh Volvo, platform ini menampilkan motor elektrik 200 kW (atau 268 hp), yang digabungkan bersama transmisi manual automatik dua tahap. Untuk penggunaan bas satu tingkat, penggeraknya boleh dipilih sama ada satu motor atau dua, dengan kuasa sehingga 400 kW (536 hp) sementara untuk penggunaan bas dua tingkat pula, ia cuma mendapat pilihan motor tunggal.

    Bateri lithium ion 470 kWh yang dipadankan pada casis ini boleh dicas pelbagai cara termasuklah OppCharge yang membenarkan pengecasan 300 kW melalui bumbung apabila melalui kawasan yang mempunyai pantograph di atas, ataupun apabila di kawasan perhentian, boleh menggunakan pengecas Combo 2 CCS pada kadar 150 kW.

    Platform ini boleh dipilih sama ada dengan roda besi atau aluminium, stereng hidraulik pacuan elektrik dan brek cakera. Kelengkapan keselamatan yang disediakan termasuk ABS, ESC, Hill Start Assist, Acceleration Slip Regulator serta Brake Blending.

    Dalam menjadikan platform ini serba mesra alam, Volvo memberitahu BZL Electric telah dibangunkan sehingga 90% daripada binaannya boleh dikitar semula apabila sudah habis hayat nanti.

     
     
  • DBKL galak kakitangannya guna pengangkutan awam – kaji larangan pandu kereta sendiri setiap Jumaat

    DBKL galak kakitangannya guna pengangkutan awam – kaji larangan pandu kereta sendiri setiap Jumaat

    Bagi mengurangkan kenderaan di sekitar ibu kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggalakkan kakitangannya menggunakan pengangkutan awam. Malah inisiatif ini adalah bagi menyokong usaha ke arah bandar rendah karbon.

    Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, usaha tersebut akan menjadikan udara di bandar lebih bersih dan masyarakat selesa serta selamat, selain membantu meningkatkan taraf kesihatan, laporan Bernama.

    “Sebagai permulaan, kita memberi insentif kad perjalanan My30 bagi perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad pada awal bulan ini. Kita juga sedang mengkaji untuk melarang warga kerja kita daripada membawa kenderaan ke pejabat pada setiap Jumaat sebagai inisiatif mengamalkan gaya hidup rendah karbon,” katanya.

    Beliau memaklumkan perkara ini selepas pelancaran Kuala Lumpur Sustainable Development Goals (SDG) Centre yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

    Tambah Mahadi lagi, DBKL juga bercadang membangunkan ladang solar di beberapa tasik di ibu negara bagi menggantikan penggunaan tenaga fosil.

    “Kita berharap segala usaha ini dapat mewujudkan persekitaran kehidupan yang lestari kepada masyarakat dan alam sekitar bertepatan dengan matlamat SDG,” katanya.

    SDG Centre adalah sebuah pusat interaktif yang menghimpunkan semua inisiatif dan komitmen pelaksanaan 17 Matlamat Pembangunan Mampan oleh Kuala Lumpur.

     
     
  • Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid 2021 dilancar di Jepun Nov ini – Perodua Ativa akan terima sistem sama?

    Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid 2021 dilancar di Jepun Nov ini – Perodua Ativa akan terima sistem sama?

    Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kembar Perodua Ativa di Jepun iaitu Daihatsu Rocky bakal muncul dalam versi rangkaian kuasa hibrid menjelang hujung tahun ini. Dan kini, Daihatsu telah menyiarkan teaser model berkenaan, yang bukan sahaja memberitahu bahawa ia akan mula dijual pada November nanti, malah turut mengesahkan bahawa model tersebut bakal menerima sistem hibrid e:Smart.

    Teaser berkenaan didedahkan pada satu laman sesawang khas yang dibuat, tetapi ia telah ditutup tidak lama selepas itu, mungkin kerana terlalu awal. Walau bagaimanapun, maklumat yang didedahkan sudah cukup untuk membayangkan apa yang akan ditawarkan oleh Rocky e:Smart Hybrid berkenaan.

    Seperti khabar yang bertiup tempoh hari, sistem e:Smart Hybrid berkenaan nampaknya adalah sistem range extender di mana enjin petrol yang dibekalkan hanyalah untuk mengecaj bateri hibrid, manakala kuasa untuk memacu tayar adalah sepenuhnya dari motor elektrik.

    Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid 2021 dilancar di Jepun Nov ini – Perodua Ativa akan terima sistem sama?

    “e-Smart Hybrid, yang beroperasi 100% dengan motor, mendemonstrasikan kekuatannya pada ketika pedal pendikit ditekan,” tulis teaser yang didedahkan tersebut. Dalam erti kata lain, enjin petrol yang dibekalkan berkenaan hanya akan berfungsi seperti “generator pasar malam” untuk menjana kuasa elektrik dan disimpan ke dalam bateri hibrid, dan tidak langsung memacu tayar.

    Enjin petrol yang dibekalkan untuk tugas mengecaj bateri tersebut adalah unit WA-VEX 1.2 liter, iaitu versi yang diasaskan dari enjin WA-VE pada Rocky 1.2L yang telah pun diperkenalkan di pasaran Indonesia. Maklumat yang dibekalkan pada teaser ini turut menyebut bahawa enjin tersebut mencapai kadar keberkesanan suhu setinggi 40%.

    Apa yang menarik, Rocky e:Smart Hybrid ini juga menerima sistem pedal pintar S-PDL, iaitu sistem yang membolehkan pemandu mengawal pecutan serta memperlahankan dan memberhentikan kereta dengan hanya satu pedal. Sistem ini adalah sistem lazim diberikan pada kerete-kereta berkuasa elektrik sepenuhnya, seperti sistem e-Pedal Nissan Leaf generasi kedua.

    Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid 2021 dilancar di Jepun Nov ini – Perodua Ativa akan terima sistem sama?

    Sistem tersebut diberikan dua mod pemanduan iaitu Normal dan Eco. Malah untuk pemandu yang lebih sukakan sistem dua pedal konvensional, sistem S-PDL ini turut boleh dinyah operasi. Daihatsu turut menyatakan model hibrid ini adalah lebih senyap dari versi petrol sepenuhnya. Ia menampilkan tebatan bunyi lebih baik pada enam bahagian utama termasuk pada penutup enjin, lantai, bawah enjin dan firewall.

    Bagi rupa luaran, model hibrid ini nampaknya tampil dengan pengayaan yang hampir sama dengan model biasa. Ia diberikan gril hadapan dengan elemen sarang lebah bersama lencana tambahan bagi memberitahu bahawa ini adalah model dengan teknologi lebih mesra alam.

    Rocky e:Smart ini merupakan model hibrid pertama bagi Daihatsu sejak 2010. Dengan Ativa pada pasaran Malaysia yang kini menerima spesifikasi sama canggih seperti Rocky di Jepun, tidak mustahil teknologi e:Smart Hybrid ini turut akan diperkenalkan oleh Perodua di sini. Anda pula bagaimana? Berminat dengan teknologi tersebut jika ia ditawarkan oleh Perodua?