Follow us:
Search in Bahasa Malaysia:

GWM Wey G9 Hi4 PHEV - MPV mewah tapi harga menarik



Artikel Terkini

  • Vios Challenge Toyota GR Racing Festival musim ke-4; pusingan ke-2 diadakan di Sepang pada 23-24 Okt ini

    Vios Challenge Toyota GR Racing Festival musim ke-4; pusingan ke-2 diadakan di Sepang pada 23-24 Okt ini

    Selepas Lembah Klang beralih ke Fasa-4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), bukan sahaja sektor perniagaan kini sudah hidup semula, peminat sukan permotoran juga kini semakin ceria kerana aktiviti perlumbaan kini sudah boleh kembali diadakan.

    Begitu juga dengan musim keempat perlumbaan ‘one make’ Vios Challenge Toyota Gazoo Racing (TGR) Racing Festival – selepas kejohanan ini ditangguhkan selama tujuh bulan, akhirnya siri tersebut kini diadakan semula bermula pusingan kedua yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini iaitu bermula 23 hingga 24 Oktober 2021.

    Namun, sama seperti perlumbaan pusingan pertama yang dijalankan pada Mac lalu, perlumbaan kali ini juga perlu diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19 yang ketat, serta berlangsung tanpa kehadiran penonton. Tapi jangan risau, kesemua perlumbaan tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi laman sesawang rasmi Toyota Malaysia serta di laman Facebook Toyota Malaysia serta Toyota Gazoo Racing Malaysia.

    Vios Challenge Toyota GR Racing Festival musim ke-4; pusingan ke-2 diadakan di Sepang pada 23-24 Okt ini

    Bagi kategori Super Sporting iaitu kelas yang disertai oleh pelumba-pelumba professional negara, duta Toyota Gazoo Racing Malaysia, Tengku Djan Ley bakal mempertahankan kedudukannya bagi terus berada ditempat pertama carta pungutan mata musim ini. Pada pusingan pertama tempoh hari, Tengku Djan dilihat mendominasi ketegori berkenaan dengan memenangi kedua-dua perlumbaan.

    Namun dengan diberikan ‘berat balast’ 40 kg selepas menang dua perlumbaan terdahulu, Tengku Djan mungkin berhadapan kesukaran untuk terus menang, dan bakal dicabar oleh pelumba-pelumba professional lain seperti Mark Darwin dan Freddie Ang (masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga pada musim lalu) serta muka-muka veteran dalam dunia perlumbaan tempatan termasuk Boy Wong, William Ho, Kenny Lee, Keifli Othman dan Syafiq Ali. Juara kategori Sporting musim lalu, Brendan Paul Anthony juga dijangka bakal memberikan saingan yang sengit dalam kategori tertinggi tersebut.

    Bagi kelas pelumba amatur iaitu Sporting, saingan sengit dijangka bakal disajikan oleh Adam Khalid dan juga seorang lagi ‘otai’ sukan permotoran tempatan iaitu Haji Sutan Mustafa Salihin. Pada perlumbaan pusingan pertama, Adam dan Haji Sutan Mustafa masing-masing telah memperolehi kemenangan pertama untuk musim ini. Seramai 19 pelumba yag kompetitif bakal bersaing dalam kategori Sporting bagi merebut gelaran juara musim ini.

    Vios Challenge Toyota GR Racing Festival musim ke-4; pusingan ke-2 diadakan di Sepang pada 23-24 Okt ini

    Vios Challenge TGR Racing Festival tahun ini turut menampilkan perlumbaan kelas Rookie – disertai oleh lima orang pelumba muda yang dicungkil menerusi Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing, di mana sebelum ini mereka berlumba sama ada dalam siri Go-Kart dan juga perlumbaan simulator.

    Dalam kategori Rookie ini, Naquib Azlan yang bermula sebagai pelumba simulator kini mendahului kejuaraan dengan memenangi kedua-dua perlumbaan pada pusingan pertama. Dia kini dicabar rapat oleh dua pelumba lain iaitu Amer Harris dan Mika Hakimi – kedua-duanya berumur 17 tahun – dan diikuti oleh Jwan Hii yang berumur 18-tahun serta Putera Adam yang baru berumur 14-tahun.

    Vios Challenge Toyota GR Racing Festival musim ke-4; pusingan ke-2 diadakan di Sepang pada 23-24 Okt ini

    Bagi kategori Promotional, pelakon Zizan Razak dilihat mendominasi kelas berkenaan dengan turut memenangi kedua-dua perlumbaan pada pusingan pertama sebelum ini – walaupun baru pertama kali menyertai siri perlumbaan tersebut. Kategori ini turut menyaksikan penyertaan dari selebriti-selebriti tempatan yang lain seperti Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Wany Hasrita, Nabila Razali, Khai Bahar, Talitha Tan dan Ahirene Ahirudin.

    “Kami sangat bersyukur kerana musim ini dapat diteruskan, dan saya pasti bahawa semua pelumba kini bersemangat untuk kembali beraksi. Saya lihat rehat panjang akan menjejaskan prestasi mereka, sebaliknya seperti pusingan pertama, pertandingan akan lebih sengit sehingga ke garisan penamat,” kata ketua pegawai sukan permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama.

     
     
  • Pengecualian SST kenderaan mungkin dilanjut ke 2022

    Pengecualian SST kenderaan mungkin dilanjut ke 2022

    Pengecualian cukai jualan (SST), sebanyak 100% bagi kenderaan CKD dan 50% bagi kenderaan CBU yang sepatutnya berakhir Disember ini dijangka dilanjutkan lagi ke tahun hadapan. Perkara ini dilaporkan oleh Berita Harian, sambil memetik kenyataan daripada Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan dan Ketua Penyelidik Pasaran RHB Investment Bank Bhd, Dr Sailesh K Jha.

    “Bajet 2022 dijangka melanjutkan pengecualian cukai jualan kenderaan memandangkan jualan mengecewakan pada tahun ini walaupun terdapat pengecualian cukai terbabit berikutan beberapa sekatan pergerakan serta penutupan bilik pameran dan kilang pengeluaran,” kata Sailesh.

    Sementara itu, Ketua Penyelidik TA Securities Holdings Bhd, Kaladher Govindan dalam laporan itu pula berkata bahawa pengecualian cukai ini mungkin mendapat lanjutan selama enam bulan lagi dalam Bajet 2022 sekaligus juga dapat mempromosi pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) dan memberi manfaat terus kepada pengguna.

    Pengecualian SST bagi kenderaan ini pertama kali diumumkan pada Jun 2020 akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk sehingga Disember 2020, namun ia telah dilanjutkan sehingga Jun 2021. Akibat daripada keadaan yang masih lagi tidak baik dan demi memberi rangsangan kepada industri, ia sekali lagi dilanjutkan dan sepatutnya tamat pada hujung tahun ini.

    Pada bulan Julai 2021, Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad juga telah mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan menyambung lagi tempoh pengecualian cukai ini demi menimbal balik keadaan teruk industri yang memaksa ilang dan premis jualan ditutup hampir dua bulan.

     
     
  • Perodua Bezza dilakar dengan gaya Subaru WRX 2022

    Perodua Bezza dilakar dengan gaya Subaru WRX 2022

    Ketika model generasi baharu Subaru WRX 2022 didedahkan bulan lalu, ramai yang cakap rupa sedan prestasi berkenaan seolah-olah macam Perodua Bezza. Bertindak atas respon-respon berkenaan, pakar manipulatif automotif kita, Theophilus Chin tidak berdiam diri – nah, ini dia lakaran digital yang dibuat untuk membayangkan macam mana kalau perincian dari WRX berkenaan benar-benar dikenakan pada Bezza!

    Pertama sekali, Theo mengambil perincian seperti pelindung sekeliling badan dan juga rim dari kembar hatchback Bezza iaitu Axia, atau secara spesifiknya model psedo-SUV Axia Style untuk dipadankan pada sedan tersebut. Ini kerana WRX generasi baharu ini juga direka seakan psedo-SUV yang menampilkan pelindung sekeliling badan plastik yang tidak di cat.

    Kemudian segala perincian muka WRX berkenaan dipindahkan kepada Bezza termasuk skup bonet, gril dan juga bampar hadapan. Lampu belakang Bezza dan WRX 2022 tersebut nampak lebih kurang bukan? Jadi Theo hanya menutup bahagian atas lampu tersebut dengan kemasan warna badan dan merubah grafik lampu berkenaan agar seiras dengan lampu WRX.

    Perodua Bezza dilakar dengan gaya Subaru WRX 2022

    Perincian lain seperti spoiler but dan juga diffuser belakang WRX yang besar agresif bersama empat tip ekzos turut disesuaikan pada bampar belakang Bezza berkenaan. Nah, sekarang anda boleh bayangkan Bezza dengan perincian Subaru WRX dengan mudah!

    Subaru WRX 2022 dihasilkan menggunakan asas baharu Subaru Global Platform, serta menampilkan banyak tingkat taraf yang begitu signifikant dari model sebelumnya. Ia termasuk enjin boxer turbo baharu yang kini berkapasiti 2.4 liter, pemadanan sistem suspensi adaptif dan pelbagai lagi.

    Namun rupa model produksi yang dijelmakan dari model konsep Viziv Performance berkenaan kelihatan agak janggal dan menimbulkan perdebatan tidak kira dari kalangan komuniti peminat kereta mahupun pengikut-pengikut tegar Subaru sendiri.


     
     
  • Toyota Corolla Cross Hybrid 2021 untuk M’sia dalam teaser sebelum pelancaran — daftar minat kini dibuka

    Toyota Corolla Cross Hybrid 2021 untuk M’sia dalam teaser sebelum pelancaran — daftar minat kini dibuka

    Kini bukan lagi rahsia bahawa UMW Toyota Motor (UMWT) merancang untuk melancarkan Corolla Cross Hybrid untuk pasaran tempatan. Tetapi, mereka juga masih dalam kadar perlahan menunjukkan sedikit demi sedikit model akan datang itu, yang nampaknya sudah semakin hampir untuk diperkenalkan.

    Teaser terkini yang ditunjukkan hari ini menunjukkan lampu utama Corolla Cross Hybrid dengan sangat jelas, yang menampilkan kemasan warna biru di bawah klusternya — petunjuk jelas bahawa ini merupakan model hibrid. Lebih daripada itu, belum ada tarikh pelancaran yang disahkan, walaupun mereka yang berminat kini boleh mendaftarkan minat untuk menerima makluman kemaskini nanti.

    Sebagai makluman, Corolla Cross Hybrid dilengkapi enjin 2ZR-FXE 1.8 liter kitaran Atkinson empat-silinder petrol (98 PS dan 142 Nm) serta sebuah motor elektrik (72 PS dan 163 Nm) untuk memberikan output sistem keseluruhan 122 PS. Pacuan disalur ke roda depan melalui e-CVT, dengan motor elektriknya mendapat kuasa dari bateri nikel-metal hydride 6.5-Ah.

    Corolla Cross versi bukan hibrid dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu dan menampilkan enjin 2ZR-FE 1.8 liter NA empat-silinder petrol, menghasilkan sebanyak 139 PS dan 172 Nm dan diganding bersama CVT.

    Corolla Cross Hybrid pula sebelum ini sudah mula dijual di Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Maka, sepatutnya tidak terlalu lama lagi Malaysia pula akan menerima model ini. Model hibrid ini bakal menjadi antara model hibrid yang dipasang di sini (CKD) seperti yang dirancang UMWT, dengan Corolla dan Camry menjadi calon hibrid seterusnya untuk pemasangan tempatan kelak.

    Kita perlu menunggu hingga tiba hari pelancarannya untuk tahu berapa harga yang akan dikenakan untuk model ini. Sebagai latar, model CBU bagi Corolla Cross bukan hibrid dijual bermula RM124,000 bagi varian asas 1.8G, hingga RM129,266 bagi varian tertinggi 1.8V. Ini harga termasuk pengecualuan 50% SST hingga hujung tahun.

    Pengenalan Corolla Cross Hyrbid sebagai model CKD kelak akan memberi kesan juga kepada model bukan hibridnya untuk dipasang di sini juga. Ini akan menjadikan harganya lebih murah. Memang ada dinyatakan sebelum ini bahawa Corolla Cross CKD akan muncul dan dipasang di kilang UMWT Bukit Raja. Sama-sama kita nantikan.

     
     
  • Honda City Hatchback bakal dilancarkan di Malaysia tak lama lagi – teaser rasmi disiar, ganti Honda Jazz

    Honda City Hatchback bakal dilancarkan di Malaysia tak lama lagi – teaser rasmi disiar, ganti Honda Jazz

    Ini satu kejutan untuk hari ini – Honda Malaysia telah menyiarkan imej teaser bagi pengganti Honda Jazz GK, iaitu Honda City Hatchback, secara tidak langsung mengesahkan bahawa model ini bakal dilancarkan pada pasaran tempatan tidak lama lagi.

    Teaser kali ini bukan hanya gambar, malah Honda Malaysia turut menyertakan satu video pendek menayangkan dengan jelas rupa City Hatchback berkenaan tanpa sebarang pelindung, disertakan dengan kapsyen “Move aside. Because This. Is. It” (Ke tepi. Kerana inilah dia).

    Honda City Hatchback menampilkan rupa yang hampir sama dengan versi sedannya, kecuali perubahan yang dibuat pada bahagian belakangnya – tanpa but dan kelihatan lebih sporty. Ia sudahpun dilancarkan di Thailand pada November 2020 dan juga di Indonesia pada Mac lalu.

    Pada kedua-dua pasaran berkenaan, City Hatchback masih mengekalkan unit rangkaian kuasa yang sama seperti versi sedan City generasi kelima, serta turut menggantikan terus tempat Honda Jazz yang kini tidak lagi dijual.

    Teaser yang didedahkan oleh Honda Malaysia hari ini menunjukkan City Hatchback berkenaan akan hadir dalam varian RS, dikenali menerusi kemasan hitam berkilat pada penutup cermin sisi, rim aloi 16-inci serta emblem RS di belakang. Emblem e:HEV di bawahnya turut membayangkan bahawa model paling sporty pasaran Malaysia ini menampilkan unit rangkaian kuasa hibrid i-MMD yang sama seperti versi RS sedan.

    Kami menjangkakan bagi varian lebih rendah, Honda City Hatchback pasaran Malaysia ini turut menampilkan unit penjana yang sama seperti kembar sedannya, iaitu enjin NA 1.5 liter DOHC i-VTEC berkuasa 121 PS/145 Nm, digandingkan bersama kotak gear CVT automatik.

    Bagi pasaran Thailand, City sedan dan hatchback dipadankan dengan enjin 1.0 liter tiga-silinder VTEC Turbo berkuasa 121 PS/145 Nm bagi membolehkan ia diklasifikasikan sebagai kereta Eco Thai bagi mendapatkan potongan cukai lebih baik. Varian RS untuk pasaran tersebut turut ditawarkan dalam versi turbo dan juga hybrid e:HEV.

    Manakala di Indonesia, City Hatchback hanya ditawarkan dalam varian RS, dan hadir hanya dengan enjin 1.5 liter NA DOHC i-VTEC. Namun apa yang menarik, selain dari pilihan kotak gear CVT automatik, Honda Prospect Motor turut menawarkan City Hatchback dengan kotak gear manual enam-kelajuan bagi pasaran republik berkenaan.

    GALERI: Honda City Hatchback RS pasaran Indonesia

     
     
  • Tata Punch dilancarkan di India – RM31k-RM51k, SUV sub-4 meter, 1.2L 3-silinder NA jana 86 PS/113 Nm

    Tata Punch dilancarkan di India – RM31k-RM51k, SUV sub-4 meter, 1.2L 3-silinder NA jana 86 PS/113 Nm

    Jenama automotif dari India, Tata Motors secara rasminya telah melancarkan SUV kompak baharu yang digelar Tata Punch pada pasaran negara tersebut. Model berkenaan bakal memberi cabaran dalam segmen SUV sub-empat meter yang kini sedang meriah di sana, dengan saingan seperti Maruti Suzuki Ignis, Mahindra KUV100, Nissan Magnite dan Renault Kiger.

    Tata Punch ditawarkan dalam empat varian kemasan iaitu Pure, Adventure, Accomplished, dan Creative, dengan harga bermula INR5.49 lakh (RM31k) bagi model asas Pure MT sehingga INR9.09 lakh (RM51k) bagi model tertinggi Creative AMT. Walau bagaimanapun, harga yang dinyatakan ini adalah harga pengenalan istimewa yang hanya ditawarkan sehingga 31 Disember ini.

    SUV ini dihasilkan dari platform Agile Light Flexible Advanced (ALFA) binaan Tata sendiri, sama seperti hatchback Tata Altroz. Dari segi saiz, Punch diukur dengan dimensi 3,827 mm panjang, 1,742 mm lebar, 1,615 mm tinggi, jarak roda 2,445 mm bersama jarak kelegaan tanah setinggi 187 mm.

    Bagi memudahkan anda membayangkannya, Tata Punch adalah 238 mm lebih pendek, 32 mm lebih lebar, 20 mm lebih rendah serta jarak roda 80 mm lebih dekat berbanding Perodua Ativa. Kecil bukan? Namun menurut Tata, Punch menampilkan saiz yang paling besar berbanding lawan sekelasnya yang lain di pasaran negara berkenaan.

    Tata Punch dilancarkan di India – RM31k-RM51k, SUV sub-4 meter, 1.2L 3-silinder NA jana 86 PS/113 Nm

    Punch menampilkan elemen penggayaan yang sama seperti model-model SUV baharu Tata yang lebih besar seperti Safari dan Harrier (Tata Harrier ya, tiada kaitan dengan Toyota Harrier), terutamanya pada rekaan lampu hadapan.

    Ia menampilkan lampu projektor utama yang diletakkan pada bampar hadapan, bersama lampu nyalaan siang LED tirus di atas yang bersambung dengan gril utama. Manakala lampu kabus bulat (dengan fungsi lampu membelok) diletakkan pada bahagian bawah apron, selari dengan gril bampar dengan elemen anak panah tiga mata.

    Selain dari kesemua fender yang direka seakan berotot, Tata Punch juga diberikan pelindung badan plastik tanpa warna pada kesemua ruang roda dan bahagian bawah pintu yang kelihatan bersambung dengan bampar hadapan dan belakang bagi memberikan imej sebuah SUV lasak.

    Tata Punch dilancarkan di India – RM31k-RM51k, SUV sub-4 meter, 1.2L 3-silinder NA jana 86 PS/113 Nm

    Model ini turut menerima rekaan pintu dengan sudut bukaan 90 darjah, serta diberikan warna badan dua tona menerusi bumbung dalam kemasan hitam, pembuka pintu belakang yang diletak tinggi bagi memberikan imej seakan model dua-pintu dan juga dilengkapi rel bumbung.

    Rupa bahagian belakang SUV ini pula seakan mendapat inspirasi dan Tata Nexon, namun menerima rekaan lampu LED belakang lebih unik dengan grafik anak panah tiga mata. Elemen anak panah yang sama turut diberikan pada kemasan sisi bampar, yang turut menempatkan reflektor yang diposisikan secara menegak.

    Dalam kabin, Punch menampilkan rekaan papan pemuka yang ringkas, bersama elemen-elemen berkotak dan kemasan sekeliling liang pendingin hawa berwarna, serta skrin sesentuh sistem infotaimen berdiri sendiri diletakkan di tengah. Skrin berkenaan hadir dengan saiz antara 3.5- hingga 7-inci, bergantung pada varian kemasan.

    Skrin dengan saiz paling besar dibekalkan secara standard pada model Accomplished dan Creative, dan ia sebenarnya dibangunkan oleh Harman serta diberikan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay. Skrin 3.5-inci pada varian Adventure pula hanya menampilkan fungsi-fungsi asas, manakala varian Pure tidak didatangkan dengan sebarang sistem hiburan.

    Bagi paparan instrumen, Punch diberikan meter kelajuan analog pada sebelah kanan bersama skrin digital dalam saiz 4- atau 7-inci pada sebelah kiri yang memberikan pelbagai info lain termasuk takometer. Model tertinggi Creative menerima sistem pendingin hawa automatik, manakala model lain hanya diberikan sistem manual.

    Kelengkapan lain yang turut ditampilkan pada Tata Punch ini termasuk rim bersaiz 15- atau 16-inci, upholsteri fabrik, tempat duduk manual, suis penghidup enjin, lampu hadapan automatik, pengelap cermin automatik, dua beg udara, kamera undur, cruise control, glove box dengan fungsi penyejuk, serta sistem brek ABS dan EBD. Kapasiti ruang but pula dicatatkan pada 366 liter.

    Tata Punch dilancarkan di India – RM31k-RM51k, SUV sub-4 meter, 1.2L 3-silinder NA jana 86 PS/113 Nm

    Tata turut menawarkan tiga pakej opsyen iaitu Rhythm, Dazzle dan iRA. Pakej-pakej ini membolehkan pelanggan mendapatkan berberapa perincian dari model varian tinggi untuk model varian rendah. Contohnya pelanggan model Adventure yang memilih pakej Rhythm akan menerima sistem infotaimen Harman dari model varian Accomplished. Pakej iRA pula akan memberikan tambahan fungsi servis terhubung kepada sistem berkenaan, namun pakej ini hanya ditawarkan pada model varian Creative.

    Kesemua varian Tata Punch dijana oleh enjin petrol Revotron 1.2 liter tiga silinder NA berkuasa 86 PS (84 hp) pada takat 6,000 rpm dan tork maksima 113 Nm pada takat 3,300 rpm. Enjin tersebut digandingkan sama ada dengan kotak gear manual lima-kelajuan atau transmisi manual automatik (AMT), bersama dua mod pemanduan iaitu Eco dan City.

    Tata turut menyatakan Punch hadir dengan kebolehan off-road yang agak baik bagi disesuaikan dengan keadaan jalan di negara berkenaan, menampilkan sudut approach 20.3 darjah, sudut berlepas 37.6 darjah, sudut rampover 22.2 darjah serta boleh meredah air dengan kedalaman 370 mm.

     
     
  • Land Rover Defender L663 2021 dilancarkan di M’sia – 110 3.0L MHEV dan 2.0L; dari RM799k-RM1 juta

    Land Rover Defender L663 2021 dilancarkan di M’sia –  110 3.0L MHEV dan 2.0L; dari RM799k-RM1 juta

    Setelah hampir dua bulan perkhabarannya yang bakal tiba di pasaran Malaysia, akhirnya Land Rover Defender L663 2021 generasi baharu telah pun dilancarkan secara rasminya pagi ini. Untuk pasaran Malaysia, buat setakat ini,ia menerima model Defender 110 iaitu versi lima-pintu dan jarak roda panjang. Dan model yang diperkenalkan ialah dengan konfigurasi lima-tempat duduk dan tujuh-tempat duduk.

    Untuk Defender 110 pasaran Malaysia, ia diberikan dua varian enjin iaitu 2.0L Ingenium empat-silinder dan 3.0L MHEV (Mild Hybrid Electric Vehicle) enam-silinder. Untuk enjin 2.0L, ia mampu memberikan kuasa sehingga 300 PS pada 5,500 rpm dan tork 400 Nm pada 1,500 hingga 4,500 rpm. Ia mampu dipecut dari 0-100 km/j dalam 8.1 saat.

    Manakala enjin 3.0L MHEV pula, ia menampilkan twin-scroll turbocharge dan supercharge 48-volt yang berkemampuan menghamburkan kuasa yang lebih padu sehingga 400 PS dan tork 500 Nm. dari 2,000 hingga 5,000 rpm. Sekali gus membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam 6.1 saat. Kedua-dua varian dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan dengan transfer-case dua-kelajuan yang menyalurkan pacuan ke semua roda. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh kedua-dua model juga sama iaitu 191 km/j.

    Menurut Land Rover, model generasi baharu ini diberikan kerangka baharu dan rekabentuk badan DX7 yang dibina berasaskan struktur monokok aluminium ringan dan direka untuk bertahan dengan prosedur Extreme Event Test Land Rover yang dilakukan berulang kali, jauh melangkaui piawaian normal untuk SUV dan kereta penumpang.

    Land Rover Defender L663 2021 dilancarkan di M’sia –  110 3.0L MHEV dan 2.0L; dari RM799k-RM1 juta

    Di mana reka bentuk badan Defender yang kukuh membolehkannya menunda dan membawa bebanan berat dengan rak bumbung dan sistem bar tunda dengan kapasiti tundaan seberat 3,500 kg. Malahan badannya yang ultra tegap berupaya menempuh cabaran merentasi daratan dengan bebanan maksimum bumbung statik seberat 300 kg.

    Untuk generasi baharu ini, ia juga diberikan jarak kelegaan tanah (ground clearance) sehingga 291 mm. Ia turut memiliki jarak roda berukuran 3,022 mm (90 mm lebih panjang daripada Discovery), selain ituDefender 110 juga memiliki sudut breakover 28 darjah, sekaligus memberikan geometri off-road yang lebih unggul. Defender 110 ini juga memiliki keupayaan meranduk air sedalam 900 mm, diperkuatkan dengan program Wade baharu yang terdapat dalam sistem Terrain Response yang menampilkan enam mod pemanduan iaitu Normal, Mud dan Ruts, Grass/Gravel/Snow, Sand dan Rock Crawl.

    Defender 110 ini juga dipadankan dengan suspensi udara elektronik yang turut mempunyai ciri Adaptive Dynamic bagi pemanduan yang lebih dinamik. Selain itu, sistem peredam adaptif yang turut ditampilkan bertindak memantau pergerakan badan Defender sehingga 500 kali per saat dan bertindak balas hampir serta merta untuk kawalan dan keselesaan yang optimum.

    Land Rover Defender L663 2021 dilancarkan di M’sia –  110 3.0L MHEV dan 2.0L; dari RM799k-RM1 juta

    Bahagian luaran Defender 110 diberikan lampu utama Matrix LED automatik dengan lampu nyalaan siang signitur, bilah pengelap cermin automatik, lampu kabus hadapan, bumbung yang sama dengan warna badan, bumbung. panoramik gelangsar, lampu bumbung alpine, roda Style 5098 lima-jejari kemasan Gloss Sparkle Silver 20-inci dan cermin sisi larasan kuasa boleh lipat dengan auto-kelam bagi sisi pemandu. Untuk bahagian belakang pula, ia diberikan lampu LED, lampu kabus belakang, dan side-hinged tailgate.

    Untuk bahagian kabinnya, varian ini menerima papan pemuka dengan palang ‘cross-car’ dalam kemasan powder coat kelabu, kabin walk-through dan juga cermin pandang belakang ClearSight. Selain itu, ia juga diberikan tempat duduk hadapan larasan kuasa 14-hala, tempat duduk kulit Ebony Windsor dengan dalaman Ebony, roda stereng dan tuil gear balutan kulit.

    Selain. Ebony, pelanggan juga diberikan dua lagi pilihan warna dalaman iaitu Khaki/Ebony dan Acorn/lunar yang kedua-duanya adalah tempahan khas.

    Land Rover Defender L663 2021 dilancarkan di M’sia –  110 3.0L MHEV dan 2.0L; dari RM799k-RM1 juta

    Selain itu, ia turut diberikan kawalan suhu dua-zon, pencahayaan kabin, konsol tengah dengan perehat tangan, sistem infotainmen Pivi Pro dengan skrin 10-inci, pek Smartphone, sistem navigasi Connected Navigation Pro, sistem bunyi 400-watt Meridian bersama 10-pembesar suara dan subwoofer, dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, serta menampilkan paparan head-up.

    Bagi aspek keselamatan dan sistem bantuan pemandu, ia hadir dengan kawalan cengkaman elektronik (ETC), Kawalan kestabilan olengan (RSC), kawalan menurun bukit (HDC), brek parkir elektronik, ABS dengan EBD, bantuan titik buta,cruise control bersama pengehad kelajuan, enam-beg udara, bantuan kekal lorong, brek kecemasan automatik, pengenal papan tanda trafik dan juga pengehad kelajuan adaptif.

    Defender 110 diberikan lima pilihan warna badan iaitu Fuji White, Santorini Black, Pangea Green, Silicon Silver dan Gondwana Stone. Defender 110 2.0L ditawarkan pada harga bermula RM798,800, manakala 110 3.0L pula berharga dari RM998,800. Setiap pembelian varian Defender 110 hadir dengan waranti lima-tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu), servis percuma selama lima-tahun/65,000 km dan Bantuan Tepi Jalan tiga-tahun.

    Untuk pengetahuan, dalam pembentangan BAJET 2022, kerajaan telah mengumumkan lanjutan 100% pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan 50% ke atas CBU termasuk MPV dan SUV selama enam bulan sehingga 30 Jun 2022. Ini adalah bagi mengurangkan kos pemilikan kenderaan. Jadi, pembelian Defender juga layak untuk menerima potongan cukai jualan sebanyak 50%.

     
     
  • Kerajaan akan mempergiat pembangunan teknologi EV di M’sia melalui program NESTI yang bakal dilancarkan

    Kerajaan akan mempergiat pembangunan teknologi  EV di M’sia melalui program NESTI yang bakal dilancarkan

    Kerajaan sedang berusaha mempergiatkan pembangunan, kesahihan serta komersialisasi pembangunan teknologi kenderaan elektrik di Malaysia melalui program NanoMalaysia Energy Storage Technology Initiative (NESTI).

    “Program ini menekankan pembangunan dan komersialisasi sistem penyimpanan tenaga untuk penggunaan mobiliti elektrik termasuk bateri, ultracapasitor, penyimpanan hidrogen dan reaktor, sistem pengurusan tenaga dan kitar semula bateri,” ujar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, lapor Bernama.

    Beliau menambah, program NESTI yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dilancarkan tidak lama lagi dan akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan penciptaan peluang pekerjaan di negara ini. Beliau juga menyatakan yang kementeriannya MOSTI akan menggunakan pendekatan menyeluruh — aktiviti bersama yang dijalankan oleh pelbagai pihak — untuk menggalakkan lagi peningkatan terhadap teknologi EV dan memposisikan Malaysia sebagai pengeksport utama komponen EV di rantau ASEAN.

    Selain NESTI, MOSTI juga mendedahkan bahawa program Enabling Mobility Electrification for Green Economy (EMERGE) oleh NanoMalaysia telah menerima dana daripada Dana Kajian Strategik di bawah Malaysia Grand Challenge. Satu daripada usaha di bawah EMERGE ialah Rapid Electric Vehicles Innovation Validation Ecosystem (REVIVE), yang diwujudkan untuk memberi tumpuan terhadap “peralihan enjin biasa kepada enjin elektrik”.

    Kerajaan akan mempergiat pembangunan teknologi  EV di M’sia melalui program NESTI yang bakal dilancarkan

    “MOSTI yakin penerimaan umum terhadap kenderaan EV akan meningkat dalam jangka waktu singkat memandangkan kenderaan EV sangat cekap tenaga dan hanya memerlukan prasarana pengecasan melibatkan sistem penukaran bateri. Teknologi EV juga berpotensi untuk pengangkutan awam dan perkhidmatan penghantaran menjelang 2030,” ujar Adham.

    Program EMERGE juga mensasarkan untuk memajukan lagi pembangunan teknologi EV melalui program Nano Technology Commercialisation untuk memperbaiki sistem penyimpanan dan pengurusan tenaga, Internet of NanoThings (IoNT), penyediaan stesen pengecasan luar kawasan utama serta membangunkan prototaip EV.

    Matlamat untuk memperkasa industri EV Malaysia adalah berdasarkan kerangka 10-10 Malaysian Science, Technology, Innovation and Economy (MySTIE), sebuah usaha yang menyokong Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Kebangsaan (DSTIN) 2021-2030. Ini juga kira tumpuan yang digariskan di dalam Dasar Automotif Kebangsaan 2020, Dasar Pengangkutan Kebangsaan 2019-2030 dan juga Cetak Biru Mobiliti Karbon Rendah 2021-2030.

     
     
  • SPYSHOT: Ford Ranger 2022 dalam varian XLT, FX4 dan Wildtrak dikesan diuji bersama di Thailand

    SPYSHOT: Ford Ranger 2022 dalam varian XLT, FX4 dan Wildtrak dikesan diuji bersama di Thailand

    Ford sebelum ini telah pun mengumumkan secara rasmi bahawa trak pikap Ranger generasi baharu bakal didedahkan pada penghujung tahun ini, bagi menggantik Ranger T6 yang kini sudahpun berada 10-tahun dalam pasaran. Dan nampaknya, Ranger 2022 tersebut kini sedang rancak membuat ujian jalan raya di Thailand.

    Imej tiga unit Ranger 2022 yang anda lihat ini disiarkan oleh Ranger6g.com – ketiga-tiganya nampak sama bukan? Namun menurut laman berkenaan, tiga unit Ranger tersebut adalah dari varian berbeza iaitu XLT (paling kiri), FX4 (tengah) dan Wildtrak (paling kanan).

    Jika anda perhatikan lebih teliti, unit yang didakwa adalah model Ranger Wildtrak berkenaan menerima lampu projektor dalam susunan dua tingkat, bersama gril dengan elemen sarang lebah. Manakala unit yang dikenalpasti sebagai Ranger FX4 pula menerima lampu hadapan dan gril berbeza, perumah lampu kabus dengan kemasan sekeliling berwarna perak, serta dipadankan dengan rim enam jejari.

    SPYSHOT: Ford Ranger 2022 dalam varian XLT, FX4 dan Wildtrak dikesan diuji bersama di Thailand

    Unit paling kiri yang didakwa sebagai model XLT menampilkan rim dua-tona yang sama seperti imej yang didedahkan pada teaser rasmi oleh Ford sebelum ini.

    Ford Ranger 2022 ini menerima rekaan muka yang hampir sama dengan trak pikap unibody pasaran Amerika Syarikat iaitu Ford Maverick yang baru didedahkan pada Jun lalu, yang juga kini merupakan model paling kecil dalam barisan model trak pikap Ford.

    Muka signatur terkini berkenaan menampilkan lampu hadapan berbentuk-C dengan bar yang merentangi sepenuhnya bahagian gril dan kelihatan ‘tertusuk’ pada kedua-dua lampu hadapan, serta menempatkan logo oval biru Ford di tengahnya. Namun bagi rekaan pada Ranger, bahagian bawah lampu hadapan tersebut tidak bersentuhan dengan gril. Bahagian belakang trak pikap ini pula dilihat diberikan lampu rekaan tiga-dimensi.

    Ford Ranger generasi seterusnya ini dikhabarkan bakal menerima pilihan unit rangkaian kuasa plug-in hybrid (PHEV) selain pilihan enjin diesel biasa. Model PHEV tersebut dilaporkan menerima gandingan enjin petrol 2.3 liter turbo bersama motor elektrik, menghasilkan kuasa keseluruhan 367 PS dan tork maksima 680 Nm, serta mampu mencapai penggunaan bahan api 3.0 liter setiap 100 km.

    Ia juga dijangka terus menerima pilihan enjin diesel twin turbo 2.0 liter empat-silinder, serta ditawarkan dengan enjin turbodiesel 3.0 liter V6 baharu dan juga enjin petrol 2.7 liter V6 turbo berkuasa 314 PS/542 Nm yang sama seperti pada Ford Bronco baharu.

    Walau bagaimanapun, pilihan-pilihan enjin ini akan ditawarkan mengikut pasaran – rantau ASEAN dan Australia akan terus menerima enjin diesel biasa, PHEV untuk pasaran Eropah dan petrol V6 hanya untuk pasaran Amerika Utara.

     
     
  • Land Rover Defender 2021 di M’sia – saksikan siaran langsung pelancarannya menerusi FB pada 11 pagi ini

    Pada Ogos lalu, Jaguar Land Rover Malaysia (JLR MY) telah mengesahkan bakal membawa masuk Land Rover Defender L663 2021 generasi baharu untuk pasaran tempatan. Hari ini, JLR MY bakal melakarkan sejarahnya tersendiri dengan melancarkan model tersebut dan ia boleh disaksikan secara langsung menerusi Facebook rasminya bermula jam 11 pagi ini.

    Sebelum ini, laman sesawang Land Rover Malaysia telah mendedahkan konfigurator untuk Defender. Kalau mengikut laman sesawang terbabit, pasaran tempatan mungkin menerima model dalam versi badan Defender 90 (tiga-pintu, jarak roda pendek) dan juga Defender 110 (lima-pintu, jarak roda panjang), serta kedua-dua versi ini masing-masing akan ditawarkan dalam lima varian lain serta satu varian edisi terhad First Edition.

    Tetapi adakah JLR MY akan membawa masuk kedua-dua versi tersebut ke pasaran tempatan atau pun mungkin hanya salah satu daripadanya? Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Defender generasi baharu yang bakal dilancarkan ini termasuk harga bagi setiap varian yang ditawarkan, teruskan bersama kami menonton siaran langsung pelancarannya. Dan kami juga pastinya akan memaparkan perincian penuh mengenai model yang dilancarkan. Selamat menonton!

     
     
  • Yamaha Y16ZR Doxou Edition tiba di M’sia – RM11,688

    Yamaha Y16ZR Doxou Edition tiba di M’sia – RM11,688

    Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini telah melancarkan Y16ZR Doxou Edition untuk pasaran Malaysia, dengan harga RM11,688 tidak termasuk insurans. Selain jaminan dua tahun atau 20,000 km, pelanggan juga akan menerima kunci cakera brek, serta set hadiah eksklusif Doxou yang terdiri daripada sijil pemilikan, visor rekaan khas dan lencana nombor keluaran.

    Y16ZR menjadi model ketiga yang diperkenalkan dengan edisi Doxou, mengikuti Y15ZR serta NVX155 versi sama yang diperkenalkan pada tahun 2019. Warna edisi Doxou terbaru ini juga kelihatan berbeza, dengan menggunakan kombinasi biru muda, merah dan hitam.

    Malaysia adalah negara pertama yang menerima ketibaan Y16ZR Doxou Edition ini, dan menurut HLYM, ia adalah model khas untuk pasaran negara kita dan akan dikeluarkan hanya 5000 unit sahaja. Jika sebelum ini, model versi Doxou turut dijual di negara lain seperti Vietnam.

    Seperti yang boleh dilihat terus, perbezaan model ini hanya pada penampilannya, yang menggunakan grafik khas serta rim warna berbeza antara depan dan belakang. Selain daripada itu, ciri teknikal motosikal ini masih sama seperti Y16ZR biasa yang dijual pada harga RM10,888.

    Yamaha Y16ZR dikuasakan oleh enjin satu silinder 155 cc, suntikan bahan api, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA), yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan (klac slip & assist) untuk menghasilkan kuasa 17.7 hp pada 9,500 rpm dan 14.4 Nm tork pada 8,000 rpm. Ciri menarik lain yang ada padanya termasuk panel meter LCD, lampu LED, angkup brek dua piston di hadapan dan tangki bahan api 5.4 liter.

     
     
  • Harga minyak 21-27 Oktober – semuanya kekal

    Harga minyak 21-27 Oktober – semuanya kekal

    Bagi minggu bertarikh 21 hingga 27 Oktober 2021, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan, kesemua harga runcit bagi bahan api utama di negara iaitu petrol RON 97 dan RON 95 serta diesel dikekalkan seperti minggu sebelumnya.

    Ini bermakna harga petrol RON 97 masih RM2.87 seliter, manakala RON 95 RM2.05 seliter. Harga runcit bagi RON 95 tidak berubah sejak Februari lalu dan telah mencapai harga siling.

    Begitu juga dengan harga diesel Euro B10/B20 juga masih kekal pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.25 seliter.

    Harga baharu ini berkuatkuasa mulai 12.01 tengahmalam ini, sehinggalah Rabu hadapan iaitu pada 27 Oktober 2021.

     
     
  • GALERI: Mercedes-AMG A45S 2021 di M’sia, RM438k

    GALERI: Mercedes-AMG A45S 2021 di M’sia, RM438k

    Mercedes-AMG A45S 4Matic+ W177 diperkenalkan di sini Jun tahun lalu, dengan penampilan pertama sebagai model Edition 1. Dengan hanya 20 unit sahaja tersedia, muncul pula versi standard untuk ditawarkan pada awal tahun ini. Versi standard ini hadir tanpa pelekat sisi, grafik pada perincian aluminium di dalam dan tiada lagi papan pemuka dengan jahitan dari Edition 1. Juga tiada lagi bumbung panoramik, tetapi kelengkapan lainnya kekal sama.

    Luaran kereta ini masih lagi menggunakan pakej AMG Aerodynamics dengan splitter depan lebih besar, sisip sudut, spoiler belakang dan diffuser serta corong udara hiasan. Begitu juga dengan pakej AMG Night dengan perincian hitam berkilat masih dikekalkan, begitu juga dengan rim 19-inci hitam kesatnya. Pilihan warna luaran juga lebih banyak, kini dengan semua warna yang ada untuk A-Class.

    Tiada perubahan mekanikal berbanding Edition 1. Ini bermakna versi ini turut menggunakan enjin M139 2.0 liter turbocas empat-silinder dengan janaan 421 PS pada 6,750 rpm dan 500 Nm tork dari 5,000 rpm dalam talaan S yang lebih tinggi. Digandingkan bersama AMG Speedshift 8G lapan-kelajuan klac berkembar, pacuan semua roda boleh ubah 4Matic+ dan pakej AMG Driver, kereta ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat dan laju maksimum 270 km/j.

    GALERI: Mercedes-AMG A45S 2021 di M’sia, RM438k

    Kelengkapan juga kekal sama, selain daripada apa yang telah dinyatakan di atas. Cuma ada beberapa kemakini kosmetik dilakukan — suis dari kuning kini merah, serta stereng dengan balutan kulit Nappa di beberapa tempat (sebelum ini dibalut dengan Dinamica) dan tali keledar merah.

    Selebihnya, ada lampu utama Multibeam LED, sistem tanpa kunci, sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dengan paparan 10.25-inci, kerusi depan AMG Performance, head-up display, kawalan pendingin dua zon dengan corong belakang, pelapik pintu beriluminasi, 64-warna lampu suasana, kamera undur dan sistem audio Burmester 12-pembesar suara.

    Mercedes-AMG A45S dijual pada harga RM437,673 atas jalan tidak termasuk insurans, termasuk pengecualian 50% cukai SST hingga 31 Disember.

     
     
  • HSDM tawarkan pemeriksaan percuma serta diskaun alat ganti dan upah untuk pemilik Hyundai Ioniq Hybrid

    HSDM tawarkan pemeriksaan percuma serta diskaun alat ganti dan upah untuk pemilik Hyundai Ioniq Hybrid

    Ini ada berita baik untuk pemilik model Hyundai Ioniq, iaitu sebuah model hibrid yang dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2016, dan sekarang sudah tidak dijual dalam pasaran lagi.

    Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengumumkan, bermula sekarang hingga 30 November, mana-mana pelanggan yang membawa Ioniq ke pusat servis rasmi Hyundai akan menerima pelbagai kelebihan termasuk pemeriksaan percuma, diskaun 25% untuk alat ganti tertentu dan 10% untuk upah. Alat ganti yang diberikan diskaun antaranya termasuk gasket, penapis minyak, penapis udara dan palam pencucuh.

    Menurut pengarah urusan HSDM, Low Yuan Lung, walaupun syarikat sudah tidak menjual model Ioniq di dalam pasaran, pelanggan yang memiliki model tersebut masih tidak dilupakan.

    “Kami mempunyai jumlah pelanggan yang besar bagi Ioniq dan kami mahu terus menunjukkan penghargaan kepada mereka dengan memberikan tawaran servis istimewa ini. Pada masa sama, kami juga boleh memeriksan keadaan semasa kenderaan mereka. Tidak seperti model Hyundai yang lain, Ioniq cuma memerlukan servis setiap 15,000 km atau sekali setiap sembilan bulan, yang mana tiba dahulu,” kata beliau.

    Pemilik Ioniq yang memegang Kad Kesetiaan Hyundai juga boleh menikmati promosi bulanan eksklusif, seperti diskaun 20% untuk produk Klima Fresh dan BlueChem. Kad ini adalah percuma untuk semua pelanggan Hyundai dan boleh didapati melalui pendaftaran di pusat pengedar.

     
     
  • ACO Group pasang pengecas pantas DC 180 kW di Johor – mampu mengecas penuh EV dalam 30 min

    ACO Group pasang pengecas pantas DC 180 kW di Johor – mampu mengecas penuh EV dalam 30 min

    Pengedar produk elektrikal ACO Group dengan kerjasama pakar kenderaan elektrik, EV Connection telah memasang pengecas pantas di ibu pejabar ACO Group di Johor Bahru, seperti yang dimuat naik menerusi Facebook.

    Stesen pengecasan itu menawarkan kadar pada 180 kW DC dan akan menjadi salah satu pusat pengecasan pantas di Malaysia, dan yang pertama di bahagian selatan, ujar ACO Group. Pemilik kenderaan elektrik di selatan tidak lama lagi bolehlah ke ibu pejabat ACO Group, di mana unit pengecasan yang disediakan mampu mengecas penuh EV anda dalam 30 minit sahaja, berbanding pengecas AC kuasa rendah yang memerlukan antara enam hingga 10 jam untuk pengecasan penuh.

    Menurut The Star, rancangan untuk memasang pengecas pantas DC di Johor muncul selepas syarikat terbabit mengumumkan cadangan untuk mendapatkan 10% pegangan saham dalam EV Connection, yang merupakan pemasang sah dan penyalur perkhidmatan untuk stesen pengecasan kenderaan elektrik untuk pengeluar kereta termasuk Mercedes-Benz, Volvo dan Hyundai serta beberapa syarikat gas dan minyak.

    Penyalur perkhidmatan dan pemasang pengecas EV itu telah memasang lebih daripada 800 pengecas EV, yang dimilikinya sendiri dan juga mengendalikan 20 pengecas di seluruh Malaysia, serta mempunyai rangkaian pengecas pantas DC terbesar di negara ini, menurut laporan berkenaan.

    Menerusi cadangan perolehan saham, ACO Group dan EV Connection mahu mengembangkan rangkaian pengecasan EV dengan membina lebih banyak stesen pengecasan EV di lebuhraya utama, bangunan pejabat, pusat komersil, pusat membeli-belah, kawasan perumahan termasuk kondomenium dan juga lokasi awam lain.

    Bagi syarikat gas dan minyak pula, setakat ini, EV Connection telah memasang lima stesen pengecas EV berkuasa solar di stesen minyak, dan bercadang untuk mengembangkannya ke lebih 100 stesen dalam tempoh lima tahun akan datang, laporan The Star.

    “ACO Group ingin menyertai sektor mobiliti hijau, terutamanya dalam infrastruktur EV kerana kami yakin dengan potensi yang signifikan di kawasan ini. Di Malaysia, tidak banyak EV di jalanraya kerana bilangan stesen pengecasan yang agak terhad,” ujar Sean Tan selaku pengarah eksekutif ACO Group kepada StarBiz.

     
     
  • Honda Civic Si 2022 didedahkan – hanya 200 hp/260 Nm dari enjin 1.5L VTEC Turbo, manual 6-kelajuan

    Honda Civic Si 2022 didedahkan – hanya 200 hp/260 Nm dari enjin 1.5L VTEC Turbo, manual 6-kelajuan

    Digital Visual Media

    Selepas menyiarkan teaser minggu lalu, model berprestasi bagi Honda Civic ikonik khas untuk pasaran Amerika Syarikat iaitu Civic Si secara rasminya telah pun didedahkan. Model berkenaan bukan sahaja diberikan enjin lebih berkuasa dari versi standard, malah turut menerima talaan semula terhadap casis serta diberikan pelbagai perician yang lebih sporty dan didakwa sebagai “Civic Si paling seronok untuk dipandu pernah dihasilkan”.

    Sama seperti Civic Si generasi sebelum ini, ia masih dijana oleh enjin 1.5 liter empat silinder VTEC Turbo. Namun sedikit pelik kerana ia hanya ditala bagi menghasilkan 200 hp pada takat 6,000 rpm – walaupun ia 20 hp lebih berkuasa dari Civic standard (180 hp), angka tersebut sebenarnya lebih rendah dari Si sebelumnya yang menjana 205 hp.

    Namun Honda menyatakan bahawa talaan pada enjin 1.5L VTEC Turbo tersebut kini menampilkan lengkuk kuasa lebih luas bagi membolehkan kuasa optimum digunakan pada kebanyakkan tahap rpm, serta boleh dikerah ke tahap redline yang ditetapkan pada 6,500 rpm. Tork yang dihasilkan masih sama iaitu 260 Nm, tetapi dapat dicapai 300 rpm lebih awal, bermula 1,500 rpm hingga 5,000 rpm.

    Enjin ini juga dipadankan dengan roda tenaga (flywheel) single mass yang 26% lebih ringan dari unit dual-mass yang digunakan pada Civic Si terdahulu. Dengan daya inersia berkurangan 30% menggunakan roda tenaga baharu ini membolehkan enjin memberikan respon yang lebih cepat, dalam masa yang sama menambah baik kualiti pemanduan.

    Honda Civic Si 2022 didedahkan – hanya 200 hp/260 Nm dari enjin 1.5L VTEC Turbo, manual 6-kelajuan

    Civis Si generasi terkini ini turut diberikan sistem ekzos dengan penyenyap dua-gegelung baharu bagi meningkat aliran ekzos 27% lebih tinggi berbanding varian Touring Civic biasa. Ia juga menerima sistem Active Sound Control yang dipertingkat bagi memberikan bunyi ekzos semula jadi berkualiti tinggi pada tahap rpm enjin lebih luas yang dialirkan ke dalam kabin.

    Enjin berkenaan digandingkan hanya dengan kotak gear manual enam kelajuan bersama short shifter, lengkap dengan LSD jenis helical membolehkan kedua-dua roda hadapan ‘mengigit’ permukaan jalan dengan lebih kuat ketika mengambil selekoh.

    Short shifter yang dibekalkan kini menampilkan jarak tukaran antara gear 10% lebih pendek dari sebelum ini, serta diberikan braket cagak tuil gear yang lebih tegar bersama tombol gear aluminium yang menampilkan rupa sama seperti tombol Civic Type R, dibalut dengan kulit.

    Menurut Honda, kotak gear berkenaan turut dibekalkan dengan sistem rev-match yang diambil dari Civic Type R dan menampilkan respon 430 milisaat yang sama dalam mod Sport, membolehkan aksi heel and toe dilakukan secara automatik ketika menurunkan gear secara agresif.

    Honda Civic Si 2022 didedahkan – hanya 200 hp/260 Nm dari enjin 1.5L VTEC Turbo, manual 6-kelajuan

    Location package with matched HDRI

    Model generasi baharu ini juga tampil dengan kerangka lebih keras, dengan peningkat kekuatan torsi 8% lebih tinggi dan kekuatan lentur 13% lebih tinggi berbanding Civic Si terdahulu. Honda turut menala semula suspensi model prestasi ini dengan memadankan spring dengan kadar kekerasan lebih tinggi 8% di hadapan dan 54% di belakang berbanding Civic sedan biasa bersama penyerap hentak yang ditala semula bagi disesuaikan dengan spring baharu tersebut.

    Tidak cukup dengan itu, sistem suspensi Topang McPherson hadapan menampilkan cagak sebelah atas yang diperkuatkan bagi menangani beban ketika mengambil selekoh yang semakin tinggi, serta diberikan bar anti oleng lebih tebal (27 mm jenis hollow di hadapan dan 18 mm jenis solid di belakang) bagi mengurangkan kadar olengan badan.

    Honda juga memadankan set bushing hadapan 79% lebih keras dari Civic EX Sedan yang diambil terus dari Civic Type R pada Civic Si ini. Bushing lebih keras yang diambil dari Civic Type R turut diberikan pada lengan atas dan lengan-B bawah turut dipadankan pada suspensi multilink di belakang.

    Stereng juga ditala semula menggunakan torsion bar (menghubungkan syaf stereng kepada gear rak pinan) yang 60% lebih keras bagi memberikan rasa lebih baik. Menurut Honda, talaan baharu ini bukan sahaja memaksima pengendaliannnya, malah memberikan lebih keseronokan ketika memandu.

    Honda Civic Si 2022 didedahkan – hanya 200 hp/260 Nm dari enjin 1.5L VTEC Turbo, manual 6-kelajuan

    Untuk Civic Si baharu ini ia bukan hanya menampilkan mod pemanduan Normal dan Sport, malah kini turut ditambah dengan mod Individual bagi membolehkan pemandu membuat padanan tetapan sendiri terhadap respon enjin, stereng, dan warna paparan instrumen.

    Bagi mod Sport, ia memberikan tetapan seperti respon pendikit lebih baik, mengurangkan bantuan stereng, menyahaktifkan sistem idle stop, membolehkan pemandu mengaktifkan atau mematikan fungsi rev-match, serta menukar serlahan lampu pada paparan instrumen dari putih kepada merah.

    Sistem brek juga diberikan peningkatan di mana ia dilengkapi cakera lebih besar dengan saiz 12.3 inci di hadapan dan 11.1-inci di belakang. Brek-brek tersebut berselindung di sebalik rim aloi 18-inci lima jejari berkembar kemasan hitam kusam, dibalut dengan tayar prestasi bersaiz 235/40R18.

    Honda Civic Si 2022 didedahkan – hanya 200 hp/260 Nm dari enjin 1.5L VTEC Turbo, manual 6-kelajuan

    Location package with matched HDRI

    Bagi bahagian luaran, tidak banyak perubahan pada model Si ini berbanding versi sedan biasa. Ia kini diberikan gril hadapan dengan elemen sarang lebah seperti Civic Hatchback, bersama lencana Si. Manakala di belakang, bahagian diffuser diubah sedikit bagi menonjolkan tip ekzos oval sebenar bersaiz besar pada setiap sisi.

    Ia juga menerima spoiler ekor itik kemasan hitam berkilat pada penutup but yang didakwa memberikan lebih downforce bagi untuk kestabilan kelajuan tinggi lebih baik, serta penutup cermin sisi yang juga diberikan kemasan hitam berkilat. Warna badan Blazing Orange Pearl yang anda lihat ini juga adalah ekslusif hanya untuk Civic Si.

    Dalam kabin, ia masih menampilkan papan pemuka minimalis seperti Civic biasa. Tetapi yang paling menonjol, Civic Si menerima tempat duduk bucket yang memberikan sokongan pada bahu dan bawah peha lebih baik. Kusyen bawah tempat duduk tersebut ditinggikan 5-inci di hadapan, bagi memberikan sokongan peha lebih baik dan didakwa mengurangkan keletihan ketika dalam pemanduan jarak jauh,

    Selain itu, ia turut dipadankan dengan pedal sport, bersama serlahan jahitan benang merah pada panel pintu, roda stereng, perehat tangan, serta pada tombol dan sarung tuil gear. Liang pendingin hawa sarang lebah pada papan pemuka juga diberikan serlahan sekeliling berwarna merah, manakala pemandu menerima paparan instrumen digital tujuh-inci,

    Untuk sistem infotainmen, Civic Si 2022 ini dibekalkan dengan skrin sesentuh HD sembilan-inci bersama sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar bersama sistem bunyi premium Bose yang dilengkapi 12-pembesar suara. Ia turut menampilkan teknologi Bose Centerpoint 2 dan pemproses isyarat digital SurroundStage, yang disifatkan sebagai sistem bunyi terbaik pernah dipadanakan pada Civic Si dalam sejarah.

    Bagi keselamatan, Civic Si 2022 ini menerima 10 beg udara secara standard, bersama pakej bantuan keselamatan Honda Sensing yang berfungsi menggunakan sistem kamera tunggal bagi memberikan pandangan lebih jauh dan lebih lebar.

     
     
  • Bajet 2022: Usaha untuk bangunkan ekosistem dan industri EV di Malaysia dijangka akan diumumkan

    Bajet 2022: Usaha untuk bangunkan ekosistem dan industri EV di Malaysia dijangka akan diumumkan

    Selari dengan matlamat mobiliti rendah karbon dan agenda mobiliti hijau yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), usaha untuk memperkukuh industri kenderaan elektrik (EV) tempatan serta ekosistem teknologi hijau dikahbar akan diumumkan dalam Bajet 2022, lapor Bernama.

    Perkara ini dialu-alukan oleh pemain industri automotif tempatan, yang berpandangan langkah tersebut tepat pada masanya. Menurut Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Erik Winter, impian kerajaan untuk memperkaya e-mobiliti adalah satu langkah penting untuk negara ini untuk menjadi negara rendah karbon, yang sudah menjadi corak terkini yang diamalkan di peringkat global.

    “Malaysia tidak patut ketinggalan untuk turut sama meraih peluang yang dibawa oleh EV. Jadi kami berharap kerajaan akan menyediakan dana dalam Bajet 2022 untuk pembangunan dan perancangan e-mobiliti di sini. Kita perlu melihat kepada mewujudkan sebuah ekosistem EV yang holistik, memperluas prasarana yang sewajarnya, memperkenalkan insentif cukai bagi perniagaan dan pemilik serta banyak lagi. Kami di VPCM bersedia untuk menyokong kerajaan dengan menawarkan kearifan serta pengetahuan industri jika diperlukan,” jelasnya.

    Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum pula berkata, syarikat itu menantikan perkembangan berkenaan. “Kami hargai usaha kerajaan untuk menggalakkan polisi teknologi hijau serta insentifnya untuk mempromosikannya dalam kalangan pemain industri automotif di sini,” jelasnya.

    Bajet 2022: Usaha untuk bangunkan ekosistem dan industri EV di Malaysia dijangka akan diumumkan

    Dalam RMK-12, kerajaan memaklumkan kadar penggunaan kenderaan hijau akan dipromosikan dalam usaha untuk memacu peralihan pengguna kepada mobiliti lebih bersih. Untuk itu, kerajaan akan menilai insentif yang diberikan kepada pengeluar yang beroperasi di negara ini, serta pembeliannya oleh pelanggan.

    Awal bulan ini, menteri MITI, Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan beberapa strategi akan dilaksanakan untuk mempromosi EV di negara ini, meliputi aspek pengeluaran, jualan dan pembangunan prasarana pengecasan, serta mewujudkan polisi yang tekal, jelas dan menyeluruh.

    Beliau berkata, kemaskini terhadap Dasar Automotif Kebangsaan (NAP 2020) akan menggariskan usaha-usaha spesifik untuk mengukuhkan ekosistem EV, seperti pengilangan alatan kritikal, amalan standard serta menggalakkan kajian dan pembangunan, komersialisasi dan inovasi untuk membangunkan teknologi tempatan.

    Insentif akan diberikan dalam bentuk pengecualian cukai langsung dan tidak langsung bagi pengeluar EV, pengeluaran alatan dan pembangunan ekosistem seperti prasarana pengecasan, insentif untuk OEM termasuk status pelopor dan lain-lain. Pengguna juga dijangka akan menerima manfaat dalam bentuk pengecualian penuh cukai jalan serta pengurangan cukai pendapatan dengan pembelian EV.

     
     
  • Foxconn dedah barisan model elektrik konsep Foxtron – crossover Model C, sedan Model E dan bas Model T

    Foxconn dedah barisan model elektrik konsep Foxtron – crossover Model C, sedan Model E dan bas Model T

    Pengeluar barangan elektronik dari Taiwan, Hon Hai Technology Group (lebih dikenali sebagai Foxconn) telah mendedahkan tiga kenderaan elektrik (EV) konsep yang sebelum ini ditunjukkan lebih awal melalui beberapa teaser.

    Semua kenderaan yang diletakkan di bawah jenama Foxtron ini dibuat untuk menunjukkan kemampuan R&D serta pengeluaran syarikat, dan ia terdiri daripada crossover Model C, sedan Model E dan bas Model T. Foxtron adalah satu syarikat kerjasama antara Hon Hai dan pengeluar kenderaan Taiwan, Yulon Motor, yang juga membuat kenderaan di bawah jenama Luxgen.

    Model C adalah sebuah SUV elektrik dengan kecekapan rintangan angin serendah 0.27 Cd, panjang 4.64 meter, jarak roda 2.86 meter dan boleh menempatkan sehingga tujuh penumpang. Antara catatan prestasinya adalah 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dan jarak gerak sehingga 700 km. Menurut laporan berita, SUV ini akan dipasarkan di bawah salah satu jenama Yulon dan dirancang menembusi pasaran domestik pada tahun 2023.

    Menurut Foxtron, Model C adalah kenderaan pertama yang dibina menggunakan asas MIH Open Platform, di mana ia menampilkan binaan modular penuh yang mudah diubah suai untuk pelbagai kegunaan. Ia juga akan menjadi asas untuk kemasukan Foxconn ke Thailand, di mana mereka akan bekerjasama dengan PTT untuk mengeluarkan kenderaan elektrik.

    Sementara itu, Model E pula adalah sebuah sedan mewah yang disasarkan kepada pelanggan kelas pertengahan dan atas. Dihasilkan bersama syarikat rekaan Itali, Pininfarina, model ini mempunyai tempat duduk belakang yang boleh diubah untuk menjadi seperti pejabat bergerak, dengan peranti mudah alih individu boleh disambung kepada kenderaan dan memberikan pelbagai fungsi pintar seperti bukaan pintu melalui pengenalan muka.

    Bagi Model C pula, tidak banyak perincian teknikal yang didedah, tetapi diberitahu boleh memberikan kuasa sehingga 750 hp dan pecutan 0-100 km/j dalam masa cuma 2.8 saat. Jarak geraknya boleh mencapai 750 km dan menurut laporan, ia juga akan dijual di luar Taiwan melalui satu jenama yang masih tidak diberitahu.

    Foxconn dedah barisan model elektrik konsep Foxtron – crossover Model C, sedan Model E dan bas Model T

    Akhir sekali Model T. Diletakkan sebagai sebuah pengangkut pintar, bas elektrik ini menampilkan badan tegar dan perlindungan yang menepati peraturan serta standard Federal Transit Administration (FTA). Antara spesifikasi awal yang didedah adalah jarak gerak lebih 400 km dan kelajuan maksimum 120 km/j.

    Barisan EV ini menjadi tanda fizikal pertama kemasukan Foxconn ke dalam dunia automotif. Selain kerjasama dengan PTT, mereka juga telah menandatangani perjanjian dengan Stellantis untuk menubuhkan satu syarikat kerjasama yang akan memberi fokus kepada pembangunan sistem infotainmen serta teknologi sambungan kenderaan.

    Syarikat Taiwan ini juga telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Geely untuk memberikan servis rundingan dalam proses pengeluaran, informasi serta teknologi komunikasi, selain bersedia untuk bekerjasama dengan Fisker untuk Project PEAR, yang akan menghasilkan satu lagi kenderaan elektrik keluaran bersama yang bakal muncul pada tahun 2023.

     
     
  • Jualan kenderaan September 2021 di M’sia naik 153%

    Jualan kenderaan September 2021 di M’sia naik 153%

    Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengeluarkan data jualan kenderaan bagi bulan September 2021, dengan menyaksikan keseluruhannya 44,275 unit kenderaan terjual bulan lalu. Ini mewakili peningkatan sebanyak 26,775 unit berbanding 17,500 unit yang dijual pada Ogos — melibatkan 153% kenaikan.

    Kenaikan ini disumbangkan oleh operasi perniagaan yang telah bermula semula untuk satu bulan penuh di seluruh negara berikutan kelonggaran PKP yang diumumkan. Bagaimanapun, kekurangan cip semikonduktor yang masih berlanjutan telah juga memberikan kesan kepada beberapa pengeluar, yang turut menyaksikan sejumlah tempahan dibatalkan.

    Bagi tempoh sama berbanding tahun lalu, jualan bulan lalu adalah 13,438 unit (atau 23.3%) berkurangan daripada apa yang dicapai pada September 2020, dengan 57,758 unit terjual. Bagi angka tahunan setakat ini pula, TIV bagi sembilan bulan pertama 2021 berada pada 318,874 unit, bersamaan 25,145 unit (atau 7.3%) pengurangan berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan 344,019 unit.

    MAA menyasarkan jualan pada bulan Oktober akan lebih tinggi berbanding September, dengan perniagaan telah beroperasi sepenuhnya dan pengeluar juga giat mengadakan promosi dan merancakkan pengeluaran kenderaan masing-masing. Persatuan ini juga menjangkakan pembeli juga akan memanfaatkan tempoh pengecualian SST yang berlangsung hingga 31 Disember nanti.

     
     
  • Masih degil tunggang e-skuter di jalan raya? Denda maksimum RM1k atau penjara 3 bulan menanti anda

    Masih degil tunggang e-skuter di jalan raya? Denda maksimum RM1k atau penjara 3 bulan menanti anda

    Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengeluarkan amaran untuk individu yang tidak mengendahkan nasihat polis dan masih berdegil menunggang skuter elektrik atau e-skuter di di atas jalan raya boleh didenda atau penjara jika mengulangi perbuatan itu buat kali kedua.

    Menurut Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim, amaran ini dikeluarkan selepas pihak polis menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai tindakan penunggang e-skuter menunggang di jalan raya di bandar.

    Tambahnya, penggunaan e-skuter di atas jalan raya atau kawasan selain yang digazetkan di ibu negara adalah dilarang dan tindakan undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dikenakan terhadap individu yang ingkar.

    Masih degil tunggang e-skuter di jalan raya? Denda maksimum RM1k atau penjara 3 bulan menanti anda

    “Penggunaan e-skuter hanya dibenarkan di tempat yang digazetkan seperti di taman permainan, kawasan pejalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah di ibu negara. Sehubungan dengan itu penunggang e-skuter tidak dibenarkan menggunakannya di atas jalan raya kerana ia mengganggu pengguna jalan raya yang lain, boleh mendatangkan bahaya atau terlibat dengan kemalangan jalan raya,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

    Mat Kasim berkata, JSPT akan memantau orang ramai yang bermain skuter itu di atas jalan raya dan mengambil tindakan sewajarnya.

    “Namun begitu pendekatan advokasi akan dijalankan dan hanya menasihatkan terlebih dahulu. Setelah dikuatkuasakan, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara tiga bulan,” katanya.

    Baru-baru ini tular di laman media sosial video yang merakamkan aksi seorang lelaki yang selamba menunggang e-skuter di sebuah kawasan jalan raya yang sibuk dengan trafik. Walau bagaimana pun, tindakan ‘berani mati’ lelaki berkenaan menerima kecaman netizen kerana aksinya yang boleh mengundang kecelakaan. Pada 1 Januari 2021, polis telah mengeluarkan larangan penggunaan e-skuter di jalan raya sekitar ibu kota.