Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Volkswagen Golf GTI Mk7.5 pasaran Eropah dihentikan kerana undang-undang emisi baharu yang lebih ketat

    Volkswagen Golf GTI Mk7.5 pasaran Eropah dihentikan kerana undang-undang emisi baharu yang lebih ketat

    Jika sebelum ini Volkswagen Golf R Mk7.5 dilaporkan terpaksa dikurangkan kuasa sebanyak 10 PS, varian paling asas hot-hatch Golf GTI nampaknya lebih malang kerana jualannya di Eropah terpaksa dihentikan terus oleh VW kerana ujian penggunaan bahan api dan pencemaran baharu Worldwide Harmonised Light Vehicle Test Procedure (WLTP) yang lebih ketat dari NEDC akan dilaksanakan September ini, lapor Autocar.

    Walau bagaimanapun, Golf GTI Mk7.5 masih lagi dijual dalam varian Performance, berkuasa 245 PS (15 PS lebih berkuasa) dengan harga £1,465 atau sekitar RM7.8k lebih mahal dari versi standard (£29,930 atau sekitar RM160k pada pasaran UK).

    Satu lagi varian GTI yang lebih berkuasa iaitu Golf GTI TCR yang diinspirasikan dari jentera perlumbaan TCR sebenar juga bakal diperkenalkan dipasaran tahun ini, masih lagi menggunakan enjin 2.0 liter TSI yang sama, namun ditala bagi menghasilkan kuasa 290 PS dan tork maksima 370 Nm.

    Volkswagen Golf GTI Mk7.5 pasaran Eropah dihentikan kerana undang-undang emisi baharu yang lebih ketat

    Menurut Volkswagen, mereka tidak akan melakukan apa-apa perubahan pada varian asas Golf GTI berkuasa 230 PS berkenaan untuk mematuhi prosedur WLTP memandangkan generasi seterusnya, Golf Mk8 akan diperkenalkan pada tahun hadapan.

    Bagi Golf R Mk7.5 pasaran Eropah, jenama berkenaan terpaksa memadankan particulate filter khas pada sistem ekzos, secara tidak langsung terpaksa mengurangkan kuasanya dari 310 PS kepada hanya 300 PS.

    Prosedur WLTP ini bukan hanya menjejaskan Volkswagen, malah turut melibatkan kereta berkuasa tinggi dari jenama lain. BMW M3 F30 misalnya, juga terpaksa dihentikan terus kerana kos untuk memadankan particulate filter khas pada sistem ekzos model tersebut tidak berbaloi dan M3 hanya akan muncul semula dengan generasi baharu G80 pada tahun 2020 nanti.

    GALERI: Volkswagen Golf GTI Mk7.5 pasaran Eropah

    GALERI: Volkswagen Golf GTI Mk7.5 pasaran Malaysia

     
     
  • Perkhidmatan Komuter Ekspres Seremban-Nilai-KL Sentral kembali beroperasi mulai 25 Julai ini – Loke

    Perkhidmatan Komuter Ekspres Seremban-Nilai-KL Sentral kembali beroperasi mulai 25 Julai ini – Loke

    Selepas dihentikan selama beberapa tahun, perkhidmatan Ekspress Komuter Seremban-Nilai-KL Sentral akan kembali beroperasi pads 25 Julai (Rabu) ini. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ini sebahagian usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat menaiki pengangkutan awam, laporan Bernama.

    Katanya, perkhidmatan ekspres ini akan menawarkan satu trip sehala dari Seremban ke KL Sentral pada waktu pagi dan satu trip dari KL Sentral ke Seremban pada sebelah petang, dan hanya ditawarkan pada hari bekerja sahaja. Pada sebelah pagi, ia akan bermula di Seremban jam 7.08 pagi, tiba di Nilai pada jam 7.25 pagi, dan berhenti seminit untuk mengambil penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke KL Sentral yang dijangka tiba jam 8.19 pagi.

    Manakala sebelah petang pula dari KL Sentral jam 5.55 petang, tiba di Nilai jam 6.50 petang dan dijangka tiba di stesen Seremban pada jam 7.10 malam.

    “Buat masa ini, tambang perjalanan yang dikenakan adalah sama dengan tambang biasa, iaitu dari Seremban ke KL Sentral RM8.70, Nilai ke KL Sentral RM7 dan Nilai ke Seremban RM3.60,” ujarnya kepada pemberita.

    Perkhidmatan Komuter Ekspres Seremban-Nilai-KL Sentral kembali beroperasi mulai 25 Julai ini – Loke

    Beliau turut memaklumkan telah berjumpa dengan pihak pengurusan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) sebulan yang lepas dan meminta mereka untuk memulakan kembali perkhidmatan ekspres ini memandangkan ramai penduduk Seremban bekerja di Kuala Lumpur.

    “Tren ini juga tren tambahan dan ia tidak mengganggu jadual perjalanan tren sedia ada. Ia mampu memuatkan 1,118 penumpang pada satu-satu masa, iaitu 328 tempat duduk dan 790 muatan penumpang berdiri,” ujarnya lagi.

    Loke turut berkata, beliau akan memastikan waktu perkhidmatan tren ini dipantau dan meminta pihak KTMB untuk menghantar laporan kepada pihaknya.

    “Saya akan cuba pastikan tren ekspres ini sampai tepat pada masanya dan saya telah meminta pihak KTMB untuk membuat satu aplikasi web dan mobile untuk memudahkan para penumpang memeriksa waktu perjalanan tanpa perlu tunggu di stesen-stesen,” katanya.

     
     
  • Mazda CX-8 terima penarafan 5-bintang oleh ANCAP

    Mazda CX-8 baru sahaja memasuki pasaran Australia awal bulan ini, dan kini ia telah menerima penarafan lima-bintang oleh Australasian New Car Assessment Programme (ANCAP). Untuk pasaran Australia, SUV tiga-barisan tempat duduk ini ditawarkan dengan tiga varian, dengan harga bermula AUD42,490 (RM127,186).

    CX-8 antara yang pertama (selain Volvo XC40) yang diuji dengan protokol penilian terkini 2018 dan yang paling ketat oleh ANCAP, dengan beberapa ujian yang lebih kurang sama dengan Eropah termasuk bagi sistem keselamatan aktif dan skop ujian yang lebih besar (ujian whiplash bagi penumpang belakang, ujian hadapan yang lebih lengkap, ujian sisi serong dan ujian impak sisi dan pejalan kaki).

    Merujuk laporan ANCAP, SUV Mazda ini menerima markah 96% bagi kategori Perlindungan Penumpang Dewasa dengan ruang yang stabil bagi ujian offset hadapan. Dalam ujian lain, CX-8 menerima penarafan “Mencukupi” dan “Bagus” bagi pelindungan penumpang. Untuk kategori Perlindungan Penumpang Kanak-kanak, CX-8 berjaya memperoleh 87%.

    Untuk pasaran Australia, CX-8 didatangkan dengan sistem keselamatan standard termasuk brek kecemasan sendiri (AEB), paparan titik buta, amaran ketibaan lorong, bantuan kekal lorong dan peringatan tali pinggang keledar untuk semua barisan tempat duduk. ANCAP berkata sistem tersebut juga berkesan dalam senario kelajuan di lebuh raya dan persekitaran bandar, tetapi agak kurang dbagi fungsi pengesan penunggang basikal.

    “Rintangan telah dipertingkatkan secara lebih signifikan bagi kenderaan yang diuji dari tahun 2018. Ia bagi melihat adakah kenderaan itu termasuk Mazda dan Volvo dalam menepati piawaian, dengan pencapaian model CX-8 dan XC40 menjadi yang pertama (diuji) dan mencapai lima bintang telah meningkatkan standard ujian kami,” ujar ketua eksekutif ANCAP, James Goodwin.

    Laporan sebelum ini mengesahkan CX-8 akan diperkenalkan di Malaysia, walau pun belum dipastikan adakah varian diesel (seperti di Australia) akan ditawarkan. Harganya pasti akan lebih kurang sedikit berbanding CX-9 yang lebih besar walau pun berkongsi jarak roda yang sama.

     
     
  • TUNGGANG UJI: Vespa GTS Super 300 – antara gaya retro, prestasi atau praktikaliti; mana satu nak pilih?

    TUNGGANG UJI: Vespa GTS Super 300 – antara gaya retro, prestasi atau praktikaliti; mana satu nak pilih?

    Penerimaan terhadap skuter automatik ketika ini boleh dikatakan semakin bertambah, walaupun tidaklah sepopular jenis motosikal lain yang setara (dari sudut harga dan kapasiti enjin). Antara petunjuk yang boleh menjelaskan tentang hal ini ialah penawaran pelbagai model baru skuter automatik, serta adanya segmen motosikal jenis ini dalam barisan produk hampir semua jenama yang ada dipasarkan di Malaysia.

    Ini sesuatu yang menarik. Kerana, apabila penerimaannya berkembang, pilihan yang akan dibawa masuk dan diperkenalkan kepada pengguna di sini akan bertambah. Bagi mereka yang memahami tujuan rekaan sesebuah skuter, pasti akan dapat menghargai apa yang boleh ditawarkan olehnya. Antaranya ialah gaya tunggangan yang sangat mudah, sekaligus menjadikannya sangat praktikal untuk kegunaan dalam bandar.

    Sebaliknya, perkara yang menjadikan ia sebagai pilihan kurang popular berbanding kapcai misalnya adalah mungkin kerena skuter kurang “menyeronokkan” dalam maksud untuk kerja-kerja ubahsuai bagi mendapatkan prestasi dan kelajuan yang lebih mengujakan. Begitu juga dengan ciri khas tunggangan skuter yang lebih bersahaja.

    Ada segelintir orang juga melihat penggunaan kotak gear automatik sebagai satu “kekurangan” yang membataskan keterujaan tunggangan mereka. Dan, paling penting tentulah kos yang terlibat, baik untuk memiliki atau untuk menyelenggara, apa lagi kalau ingin melakukan modifikasi terhadap skuter akan lebih mahal berbanding kapcai.

    Baca selanjutnya di sini

     
     
  • Prestasi jualan kenderaan di M’sia, H1 2018 VS H1 2017 – jenama mana yang meningkat atau merosot

    Prestasi jualan kenderaan di M’sia, H1 2018 VS H1 2017 – jenama mana yang meningkat atau merosot

    Bulan Jun 2018 menyaksikan peningkatan signifikan bagi jumlah jualan kenderaan yang terjual, dengan pelanggan yang mengambil kesempatan di atas “percutian cukai” yang sedang berlaku sekarang. Anda telah pun melihat angka jualan bagi kenderaan yang terjual mengikut syarikat kereta, untuk itu mari kita lihat prestasi keseluruhan bagi separuh pertama (H1) 2018 dengan data yang disediakan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

    Dalam jumlah keseluruhan industri (TIV), separuh pertama 2018 menyaksikan peningkatan sebanyak 1.85% dengan 289,714 unit terjual berbanding 284,461 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu. Tidak mengejutkan, Perodua masih kekal mendahului perkongsian pasaran dengan 40.4% untuk separuh pertama 2018, di mana ia menunjukan peningkatan berbanding tempoh yang sama tahun lalu (35%). Pengeluar kereta nasioanl ini turut menjual 17.48% lebih kereta pada H1 2018, dengan 117,098 unit berbanding 99,675 unit pada H1 2017.

    Menduduki tempat kedua ialah Honda dengan perkongsian pasaran sebanyak 17.7% dan sebanyak 51,354 kereta telah terjual. Jumlah ini masih melayakkan Honda untuk terus kekal di tempat pertama sebagai jenama kereta bukan-nasional. Berbanding tempoh yang sama tahun lalu, Honda mencatatkan 18.5% dalam perkongsian pasaran dan 52,527 unit terjual.

    Begitu juga dengan Toyota yang menyaksikan penurunan dalam perkongsian pasaran dari 11.9% pada H1 2017, sementara jualan juga menyusut 5.97% dari 33,727 ke 31,709 unit. Walau bagaimana pun, jenama ini berada di tempat ketiga dalam senarai, mendahului Proton yang hanya mencatatkan 9.4% dalam perkongsian pasaran dan terjual 27,106 kereta (turun 31.19% berbanding H1 2017) – sebelum ini di tempat ketiga pada Q1 2018.

    Lain-lain jenama Jepun yang turut menyaksikan penurunan dalam perkongsian pasaran dan jumlah jualan termasuk Nissan (4.1% dari 4.8%) dan Isuzu (1.6% dari 1.9%), dengan Mazda dan Mitsubishi sedikit meningkat. Subaru pula memiliki 0.8% dalam perkongsian pasaran, sedikit meningkat dalam jualan sebanyak 2,318 unit (+1.18%), di belakang Volkswagen (1.2% perkongsian pasaran dan 3,344 unit terjual) dan Ford (0.8% perkongsian pasaran dan 3,072 unit terjual).

    Bagi pasaran premium, Mercedes-Benz menjual lebih kereta pada H1 2018 (6,950 unit) berbanding tempoh yang sama tahun lalu (6,034 unit) dengan 2.4% perkongsian dalam pasaran. Manakala BMW pula memegang 1.8% perkongsian pasaran dengan terjual 5,340 kereta pada H1 2018 berbanding 4,816 kereta pada H1 2017. Begitu juga dengan jenama lain seperti Kia, Peugeot, Volvo, MINI, Lexus dan Renault yang menunjukkan peningkatan dalam angka jualan pada H1 2018 berbanding H1 2017, walau pun perkongsian pasaran mereka tidak berkembang oleh margin yang besar.

    Untuk melihat lebih terperinci mengenai perkongsian pasaran bagi setiap jenama kereta, sila klik carta di bawah untuk versi yang lebih besar.

    Prestasi jualan kenderaan di M’sia, H1 2018 VS H1 2017 – jenama mana yang meningkat atau merosot

     
     
  • Data jualan kenderaan bulan Jun 2018 ikut jenama – Lexus +3,166%, Volkswagen +677%, Toyota +466%

    Data jualan kenderaan bulan Jun 2018 ikut jenama – Lexus +3,166%, Volkswagen +677%, Toyota +466%

    Jumlah jualan kenderaan bulan lalu melonjak naik banyak, berbanding bulan Mei apabila kerajaan memutuskan kadar cukai GST ditetapkan kepada kosong, sebelum SST pula diperkenalkan semula. Peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk pengguna yang sememangnya mensasarkan pembelian kenderaan.

    Selain daripada ‘cuti cukai’ ini, terdapat juga pelbagai promosi yang dilakukan bersempena musim Hari Raya, dan ini menyumbang kepada jumlah sebanyak 64,502 unit berjaya didaftar pada bulan Jun 2018. Ini bersamaan peningkatan sebanyak 50% berbanding 42,983 pada bulan Mei. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), ini adalah kali pertama jumlah jualan berjaya melebihi tahap 60,000 unit sebulan.

    Seperti yang anda boleh lihat dalam jadual di bawah, hampir semua jenama kenderaan penumpang mencatatkan peningkatan jualan, kecuali Perodua (yang duduk di atas sekali) yang menunjukkan penurunan sebanyak 10.8%. Honda contohnya mencatat peningkatan jualan 41.9%, Proton +50.9% dan Nissan +47.6%.

    Ada juga jenama yang mencatat jumlah lebih mengejutkan, seperti Volkswagen 676.8% dan Renault +1,100%. Jenama lain yang mencatatkan peningkatan positif adalah Toyota dengan 466.5%, Mitsubishi 380.6%, Subaru 436.8%, Mazda 145.8% dan Hyundai 258.7%.

    Prestasi yang ditunjukkan oleh Toyota membuktikan ia telah berjaya mengatasi Honda untuk jumlah jualan pada bulan lepas, tetapi mereka masih tertinggal jauh dalam jumlah jualan keseluruhan tahun ini. Dari awal tahun hingga Jun 2018, Toyota cuma mencatat 31,709 unit manakala Honda 51,354 unit. Jualan kenderaan premium juga meningkat – Mercedes-Benz berjaya mencatat tambahan jualan 141.2% dan BMW naik 155.6%.

    Data jualan kenderaan bulan Jun 2018 ikut jenama – Lexus +3,166%, Volkswagen +677%, Toyota +466%

     
     
  • Hyundai Kona Iron Man Edition – garang macam Stark!

    Hyundai Kona Iron Man Edition – garang macam Stark!

    Ketika SUV segmen-B Hyundai Kona didedahkan tahun lalu, pengeluar dari Korea berkenaan ada mengumumkan bahawa model tersebut akan dihasilkan untuk versi istimewa Iron Man Edition – diinspirasikan dari watak adiwira Marvel. Kini SUV itu telahpun diumumkan secara rasmi dan ia akan melakukan penampilan sulung di San Diego Comic-Con 2018.

    Menurut Hyundai, Kona Iron Man ini menampilkan rekaan luaran dan dalaman dengan elemen yang sangat hampir kepada suit besi adiwira berkenaan. Pada bahagian luaran, lampu nyalaan siang custom diberikan yang menyerupai bentuk mata topeng muka Iron Man, manakala motif keseluruhan topeng berkenaan diadaptasikan pada bumbung.

    Ciri istimewa lain yang turut dipadankan termasuk kemasan berbentuk-V pada bonet, lencana-lencana sepatutnya pada kedua-dua fender hadapan, pelekat-pelekat Stark Industries, latar belakang ukiran Iron Man pada lampu hadapan, rim 18-inci custom dengan penutup tengah Iron Man, serta ukiran Iron Man pada tiang-D. Badan kereta ini menerima warna kombinasi ekslusif merah dan kelabu matte Iron Man, bersama gril hadapan kemasan krom gelap.

    Hyundai Kona Iron Man Edition – garang macam Stark!

    Untuk kabin pula, Kona Iron Man diberikan papan pemuka dengan tandatangan Tony Stark, bersama perincian lain seperti tombol gear custom, tempat duduk dengan rekaan tersendiri serta grafik visual Iron Man pada panel instrumen serta paparan Head-up.

    “Pertama kali kami nampak Kona, kami tahu ia unik, rekaan lasak mencerminkan suit Iron Man yang kuat dan ikonik. Terdapat juga sinergi yang baik antara sifat seronok dan penuh pengembaraan pada Kona dan karekter lincah tetapi garang pada Iron Man/Tony Stark. Hasilnya adalah edisi khas yang luar biasa yang kami pasti akan didambakan peminat Marvel dan penggemar SUV,” kata Dean Evans, ketua pegawai pemasaran, Hyundai Motor America.

    Hyundai Kona Iron Man Edition – garang macam Stark!

    “Melihat kereta ini menjadi kenyataan adalah seperti impian yang tercapai bagi kebanyakkan kami. Apabila anda membesar dengan membaca komik, impian anda adalah untuk melihat teknologi dan ciptaan-ciptaan tersebut menjadi realiti. Kami berharap agar semua orang seronok untuk menaiki kereta hanya satu sepertinya ini seperti memakai suit tempur Iron Man sebenar!” tambah Mindy Hamilton, naib presiden senior Marvel untuk Kerjasama Global dan Pemasaran.

    Hyundai Kona Iron Man Edition ini bukan sekadar kereta konsep atau ‘show car‘. Hyundai akan menghasilkannya dalam bentuk produksi tetapi dengan jumlah yang terhad, dan setiap satunya akan dibina hanya mengikut tempahan yang diterima.

     
     
  • Pasukan pereka Proton akan terlibat dalam projek global Geely, salurkan idea dan kreativiti yang pelbagai

    Sudah lebih sedikit dari satu tahun sejak kerjasama antara Proton dan Geely berjalan secara rasmi. Banyak berita menarik yang diumumkan sejak dari waktu itu, termasuk perancangan Proton untuk melancarkan model baru setiap tahun, serta pengeluaran SUV Proton. Terbaru, kami diberitahu pasukan rekaan Proton (Proton Design) akan terlibat dalam beberapa projek global Geely.

    Pengarah rekaan Geely Design, Guy Burgoyne memberitahu, “tujuannya adalah untuk mengembangkan dan memperkuat Proton Design. Di studio saya di Shanghai, kami ada banyak projek – kami akan gembira sekiranya Azlan dapat membantu dan mengambil beberapa projek tersebut daripada saya, supaya kami dapat membahagikan beban kerja ini dengan lebih baik. Kami juga mempunyai niat supaya dapat sampai ke tahap di mana kami boleh memberi sokongan terhadap satu sama lain.”

    Pada masa ini, terdapat enam puluh individu dalam pasukan pereka Proton, dan ia diketuai oleh Azlan Othman. Guy memberitahu, Geely Design disebarkan luas secara global, dan mempunyai studio di Gothenburg (pasukan berasingan daripada pasukan Volvo), Hangzhou Bay, UK, Barcelona dan California.

    “Apabila kami ada projek baru, kami akan cuba untuk menawarkan produk baru tersebut – waktu dalam tahap pembangunan – kepada sebanyak mana studio yang boleh supaya kami dapat menerima pelbagai idea dan kreativiti,” tambah Guy lagi.

    Azlan pula berkata, “sinergi ini mendedahkan pasukan rekaan Proton kepada pengalaman antarabangsa yang lebih luas, dari aspek proses dan tenaga kerja yang kami akan terima. Malah sekarang pun, kami sudah mempunyai pekerja dari Perancis dan England. Jadi, kami sedang berkembang bersama Geely sebagai mentor. Kami sedang belajar daripada satu sama lain.”

    Pasukan rekaan ini nanti akan bekerja sama dengan bos bahagian rekaan Geely Group, Peter Horbury. Beliau jugalah orang yang bertanggungjawab membangunkan jenama Geely dengan identiti sendiri. Apabila ditanya berkenaan visi Proton Design, beliau berkata, “sejujurnya, saya tidak tahu banyak tentang budaya anda tetapi pastinya rugi jika kami tidak dapat menerapkannya pada kenderaan kami. Saya adalah orang yang percaya kepada mencerminkan asal usul dalam produk; ia menambah sesuatu yang unik dan eksotik pada kereta.”

    GALERI: Geely Boyue facelift

     
     
  • Mercedes-AMG GLC43 Coupe kini dipasang di Thailand – RM569k, lebih mahal daripada CBU di M’sia

    Mercedes-AMG GLC43 Coupe kini dipasang di Thailand – RM569k, lebih mahal daripada CBU di M’sia

    Mercedes-Benz Thailand telah melancarkan model AMG pemasangan tempatan kedua selepas C43 Coupe. Ia juga satu lagi coupe, tetapi dalam bentuk SUV – Mercedes-AMG GLC43 Coupe. GLC43 Coupe yang dipasang di kilang Samut Prakan ini ditawarkan pada harga 4.69 juta baht (RM569,179) iaitu 1.1 juta baht (RM133,580) lebih murah berbanding dengan versi import CBU.

    GLC43 Coupe dijanakan oleh enjin 3.0 liter turbo-berkembar V6 dengan kuasa 367 PS dan tork 529 Nm, dari 2,500 hingga 4,500 rpm. Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik 9G-Tronic sembilan-kelajuan dan pacuan semua-roda 4Matic – dengan pecahan tork 31:69 hadapan ke belakang. 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 4.9 saat dan kelajuan maksimum pula 250 km/j.

    Mercedes-AMG GLC43 Coupe kini dipasang di Thailand – RM569k, lebih mahal daripada CBU di M’sia

    GLC43 Coupe juga ada dipasarkan di Malaysia, tetapi bagi versi CBU. Ia dilancarkan di sini pada Mei 2017, dan ditawarkan pada harga RM563,241 (kadar sifar GST). Bagi meningkatkan ketangkasan dalam pemanduan, suspensi sport berdasarkan Air Body Control (suspensi udara) turut melengkapi model ini.

    Ia juga dipadankan dengan cakera brek bersaiz 360 x 36 mm dengan kaliper kekal empat piston di bahagian hadapan, sementara di belakang menggunakan saiz cakera 320 x 24 mm dengan kaliper piston tunggal. Selain turut dilengkapi dengan ciri Adaptive Damping System (ADS PLUS) bersama mod pilihan Eco, Comfort, Sport, Sport Plus dan Individual.

    GALERI: Mercedes-AMG GLC 43 4Matic Coupe di Malaysia

     
     
  • Semua model gen-5 bakal ada ruang pek bateri – BMW

    Semua model gen-5 bakal ada ruang pek bateri – BMW

    BMW, seperti beberapa pengeluar kereta yang lain, yang agresif dalam memperkukuhkan portfolio kenderaan elektrifikasi/elektrik. Malahan BMW turut mensasarkan menjelang 2025, lebih kurang 15% hingga 25% bagi barisan modelnya adalah dilengkapi penjana kuasa elektrik. Walau bagaimana pun, lebih penting bila mana senibina kenderaan generasi kelima (gen-5) akan memiliki ruang penyimpanan pek bateri di bawah lantainya.

    Menurut InsideEVs, langkah ini membolehkan BMW untuk mudah menukar pek bateri prestasi tinggi untuk model yang lebih sporty, tinggi dan lebih praktikal termasuk bagi SUV. Ketua pembangunan penjana kuasa elektrik BMW, Stefan Juraschek, mengesahkan terdapat pelbagai kapasiti bateri yang akan ditawarkan untuk model BMW yang berlainan.

    Platform baharu ini menawarkan plug-in hybrid dengan kapasiti elektrik penuh sehingga 100 km, manakala kenderaan elektrik tulen pula mampu mencecah 700 km. Kapasiti bateri dari 60 kWh (lebih kurang 450 km), 90 kWh (lebih kurang 550 km) dan 120 kWh (lebih kurang 700 km), dan setiap model mewakili lencana masing-masing – 30e, 40e dan 50e – untuk menggambarkan julat penggunaannya. Bateri berkapasiti rendah pula akan digunakan untuk model compak dan eksekutif, sementara unit 50e 120 kWh pula eksklusif untk varian mewah.

    Seperti yang didedahkan dalam e-roadmap (pelan tindakan) pada Disember lalu, BEV (vehicle electric battery) pacuan roda-hadapan volum-tinggi akan menerima motor elektrik yang terpasang di hadapan dengan output sehingga 100 kW (134 hp), dan mampu dipacu hingga melebihi 300 km. Sementara model pacuan roda-belakang pula akan menerima e-motor yang lebih berkuasa sehingga 200 kW (268 hp). Kuasa pendikitan bagi pacuan antara enam hingga sembilan saat, dan pacuan semua-roda adalah pilihan.

    Klik untuk besarkan

    Prestasi berorientasikan BEV, mungkin menerima hingga tiga motor elektrik 200 kW (268 hp), satu diletakkan di gandar hadapan dan dua lagi di gandar belakang. Dengan kombinasi itu, kuasanya mampu mencecah lebih 800 ho, dan sesetengah model juga boleh dilengkapi dengan sistem pemvektoran tork. Menurut BMW, dari sifar ke 100 km/j boleh dicapai dalam hanya tiga saat.

    Dua platform baharu ini telah diperuntukan untuk lonjakan elektrik – dengan versi yang dipertingkatkan bagi platform FAAR pacuan roda-hadapan, serta versi yang disemak semula bagi platform CLAR pacuan roda-belakang. Malahan kedua-dua platform ini adalah sebahagian daripada barisan generasi kelima, jadi setiap satunya akan memiliki ruang di bawah lantai untuk menyimpan pak bateri modular. Semya model dinina dengan platform ini untuk keupayaan dilengkami dengan penjana kuasa konvensional atau elektrifikasi.

    Buat masa ini, ia kedengaran seperti kompromi, terutamanya dalam memprtimbangkan bahawa platform kenderaan elektrik adalah kurang rumit dan oleh itu, relatifnya adalah lebih murah untuk menghasilkan model semasa. BMW mengagui, pada masa ini, ia perlu mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dan bukannya mebghasilkan platfrom EV secara khusus – contohnya penghasilan i3 dan i8 sebelum ini.

    Presiden Lexus juga berpendapat teknologi EV untuk diadaptasikan bagi model semasa belum cukup persediaa, walau pun ia memberikan faedah kepada pelanggan dan persekitaran. Namun adakah ia berbaloi untuk dihasilkan secara agresif dan lebih menyeluruh? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

    GALERI: Pelan tindakan BMW

     
     
  • Geely dedahkan platform BMA segmen B baru – SUV pertamanya bakal keluar tahun ini, termasuk Proton?

    Geely dedahkan platform BMA segmen B baru – SUV pertamanya bakal keluar tahun ini, termasuk Proton?

    Geely telah mendedahkan perincian platform baru mereka untuk model kelas permulaan. Setakat ini ia dipanggil sebagai B-segment Modular Architecture (BMA), dan merupakan platform modular pertama yang dibangunkan sendiri oleh Geely. Platform Compact Modular Architecture (CMA) yang ada sebelum ini pula dibangunkan bersama dengan Volvo.

    Platform BMA ini dikatakan bakal mempunyai ciri yang dapat meneraju industri seperti kepelbagaigunaannya, kuasa kenderaan, keselamatan pintar dan sedia digunakan untuk menghasilkan model seperti sedan, SUV, crossover, MPV dan juga wagon. Geely memberitahu, platform ini akan mencapai skala ekonomi yang lebih tinggi dan akan kekal maju secara teknikal pada masa hadapan.

    Pelbagai kuasa penggerak boleh digunakan pada platform ini termasuk enjin 1.0 liter, 1.4 liter, 1.5 liter turbo (dibangunkan bersama Volvo dan akan digunakan pada XC40), serta plug-in hybrid dan hibrid elektrik ringkas yang menjadi sebahagian daripada sistem Multi-Power jenama itu.

    Geely dedahkan platform BMA segmen B baru – SUV pertamanya bakal keluar tahun ini, termasuk Proton?

    Platform BMA ini akan digunakan buat pertama kalinya untuk model SUV segmen B baru Geely yang dipanggil sebagai SX11 sekarang ini dan dijangka akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2018. Ia akan dikuasakan oleh enjin turbo suntikan terus 1.5 liter, dengan kuasa sekitar 177 hp dan 255 Nm tork. Laman web automotif China, Gasgoo melaporkan model ini bakal dinamakan sebagai Xingyue dan ia mengikuti konsep yang ditetapkan oleh Boyue sebelum ini.

    Adakah Proton juga bakal menggunakan platform BMA ini nanti? Geely ada menyelitkan sedikit petunjuk dalam siaran media mereka, dengan mengatakan seni bina ini akan digunakan juga oleh jenama lain di bawahnya, dan pengeluaran model yang menggunakan platform BMA ini akan dilancarkan di Asia Tenggara. Kilang lain yang akan mengeluarkan model ini termasuk Eropah, Afrika, Amerika Selatan dan Timur Tengah.

     
     
  • Renault Megane RS Trophy didedahkan – lebih kuasa dengan 295 hp/420 Nm, kelengkapan casis Cup

    Renault Megane RS Trophy didedahkan – lebih kuasa dengan 295 hp/420 Nm, kelengkapan casis Cup

    2018 – Nouvelle Renault MÉGANE R.S. TROPHY

    Tahun lalu Renault Megane RS generasi baharu telah pun membuat kemunculannya dengan enjin 1.8 liter turbo berkuasa 280 hp/390 Nm. Angka kuasa tersebut macam tidak cukup untuk mengancam lawannya – Honda Civic Type R FK8 bukan? Ya, kerana model tersebut hanyalah versi asas, dan kini versi lebih hardcore Renault Megane RS Trophy telah pun diperkenalkan.

    Menurut Renault, model Trophy ini dibangunkan dengan kepakaran yang mereka perolehi dari penyertaan dalam Formula 1, dan kebanyakkannya disalurkan pada enjin. Oleh itu, RS istimewa ini diberikan sistem galas bebola (ball bearing) seramik pada pengecas turbonya bagi mengurangkan geseran, membolehkan respon kuasa dicapai lebih cepat.

    Renault juga memadankan satu injap mekanikal khas pada pada sistem ekzos, diletakkan pada peredam bunyi belakang bagi memberikan aliran gas yang lebih baik serta bunyi deruman yang lebih garang, bergantung pada mod Multi-Sense yang dipilih sendiri oleh pemandu.

    Renault Megane RS Trophy didedahkan – lebih kuasa dengan 295 hp/420 Nm, kelengkapan casis Cup

    2018 – Nouvelle Renault MÉGANE R.S. TROPHY

    Ubahsuai ini membolehkan enjin empat silinder 1.8 liter petrol turbo berkenaan mengekstrak 295 hp. Untuk tork pula, talaannya berbeza mengikut kotak gear yang dipilih – 420 Nm untuk kotak gear sama ada klac berkembar automatik Efficient Dual Clutch (EDC) enam-kelajuan, manakala versi enam-kelajuan manual di tala pada 400 Nm.

    Dengan kuasa lebih besar ini membolehkan versi manual memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat (0.1 saat lebih laju dari versi standard) sebelum mencapai kelajuan maksima 260 km/j (5 km/j lebih laju). Menurut Renault, walaupun menghasilkan kuasa lebih besar, enjin berkenaan masih lagi mematuhi undang-undang kawalan emisi baharu, Euro6d-Temp, dengan penambahan particulate filter yang diletakkan dalam sistem ekzos.

    Megane RS Trophy ini turut menerima kelengkapan casis Cup untuk pengendaliannya yang terdiri dari LSD jenis Torsen, penyerap hentak dengan talaan 25% lebih keras, spring 30% lebih keras, dan juga bar anti-oleng 10% lebih keras – kesemua ini tidak dipadankan pada casis Sport. Sistem kawalan stereng untuk kesemua roda 4Control masih diberikan sebagai standard pada model ini.

    Versi Trophy juga diberikan cakera brek hadapan yang diperbuat dari dua jenis material membolehkan 1.8 kg berat dikurangkan pada setiap roda, serta digabungkan dengan angkup brek Brembo berwarna merah. Ia juga hadir standard dengan rim 19-inci ‘Jerez’ bersama tayar Bridgestone Potenza S001, manakala pelanggan turut boleh memilih rim 19-inci ‘Fuji Light’ yang 2 kg lebih ringan, disaluti tayar Potenza S007 yang lebih mencengkam.

    Untuk kabin pula, pembeli turut diberikan opsyen bagi menukar tempat duduk asal kepada tempat duduk dari Recaro yang 20 mm lebih rendah, dibaluti Alcantara membolehkan badan anda dipegang dengan lebih kemas. Untuk bahagian luar pula, Megane Trophy RS ini diberikan warna badan ikonik Liquid Yellow bersama jalur Trophy serta bilah yang diinsiraskan dari Formula 1.

    Dalam pasaran, bukan Civic Type R sahaja yang menjadi seteru Megane RS buat masa sekarang. Segmen Hot-hatch ini dilihat begitu meriah dengan pilihan lain seperti Ford Focus RS, Volkswagen Golf R, Peugeot 308 GTI, malah pencabar dari Korea, Hyundai i30 N juga dilihat sangat menyerlah. Hah, anda pula kalau diberi pilihan, mana yang berkenan?

     
     
  • VIDEO: SUV Proton akan ada cita rasa rekaan Malaysia

    Pelancaran SUV pertama Proton semakin hampir. Sudah banyak gambar kereta asasnya iaitu Geely Boyue yang dapat dilihat, dan anda juga telah tahu bahawa ia akan datang dengan pelbagai kelengkapan seperti arahan suara, adaptive cruise control, pandangan tiga dimensi 360 darjah dan Autonomous Emergency Braking. Tetapi, bagaimana pula dengan rekaannya?

    Baru-baru ini kami mendapat peluang bersembang dengan pengarah rekaan Geely Design, Guy Burgoyne, yang berkata “Saya rasa wajar untuk mengatakan bahawa – ia adalah jelas semasa kami membangunkan Boyue sebagai permulaan, pengetahuan tentang sinergi dengan Proton sudah difikirkan. Kita juga ada beberapa kebetulan yang menyenangkan.” Sudah tentu, salah satu kebetulannya adalah Boyue mendapat inspirasi daripada harimau bintang yang sedang melompat, dan Proton juga mempunyai lambang yang bermotifkan harimau.

    Guy juga memberitahu walaupun mempunyai produk yang dimahukan secara global, beliau rasa beliau masih boleh menyampaikan cita rasa tempatan yang bersesuaian dengan Proton. Tapi, perekanya tidaklah akan pergi sampai meletakkan keris atau benda yang terlalu menonjol pada kereta tersebut.

    Ketua pereka Proton, Azlan Othman pula menambah: “Apabila kami menunjukkan Boyue versi kami nanti, ia akan mempunyai cerita yang unik. Ia akan mempunyai hubungan dengan warisan serta budaya kita. Ia mungkin tidak akan begitu besar seperti yang telah diberitahu oleh Guy, tapi kepercayaan untuk mempunyai karekter ini – itulah keunikan yang menjadikan kita rakyat Malaysia.”

    Adakah anda tidak sabar dengan ketibaan SUV Proton ini? Tun Mahathir juga ada rasa kagum dengannya, anda pula bagaimana?

     
     
  • Peraturan mewajibkan kerusi khas kanak-kanak dalam kereta tidak akan dilaksanakan tahun depan – Loke

    Peraturan mewajibkan kerusi khas kanak-kanak dalam kereta tidak akan dilaksanakan tahun depan – Loke

    Peraturan mewajibkan penggunaan kerusi khas kanak-kanak di dalam kenderaan, yang sepatutnya dilaksanakan pada 2019, tidak akan dikuatkuasakan, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Seperti yang dilaporkan oleh The Star, Loke berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak terikat untuk melaksanakan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

    “Pengumuman yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini tidak semestinya diimplementasikan atau dikuatkuasakan. Kementerian perlu mengkaji semula peraturan ini dan mengenalpasti adakah ia praktikal untuk dilaksanakan,” ujar Loke selepas melawat Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya (Miros) di Kajang semalam.

    Ketika mula-mula idea ini dicadangkan, mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tion Lai berkata, pemilik kenderaan yang membawa anak-anak kecil di dalam kenderaan perlulah memasang kerusi khas kanak-kanak ini. Ia perlu dilakukan menjelang 2019. Malah beliau berpendapat kesedaran awam ini perlu diutamakan sebelum sebarang penguatkuasaan dimulakan.

    Walau pun peraturan ini dilaksanakan mahu pun tidak, anda sebagai ibu bapa perlu menilai semula, apakah pemasangan kerusi khas kanak-kanak di dalam kenderaan perlu dilakukan mahu pun tidak. Tidakkah anda pernah terbaca banyak berita melaporkan insiden kanak-kanak mahu pun bayi tercampak keluar dari kenderaan selepas terbabit dengan kemalangan?

    Mungkin ada yang beranggapan kerusi khas kanak-kanak ini agak mahal dan anda kurang berkemampuan untuk membelinya. Tetapi tolonglah fikirkan dan utamakan soal keselamatan si kecil anda. Malang tidak berbau, namun tanggungjawab kita sebagai orang dewasa untuk memastikan agar keselamatan si kecil diletakkan di aras yang tertinggi.

    Untuk kanak-kanak di bawah berat 25 kg (berat adalah ukuran lebih tepat berbanding usia) haruslah diletakkan di kerusi khas kanak-kanak (Kumpulan 0+, 1 dan 2, kerusi berkenaan diposisi menghadap belakang) dan bagi yang di bawah berat 36 kg pula boleh duduk di tempat duduk biasa dengan tambahan pemasangan booster seat atau booster cushion (Kumpulan 3) tetapi dalam masa yang sama pastikan dipakai tali pinggang keledar. Ini adalah satu keperluan, bukan sekadar pilihan.

    Dan mereka juga perlu didudukan di tempat duduk penumpang belakang, bukan di hadapan. Ini bagi menjauhkan mereka daripada beg udara hadapan yang akan terkeluar sekiranya berlaku kemalangan. Anda hanya boleh menempatkan kerusi khas kanak-kanak atau booster seat di tempat duduk hadapan sekiranya ada suis untuk mematikan beg udara di bahagian penumpang hadapan (tidak semua kereta didatangkan dengan fungsi itu), tetapi ini hanya pilihan terakhir (terutamanya jika bimbang si kecil anda mengamuk, meragam atau tantrum bila kena duduk seorang diri di belakang).

    BUkan itu sahaja, tolong jangan sesekali memangku si kecil bila duduk di hadapan, paling ‘dahsyat’ dan kurang berhemah; ketika sedang memandu. Pegangan tangan anda tidak begitu kuat untuk menahan si kecil anda sekiranya terlibat dalam kemalangan, malah ia juga sangat berbahaya bila beg udara terkeluar. Ia kemungkinan mampu memberikan kecederaan parah pada si kecil termasuk terpatah leher, tengkorak retak dan sebagainya.

    Maka, sekali lagi kami di paultan.org menyeru untuk anda mempertingkatkan lagi tahap keselamatan si kecil, berfikirlah secara rasional, betapa pentingnya penggunaan kerusi khas untuk mereka. Biarpun harus berbelanja lebih untuk membelinya, demi keselamatan si kecil, silalah pertimbangkanlah perkara ini. Bukan tunggu peraturannya dikuatkuasakan, tetapi lakukanlah sekarang.

     
     
  • Bermaz akan serap SST untuk pelanggan yang tempah Mazda tetapi hanya menerimanya selepas 1 September

    Bermaz akan serap SST untuk pelanggan yang tempah Mazda tetapi hanya menerimanya selepas 1 September

    Selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikadarkan sifar peratus 1 Jun lalu, seolah-olah berlaku ‘tsunami’ pembelian kereta oleh rakyat Malaysia. Situasi ini bukan sahaja kerana harga kereta lebih murah dari sebelumnya, malah orang ramai berpusu-pusu untuk membeli kereta baharu mereka untuk mengelakkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan mula diimplementasi semula pada 1 September nanti, dijangka pada kadar 10% atau 4% lebih tinggi dari GST.

    Perkara ini telah menimbulkan lagi satu masalah dimana stok dari pengeluar mula berkurang dan dijangka akan ada pelanggan yang menempah kereta baharu mereka sebelum 1 September tetapi hanya akan menerimanya selepas tarikh tersebut, menyebabkan mereka terpaksa membayar cukai SST. Namun bagi pengedar rasmi kenderaan jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto, mereka menyatakan cukai SST bagi pelanggan yang menghadapi situasi berkenaan akan diserap oleh syarikat, menurut laporan The Star.

    Bermaz akan serap SST untuk pelanggan yang tempah Mazda tetapi hanya menerimanya selepas 1 September

    Bermaz menyatakan sehingga sekarang ada model mereka seperti CX-9 mempunyai senarai menunggu sehingga Disember tahun ini. “Ini tidak adil kepada pelanggan kami jika kami mengalihkan cukai kepada mereka, kerana mereka telahpun membuat tempahan sebelum SST diperkenalkan,” kata pegawai dari Bermaz yang tidak diinyatakan namanya kepada The Star.

    Sumber berkenaan turut memberitahu bahawa langkah untuk menyerap cukai SST berkenaan adalah salah satu langkah Bermaz untuk membina kesetiaan pelanggannya. Untuk model-model dari Mazda, pelanggan dapat berjimat serendah RM4,221 untuk model Mazda 2 mid spec hingga RM16,784.29 untuk CX-9 AWD dalam tempoh ‘cuti cukai’ berkenaan.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.20
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated Apr 18, 2024