Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Honda City 1.5L V Sensing dilancar untuk Malaysia – dilengkapi Honda Sensing dan AEB, harga RM90k

    Honda City 1.5L V Sensing dilancar untuk Malaysia – dilengkapi Honda Sensing dan AEB, harga RM90k

    Honda Malaysia telah melancarkan satu varian baru untuk City, iaitu 1.5L V Sensing, dengan harga jualan RM90,212 tidak termasuk insurans (dikira dengan pengecualian cukai). Varian baru ini terletak antara varian hibrid RS e:HEV (RM105,950) dan V (RM86,561) yang ditawarkan sekarang, dan menerima beberapa peningkatan.

    Pertamanya adalah pakej sistem keselamatan dan bantuan pemandu Honda Sensing, yang termasuk Adaptive Cruise Control (ACC), Collision Mitigation Braking System (juga dikenali sebagai Autonomous Emergency Braking or AEB), Forward Collision Warning (FCW), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW) dan Auto High-Beam (AHB).

    Semua ciri Sensing ini memang sudah datang secara standard pada varian RS e:HEV, tetapi pada varian City yang lain tiada, sehinggalah sekarang. City V Sensing ini juga menerima panel instrumen digital tujuh inci, tidak seperti varian V yang menggunakan meter analog.

    Selain daripada itu, spesifikasinya adalah sama seperti varian V, dengan barangan seperti rim 16 inci, lampu utama LED, lampu kabus hadapan, lampu nyalaan siang (DRL), sistem masuk tanpa kunci dan butang pemula enjin (dengan fungsi kawalan jauh), pedal penukar gear di stereng, cruise control, pendingin hawa satu zon, tempat duduk balutan kulit, skrin infotainmen Display Audio lapan inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, serta lapan pembesar suara.

    Honda City 1.5L V Sensing dilancar untuk Malaysia – dilengkapi Honda Sensing dan AEB, harga RM90k

    Ia juga datang dengan enam beg udara, cagak Isofix untuk tempat duduk belakang, Vehicle Stability Assist, ABS, EBD, Brake Assist, Hill Start Assist, Emergency Stop Signal, dua pengesan undur, kamera pandangan belakang dan kamera LaneWatch.

    Untuk penggerak, ia masih lagi menggunakan enjin petrol empat silinder DOHC 1.5 liter bersama transmisi CVT untuk menghantar kuasa sehingga 121 hp dan 145 Nm tork ke roda hadapan. Kelajuan maksimum adalah seperti varian V, iaitu 195 km/j, tetapi pecutan 0-100 km/j sedikit perlahan dengan catatan masa 10.5 saat.

    Dengan penambahan varian V Sensing ini, pelanggan yang mahukan City dengan sistem keselamatan aktif boleh mendapatkannya melalui varian enjin biasa dan bukannya hibrid sahaja. Adakah anda antara yang menunggu kemunculan varian seperti ini?

     
     
  • Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid muncul dengan motor elektrik 106 PS – Perodua Ativa Hybrid menyusul?

    Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid muncul dengan motor elektrik 106 PS – Perodua Ativa Hybrid menyusul?

    Selepas banyak laporan dan maklumat yang bocor sejak beberapa bulan lepas, Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid akhirnya dilancarkan di Jepun. Model yang menggunakan kombinasi penggerak petrol dan elektrik ini juga boleh dianggap penting kepada pasaran kita kerana terdapat maklumat bahawa ia bakal diserapkan kepada Perodua Ativa memandangkan Perodua juga sudah dilihat menguji model ini.

    Keistimewaan utama model ini sudah tentu terdapat di bawah bonetnya, di mana anda akan menemui sistem hibrid hampir sama seperti kenderaan e-Power Nissan. SUV ini digerakkan sepenuhnya oleh motor elektrik 106 PS/ 170 Nm, sementara pembakaran dalaman tiga silinder 1.2 liter WA-VEX pula bertindak sebagai generator (seperti range extender). Enjin ini mampu menghasilkan 82 PS dan 105 Nm tork.

    Tetapan ini tidak menggunakan transmisi seperti kereta biasa, dan motor elektrik pemacu serta unit motor-generator yang diletakkan secara selari dapat memberikan bentuk yang lebih kompak – Daihatsu memberitahu, mereka mempunyai niat untuk meletakkan sistem e-Smart Hybrid ini pada kenderaan kei pula selepas ini. Syarikat itu turut mendakwa bahawa motor elektrik tersebut mampu memberikan prestasi yang bagus pada kelajuan rendah dan sederhana, menjadikan ia sesuai untuk kereta kecil di dalam kawasan urban.

    Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid muncul dengan motor elektrik 106 PS – Perodua Ativa Hybrid menyusul?

    Satu lagi kelebihan sistem ini adalah bateri lithium ion yang digunakan dapat dijadikan agak kecil dan menjimatkan, dengan kapasiti 4.3 Ah. Semua ini membenarkan Rocky e-Smart Hybrid untuk mencatat penggunaan bahan api 28 km/l (3.6 l/100 km) mengikut kitaran WLTP.

    Sebagai tambahan, Rocky hibrid ini juga datang dengan ciri “Smart Pedal” yang membenarkan pemanduan satu pedal, dengan mod Normal dan Eco melaras maklum balas pedal minyak. Penebat bunyi yang diletakkan pada bonet dan di bawah pelindung enjin juga menjadikan bunyi enjin lebih senyap.

    Gril honeycomb khas serta lencana e-Smart pada fender hadapan dan pintu but belakang membezakan model ini dengan model biasa. Pembeli juga boleh mendapatkan fungsi pembekal kuasa luaran untuk mengecas peranti elektronik atau barangan elektrik lain pada waktu kecemasan.

    Pelancaran Rocky e-Smart Hybrid ini juga berlaku serentak dengan peningkatan ringkas yang diberikan kepada model Rocky secara keseluruhannya. Enjin tiga silinder NA 1.2 liter yang diperkenalkan di pasaran Indonesia sebelum ini sekarang digunakan untuk semua model pacuan roda hadapan di Jepun. Ia menggantikan enjin 1.0 turbo 1KR-VET yang sekarang cuma digunakan pada model pacuan semua roda.

    kelebihan utama pertukaran enjin ini adalah penjimatan bahan api, di mana unit 1.2 liter ini mampu memberikan catatan WLTP 20.7 km/l (4.8 l/100 km), iaitu 10% lebih baik berbanding enjin 1.0 liter turbo tersebut. Harga kenderaan juga dapat dikurangkan kerana ia sudah boleh dimasukkan dalam kategori kereta eko yang lebih mesra alam.

    Walaubagaimanapun, kelebihan pada penggunaan bahan api ini menjadikan prestasinya berkurang sedikit, iaitu menurun 11 PS dan 27 Nm, menjadi 87 PS pada 6,000 rpm dan 113 Nm tork pada 4,500 rpm. Transmisi masih adalah unit CVT seperti Rocky 1.0 liter.

    Daihatsu Rocky e-Smart Hybrid muncul dengan motor elektrik 106 PS – Perodua Ativa Hybrid menyusul?

    Peningkatan lain yang diberi adalah penggunaan brek parkir elektronik dengan fungsi Autohold, yang juga membenarkan tambahan fungsi stop and go untuk Adaptive Cruise Control. Rocky juga kini mendapat kamera yang dipertingkat, dengan sistem pengesanan pejalan kaki waktu malam untuk Autonomous Emergency Braking dan tambahan jumlah tanda jalan yang boleh dibaca.

    Ciri baru ini juga dilengkapi dengan fungsi yang boleh memberikan amaran sekiranya pemandu membawa kenderaan dalam keadaan melilau. Akhir sekali, Rocky kini datang dengan Cornering Trace Assist, yang bertindak seperti pengagih tork, untuk membrek roda bahagian dalam sekiranya ia mengesan understeer.

    Harga untuk Rocky yang dipertingkat ini bermula dari 1,667,000 yen (RM60,700) untuk model asas varian L 1.2 liter, sementara model e-Smart Hybrid ditawarkan dalam dua versi, iaitu X HEV dan Premium G HEV, dengan harga masing-masing 2,116,000 (RM77,000) dan 2,347,000 yen (RM85,400).

     
     
  • Peugeot 5008 facelift 2022 dilancarkan di Thai – CBU dari Malaysia; varian tunggal Allure, dari RM233k

    Peugeot 5008 facelift 2022 dilancarkan di Thai – CBU dari Malaysia; varian tunggal Allure, dari RM233k

    Peugeot 5008 generasi kedua telah pun dilancarkan di Thailand, dengan menawarkan varian tunggal Allure. Berharga dari 1.869 juta baht (RM233,083), SUV tujuh-tempat duduk ini adalah unit import (CBU) dari Malaysia, yang dipasang di kilang Naza Automotive Manufacturing di Gurun, Kedah, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Stellantis.

    Penggayaan juga ada perubahan termasuk lampu utama LED baharu yang senada dengan gril radiator tanpa bingkai. Sama seperti adiknya, SUV lima-tempat duduk 3008, ia juga menampilkan lampu nyalaan siang LED menegak yang ditempatkan di sisi bampar hadapan, yang turut menempatkan indikator membelok, sementara nombor modelnya terletak di atas lencana singa itu.

    Untuk bahagian belakangnya pula, ia menempatkan lampu LED penuh dengan tiga jaluran menegak ala cakaran yang menjadi signatur bagi jenama Peugeot, dengan lapisan kanta yang lebih gelap. Untuk pasaran Thailand, 5008 turut didatangkan dengan roda aloi 18-inci, lampu kabus LED, bumbung suria panoramik, tailgate bukaan bebas-tangan dan lima pilihan warna luaran (Amazonite Grey, Nero Black, Pearl White dan Emerald Crystal) – digandingkan dengan bumbung Black Diamond.

    Di dalamnya, SUV ini menerima konsep i-Cockpit signatur jenama ini yang menampilkan paparan instrumen digital 12.3-inci, dan roda stereng diameter-kecil, sementara itu skrin sesentuh infotainmen telah dipertingkatkan dari lapan ke 10-inci.

    Kabin bertemakan hitam ini juga menerima pengecas tanpa wayar yang dipertingkatkan, selain upholstery kulit, tempat duduk hadapan larasan kuasa (8-hala untuk pemandu, 6-hala untuk penumpang), barisan kedua yang boleh dipisahkan 60:40, barisan ketiga yang dipisahkan 50:50, enam pembesar suara, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, kawalan suhu dwi-zon dan sistem pencahayaan ambien.

    Untuk sistem bantuan pemandu dan keselamatan, 5008 didatangkan dengan enam beg udara, kawalan kelajuan, pengesan penghad kelajuan, Advance Grip Control, kawalan menurun bukit, bantuan mendaki, penderia parkir hadapan dan belakang, kamera undur, sistem pemantauan titik buta dan sistem pasif biasa (ESP, ABS, EBD dan bantuan brek). Walau bagaimana pun, ia tidak diberikan brek kecemasan automatik (AEB), tetapi disertakan dengan pemantauan titik buta dan bantuan kekal lorong.

    Peugeot 5008 facelift 2022 dilancarkan di Thai – CBU dari Malaysia; varian tunggal Allure, dari RM233k

    5008 turut digandingkan dengan enjin 1.6 liter pengecas turbo empat-silinder petrol yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 167 PS (165 hp) pada 6,000 rpm dan tork 245 Nm dari 1,400 hingga 4,000 rpm. Ia turut diberikan transmisi automatik enam-kelajuan yang menyalurkan pacuan ke roda hadapan.

    Belfort Automobile (Thailand) Co, anak syarikat kepada Master Group Corporation Asia (MGC), telah diberi kepercayaan sebagai pengimport dan pengedar kereta Peugeot di Thailand sejak dilantik oleh Groupe PSA (kini sebahagian daripada gabungan Stellantis) pada 2019.

    Selepas Thailand, 5008 akan diperkenalkan di Malaysia, bersama dengan model terkini 3008. Seperti mana yang kita sedia maklum, jualan dan pengedaran model Peugeot di Malaysia kini dikendalikan oleh Bermaz Auto Alliance (BAASB) iaitu anak syarikat Bermaz Auto (BAuto).

     
     
  • Husqvarna Norden 901 diperkenal – 889 cc, 105 hp

    Husqvarna Norden 901 diperkenal – 889 cc, 105 hp

    Husqvarna telah memperkenalkan sebuah motosikal touring bawah 1,000 cc baru, iaitu Norden 901. Seperti yang ramai tahu, Husqvarna dan KTM dimiliki oleh entiti yang sama, dan Norden 901 ini sebenarnya adalah kembar kepada KTM 890 Adventure, tetapi dengan penampilan yang berbeza.

    Pada bahagian enjin, ia masih lagi adalah unit yang sama, iaitu dua silinder selari DOHC 889 cc bersama padanan kotak gear enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 105 hp pada 8,000 rpm dan 100 Nm tork pada 6,500 rpm.

    Motosikal ini datang dengan tiga mod tunggangan dalam keadaan standard, iaitu Street, Rain dan Offroad, yang memberikan maklum balas kuasa, penyampaian serta kawalan cengkaman yang berbeza, sementara satu lagi mod iaitu Explorer yang membolehkan pelarasan sendiri oleh penunggang disediakan sebagai pilihan tambahan. ABS pula datang dengan mod Offroad dan boleh ditutup sepenuhnya.

    Bahagian suspensi dipegang oleh fork USD WP Apex 43 mm boleh laras sepenuhnya di bahagian hadapan, sementara bahagian belakang menggunakan monoshock WP Apex dengan pelarasan lantunan dan pra beban. Tetapan ini memberikan jarak gerak suspensi 220 mm di hadapan dan 215 mm di belakang.

    Brek cakera 320 mm bersama angkup empat piston digunakan untuk menghentikan roda hadapan yang mempunyai rim 21 inci manakala rim 18 inci di belakang mendapat cakera brek 260 mm dengan angkup dua piston. Tangki bahan api mempunyai kapasiti 19 liter.

    Cruise control dan quickshifter diberi secara standard sementara kelengkapan lain seperti sambungan Bluetooth, pemanas tangan dan tempat duduk, serta sistem pemerhati tekanan angin tayar disediakan sebagai pilihan tambahan. Tempat duduk didatangkan dalam pilihan sama ada 854 mm tinggi atau 874 mm.

     
     
  • Stellantis ambil alih sepenuhnya kilang Naza di Gurun

    Stellantis ambil alih sepenuhnya kilang Naza di Gurun

    Stellantis — hasil daripada penggabungan Fiat Chrysler Automobiles (FCA) dan Groupe PSA — kini telah mengambil alih sepenuhnya Naza Automotive Manufacturing (NAM) dan kilang pemasangannya di Gurun, Kedah.

    Pengambilalihan yang sudah selesai ini memperkukuhkan lagi komitmen Stellantis di Malaysia dan menandakan aras baru bagi pengeluar tersebut di Asia Tenggara. Syarikat itu menyatakan “rancangan untuk melabur dan memperluas jejaknya dengan lebih besar sebagai sebahagian daripada strategi lokalisasi,” ujarnya Stellantis dalam satu kenyataan semalam.

    “Stellantis komited untuk memperkembangkan kehadiran di ASEAN, dan mengambil alih sepenuhnya kilang di Gurun ini merupakan langkah penting ke hadapan untuk memperkukuhkan operasi kami, output pengeluaran dan tenaga kerja di rantau ini,” ujar Naib Presiden Kanan ASEAN dan Pengedar Umum Stellantis, Christophe Musy.

    “Kami mempunyai strategi pertumbuhan yang akan membolehkan kami untuk mengeluarkan kenderaan melangkauu output pengeluaran sedia ada di Gurun, dan akan memperluaskan lagi jenama dan model yang berada di bawah portfolio Stellantis yang dipasang di ASEAN dan untuk ASEAN. Kami ingin mencapai tahap pengeluaran berkelas dunia di Gurun, dengan menghasilkan kenderaan dengan pemasangan yang berkualiti tinggi dari Malaysia untuk Asia Tenggara,” tambah beliau.

    Stellantis ambil alih sepenuhnya kilang Naza di Gurun

    Stellantis baru-baru ini telah memulakan semula pengeluaran di kilang tersebut, dengan pelancaran model Peugeot 3008 dan 5008 yang dipertingkat kini sedang giat dilakukan di rantau ASEAN. Selepas itu perhatian akan diberikan pula kepada Peugeot 2008, yang akan dimulakan pemasangannya bulan ini — dan turut akan dieksport ke seluruh rantau ini.

    Syarikat itu menyatakan yang kilang di Gurun berkenaan telah mencapai kadar pengeluaran pra-pandemik sejak operasi dibuka semula, dengan jumlah kini semakin rancak untuk bagi tahun 2021 bagi menyediakan semula bekalan untuk Malaysia, Thailand, Filipina dan pasaran ASEAN lain. Kapasiti kilang tersebut adalah 70,000 unit setahun.

    “Kami sedang bekerja dengan lebih rapat dengan rakan niaga kami untuk meningkatkan kapasiti kilang mencecah 40% untuk memenuhi permintaan,” ujar Christophe, dan menambah lebih 170 pekerja telah kembali bertugas dan Stellantis kini berurusan dengan lebih daripada 50 pembekal tempatan.

    Pengedar Peugeot di Malaysia kini Bermaz, yang turut mengambil alih pengedaran jenama ia tahun ini daripada Naza. Peugeto 2008 terbaru juga baru-baru ini dilihat di atas jalan raya tempatan. 3008 pemasangan Malaysia telah dilancarkan di Indonesia dan Thailand bulan lalu — di Malaysia pula tentunya tidak lama lagi.

     
     
  • Proton X90 kelihatan di M’sia – SUV besar 7-tempat duduk berasaskan Geely Haoyue sedang diuji

    Proton X90 kelihatan di M’sia – SUV besar 7-tempat duduk berasaskan Geely Haoyue sedang diuji

    Ini bukan kali pertama SUV tujuh-tempat duduk yang berasaskan Geely Haoyue atau Okavango kelihatan sedang diuji di jalan raya di Malaysia ini. Lokasi terbaharu ia dilihat ialah di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) menuju ke Subang, dengan menggunakan trade plates Proton (yang sebelum ini pernah dipakai oleh model ujian Geely Binyue, yang kemudiannya dikenali sebagai X50).

    Walau pun unit ujian ini atau pun mungkin bakal dinamakan sebagai Proton X90, ditutupi balutan penyamaran, namun sifatnya masih boleh kelihatan termasuk cermin sisi yang dipasang di pintu, rel bumbung ala terapung dan garisan badannya yang cukup jelas mirip Hauyue. Tetapi jika dilihat dari pandangan belakang, tailgate yang ditampilkan sedikit berbeza dengan model Geely, dan plat nombornya pula telah dipindahkan dari bampar belakang ke tailgate.

    Ia bagai memberikan bayangan bahawa Proton mahu melakukan sedikit perubahan rekaan signifikan untuk X90 ini, walau pun banyak sifat lain masih kelihatan mirip dengan Hauyue.

    Proton X90 kelihatan di M’sia – SUV besar 7-tempat duduk berasaskan Geely Haoyue sedang diuji

    Haoyue dilancarkan di China pada Jun tahun lalu, dan ia kini merupakan SUV paling besar dalam barisan model Geely, ‘Abang Long’ kepada Boyue (X70) dan juga Binyue (X50). Ia dihasilkan dengan panjang 4,835 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,784 mm dan jarak roda sejauh 2,815 mm. Untuk memudahkan anda membayangkan saiznya, berbanding Proton X70, Haoyue adalah 316 mm lebih panjang, 69 mm lebih lebar, 91 mm lebih tinggi dan jarak roda 145 mm lebih jauh.

    Dengan saiz yang besar ini, Haoyue ditawarkan dalam versi lima- dan tujuh-tempat duduk di China. Kesemua tempat duduk belakang boleh dilipat dengan rata, bagi memberikan ruang kargo sebesar 2,370 liter.

    Di China, Haoyue dijana oleh enjin 1.8L empat silinder turbo berkuasa 181 PS/300 Nm, dipadankan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan. Ia hadir dalam versi pacuan hadapan dan juga pacuan semua roda.

    Proton X90 kelihatan di M’sia – SUV besar 7-tempat duduk berasaskan Geely Haoyue sedang diuji

    Namun untuk Okavango di Filipina, SUV ini dijana oleh enjin 1.5L tiga-silinder turbo bersama sistem hibrid ringkas 48-volt bagi menghasilkan 190 hp/300 Nm. Versi ini turut digandingkan dengan kotak gear DCT tujuh-kelajuan, tetapi tiada pilihan sistem AWD. Harganya bermula dari 1,208,000 pesos (RM102,000) hingga 1,328,000 pesos (RM112,100).

    Buat setakat ini, Proton masih mengunci mulut berhubung dengan model baharu yang bakal diperkenalkan. Tetapi jika benar Proton X90 ini bakal hadir ke pasaran tempatan, adakah anda akan mempertimbangkan untuk memilikinya? Dan adakan ia boleh mengulangi sejarah ‘laku keras’ seperti mana yang dicipta oleh adik-adiknya iaitu X70 dan X50?

     
     
  • Honda RS-X dilancar untuk Malaysia – ada kelainan berbanding Winner X Vietnam, ABS, harga RM8,688

    Honda RS-X dilancar untuk Malaysia – ada kelainan berbanding Winner X Vietnam, ABS, harga RM8,688

    Model yang ditunggu-tunggu peminat kapcai di Malaysia, iaitu Winner X kini dilancarkan di Malaysia dengan nama RS-X. Ia ditawarkan dalam pilihan tiga warna, iaitu kuning, biru dan merah Trico, pada harga jualan RM8,688 tidak termasuk insurans.

    Sebelum pergi lanjut kepada spesifikasinya, kami ingin memberitahu bahawa RS-X pasaran Malaysia ini mempunyai keunikan tersendiri jika dibandingkan dengan Winner X pasaran Vietnam. Bahagian ‘kepala’ dan ekzosnya adalah berlainan, dan ia dilengkapi dengan ABS one-channel seperti varian tertinggi Winner X Sport ABS.

    RS-X digerakkan oleh enjin suntikan bahan api satu silinder DOHC 149.16 cc, dan dipadankan bersama transmisi enam kelajuan untuk menghasilkan kuasa 15.8 hp pada 9,000 rpm dan 13.6 Nm tork pada 7,000 rpm. Enjin hanya boleh dihidupkan dengan pemula elektrik.

    Kedua-dua brek hadapan dan belakang menggunakan sistem cakera dengan angkup satu piston, sementara suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan monoshock dengan pelarasan pra beban di belakang. Rim adalah unit 17 inci dengan tayar 90/80 di hadapan dan 120/70 di belakang.

    Kelengkapan lain yang terdapat pada RS-X adalah seperti tangki bahan api 4.5 liter, meter digital dengan penunjuk kedudukan gear, lampu depan dan belakang LED, berat 122 kg dan klac jenis basah. Model ini datang dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

     
     
  • Volvo XC60 facelift bakal dilancarkan di Malaysia?

    Volvo XC60 facelift bakal dilancarkan di Malaysia?

    Volvo Car Malaysia (VCM) telah mula menyiarkan teaser XC60 facelift menerusi laman media sosial, bagai memberikan bayangan SUV berkenaan bakal dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi. Imej tunggal yang dimuat naik oleh syarikat berkenaan menerusi laman media sosial rasmi mereka telah menunjukkan penggayaan yang disemak semula, dengan beberapa kit baharu.

    Untuk lebih spesifik, imej yang ditunjukkan itu memaparkan bahagian hadapan XC60 dalam varian Inscription, yang menampilkan kepingan perak yang ditempatkan di seksyen lampu kabus dengan bentuk yang lebih menegak.

    Lain-lain perubahan termasuklah bampar yang digayakan semula menampilkan lipatan lebih tajam berhampiran corong pengambilan di bawah dan juga kepingan kemasan krom pada bahagian bawah. Untuk bahagian belakangnya pula, ekzos diberikan sentuhan kemasan krom yang lebih kurang sama dengan bahagian hadapan.

    XC60 juga diberikan pakej R-Design, dengan gaya bampar yang lebih agresif serta gril dengan kemasan jejaring-persegi berbanding kepingan menegak. Buat masa ini, model pre-facelift tidak pernah ditawarkan dengan penggayaan R-Design sejak ia mula diperkenalkan di sini pada tahun 2018, kita cuma dapat pilihan Momentum dan Inscription.

    Di dalamnya, XC60 terkini didatangkan dengan sistem infotainmen baharu dengan Android Automotive OS, yang pertama kali diperkenalkan menerusi model XC40 elektrik sepenuhnya, dan ia berbeza dengan sistem Sensus yang digunakan pada model semasa. Lain-lain semakan termasuklah melibatkan platform penderia Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), yang membolehkan fungsinya dipertingkatkan.

    Buat masa ini, XC60 pre-facelift – yang dipertingkatkan pada April lalu – ditawarkan dengan dua penjana kuasa untuk pasaran Malaysia, termasuk T5 (Momentum) and Recharge T8 (Inscription Plus). Kedua-duanya didatangkan dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder petrol dan transmisi automatik lapan-kelajuan, dengan T5 menyalurkan kuasa 254 PS dan tork 350 Nm ke semua roda.

    Recharge T8 ditambah dengan supercharger untuk kuasa sehingga 320 PS dan 400 Nm, dengan motor elektrik pada gandar belakang menyumbang lagi 87 PS dan 240 Nm bagi menghasilkan output keseluruhan cecah 407 PS dan 640 Nm. Pacuan bagi e-motor disalurkan dari bateri lithium-ion 11.6 kWh yang mampu memberikan jarak semua elektrik sehingga 54 km.

    GALERI: Volvo XC60 facelift 2021

     
     
  • PLUS aktifkan RFID yang disepadukan dengan sistem ANPR di sepanjang laluan Hutan Kampung-Sungai Dua

    PLUS aktifkan RFID yang disepadukan dengan sistem ANPR di sepanjang laluan Hutan Kampung-Sungai Dua

    PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan sistem pembayaran tol Radio Frequency Identification (RFID) di sepanjang laluan Hutan Kampung-Sg Dua diaktifkan secara langsung bagi membolehkan lebih ramai pelanggan lebuh raya menikmati perjalanan yang lancar, tanpa sentuh dan tanpa tunai, sekaligus menamatkan tempoh ujian awamnya yang dijalankan sejak Julai 2020.

    Menurut PLUS, sepanjang laluan terbabit, RFID telah diaktifkan dengan sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR). Ia bertujuan untuk mempertingkatkan keselamatan dan kelancaran perjalanan yang membolehkan pelanggan melalui lorong tersebut pada kadar kelajuan 30 km/j berbanding 20 km/j di lorong SmartTAG.

    Di samping itu, sistem RFID di PLUS dengan ANPR dan Pusat Validasi Tol (TVC) akan meningkatkan pemprosesan pembayaran sebagai langkah pertama ke arah lebuh raya sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) pada masa akan datang. Sebagai langkah menggalakkan pengalaman pembayaran tanpa tunai dan tanpa sentuh sejajar dengan norma baharu, sistem RFID juga akan memudahkan pelanggan untuk menambah nilai dan mengekalkan baki yang mencukupi melalui tambah nilai atas talian yang lebih selamat dan tambah nilai automatik melalui Touch ‘n Go e-Wallet.

    “Ini merupakan sistem pertama seumpamanya bagi industri lebuh raya Malaysia, di mana keunikan pengalaman RFID di PLUS terletak pada gabungan sistem ANPR dan TVC yang diperkukuhkan dengan kemampuan Artificial Intelligence dan Machine Learning yang menggunakan kamera beresolusi tinggi di kedua-dua lorong masuk dan keluar, sekaligus membolehkan semua pelanggan RFID sentiasa melalui lorong tol dengan lancar.

    PLUS aktifkan RFID yang disepadukan dengan sistem ANPR di sepanjang laluan Hutan Kampung-Sungai Dua

    “Sistem ANPR dan TVC bersepadu ini akan dapat mengesan, menganalisis dan menyelesaikan isu pelanggan RFID secara automatik tanpa mengganggu pengalaman perjalanan pelanggan di lorong tersebut,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

    Datuk Azman juga mengunjurkan penggunaan RFID di laluan PLUS’ Hutan Kampung–Sungai Dua, yang kini merupakan yang tertinggi di semua lebuh raya sistem tol tertutup di Malaysia akan meningkat sehingga 30% dalam masa terdekat berikutan kebenaran merentas negeri oleh kerajaan.

    “Kami bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang untuk membawa RFID kepada pelanggan tempatan kami untuk menikmati pengalaman yang lancar menggunakan lorong RFID.

    “Melalui kerjasama erat bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNG), PLUS juga sedang berusaha untuk memperluaskan akses kepada pembayaran tol RFID di sepanjang lebuh rayanya dari Juru ke Skudai mulai awal 2022,” tambah beliau lagi.

     
     
  • Mercedes-AMG SL R232 2022 diperkenal – sedia kuasa sehingga 585 PS dan 800 Nm tork, PHEV kemudian

    Mercedes-AMG SL R232 2022 diperkenal – sedia kuasa sehingga 585 PS dan 800 Nm tork, PHEV kemudian

    Model baru Mercedes-Benz SL biasanya diperkenalkan sekali setiap 10 tahun, dan tahun ini ia berlaku lagi. Kali ini ia sedikit berbeza kerana tidak lagi dikeluarkan dari kemudahan syarikat itu di Stuttgart, tetapi dari Affalterbach. Inilah dia, Mercedes-AMG SL R232.

    Model ini menggantikan GT Roadster sebelumnya, dan dibina atas struktur komposit aluminium baru yang tidak digunakan bagi model Mercedes lain. Selain besi yang lebih ringan, kereta ini juga dibina menggunakan bahan gentian magnesium untuk meningkatkan ketegarannya, dengan ketahanan kilasan meningkat sebanyak 18% berbanding SL R231. Kekuatan menegak dan melintang juga meningkat 50% dan 40% berbanding GT Roadster.

    Pada bahagian luar, rekaan yang diperkemas semula menunjukkan evolusi daripada GT Roadster, dengan lampu hadapan lebih nipis (dengan teknologi Digital Light) dan lampu belakang bersegi yang menunjukkan gaya rekaan terbaru Mercedes.

    Model baru ini juga membawa kembali bumbung jenis fabrik kepada model SL (kali terakhir digunakan adalah pada model R129 tahun 90-an), untuk menggantikan bumbung jenis keras yang diperkenalkan sejak model R230. Ia boleh dibuka dan ditutup pada kelajuan bawah 60 km/j, dengan mengambil masa sekitar 15 saat. Melalui perubahan ini juga, ia berjaya menjimatkan berat sebanyak 21 kg dan memberikan titik graviti lebih rendah.

    Penutup but yang sedikit membonjol di belakang untuk menyimpan bumbung tersebut turut menempatkan spoiler jenis aktif, sementara di bawahnya terdapat bampar dengan diffuser serta empat muncung ekzos. Pilihan rim terdiri dari saiz 19 hingga 21 inci, dan direka untuk melengkapi bahagian lain yang mengambil penting ciri aerodinamik seperti pembuka pintu jenis tenggelam serta gril aktif Airpanel.

    Sebagai tambahan, SL R232 ini juga datang dengan Aerodynamic Package, yang terdiri daripada panel tambahan di bukaan udara tepi bampar, diffuser besar di belakang serta spoiler aktif gentian karbon bawah badan (direndahkan apabila laju untuk mengurangkan kesan Venturi bawah badan, mengurangkan daya angkatan sehingga 50 kg pada 250 km/j dan meningkatkan ketepatan stereng serta stabiliti.

    Bahagian dalam turut melibatkan rekaan semula yang komprehensif, dengan kini boleh menempatkan empat orang di dalamnya – kali terakhir digunakan pada SL R120 – tetapi tempat duduk belakang hanya untuk mereka yang berketinggian sehingga 1.5 meter. Di bahagian tengah papan pemuka terdapat skrin sesentuh 11.9 inci yang diletakkan menegak dan menggunakan sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX) terkini serta boleh dilaras 12 hingga 32 darjah untuk mengelakkan silau.

    Mercedes-AMG SL R232 2022 diperkenal – sedia kuasa sehingga 585 PS dan 800 Nm tork, PHEV kemudian

    Konsep rekaan lain yang boleh dilihat adalah seperti corong pendingin hawa bentuk turbin serta konsol tengah yang diambil daripada AMG GT. Dalam keadaan standard anda diberikan dengan roda stereng berbentuk rata di bawah serta tempat duduk sports, sementara tempat duduk AMG Performance yang lebih gebu disediakan sebagai pilihan tambahan. Sistem Airscarf disediakan terus bagi model yang menggunakan enjin lapan silinder.

    Melalui ayat ini, kita tahu nanti akan ada pilihan enjin lain yang diperkenalkan, tetapi waktu pelancaran, ia cuma datang dengan enjin V8 twin turbo 4.0 liter M177. Ada dua varian yang disediakan, iaitu SL 63 yang berkuasa 585 PS/800 Nm, dan SL 55 berkuasa 476 PS/700 Nm.

    Varian SL 63 boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.6 saat sementara SL 55 pula mencatat 3.9 saat, manakala kelajuan maksimum masing-masing pula adalah 315 km/j dan 295 km/j. Kedua-duanya dipadankan bersama transmisi automatik sembilan kelajuan AMG Speedshift MCT 9G dengan sistem AMG Performance 4Matic+ yang boleh mengubah pacuan menjadi roda belakang sahaja atau semua roda secara sendiri.

    Mercedes juga akan memperkenalkan versi plug-in hybrid bagi model ini, berkemungkinan menggunakan penggerak sama seperti GT 63 S E Performance iaitu padanan enjin V8 639 PS/900 Nm dengan motor elektrik 14 PS dan satu lagi motor elektrik 204 PS/320 Nm, untuk menghasilkan kuasa keseluruhan 843 PS dan 1,470 Nm tork.

    Untuk memegang jalan, roda SL R232 disambungkan kepada badan menggunakan sistem five-link, dengan besi sambungan, knuckle stereng dan pemegang hab yang dibuat daripada aluminium forged untuk mengurangkan beratnya. Sistem penyerap adaptif dua injap dan gegelung spring didatangkan standard, sementara SL 63 dilengkapi dengan AMG Active Ride Control dan limited-slip differential elektronik (pilihan tambahan bagi SL 55).

    Semua model SL R232 ini datang dengan active rear-wheel steering yang boleh membelok sehingga 2.5 darjah, serta cakera brek komposit berliang (cakera karbon seramik disediakan sebagai pilihan tambahan). Dinamik kenderaan boleh dikawal melalui mod Slippery, Comfort, Sport, Sport+, Individual, dan pada SL 63 ia ditambah dengan mod Race. Turut disediakan adalah sistem AMG Dynamics dengan pilihan mod Basic, Advanced, Pro dan Master untuk melaras tetapan casis serta stability control.

     
     
  • Cukai jalan boleh diperbaharui di 14 cawangan Puspakom di Sabah dan Sarawak mulai 1 Nov

    Cukai jalan boleh diperbaharui di 14 cawangan Puspakom di Sabah dan Sarawak mulai 1 Nov

    Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan kini sudah boleh dilakukan di kesemua 14 cawangan Puspakom di Sabah dan Sarawak, mulai hari ini (1 November 2021).

    Walau bagaimana pun, perkhidmatan ini hanyalah untuk motosikal dan kereta persendirian, tidak termasuk kenderaan e-hailing. Malahan perkhidmatan ini juga untuk kenderaan decontrolled (kenderaan barangan dengan berat 7,500 kg ke bawah)

    Di Semenanjung Malaysia, pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan decontrolled di Puspakom adalah bermula tahun 2020, sebelum ia mula dibuka untuk kenderaan persendirian di kesemua 39 cawangan Puspakom pada September lalu.

    Dengan inisiatif ini, MOT berharap ia mampu meningkatkan lagi perkhidmatan oleh kerajaan, sekaligus meningkatkan lagi akses untuk perkidmatan seumpamanya. Malahan langkah ini juga dilihat mampu mengurangkan kos dan masa rakyat, ujar kementerian terbabit.

     
     
  • Great Wall Ora Good Cat dilancarkan diThailand – jarak hingga 500 km; 3 varian; harga dari RM123k-RM149k

    Great Wall Ora Good Cat dilancarkan diThailand – jarak hingga 500 km; 3 varian; harga dari RM123k-RM149k

    Great Wall Motors (GWM) secara rasminya telah melancarkan Ora Good Cat di Thailand, hatchback elektrik sepenuhnya yang telah menerima tempahan menggalakkan di negara tersebut. Ditawarkan dengan tiga varian, termasuk Tech dan Pro dengan jarak sehingga 400 km (standard NEDC) serta model spesifikasi tertinggi Ultra yang mampu mencapai jarak sehingga 500 km dengan pengecasan penuh.

    Harga bermula pada 989,000 baht (RM123,103) untuk Tech, diikuti dengan Pro berharga 1.059 juta baht (RM131,795) dan Ultra pula 1.199 juta baht (RM149,174). Setiap pembelian turut diberikan waranti lima-tahun/150,000 km serta waranti lapan-tahun/180,000 km.

    Semua varian diberikan motor elektrik hadapan dengan kadar 143 PS (141 hp atau 105 kW) dan tork 210 Nm, yang boleh. mencapai kelajuan maksimum sehingga 152 km/j. E-Motor bagi Techdan Pro dipacukan oleh bateri lithium-ion yang memiliki kapasiti tenaga sehingga 47.8 kW untuk jarak 400 km.

    Sementara bagi varian Ultra yang mampu mencapai jarak hingga 500 km, ia diberikan bateri berkapasiti 63.1 kWh, lebih kurang sama dengan versi pasaran China yang berkapasiti 59.1 kWh. Semua varian juga menyokong pengecasan AC sehingga 6.6 kW menerusi sambungan Type 2. Varian Tech dan Pro mengambil masa selama lapan jam untuk pengecasan penuh, manakala Ultra pula memerlukan 10 jam untuk dicas penuh.

    Great Wall Ora Good Cat dilancarkan diThailand – jarak hingga 500 km; 3 varian; harga dari RM123k-RM149k

    Ia juga diberikan pilihan menggunakan pengecasan pantas DC dengan kapasiti 60 kW menggunakan sambungan CCS2, yang memerlukan antara 0-80% peringkat pengecasan (SoC) lebih kurang 45 minit untuk varian 400 km, dan sekitar sejam bagi Ultra. Untuk 30-80% SoC pula, ia mengambil masa sekitar 32 minit bagi bateri kecil dan 40 minit bagi bateri yang lebih besar.

    Bagi kelengkapan, model asas Tech diberikan roda keluli 17-inci, gril hadapan aktif, lampu utama LED manual, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, tempat duduk hadapan manual, paparan instrumen pelbaga-info tujuh-inci, pendingin hawa automatik dengan penapis udara PM2.5, telematik, sistem infotainmen skrin sesentuh 10.25-inci, empat pembesar suara, dua beg udara, lima mod pemanduan, fungsi satu-pedal, kawalan kelajuan, sistem keselamatan pasif, empat penderia parkir belakang dan brek kecemasan kelajuan rendah.

    Untuk Pro pula, ia ditampilkan dengan rim aloi 18-inci, lampu utama LED automatik, bilah pengelap cermin dengan penderia-hujan, bumbungmatahari panoramik elektrik, upholstery kulit sintetik, tempat duduk pemandu larasan kuasa, pengecas telefon tanpa wayar, kawalan kelajuan adaptif dengan intelligent turning, bantuan kesesakan trafik, kamera 360-darjah, brek kecemasan automatik dengan pengesan persimpangan, amaran pelanggaran hadapan, wisdom dodge, amaran ketibaan lorong dan pemusatan serta kawalan brek selekoh.

    Great Wall Ora Good Cat dilancarkan diThailand – jarak hingga 500 km; 3 varian; harga dari RM123k-RM149k

    Pastinya varian Ultra menerima kelengkapan yang lebih menarik termasuklah efek welcome light hingga lampu utama , tiga tema dalaman berbanding hanya hitam, fungsi memori dan mengurut untuk tempat duduk pemandu larasan kuasa, enam pembesar suara, bantuan parkir, bantuan kekal lorong kecemasan, bantuan tukar lorong, pemantauan titik buta, amaran pelanggaran belakang, kepekaan trafik lintasan belakang dengan AEB dan enam penderia parkir di hadapan.

    Good Cat adalah model import sepenuhnya (CBU) untuk Thailand, dan ia mungkin akan diproduksi secara pemasangan tempatan (CKD) pada masa hadapan. GWM telah mengeluarkan kenyataan untuk menjadikan negara berkenaan sebagai hab bagi kenderaan elektrik di rantau Asia dan telah pun memiliki kilang produksi di Rayong yang sebelum ini dimiliki oleh General Motors.

    Pada April lalu, model ini pernah terlihat di sekitar Elmina, Shah Alam, sekaligus memberikan spekulasi bahawa EV ini akan diperkenalkan di sini selepas Thailand. Namun buat masa ini, tiada kenyataan rasmi mengenainya, tetapi berdasarkan spesifikasi dan harga yang ditawarkan di Thailand, adakah model ini boleh mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia?

     
     
  • Toyota Gazoo Racing hasilkan semula alat ganti AE86 Corolla Levin & Sprinter Trueno dalam Heritage Parts!

    Toyota Gazoo Racing hasilkan semula alat ganti AE86 Corolla Levin & Sprinter Trueno dalam Heritage Parts!

    Ini mungkin yang berita yang ditunggu-tunggu oleh ramai pemilik generasi terakhir Toyota Corolla Levin dan Sprinter Trueno pacuan belakang iaitu AE86 di seluruh dunia – program penghasilan semula komponen alat ganti yang dijalankan oleh sayap perlumbaan Toyota, Gazoo Racing Heritage Parts kini secara rasmi akan menjual komponen repro untuk kereta sports ikonik tersebut!

    Menurut TGR, program Heritage Parts bagi AE86 berkenaan akan bermula pada hari ini, 1 November 2021, dan ia terbuka bukan sahaja untuk pelanggan di Jepun, malah untuk seluruh dunia. Buat permulaan, dua komponen akan mula dijual terlebih dahulu iaitu angkup brek belakang dan juga lengan knuckle hadapan untuk sistem stereng. Ia akan diikuti dengan syaf pacu belakang pada 1 Disember nanti.

    Toyota Gazoo Racing menjalankan program GR Heritage Parts ini adalah untuk menyokong pemilik-pemilik model lagenda dan ikonik mereka bagi memastikan kereta-kereta yang penuh dengan memori berkenaan terus boleh bergerak di atas jalan raya untuk tempoh masa lebih lama.

    Toyota Gazoo Racing hasilkan semula alat ganti AE86 Corolla Levin & Sprinter Trueno dalam Heritage Parts!

    Walau bagaimanapun, komponen-komponen yang dihasilkan semula ini hanya akan dihasilkan dalam tempoh masa terhad, dengan kerjasama istimewa pembekal-pembekal komponen mereka. Selepas produksi istimewa ini tamat, komponen-komponen tersebut hanya akan dijual sehingga kehabisan stok.

    Perincian berkenaan nombor komponen dan juga tempoh produksi semula akan dipaparkan di laman sesawang rasmi Toyota Gazoo Racing yang boleh anda lihat pada PAUTAN INI.

    Adik-beradik ‘Kilat dan Guruh’ Corolla Levin dan Sprinter Trueno ini bukanlah kereta sport yang benar-benar berkuasa. Ia hanya dijana oleh enjin 4A-GE 1.6 liter DOHC 16 injap menghasilkan 130 PS dan tork maksima 149 Nm, digandingkan dengan kotak gear T50 lima kelajuan manual, memacu roda belakang.

    Namun resipi ini menghasilkan sebuah kereta sports ringan yang sangat seronok dipandu, dan sangat popular digunakan di litar, rali mahupun disiplin drift, serta mampu mencabar kereta-kereta sports yang jauh lebih berkuasa. Dengan pengaruh kuat dari ‘The Drift King’ Keiichi Tsuchiya dan juga siri manga dan anime Initial D, AE86 telah mencetuskan fenomena global dan harganya kini sedang ‘meroket’ naik.

    Kereta sports kecil ini juga yang mencetuskan idea Ketua jurutera pembangunan Toyota, Tetsuya Tada untuk menghasilkan semula model kelahiran semula yang digelar sebagai Toyota 86 pada 2012, diikuti Toyota GR86 yang baru dilancarkan tahun ini.

    Selain dari AE86, program GR Heritage Parts ini juga telah menghasilkan semula komponen alat ganti bagi model-model lagenda dan ikonik Toyota yang lain termasuk Supra A70 dan A80, 2000GT dan juga jentera off-road Land Cruiser BJ40.

     
     
  • Perodua Myvi facelift dilukis secara digital berasaskan gambar spyshot – gril lebih besar, DRL menegak

    Perodua Myvi facelift dilukis secara digital berasaskan gambar spyshot – gril lebih besar, DRL menegak

    Sekarang ini kita sedang menjangkakan ketibaan Perodua Myvi facelift, dan nampaknya sudah ada yang menjumpai model tersebut di atas jalan raya. Pengguna Instagram @myvitesse telah memuat naik gambar yang menampakkan model tersebut terdedah waktu menjalani penggambaran komersial.

    Kedua-dua bahagian depan dan belakang model generasi ketiga yang disegarkan semula ini dapat dilihat, sekaligus memberikan peluang kepada pakar lukisan digital, Theophilus Chin untuk menghasilkan “gambar studio rasmi” Myvi facelift ini.

    Banyak sebenarnya bahagian yang diubah pada penampilan Myvi ini, berbanding Myvi G3 yang dilancarkan pada tahun 2017, tetapi yang paling jelas adalah gril hadapan lebih besar dan ke dalam, serta hanya satu jalur krom di bawah logonya, bersambung sehingga ke lampu.

    Perodua Myvi facelift dilukis secara digital berasaskan gambar spyshot – gril lebih besar, DRL menegak

    Lampu utama itu pula walaupun nampak sama, tetapi tetap melibatkan sedikit kemaskini. Sudut paling dalam jika diperhatikan tidak lagi menempatkan lampu posisi halogen sebelum ini. Rekaan bampar juga nampak seperti diberikan rekaan yang lebih bersegi, menjadikan bentuk X lebih ketara kelihatan di bawah. Lip depan bagi model AV ini juga disepadukan ke dalam bampar ala skid plate warna perak.

    Perodua juga seperti telah menggugurkan lampu kabus bagi model spesifikasi tinggi, dan diganti dengan DRL kecil. Bahagian lain kereta ini tidak melibatkan banyak perubahan. Corong udara hiasan di belakang mungkin antara hal yang dapat dikesan. Model AV menggunakan rim 15-inci yang sama seperti sebelum ini. Warna merah yang digunakan juga adalah warna baru Cranberry Red yang lebih pekat.

    Myvi ini dilaporkan bakal menggantikan kotak gear automatik 4AT kepada CVT, mungkin D-CVT yang sama digunakan pada Ativa. Untuk enjin, tiada perubahan dijangkakan — dengan unit 2NR-VE 1.5 liter Dual VVT-i empat silinder dengan janaan 102 hp/136 Nm atau 1NR-VE 1.3 liter dengan janaan 94 hp/121 Nm.

    Myvi terbaru ini juga khabarnya akan menerima sistem Advanced Safety Assist (ASA) dari Ativa, menampilkan sistem AEB yang dinaik taraf yang boleh mengesan pengayuh basikal dan berfungsi dalam kelajuan sehingga 120 km/j. Bagaimanapun, ciri seperti bantuan mengekalkan lorong, lampu tinggi automatik atau kawalan melayar adaptif mungkin hanya akan disediakan secara eksklusif untuk Ativa. Jadi, apa pandangan anda tentang penampilan terbaru Myvi ini?

     
     
  • Ducati Multistrada V4 Pikes Peak 2022 diperkenalkan

    Ducati Multistrada V4 Pikes Peak 2022 diperkenalkan

    Sebelum perlumbaan Pikes Peak diharamkan untuk motosikal (keputusan dibuat selepas kematian Carlin Dunne pada 2019), Ducati adalah antara pengeluar yang cukup aktif menyertainya, dan kemudiannya mereka akan mengeluarkan model versi Pikes Peak untuk jualan umum. Tahun ini, satu lagi diperkenalkan, iaitu Multistrada V4 Pikes Peak.

    Ciri sporty pada model ini diperkuatkan lagi dengan antaranya penggunaan rim Marchesini yang 2.6 kg lebih ringan dan suspensi elektronik Ohlins Smart EC 2.0, serta beberapa perubahan yang menjadikan posisi tunggangannya lebih agresif termasuk peletak kaki lebih tinggi dan pemegang yang lebih ke belakang, rendah dan kurang lebar.

    Geometri roda hadapan Multistrada ini juga telah diubah menjadi 25.75 darjah, berbanding 24.5 darjah pada Multistrada V4 biasa dan jarak roda telah dilaras supaya bersesuaian dengan ciri sporty yang mahu diketengahkan.

    Bahagian enjin Multistrada V4 ini masih sama seperti Multistrada V4 biasa, iaitu unit V4 Granturismo (tidak menggunakan sistem injap Desmodromic) 1,158 cc berkuasa 170 hp pada 10,500 rpm dan 125 Nm tork pada 8,750 rpm.

    Satu ciri tambahan baru bagi Multistrada yang diperkenalkan pada model Pikes Peak ini adalah mod Race, di mana pengehad rpm akan bertindak secara beransur-ansur dan bukannya secara mengejut seperti mod lain. Melaluinya, penunggang dapat mengetahui mereka semakin menghampiri tahap tertinggi rpm dan pertukaran gear lebih agresif boleh dibuat (quickshifter diberikan terus).

    Dalam mod High Power pula, Multistrada V4 Pikes Peak menyediakan maklum balas lebih tepat dengan Ducati Wheelie Control (DWC) menawarkan tindak balas lebih baik kepada input pendikit demi memberikan kawalan yang lebih tepat apabila tayar terangkat. Sistem radar yang memberikan fungsi Active Cruise Control serta amaran titik buta masih disediakan pada model ini.

     
     
  • 297 saman trafik dikeluarkan dalam beberapa operasi di KL sejak 29 Okt; 14 pemandu mabuk ditahan – JSPT

    297 saman trafik dikeluarkan dalam beberapa operasi di KL sejak 29 Okt; 14 pemandu mabuk ditahan – JSPT

    Sejak Jumaat lalu, 29 Oktober 2021, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah mengeluarkan sebanyak 297 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya menerusi pelbagai operasi.

    Menurut Ketua JSPT KL Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, operasi diadakan di sekitar pusat bandar, Jalan Pahang, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut dan Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), laporan Harian Metro.

    “Operasi Samseng Jalanan, Ops Motosikal dan Ops Pelbagai Kesalahan diadakan bermula Jumaat hingga awal pagi tadi dengan kekuatan lapan Pegawai Kanan dan 90 Pegawai Rendah bermula pad 9 malam hingga 4 pagi.

    “Secara keseluruhan, sebanyak 297 jumlah saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 15 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubah suai struktur kenderaan,” katanya.

    297 saman trafik dikeluarkan dalam beberapa operasi di KL sejak 29 Okt; 14 pemandu mabuk ditahan – JSPT

    Bagi Ops Pelbagai Kesalahan, seramai 14 lelaki berusia 25 hingga 64 tahun ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

    “Semua tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Manakala bagi Operasi Samseng Jalanan, seramai enam lelaki berusia 17 hingga 39 tahun telah ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

    Menurutnya, JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

    “Orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03 2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 0320260267/69,”katanya.

     
     
  • Volkswagen Golf GTI Mk8 & R-Line bakal dilancarkan di M’sia – pendaftaran minat sudah dibuka, terus CKD

    Volkswagen Golf GTI Mk8 & R-Line bakal dilancarkan di M’sia – pendaftaran minat sudah dibuka, terus CKD

    Ingat lagi teaser berkenaan Golf GTI Mk8 disiarkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) setahun yang lalu di laman Instagram mereka? Nampaknya kali ini bukan cobaan, ini betul-betul – syarikat berkenaan telahpun mengesahkan bahawa Golf generasi terkini tersebut bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi!

    Dua varian telah disahkan akan dilancarkan pada pasaran tempatan iaitu R-Line dan GTI, dan kedua-duanya berkemungkinan besar akan terus dilancarkan dalam versi CKD, diproduksi di kilang biasa yang memasang Volkswagen di Malaysia terletak di Pekan, Pahang.

    Volkswagen Golf Mk8 telah pun diperkenalkan pada peringkat global kira-kira dua tahun lalu. Pelancarannya yang begitu lambat di Malaysia berkemungkinan kerana persediaan yang dibuat bagi proses pemasangan tempatan ini.

    Volkswagen Golf GTI Mk8 dengan pelekat “dipasang dan diperiksa oleh Hicom” yang dijumpai Putrajaya Oktober tahun lalu

    Golf generasi terkini ini dihasilkan menerusi platform MQB Evo Volkswagen. Varian hot-hatch GTI masih dijana oleh enjin petrol EA888 2.0 liter yang disuap pengecas turbo, menghasilkan 245 PS dan tork maksima 370 Nm, atau 15 PS dan 20 Nm lebih berkuasa dari enjin Mk7.5 GTI yang telah dilengkapi Performance Pack.

    Seperti biasa, pasaran Malaysia dijangka hanya menawarkan kotak gear klac berkembar automatik DSG tujuh-kelajuan untuk memacu roda hadapan, berbanding berberapa pasaran lain yang turut menawarkan transmisi manual enam-kelajuan. Padanan ini membolehkan GTI Mk8 memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 6.2 saat, dengan kelajuan maksima dihadkan kepada 250 km/j. Penggunaan bahan api keseluruhan pula dikadarkan pada 6.5 liter setiap 100 km.

    Golf GTI Mk.8 ini terus menggunakan suspensi Topang McPherson di hadapan dan multilink di belakang. Pengendaliannya turut dibantu sistem differential lock elektronik XDS serta talaan suspensi lebih sporty dengan ketinggian badan 15 mm lebih rendah berbanding Golf biasa. Model ini juga menerima sistem kawalan Vehicle Dynamics Manager yang menyelia operasi XDS serta set suspensi adaptif DCC.

    Volkswagen Golf GTI Mk8 & R-Line bakal dilancarkan di M’sia – pendaftaran minat sudah dibuka, terus CKD

    Bagi varian R-Line yang lebih mampu milik pula, ia mungkin akan dijana oleh enjin 1.5 liter turbo empat-silinder bagi menggantikan enjin 1.4L TSI yang ada pada Golf Mk7.5 sebelum ini. Pada pasaran global, enjin berkenaan ditawarkan dalam dua talaan, 130 PS/200 Nm dan 150 PS/250 Nm – pasaran Malaysia mungkin hanya menerima talaan kedua, bersama kotak gear DSG tujuh-kelajuan.

    Berdasarkan gambar-gambar yang disiarkan di laman sesawang rasmi VPCM berkenaan, Golf Mk8 R-Line dan GTI pasaran Malaysia ini bakal menerima paparan instrumen digital, serta skrin sesentuh untuk sistem infotaimen bersama sokongan Apple CarPlay dan Android Auto support. Model R-Line juga nampaknya diberikan lampu belakang LED IQ penuh yang begitu menarik.

    Berminat? Kalau mahu menjadi antara pemilik terawal, anda sepatutnya perlu bertindak sekarang kerana pendaftaran minat telahpun dibuka oleh VPCM pada PAUTAN INI.

    GALERI: Volkswagen Golf GTI Mk8

     
     
  • Perodua Myvi 2022 facelift terbaru dilihat di Malaysia — wajah baru, gril Ativa, bampar belakang terdedah!

    Perodua Myvi 2022 facelift terbaru dilihat di Malaysia — wajah baru, gril Ativa, bampar belakang terdedah!

    Perodua Myvi versi facelift terbaru dah mula terdedah! Situasi ini dilihat oleh pengguna Instagram @myvitesse ketika proses rakaman iklan komersial kereta ini, yang turut mendedahkan perubahan kosmetik yang diberikan dengan agak jelas.

    Wajah depan Myvi generasi ketiga ini nampaknya diberikan sentuhan rekaan baru yang agak ketara perbezaannya, mengambil banyak ilham daripada Aruz dan Ativa. Bahagian grilnya lebih besar dan dalam berbanding sebelum ini, dan tiada lagi bingkai krom yang digantikan dengan jalur krom tunggal di bawah lencana Perodua dan dilanjutkan ke lampu utama.

    Lampu utama itu pula walaupun nampak sama, tetapi tetap melibatkan sedikit kemaskini. Sudut paling dalam jika diperhatikan tidak lagi menembatkan lampu posisi halogen sebelum ini. Rekaan bampar juga nampak seperti diberikan rekaan yang lebih bersegi, menjadikan bentuk X lebih ketara kelihatan di bawah. Lip depan bagi model AV ini juga disepadukan ke dalam bampar ala skid plate warna perak.

    Perodua Myvi 2022 facelift terbaru dilihat di Malaysia — wajah baru, gril Ativa, bampar belakang terdedah!

    Perodua juga seperti telah menggugurkan lampu kabus bagi model spesifikasi tinggi, dan digantikan dengan DRL kecil. Bahagian lain kereta ini tidak melibatkan banyak perubahan. Corong udara hiasan di belakang mungkin antara hal yang dapat dikesan. Model AV menggunakan rim 15-inci yang sama seperti sebelum ini. Warna merah yang digunakan juga adalah warna baru Cranberry Red yang lebih pekat.

    Myvi ini dilaporkan bakal menggantikan kotak gear automatik 4AT kepada CVT, mungkin D-CVT yang sama digunakan pada Ativa. Untuk enjin, tiada perubahan dijangkakan — dengan unit 2NR-VE 1.5 liter Dual VVT-i empat silider dengan janaan 102 hp/136 Nm atau 1NR-VE 1.3 liter dengan janaan 94 hp/121 Nm.

    Myvi terbaru ini juga khabarnya akan menerima sistem Advanced Safety Assist (ASA) dari Ativa, menampilkan sistem AEB yang dinaik taraf yang boleh mengesan pengayuh basikal dan berfungsi dalam kelajuan sehingga 120 km/j. Bagaimanapun, ciri seperti bantuan mengekalkan lorong, lampu tinggi automatik atau kawalan melayar adaptif mungkin hanya akan disediakan secara eksklusif untuk Ativa. Jadi, apa pandangan anda tentang penampilan terbaru Myvi ini?

     
     
  • Toyota Corolla Cross Hybrid dibuka untuk tempahan

    Toyota Corolla Cross Hybrid dibuka untuk tempahan

    Selepas beberapa iklan teaser yang dimuat naik secara rasmi di laman Facebook rasmi Toyota Malaysia, kali ini semakin jelas tentang apa yang boleh dijangkakan daripada jenama ini dalam masa terdekat, untuk pasaran tempatan.

    Dalam perkembangan terbaru, syarikat ini mendedahkan dengan jelas model Corolla Cross Hybrid yang bakal diperkenalkan itu. Dan, lebih penting, ia kini telah dibuka untuk tempahan. Ini adalah sebahagian daripada kempen dan usaha Toyota membawakan teknologi Hybrid Electric Vehicle (HEV) yang lebih bersih dan maju untuk pasaran Malaysia.

    Ada beberapa maklumat lain juga yang boleh diteliti pada poster terbaru berkenaan. Antaranya ialah model berkenaan diberi jaminan lapan tahun tanpa had perbatuan bagi pacuan hibridnya, termasuk bateri hibrid dan inverter, serta unit kawalan pengurusan kuasa (ECU).

    Sistem pacuan hibrid ini datang dengan tiga mod pemanduan sebagai pilihan, termasuk Eco untuk kecekapan maksimum, Sport untuk lebih responsif dan EV untuk pacuan elektrik sepenuhnya. Bagi kelengkapan, antara yang sudah disahkan ialah paparan multi-info tujuh-inci untuk kluster instrumen. Ini lebih besar berbanding paparan 4.2-inci yang ada pada varian semasa 1.8G dan 1.8V.

    Corolla Cross Hybrid di pasaran lain dilengkapi enjin 2ZR-FXE 1.8 liter kitaran Atkinson empat-silinder petrol (98 PS dan 142 Nm) serta sebuah motor elektrik (72 PS dan 163 Nm) untuk memberikan output sistem keseluruhan 122 PS. Pacuan disalur ke roda depan melalui e-CVT, dengan motor elektriknya mendapat kuasa dari bateri nikel-metal hydride 6.5-Ah.

    Corolla Cross versi bukan hibrid dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu dan menampilkan enjin 2ZR-FE 1.8 liter NA empat-silinder petrol, menghasilkan sebanyak 139 PS dan 172 Nm dan diganding bersama CVT.

    Corolla Cross Hybrid pula sebelum ini sudah mula dijual di Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Maka, sepatutnya tidak terlalu lama lagi Malaysia pula akan menerima model ini. Model hibrid ini bakal menjadi antara model hibrid yang dipasang di sini (CKD) seperti yang dirancang UMWT, dengan Corolla dan Camry menjadi calon hibrid seterusnya untuk pemasangan tempatan kelak.

     
     
  • EV mampu milik di Malaysia – berapa murah harga kereta elektrik apabila tidak dikenakan cukai?

    EV mampu milik di Malaysia – berapa murah harga kereta elektrik apabila tidak dikenakan cukai?

    Antara perkara menarik yang diumumkan dalam Bajet 2022 hari ini adalah cadangan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais, cukai jualan dan juga cukai jalan bagi kenderaan EV. Dengan ini, mungkin ramai yang terdetik, mungkinkah ini masanya untuk membeli kenderaan elektrik?

    Tanpa semua cukai ini, tentunya harga EV akan menjadi lebih murah berbanding sebelum ini, tetapi sebenarnya berapa murah? Jadi, mari kita lihat contoh yang sedia ada di Malaysia. Buat masa ini, di kalangan pengeluar yang menjual EV, hanya BMW dan MINI sahaja yang memaparkan kepada umum harga jualan “bebas cukai” EV di Langkawi.

    Mengambil contoh model iX3, harga jualan di Langkawi adalah 15% lebih rendah berbanding di Semenanjung Malaysia, manakala iX pula lebih rendah 25% dan MINI SE lebih murah 20%. Jumlahnya adalah berbeza bagi setiap model, jadi kami akan mengambil purata iaitu sekitar 20% pengurangan.

    Sekarang, kita gunakan pengurangan 20% sebagai anggaran harga untuk model EV lain apabila dijual tanpa cukai nanti. Nissan Leaf contohnya, dari RM181,263 sekarang akan menjadi RM145k, BMW iX3 dari RM317,360 menjadi RM270,360, BMW iX dari RM419,630 menjadi RM313,630 dan MINI SE dari RM213,460 menjadi RM168,790.

    Melihat pula kepada Hyundai Kona Electric, yang diketahui bakal dilancarkan tidak lama lagi, harga model terpakai adalah sekitar RM180k, membawa kepada kemungkinan model baru nanti akan diletakkan pada harga lebih RM200k. Jika diberikan pengurangan 20%, harganya boleh menjadi RM160k.

    Tesla tidak dijual secara rasmi di Malaysia tetapi Vision Motor Sports boleh membawanya masuk dan mempunyai senarai harga jualan. Dengan mengambil kira pengurangan 20% ini boleh digunakan oleh pengimport seperti mereka, harga Model 3 dari RM339k, boleh menjadi RM271k, Model S dari RM749k menjadi RM599k dan Model X dari RM899k menjadi RM719k.

    EV mampu milik di Malaysia – berapa murah harga kereta elektrik apabila tidak dikenakan cukai?

    Satu lagi model EV yang menarik perhatian ramai dengan penampilan comelnya, iaitu Honda e juga ada dijual di Malaysia oleh Weststar, pada harga RM210k, dan sekiranya ia juga diberikan pengecualian cukai dengan anggaran kasar 20% tadi, harganya boleh turun menjadi RM168k.

    Adakah ini cukup mengujakan bagi anda? Memanglah, harga EV boleh menjadi lebih murah dengan pengecualian cukai ini, tetapi kalau diikutkan, ia bukanlah betul-betul murah. Ini disebabkan model EV secara amnya di seluruh dunia memang lebih mahal berbanding model enjin pembakaran dalaman biasa.

    Apapun, dengan rancangan kerajaan untuk meluaskan penggunaan EV ini, pastinya lebih banyak syarikat pengeluar yang akan membawa kenderaan elektrik mereka untuk jualan di negara kita. Mungkinkah anda juga antara bakal pemiliknya?